t1a4 refleksi jurnal

10
REFLEKSI JURNAL 1. Aktiviti 1 (T1A1) Pratikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing Sepanjang menjalankan tugasan HBEF 3603 yang diberikan berbagai pengalaman yang saya rasakan bagi menyiapkan setiap aktiviti yang diberikan. Berbagai perasaan bercampur baur ketika melihat tugasan yang diberikan. Terdapat empat aktiviti yang harus disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Aktiviti 1 merupakan aktiviti menjalani pratikum dan laporan daripada pemantauan guru pembimbing. Perkataan pratikum sudah tidak asing lagi ketika awal-awal menjejakkan kaki selaku pendidik. Kini, setelah melanjutkan pelajaran perlaksanaan pratikum perlu dijalankan untuk tugasan HBEF 3603. Jika diimbau kembali, perlaksanaan pratikum suatu ketika dahulu sememangnya menyeronokkan kerana masih baru-baru menjejakkan kaki sebagai pendidikan banyak alat bantu yang disediakan. Namun, ketika itu penggunaan kemudahan ICT masih belum diperluaskan. Semasa menyediakan rancangan pengajaran dan bahan bantu, berbagai pengalaman yang telah saya dapati atas bantuan rakan, guru pembimbing dan ketua jabataan saya. Kerjasama yang diberikan begitu menggalakan dan membuatkan saya termotivasi untuk menghasilkan suatu pengajaran yang berkesan. Berdasarkan pengalaman sedia ada saya berusaha untuk menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan tajuk kajian yang telah saya pilih. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perlaksanaan 1

Upload: alynns74

Post on 17-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

REFLEKSI JURNAL

1. Aktiviti 1 (T1A1) Pratikum dan Laporan Pemantauan Guru Pembimbing

Sepanjang menjalankan tugasan HBEF 3603 yang diberikan berbagai pengalaman yang saya rasakan bagi menyiapkan setiap aktiviti yang diberikan. Berbagai perasaan bercampur baur ketika melihat tugasan yang diberikan. Terdapat empat aktiviti yang harus disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Aktiviti 1 merupakan aktiviti menjalani pratikum dan laporan daripada pemantauan guru pembimbing. Perkataan pratikum sudah tidak asing lagi ketika awal-awal menjejakkan kaki selaku pendidik. Kini, setelah melanjutkan pelajaran perlaksanaan pratikum perlu dijalankan untuk tugasan HBEF 3603. Jika diimbau kembali, perlaksanaan pratikum suatu ketika dahulu sememangnya menyeronokkan kerana masih baru-baru menjejakkan kaki sebagai pendidikan banyak alat bantu yang disediakan. Namun, ketika itu penggunaan kemudahan ICT masih belum diperluaskan.

Semasa menyediakan rancangan pengajaran dan bahan bantu, berbagai pengalaman yang telah saya dapati atas bantuan rakan, guru pembimbing dan ketua jabataan saya. Kerjasama yang diberikan begitu menggalakan dan membuatkan saya termotivasi untuk menghasilkan suatu pengajaran yang berkesan. Berdasarkan pengalaman sedia ada saya berusaha untuk menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan tajuk kajian yang telah saya pilih. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana perlaksanaan bahan yang disediakan sama ada mampu mencapai objektif yang ditetapkan.

Penyediaan bahan bantu menggunakan kemudahan ICT bukan suatu yang baru bagi saya kerana sebelum ini saya juga pernah menggunakan perisian yang telah dibekalkan oleh pihak jabatan dari unit Tekologi Maklumat. Namun kebanyakkan bahan yang dibekalkan ini merupakan bahan yang sudah lama dan tidak sesuai dengan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 yang lebih menjurus kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Oleh itu, atas bantuan rakan yang mahir dalam bidang ICT saya mendapat tunjuk ajar untuk menyediakan bahan bantu menggunakan Perisian Mikrosof PowerPoint. Akhirnya terhasil juga bahan bantu tersebut.

