t1a1.doc

19
831211125995001 (HBEF2703) FAKULTI : PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : 3 SMP PPG MAC 2013 KOD KURSUS : HBEF2703 TAJUK KURSUS : KO KURIKULUM NAMA : SALBERY JOANNES NO. MATRIKULASI : 831211125995001 NO. KAD PENGENALAN : 831211-12-5995 NO. TELEFON : 019-8952856 E-MEL : [email protected] NAMA TUTOR : PN. ISRAH BINTI ARIPIN PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER

Upload: bery-jo

Post on 16-Sep-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

831211125995001 (HBEF2703)

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : 3 SMP PPG MAC 2013

KOD KURSUS : HBEF2703

TAJUK KURSUS : KO KURIKULUMNAMA

: SALBERY JOANNES

NO. MATRIKULASI

: 831211125995001

NO. KAD PENGENALAN: 831211-12-5995

NO. TELEFON

: 019-8952856

E-MEL

: [email protected] TUTOR

:PN. ISRAH BINTI ARIPIN PUSAT PEMBELAJARAN: SABAH LEARNING CENTER1.0 PENDAHULUAN Kegiatan Kokurikulum bermaksud sebarang kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang di pelajari di bilik darjah.

Menurut,Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) m.s.11.Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. Dalam konteks pendidikan kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Secara umum, kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar bagi meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namaun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). 2.0 PENGENALAN

Kokurikulum Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah.Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuhi disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Jenis-jenis Komponen Gerak Kerja Kokurikulumi. Pasukan Pakaian Seragam

ii. Persatuan/kelab

iii. Sukan dan permainan

Di sekolah, aktiviti ko-kurikulum terbahagi kepada tiga bahagian. Antaranya ianya ialah :

Pakaian SeragamPersatuan / Kelab

Persatuan AkademikKelab

Kelab hobi / RekreasiKelab Sukan / Permainan

1 ) Pergerakan Pengakap

2 ) Persatuan Bulan Sabit

Merah

3 ) Persatuan St.John

Ambulans Malaysia1 ) Persatuan Bahasa

2 ) Persatuan

Kebudayaan

3 ) Persatuan Sains

dan Matematik

4 ) Persatuan

Kemahiran Hidup

1 ) Kelab Permainan

Tradisional2 ) Kelab Komputer

3 ) Kelab Pencinta

Alam

4 ) Kelab Pengguna

5 ) Kelab Pencegah

Jenayah

6 ) Kelab Seni FotoPermainan :

1 ) Kelab Badminton2 ) Kelab Bola Sepak 3 ) Kelab Bola

Tampar

4). Kelab Catur

Olahraga :

1 ) Kelab Olahraga

Dalam tugasan ini, kajian saya berkisar kepada sebuah kelab sukan dan permainan; iaitu kelab bola sepak Sk. Longkogungan, Penampang. Kelab ini dipilih atas sebab sumbangannya terhadap sekolah malah merangkumi peringkat daerah dan bahagian selain perkembangan potensi murid dalam sukan bola sepak..

2.1Kelab Bola Sepak SK. Longkogungan Penampang

2.1.1Sejarah

Kelab Bola sepak Sk Longkogungan ini merupakan hasil cetusan idea Cikgu Matius Goling selaku pengasas dan pengerusi kelab bola sepak dan telah dibawa ke dalam mesyuarat pertama Kokurikulum sekolah kebangsaan Longkogungan, penampang dalam bulan Januari 2010. Idea tersebut turut disokong oleh Cikgu Ricky Marden selaku penolong kanan ko-kurikulum. Idea ini telah diterima baik oleh semua guru-guru dan dipersetujui untuk dilaksanakan.

Bermula dari mesyuarat tersebut, Cikgu Matius telah membuat beberapa siri perjumpaan dan mesyuarat susulan melibatkan pelajar-pelajar (ahli) kelab membincangkan perancangan dan perlaksanaan kejohanan ini. Hasil dari perjumpaan tersebut, maka timbul sebelas orang telah menampilkan bakat tersediri dan lengkaplah sebuah pasukan bola sepak Sk Longkogungan. Antara pemain tersebut ialah1. Nereus Jiliam ( Ketua Pasukan )

2. Melvin Gabriel Benson

3. Jeffrey Thomas

4. Henry Martin

5. Stephen Jiliam

6. Robert Joseph

7. Jerry Limun

8. Nexson Benedict

9. Donny John

10. Gibon Joseph

11. Maxwell Gusitim Melalui penubuhan kelab bola sepak ini ia akan terus wujud dari tahun ke tahun akan memberikan nafas baru dalam sukan bola sepak sekolah dan juga budaya sukan baru. Nilai-nilai positif seperti kerjasama antara rakan sepasukan, kreatif, kepimpinan, kekitaan, dan keyakinan diri dapat dipupuk setiap tahun.2.1.2 TUJUAN PENUBUHANMatlamat Memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan ahli persatuan.

Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti bola sepak.Objektif Memberi latihan dan kemahiran asas.

Mendedahkan tentang peraturan bola sepak .

Pelajar boleh menyertai dan mengelolakan pertandingan bola sepak di peringkat sekolah,daerah, negeri dan kebangsaan

Mewujudkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar.

Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai ahli sukan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan negara.Aktiviti Latihan kesegaran dan kecergasan

Mempraktikkan kemahiran asas seperti menyepak, mengelecek, mendada dan melontar bola.

Mempelajari sistem permainan.

Mempelbagai kaedah latihan.

Teori berkenaan peranan setiap pemain.

Projek membaiki padang, membuat garisan padang dan mengecat tiang gol.

Pertandingan bola sepak antara kelas.

Perlawanan persahabatan dengan pasukan luar.

Ujian bertulis tentang undang-undang permainan, kemahiran bola sepak, sejarah bola sepak dan lain-lain.

Pemilihan pelajar mewakili sekolah.

Latihan intensif.

2.1.3 SENARAI AKTIVITI KELAB BOLA SEPAK 2013

TARIKHAKTIVITI

JanuariLatihan dan perlawanan antara ahli kelab

Pemilihan untuk pemain bawah 12 tahun

Bermula

FebruariLatihan Intensif dan persediaan untuk pertandingan untuk pemain bawah 12 tahun yang terpilih

MacLatihan Intensif dan persediaan untuk pertandingan untuk pemain bawah 12 tahun yang terpilih.

Membaiki dan membuat garisan padang bola sepak.Liga bola sepak Sk. Longkogungan bermula

AprilLatihan dan perlawanan Liga Bola Sepak Sk.

Longkogungan

MeiLatihan dan perlawanan Liga Bola Sepak Sk.

LongkogunganPemilihan untuk pemain Piala Premier dimulakan

JunLatihan dan perlawanan Liga Bola Sepak Sk.

Longkogungan. Persediaan untuk Karnival Sukan Dan Permainan

JulaiLatihan dan perlawanan

Pertandingan Karnival Sukan Dan Permainan

Pertandingan Bola Sepak Piala Premier

OgosLatihan dan perlawanan untuk ahli kelab

SeptemberLatihan dan perlawanan untuk ahli kelab

OktoberKlinik Bola Sepak untuk semua ahli kelab

2.1.4 KELEBIHAN DAN MANFAAT BERMAIN BOLA SEPAK

Antara kelebihan mengikuti kelab bola sepak atau bermain bola sepak adalah, murid dapat meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak ponteng latihan dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin murid tersebut.Seterusnya, kelab bola sepak ini juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bermain bola sepak boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan.Selain itu, seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Di samping itu, bermain bola sepak juga membentuk murid menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, apabila pihak lawan mengasari rakan sepasukan. Di sana kita perlu untuk berfikiran positif untuk mengelakan daripada pergaduhan berlaku. Oleh itu, bermain bola sepak ini penting dalam melahirkan murid yang berfikiran positif.

Dalam masa yang sama, murid juga dapat mempelajari cara-cara bermain bola sepak dan undang-undang yang terkandung dalam kelab bola sepak. Sehubungan dengan itu, murid yang aktif melibatkan diri dengan kelab bola sepak ini juga dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat. Guru-guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sukan. Saya percaya dengan adanya kerjasama antara semua pihak lebih ramai lagi jaguh sukan negara yang akan menyerlah di peringkat antarabangsa.2.1.5 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KELABStatus Pelajar Sk. Longkogungan Mestilah pelajar Sk. longkogunagan yang berdaftar.

Sekurang-kurangnya telah bersekolah di Sk.Longkogungan tidak kurang dari 2 bulan, selepas tarikh pendaftaran.

Tidak sedang digantung sekolah, dibuang sekolah atau berpindah sekolah semasa pendaftaran pasukan dijalankan. Pendaftaran akan terbatal secara automatik.

