»» syarat umum lantikan bagi semua jawatanbsm.upsi.edu.my/download/kerjaya online/bukan...

6
»» SYARAT UMUM LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATAN Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; »» SILA KE HALAMAN SETERUSNYA UNTUK MENDAPATKAN SYARAT LANTIKAN KHUSUS SETIAP JAWATAN BIL JAWATAN GRED TARAF KEKOSONGAN 1. Penolong Pegawai Perubatan U29 Tetap 1 2. Pembantu Makmal C17 Tetap 1 3. Pereka Grafik B27 Kontrak 1 4. Penolong Jurutera (Awam) JA29 Kontrak 1 *Sila ambil maklum bahawa selepas permohonan online dibuat, pemohon perlu menghantar permohonan ke UPSI beserta salinan sijil dan dokumen berkaitan (sila rujuk panduan permohonan) Unit Perjawatan Bahagian Sumber Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjung Malim, Perak

Upload: vuongkhue

Post on 12-Mar-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: »» SYARAT UMUM LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATANbsm.upsi.edu.my/download/Kerjaya Online/Bukan Akademik...SKIM PERKHIDMATAN PEREKA GRAFIK GRED B27 (KONTRAK) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN BAKAT

»» SYARAT UMUM LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATAN

Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

warganegara Malaysia;

berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

»» SILA KE HALAMAN SETERUSNYA UNTUK MENDAPATKAN SYARAT LANTIKAN KHUSUS SETIAP JAWATAN

BIL JAWATAN GRED TARAF KEKOSONGAN

1. Penolong Pegawai Perubatan U29 Tetap 1

2. Pembantu Makmal C17 Tetap 1

3. Pereka Grafik B27 Kontrak 1

4. Penolong Jurutera (Awam) JA29 Kontrak 1

*Sila ambil maklum bahawa selepas permohonan online dibuat, pemohon perlu menghantar permohonan ke UPSI beserta salinan sijil dan dokumen berkaitan (sila rujuk panduan permohonan)

Unit Perjawatan

Bahagian Sumber Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim, Perak

Page 2: »» SYARAT UMUM LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATANbsm.upsi.edu.my/download/Kerjaya Online/Bukan Akademik...SKIM PERKHIDMATAN PEREKA GRAFIK GRED B27 (KONTRAK) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN BAKAT

PENTING: PANDUAN PERMOHONAN

1. Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI (myjobs.upsi.edu.my).

2. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula atau

mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.

3. Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses

menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak.

Setelah borang online lengkap diisi:

-Cetak CV lengkap dan lekatkan gambar.

-Lampirkan salinan-salinan keputusan SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah/ Sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan). Poskan ke alamat tertulis di bawah.

-Pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/ sementara atau PSH) hendaklah menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Pendaftar UPSI melalui ketua jabatan.

4. Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat

di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.

5. Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini

menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.

Sila hantarkan permohonan ke:

Unit Perjawatan

Bahagian Sumber Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim, Perak

6. Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (En.Mustafa, Cik Norlina, Pn. Norul) / 6863 ( En. Hashim) atau emel [email protected] untuk pertanyaan.

7. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan

selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah di anggap tidak berjaya.

Page 3: »» SYARAT UMUM LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATANbsm.upsi.edu.my/download/Kerjaya Online/Bukan Akademik...SKIM PERKHIDMATAN PEREKA GRAFIK GRED B27 (KONTRAK) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN BAKAT

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PERUBATAN DAN KESIHATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) JADUAL GAJI :

GAJI KENAIKAN GAJI TAHUNAN

MINIMUM MAKSIMUM

RM1,797.00 RM5,753.00 RM145.00

SYARAT LANTIKAN :

diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia. [Gaji Permulaan : RM1,797.00] dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

.

Page 4: »» SYARAT UMUM LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATANbsm.upsi.edu.my/download/Kerjaya Online/Bukan Akademik...SKIM PERKHIDMATAN PEREKA GRAFIK GRED B27 (KONTRAK) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN BAKAT

SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU MAKMAL GRED C17

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN SAINS KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA JADUAL GAJI :

GAJI KENAIKAN GAJI TAHUNAN

MINIMUM MAKSIMUM

RM1,357.00 RM4,008.00 RM100.00

SYARAT LANTIKAN :

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut; [Gaji Permulaan : RM1,357.00] atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau [Gaji Permulaan : RM1,413.40] atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan : RM1,469.80] dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Page 5: »» SYARAT UMUM LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATANbsm.upsi.edu.my/download/Kerjaya Online/Bukan Akademik...SKIM PERKHIDMATAN PEREKA GRAFIK GRED B27 (KONTRAK) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN BAKAT

SKIM PERKHIDMATAN PEREKA GRAFIK GRED B27 (KONTRAK)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN BAKAT DAN SENI KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA/PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) JADUAL GAJI :

GAJI KENAIKAN GAJI TAHUNAN

MINIMUM MAKSIMUM

RM1,499.00 RM5,679.00 RM145.00

SYARAT LANTIKAN :

mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. [ Gaji Permulaan : RM1,499.00] atau

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. [ Gaji Permulaan : RM1,499.00] atau

diploma dalam bidang seni kreatif, seni bina dalaman, seni lukis atau seni reka yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan : RM1,777.78] dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Page 6: »» SYARAT UMUM LANTIKAN BAGI SEMUA JAWATANbsm.upsi.edu.my/download/Kerjaya Online/Bukan Akademik...SKIM PERKHIDMATAN PEREKA GRAFIK GRED B27 (KONTRAK) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN BAKAT

SKIM PERKHIDMATAN PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 (KONTRAK)

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA (SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU) JADUAL GAJI :

GAJI KENAIKAN GAJI TAHUNAN

MINIMUM MAKSIMUM

RM1,549.00 RM5,701.00 RM145.00

SYARAT LANTIKAN :

sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan : RM1,549.00] atau

diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan : RM1,935.02] dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.