institut teknologi kyoto · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di jepun. ia...

20
INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO

Upload: trantram

Post on 17-Mar-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO

Page 2: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

JENAMA KIT

Mendalami pengetahuan dan kepekaa

Sekolah siswazah Institut Teknologi Kyoto ialah satu-satunya sekolah siswazah yang menetapkan sainsdan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang inginmelangkah jauh ke hadapan berdasarkan pengetahuan dan kepekaan yang diperoleh setakat ini. Melaluitema kajian di setiap makmal, kesedaran tentang persekitaran sekeliling didalami, justeru penyelidikanmengenai teknologi saintifik yang menyasarkan keharmonian manusia dan alam semulajadi dijalankan.Walaupun sebagai sekolah kejuruteraan, ia juga merangkumi bidang-bidang lain seperti pertanian, sainsdan seni, serta melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelidikan berdasarkan sudut pandangan global melaluipergaulan antarabangsa yang proaktif. Lebih-lebih lagi, untuk memastikan pencapaian objektif setiapsiswazah, sebuah sistem pendidikan fleksibel telah ditetapkan yang membenarkan pelajar tergolongkepada dua atau lebih makmal di seluruh bidang akademik. Dengan pelan unik sedemikian, kamimemupuk keupayaan penyelidikan dan kreativiti untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat.Dengan matlamat Teknologi Lebih Canggih. Lebih Profesional dan Pengetahuan Lebih Luas. Pelajarberkembang dalam pengajian praktikal dan memberi sumbangan kepada masyarakat – Ini adalahkebanggaan jenama KIT.

(INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO)

Page 3: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

  Presiden Masao FURUYAMA

Institut Teknologi Kyoto telah membangunkan budaya akademiknya sendiridalam usahanya mencapai “ Kebijaksanaan, Keindahan dan Teknologi ”sepanjang sejarah kami yang berusia 110 tahun sejak dari penubuhan institutkami yang terdahulu iaitu Sekolah Teknologi Kyoto dan Sekolah Tekstil SuteraKyoto. Kini, sejarah terkenal ini membuka lembaran baharu. Untuk memastikanpelajar menguasai teknologi melalui penciptaan teknologi berdasarkan karakterlengkap, kami menyasarkan penyepaduan harmoni kebijaksanaan dan keindahandengan intelek dan kepekaan.

1. Peningkatan dalam Kualiti Pendidikan

2. Peningkatan dalam Piawaian Penyelidikan

3. Penggalakan Projek Kerjasama

dengan intelek dan kepekaan.

Penggalakan Pelan Tindakan

Fokus utama universiti ialah, sudah pasti, pendidikan. Untuk menghasilkan sumber manusia hebat yangmemiliki perspektif global maju, kami memberi ilham kepada setiap pelajar untuk mencapai keupayaankonsepsi dan ekspresif yang akan membolehkan mereka menukar impresi mereka sendiri kepada inteleksejagat. Bagi tujuan ini, kami menggunakan sistem pendidikan yang dibangunkan oleh KIT, misalnya Piawaiandan Portfolio Komprehensif KIT

Daya tarikan universiti adalah penyelidikan. Bertujuan untuk merintis sesuatu yang baharu dalam bidangakademik, langkah-langkah berdaya cipta yang menyumbang kepada kemajuan dalam masyarakat, danpendalaman estetika yang kondusif kepada pembangunan kebudayaan, kami berusaha untuk terusmeningkatkan piawaian penyelidikan kami.

Kami bekerjasama secara aktif dengan universiti, perusahaan, kerajaan tempatan dan negara-negara lain untukmeluaskan projek pendidikan dan penyelidikan di samping membuat sumbangan kepada komuniti danmasyarakat di luar sana. Pengaruh kami menjangkau jauh di luar dinding universiti.

Page 4: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Empat Hujah Mencipta JENAMA KIT

1 2

Memupuk jurutera dan penyelidik profesional lanjut yangmenguasai intelek, emosi dan berfikiran antarabangsa

Menguasai pengetahuan praktikal dan kemahiran melaluikerjasama dengan industri

Hari ini, sumber manusia sofistikated yang boleh berurusan denganmasalah dalam negara dan antarabangsa adalah dituntut. Di KIT, kamiberhasrat untuk memupuk jurutera dan penyelidik profesional yang

KIT membangunkan banyak aktiviti pendidikan dan penyelidikan melaluikerjasama dengan industri, termasuk penyelidikan bersama dengansyarikat-syarikat tempatan, projek kerjasama dan usaha sama dengan

Menggalakkan Aktiviti-Aktiviti Pendidikan Di Luar Negara Kerjasama dengan Syarikat-Syarikat

Pertukaran Antarabangsa Kelas-kelas yang ditawarkan oleh pensyarah luar dari syarikat dan organ

Latihan Amali Global Pusat Penggalakan Strategi PenyelidikanKIT melaksanakan latihan amali secara proaktif dengan menghantar pelajardi syarikat-syarikat di luar negara, universiti perjanjian kerjasama, institutpenyelidikan, dsb. oleh itu memupuk kemahiran komunikasi praktikal.Dengan program ini, pembangunan penyelidikan dan teknikal akandilaksanakan selama lapan hari sehingga setahun.

Pusat ini telah ditubuhkan sebagai asas yang memainkan peranan utamaaktiviti-aktiviti kerjasama industri-ahli akademik-kerajaan menerusipenyelidikan bersama, penyelidikan amanah, pertukaran penyelidik, sertaprojek kerjasama dan usaha sama dengan komuniti tempatan. Kamiberusaha terhadap sumbangan sosial secara proaktif di sampingmenyesuaikan diri kami untuk mempelbagaikan aktiviti-aktiviti kerjasamaindustri-ahli akademik-kerajaan.

Kami mempelawa pekerja syarikat sebagai pensyarah, dengan itu kelas-kelas dikendalikan supaya tapak perniagaan sebenar dapat difahami.Dengan mata pelajaran kelas Reka Bentuk Proses Praktikal I/II, para pelajarakan mendalami pengalaman sebenar proses-proses pembuatan praktikalmelalui kerjasama syarikat pembuatan maju dan syarikat pembuatanprototaip di Kyoto.

Kami menyediakan peluang secara proaktif kepada pelajar untukmengumpul pengalaman antarabangsa, termasuk pembentangan dan tesispenyelidikan pada mesyuarat akademik antarabangsa, penyertaan dalamprogram tugasan di luar negara, dan pengajian di luar negara, dengan itumembangunkan program latihan globalisasi praktikal yang versatil.

Terdapat 62 universiti dari 20 negara (negara Barat dan Asia) yangmemuktamadkan perjanjian pertukaran antarabangsa dengan KIT. Tempohpengajian di universiti-universiti tersebut diterima sebagai tempohpendaftaran KIT; oleh itu, pelajar boleh melengkapkan kursus dalampenggal kursus yang ditentukan.

berhasrat untuk memupuk jurutera dan penyelidik profesional yangdikuasai intelek, emosi dan keupayaan teknikal yang dipupuk melaluibukan sahaja pengetahuan profesional, tetapi juga pendidikan danpenyelidikan yang mempertimbangkan gabungan sains dan seni pendidikanpraktikal pembuatan, dan pemikiran antarabangsa seperti yang dipupukoleh program pertukaran asing, program latihan amali di luar negara dansebagainya.

syarikat syarikat tempatan, projek kerjasama dan usaha sama dengankomuniti tempatan, dan sebagainya. Dengan merasai pengalaman di tapakpenyelidikan dan pembuatan sebenar dalam dunia sebenar, pelajar bolehmenguasai pengetahuan dan kemahiran lebih praktikal, dengan itumembolehkan mereka memupuk pengetahuan luas dan keupayaan ekspresiyang boleh menangani permintaan masyarakat. Pada masa yang sama,mereka juga dapat memberikan pengetahuan dan teknologi KIT kembalikepada masyarakat yang menyumbang kepada komuniti tempatan.

