pertubuhan bangsa

110
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) Pengenalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia. PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946. Tempat persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (wikipedia) Sejarah Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-

Upload: paul-davis

Post on 27-Dec-2015

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERTUBUHAN BANGSA

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Pengenalan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya, sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.

PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

Tempat persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (wikipedia)

Sejarah

Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1 Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C.. Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.

Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa" bermula di San

Page 2: PERTUBUHAN BANGSA

Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam. 50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu, tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan daripada 46 penandatangan yang lain.

Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah menyertai pertubuhan ini.

Piagam PBB

Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:

KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM

untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada manusia, dan

untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan kecil, dan

untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat dipeliharakan, dan

untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini

akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan

akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa, dan

akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa bersenjata tidak

akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan

akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial untuk semua manusia,

Struktur Organisasi

Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:

Page 3: PERTUBUHAN BANGSA

Perhimpunan Agung

Majlis Keselamatan

Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Peramanahan

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)

Sekretariat

Perhimpunan Agung

Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.

Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.

Majlis Keselamatan

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara. Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli, Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.

Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB". Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.

Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun. Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli daripada negara "Dunia Pertama".

Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain, termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan. Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi kepaduan dan menyelaraskan

Page 4: PERTUBUHAN BANGSA

fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih; dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

Majlis Peramanahan

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini — kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir, dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.

Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1 November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis Peramanahan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace Palace, Hague, Belanda.

Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis merupakan bahasa rasminya.

Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa. Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja bertanggungjawab memilih kakitangan.

Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang lain. Tugas-tugas Setiausaha

Page 5: PERTUBUHAN BANGSA

Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang dimulakan oleh PBB.

Akiviti-Aktiviti PBB

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:

Persidangan antarabangsa

Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan

Kawalan dan pelucutan senjata

Penjagaan keamanan

Hak asasi manusia

Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.

Persidangan antarabangsa

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak, Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-contoh terkini termasuk:

"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;

"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan peluang ekonomi untuk kesemua orang.

"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada September 1995;

"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di Istanbul, Turki pada Jun 1996.

Page 6: PERTUBUHAN BANGSA

Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBBPBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB, logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia, pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.

Penjagaan keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.

Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun 2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."

PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat antarabangsa dan bukannya pingat tentera.

Hak asasi manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB. Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa akan datang.

Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan berasingan" untuk

Page 7: PERTUBUHAN BANGSA

mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia, khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi. Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.

PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.

Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara), Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin. Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.

PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.

Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan lautan dihakimi oleh mahkamah khas.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama yang dihakiminya

Page 8: PERTUBUHAN BANGSA

termasuk:

Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk jenayah-jenayah perang; Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).

Senarai Badan PBB

Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam piagamnya ialah :

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)

Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan

Persatuan Pembangunan Antarabangsa)

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)

Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)

Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)

Kesatuan Pos Sedunia (UPU)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)

Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).

Agensi-agensi sementara termasuk:

Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)

Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi

PBB untuk Pelarian) (UNHCR)

Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB)

Page 9: PERTUBUHAN BANGSA

Ditubuhkan secara rasmi tahun 1945,Ibu pejabat di san Francisco (asal) berpindah ke New York 1946.Peringkat awal – 51 buah anggota 189 buah – 2002.Negara anggota perlu akur dengan Piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggariskan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa. Terdapat 4 matlamat Piagam PBB

Matlamat Piagam PBB

1.Menjamin keamanan dan keselamatan dunia2.Menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara anggota3.Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit4.Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

PERANAN MALAYSIA DALAM ( PBB )

Page 10: PERTUBUHAN BANGSA

1.Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa2.Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo(1960) bagi menamatkan perang saudara3.Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia(1989) untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan 4.Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran –Iraq5.Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea6.Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia7.Malaysia lantang bersuara di PBB menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan8.Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik atau kuasa semua negara 9. Menjadi ahli Bank Dunia10.Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia- satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna(Austria) Jun 1987. Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut11. Malaysia bekerjasama dan menyertai agensi antarabangsa PBB – kerjasama dalam pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) dan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO)12.Dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB tahun 1965, 1989 dan 1999Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBBBeliau juga dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.13.Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin dengan mengajurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 17 September 1957 (menjadi ahli PBB) 

Menjadi ahli UNESCO, WHO, FAO dan ILO

Menjadi tentera pengaman dunia di Kango, Namibia, Iran, Iraq, Somalia dan Bosnia.

Terlibat dengan misi pemerhati PBB di Liberia, Sierra Leone, Timor Leste

Malaysia dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan PBB; 1999-2000  

Malaysia dilantik sebagai utusan khas oleh PBB dan menjadi pengarah pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas ke Myanmar.

Menjadi angoota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB; 2001 - 2003

Malaysia telah membeli bon yang dikeluarkan oleh PBB sebanyak US$600 dlm usaha membantu WHO mengawal penyakit malaria, cirit-birit dan demam denggi

Pada tahun 1967 telah diadakan perjanjian di Kuala Lumpur bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan bantuan oleh FAO.

Page 11: PERTUBUHAN BANGSA

Bantuan UNESCO untuk bantu meningkatkan pelajaran - membina  Maktab Teknik di Ipoh dan Penang

Bank Dunia pernah memberikan bantuan kpd Malaysia dlm tempoh lima tahun.

Malaysia memberi bantuan kpd mangsa-mangsa tsunami di Acheh.

PBB (Perserikatan Bangsa-Bangsa) atau United Nations adalah sebuah organisasi internasional yang anggotanya hampir seluruh negara di dunia. dibentuk untuk memfasilitasi dalam hukum internasional, pengamanan internasional, lembaga ekonomi, dan perlindungan sosial. Perserikatan Bangsa-bangsa

Page 12: PERTUBUHAN BANGSA

didirikan di San Francisco pada 24 Oktober 1945 setelah Konferensi Dumbarton Oaks di Washington, DC.

Sejak didirikan di San Francisco pada 24 Oktober 1945 sedikitnya 192 negara menjadi Anggota PBB. Semua negara yang tergabung dalam wadah PBB menyatakan independensinya masing-masing, selain Vatikan dan Takhta Suci serta Republik Cina (Taiwan) yang tergabung dalam wilayah Tiongkok pada 1971. Hingga tahun 2007 sudah ada 192 Anggota PBB. Sekretaris Jenderal Ban Ki-moon asal Korea Selatan yang saat ini menjabat sejak 1 Januari 2007.

PBB adalah PBB yang mengkoordinir bantuan tsunami, PBB yang berurusan dengan gempa bumi di Kashmir, PBB yang terus menghendaki kesetaraan dan berjuang untuk mencapai target-target pembangunan milenium, PBB yang berjuang untuk meningkatkan martabat manusia. Namun dalam melaksanakan fungsinya, PBB banyak menemui kegagalan. Harapan dari warga dunia tidak dapat dipenuhi dan kadang mendapat kecaman.

PBB mengulangi sejarah kegagalan Liga Bangsa-Bangsa yang gagal mencegah Perang Dunia II. LBB didirikan dalam upaya untuk mencegah terulangnya perang dunia pertama. Oleh karena itu tujuan LBB terutama untuk promosi perdamaian dan mencegah perang, mengupayakan agar setiap konflik diselesaikan dengan cara-cara damai dan pelanggar perdamaian akan ditindak bersama. Walaupun LBB dapat mencegah perang antara beberapa anggotanya seperti antara Yunani dan Bulgaria, namun gagal mencegah pelanggaran oleh negara-negara besar.

Kegagalan-kegagalan PBB dapat dilihat pada kasus-kasus sebagai berikut:

1. Gagalnya PBB dalam menghalau serangan AS ke irak

PBB gagal menghalau perang irak. Malah ancaman serangan AS ke Irak dari hari ke hari makin menguat sebagaimana terlihat pada pengerahan kekuatan personel militer, logistik dan persenjataan, baik matra darat, laut maupun udara.