Sepanjang menyediakan bahan bantu menggunakan perisian PowerPoint, saya telah mempelajari berbagai teknik dan kaedah untuk menyesuaikan bahan yang perlu dimasukkan pada setiap slaid. Selain itu, saya juga ada mempelajari kesan animasi kepada paparan yang dimasukkan bagi membolehkan pergerakan gambar dan perkataan apabila paparan slaid dipertontonkan kepada pelajar. Ini merupakan salah satu tarikan kepada pelajar untuk mengikut pdp yang disampaikan kepada guru. Disamping itu juga, rakan saya ada mengajarkan cara hendak memasukkan rakaman audio dan vedio. Namun, dalam pdp kali ini saya tidak sempat untuk memasukkannya. Ini merupakan sauatu pengalaman yang boleh saya pergunakan pada bahan bantu yang disediakan pada masa akan datang.

Sepanjang sesi pratikum dijalankan, seperti yang saya jangkakan murid-murid begitu aktif melibatkan diri sedari awal pdp dijalankan. Setiap pelajar memberikan pendapat dan jawapan apabila guru mengemukakan persoalan dan paparan gambar pada slaid. Ini merupakan satu perkembangan yang positif dikalangan para pelajar semasa mengikuti pdp yang saya jalankan. Saya merasa sangat teruja dengan penglibatan yang diberikan oleh murid-murid saya. Ini memberikan motivasi dalam diri saya untuk menyediakan bahan bantu yang lebih menarik dan berinovasi di masa akan datang.

Laporan daripada guru pembimbing juga memberikan saya semangat untuk berusaha memperbaiki kelemahan yang ada sepanjang sesi pratikum dijalankan. Saya merasa bertuah kerana guru pembimbing saya merupakan rakan seperjuangan yang banyak membantu saya dalam memberikan pendapat semasa penyediaan rancangan pengajaran dan persediaan bahan serta semasa sesi pratikum dijalankan. Sesi perbincangan yang sering kali dijalankan memberikan saya banyak pengetahuan mengenai bidang ICT dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Penggunaan didik hibur yang diapliksikan dalam bahan pdp juga merupakan salah satu pendapat yang diberikan oleh gruu pembimbing saya agar pdp saya dapat mewujudkan rasa seronok di kalangan murid.

Sememangnya penggunaan bahan berbantukan ICT ini menjadi satu tarikan kepada pelajar apatah lagi jika kita menggunakan ipad atau tap semasa sesi pdp dijalankan. Kemudahan canggih ini menjadi satu tarikan untuk mereka seronok dalam mengikuti pembelajaran guru. Sebelum ini, saya lebih banyak menggunakan bahan bantu seperti kad imbasan dan sebagainya, namun bagi memberi kelainan dalam pdp kali ini saya mencuba untuk menyediakan bahan bantu daripada perisian ICT. Jelas dapat dilihat kesannya kepada murid yang kurang pandai kerana mereka memberikan tumpuan kepada paparan visual yang menarik perhatian mereka. Hasil yang ditunjukkan pada lembaran kerja dan ujian juga memberikan impak yang baik.

2. Aktiviti 2 (T1A2) Rakaman Video Sesi Pratikum

Aktiviti 2 merupakan pengalaman semasa merakam vedio terhadap sesi pratikum yang saya jalankan. Pada awalnya saya merasa aktiviti ini sudah tentulah sukar kerana saya tidak mempunyai pengalaman merakam pengajaran dan pembelajaran sebelum ini menggunakan perakam vedio. Apatah lagi sekolah tidak mempunyai alat perakam vedio. Jika menggunakan telefon mudah alih pasti rakaman yang dijalankan akan bergerak-gerak dan tidak stabil. Kegusaran saya ini akhirnya mendapat jalan penyelesaian apabila rakan sekerja saya menawarkan untuk meminjamkan alat perakam tersebut. Saya merasa sangat bersyukur di atas kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh rakan-rakan sejawat.