Tanpa mengira bidang pengajian utama, KIT melaksanakan penyelidikanbersama secara aktif dengan syarikat-syarikat dan projek kerjasama dengankomuniti tempatan. Kami terlibat dalam kerja penyelidikan bersamadengan tenaga pengajar dan kerja penyelidikan bersama yang melibatkanpelajar, dan kami juga menggalakkan pendidikan kerjasama perniagaan-akademik melalui penyelidikan bersama yang melibatkan pelajar.

Page 5: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Empat Hujah Mencipta JENAMA KIT

Setiap tahun, pelajar Program Sarjana mencapai kadar pekerjaan sebanyak95% atau lebih tinggi. Mereka memainkan peranan aktif dalam pelbagai

3 4Warga bekerja, pelajar kolej teknikal dan pelajar asing

Program pendidikan yang sesuai dengan pelbagai orangHasil bagus di tempat kerja/sambung belajarPeranan aktif dalam sains dan teknologi maju

Kami mempunyai kursus-kursus yang menyediakan tugasan tertentu dimana penyerahan kertas penyelidikan tidak selalunya berakhir denganpenyempurnaan kursus, ia bergantung kepada kandungan teknologi

Jenis Tugasan Tertentu (Kursus) Pejabat Kaunseling Pekerjaan

Ujian Kemasukan Khas untuk Warga Pekerja

Pelajar boleh sentiasa mencuba untuk menjalani kaunseling berkaitan apa-apa soalan untuk mendapatkan pekerjaan. Seramai lima kakitangantermasuk pasukan sokongan kerja buat lulusan universiti; Hello Work,eksekutif tertinggi syarikat perkhidmatan maklumat pekerjaan, tenagapengajar separuh masa dari universiti yang bertanggungjawab terhadappendidikan kerjaya, serta perunding bertauliah yang mempunyaipengalaman sebagai kaunselor kerjaya di Kyoto Job Park atau Hello Workmenawarkan nasihat tepat dan pantauan teliti kepada sasaran.

95% atau lebih tinggi. Mereka memainkan peranan aktif dalam pelbagaiindustri di Jepun dan luar negara, termasuk industri pembuatan, denganmemanfaatkan hampir semua kepakaran yang dipupuk di KIT. BahagianSokongan Pembawa ditubuhkan di Pusat Sokongan Pelajar bagimelaksanakan kaunseling kerjaya dan sokongan pekerjaan untuk setiappelajar. Dalam setiap bidang utama, tenaga pengajar dikerahkan untukmemberi maklumat mengenai pekerjaan yang dituntut oleh pelbagaisyarikat.

Ini ialah sebuah sistem di mana tugasan yang dibuat oleh pelajar sebagaipertukaran dengan tesis sarjana yang dinilai dan diakui. Sistem ini digunapakai untuk Program Sarjana Seni Bina, dan sebagainya. Sebagai tambahankepada tenaga pengajar KIT, pakar yang memainkan peranan aktif di dalamdan luar negara juga terlibat dalam penilaian, dengan itu meningkatkan lagimotivasi pelajar.

penyempurnaan kursus, ia bergantung kepada kandungan teknologiprofesional seperti yang dituntut dalam bidang masing-masing dan tujuanpelajar tersebut. Di samping itu, program pendidikan dengan pertimbanganuntuk pelajar sedang bekerja dan kursus-kursus khas untuk pelajar asingdaripada universiti perjanjian kerjasama dan sebagainya juga tersedia. Silaambil perhatian bahawa ujian kemasukan adalah versatil, dan kamimelaksanakan ujian kemasukan yang dikhaskan untuk elajar sedang bekerjaatau pelajar asing. Pendaftaran semester musim luruh juga disediakan.

Bertindak balas terhadap permintaan untuk pendidikan bagi warga bekerjadi sekolah siswazah, kami mencari pelajar dari golongan tersebut untuksemua bidang pengajian utama. Oleh kerana kami telah mewujudkan sistempendidikan yang membolehkan pelajar menghadiri kursus dan melakukanpenyelidikan pada waktu malam, maka pelajar boleh memilih untukmenghadiri kursus-kursus pada waktu malam, manakala bekerja padawaktu siang.

Page 6: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Biologi Gunaan Applied Biology

応用生物学Available Lebel

Membuka generasi akan datang dengan bioteknologiKami terlibat dalam kajian yang berkaitan biologi kontemporari dan bioteknologi kajian gunaan, serta pembangunan dan penilaian teknologipengeluaran biologi di mana persekitaran global dan kehidupan insan diharmonikan.Matlamat kami adalah untuk merealisaasikan persekitaran global di mana pelbagai kehidupan adalah lengkap dan sebuah masyarakat yang harmonidengan alam sekitar. Kami bermatlamat untuk menganalisis sifat fenomena kehidupan dan membangunkan teknologi canggih yang menyumbangkepada penambahbaikan dalam persekitaran dan kesihatan dengan menggunakan bioteknologi yang diselaraskan dengan penyelidikan genom. Disamping itu, kami juga berhasrat untuk berusaha menyelesaikan fenomena kehidupan yang tidak dapat diselesaikan dengan kepekaan dan minatmendalam terhadap pelbagai fenomena semula jadi, serta minda ingin tahu/kemahiran pemerhatian yang berakar umbi dari kesyukuran terhadapnyawa dan keindahan alam sekitar di samping asas biologi, kimia, fizik, dan sebagainya.

Ke arah pembangunan teknologi yang membawa kepada sebuah kehidupan yang lebih baikBioteknologi telah memainkan bahagian besar dalam masyarakat moden. Sebabnya ialah alur yang besar yang sudah dibentangkan di antarapertanian, sains perubatan, sains farmaseutikal, dan sebagainya yang merupakan kajian pragmatik berkaitan organisme hidup. Alur biologi asas telahdihubungkan pada kelajuan tinggi oleh bioteknologi, dan kedua-dua kajian tersebut sedang bersaing antara satu sama lain.Dalam fenomena yang dirahmati sedemikian, kami berhasrat, sudah pasti, untuk menghalakan diri kami ke analisis fenomena hidupan itu sendiridan berhasrat untuk membangunkan teknologi yang membawa kepada kehidupan manusia lebih baik dengan menggunakan bioteknologisepenuhnya.

