syarat permohonan program khas kejuruteraan jepun,...

7
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2016 UNTUK PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 PENGENALAN Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2015 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Khas Kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan. SYARAT PERMOHONAN Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut: Syarat-Syarat Umum (a) Warganegara Malaysia; (b) Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan); (c) Mempunyai kesihatan yang baik;

Upload: duongkiet

Post on 07-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syarat Permohonan Program Khas Kejuruteraan Jepun, …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2016/SYARAT_PERMOHONAN_PROGR… · Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

SYARAT PERMOHONAN

PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2016

UNTUK PELAJAR LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

PENGENALAN Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki

SPM pada tahun 2015 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengikuti pengajian di bawah

Program Khas Kejuruteraan di negara Jepun, Korea, Perancis dan

Jerman. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan

mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian

peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan.

SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus

permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan

(20 tahun bagi pelajar peralihan);

(c) Mempunyai kesihatan yang baik;

Page 2: Syarat Permohonan Program Khas Kejuruteraan Jepun, …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2016/SYARAT_PERMOHONAN_PROGR… · Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

(d) Ibu bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau

sedang dalam tindakan undang-undang JPA; dan

(e) Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-

mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Syarat Khusus

Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran

berikut:

(a) Bahasa Melayu;

(b) Sejarah;

(c) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/

Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral;

(d) Bahasa Inggeris;

(e) Fizik;

(f) Kimia;

(g) Matematik Tambahan; dan

(h) Tidak mempunyai sebarang gred C dalam mana-mana mata

pelajaran yang diambil.

Page 3: Syarat Permohonan Program Khas Kejuruteraan Jepun, …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2016/SYARAT_PERMOHONAN_PROGR… · Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

MAKLUMAT PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2016

PENGENALAN Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Tahun 2016 adalah program penajaan JPA bagi pelajar lepasan

SPM 2015 ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman bagi

mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan. Pelajar akan ditaja

mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian

peringkat Ijazah Pertama di negara berkenaan.

STRUKTUR PENGAJIAN PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN

JKPJ

Struktur pengajian bagi Program Khas Kejuruteraan JKPJ adalah

seperti berikut:

Program Persediaan

Ijazah

Kolej Kursus Tempoh

Kejuruteraan Teknikal Jepun

International Education

Centre (INTEC)

Persediaan Teknikal Jepun

24 bulan Dip: 3thn Bsc:2thn

Kejuruteraan Teknikal Korea

International Education

Centre (INTEC) Persediaan 9 bulan Dip: 3thn

Bsc:2thn

Page 4: Syarat Permohonan Program Khas Kejuruteraan Jepun, …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2016/SYARAT_PERMOHONAN_PROGR… · Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Program Persediaan

Ijazah

Kolej Kursus Tempoh

Seoul National University (SNU) 12 bulan

Kejuruteraan Teknikal Perancis

International Education

Centre (INTEC)

IPT terpilih di Perancis

Persediaan 24 bulan Dip: 3thn DUT:2thn

Malaysia France Institute (MFI)

Kejuruteraan Teknikal Jerman

International Education

Centre (INTEC) A-Level 21 bulan

Bsc: 3thn Mstr:2thn

Kolej Bandar Utama (KBU) AUSMAT 18 bulan

Nota: Dip: Diploma Bsc: Bachelor Mstr: Master DUT: Diplom Universitaire de Technologies

PROGRAM KEJURUTERAAN TEKNIKAL JEPUN

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan

Teknikal Jepun akan mengikuti kursus persediaan selama 24 bulan di

Pusat Persediaan Kajian Teknikal Jepun, di INTEC UiTM, Shah Alam.

Pelajar-pelajar akan menduduki peperiksaan MONKASHO yang

disediakan oleh Kementerian Pendidikan Jepun (MEXT) pada akhir

tahun 2 kursus persediaan.

Page 5: Syarat Permohonan Program Khas Kejuruteraan Jepun, …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2016/SYARAT_PERMOHONAN_PROGR… · Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Pelajar yang lulus peperiksaan tersebut dan memenuhi syarat

kemasukan ke kolej-kolej teknikal di Jepun serta memenuhi syarat

yang ditetapkan oleh JPA akan meneruskan pengajian kejuruteraan

peringkat Diploma selama 3 tahun di Kolej Teknikal di Jepun. Pelajar

berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama

dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang

di peringkat Diploma dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

oleh JPA serta diterima masuk ke universiti di Jepun. Tempoh

pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti di Jepun selepas

mengikuti program Diploma ialah 2 tahun.

