bangsa melayu

47
1 BANGSA MELAYU

Upload: aysel

Post on 24-Feb-2016

170 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BANGSA MELAYU. HASIL PEMELAJARAN. Pelajar dapat : menyimpulkan siapakah orang Melayu menilai Melayu dan ras Melayu berfikir kritis tentang ulasan orang asing terhadap Melayu. BANGSA MELAYU. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: BANGSA MELAYU

1

BANGSA MELAYU

Page 2: BANGSA MELAYU

2

HASIL PEMELAJARAN

Pelajar dapat:

menyimpulkan siapakah orang Melayu

menilai Melayu dan ras Melayu

berfikir kritis tentang ulasan orang asing terhadap Melayu

Page 3: BANGSA MELAYU

3

BANGSA MELAYU

•Suku bangsa dan bahasa di Sumatera, semenanjung Malaya dan pelbagai daerah di Asia Tenggara (Selatan Thailand, Malaysia barat dan timur, Singapura, Brunei, Kalimantan Barat, Timur Aceh, pesisir Timur Sumatera, Riau, Jambi dan pesisir Palembang.

•Pengertian Melayu dikaitkan dengan bahasa, ras dan etnik, dan agama Islam.

Page 4: BANGSA MELAYU

4

ASAL NAMA MELAYU

Catatan Dinasti Tang Cina – MOLOYUE nama sebuah kerajaan di Sumatera pada tahun 644/645M yang ditulis dalam aksara dan dialek Cina.

I-Tsing seorang pendeta Buddha pernah belajar bahasa Sanskrit di Seriwijaya (she-li-fo-she) selama 6 bulan. Beliau pernah singgah di MOLOYUE. Beliau mencatatkan perihal politik, ekonomi dan adat istiadat Melayu.

Kerajaan Melayu pertama dipercayai wujud di hulu sungai Jambi (Sungai Batang Hari), berasaskan penemuan candi, patung dan peralatan purba.

Page 5: BANGSA MELAYU

5

Sejarah Melayu – Sang Sapurba dengan saudaranya turun di Bukit Seguntang Mahameru (hulu sungai Palembang). Di sini terdapat makam purba kepunyaan Datuk Tenggorok Berbulu (Dewa Sira/Nelakantha -si leher biru/hitam).

Catatan De Casparis – Kerajaan Melayu wujud di hulu Jambi berasaskan prasasti yang berisi kutukan di Karang Berahi, tepi sungai Merangin (cabang sungai Batang hari). Prasasti ini menjadi bahan penting untuk menilai dunia Melayu.

Pada abad ke-11, kerajaan Melayu berjaya menangkis serangan kerajaan Seriwijaya dengan bantuan kerajaan Jawa Singosari yang menghantarkan PAMALAYU, iaitu kumpulan pahlawan yang hebat.

Page 6: BANGSA MELAYU

6

Kerajaan Jawa Singosari telah menghadiahkan arca amoghapasa lokeswara (1286M) kepada Srimat Tribhuwanaraja Mauliwarmadewa raja kerajaan Melayu.

Pada arca itu tertulis prasasti Raja Adityawarman (1347M) dalam bahasa Melayu kuno yang menjadi lingua franca pada masa itu.

Prasasti berbahasa Melayu kuno ini terdapat juga di candi sekitar Tapanuli Selatan berasaskan inskripsi Biara Sitopayan (Padang Lawas) dan inskripsi Gunung Tua.

Zabaq (catatan Arab dan Parsi) - Setelah Jambi dikuasai Seriwijaya, pusat kerajaan Melayu berpindah ke Candi Muara Takus.

Page 7: BANGSA MELAYU

7

Pada zaman Raja Adityawarman (1347M), kerajaan Melayu berpindah ke wilayah Minangkabau (suruaso). Kerajaan Melayu ini dikenali dengan nama Kanakamedininindra Suwarnabhumi.

Setelah kerajaan Seriwijaya (Pelembang) dan kerajaan Melayu (Jambi dan Pagar Ruyung) mengalami kemelesetan, maka orang Jawa telah menguasai kerajaan Melayu hingga kejawaan melebihi kemelayuan.