Untuk berusaha ke arah objektif, program ini melaksanakan yang berikut:(1) Dengan sasaran haiwan vertebrat, serangga, tumbuhan, mikrob, dan sebagainya, kami menganalisis fenomena hidupan dalam tahap kepingan dansel berasingan, dan kami cuba untuk membangunkan dan mencipta molekul biofungsian baharu bagi tujuan menggunakan fungsi pengeluaran yangmereka miliki. Sebagai tambahan, kami menggalakkan pemeliharaan persekitaran biologi dan analisis kuantitif penghasilan biologi.(2) Dengan sasaran molekul biologi, protein, gen, sel, dan sebagainya., kami menganalisis fenomena kehidupan pada tahap molekul, dan kami cubauntuk membangun dan menggunakan teknologi operasi tiruan daripadanya. Di samping itu, kami juga menggunakannya kepada pertanian, sainsperubatan dan sains farmaseutikal dan menganalisis fenomena kehidupan asas (pembiakan, generasi, pembezaan, maklumat, isyarat, dansebagainya.).(3) Untuk merealisasikan teknologi yang membawa kepada sebuah kehidupan manusia yang lebih baik, kami memajukan penyelidikan kami sendiridengan perspektif lebih luas, termasuk bioetika untuk memahami perhubungan di antara biologi kontemporari/bioteknologi dan kehidupan

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Biologi Gunaan Biologi Gunaan Bioteknologi

Page 7: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Bahan Inovatif Innovative Materials材料創製化学専攻

Kejuruteraan BiomolekulSains dan Kejuruteraan MakromolekTeknologi Kimia dan Bahan

Program Sarjana Bahan InovatifHari ini, inovasi dituntut dalam setiap bidang industri automobil, elektronik dan barangan elektrik, seni bina, atau kejuruteraanawam. Penciptaan bahan-bahan baharu inovatif akan menjadi peledak daripadanya, dan adalah dijangkakan bahan-bahan sedemikianakan menjana inovasi lebih besar dalam rantaian. Bahan-bahan dibentuk apabila unsur komposisi pada tahap atom dan molekulberkumpul dalam cara berlapis. Oleh itu, untuk merealisasikan penciptaan bahan-bahan baharu yang mempunyai prestasi dan fungsiyang dituntut, usaha penuh untuk menyasarkan prestasi dan fungsi tahap dunia pada tahap praktikal adalah wajib. Bukan setakatatom dan molekul, struktur hierarki dan hablur tinggi juga perlu difahami sepenuhnya.Program ini menggalakkan pendidikan dan kerja penyelidikan yang menyasarkan pembangunan bahan-bahan inovatif pada tahappraktikal melalui pendekatan penyepaduan tinggi berdasarkan bahan organik, bahan polimer tinggi, bahan organik termasuk seramik,dan bahan-bahan komposit daripadanya.Lebih khusus, dengan menetapkan penciptaan bahan-bahan inovatif yang mempunyai prestasi dan fungsi tahap dunia pada tahappraktikal sebagai tugasan teras pendidikan dan kerja penyelidikan dan menyepadukan pelbagai jenis bahan yang meliputi bahan-bahan organik dan bukan organik serta bahan-bahan hibrid pada tahap sepaduan tinggi, kami menyasarkan inovasi dalam aspekbahan-bahan optik, bahan-bahan optoelektronik, bahan-bahan pemisah, bahan-bahan suhu tinggi dan sebagainya. Peranti organikyang dijangka akan menjadi peranti teras elektronik dan optik dalam abad semasa akan menjadi tunggak utama program. Kamimeluaskan pembangunan dan penyelidikan oligomer organik berhablur, bahan fotobias organik, kompleks logam pendarkilau, bahanmembran polimer fungsi optik, dsb. Di samping itu, sebagai tonggak kedua, kami meluaskan pembangunan dan kerja penyelidikanbahan-bahan yang mempunyi prestasi praktikal, termasuk bahan struktur suhu tinggi, bahan pendar kilau dan bahanpenjerapan/pemisahan berdasarkan seramik dan kaca.

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Bahan Inovatif Kimia Bahan

Page 8: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Kawalan Sifat-Sifat Bahan Material's Properties Control材料制御化学専攻

Available Lebel

Kejuruteraan BiomolekulSains dan Kejuruteraan MakromolekTeknologi Kimia dan Bahan

Program Sarjana Kawalan Sifat-Sifat BahanAdalah tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa hampir semua bahan yang digunakan dalam masyarakat adalah dalam bentuk agregat,yang dibuat daripada banyak unsur komposisi. Sifat-sifat agregat adalah agak versatil dan kompleks hingga tahap yang tidak boleh dijangkadaripada sifat setiap unsur komposisi berasingan. Pelbagai fungsi yang dibawa oleh bahan adalah berdasarkan sifat-sifat versatil dankompleks sedemikian. Justeru, untuk membangunkan bahan yang memiliki fungsi tahap tinggi, kami mesti sedar tentang sifat-sifat yangmula-mula muncul dalam bentuk agregat sebelum menggunakannya. Walau bagaimanapun, oleh kerana ia mustahil untuk menyelidik semuakombinasi unsur komposisi, adalah perlu untuk melihat sifat-sifat berguna dengan kaedah sistematik dengan matlamat ditetapkan. ProgramSarjana Kawalan Sifat-Sifat Bahan memainkan peranan bagi tindakan yang dinyatakan di atas sewaktu tempoh pembangunan bahan. Lebihkhusus, program ini memainkan fasa yang sangat penting untuk menjadikan bahan boleh diguna semula sebagai bahan.Unsur komposisi yang akan digabungkan adalah versatil, tanpa mengira bahan organik atau bahan bukan organik. Adalah perlu untukmenyelidik secara terperinci berkaitan sifat-sifat yang mungkin dimiliki bahan selepas dibentuk kepada agregat. Sejak akhir ini, di dalamprogram, kami meluaskan pendidikan dan kerja penyelidikan dengan objektif komprehensif dan jelas dengan menggunakan teknologi uji kajilanjutan dengan cekap, termasuk analisis berstruktur bahan polimer tinggi dengan menggunakan gelombang elektromagnet dan gelombangultrasonik, analisis struktur permukaan bahan bukan organik dengan menggunakan sinar kuantum termasuk sinar ion kelajuan tinggi,pengukuran optik kawasan mikroskopik di bawah mikroskop, analisis struktur halus kepersisan, fenomena reologi dan pengenduran molekulpolimer dan sebagainya, dan dengan menjalankan pendekatan dengan kaedah saintifik asas misalnya penjelasan proses-proses dinamikbahan, penciptaan model teori pemasangan sendiri, analisis teori dengan mekanik kuantum, serta simulasi pengiraan termasuk dinamikmolekul.Berikut ialah contoh khusus kajian: ● Proses-proses dinamik terma bahan molekul tinggi● Fizik bahan lembut● Teori dan simulasiberkaitan pengurusan kendiri molekul tinggi/molekul biologi●Struktur peringkat tinggi hablur makromolekul●Elektroreologi●Fenomenapengenduran molekul polimer; Tingkah laku ruang masa molekul polimer di bawah keadaan terbuka●Analisis berstruktur bahan polimertinggi yang menggunakan gelombang elektromagnet dan gelombang ultrasonik●Sifat/reologi polimer bahan lembut polimer●Struktur dansifat-sifat bahan polimer pelbagai fasa, dan mikroskopi 3D●Kajian rasuk ion/interaksi pepejal●Pembangunan bahan berdasarkan simulasipengiraan dan penjelasan mekanisme tindak balas kimia●Kajian tindak balas fasa pepejal-fasa gas ke atas permukaan seramik fungsian●Fizik ke atas retakan dan kecacatan bahan seramik●Penilaian spektroskopi tindak balas in vivo dan in vitro seramik biologi

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Kawalan Sifat-Sifat Bahan Kimia Bahan

Page 9: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Sintesis Bahan Materials Synthesis物質合成化学専攻

Kejuruteraan Biomolekul

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral ProgramKejuruteraan BiomolekulSains dan Kejuruteraan MakromolekTeknologi Kimia dan Bahan