PROGRAM KEJURUTERAAN TEKNIKAL KOREA

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan

Teknikal Korea akan mengikuti kursus persediaan selama 9 bulan di

INTEC, UiTM Shah Alam. Pelajar kemudiannya akan menyambung

kursus persediaan selama 12 bulan di Language Education Institute,

Seoul National University, Republik Korea sebelum mengikuti

pengajian kejuruteraan peringkat Diploma di Kolej Teknikal di Republik

Korea selama 3 tahun. Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke

peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan

prestasi yang cemerlang di peringkat Diploma dan memenuhi syarat-

syarat yang ditetapkan serta diterima masuk ke univerisiti di Republik

Korea. Tempoh pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti di

Republik Korea selepas mengikuti program Diploma ialah 2 tahun.

Page 6: Syarat Permohonan Program Khas Kejuruteraan Jepun, …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2016/SYARAT_PERMOHONAN_PROGR… · Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

PROGRAM KEJURUTERAAN PERANCIS

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan

Perancis akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC, UITM

Shah Alam atau di Malaysia France Institute (MFI) Bangi.

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan

Perancis akan mengikuti kursus persediaan di INTEC, UITM Shah

Alam selama 1 bulan dan seterusnya menyambung pengajian

persediaan di Perancis selama 12 bulan. Prestasi pelajar semasa

kursus persediaan di Perancis akan menentukan sama ada pelajar

layak atau tidak untuk meneruskan pengajian peringkat Ijazah

Pertama selama 5 tahun di universiti-universiti terkemuka di Perancis

(Grand Ecole).

Pelajar yang mengikuti kursus persediaan di Malaysia France Institute

(MFI) pula akan mengikuti kursus Bahasa Perancis dan beberapa

mata pelajaran Sains dan Matematik bagi tujuan mengambil

peperiksaan kursus persediaan. Selepas berjaya di peringkat

persediaan dan memenuhi had kecemerlangan akademik yang

ditetapkan, pelajar akan meneruskan pengajian di Institute University

de Technologie (IUT) bagi memperolehi kelayakan Diplom

Universitaire de Technologies (DUT).

Seterusnya pelajar akan mengikuti pengajian Diplome d’Ingenieur

selama 3 tahun di Grande Ecole. Kelayakan ini memenuhi keperluan

untuk tujuan pendaftaran sebagai jurutera Siswazah dengan Lembaga

Jurutera Malaysia DAN ianya juga dinilai setaraf dengan Ijazah

Sarjana Kejuruteraan dari IPT tempatan.

Page 7: Syarat Permohonan Program Khas Kejuruteraan Jepun, …docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/2016/SYARAT_PERMOHONAN_PROGR… · Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Perancis dan Jerman

Diplom Universitaire de Technologies (DUT) dari Institute University de

Technologie (IUT) diiktiraf sebagai setaraf dengan Diploma

Kejuruteraan dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi

maksud lantikan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

PROGRAM KEJURUTERAAN JERMAN

Pelajar yang berjaya ditawarkan penajaan Program Kejuruteraan

Jerman akan mengikuti kursus persediaan sama ada di INTEC, UITM

Shah Alam atau Kolej Bandar Utama (KBU) selama 18 hingga 21

bulan. Semua pelajar yang lulus dengan jayanya kursus persediaan

seterusnya akan ditaja mengikuti pengajian peringkat Bachelor selama

3 tahun di institusi-institusi pengajian tinggi di Jerman.

Pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Master di

Jerman dengan tajaan JPA sekiranya menunjukkan prestasi yang

cemerlang di peringkat Bachelor dan memenuhi syarat-syarat yang

ditetapkan. Tempoh pengajian peringkat Master ialah 2 tahun.

Kelayakan Bachelor’s (B Eng/ B Sc.) dalam bidang Kejuruteraan dari

Universiti Applied Sciences (UAS) di Jerman adalah tidak setaraf

dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Institiusi Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) tempatan. Kelayakan yang diiktiraf sebagai

setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan adalah selepas

ditambah nilai dengan Ijazah Master’s (M Eng/ M Sc.) di Bidang

Kejuruteraan yang sama secara Kerja Khusus (Tought Course) dari

IPTA atau IPT yang diiktiraf Kerajaan.