Page 8: BANGSA MELAYU

8

RC Majumdar – Melayu berasal daripada satu suku di India bernama Malaya, dan orang Yunani menyebut Malloi. Di India juga terdapat gunung Malaya, iaitu satu daripada tujuh gunung yang terpenting di India seperti yang tercatat dalam kitab PURANA.

Alasan lain:

- wujud nama tempat di Asia Tenggara dan Nusantara yang menunjukkan pengaruh India- suku karo mempunyai marga sembiring yang berasal daripada India- legenda Minangkabau bahawa leluhur mereka berasal dari India (Sang Sapurba dan saudaranya yang turun di Bukit Seguntang Mahameru)

Page 9: BANGSA MELAYU

9

Bahasa Melayu kemudiannya menapak di Pasai dan Melaka. Parameswara telah memperkembang bahasa dan budaya Melayu yang bermula di pesisir timur Sumatera, Kalimantan, Tanah Melayu dan Patani.

Pada abad ke-16, ketika orang Portugis, Belanda dan Inggeris tiba di Nusantara, orang Melayu dan Islam telah mendominasi Nusantara.

Kesimpulan orang Barat ialah penghuni Nusantara ialah orang Melayu, dan bahasa Melayu telah menjadi lingua franca.

Page 10: BANGSA MELAYU

10

MELAYU DAN RAS MELAYU

Pada abad ke-18, orang Barat menamakan orang Melayu (peribumi) sebagai bangsa Melayu berasaskan warna kulit, profil tubuh dan bahasa yang digunakan.

Versi Barat lain – peribumi Nusantara berasal daripada dataran Yunan yang berpindah ke Indo Cina - Kemboja, dan Nusantara, kira-kira 12 ribu tahun lalu.

Gelombang perpindahan ini didominasi oleh 4 ras utama, iaitu Negrito, Weddoid, Proto Melayu dan Deutero Melayu

Page 11: BANGSA MELAYU

11

Ras Negrito - rambut kerinting, kulit hitam dan tubuh kecil

Ras Weddoid - tubuh kecil, kulit coklat muda, rambut ikal, hidung pesek

Ras Proto Melayu - rambut lurus dan kulit coklat muda

Ras Deutro Melayu - suku Aceh, Jawa, Melayu pesisir, Minangkabau, dll.

Page 12: BANGSA MELAYU

12

Ras Melayu sebelum Proto dan Deutro hidup dalam budaya Palaeotithicum dan Neolithicum, tinggal di gua batu, alat perkakas daripada batu yang digosok, dan memulakan penggunaan logam (gangsa dan perunggu).

Gua batu ditemukan di Sembahe (Duri Tani) di Sukaluwai (Serdang Hulu). Orang Karo menyebutnya Batu Kemang. Antara barang yang ditemukan ialah gong, gendang, loceng, kapak kecil, beliong yang dibuat daripada gangsa.

Ditemukan juga kapak yang berbentuk mata tenggala untuk kerja seharian dan perhiasan/alat kebesaran pemerintah. Mereka mahir menanam padi dan membina empangan dan tali air.

Page 13: BANGSA MELAYU

13

Ditemukan juga patung manusia, lembu, ayam, kuda, kendi, dan manik kaca, serta alat daripada besi seperti periok belanga, barang perhiasan seperti cincin dan cap mohor dengan huruf Palava.

Masyarakatnya agak maju, berpengetahuan dan mempunyai tempat tinggal yang lebih baik. Peralatannya lebih halus dan pelbagai yang menunjukkan nilai estetika.

Dalam metos dan legenda di Sumatera dan Tanah Melayu, orang Negrito ini dikenali sebagai orang bunian atau orang humang (bertubuh kecil dan kate)

Page 14: BANGSA MELAYU

14

Kehadiran ras Proto dan Deutro Melayu menyebabkan ras Negrito menyisih. Nama Melayu mula popular. Semua penghuni Nusantara cenderung menganggap bahawa mereka ialah orang Melayu.

- Orang Talang Mamak dan Kubu di Riau mengaku Melayu biarpun mereka tidak beragama Islam.

