t1a2(laporan temubual tbc)

Upload: sammin-yhesam

Post on 03-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    1/12

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEPTEMBER 2012

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    NAMA : YUNUS BIN HAJI ELI

    NO. MATRIKULASI : 820531136163001

    NO. KAD PENGENALAN : 820531-13-6163

    NO. TELEFON : 0198166500

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, SIBU

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    2/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    1

    ISI KANDUNGAN

    1.0 BIODATA

    1.1 Kumpulan 1 m/s 2

    1.2 Kumpulan 2 m/s 3

    1.3 Kumpulan 3 m/s 4

    2.0 TRANSKRIPSI PERBUALAN

    2.1 Kumpulan 1 m/s 5 - 7

    2.2 Kumpulan 2 m/s 8-10

    2.3 Kumpulan 3 m/s 11-12

    3.0 RUMUSAN LAPORAN m/s 13

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    3/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    2

    1.0 BIODATA INDIVIDU

    1.1 Kumpulan 1

    Nama : En. CHENG TOH KWONG

    Umur : 56 tahun

    Alamat : Taman Permai Sibu

    Pekerjaan : Guru Besar

    Tempat bekerja : SJK SING SHING

    Status : Berkahwin

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    4/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    3

    1.2 Kumpulan 2

    Nama : Puan Ngien Leh Leh

    Umur : 38 Tahun

    Tempat tinggal : Sibu.

    Pekerjaan : Guru

    Tempat bekerja : SK Kampung Banyok, Sibu

    Status Perkahwinan : Berkahwin

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    5/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    4

    1.3 Kumpulan 3

    Nama : CYRIL EALESTER LAI

    Umur : 12 Tahun

    Tempat tinggal : Paradom, Sibu.

    Pekerjaan : Murid

    Sekolah : SJK Shing Ming , Sibu

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    6/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    5

    2.0 TRANSKRIPSI PERBUALAN

    2.1 Kumpulan 1 individu yang berumur 55 tahun dan ke atas

    Sesi temubual ini telah saya rakamkan di rumah individu ini dengan menggunakan audio. Beliau

    dengan besar hati membakrikan kerjasama kepada saya untuk membuat sesi temubual dalam

    masa yang singkat. Sebelum temubual berlangsung saya terlebih dahulu telah menyatakan tujuan

    temubual ini dijalankan. Transkrip terbual yang telah saya rakamkan adalah seperti di bawah.

    Bagi memulakan temubual saya meminta beliau memperkenalkan diri dan umur beliau.

    Seterunya saya menyoal soalan-soalan yang telah saya sediakan.

    1. Saoalan pertama saya berbunyi, apakah tujuan sambutan Tahun Baru Cina ini

    disambut ?

    Beliau memberikan satu jawapan yang yakin dengan menyatakan bahawa mengikut sejarah,

    zaman dahulu telah keluar binatang ganas yang menganggu masyarakat Cina dan pada satu hari

    kebetulan terdapat orang yang membakar buluh dan bunyi yang kuat itu menakutkan haiwan

    tersebut. Sekarang ia juga dikenal sebagai mercun yang berwarna merah dan ia bukan sahaja

    dapat menghalau haiwan ganas malahan ia juga dianggap dapat membawa tuah di dalamkehidupan.

    2. Kemudian soalan diteruskan. Adakah perayaan ini penting bagi tuan?

    Beliau menyatakan bahawa Perayaan Tahun Baru Cina amat penting bagi pihak beliau dan

    orang cina yang juga merupakan permulaan hari pertama di tahaun tahun yang baru di dalam

    kalender cina.

    3. Saya beralih kepada soalan yang ketiga, Apakah perbezaan sambutan pada zaman

    kanak-kanak berbanding dengan masa kini?

    Beliau menceritakan dengan bersahaja menyatakan bahawa mungkin disebabkan oleh peredaran

    zaman. Dahulu kanak-kanak memang seronok ketika menyambut tahun baru cina tetapi kanak-

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    7/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    6

    kanak sekarang tidak begitu seronok mungkin disebabkan oleh pengaruh perayaan yang lain

    seperti hari krismas, hari gawai dan hari raya.

    4. Kemudian saya meneruskan perbualan dengan soalan, apakah amalan-amalan yang

    biasa dilakukan semasa Tahun Baru Cina?

    Menurut beliau juga, pada tahun baru cina orang cina akan berpakaian baru dan hari pertama

    Tahun Baru Cina pemberian angpaw berwarna merah akan diberikan kepada kanak-kanak dan

    orang yang belum berkahwin sahaja. Warna merah itu membawa maksud tuah kepada orang cina

    atau orang muda.

    5. Pertanyaan diteruskan dengan soalan berikut. Dalam perayaan Tahun Baru Cina terdapat

    makan besar. Apakah yang dimaksudkan dengan makan besar?.

    Beliau menyatakan tujuan makan besar dilakukan sebelum hari pertama dikenali sebagai

    reunion kepada ahli keluarga yang bekerja jauh akan berkumpul dan makan bersama.