Pembangunan bahan baharu yang diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi kemanusiaanUntuk menghasilkan bahan inovatif, bagaimana unit minimum bahan yang dirujuk sebagai molekul yang terdiri daripada gabungan dan gandingan atom bolehsecara rasional dan efisien direka dan disintesis bersama-sama dengan kegunaan yang dicadangkan daripadanya mempunyai satu maksud yang sangatpenting. Untuk menghasilkan bahan baharu berdasarkan prinsip hierarki, adalah perlu untuk memastikan reka bentuk dan sintesis kepersisan bahan dari tahapmolekul dan selanjutnya menggalakkan penukaran fungsian melalui penukaran dalam unit struktur kimia dan organisasi bermolekul dan membuat peringkatfungsi lebih tinggi dan program menjalankan peranan.Di dalam program ini, kami memajukan penyelidikan dan pembagunan di samping memastikan saling kait rapat dengan menetapkan reka bentuk dan sintesiscanggih molekul organik secara perkara teras, di mana tonggak utama terdiri daripada kimia organik sintesis, kimia sintesis molekul kiral, kimia unsur hetero,kimia mangkin logam peralihan, kimia sintesis biomimetik dan bidang kimia berkaitan yang diperlukan untuk menghasilkan bahan fungsian bermolekul,termasuk produk perubatan, bahan kimia tani, bahan pendarkilau, molekul hablur cecair, bahan aktif permukaan, kimia pengubah fiber dan bantuanpemprosesan fiber; dan tonggak kedua terdiri daripada kimia sintesis polimer, kimia pempolimeran persis, kimia penyepaduan molekul, kimia supermolekul,sains bahan pemisahan prestasi tinggi dan bidang kimia berkaitan. Tambahan pula, di dalam program ini, kami membangunkan penyelidikan terkemuka kearah realisasi bahan hibrid unsur dari skala nano ke skala maktro, dan bahan hibrid organik/bukan organik, salah satu daripadanya. Lebih khusus, unsur-unsuryang kami kendalikan meliputi pelbagai jenis unsur termasuk fluorin, silikon, sulfur, fosforus dan arsenik, sebagai tambahan kepada karbon, hidrogen,oksigen dan nitrogen yang merupakan unsur asas, serta bahan sasaran termasuk sebatian molekul rendah dan sebatian molekul tinggi. Tambahan pula, untukmereka bentuk dan mensintesis bahan-bahan bermolekul fungsian sedemikian, kami telah membuka pendekatan komposit di mana kaedah sintesis baharu dankepelbagaian kaedah sintesis digunakan dengan cekap. Berikut menunjukkan contoh-contoh khusus kajian:●Pembangunan kaedah sintesis asimetrik menggunakan pemangkin asid Lewis kiral ●Pembangunan penderia pemancaran pendarfluor untuk diagnosisperubatan ● Sintesis dan pembangunan gunaan fluoroalkena terpilih stereo berdasarkan pengaktifan pengikatan karbon-fluorin● Pembangunan kaedahpengenalan baharu tulang belakang tetrafluoroetilena dan pembangunan gunaan daripadanya●Pembangunan tindak balas gandingan dua lintasan sebatiandwilogam menggunakan pemangkin logam peralihan ●Membuka sebatian berarsenik organik yang menampilkan pengendalian yang baik diorientasikanuntuk pernyataan fungsian ●Kajian sintesis dan sifat-sifat agen pengaktifan permukaan baharu●Kajian sintesis dan sifat-sifat pengubahsuai permukaanyang mengandungi fluorin●Kajian reka bentuk dan penggunaan oligomer reaktif termasuk makromonomer, makropemula dan telechelics ●Kajian strukturkhas termasuk struktur bercabang dan struktur gelang, serta sifat-sifat bermolekul, struktur pengurusan kendiri dan bahan pukal polimer ● Kajianpermukaan/kawalan sempadan permukaan dan fungsi bahan yang menggunakan polimer ● Kajian sintesis kepersisan dan reka bentuk fungsi polimerresponsif rangsangan luar●Penciptaan dan kajian gunaan zarah halus polimer jenis teras-kelompang fungsi permukaan ●Penciptaan bahan kepingan polimerfungsian yang terdiri daripada struktur permukaan berhierarki dengan gabungan kegunaan nanopeneraan dan pempolimeran cantuman terkawal ●Kajiansintesis dan sifat-sifat pemancaran polimer π -berkonjugat satu dimensi jenis cantuman●Penciptaan dan penggunaan polimer π -berkonjugat baharu yangmemancarkan cahaya dalam keadaan padu●Pembangunan bahan fungsian pepejal berasaskan silsesquioxane oligomerik polihedron ●Penciptaan bahan dimana bahan organik dan bukan organik digabungkan dalam satu tahap unsur●Kajian sintesis plastik yang mementingkan alam sekitar baharu ●Penubuhansistem makromolekul yang memiliki fungsi pengecaman molekul yang diorientasikan untuk penerima tiruan dan enzim tiruan ●Pembangunan teknologibermolekul berdasarkan kawalan struktur kepersisan supermolekul berasaskan porfirin●Pembangunan dan penyelidikan pembawa prestasi tinggi untukHPLC yang diorientasikan untuk pemisahan efisien dan penghalusan biomolekul

Sintesis Bahan Kimia Bahan

Page 10: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Kimia Fungsian Functional Chemistry機能物質化学専攻

Available Lebel

Kejuruteraan BiomolekulSains dan Kejuruteraan MakromolekTeknologi Kimia dan BahanPemupukan jurutera kajian lanjutan yang membuka lembaran baru masa depan kimia bahan fungsianDalam program kimia fungsian, kami menawarkan pendidikan dan penyelidikan yang diorientasikan untuk pengukuran/analisis struktur dan fungsi pelbagai bahan-bahan yangberkaitan bio untuk aktiviti-aktiviti hidupan, kawalan fungsi bahan-bahan berdasarkan pengetahuan yang diperoleh, serta penciptaan dan aplikasi bahan-bahan fungsian danpembangunan kaedah ukuran analisis terkemuka. Kami memupuk keupayaan melaksanakan analisis kepersisan sekitar sudut pandangan kefungsian bahan, dengan itumemberi tafsiran struktur molekul, keadaan elektron, interaksi antara molekul dan sebagainya, dari sudut pandangan pelbagai hala pada peringkat molekul. Pada tahun 1970dan selepasnya, kawasan penyelidikan di mana analisis, kawalan dan penggunaan fungsi bahan merupakan bidang paling berjaya dalam bidang akademik sains hayat,termasuk biologi bermolekul. Perkembangan di rantau ini telah dicapai oleh penciptaan bahan uji analisis/diagnostik yang merealisasikan pembayangan fenomena kehidupan,pembangunan alat pengukur kepekaan amat tinggi, dan teknologi sedemikian berdasarkan pelbagai bentuk penyelidikan dalam bidang kimia bahan yang terkumpul pada abadke-20. Hari ini, untuk pendidikan dan penyelidikan dalam bidang kimia bahan fungsian, penciptaan bahan fungsian tinggi yang membawa kepada resolusi pelbagai masalahyang berkaitan dengan tenaga, ubat, makanan dan alam sekitar yang dihadapi kemanusiaan dan penubuhan teknologi pengukur maju adalah dijangkakan. Hingga akhir ini, didalam program ini, kami menggalakkan pendidikan dan penyelidikan di mana analisis, kawalan dan penggunaan fungsi bahan yang terlibat rapat dalam sains hayat merupakantumpuan utama. Sebagai contoh, berkaitan analisis bahan fungsian, kami menganalisis mekanisme sesuatu bahan yang diwakili fungsi dengan tepat pada tahap molekul danmentafsir kaitan sebab-akibat di antara fungsi bahan dan struktur molekul. Sebagai tambahan, berkaitan kawalan fungsi bahan, kami mengawal struktur fungsi bahan tunggalatau struktur badan komposit, dengan itu mewujudkan badan komposit versatil yang mempunyai kefungsian baharu. Tambahan pula, berkaitan penggunaan bahan fungsian,kami memilih pelbagai bahan baharu dan komposit daripadanya sebagai objek penyelidikan, menilai aktiviti-aktiviti biologinya dengan menggunakan haiwan uji kaji dansistem sel sepenuhnya, dan dengan itu menggalakkan penyelidikan gunaan yang membawa kepada pembangunan unsur diagnostik baharu dan teknologi diagnostik di manabahan-bahan dan komposit-komposit sedemikian digunakan.Secara khusus, makmal program mengendalikan pengajian berikut:Analisis kepersisan spektrokimia berkaitan fungsi, struktur dan keadaan elektron molekul berkaitan dari segi biologi(Bidang Penyelidikan Kimia Struktur Bermolekul)Fungsi protein pendarfluor dan enzim pendar kilau serta mekanisme bermolekul bio pendar kilau(Bidang Penyelidikan Kimia Biofizikal)Pembangunan kaedah analisis pemisahan di mana bidang tindak balas adalah persekitaran tidak sekata(Bidang Penyelidikan Analisis Bahan)Kajian kejuruteraan biokimia pengeluaran efisien dan imobilisasi antibodi bermolekul rendah(Bidang Penyelidikan Kejuruteraan Kimia)Kajian kefungsian tinggi bahan lembut berasaskan getah/elastomer(Bidang Penyelidikan Sains Bahan Biopolimer)Kajian mekanisme pengecaman biomolekul berdasarkan kejuruteraan protein dan penggunaannya(Bidang Penyelidikan Maklumat Biopolimer)Kajian pembangunan dan penilaian molekul berfungsi yang berkaitan dengan asid nukleik(Bidang Penyelidikan Maklumat Biopolimer)Kajian struktur dan fungsi biopolimer(Bidang Penyelidikan Kimia Fungsi Biomolekul)