- Orang Batak juga mengatakan bahawa “kami orang Melayu”

- Unsur negatif juga dikaitkan dengan Melayu seperti jam Melayu, Melayu bodoh, Melayu malas, Melayu mudah lupa, janji Melayu dll.

Page 15: BANGSA MELAYU

15

MELAYU SELEPAS 1400M

Apabila kerajaan Melaka aktif pada tahun 1400M, wadah baharu Melayu disebarkan dari Melaka, khususnya melalui perdagangan, perkahwinan, siasah politik dan keperluan lain yang berkaitan dengan keperibadian dan kepentingan umat Melayu.

Cara ini telah membentuk masyarakat Islam dan budaya Melayu. Kerajaan Melayu mula bercambah, terutama di pesisir Timur Sumatera, Kalimantan, Selatan Thailand, Jayakarta dan Indonesia Timur, dan kemudian berkembang ke seluruh pelosok dunia.

Wujud jati diri Melayu yang baharu, iaitu tidak terikat dengan pertalian darah semata-mata, tetapi dipersatu oleh faktor budaya yang sama. Kesamaan agama Islam, bahasa Melayu dan adat istiadat Melayu.

Page 16: BANGSA MELAYU

16

SIAPAKAH ORANG MELAYU?

Orang Islam dengan bahasa yang khas disebut orang Melayu

Mereka bersih dan berketurunan baik

Sangat gemar akan muzik

Bersifat penyayang serta berkasih sayang

(The Book of Duarte Barbosa Vol.II 1518M. Sumber Portugis)

Page 17: BANGSA MELAYU

17

Islamisasi telah mewujudkan bahasa Melayu

Tulisan Jawi dan pakaian Melayu digunakan oleh golongan aristokrat(Jawi = lembu, sapi. Jawi pekan = peranakan orang Hindia dan Melayu. Jawi = beringin yang banyak akar tunjangnya dan banyak tumbuh di tepi sungai atau telaga. Jawi = Melayu)(Aristokrat = orang daripada golongan bangsawan; ningrat)

Canstanheda “Historia de Descobrimento Tome XI (1530)

Page 18: BANGSA MELAYU

18

Orang Melayu itu semuanya Islam atau muslim(E Godinhe de Ededia 1613M dlm JMBRAS VIII, Part 1 1930)

Orang Melayu itu orang Islam(P.J. Veth “Het Landschap Deli op Sumatra, TAG 1877, Deel 111)

Rakyat Sumatera Timur yang tinggal di pesisir termasuklah orang Melayu. Suku ini beragama Islam(GB Haoyer “De Krijgsgeschiedenis V Ned Indie Van 1811 – 1891, Deel II, Batavia 1896)

Page 19: BANGSA MELAYU

19

Orang Melayu sangat cerdik, pintar dan manusia sopan di seluruh Asia

Sangat baik, sopan santun, pembersih dalam cara hidup, dan sangat cantik tiada berbagai

Mereka juga penggembira Mereka gemar belajar bahasa sendiri, dan

berminat untuk memperluas pengetahuan bahasa Arab.

Bahasa Melayu dipertuturkan di pesisir, di seluruh Nusantara dan negeri Timur.

Bahasa Melayu dikenali dan difahami oleh semua orang, termasuk di Parsi, Filipina dan Canton, China(Vallentijn 1712M, Belanda JMBRAS No. 13 1884)

Page 20: BANGSA MELAYU

20

Banyak orang batak yang menunaikan haji di Mekah mengatakan bahawa mereka ialah orang Melayu(Simon Der Islam Wie kh kennen Lemte Auf Sumatera 1909)

Raja Rum Turki selalu dihubungkan dengan orang Jawi (JAU) = Melayu Islam

(SC Van Doesburgh De Islam in De Bataklanden, Leiden 1909)

Page 21: BANGSA MELAYU

21

Orang Melayu mengatakan bahawa orang Sakai, Semang, Jakun sebagai orang hutan (pangan). Oleh itu, suku pedalaman yang terasing ini tidak dianggap Melayu.