Cerita tentang kegagalan PBB tersebut bermula pada dengan adanya program Minyak-untuk-Pangan (oil-for-food). Program ini dimaksudkan untuk memberi makanan kepada rakyat irak. Penciptaan program tersebut oleh PBB karena sebelumnya PBB memberlakukan sanksi ekonomi terhadap irak. Irak yang dipimpin Saddan Hussein dulunya merusakkan dan membumi hanguskan Kuwait pada perang Irak-Iran. Perang tersebut memaksa Sadam Hussein meminjam milyaran dollar dari Kuwait. Usai perang Irak-Iran, Sadam Hussein menolak membayar kembali pinjamannya karena menurutnya, Kuwait dulunya adalah wilayah Irak. Akhirnya Sadam Hussein malah menyerang Kuwait yang diakui sebagai wilayah Irak. Caliph Kuwait mengungsi ke Amerika dan meminta bantuan pasukan atas dasar perjanjian keamanan bersama antara Kuwait-Amerika.

Pasukan Irak berhasil diusir keluar dari Kuwait, namun Kuwait dibumi hangus sebelum ditinggalkan pasukan Irak. Demikianlah, akhirnya pasukan Sadam Hussein menyerah kepada pasukan Amerika dan

Page 13: PERTUBUHAN BANGSA

Amerika siap masuk ke Irak, namun Sadam Hussein memilih damai.Sadam Hussein akhirnya menandatangani kesediaannya membayar kembali pinjamannya kepada Kuwait disertai pampasan perang akibat serbuan bumi hangusnya ke Kuwait. Sepuluh tahun setelah penandatanganan tsb, ternyata Sadam Hussein tidak menepati janjinya, akhirnya oleh karena hal inilah, maka PBB mengenakan sanksi ekonomi. Rakyat Irak kelaparan akibat sanksi ekonomi, jalan keluarnya, PBB menciptakan program Minyak-untuk-Pangan (oil-for-food). Program ini dimaksudkan untuk memberi makanan kepada rakyat Irak.

Sadam Hussein berhasil menyogok beberapa pihak penting di PBB dimana sekretaris PBB Kofi Annan terlibat dalam skandal korupsi ini. Akibatnya, program Minyak-untuk-Pangan ini tidak mencapai rakyat jelata sebagai sasarannya melainkan dana ini digunakan Sadam Hussein untuk menimbun persenjataan pemusnah massal. Skandal Minyak-untuk-Pangan sendiri mencuat setelah Komite Pemeriksaan Independen menemukan adanya kesalahan manajemen di kantor yang dipimpin Annan dan praktek-praktek korupsi oleh perusahaan perusahaan swasta yang terlibat dalam program Minyak-untuk-Pangan.

Amerika telah memberi waktu kepada PBB untuk menyelesaikan skandal ini, dan lewat dari waktunya, masalah tidak juga selesai, anak-anak Kofi Annan tetap melibatkan diri dengan bisnis-bisnis kotor dengan keluarga Sadam Hussein. Batas waktunya habis, Amerika melakukan serangan besar-besaran untuk menangkap Sadam Hussein yang telah begitu banyak terlibat dalam berbagai usaha kriminal baik dinegerinya maupun diluar negerinya. Kofi Annan tak mampu lagi mengendalikan situasi, semua bawahannya terpaksa dipecat, terlalu banyak korban akibat skandal dari Kofi Annan dan Sadam Hussein. Oleh karena hal inilah, sehingga PBB tidak mampu untuk menghentikan serangan AS ke irak karena dalam diri PBB sendiri ada kesalahan manajemen. Dan ada sejumlah anggota staf PBB yang terlibat dalam skandal

2. Kegagalan Misi di Afrika

Kegagalan lainnya dapat kita lihat pda terlambatnya DK PBB mengirim pasukan tambahan ke Darfur, Sudan Barat. Berulang kali jenderal Kanada Roméo Dallaire, yang memimpin misi PBB di Rwanda antara 1993 hingga 1994 meminta Dewan Keamanan PBB untuk mengirim pasukan tambahan. Ketika pasukan itu akhirnya tiba juga, genosida atau pembunuhan bangsa sudah berakhir. Ratusan ribu orang mati dibunuh. Dallaire tidak hanya harus berunding mengenai pasukan tambahan, tetapi juga soal kurangnya perlengkapan toilet pasukannya. Dallaire kembali ke Kanada penuh kegetiran. Enam tahun lalu ia ditemukan di sebuah bangku di taman di kota Quebec, Kanada, dalam keadaan jembel. Hingga saat ini jenderal Kanada itu harus menelan banyak pil supaya bisa bertahan hidup.

Pada Misi PBB di Kongo, PBB mulai menarik pelajaran dari pengalaman kegagalannya. Tentara baret biru PBB menindak tegas para pemberontak, juga kalau pemberontak itu perempuan atau anak-anak. Ditambah lagi dengan mandat yang tegas dari PBB di New York. Namun, kendala yang muncul adalah kurangnya partisipasi Negara barat. Keikutsertaan Barat dalam operasi-operasi tersebut sangatlah penting. karena mereka biasanya lebih terlatih dan punya peralatan lebih lengkap dibandingkan rekan-

Page 14: PERTUBUHAN BANGSA

rekannya dari negara sedang berkembang. Sayangnya banyak negara Barat menolak. Hal ini pun merupakan salah satu penyebab kegagalan PBB.

3. Kegagalan PBBB pada kasus Kosovo

Pada kasus Kosovo, kegagalan PBB memaksa Presiden Clinton, tanpa persetujuan PBB dan hanya didukung NATO, mengambil tindakan militer sebagai bentuk intervensi kemanusiaan. Dua dunia saling bentrok di New York, antara Barat dan Timur, Kosovo dan Serbia. Konflik soal kemerdekaan Kosovo itu pun turut memecah-belah Dewan Keamanan Perserikatan Bangsa Bangsa (DK PBB). Pangkalnya adalah buntunya perundingan di Dewan Keamanan mengenai status provinsi kecil di selatan Serbia itu. Selama tiga jam perundingan, setiap negara gagal menemukan kata sepakat. Buntunya negosiasi soal status Kosovo adalah bukti, bahwa masa depan provinsi yang carut-marut oleh perang saudara itu tidak bisa ditentukan di Dewan Keamanan PBB

4. Kegagalan dalam Genosida di Rwanda

Dalam hitungan 100 hari, lebih dari 800 ribu nyawa suku Tutsi dan orang-orang moderat suku Hutu tewas di tangan ekstremis suku Hutu. Angka korban ini sungguh fantastis. Ada yang membandingkan, tingkat pembunuhan per hari dalam genosida di Rwanda, setidaknya lima kali jauh lebih banyak dari tragedi holocaust, pembantaian kaum Yahudi di kamp-kamp maut Nazi.

Konflik di Rwanda antara suku mayoritas Hutu (85% dari jumlah penduduk) dengan suku minoritas Tutsi memang telah berlangsung lama. Ada yang menyebut, sudah mulai dari tahun 1959. Konflik mulai kembali merebak sekitar tahun 1990-an ketika suku Tutsi di pengungsian yang membentuk Front Patriotik Rwanda (RPF) memasuki dan menduduki sebagian Rwanda. Eskalasinya makin memuncak setelah ada perjanjian gencatan senjata, Agustus 1993. Gencatan senjata ini kemudian diawasi oleh pasukan PBB yang tergabung dalam United Nations Assistance Mission to Rwanda (UNAMIR), khususnya dari Belgia.