Ketika sesi pratikum dijalankan pada awalnya saya merasa kekok kerana tidak pernah selama ini saya merakamkan pdp yang saya jalankan.. Ini juga merupakan suatu pengalaman yang amat berharga dalam hidup saya. Melalui rakaman inilah saya boleh memperbaiki diri dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran saya di masa akan datang. Ketika rakaman dijalankan semasa sesi pengajaran and pembelajaran dijalankan saya juga dapat melihat keseronokkan yang terpancar diwajah anak didik saya. Mereka berasa seronok sekali mengikuti pembelajaran yang saya jalankan. Ini juga merupakan suatu pengalaman baru kepada mereka. Bagi murid-murid yang terdiri daripada golongan yang berkemampuan, pengalaman dirakaman menggunakan video suatu yang tidak asing bagi mereka. Tapi berlainan sekali dengan pelajar yang kurang berkemampuan, jelas sekali kegembiraan dan keseronokkan terpancar di wajah mereka.

Setelah selesai pengambaran rakaman sesi pratikum dijalankan. Saya perlu memindahkan rakaman tersebut ke komputer saya bagi memudahkan saya memuat turun ke laman OUM. Ini juga merupakan suatu pengalaman yang baru bagi saya. Memindahkan kad data rakaman vedio ke komputer rupanya menyamai memindahkan kad data daripada telefon mudah alih. Cumannya menukarkan format tersebut kepada format khas *flv menjadikan saya binggung seketika. Ini adalah kerana, saya tidak pernah menukarkan format rakaman video seperti yang dingini. Saya mulai merasa gusar kerana tarikh penghantar akhir hanya tinggal beberapa hari saja lagi.

Saya berjumpa dengan rakan sekerja yang mahir dalam bidang ICT. Akhirnya, masalah saya ini dapat diselesaikan. Memandangkan rakaman ini mengandugi MB yang besar, saya perlu memuat turun rakaman tersebut ke dalam laman sesawang Youtube terlebih dahulu. Selama ini, saya hanya tahu melayari lawan tersebut tidak pernah hendak memuat turun bahan. Rupanya kita boleh memuat turun bahan ke laman Youtube seperti rakaman vedio dan sebagainya. Rakan sejawat sudi membantu menyelesaikan masalah saya ini. Dia telah mengajar saya bagaimana hendak melakukannya satu persatu hinggalah saya dapat memuat turun bahan rakaman tersebut ke laman OUM. Saya merasa lega kerana aktiviti 2 sudah dapat diselesaikan. Hanya tinggal aktiviti 3 dan 4 yang perlu saya siapkan iaitu pelaporan dan refkelsi pdp.

3. Aktiviti 3 (T1A3) Pelaporan Inovasi PdP

Aktiviti 3 merupakan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran menggunkaan bahan inovasi yang telah dibangunkan. Pada awalnya saya masih terumbang-ambing memikirkan bagaimana menyediakan laporan seperti yang diminta oleh pihak OUM. Saya ada juga berbincang dengan rakan sejawat yang sama-sama belajar. Akhirnya kami mencari contoh laporan format melalui laman sesawang dan memperolehi contoh format yang diingini oleh pihak pihak OUM. Saya merasa lega kerana mempunyai panduan untuk menghuraikan laporan inovasi pdp yang telah dijalankan secara keseluruhannya.

Sebelum laporan disediakan, saya telah menyediakan draf laporan apa yang perlu saya masukkan pada setiap bahagian laporan yang diingini. Saya membuat draf refleksi berdasarkan pengalaman dan pandangan saya apa yang ingin dihuraikan pada setiap bahagian. Penyediaan pelaporan sebegini dalam membantu saya dari segi kefahaman terhadap bahan yang digunakan, perlaksanaan yang telah dijalankan dan implikasi kepada guru, murid, isi kandungan dan persekitaran pembelajaran yang mempunyai perkaitan antara satu dengan yang lain.

Pada bahagian refleksi pdp lalu saya mengambil masa yang lama untuk memikirkan apa yang perlu dihuraikan. Atas perbincangan dengan rakan, saya mendapat idea dan membuat draf berdasarkan pandangan secara keseluruhan empat aspek yang dikemukakan. Saya mulai menulis pelaporan tersebut satu demi satu sehinggalah laporan mengenai perlaksanaan bahan inovasi pdp yang telah saya gunakan. Penyediaan laporan seperti ini menyamai laporan bagi setiap aktiviti yang telah dijalankan di sekolah sama ada pelaporan dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Namun, pelaporan ini lebih menjurus kepada bidang pdp yang telah dijalankan menggunakan bahan bantu berinovasi.

