t 8.doc

Upload: ganesan-kunyambu

Post on 09-Mar-2016

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tutorial 8 ( 5/2/2010 )

Tutorial 8 ( 10/2/2010 )

A. Bentuk Muka Bumi1. Kawasan tanah pamah merupakan kawasan berpenduduk padat kerana kawasan ini memudahkan pelbagai aktiviti dijalankan.2. Jaluran tanah pamah di Sem. Malaysia menganjur dari :a) utara Perlis ke Taiping, Lembah Kinta hingga ke Teluk Intan

b) Kuala Kubu ke Lembah Klang sehingga ke Seremban

c) Melaka ke batu Pahat, sekitar Johor Bahru,

d) sekitar Kuantan, dataran Kuala Terengganu dan Kota Baharu

3. Jaluran tanah pamah di Sarawak bertumpu :

a) sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu

4. Jaluran tanah pamah di Sabah bertumpu di :

a) sekitar Kota Kinabalu

5. Kawasan tanah pamah yang mempunyai bentuk muka bumi agak rata menjadi tumpuan penduduk kerana :

a) mudah membina petempatan

b) memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan dan perhubungan

c) sesuai untuk kegiatan pertanian kerana mempunyai tanah yang subur

d) menggalakkan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan perdagangan

6. Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Kerian dan Dataran Terengganu merupakan kawasan yang subur dengan tanih aluvium dan menggalakkan penanaman padi.

1. Antara berikut apakah faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia ? Ibentuk muka bumi

IIsumber mineral

IIImigrasi

IVdasar kerajaan

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Jawapan : B

Penerangan : Migrasi berkaitan dengan perubahan penduduk

2. Di Semenanjung Malaysia kawasan yang menjadi tumpuan penduduk ialah kawasan ... A. tanah hutan

B. tanah tinggi

C. tanah pedalaman

D. tanah pamah

Jawapan : D

Penerangan : Tumpuan kegiatan ekonomi Sibu

Sarikei

Kuching

3. Kawasan-kawasan di atas berpenduduk padat kerana terletak di ...

A. jaluran tanah pamah

B. kawasan pelancongan

C. kawasan tanah tinggi

D. kawasan berpaya

Jawapan : A

Penerangan : Pelbagai aktiviti boleh dijalankan

4. Taburan penduduk jarang terdapat di kawasan ...

Ipergunungan

IIlembah sungai

IIIpedalaman berhutan tebal

IVtanah pamah

A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV

Jawapan : B

Penerangan : Keadaan bentuk muka bumi menyukarkan pembinaan petempatan

Tanih aluvium

Penanaman padi

Penduduk padat5. Kawasan manakah boleh dikaitkan dengan penyataan di atas ?

IDataran Kedah-Perlis

IIDataran Kelantan

IIIDataran Terengganu

IVDataran Kinabalu

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Jawapan : A

Penerangan : Kinabalu bukan dataran tetapi kawasan tanah tinggi

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK MALAYSIA

Pengangkutan & Perhubungan

Dasar Kerajaan / Governan

Sumber Mineral

Kegiatan Sosio-Ekonomi

Bentuk Muka Bumi