Gelagat akan adanya serangan terorganisir oleh elemen-elemen suku Hutu terhadap suku Tutsi sebenarnya sudah tercium ketika suku Hutu garis keras membentuk kelompok para-militer yang dinamakan Interhamwe. Para komandan PBB di lapangan kerap menerima informasi dari tentara-tentara bayaran yang melatih Interhamwe. Laporan rinci mengenai rencana pembantaian sistematis ini sebenarnya sampai di meja Kofi Annan, Sekjen PBB. Namun, PBB tetap tidak melakukan intervensi, bahkan sampai genosida itu terjadi, dan korban yang tewas sudah mencapai ratusan ribu. PBB pun tidak berbuat apa-apa meskipun pemerintah Rwanda sudah meminta PBB untuk bertindak.

Banyak pihak menilai, genosida di Rwanda ini sebenarnya tidak perlu terjadi seandainya PBB mau bertindak untuk melakukan intervensi dari sejak awal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Konvensi Genosida. kasus di Rwanda adalah titik terendah kegagalan PBB dalam melakukan peranannya. Tidak hanya Majelis Umum PBB yang memalingkan muka dari terjadinya genosida ini, tetapi juga pasukan PBB yang dikirim ke wilayah ini turut bertanggung jawab terhadap sejumlah pembunuhan yang terjadi.

Page 15: PERTUBUHAN BANGSA

Keterlibatan pasukan perdamaian PBB dalam sejumlah pembunuhan di Rwanda terungkap dari adanya bukti, pasukan perdamaian Belgia dan Ghana di Rwanda malah menyerahkan suku Tutsi yang seharusnya mereka lindungi kepada pasukan penembak Interhamwe.Tak hanya di Rwanda, keterlibatan pasukan PBB dalam pembunuhan semacam ini pun terjadi juga di Srebrenica, saat pasukan perdamaian PBB dari Belanda malah menyerahkan ribuan pengungsi Muslim yang meminta perlindungan di kamp PBB kepada Jendral Ratko Mladic.

PBB memang berusaha untuk “membayar” kegagalannya di Rwanda dengan membentuk Pengadilan Pidana Internasional untuk Rwanda [Internationan Criminal Tribunal for Rwanda (ICTR)] melalui Resolusi Dewan Keamanan PBB No. S/RES/955 tahun 1994 [5]. Pengadilan ad hoc yang masih merupakan bagian dari Mahkamah Internasional Den Haag ini, berlokasi di Arusha, Tanzania.

5. Kegagalan PBB di Burma

PBB adalah cermin dunia. Organisasi itu mencerminkan kesepakatan maupun ketidaksepakatan kita. Nyatanya ketika Dewan Keamanan bersatu untuk isu tertentu, banyak hal yang bisa dicapai dan bahkan telah dicapai. dalam hal Burma, Dewan Keamanan bersatu, dan memutuskan untuk mengirim utusan khusus saja ke Burma. Tapi tidak sepakat, soal tindakan apa yang harus dia lakukan pada negeri itu

6. Gagal memberikan perubahan di Myanmar

PBB telah berupaya membawa rekonsiliasi di Myanmar selama hampir dua dekade. Sayangnya, deretan upaya itu hingga kini gagal membuahkan perubahan berarti. Dari waktu ke waktu, junta militer Myanmar mencetuskan konsesi kecil-kecilan, seperti pertemuan singkat dengan tokoh oposisi Aung San Suu Kyi. Namun, kekuasaan yang telah dicengkeram selama 45 tahun tetap langgeng. Apabila menengok sejarah kehadiran PBB di Myanmar sejak Suu Kyi ditahan tahun 1990, tidak muncul terobosan yang bisa dibilang signifikan. Tahun 1998, diplomat Peru, Alvara de Soto, ditunjuk sebagai Utusan Khusus PBB dengan tugas memecah kebuntuan antara militer dan kelompok prodemokrasi.

7. Gagal Mengantisipasi Penyerangan Ramos Horta

Badan dunia, PBB dinilai lambat dalam menindaklanjuti insiden penembakan terhadap Ramos Horta (Presiden Timor Leste) awal tahun ini.pasukan internasional tidak bergerak cukup cepat dalam memberikan bantuan medis padanya, dan menangkap para pelaku kejahatan. Namun dalam laporan rahasia, PBB menyatakan penilaian Timor Leste terlalu terburu-buru.

Serangan yang dilancarkan tentara pemberontak di ibukota pada Februari lalu mengakibatkan Ramos-Horta terluka parah. Perdana Menteri Xanana Gusmao, yang juga diserang, lolos tanpa menderita luka-luka.

8. Gagal menyepakati sanksi Iran

Page 16: PERTUBUHAN BANGSA

Anggota tetap Dewan Keamanan (DK) Persatuan Bangsa-Bangsa (PBB) dan Jerman gagal mencapai kesepakatan tentang sanksi tahap ketiga untuk Iran. kegagalan tersebut disebabkan sikap China dan Rusia yang masih berbeda pendapat dengan anggota DK lainnya tentang nuklir Iran. Diduga, kebuntuan tersebut terkait dengan laporan Estimasi Intelijen Nasional AS pada awal bulan ini yang menyatakan Iran telah menutup proyek nuklirnya sejak 2003. Para diplomat tersebut akan kembali membahas resolusi itu pada Januari mendatang.

Perundingan berjalan alot karena sikap penolakan Rusia dan China terhadap resolusi baru DK PBB. Meski proses pengiriman diawasi secara ketat oleh Badan Energi Atom Dunia (IAEA), kebijakan Moskow ini dianggap menguntungkan Iran. Belum ada reaksi dari Teheran terkait kegagalan DK PBB merilis draf resolusi baru bagi Iran.

Keterlibatan DK PBB dalam masalah nuklir Iran ini dinilai telah menyalahi ketentuan internasional karena lembaga ini bukan yang berhak menangani masalah ini. Oleh sebab itu, berbagai resolusi yang keluar dari lembaga ini ditolak Republik Islam Iran. Dengan demikian, Amerika Serikat dan sekutunya telah menistakan kredibilitas IAEA sebagai pihak yang paling kompeten dalam menangani isu nuklir global. pemimpin Iran berjanji tidak akan pernah menutup reaktor nuklirnya, apa pun yang terjadi.

Melihat dari sejumlah kegagalan di atas, dengan organisasi PBB saat ini masih ada celah untuk mencegah perang sekalipun negara-negara besar cenderung pro AS. Oleh karena PBB sesungguhnya jauh lebih fleksibel dari LBB karena segala keputusan penting harus diambil secara aklamasi. Di samping itu keanggotaan PBB telah bersifat global bahkan negara-negara dunia ketiga yang merupakan mayoritas masih dapat digalang kekuatannya untuk menentang AS dan sekutunya.

Misi membangun Dunia Baru tak mungkin dipikulkan pada PBB, jika PBB sama sekali enggan memperbaiki diri dari sejumlah kekeliruannya. Kala PBB didirikan belum banyak bangsa di Asia yang merdeka. Kini, kata Soekarno, dunia sudah berubah dengan munculnya the new emerging forces—kekuatan baru dunia ketiga. Karena itu, struktur PBB perlu dirombak. Markas PBB juga mesti dipindahkan dari New York ke negara yang tak terpengaruh dua blok AS dan Uni Soviet yang tengah melancarkan perang dingin. Hak veto pada segelintir anggota elit PBB, yang hingga kini masih terus dipersoalkan.

Dari sejumlah kegagalan-kegagalan tersebut, usaha yang perlu ditempuh PBB agar bisa menjadi badan yang lebih relevan dan efektive lagi adalah reformasi dalam Dewan Keamanan PBB, komposisinya, dan cara kerjanya. Tapi kita juga tahu, hal itu tidak akan terjadi. Karena ada berbagai masalah serius menyangkut komposisi dan negara-negara anggota masih belum sepakat soal komposisi itu. Adanya pemanfaatan berbagai instrumen yang ada dalam PBB saat ini, sebaik mungkin. PBB mesti memperbaiki dirinya secara radikal.