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Kimia Fungsian Kimia Bahan

Page 11: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Elektronik Electronics電子システム工学専攻

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Teknologi Penting dalam Masyarakat Moden Meliputi bahan dan sistem elektronikDalam program sarjana elektronik, kami menawarkan pendidikan dan pengajian yang ditumpukan pada pelbagai teknologi unsur, reka bentuk/teorianalisis dan kejuruteraan sistem untuk menubuhkan sistem elektronik generasi akan datang, meliputi bidang bahan, plasma, peranti, litar, gelombangelektromagnet, cahaya, pemprosesan isyarat, komunikasi dan sistem.Dalam program ini, kami menawarkan syarahan terkini yang berkaitan dengan bidang khusus yang dinyatakan di atas supaya pelajar bolehmengambil bahagian secara aktif sebagai jurutera dan penyelidik yang sangat pakar di jabatan R&D dan organisasi penyelidikan/pendidikansyarikat. Di samping itu, kami menasihati pelajar untuk menguasai kemahiran dalam komputer sebagai alat untuk membuat reka bentuk, analisis,pengukuran, kawalan, dan sebagainya. Tambahan pula, kami menyarankan pelajar untuk menghadiri kelas-kelas mata pelajaran biasa untukmemupuk sudut pandangan sosial termasuk hak harta intelek.Program ini berhasrat untuk membenarkan pelajar menguasai elektronik dan teknologi komunikasi maklumat sebagai teknologi utama hari ini danmemupuk jurutera dan penyelidik yang memperolehi keupayaan untuk menerajui pembangunan teknologi-teknologi baharu ke arah masa depandengan menggunakan pengetahuan pakar dan kuasa menyeluruh untuk mengguna pakai teknologi-teknologi baharu untuk masyarakat.Kehidupan kita sekarang amat mementingkan kejuruteraan elektronik. Akhir-akhir ini, peranan litar elektronik menjadi semakin penting, sertapengetahuan dan teknologi elektronik menjadi penting bukan sahaja untuk barangan elektrik di rumah (TV LCD, DVD, pemain muzik, ketuharelektronik), yang kita gunakan dalam kehidupan harian, tetapi juga untuk peralatan maklumat misalnya PC dan telefon bimbit, rangkaiankomunikasi untuk komunikasi optik dan radio, siaran satelit serta Internet bagi menyampaikan maklumat, dan untuk jentera termasuk automobil danrobot. Di samping itu, tenaga yang memacu benda sedemikian adalah juga penting. Bidang yang memahami dan mengkaji bidang sedemikian dalamcara komprehensif ialah program elektronik.Dalam bidang ini, pelbagai jenis pengetahuan pakar dan keupayaan untuk menggunakan pengetahuan sedemikian adalah diperlukan bagi memahamimekanisme fizikal peranti yang menawarkan pelbagai fungsi yang digerakkan oleh operasi elektron, bagi membawa maklumat dengan menindihnyapada cahaya atau gelombang elektromagnet dan sebagainya. Dalam program ini, kami menggalakkan pelajar untuk menghadiri syarahan matapelajaran untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan pakar dengan lebih lanjut, serta membolehkan mereka terlibat dalam aktiviti-aktivitipenyelidikan canggih dengan bilangan kecil pelajar di dalam makmal, dengan itu menasihati mereka supaya boleh membuka lembaran masa depandengan berfikir mengikut pendapat sendiri.Dalam program ini, setakat seramai 80 pelajar mendaftar secara keseluruhan, termasuk penuntut tahun pertama dan penuntut tahun dua dalamProgram Sarjana, yang sedang berusaha dalam pengajian mereka di bawah tunjuk ajar penyelia. Panduan penyelidikan terutamanya dilaksanakanoleh 20 tenaga pengajar dalam program sarjana elektronik dan 7 kakitangan di jabatan matematik/alam semula jadi. Tenaga pengajar merangkumiramai penyelidik yang dikenali di peringkat antarabangsa dan penyelidikan bersama dengan syarikat-syarikat swasta adalah digalakkan secaraproaktif

Undergraduate Program Master s Program Doctoral Program

Elektronik Elektronik Elektronik

Page 12: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Sains Maklumat Information Science情報工学専攻