Sakai = suku bangsa di kepulauan Riau dan di Tanah Melayu (termasuk bangsa Negrito), orang bawahan (hamba, pengiring, rakyat dsb)

Semang = suku bangsa asli yang tinggal di Kedah dan Perak, termasuk bangsa Negrito yang tinggal di Pahang dan Kelantan.

Jakun = penduduk asli semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu Proto di Pahang, Johor dan Negeri Sembilan

Pangan = hutan

(Seat dan Blagden Pagan races of Malay Peninsula 1906)

Page 22: BANGSA MELAYU

22

Orang Melayu disebut orang Jawi. Masuk Melayu = masuk Islam

Orang Melayu menyebarkan Islam melalui bahasa, kapal, perdagangan, perkahwinan dan dakwah langsung

Penduduk di Borneo (Kalimantan) dan Sumatera sebahagian besarnya berbahasa Melayu dan keturunan Melayu

Orang Melayu suka mengembara, dan paling gelisah di dunia serta suka berpindah

Mereka memperhebat penggunaan bahasa Melayu hingga menjadi bahasa pergaulan utama di Nusantara

Page 23: BANGSA MELAYU

23

Mereka tinggal di pesisir timur Sumatera hingga timur Palembang, ke selatan hingga Rejang dan Lampung hingga ke Jambi

Adat istiadat mereka bercampur dengan Hindu

Dalam kalangan orang Melayu pesisir, terdapat hukum kekeluargaan, dan rumah hanya untuk satu keluarga

Kampung merupakan satu kesatuan yang utuh, iaitu kesatuan politik berasaskan kesatuan geografi bukannya kekerabatan.

(C Lekkerkerker Land en volk van Sumatera 1916)

Page 24: BANGSA MELAYU

24

Orang Melayu Islam tidak menggemari bomoh dan pawang kerana dianggap tahyul (Winstedt The Samaris Possession JRASMB Vo. V, Part II, 1927)

Apabila Islam pertama kali tiba di Sumatera, orang Melayulah yang berperanan penting dalam penyebaran agama Islam.(TJ Bezemev Beknopte Encylopedie V Ned Indie 1921)

Orang Melayu ialah orang Islam. Masuk Islam = masuk Melayu(RJ Wilkinson A Malay-English Dictionary 1959)

Page 25: BANGSA MELAYU

25

Setiap peribumi termasuk orang Jawa, Banjar, Mandaling dan Cina yang telah memeluk Islam dianggap sama dan berhak memperoleh hak milik tanah bumiputera (laporan Kontelir Labuhan Batu TGL 28.11.1923)

Penduduk Melayu beragama Islam(Aanvullingsnota van Toelichting Betreffen de Het Rijk V Langkat It V Ind TL en Vk afl 3 en 4 19090

Orang Melayu ialah yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan menganut adat Melayu(Judith A Nagata, BKI Deel 130 Alflevering I)

Page 26: BANGSA MELAYU

26

Melayu ialah Melayu adatnya, Melayu bahasanya dan Islam agamanya

Orang bukan Islam yang memeluk agama Islam disebut masuk Melayu

Orang Melayu yang murtad tidak lagi dianggap Melayu, dan disebut orang lain atau budak asing(Arsitektur Tradisonal Daerah Riau, Dept. Pendidikan dan Kebudayaan Prop Riau 1983/1984)

Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat istiadat Melayu(Perlembagaan Malaysia, Fasal 160)

Page 27: BANGSA MELAYU

27

Nama khas bagi satu kelompok suku bangsa di sekitar Kepulauan Melayu

Nama am bagi pelbagai kelompok serumpun bahasa dalam kalangan kelompok bahasa Melayu (Polinesia/Austronesia)

Mereka ialah penutur teras bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam

Kesan perjalanan sejarah menjadikan nama Melayu Sebagai jati diri kelompok yang beragama Islam, berbeda dengan kelompok yang beragama animisme

Jati diri Islam bersamaan dengan nama Melayu sebagai ciri kemelayuan. Masuk Melayu = masuk Islam(Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, DBP, 1998)