Sebab PBB masih gagal membawa perdamaian

Page 17: PERTUBUHAN BANGSA

16012009

PANDANGAN

Oleh CHAIRUL FAHMY HUSSAINI

SERANGAN Israel ke atas wilayah yang ditadbir parti Harakat Al-Muqawamat Al-Islamiyyah atau Gerakan Pejuang Islam (Hamas) di Jaluran Gaza, Palestin, hampir melepasi minggu ketiga.

Hampir 1,000 penduduk kawasan itu telah terkorban – sepertiga kanak-kanak.

Sehingga kini Israel terus membedil secara besar-besaran wilayah yang pernah didudukinya selama 38 tahun – tanpa sedikit pun mempedulikan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar gencatan senjata dilaksanakan.

Hamas juga gigih membedil demi mendapatkan semula tanah Palestin daripada jajahan Israel.

Persoalannya sekarang, mengapakah PBB – sebagai badan utama yang memayungi kesejahteraan manusia sejagat – gagal mendapatkan kerjasama atau mempengaruhi kedua-dua pihak agar berhenti daripada menyerang satu sama lain?

Dilihat dari sudut sains politik dan perhubungan antarabangsa, kegagalan itu disebabkan perbezaan dalam dukungan ideologi politik antara ketiga-tiga pihak.

Secara teorinya, penubuhan PBB diasaskan ideologi institusi liberalisme (liberal institutionalism), manakala penakatan Israel dan Hamas pula bersandarkan realisme (realism).

Secara asasnya, pendukung ideologi institusi liberalisme ini melihat hubungan antara negara bukan hanya bersandar pada politik malah kerjasama ekonomi dan integrasi antara masyarakat dan negara.

Jalinan kerjasama sedemikian, menurut mereka, mampu menjadikan dunia lebih aman, dengan masyarakat berlainan bangsa dan negara hidup rukun bersatu padu.

Jika ini hujah mereka, mengapa dunia terus digegar peperangan demi peperangan?

Dalam konteks hidup hari ini, mengapa PBB gagal mendapatkan kerjasama Israel untuk menuruti perintah gencatan senjata menerusi resolusi yang dikeluarkan badan dunia itu?

Hal ini turut disuarakan cendekiawan sains politik, Profesor John J. Mearsheimer, menerusi tulisannya, The False Promise of International Institutions (Janji Palsu Institusi Antarabangsa).

Profesor Mearsheimer mentakrifkan ‘institusi’ sebagai badan jagat yang melakar peraturan atau undang-undang yang menentukan bagaimanakah seharusnya sesebuah negara itu bersaing dan bekerjasama antara satu sama lain.

“Institusilah yang menetapkan perlakuan sesebuah negara dan mereka jugalah yang mengharamkan perlakuan-perlakuan tertentu,” ujarnya.

Page 18: PERTUBUHAN BANGSA

Peraturan ini, menurutnya, ditentukan menurut persetujuan antarabangsa yang ketetapannya diterima secara formal.

Apa yang pasti, setiap negara yang menganggotai institusi antarabangsa dikehendaki menyetujui peraturan yang telah dilakarkan itu.

Namun, sesebuah negara anggota bebas membuat pilihan – sama ada ingin menuruti peraturan yang telah ditetapkan itu ataupun tidak.

Andainya sesebuah negara anggota memilih untuk tidak menuruti ketetapan peraturan badan yang dianggotainya itu, tiada banyak pilihan apatah lagi ‘hukuman’ yang boleh dilaksanakan ke atas negara anggota yang ‘ingkar’ – kecuali mengecam dan mencela atau menyarankan sekatan ekonomi.

Ini kerana badan dunia seperti PBB, secara hakikatnya, bukanlah badan yang mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negara-negara dunia.

Bagi pendukung realis, inilah kelemahan utama PBB sehinggakan banyak negara mengambil kesempatan atas kelemahan ini untuk kepentingan mereka sendiri.

Keutuhan PBB lebih runcing dengan adanya kuasa veto pada lima negara kuasa besar – Amerika Syarikat, Russia, Britain, China dan Perancis.

Kuasa veto ini menyebabkan PBB sering dilihat masyarakat dunia bagai harimau tanpa kuku, apalagi taring, untuk mencakar dan membaham mereka yang memperkosa prinsip agungnya – iaitu keamanan jagat.

Disebabkan kelemahan ini, para pendukung realisme merasakan kewujudan sebuah badan seperti PBB, meskipun baik, tidak akan mampu mencapai objektifnya.

Sesebuah negara, menurut prinsip realisme, akan bertindak dalam apa cara sekalipun, semata-mata untuk penakatan dan meluaskan pengaruh dan jajahan mereka.

Realis secara umumnya melihat keadaan politik dunia sebagai ‘suram’ dan sistem antarabangsa sebagai ‘medan pertempuran’ di mana setiap negara cuba mengambil kesempatan atas kelemahan negara/wilayah lain.

Hal ini malah turut diakui pendukung institusi liberalisme bahawa sesebuah negara itu pada dasarnya akan membuat sesuatu tindakan – baik atau buruk – berdasarkan kepentingan mereka sendiri.

Cendekiawan sains politik terkemuka, Profesor Alexander Wendt, malah berpendapat terdapat tiga faktor yang ‘diandaikan’ oleh sesebuah negara, iaitu menganggap sesebuah negara lain sebagai seteru, pesaing ataupun sebagai rakannya.

Bagi setiap anggapan ini pula terdapat budayanya yang tersendiri bersandarkan tiga faktor lain iaitu kepentingan, keterpaksaan dan kewajaran.

Page 19: PERTUBUHAN BANGSA

Ini, jika dilihat dalam konteks konflik Israel-Hamas, mendedahkan kepada kita betapa politik, secara sendirinya, amat rapuh.

Ini kerana sejarah peradaban manusia menunjukkan bahawa sesuatu kaum atau sesebuah negara lazimnya bersedia bertindak ganas ke atas sebuah negara atau wilayah lain demi penakatan dan peluasan kawasan jajahan mereka – seperti yang tercatat dalam kisah Perjanjian Westphalia pada 1648.

Para sarjana politik sering menganggap perjanjian damai yang dicapai di Eropah pada tahun itu menjadi titik-tolak pada pelaksanaan sistem politik moden – corak pemerintahan yang kita lalui hari ini.

Di bawah sistem Westphalia, kepentingan, matlamat atau agenda sesebuah negara mengatasi kepentingan seseorang individu atau pemerintah.

Sistem ini seakan-akan ‘menghalalkan’ tindakan sesebuah negara atau wilayah menggunakan pengaruh termasuk segala kekuatan ketenteraan bagi menumpaskan lawan – tanpa perlu melenyapkan mereka – demi mencapai hasrat politik yang terpendam

Peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan

Page 20: PERTUBUHAN BANGSA

Pengenalan:

Asia Tenggara merupakan satu perkataan baru yang hanya muncul pada masa Perang Dunia Kedua sebelum ini hanya lebih dikenali dengan panggilan Alam Melayu . Umumnya Asia Tenggara meliputi dua jenis masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri kepulauan. Kedua-duannya terdiri daripaa Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.[1] Kerjasama serantau di antara negara-negara di Asia Tenggara ini sebenarnya telah bermula sejak abad yang ke-13 lagi. Kerjasama serantau ketika itu meliputi tiga aspek besar iaitu kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik, dan diplomasi serta perdagangan dan ekonomi. Namun kerjasama ketika itu melibatkan dua buah negara sahaja contohnya hubungan Siam dengan Melaka, Myanmar dengan Siam dan Majapahit dengan negeri-negeri Nusantara [2].