    6. Soalan seterusnya ialah, Apakah berlaku kemerosotan nilai atau amalan-amalan

    semasa sambutan perayaan ini?

    Beliau juga berpendapat bahawa amalan-amalah semasa sambutan Tahun Baru Cina tidaklah

    merosot. Ia masih diamalkan cuma terdapat kekurangan

    7. Soalan terakhir saya kepada beliau adalah. Perlukah nilai dan amalan ini dikekalkan

    dan disemai kepada orang muda sekarang. ?

    Beliau menekankan bahawa nilai dan amalan-amalan semasa Tahun Baru Cina perlu dikekalkan

    dan disemai kerana ia merupakan budaya yang penting bagi masyakat cina.

    Saya mengakhiri perbualan ini dengan mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang

    diberikan. Beliau membalas ucapan saya dengan perkataan sama-sama.

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    8/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    7

    2.2 Kumpulan 2 Individu yang berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun

    Bagi kumpulan yang kedua pula, telah memilih individu perempuan di sebuah sekolah

    kebangsaan. Beliau seorang guru yang berumur 38 tahun yang berbangsa cina. Beliau adalah Pn.

    Ngien Leh Leh. Beliau telah memberikan kerjasama semasa temubual dijalankan. Segala butiran

    temubual antara saya dan Pn. Ngien Leh Leh terdapat pada transkrip di bawah.

    1. Sebelum memulakan perbualan seperti biasa, saya memberikan taklimat ringkas kepada

    beliau agar sesi temubual berjalan dengan lancar. Soalan pertama saya berbunyi, apakah

    tujuan sambutan Perayaan Tahun Baru Cina?

    Beliau menyatakan bahawa tujuan sambutan Tahun Baru Cina diraikan adalah sebagai meraikan

    kemenangan peperangan antara manusia dengan seekor makhluk ganas. Nama makhluk tersebut

    bernama Nian. Nian membuat huru-hara di Tanah Besar China. Hal ini membuatkan manusia

    hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk

    ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan membakar mercun bagi

    menghalau makhluk tersebut.

    2. Kemudian soalan saya diteruskan . Adakah Perayaan Tahun Baru Cina penting bagi

    anda?

    Beliau menyatakan dengan penuh yakin bahawa perayaan ini sememangnya penting bagi dirinyadan kaum cina yang lain. Hal ini kerana Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan dalam

    nasib dan kehidupan di dalam masyarakat cina.

    3. Sesi temubual diteruskan dengan soalan ketiga. Bagaimanakah sambutan perayaan ini

    bagi anda pada zaman kanak-kanak berbanding dengan masa kini?

    Kemudian, beliau menceritakan adat resam nenek moyang harus diikuti dengan memakai

    pakaian yang berwarna merah. Tetapi beliau memakai baju yang pelbagai warna seperti warna

    putih, hitam, kuning, biru dan sebagainya. Tambahan beliau lagi, dahulu beliau mesti memakai

    pakaian tradisional kaum cina seperti cheongsam manakala sekarang beliau boleh memakai

    mana-mana pakaian yang disukainya.

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    9/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    8

    4. Soalan saya brlanjutan dengan soalan barikut. Apakah perbezaan makanan yang anda

    makan sehari sebelum TBC berbanding dahulu?

    Menurut beliau, makanan yang dimakan sehari sebelum perayaan Tahun Baru Cina berbeza

    berbanding dulu. Dahulu, ibunya menyediakan makanan yang dianggap istimewa oleh kaum cina

    iaitu Lo Han Zhai, Yee Seng dan sebagainya. Namun, sekarang kepelbagaian makanan

    menyebabkan kaum cina hanya menyediakan makanan biasa seperti ikan, itik sayur campur dan

    sebagainya. Kerana beliau tidak mewarisi makanan warisan nenek moyang beliau.

    5. Kemudian soalan saya diteruskan, apakah berlaku kemerosotan nilai atau amalan-

    amalan semasa sambutan perayaan ini?

    Beliau berpendapat kemerosotan amalan-amalan ini tidak berlaku dan beliau sememangnya

    mengambil berat terhadap perkara tentang berlakunya kemerosotan nilai atau amalan-amalan

    semasa sambutan perayaan ini. Jika sambutan perayaan dahulu, makanan mestilah dimasak

    bersama-sama kerluarga. Amalan ini dikatakan dapat membantu mengeratkan hubungan antara

    satu sama lain.

    Tambahan pula amalan memasak di dapur dapat membawa tuah dan untung dalam perniagaan

    mereka. Walaupun begitu, amalan itu sedikit merosot disebabkan mereka mengambil langkah

    mudah dengan memesan makanan dari restoran.

    6. Soalan saya yang terakhir kepada beliau adalah, adakah perlu amalan ini disemai dandikekalkan pada generasi sekarang?

    Sebagai jawapan terakhir, beliau berpendapat bahawa nilai dan amalan yang menjadi tajuk

    temubual ini perlu dan sememangnya patut dikekalkan dan diwarisi dari satu generasi ke

    generasi seterusnya.

    Bagi mengakhiri perbualan ini, Saya mengakhiri ucapan terima kasih di atas kerjasama yang

    beliau berikan kepada saya.