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Menguasai teknologi maklumat berorientasikan manusiaDalam program sarjana sains maklumat, kami berhasrat untuk memupuk sumber manusia yang hidup dengan lebih berkualiti dan dilengkapimaklumat canggih berdasarkan teknologi komputer yang menyokong setiap aspek masyarakat kontemporari. Hingga takat ini, kami menawarkanprogram pendidikan dan penyelidikan bagi membenarkan pelajar menguasai teori dan praktikal teknologi terkini, termasuk maklumat, komunikasi,rangkaian dan kawalan sistem dari kedua-dua aspek perkakasan dan perisian dengan seimbang, membolehkan mereka memperoleh keupayaan untukmemainkan peranan aktif sebagai penyelidik dan jurutera pembangunan dalam medan kepakaran masing-masing.Untuk mencapai perkara di atas, kami menawarkan pendidikan dan penyelidikan khusus berikut:Kaedah konfigurasi (seni bina) sistem komputer dan teknologi asas berkaitan perkakasan dan perisian yang merupakan asas untuk mengendalikanmaklumatKejuruteraan perisian akan memastikan pengeluaran perisian berkualiti pada kos murah dalam tempoh waktu yang singkat dan mengendali danmengekalkannya dengan cekapTeknologi untuk pengedaran maklumat, komunikasi dan rangkaian telekomunikasi, teknologi komunikasi mudah alih dengan pelbagai mediaTeknologi untuk pengendalian pelbagai isyarat dan maklumat, termasuk imej dan suara, serta pengecaman dan dialog.Pangkalan data multimedia yang mengiktiraf pengumpulan dan penggunaan pelbagai maklumat dalam kapasiti besarAntara muka manusia untuk memastikan pertukaran maklumat yang lancar antara manusia dan jenteraKejuruteraan interaktif berdasarkan psikologi dan sains kognitifPengendalian maklumat pembelajaran dan pintar yang menyasarkan pengendalian maklumat seperti otak manusiaKawalan sistem untuk meniru sistem dengan maklumat yang diperoleh dan merancang, mereka bentuk dan mengawal sistem berdasarkan data yangdiperolehDi samping itu, kami juga menawarkan pendidikan dan penyelidikan untuk merealisasikan bidang yang dinyatakan di atas dalam bentukkejuruteraan atau lebih khusus teknologi praktikal untuk pembuatan, dan sains yang menyokong teknologi atau lebih khusus pendidikan danpenyelidikan di mana aspek sains maklumat diberikan perhatian.Tambahan pula, bermula 2015, kami menubuhkan program reka bentuk interaksi kembali dalam program. Dengan kursus ini, mata pelajaran latihanjenis projek diperlukan untuk dipilih. Pelajar boleh melakukan penyelesaian praktikal dan inovatif untuk mata pelajaran yang ditetapkan ataumencipta kerangka sosial baharu, di samping mempelajari: pemantauan in-situ/penemuan keperluan dan kaedah membangunkan buah fikiran;pengiraan fizikal sebagai kaedah lakaran kontemporari; pemfabrikatan digital sebagai kaedah prototaip dan sebagainya dalam pasukan bersamapelajar dari bidang berlainan misalnya bidang reka bentuk.Dalam program ini, kami membenarkan pelajar untuk memperoleh keupayaan termaju dan praktikal dalam bidang yang dinyatakan di atas melaluisyarahan dan latihan. Di dalam makmal, dua atau lebih tenaga pengajar menasihati mereka melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan canggih, dengan itumembolehkan mereka memperoleh keupayaan mengesan dan menyelesaikan masalah dalam cara lebih praktikal.Adalah perlu diberi perhatian kursus-kursus jenis tugasan khusus ditawarkan untuk pelajar sudah bekerja.

Undergraduate Program Master s Program Doctoral Program

Sains Maklumat Sains Maklumat Reka Bentuk Kejuruteraan

Page 13: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Mechanophysics Mechanophysics機械物理学専攻

Program Sarjana MechanophysicsDalam program ini, kami menawarkan pendidikan dan penyelidikan dengan kata kunci kemampanan, kepintaran danketeguhan, bertujuan untuk memupuk jurutera penyelidikan yang memegang peranan pembuatan mampan dalam abadke-21, apabila kami bekerjasama rapat dengan pelajar program mechanodesign. Kami mengamalkan pendidikan danpenyelidikan yang berkaitan dengan penciptaan nilai penerokaan yang boleh mengatasi had kajian tradisional denganmelakukan penyelidikan dari sudut pandangan mekanistik/fizik mengenai fenomena fizikal kritikal yang kita hadapidalam pelbagai bidang industri yang berkaitan dengan kejuruteraan mekanikal dan menangani masalah secara mendalamdengan menggunakan teknik-teknik teori/eksperimen lanjutan secara fleksibel serta pendekatan analisis berangkamelalui penyelidikan dan pendidikan akademik di sekolah siswazah yang mencipta nilai baharu melalui pemahamanpenting terhadap fenomena tersebut.Mencipta nilai baharu melalui pendekatan penerokaanImej sumber manusia yang akan dipupuk merangkumi jurutera dan penyelidik mekanikal yang boleh menjadi aktif diperingkat antarabangsa, mempunyai pendekatan teori, memahami eksperimen dan analisis berangka, terutamanya dalambidang dinamik, yang merupakan asas kejuruteraan mekanikal, untuk pemahaman pelbagai fenomena fizikal danmempunyai keupayaan untuk menggunakannya terhadap masalah sebenar yang berkaitan dengan kejuruteraan. Kamimenyasarkan untuk memupuk penyelidik yang boleh menerajui aktiviti-aktiviti R&D bagi mencipta nilai baharu melaluipendekatan penerokaan sebagai ketua projek penyelidikan di universiti, institut penyelidikan dan makmal syarikat.

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Kejuruteraan Mekanikal Mechanophysics Reka Bentuk Kejuruteraan

Page 14: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Mechanodesign Mechanodesign機械設計学専攻

Program Sarjana MechanodesignDalam program ini, kami menawarkan pendidikan dan penyelidikan dengan kata kunci kemampanan, kepintarandan keteguhan, bertujuan untuk pemupukan jurutera penyelidikan yang memegang peranan pembuatan mampandalam abad ke-21, apabila kami bekerjasama rapat dengan pelajar program sarjana mechanophysics.Kami mengamalkan pendidikan dan penyelidikan yang berkaitan dengan penciptaan nilai penerokaan yangmembolehkan reka bentuk inovasi di mana pengetahuan lanjut kejuruteraan digunakan dengan cekap dalam carakeratan rentas dengan memahami dengan betul intipati pelbagai masalah dan keperluan yang diwarisi dalammasyarakat manusia dan dengan menggunakan penyelidikan dan pendidikan praktikal di sekolah siswazah bagimencipta nilai baharu melalui resolusi dengan teknologi canggih.Mencipta nilai baharu melalui pendekatan praktikalImej sumber manusia yang akan dipupuk merangkumi jurutera dan penyelidik mekanikal yang boleh menjadiaktif di peringkat antarabangsa, yang biasa bukan sahaja dengan kejuruteraan mekanikal, tetapi juga pelbagaibidang teknologi canggih, mempunyai keupayaan untuk mengusahakan penciptaan nilai baharu melaluipenggunaan daripadanya dalam cara keratan rentas. Kami menyasarkan untuk memupuk sumber manusia yangboleh memainkan peranan aktif dalam menyelia aktiviti-aktiviti pembuatan untuk penciptaan nilai baharuberorientasikan keperluan melalui pendekatan praktikal sebagai ketua projek di jabatan reka bentuk/pembuatansyarikat.

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Kejuruteraan Mekanikal Mechanodesign Reka Bentuk Kejuruteraan

Page 15: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

        Design Engineering and Managementデザイン経営工学専攻

Kejuruteraan dan Pengurusan Reka Bentuk

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Kejuruteraan dan Pengurusan Reka Bentuk Kejuruteraan dan Pengurusan Reka Bentuk Reka Bentuk Kejuruteraan