Sejarah kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas kemerdekaan boleh dikesan daripada cadangan Tunku Abdul Rahman kepada Presiden Garcia (Filipina) pada bulan Januari 1959 untuk menubuhkan sebuah persatuan bukan politik di kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Kerjasama serantau pertama yang ditubuhkan ialah Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara ( Southeast Asian Friendship and Economic Treaty atau ringkasnya SEAFET) pada tahun 1959 yang dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Kedua diikuti dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang dianggotai oleh Tanah Melayu, Thailanad, Filipina. Kerjasama serantau Asia Tenggara yang ketiga ialah MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah Melayu , Filipina dan Indonesia dan kerjasama serantau yang keempat daan merupakan pertubuhan kerjasama yang terakhir ialah Persatuan Negara-negera Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan pada tahun 1967 dan dianggotai oleh 10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand. Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja, Hanoi, Pertubuhan ini kekal hingga ke hari ini.

Penulisan ini akan membincangkan peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan. Penulis akan cuba mengupas dan mengalurkan peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan beberapa isu dengan menjaga hubungan dan semangat setiakawan ASEAN.Selain daripada menjalinkan hubungan diplomatic, Malaysia juga telah menggunakan kaedah atau pendaktan rundingan, bertolak-ansur, cara diplomasi dan yang lebih menarik lagi Malaysia telah memainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan dua buah negara yang bertelagah seperti yang berlaku di Kemboja. Di mana Malaysia telah bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan prgolakan

Page 21: PERTUBUHAN BANGSA

politik yang berlaku di Kemboja. Selain daripada itu, penulis cuba memperlihatkan peranan dan penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih dengan cara rundingan dan cuba menyelesaikan sebarang pertikaian melalui ICJ. Isu Malaysia-Singapura juga turut dilihat bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia sentiasa mendukung hasrat murni untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran.

SEBAB-SEBAB PERLUNYA KEPADA KERJASAMA SERANTAU

Sebagai sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin kemerdekaan , negara-negara di Asia Tenggara menghadapi pelbagai masalah dalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini:

a. Terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia,

b. Kemampuan yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah,

c. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa keadaan sedemikian memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam era Perang Dingin, Asia Tenggara menjadi salah satu tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis.

d. Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat pelbagai gejala yang dapat mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam soal-soal yang belum selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara, taburan ethnik dan semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan ideolgi setiap negara serantau. Burma dengan neutral-ssosialis, Thai- terikat kuat pada

Page 22: PERTUBUHAN BANGSA

Amerika Syarikat, Indonesia –militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ‘ranting Asia’ Ameria Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.[3]

Di atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyedari akan hakikat pentingnya kepada penubuhan kerjasama serantau ini membuat satu kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi ianya masih hidup berpecah-belah dan membawa haluan masing-masing. Perpaduan adalah mesti untuk membangunn dengan lebih sempurna terutama dari terus bergantung pada kuasa-kuasa luar.

Kerjasama ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan keselamatan, ekonomi dan sosial. Dalam peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya adalah demi kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa atau lebih kepada kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur langkah-langkah tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan keselamatan yang membolehkan tenaga ditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik dunia mengikut kemampuan dan kepentingan nasional dari semasa ke semasa. Dalam usaha membina dan mengukuhkan kerjasama serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dan penglibatan dalam beberapa isu di Asia Tenggara.

Dasar Luar Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang pastinya tidak mampu hidup bersendirian. Atas kesedaran ini, Malaysia berpendapat kerjsama serantau adalah merupakan agenda penting dalam hubungan luarnya untuk mengujudkan kestabilan serantau dalam menghadapi ancaman musuh. Peranan dan penglibatan ini juga penting kepada Malaysia kerana sebagai sebuah negara yang baru merdeka perlu mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima setaraf dengan negara-negara lain di dunia seterusnya mencipta identity sendiri.

Page 23: PERTUBUHAN BANGSA

Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar negara bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Pada hakikatnya, walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai dasar luar negara, setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu mengambilkira persekitaran luar yang dinamik. Pengertian di atas juga merujuk kepada dasar luar negara Melaysia. Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan halatuju hubungan anatarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting. Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah menjaga dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa[4]. Contohnya dalam konteks ASEAN, kesemua negara anggota ASEAN berganding bahu dalam usaha meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahalinya. Manakala serantau pula secara umumnya dapat didefinasikan sebagai satu proses yang melibatkan sebahagian negara yang terhad disesuatu rantau berkenaan dan akhirnya dibentuk sebagai suatu rganisasi serantau[5]. Oleh itu kerjasama serantau membawa kepada penyatuan negara-negara dalam keperluan politik, ekonomi dan pertahanan.

Penelitian mendalam dasar luar Malaysia menunjukkan bahawa semenjak tahun 1957 ianya melalui perubahan yang stabil sejajar dengan perubahan pucuk kepimpinan politik negara. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengamalkan dasar anti-komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komenwel. Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali , neutral dan keamanan bersama. Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai negara Islam. Semangat ingin berbaik-baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan Malysia dengan Pertubuhan Negara-negera Berkecualai (NAM). Selain itu, Malaysia turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British.

Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia mempereratkan hubungan serantau. ASEAN, contohnya telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar Malaysia selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho Chi Minh City) pada 1975, pengunduran pengakalan-pengakalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia)

Walau bagaimanapun , dasar luar Malaysia telah melalui perubahan yang dramatik selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Di bawah kepimpinan beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama, dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak, kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kerjasama selatan-selatan.

Page 24: PERTUBUHAN BANGSA

Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dapat menyaksikan pelbagai inisiatif. Antaranya, Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat, Dasar Pandang ke Timur, Pelaburan Imbal-Balik, Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC), Kumpulan 15 (G 15), Penyatuan Islam dan memperjuangkan hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam sekitar, hak asasi manusia serta demokrasi.

Evolusi dasar luar Malaysia di bawah kempat-empat Perdana Menteri setakat ini telah menunjukan bahawa mereka telah memberi respon pragmatik bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi yang berlaku pada masa itu. Ini kerana untuk terus menjadi relevan kepada keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh berada dalam keadaan static. Ianya memerlukan perubahan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama , kesinambungan dalam konteks dasar luar negara juga perludititikberatkan. Kedua-dua perubahan dan kesinambungan ini sesungguhnya menampakkan rasa yakin diri dan kematangan Malaysia dalam urusan hubungn antarabangsanya.

Malaysia merupakan sebuah negara di rantau ini yang bergerak cergas dalam beberapa pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Pembinaan kerjasama ini telah dimulakan sejak tahun 1950-an lagi. Ini dapat dilihat semasa lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina pada bulan Januari 1959, beliau telah mengumumkan pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (Southeast Asian Frienship and Economic Treaty) yang dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan Presiden Filipina , Carlos P. Garcia.

