surat tunjuk sebab oum lewat
DESCRIPTION
suratTRANSCRIPT
Noradilah Binti Aziz1227 Taman PKNKJalan Tun Abdul RazakAlor SetarKedah Darul Aman
Kedah Learning CentreOpen University Malaysia 2024, Jalan Langgar05000 Alor SetarKEDAH 17 Julai 2013
Tuan/Puan,
Surat Tunjuk Sebab Atas Kelewatan Mendaftar
Saya NORADILAH BINTI AZIZ K/P 790920-02-5446. Kohot 3 ambilan September 2007.
Dengan segala hormat perkara di atas dirujuk.
02. Saya ingin menyatakan sebab kelewatan saya mendaftar untuk menyambung sesi pengajian adalah kerana mengalami masalah kesihatan. Untuk pengetahuan pihak tuan saya juga turut mengalami tekanan untuk meneruskan pengajian akibat daripada masalah kesihatan tersebut dan mengambil keputusan untuk menangguhkan pengajian buat sementara waktu. Kini saya telah besedia untuk meneruskan dan menamatkan pengajian saya.
03. Saya berharap pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk menyambung semula pengajian. Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih
Yang benar,
(NORADILAH BINTI AZIZ)