Mesti Bermain

Setiap pemain berdaftar wajib bermain sebagai 11 utama/pemula (first eleven) sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang musim. Tujuannya adalah beri ruang dan keadilan kepada semua pemain menunjukkan dan mengasah bakat masing-masing

Pelajar/pemain juga mesti bermain untuk pasukan kelab yang sama bagi tempoh tidak kurang dari 2 tahun, kecuali pemain tersebuttidak lagi menjadi pelajar Sk. Longkogungan. RASIONAL memberi ruang kepada pemain berkeyakinan diri untuk menyerlahkan kebolehan masing-masing disamping belajar untuk komited kepada pasukan.Mesti Lulus Ujian/Peperiksaan

Setiap pemain wajib lulus ujian atau peperiksaan diduduki sepanjang musim berjalan.

Jika gagal, maka pemain tersebut boleh dikenakan hukuman gantung 2 perlawanan maksimum.

Penggantungan TIDAK serta merta. Peluang diberi kepada pemain berkenaan menduduki semula ujian atau peperiksaan tersebut, atau merayu kepada Jawatankuasa Rayuan Akademik

Jika lulus ujian gantian (duduk semula), maka penggantungan perlawanan TIDAK PERLU atau DITARIK BALIK dan DIBATALKAN.

Pemain MASIH boleh bermain selepas tempoh penggantungan tamat.

RASIONAL mengelakkan pemain hilang tumpuan kepada akademik sehingga menjejaskan potensi kecemerlangan SUKAN DAN AKADEMIK.

Mesti Memakai Pelapik/pelindung Betis (Shinpad/Shinguard) dan Kasut Bola Sepak

Setiap pemain wajib kasut bola sepak yang sesuai. Kasut lain tidak dibenarkan sama sekali.

Setiap pemain wajib memakai pelapik atau pelindung betis. Pemakaian hendaklah betul dan benar-benar berfungsi. Saiz pelapik hendaklah sesuai dengan saiz tubuh badan pemain itu sendiri. Pelapik yang retak, rosak atau pelapik palsu (potongan kotak atau plastik, dll) adalah DILARANG penggunaannya sama sekali.

Kegagalan mana-mana pemain mematuhi peraturan ini memungkinkan pasukan anda dikenakan PEMOTONGAN MATA TEKNIKAL tidak kurang dari 1 dan tidak lebih dari 3 bagi setiap kesalahan. Pengulangan kesalahan juga memungkinkan pemotongan mata tambahan.

RASIONAL membantu mengurangkan risiko kecederaan kaki pada pemain-pemain bola sepak sekolah.

2.1.6 CABARAN DAN HALANGAN

Tidak dinafikan bahawa setiap kali melaksanakan aktiviti kelab memang ada kekangan ada halangan yang akan timbul. Begitu juga dengan pelaksanaan aktiviti kelab bola sepak ini. Tetapi, ia bukan satu halangan untuk menghentikan atau menggugurkan aktiviti yang telah dirancang. Guru kelab perlu bijaksana dalam menguruskan kelab dan perjalanan aktiviti yang telah dirancang. Antara cabaran dan halangan yang ialah :

a). Masa

Masa yang diperuntukan untuk aktiviti kelab hanya 1 jam sahaja, ia amat terhad. Dalam masa yang sama, terdapat atktiviti yang tidak dapa dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Kadangkala perjumpaan yang sepatutnya dirancang terkena pada masa cuti, maka aktiviti tersebut terpaksa di batalkan. Sehubungan dengan itu, masalah seperti ketidakhadiran guru disebabkan aktiviti lain seperti kursus dan sebagainya.

b). KehadiranKehadiran murid dalam perjumpaan aktiviti kelab adalah kekangan yang utama. Ini kerana, jarak mereka untuk datang ke sekolah adalah jauh serta memakan masa yang lama. Dengan ketidakhadiran murid ke perjumpaan kelab, murid tersebut akan ketinggalan banyak maklumat. c). AlatanAlatan kelab bola sepak yang terhad, pengajaran secara praktikal tidak berjalan dengan lancar. Contohnya, bilangan bola sepak yang sedikit dan uzur tidak dapat menampung jumlah ahli yang ramai, Keluasan padang juga tidak menampung jumlah ahli kelab yang ramai. d). Sumber Kewangankewangan kelab juga merupakan aspek yang terpenting. Ini kerana, ketiadaan sumber kewangan boleh menyebabkan semua aktiviti-aktiviti kelab yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Sebagai contoh, melaksanakan satu pertandingan bola sepak, ia memerlukan perbelanjaan yang besar.e). Keadaan cuacaKeadaan cuaca yang tidak menentu juga menyukarkan pelaksanaan akitiviti-aktiviti kelab. Sebagai contoh ialah ketika mengadakan perlawanan bola sepak antara ahli kelab, tetapi tiba-tiba hujan. Maka perlawanan tersebut terpaksa di batalkan.