Page 28: BANGSA MELAYU

28

Suku bangsa bahasa di Sumatera, Semenanjung Malaya, dan di pelbagai daerah di Asia Tenggara(Kamus Besar Bahasa Indonesia, Balai Pustaka 2001)

Nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia)(Kamus Dewan Edisi Ketiga, DBP, 1996)

Melayu = muslim. Yang penting dalam kata Melayu ialah Islam, adat dan bahasa(Melayu: Hierarchies of Bering in Riau, Vivien Wee 1985)

Page 29: BANGSA MELAYU

29

Setiap orang Melayu beragama Islam Orang Melayu mempunyai beberapa nilai

utama, iaitu:- Mengejar status (kelas) yang lebih tinggi- Bertindak sesuai dengan hukum adat dan pandangan umum- Mengamuk jika mereka dimalukan atau dijatuhkan maruah- Menggunakan perkataan lembut dan suka berkias- Cenderung ke arah konservatif dan fatalisme (pengaruh sufi)(JM Gullick Malay Society in the Late 19th Century. The Beginning of Vchange, 1989)

Page 30: BANGSA MELAYU

30

ULASAN ORANG ASING TERHADAP MELAYU

Walaupun orang Melayu tidak akrab sesamanya, namun mereka sedar akan kewujudan alam Melayu yang menyatukan mereka(B Anderson Imagined Communities, Reflection on the origin and spread of Natinalism, London 1983)

Orang Melayu amat mengambil berat tentang muzik, terutam, biolaBiola = alat muzik gesek, kecil, berlekuk di tengahnya, bertali empat, bersuara melengking jika digesek. Cara memaninkannya dengan menempatkan pangkalnya di antara dan dan pundak(Newbold Political and Statistical Account, Part II 1839)

Page 31: BANGSA MELAYU

31

Idea penciptaan perahu ganda dimulakan oleh orang Melayu

Mereka membawanya ke barat, dan kini terdapat di Madagaskar dan sepanjang pesisir Afrika

(Forde Ancient Mariners 1927)

Page 32: BANGSA MELAYU

32

Daerah aliran sungai yang arusnya deras, dan tidak boleh dilayari, iaitu batasan antara daerah Melayu dengan Batak di Sumatera, dianggap tempat neutral, yang terdapat bandar dan aktiviti perdagangan, tempat suku Melayu dan Batak bertemu untuk berdagang

Melayu di pedalaman tiada inisiatif dan malu bekerja kerana tidak mahu menjadi kuli

Tanah adat disewakan kepada orang Cina untuk bertanam kelapa

Aktiviti penternakan dan pertukangan juga diserahkan kepada pendatang asing(Memorie van Overgave Gubenur Sumatera Timur S van Der Plas TGL, 1917)

Page 33: BANGSA MELAYU

33

Raja Melayu tidak boleh diberi peluang mempengaruhi Batak kerana akan mendatangkan jesan buruk

Orang Batak lebih senang berketuakan orang Belanda

Melayu terkenal dengan pakaian anggunnya

(S Van Der Plas, Asisten Residen Deli-Serdang Memorie VOP 1913)

Page 34: BANGSA MELAYU

34

Melayu di Deli berjumlah 29,811 daripada 69,279 penduduk peribumi

Kahwin campur banyak terjadi antara Melayu dengan suku lain yang mengakibatkan Melayu asli akan kepupusan

(D F Prouk, Kontroleur Deli MVO 1920 – 1923)

Page 35: BANGSA MELAYU

35

Melayu (penduduk asli) banyak memberikan peluang kepada Jawa, Mandailing, Minangkabau dan Cina terlibat dalam aktiviti kerajinan tangan dan perekonomian lain

Melayu di Sumatera ialah pemburu dan nelayan yang menganggap kerajinan tangan kerja perempuan, tak sesuai untuk orang lelaki(Gubenur Sum. Timur CJ Van Kempen, Momorie V Overgave 1928)

Page 36: BANGSA MELAYU

36

Putera tertua penghulu orang Karo atau timur dididik di rumah datuk, sehingga masuk Islam dan berbudaya Melayu, dan kemudiannya barulah layak menggantikan orang tuanya