KERJASAMA-KERJASAMA SERANTAU DI ASIA TENGGARA

SEATO / SEAFET

Page 25: PERTUBUHAN BANGSA

SEATO atau Southeast Asia Trety Organization telah ditubuhkan pada 8 September 1954 di Manila dan merupakan kerjasama yang pertama di rantau Asia Tenggara. Ia hanya dianggotai oleh dua buah negara sahaja iaitu Indonesia dan Filipina dan lebih merupakan satu pakatan ketenteraan SEAFET atau Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara pula ditubuhkan pada Januari 1959 ketika lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Sepanjang penubuhan SEATO dan SEAFET ini tiada kerjasama serantau yang dapat dijalankan. Ini berikutan keengganan beberapa negara untuk menyertai dan merestuinya. Ketika ini sikap nasionalisma kenegaraan masih menebal dan penuh dengan syak wasangka terhadap negara lain lebih-lebih lagi Indonesia yang mendakwa Tanah Melayu dan Filipina masih mempunyai hubungan dengan penjajah. Ini adalah berikutan hubungan Filipina dengan beberapa kuasa Barat melalui SEATO dan Tanah Melayu yang mengikat perjanjian pertahanan dengan Britain melalui AMDA. Namun sebenarnya kerjasama yang disarankan oleh Malaysia adalah berbentuk pakatan ekonomi, kebudayaan dn teknikal dan secara kebetulan mengenai soal-soal keselamatan. Kegagalan usaha Malaysia yang pertama untuk mengujudkan kerjasama sebenarnya adalah disebabkan tanggapan yang salah dari negara jiran dan tekanan politik semasa.

Setelah mendapati SEAFET tidak dapat bertahan lama, Malaysia tidak berputus asa lantas bersama dengan Filipina dan Indonesia mengusahakan penubuhan ASAS (Association of Southeast Asian States) yang kemudiannya dikenali sebagai ASA (Asociation of Southeast Asia) pda 31 Julai 1961. Hasrat Malaysia ingin mewujudkan kerjasama terbukti dengan adanya kerjasama dalam bidang ekonomi, social, budaya, saintifik dan petadbiran. Antara usaha yang dilakukan ialah mengadakan pertukaran maklumat teknik dan kepakaran, menggalakkan pelancongan di antara negara anggota, pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dan Universiti Filipina serta lawatan dan rombongan kebudayaan. Terdapat juga kerjasama dalam bidang perkapalan dan penerbangan namun ianya terbatas akibat daripada penguasaan saham syarikat asing iaitu Scadinavian Airline Sistem (SAS). Malangnya kerjasama ini juga tidak dapat bertahan lama apabila berlakunya perbalahan di mana Filipina menuntut Sabah atau Borneo Utara sebagai sebahagian daripada hak Kesultanan Sulu daripada British semasa penubuhan Malaysia. Malahan Indonesia juga mengumumkan konfrontasi pada Januari 1963 menentang penubuhan Malaysia.

ASA

Page 26: PERTUBUHAN BANGSA

Setelah gagal dalam usaha menubuhkan suatu kerjasama serantau akibat daripada prasangka beberapa negara yang berfahaman neutrailima, Malaysia sekali lagi berusaha untuk menubuhkan kerjasma serantau namun usahanya kali ini hanya berjaya menarik perhatian negara Thai dan Filipina sahaja. Pada 31 Julai 1961, Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah diisytiharkan secara rasmi. Setelah gagal menarik Indonesia menyertai pakatan ini, ASA hanya berpuas hati dengan penyertaan tiga buah negara sahaja iaitu Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.

Penubuhan ASA yang disertai dengan Pengisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961 sebenarnya membawa seribu pengharapan kepada negara anggotanya. Beberapa persetujuan kerjasama dirancang terutama dalam aspek ekonomi dan sosial, budaya, saintifik dan pentadbiran. Pertubuhan ini juga berusaha untuk menubuhkan makenisme berkesan bagi mempertingkatkn kerjasama dalam pelbagai lapangan, terutamanya sains dan pentadbiran, kemudahan latihan dan penyelidikan untuk kepentingan bersama serta berusaha mewujudkan keamanan dan kestabilan politik serantau. Impian ketiga-tiga negara dalam ASA ialah agar kemiskinan di rantau ini dapat dibendung, fahaman komunis dihapuskan seterusnya menjadi sebuh pertubuhan yang bebas dari mana-mana blok kuasa besar.

Melalui ASA beberapa kerajasama ekonomi dan social telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah seperti membuat pertukaran maklumat, teknik dan kepakaran, penggalakkan di bidang pelancongan, kerjasama di bidang perkapalan dan penerbangan , pertukaran pelajar di anatara universiti seperti di antara Universiti Malaya dan Univeristi Filipina dan yang terakhir ialah kerjasama di bidang kesenian dan kebudayaan iaitu mengadakan rombongan dan lawatan sesama mereka untuk mengeratkan lagi perhubungan dan semangat setiakawan.

Malang sekali, seperti juga SEATO dan SEAFET, ASA juga tidak dapat bertahan lama kerana terdapat beberapa masalah dalaman yang membawa kepada penolakkannya. Antaranya iaah apabila Filipina membantah kemasukan Sabah ke dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang didakwa adalah sebahagian daripada Sulu yang memang berada dalam kawasannya. Filipina akhirnya menarik diri dri menganggotai ASA. Faktor kedua ialah apabila menerima kecaman hebat dari Indonesia berikutan penubuhan Malaysia 1963. Ekoran dari itu, Indonesia telah menjalankan dasar “Ganyang Malaysia” dalam konfrontasinya terhadap Malaysia pada tahun 1963-1966.

Akibat daripada konfrontasi, ASA sebenarnya tidak dapat bergerak. Walau pun tidak dimansuhkan namun ketiadaan Indonesia sebagai anggota menyebabkan kerjasama sebenar yang diharapkan tidak akan dicapai. Walaupun ketiga-tiga anggota ASA iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina telah bersepakat untuk melupakan perselisihan yang lain dan ingin terus bekerjasama demi faedah bersama.

Page 27: PERTUBUHAN BANGSA

MAPHILINDO

Pada bulan Julai 1963, Tunku Abdul Rahman, Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal telah mengadakan perjumpaan di Manila untuk menyelesaikan perselisihan yang muncul akibat pembentukan Malaysia. Persetujuan dicapai untuh menubuhkan sebuah lagi persatuan serantau yang dinamakan “Maphilindo”. Ia adalah hasil idea Presiden Filipina, Macapagal yang ingin mewujudkan sebuah “Persekutuan Gabungan Dunia Melayu yang agung”. Tujuan beliau ialah untuk menghuraikan perbezaan-perbezaan kemerdekaan di antara Indonesia dan cadangan penubuhan negara Malaysia. Maphilindo juga menitikberatkan keahlian yang berketurunan Melayu (Malay Origin). Dengan demikian penyertaan Thailand telah disekat.

Sebagai satu konsep, Maphilindo bertentangan dengan konsep kerjasama yang dipegang oleh Malaysia, Maphilindo yang berteraskan penggabungan negara-negara Asia Tenggara berketurunan Melayu tampak politikal dan rasial. Idea tajam Sukarno dan Macapagal ini dilihat seperti menyindir Malaysia. Mapahilindo hanya bertahan beberapa minggu sahaja tanpa sempat untuk melancarkan asas-asas kegiatannya. Ia dibubarkan pada tahun 1963. Seperti dua kerjasama sebelum ini, Maphilindo lenyap begitu sahaja.

Sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membawa kegagalan kepada SEATO, SEAFET, ASA dan Maphilindo. Kesemua negara anggota ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Kesemuanya telah dijajah tetapi telah menagalami bentuk penjajahan yang berbeza. Oleh itu, mereka juga mendasari system pemerintahan yang juga berbeza. Selepas kemerdekaan juga wujud dasar luar yang berbeza. Contohnya Malaysia condong kepada Britain, Indonesia ke arah Russia dan China manakala Filipina pula pada Amerika Syarikat. Kesan daripada itu semua maka wujud benteng syak wasangka dan keraguan antara satu sama lain dan ini menyebabkan kerjasama yang diharapkan masih belum tercapai.