Semasa menyediakan laporan ini juga saya telah mempelajari cara memasukkan contoh bahan slaid yang di crop daripada video dan juga membuat graf dan carta pai bagi menunjukkan analisis terhadap aras kecerdasan pelajar dan perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca. Penyediaan rajah ini telah saya pelajari daripada rakan sejawat saya yang mahir dalam bidang pelaporan statistik. Banyak perkara baru yang telah saya pelajari mengenai pelaporan yang hendak disediakan ini.

Secara keseluruhannya, pengalaman yang saya perolehi melalui tugasan HBEF 3603 ini banyak membuka minda dan pengetahuan saya terhadap dunia ICT. Adalah menjadi satu keseronokkan apabila kita mempelajari sesuatu yang baru sama ada dalam penyediaan bahan bantu mengajar dan pelaporan yang dihasilkan. Rasanya pengalaman sebegini akan saya jadikan panduan dalam meningkatkan profesionalisme saya dalam bidang keguruan bagi melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan mempunyai jati diri yang luhur. Saya merasa bersyukur akhirnya saya dalam menyelesaikan tugasan HBEF 3603 ini hingga ke aktiviti 4. Saya juga merasa bangga kerana dapat menghasilkan tugasan atas usaha saya sendiri dengan bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh rakan-rakan saya. Saya pasti akan berusaha untuk memperbaiki cara penyampaian saya, membangunkan bahan bantu yang lebih menarik dan memastikan pdp saya berjalan dalam persekitaraan yang sihat dan menyeronokkan.

4. Aktiviti 4 (T1A4) Refleksi

Setelah aktiviti 1 hingga 3 telah diselesaikan, kini saya perlu membuat huraian refleksi secara keseluruhan sepanjang pratikum yang disandarkan oleh empat aktiviti yang telah dinyatakan. Untuk menghuraikan secara keseluruhan saya perlu membuat membaca kembali pelaporan dari awal hinggalah ke aktiviti 3 iaitu pelaporan inovasi yang telah saya siapkan. Hasil pembacaan saya membahagikan refleksi saya mengikuti aktiviti yang dinyatakan dari aktiviti1 hinggalah aktiviti 3. Untuk huraian aktiviti 4 merupakan rumusan secara keseluruhan berdasarkan pengelaman, pengetahuan dan perkongsian yang saya alami sepanjang perlaksanaan pratikum yang saya jalani di sekolah. Berdasarkan huraian refleksi aktiviti 1 hingga 3 apa yang ingin saya katakana bahawa, banyak pengalaman baru yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan pratikum kelolaan OUM ini. Jika dibandingkan pratikum dahulu dan sekarang masing-masing mempunyai banyak kelebihan dan kekurangannya. Apa yang menariknya sekarang ini, saya dapat membangunkan perisian sendiri untuk memastikan pdp saya lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui pengalaman ini, saya akan pastikan bahawa pdp saya di masa akan datang akan diracang dengan lebih menarik dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah, strategi dan teknik pdp yang lebih menarik dan berkesan. Perkongsian idea dan pendapat dikalangan rakan sekerja adalah penting bagi menyediiakan bahan pdp yang berkesan.

Hasil daripada pengalaman yang saya perolehi semasa pratikum kali ini, akan saya jadikan sebagai satu tapak dalam menerusikan kerjaya saya selaku pendidik yang berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak didik saya di masa depan. Melalui pengalaman ini juga ianya menjadi saya meneroka satu bidang baru yang membolehkan saya menyumbangkan ilmu pengetahuan yang saya ada untuk diterapkan kepada anak didik saya agar mereka mampu mahir dan berkebolehan dalam mengharugi arus pendidikan di zaman yang serba moden ini. 5