Mereka ini amat dihormati oleh penghulu lain yang masih pagan(W Hollman Kontoleur Deli Hulu, MVO 1931)

Page 37: BANGSA MELAYU

37

Di Deli dan di Serdang jumlah orang Melayu 61,984 daripada jumlah peribumi 431,599, suku Jawa 231,044 dan suku lain selebihnya(HD Von Meyenfeldt, Kontroleur Deli MVO 1934

Melayu malas, selalu curiga dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang jika dibandingkan dengan Batak

Jika tiada tindakan diambil, mereka ini akan terdesak oleh pendatang, dan akibatnya mereka akan mengamuk(Mr J Gerritsen, Kontroleur Serdang, MVO 1933 - 1938

Page 38: BANGSA MELAYU

38

Jawa dimasukkan ke kg Melayu kerana mereka lebih selesa bercampur dengan Melayu daripada Batak

Di Kg Kedundung Patah (Langkat Hulu), semua penghuninya berasal daripada Jawa perkebunan

Di Kg Glugur dan Tanjung Mulia, jumlah Melayunya dedikit. Oleh itu, Jawa diberi geran tanah. Pada tahun 1933, majoriti penduduk kampung itu dan kawasan sekitarnya orang Jawa((Gubenur Sumatera Timur, HEK Ezerman Memorie V Overgave 1930 – 1933)

Page 39: BANGSA MELAYU

39

Di kg Melayu Deli hilir, orang Jawa menyewa tanah Melayu untuk menanam tanaman semusim

Di Langkat, sultan telah memberikan hak yang sama kepada Jawa. Orang Jawa mula membeli tanah Melayu. Sultan mula mencegah kerana akibat buruk kepada Melayu

Di Serdang, orang Jawa diwakili oleh lurahnya sendiri, tetapi masih di bawah penghulu Melayu

Orang Jawa sangat rajin, sopan santun, tenang dan jarang terlibat dengan aktiviti keganasan

Sultan telah memberikan tanah kepada orang Jawa, dan mereka dibebaskan cukai selama 2 tahun pertama. Mereka dianggap aset dari segi penambahan penduduk Melayu, dan pendapatan pemerintah((Gubenur Sumatera Timur, HEK Ezerman Memorie V Overgave 1930 – 1933)

Page 40: BANGSA MELAYU

40

Melayu serdang telah menyewakan tanah kepada Cina selama 3 tahun untuk nenanam sayuran dan memelihara babi

Cina juga dimestikan mananam kelapa. Apabila buahnya boleh dipetik, kontrak akan ditamatkan, tetapi Cina ini boleh membeli kelapa berkenaan

Melayu tidak terpengaruh dengan fahaman komunisme dibandingkan dengan Jawa perkebunan.(J De Ridder, Kontroleur Serdang MVO 1930 - 1933

Page 41: BANGSA MELAYU

41

Melayu semakin terdesak ke pantai atas asakan Batak Toba

Di Indrapura sebahagian penduduknya orang Toba Di Kualuh, Leidong dan Panei, orang Batak terus

menganjak ke pantai Penguasa di Tapanuli mula mengenakan cukai yang

tinggi kepada Batak yang ingin meninggalkan kawasannya

Umumnya, Belanda memandang negatif terhadap raja Melayu yang dikaitkan dengan Islam dan kemalasan serta penindasan raja terhadap rakyat

Pemerintah Pusat Hindia Belanda memaksa perubahan politik dan kontrak dengan raja. Sebahagian kuasa raja dihapuskan dan rakyat dikenakan pelbagai cukai

Kajian juga dibuat tentang kemungkinan sistem kerajaan di Sumatera Timur dihapuskan sahaja(C Boterhoven De Haan, Assisten Residen Asohan, MVO 1936 - 1937

Page 42: BANGSA MELAYU

42

Pada kerajaan Melayu terdapat konsep daulat dan derhaka. Daulat ialah bahagia dan kekuasaan, derhaka ialah tidak taat atau khianat kepada negara, iaitu menentang kekuasaan yang sah