Page 28: PERTUBUHAN BANGSA

ASEAN

Persatuan negara-negara Asia Tenggara lebih dikenali sebagai ASEAN (Association of Southeast Asian Nationals) yang ditubuhkan pada 7 Ogos 1967 di Bangkok oleh kerajaan Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. ASEAN yang sebelum ini memakai nama SEAARC (Southeast Asian Association of Regional Cooperation ) telah ditubuhkan kesan daripada konfrontasi Indonesia - Malaysia antara tahun 1963-1966. Ia telah membuka lembaran baru dalam perkembangan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Antara lain, dengan penubuhan ASEAN adalah bertujuan untuk memulihkan semula semangat ASA yang terkubur selepas terjadinya peristiwa konfrontasi dan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh menteri luar kelima-lima negara iaitu Tun Adam Malik dari Indonesia, Tun Abdul Razak Hussein dari Malaysia, Tuan S. Rajaratnam dari Singapura dan Tuan Thanat Khoman dari Thailand. Pada peringkat awal pintu persahabatan ASEAN dibuka kepada semua negara di rantau Asia Tenggara ini untuk mewujudkan satu kerjasama dalam bidang social dan ekonomi serantau. Hanya lima negara sahaja yang telah menganggotai ASEAN pada tahun 1967 ini. Objektif penubuhan ASEAN pada waktu itu mengandungi tujuh matlamat iaitu:-

a) Memperhebatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan kebudayaan serantau dengan berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan demi memperkukuhkn asas bagi satu masyarakat negara Asia Tenggara yang makmur dan aman.

Page 29: PERTUBUHAN BANGSA

b) Menggalakkan keamanan dan stability dengan mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

c) Menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu atas masalah bersama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

d) Saling bantu-membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan-kemudahan penyelidikan , teknikal dan pentadbiran

e) Menuntut kerjasama yang bersungguh-sungguh untuk memajukan dan memesatkan lagi pertanian dan perusahaan. Antara lain mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki kemudahan – kemudahan pengangkutan dan perhubungan secara meninggikan taraf kehidupan rakyat.

f) Menggalakkan pengkajian tentang Asia Tenggara

g) Memelihara hubungan yang rapat dan bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara anggota.

Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.

KERJASAMA SERANTAU ASEAN DALAM BIDANG POLITIK

Page 30: PERTUBUHAN BANGSA

Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.

Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.

ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality)

Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) atau dikenali sebagai Zon Aman, Bebs dan Berkecuali telah diumumkan oleh Menteri-menteri luar ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 juga di Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini meliputi seluruh kawasan Asia Tenggara dan ia bermula hasil cadangan Tun Abdul Razak Bin Hussein.Deklarasi tersebut juga dikenali Deklarasi Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace,

Page 31: PERTUBUHAN BANGSA

Freedom & Neutrality) telah dijadikan sebagai inti dasar luar bagi negara-negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan di kalangan ahli. Antara inti utama, deklarasi ialah bahagawa negara-negara berkenaan berhasrat untuk mengendurkan ketegagangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara.

Jawatankuasa ini telah memperincikan maksud Zon Aman, Bebas dan Berkecuali dalam ZOPFAN iaitu keutuhan, kemerdekaan dan identity kebangsaan dapat diwujudkan dn dikekalkan supaya mereka dapat mencapai pembangunan negara. Kerjasama serantau selaras dengan prinsip PBB dan bebas daripada campurtangan kuasa-kuasa luar.

Aman bermaksud situasi hubungan yang teratur dan kewujudan keharmonian di kalangan negara. Keadaan aman tidak akan wujud sekiranya timbul konflik politik, ekonomi dan sebagainya antara negara-negara zon ini dengan kuasa luar. Manakala Bebas bermakna kebebasan sebuah negara daripada kawalan atau campurtangan negara-negara lain semasa menguruskan hal-ehwal dalaman atau luaran. Ini bermaksud negara-negara dalam zon berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik.

Konsep pengecualian ini telah menjadi kenyataan dan ASEAN telah berusaha bagi memastikan pengiktirafan dan penghorrmatan ke atas Asia Tenggara sebagai sebuah zon keamanan , kebebasan dan berkecuali serta bebas dari apa juga bentuk campurtangan kuasa-kuasa luar. Oleh itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Tinggi ASEAN pada Jualai 1972 telah mencapai kata sepakat dalam interpretasi sebuah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali.

Terdapat beberapa dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara yang telah mendorong timbulnya konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality). Pertama, ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategic kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik blok Timur-Barat, pergolakan politik di Vietnam, serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 1970-an. Perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara ASEAN kerana dengan sebab ini ia mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

Sebab kedua ialah peperangan di Vietnam yang telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkaan negera kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Manakala factor yang ketiga membawa penubuhan ZOPFAN ini ialah adalah “regionalisme” yang telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serntau ASEAN yang dapat

Page 32: PERTUBUHAN BANGSA

digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Adalah menjadi anggapan pengangur-penganjur ZOPFAN bahawa Asia Tenggara telah menjadi kawasan yang penuh dengan kegoncangan politik dan peristiwa perang akibat campurtangan kuasa-kuasa besar dalam hal-ehwal negara-negaranya.

Untuk merealisasikan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini maka negara-negara Asia telah menggariskan beberapa tujuan dan matlamat yang perlu dicapai. Diantaranya ialah untuk mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara dengan negara-negara di rantau ini mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau melibatkan diri kepada mana-mana kuasa besar dan tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini campurtangan dalam hal-ehwal politik dan ketenteraan di Asia Tenggara seperti negara Russia, China dan Amerika Syarikat. Selaras dengan konsep ini, setiap negara di rant Asia Tenggara harus dibenarkan menentukan nasib negaranya sendiri tanpa campurtangan kuasa-kuasa luar ini.

Manakala tujuan dan matlamat yang kedua ialah menjadikan Asia Tenggara berkecuali dan menghindarkan konflik yang boleh mengheret negara-negara di rantau ini serta kuasa-kuasa besar yang berminat dengan kawasan ini. Walaupun ZOPFAN yang diusahakan oleh ASEAN tetapi ia meliputi seluruh Asia Tenggara termasuklah kawasan yang didiami oleh Vietnam, Laos, Kampuchea dan Burma (Myanmar). Bagi ASEAN usaha iini penting kerana sejak beratus tahun lalu rantau Asia Tenggara sering menjadi rebutan kuasa-kuasa luar kawasan ini. Tujuan yang ketiga pula ialah untuk memastikan bahawa negara-negara dalam zon ini berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik. Menyelesaikannya secara aman dan tidak menggunakan sebarang kekerasan. Melalui usaha ini tidak ada negara atau kuasa-kuasa besar mampu dan berpeluang untuk mencari alasan supaya campurtangan dalam hal-ehwal rantau Asia Tengara . Ini adalah kerana keamanan dan kestabilan adalah syarat utama untuk kemerdekaan serta kesejahteraan sosial dan ekonomi penduduk Asia Tenggara. Untuk menjayakan matlamat ini kerjasama negara-negara Asia Tenggara amatlah diperlukan dalam meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang rapat. Manakala tujuan yang terakhir ialah mengelak ancaman idealogi komunis melalui isu pelarian Vietnam dan seterusnsya memastikan Teori Domino gagal dilaksanakan. Ini untuk memastikan bahawa negara-negara Asia Tenggara tidak jatuh di bawah kuasa Komunis yang diketuai oleh China dan Russia. Negara-negara Asia Tenggara pada hakikatnya bebas menwujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tenpa mengira fahaman ideology politik supaya keamanan dan keselamatan di rantau akan terus terjamin.

Semua perkembangan ini membawa perubahan besar di rantau Asia yang memerlukan pengubahsuaian serta perhatian semua anggota ASEAN mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung masalah ini. Usaha bagi keselamatan negara dan serantau adalah terpulang kepada negara-negara anggota untuk dilaksanakan melalui rancangan-rancangan pembangunan melalui

Page 33: PERTUBUHAN BANGSA

kerjasama mereka dengan negara-negara lain dalam dan luar rantau dan dengan pertubuhan-pertubuhan serta agensi antarabangsa.