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    10/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    9

    2.3 Kumpulan 3 individu yang berumur 7 hingga 18 tahun.

    Pada sesi temubual yang terakhir, saya telah memilih individu yang berumur 12 tahun dan juga

    sedang belajar di tahun 6. Pelajar ini ialah Cyril Ealester Lai berketurunan cina campuran. Ayah

    pelajar ini adalah berketurunan cina tulen manakala ibunya berketurunan iban. Tetapi pelajar ini

    tahu akan kebudayaan cina serta masih mengamalkan kehidupan cina. Ini disebabkan mereka

    dikelilingi masyarakat cina dan bukannya hidup dirumah panjang bersama kaum iban. Transkrip

    perbualannya adalah seperti dibawah.

    1. Seperti dua temuramah yang lepas saya meminta individu memperkenalkan diri.

    kemudian mengemukakan soalan. Pada pendapat kamu, apakah tujuan sambutan

    Tahun Baru Cina?

    Selepas memperkenalkannya adik Cyril menjawab pertanyaan saya. Dia dengan jawapan

    keanak-anakan mengatakan bahawa perayaan Tahun Baru Cina merupakan perayaan untuk

    menyambut musim bunga. Musim bunga datang menyebabkan pemandangan pun

    berubah maka penanaman padi dimulakan. Sehubungan dengan itu, dia mengatakan dapat

    memakai pakaian baru dan menerima angpaw daripada orang yang lebih tua.

    2. Sesi temubual diteruskan kepada soalan yang kedua. Adakah Perayaan Tahun Baru

    Cina penting bagi anda?

    Adik Cyril menyatakan bahawa perayaan ini sangat penting bagi dirinya sendiri. Hal ini keranabapanya akan membawa mereka balik ke kampung untuk meraikan perayaan ini dengan ahli

    keluarga sebelah bapanya.

    3. Soalan yang berikutnya daripada saya ialah. Pada pendapat anda, perlukah amalan

    seperti makan bersama keluarga pada malam sebelum perayaan Tahun Baru Cina

    diamalkan?

    Dia mengatakan bahawa ahli keluarganya ada makan malam bersama keluarga sebelum perayaan

    Tahun Baru Cina sebelah ayahnya. Dia rasa amalan ini patut diteruskan dari generasi ke generasi

    seterusnya. Kerana makan malam bersama-sama dengan ahli keluarga amat penting kepada ahli

    keluarga dan manjadikan hubungan semakin rapat.

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    11/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    10

    4. Seterusnya soalan daripada saya kepada adik Cyril, adakah amalan ini harus diwarisi?

    Di samping itu, dia berpendapat juga amalan seperti menziarahi kaum keluarga terutama datuk

    dan nenek harus diwarisi. Seperti bapanya yang akan membawa mereka sekeluarga balik ke

    kampung untuk menziarahi datuk dan nenek semasa perayaan Tahun Baru Cina. Ini bagi

    memberikan tanda hormat kepada orang tua.

    6. Soalan terakhir pada sesi temubual saya adalah. Apakah perasaan anda semasa

    perayaan Tahun Baru Cina?

    Pada akhirnya, adik Cyril menyatakan bahawa dia berasa gembira kerana dia dapat berada di sisi

    ahli keluarga semasa menyambut Tahun Baru Cina. Dia juga seronok melihat tarian singa.

    Tambahan pula, dia berasa besar hati dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang dihidangkan

    semasa Tahun Baru Cina.

    Sebagai penutup kepada perbualan kami, saya mengucapkan berterima kasih kepadanya atas

    kerjasama dan perkongsian pendapat yang amat berguna.

  • 7/29/2019 T1A2(Laporan Temubual TBC)

    12/12

    HBEF 2803

    PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

    11

    3.0 RUMUSAN LAPORAN

    Setelah melalui pelbagai fasa di dalam menyiapkan tugasan ini, saya dapati ia meruapakan satu

    aktiviti yang seronok disamping dapat melibatkan diri di dalam budaya kaum cina melalui

    perkongsian pendapat, pandangan dan pengalaman. Lebih-lebih lagi pendapat daripada golongan

    yang berumur 55 tahun keatas. Pengalaman yang mereka tempuh banyak menjadikan tugasan

    yang saya lakukan ini lebih bermakna.

    Walaubagaimanapun, saya akui terdapat dugaan dan cabaran yang saya hadapi semasa

    menjalankan tugasan ini lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan sesi temubual. Individu

    yang ditemubual mempunyai pelbagai karenah yang sememangnya berbeza dari segala hal.

    Inilah yang menyebabkan tugasan ini memakan masa untuk disiapkan.

    Akhir sekali pada rumusan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pelbagai

    pihak yang memberikan kerjasama kepada saya dengan rasa tidak berbelah bagi. Kepada rakan-

    rakan OUM dan kepada individu-individu yang ditemubual kerana sudi meluangkan masa

    menjawab soalan-soalan yang saya ajukan dengan penuh dedikasi. Sesungguhnya tiada ucapan

    yang lebih berharga selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Sekian..