Pada zaman Kerajaan Melayu, ketua daerah di bawah sultan diberi kekuasaan autonomi yang luas. Apabila kerajaan pusat mula lemah, ketua daerah mula menderhaka / memberontak

Akibatnya wujud pusat kekuasaan yang baharu. Fenomena ini kerap berlaku hingga menjadi dominan dan tidak luar biasa lagi. Situasi ini membolehkan campur tangan penjajah dalam arena politik Melayu

Koloni Barat telah memberikan perimbangan kekuatan hingga wujud situasi statik bersifat buatan. Kepentingan raja Melayu dan penjajah Barat tidak bersifat identik tetapi komplementar.

Page 43: BANGSA MELAYU

43

Kerajaan kecil Melayu pesisir pantai tidakpernah bersatu malah selalu berperang untuk kekuasaan dan kekayaan. Mereka akhirnya menjadi semakin lemah

Dalam konteks lain, lembaga kerajaan Melayu menjadi alat berkesan untuk mewujudkan keseimbangan dan penerusan pemerintahan

Pemerintahan dilakukan atas dasar mensyuarat dan muafakat oleh pembesar yang diketuai Bendahara (perdana menteri / wazir). Raja hanya menjadi penentu melalui titah perintah agar segala sesuatu itu dirasmikan

Budaya Melayu telah memainkan peranannya untuk melestarikan Melayu kota dan desa. Peperangan dengan Batak di pedalaman dan kerajaan Melayu di Sumatera Timur dilakukan apabila perlu

Menjadi fakta sejarah bahawa Melayu berlandaskan kearifan, kebijaksanaan dan kecendekiannya telah memainkan peranan mereka sebagai perantara perdagangan dan penguasa(RJ Quarles Van Ufford, 1992)

Page 44: BANGSA MELAYU

44

Induk Melayu ialah suku yang terdapat di Tanah Melayu, Berunei dan Singapura

Kesetiaan luar biasa terhadap bahasa Melayu, Islam dan adat istiadat Melayu

Situasi Melayu menjadikan sejarah dan kebudayaannya terbuka, rapuh dan temporal

Suku Melayu memainkan peranan kritis dalam menangani pengaruh Barat, terutama dari aspek politik, ekonomi, dan kebudayaan

suku Melayu menjadi perantara perdagangan dan pembudayaan, serta berperanan juga sebagai kelasi, pedagang, pejuang dan pendakwah

Bahasa Melayu tersebar ke seluruh rantau dengan kedatangan Islam. Bahasa Melayu menjadi wahana utama penyebaran Islam dan pembinaan tamadun baharu

Pada abad ke-19, Melayu mula berubah, daripada pelayar pedagang dan pendakwah kepada petani dan nel;ayan yang daif dan sengsara(Ismail Hussein antara Dunia Melayu dengan Dunia Indonesia, UKM, 1984

Page 45: BANGSA MELAYU

45

Melayu itu sopan dan tenang dalam gaya dan tindakan

Sebagai pedagang, mereka lebih jujur daripada orang Cina

Mereka hormat akan pembesarnya tetapi tidaklah seperti patuhnya rakyat di Jawa kepada atasannya(Residen E Netscher, TBG Deel 11/1854)

Urusan kapal dagang dari Sumatera Timur ditangani sendiri oleh orang Melayu, terutama daripada Batubara(John Anderson, Mission to the Eastcoast of Sumatera, Edinburg, 1826)

Page 46: BANGSA MELAYU

46

KESIMPULAN

Melayu berasaskan kesamaan agama Islam, berbahasa Melayu, dan mengamalkan adat istiadat Melayu

Melayu dan ras Melayu merupakan suku bangsa peribumi di Nusantara yang didominasikan oleh 4 ras utama, iaitu Negrito, weddoid, proto Melayu dan Deutero Melayu

Page 47: BANGSA MELAYU

47

KATA BIJAK PANDAI

KITA MEMANG TIDAK DAPAT MENGUBAH ARAH ANGIN, TETAPI JANGAN KHUATIR, KITA MASIH DAPAT MENYESUAIKAN LAYARNYA