Kejuruteraan dan Pengurusan Reka BentukDalam program sarjana kejuruteraan dan pengurusan reka bentuk, kami menetapkan objektif paling asas bagi mencipta bahan-bahan tiruan yang harmoni dengan persekitaranhidupan dan persekitaran sosial dengan menggabungkan reka bentuk, pengurusan dan kejuruteraan secara organik, yang merupakan tiga bidang penting aktiviti-aktivitikreatifmanusia. Istilah bahan-bahan tiruan memberikan imej faktor-faktor yang mewujudkan gaya hidup manusia termasuk produk, kemudahan, sistem sosial dan alam sekitar.Untuk mencipta bahan-bahan tiruan, idea jenis mata sebatian diperlukan. Adalah penting untuk mengaitkannya dengan konsep dan penciptaan persekitaran hidupan baharu.Kami mencadangkan untuk memanggil sumber manusia yang boleh mencapai ini sebagai “Demagineer” lebih khusus, orang sedemikian yang boleh menjadi pereka, pengurusdan jurutera. Kami terlibat dalam kajian di mana kami mereka bentuk, mengeluar, mengawal dan mengendalikan bahan-bahan tiruan sedemikian yang menyumbang kepadakehidupan kita dan diperlukan untuk masyarakat akan datang dengan: memperkenalkan pendidikan MOT (Pengurusan Teknologi) yang menyasarkan pengurusan di manateknologi menarik perhatian terutamanya dunia industri yang digunakan di hadapan orang lain; dan dengan terus menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu-isu alamsekitar/ekologi, sumber dan tenaga, masyarakat bermaklumat/berumur serta globalisasi aktiviti-aktiviti pengeluaran.Memupuk keupayaan untuk menjadikan konsep bahan tiruan nilai tinggi dan menguruskan proses-proses bagi merealisasikannyaAdalah dituntut supaya kita harus menangani perubahan dan pembangunan dalam dunia dengan keupayaan konsep yang diilhamkan dari, misalnya globalisasi, komputerisasi,perlindungan alam sekitar global dan tindakan yang akan diambil untuk masyarakat berumur, di mana kita tidak boleh menyesuaikan diri dengan cara konvensional. Inovasinilai tinggi sedemikian yang mencipta era baharu (idea inovatif) dikenali sebagai inter-disiplin. Kami menempatkan sistem pengetahuan baharu yang memegang perananinovasi sebagai “Demagineering.” Istilah tersebut merujuk kepada yang berikut: (1) keupayaan untuk membuat konsep, reka bentuk dan mengeluarkan bahan-bahan tiruanyang mempunyai fungsi yang dianggap bernilai tinggi; (2) keupayaan untuk mengurus dan memasar perniagaan yang menerajui keperluan dan trend sosial; dan (3) keupayaanuntuk eksperimen demonstrasi yang disokong oleh teknologi kejuruteraan dan pengetahuan saintifik. Ini adalah faktor-faktor wajib untuk pembuatan baharu dan pembangunanproduk dan hanya boleh dilahirkan melalui kombinasi bidang yang berbeza. Kejuruteraan dan pengurusan reka bentuk ialah satu teknologi untuk membuat konsep dan pelan(reka bentuk) bahan-bahan tiruan (produk, kemudahan, sistem sosial, alam sekitar, dan sebagainya) yang harmoni dengan persekitaran dan masyarakat global denganmenggabungkan bidang utama iaitu reka bentuk, pengurusan dan kejuruteraan dalam cara organik, dengan itu mengawal dan mengurus proses-proses realisasi daripadanya.Dalam masyarakat moden yang telah beroperasi sepenuhnya, masalah global jenis abad ke-21 termasuk isu-isu alam sekitar dan ekologi, isu-isu sumber dan tenaga,kematangan masyarakat, komputerisasi dan globalisasi telah menjadi ketara, di mana hala tuju baharu, misalnya pembuatan dan penetapan persekitaran hidupan, sedangdipersoalkan. Untuk pembuatan baharu dan penetapan persekitaran hidupan di mana isu-isu sedemikian dibincangkan, bukan sahaja dari sudut pandangan pembuatan, tetapijuga pendekatan yang seimbang di mana sudut pandangan pengguna yang menggunakannya, masyarakat dan juga budaya telah digabungkan. Hingga takat ini, adalah perluuntuk mencipta konsep inovatif merangkumi pembangunan teknologi, produk dan ruang, di samping bertanya tentang cara bahan-bahan tiruan yang sepatutnya. Untukmerealisasikan ini, kami telah mengambil bahagian secara proaktif dalam proses untuk merealisasikan cadangan kepada orang dalam dan luar berkaitan yang terlibat dalamperancangan, pengeluaran, pengedaran, pemasaran, dan sebagainya; kombinasi teknologi berkaitan dan koordinasinya. Kami juga perlu mencapai wawasan lebih luas dankepakaran untuk melakukannya. Program ini dengan teras menjadikan konsep dan perancangan bahan-bahan tiruan di mana isu-isu jenis abad ke-21 diambil kira,menawarkan peluang untuk pendidikan dan penyelidikan kejuruteraan dan pengurusan reka bentuk sebagai satu bidang komprehensif baharu dengan menggabungkan bidangkejuruteraan yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahan dan sebagainya; kehidupan manusia dan bidang sains, termasuk warna, psikologi alam sekitar dan fisiologi;dan melanjutkan pengurusan dan bidang ekonomi yang berkaitan masing-masing dengan pasaran, masyarakat dan struktur industri. Dalam program ini, kurikulum begitudistrukturkan supaya pelajar boleh mendapat keupayaan lanjut dan profesional yang pakar masing-masingdalam kejuruteraan, reka bentuk dan pengurusan, sebagai tambahankepada pengetahuan asas skop luas yang ditumpukan kepada bidang kejuruteraan, keupayaan reka bentuk dan keupayaan pengurusan.

Page 16: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Seni Bina Architecture建築学専攻

Dalam program di mana pelajar belajar mengenai reka bentuk dan seni bina urban di bandar raya terkemukadi dunia Kyoto, yang merupakan khazanah warisan reka bentuk dan seni bina urban, dan memilikikeupayaan untuk menyampaikan mesej kepada dunia, kami menawarkan pendidikan dan penyelidikan yangmemanfaatkan kebanyakan ciri-ciri tempat ini. Apabila kita berfikir pada skala global, keupayaan ini hanyaboleh diperoleh di Kyoto. Dalam program ini, kami memanggil konsep ini sebagai <Reka Bentuk Kyoto>dan menawarkan pendidikan, penyelidikan dan pelaksanaan, yang berakar umbi dalam bidang tempatan dansejarah serta memupuk pakar reka bentuk dan seni bina urban lanjutan termasuk arkitek, jurutera seni bina,perancang urban dan arkitek kerja baik pulih yang memiliki daya saing antarabangsa. Lebih khusus, iabermaksud kami memupuk kakitangan yang memegang peranan menyepadukan dan menjadikan konseptakat ruang dan masa dalam persekitaran menuju masa depan.

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Reka Bentuk dan Seni Bina Seni Bina Seni Bina

Page 17: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Reka Bentuk Designデザイン学専攻

Dunia menjadi semakin kompleks akibat daripada pembangunan inovasi dalam teknologi maklumat danglobalisasi ekonomi yang berkaitan. Di bawah keadaan sedemikian, jangkaan terhadap reka bentuk sebagai“pengetahuan praktikal” untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang tidak pernah dialami manusia semakinmeningkat. Untuk pereka akan datang, daya pemerhatian hebat yang menjelaskan potensi keperluanmasyarakat, minda yang boleh mencipta buah fikiran inovatif dengan menggunakan pengetahuan dalampelbagai bidang, serta keupayaan menyeluruh yang boleh memperkenalkan bentuk dan pengalamanseimbang berdasarkan pelbagai buah fikiran dituntut pada peringkat tinggi.Dalam bidang kejuruteraan reka bentuk, kami memahami dan mengamalkan reka bentuk sebagai bentukpengetahuan nilai masa depan yang boleh memadankan pelbagai masalah sosial dengan sains dan teknologi,menyasarkan penemuan keperluan dalam rangka kerja lebih luas misalnya perubahan dalam persekitaransosial/global, perubahan dalam persekitaran perniagaan dan teknikal, serta penciptaan penyelesaian inovatif.Di samping itu, dalam bidang kejuruteraan penciptaan nilai, kami melaksanakan analisis bahan kerja dantafsiran bahan literal berkaitan dengan bahan kerja dan pengarang seni halus, reka bentuk, seni bina, dansebagainya bersama nilai sejarah dan teori berserta pandangan mendalam. Kami juga berhasrat untukmemupuk sumber manusia yang boleh menambah nilai kepada hasil dalam bentuk pameran.

Available Lebel

Undergraduate Program Master's Program Doctoral Program

Reka Bentuk dan Seni Bina Reka Bentuk Reka Bentuk

Page 18: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Fibro-Sains Lanjutan Advanced Fibro-Science先端ファイブロ科学専攻

Program sarjana fibro-sains lanjutan ialah program tidak bersandar yang tersedia hanya di sekolah siswazah yang tidak berdasarkansekolah prasiswazah, Program Sarjana dan Program Kedoktoran juga ada disediakan. Nama Fibro merupakan maksud sambungan“seperti fiber”. Objek penyelidikan Fibro-Sains yang berkait dengan sains ialah fibro-bahan dan bidang gunaannya. Lebih khusus,program sarjana fibro-sains lanjutan menyasarkan untuk berusaha mencipta fungsi dan sistem yang menggalakkan keharmoniandengan manusia dan alam sekitar dengan menggunakan fibro-bahan, serta memupuk sumber manusia yang boleh membangunkanbidang ini.Kandungan penyelidikan meliputi pembangunan fibro-produk yang mesra dan selesa kepada manusia dan bumi, penciptaan fibro-bahan yang memiliki fungsi tinggi dan hayat perkhidmatan lebih lama, pembangunan fibro-bahan yang sesuai dengan badan danhayat biologi, penggunaan berkesan fibro-sumber semula jadi mesra alam dan kitar semula fibro-sisa. Kami menawarkan pendidikandan penyelidikan berkaitan pembangunan, reka bentuk serta penilaian fibro-bahan mesra alam. Kami memperkenalkan bidang-bidang tersebut dari sudut pandangan kedua-dua sains semula jadi dan sains sosial.Di samping itu, kami juga mereka bentuk media maklumat dan produk yang boleh secara langsung memberi tarikan kepada perasaanmanusia; menjelaskan ciri-ciri perasaan selesa manusia, rasa estetika dan tanggapan dari sudut pandangan kejuruteraan maklumat;dan membangunkan kaedah bagi menilai fibro-produk dari aspek perasaan.Tambahan pula, kami menjalankan kajian berkaitan pembangunan bahan serasi alam sekitar yang menampilkan keselamatan,keteguhan dan fleksibiliti melalui kajian yang berkaitan dengan penilaian dan pemeliharaan kaedah fungsi sensitif sifat-sifatkebudayaan warisan sejarah warisan atau dengan menggunakan pengetahuan yang sedia wujud tentang teknologi anyamantradisional, fabrik berkait dan fabrik tenun sebagai teknologi pembangunan bahan termaju.

Available Lebel

Master's Program Doctoral Program

Fibro-Sains Lanjutan Fibro-Sains Lanjutan

Page 19: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

Sains Bahan Berasaskan Bio Biobased Materials Science

バイオベースマテリアル学専攻Available Lebel

Master's Program Doctoral Program

Program pertama yang pertama kali dibuka di Jepun dan duniaUntuk program sains bahan berasaskan bio, Program Sarjananya telah dibuka pada April 2010 manakala Program Kedoktoran dibuka pada April 2012.

Apakah itu bahan berasaskan bio? Apakah yang dipelajari oleh pelajar dan apakah matlamatnya?Program ini telah dibuka untuk menggalakkan pendidikan dan penyelidikan berkaitan bahan-bahan yang dihasilkan dari organisme dengan tumpuan padabahan dari segi biologi. Tumbuhan mengeluarkan bahan-bahan untuk mengekalkan bentuk mereka sendiri atau mengumpul tenaga melalui proses fotosintesiskarbon dioksida dalam udara. Manusia telah membuat peralatan rumah dengan menggunakan bahan-bahan sedemikian sejak dari awal kewujudan dunia ini.Contoh mudah ialah kerja kayu. Ia akhirnya akan dihuraikan kepada karbon dioksida dan air apabila ia tidak diperlukan selama bertahun-tahun dandilupuskan atau dibakar. Kebanyakan karbon dioksida diserap kembali oleh tumbuhan, menyimpan kepekatan karbon dioksida yang hampir tidak berubahdalam udara atmosfera. Pada zaman dahulu, terdapat pengedaran semula jadi karbon yang terkandung di dalam bahan-bahan organik pada skala global.Bersama-sama dengan kemajuan bidang kimia, sintesis bahan-bahan di mana bahan pemula adalah arang batu dan petroleum menjadi terkenal keranaproduktiviti tinggi, prestasi dan fungsi produk dan harga bahan mentah yang sangat murah. Plastik dan fiber kimia yang dihasilkan dalam kuantiti yangbanyak digunakan sebagai produk di sekeliling kita, dengan itu banyak menyokong kehidupan kita. Dari sudut lain, bahan-bahan sedemikian mendorongmasalah sisa kerana ia sukar dihuraikan di alam semula jadi. Tambahan pula, pelepasan CO2 akibat daripada rawatan pembakaran diiktiraf sebagai salah satupunca pemanasan global, dan langkah itu dicanang sebagai salah satu punca masalah alam sekitar pada skala global. Adalah mudah untuk dibayangkanbahawa menyekat penggunaan bahan-bahan sedemikian sekarang akan pasti menjejaskan kualiti kehidupan kita. Kaedah untuk menyelesaikan masalah iniialah untuk membangunkan sistem yang menghasilkan bahan-bahan polimer dengan prestasi dan kebolehkerjaan setara dengan polimer sintetik yangdiperoleh dari sumber fosil di samping menyekat muatan pelepasan CO2 dalam udara atmosfera ke bawah paras minimum. Ini boleh direalisasikan denganmenggantikan bahan pemula kepada sumber boleh kitar semula dari sumber fosil. Muatan pelepasan CO2 dalam udara atmosfera akan dikurangkan ke parasminimum apabila penghasilan bahan-bahan (sebagai contoh, monomer untuk sintesis makromolekul) menjadi mungkin melalui bioproses, menggunakansumber biojisim yang boleh dikitar semula dalam tempoh waktu yang pendek sebagai bahan mentah. Walau bagaimanapun, adalah tidak mencukupi hanyadengan bahan mentah. Ia perlu ditukar selanjutnya kepada bahan polimer prestasi tinggi melalui proses kimia yang mencukupi. Di samping itu, kajian ke ataspengeluaran dan pengkomersialan produk adalah wajib menerusi pembuatan fabrik, pembuatan selaput dan pengacuan menggunakan bahan-bahan yangdiperoleh. Walau bagaimanapun, perbandingan dengan prestasi bahan polimer dan produk yang dihasilkan dari sumber fosil yang mempunyai sejarah kajiandan pengeluaran yang panjang mendedahkan bahawa produk yang dibuat daripada bahan berasaskan bio memiliki banyak kelemahan, oleh itu,penambahbaikan bagi produk sedemikian adalah penting dalam janji besar untuk memelihara kehidupan. Penambahbaikan sifat-sifat produk polimer yangdihasilkan dari bahan berasaskan bio memerlukan analisis berstruktur kepersisan pada peringkat nano. Kita harus menyelidik pertalian di antara struktur dansifat-sifat serta memberikan maklum balas terhadap hasil kepada fasa bahan penyesuaian, dengan itu meningkatkan sifat-sifat tersebut. Dengan menjalankankajian sedemikian, kami menyasarkan realisasi yang kami panggil sebagai masyarakat rendah karbon dan mengejar penyelenggaraan usaha dan penerusankehidupan manusia yang selamat, sederhana dan berkualiti.

Master s Program Doctoral Program

Sains Bahan Berasaskan Bio Sains Bahan Berasaskan Bio

Page 20: INSTITUT TEKNOLOGI KYOTO · dan teknologi sebagai mata pelajaran untuk pengajian di Jepun. Ia menjawab hasrat pelajar yang ingin ... Kejuruteraan Biomolekul Sains dan Kejuruteraan

JENAMA KITJENAMA KIT