Dari sudut perlaksanaannya, beberapa langkah telah berjaya dilakukan dalam memastikan segala tujuan dan matlamat ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) tercapai. Diantaranya ialah mewujudkan dasar tidak campur tangan.Ini sekaligus memberi hak setiap negara untuk mewujudkan cara hidupnya sendiri dengan bebas tanpa campurtangan luar dan tidak akan mencampuri urusan dalam bagi negara yang lain.Antara lain, menyelesaikan perselisihan atau pertikaian secara damai iaitu tidak menggunakan ancaman atau ugutan kekerasan serta bekerjasama secara berkesan antara negara-negara anggota.Ini dapat dilihat bagaiman pertikaian mengenai isu sempadan, isu gerakan pemisah , dan beberapa isu lain dapat diselesaikan secara aman tanpa memerlukan kekerasan jauh sekali penggunaan senjata.

Dalam menjayakan konsep ZOPFAN ini juga berjaya elenyapkn perasaan tersisih yang biasanya boleh membawa kepada tindkan yang tidak bijak. Antara lain ialah memberi keyakinan kepada negara anggota agar menjadi lebih matang untuk membuat dan menerima dasar demi kepentingan bersama. Selain daripada itu ASEAN juga berjaya menghalang negara-negara anggota daripada berasa lemah dalam menjalankan pentadbiran mereka bagi mencapai kemajuan. ASEAN bertahun-tahun lamanya memberi negara anggota kekuatan, kemampuan dan keupayaan yang mengizinkan mereka bertindak bukan sahaja sebagai alat tetapi sebagai sebahagian dari system politik antarabangsa. Akhirnya melalui konsep ZOPFAN ini telah mendapat pengiktirafan dan sokongan dari negara-negara kesatuan Eropah, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Persidangan Komenwel serta beberapa negara lain seperti Jepun, Pakistan, Rumania dan Republik Demokratik Korea.

Melalui ZOPFAN juga, negara anggota ASEAN berjaya menghalang merebaknya ideologi komunis dan teori Domino melalui pendekatan yang perlahan dan begitu berwaspada. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalaman dan luaran akhirnya ASEAN berjaya juga “menjinakkan” Vietnam yang kemudiannya mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN itu sendiri.

Penubuhan ASEAN Regional Forum (ARF) pada tahun 1994 adalah salah satu daripada pelaksanaan ZOPFAN. Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik . ASEAN Reginal Forum dianggotai oleh negara-negara ASEAN, rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat. Selain itu, negara China da Persekutuan Russia sebagai consultative partners dan Laos dan Papua New Guinea sebagai pemerhati. Di antara pendirian ASEAN Regional Forum ialah seperti memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri.

Page 34: PERTUBUHAN BANGSA

Di samping kejayaan-kejayaan, ZOPFAN juga mengundang masalah. Konsep ZOPFAN pada mulanya agak sukar diterima oleh kebanyakan negara anggotanya. Dasar Berkececuali agar kuasa-kuasa besar tidak campurtangan dalam hel-ehwal negara-negara ASEAN ternyata tidak begitu dipatuhi. Singapura dan Filipina contohnya masih mengekalkan pengakalan tentera Amerika Syarikat di negara mereka yang sudah tentu mempunyai pengaruh terhadap dasar ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tentera-tentera tersebut akan mengancam keselamtan mereka. Ia juga akan mendatangkan kesan-kesan ekonomi yang buruk iaitu dari segi kehilangan pendaptan an pekerjaan tempatan di pengkalan-pengkalan tersebut. Indonesia juga mengambil sikap “tunggu dan lihat” manakala Thailand yang sedang berhadapan dengan masalah keselamatan yang rumit kurang berminat untuk memberi sokongan.

Begitu juga dalam pelaksanaan konsep ZOPFAN ini kerjasama yang diharapkan terutama ke arah tindakan yang kolektif ternyata bukalanlah semudah yang disangka. Terlalu sukar untuk meletakkan kepentingan serantau mendahului kepentingan nasionlisme sesebuah negara itu. Namun hingga kini ASEAN masih terus berjuang dan berusaha memastikan konsep ZOPFAN ini akan merealisasikan impian setiap negara Asia Tenggara ke arah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali itu.

PERJANJIAN SEANWFZ

Perjanjian SEANWFZ adalah lanjutan dari konsep ZOPFAN. Sidang kemuncak ASEAN di Bangkok pada tahun 1995 berjaya mencapai persetujuan menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear (SEANWFZ). Persetujuan ini ditandatangani oleh kesemua sepuluh ketua-ketua negara Asia Tenggara yang bermatlamat menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dn mereka juga bersetuju untuk mengelakkan rantau ini daripada menjadi tempat persaingan tenaga nuclear. Di samping menggalakkan keamanan dan keselamatan di rantau ini daripada kuasa-kuasa besr seperti China, Amerika dan sebagainya.

Selain itu dengan wujudnya SEANWFZ ramtau Asia Tenggara juga akan bebas dari masalah pencemaran alam sekitar akibat sisa-sisa radioaktif dan bahan-bahan toksid. Sejarah di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun serta Tragedi Chernoybell , Russia memberikan pengalaman kepada ASEAN untuk menangani masalah ini. Perjanjian penting bagi mengukuhkan keselamatan serantau di Asia Tenggara

Page 35: PERTUBUHAN BANGSA

agar penubuhan SEANWFZ secara global dapat dibentuk. Dengan penguatkuasaan perjanjian SEANWFZ pada 27 Mac 1997 telah menyebabkan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuclear.

Dipetik dari Utusan Malaysia pada tahun 197 mengenai SEANWFZ iaitu berdasarkan kenyataan daripada Menteri Luar Malaysia pada masa tersebut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah beliau menyeru negara kuasa nuclear supaya menunjukkan sokongan merea keada zon bebas senjata nuclear di Asia Tenggara dengan turut menyertai Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tengara (Southeast Nuclear Weapon Free Zone) .

Oleh yang demikian, kesimpulannya adalah jelas bahawa pendekatan kolektif ASEAN dalam menyelesaikan isu-isu keselamtan politik di dalam perhubungan luar negeri telah berjaya walaupun tidak sepenuhnya. Sehingga kini, kebimbangan mengenai gerakan-gerakan dari luar seperti komunis dan tekanan dari kuasa-kuasa besar telah memberi dorongan yang besar bagi ASEAN untuk membangun dan mempertahankan tindakan kolektifnya. Ini dapat dilihat kejayaan ASEAN dalan menguruskan Hanoi dan Peking dalam hubungan luarnya, maslah Vietnam dan teori Domino serta isu pelarian pada hakikatnya telah membuka jalan kepada ASEAN dalam memperteguhkan hubungan politik setiap negara anggota. Walaupun bergelut dengan beberapa masalah “peribadi” namun usaha masih tetap diteruskan untuk memastikan negara rantau ini berada dalam aman dan jauh dari campurtangan kuasa asing.

Page 36: PERTUBUHAN BANGSA

PERANAN DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KERJASAMA SERANTAU DARI ASPEK POLITIK DAN KESELAMATAN.

Bagi merealisasikan usaha untuk mengujudkan kestabilan serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar hubungan luarnya. Anataranya adalah melalui rundingan, dasar hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang ekonomi dan social. Namun agak sukar untuk memisahkan setiap isu dengan peranan dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan penglibatannya.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas.

Di antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau ini adalah melalui rundingan damai. Melalui proses ini, rundinngan secara damai akan dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan ini akan dibuat dengan membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang sebenarnya wujud tanpa percanggahan pendapat. Semasa rundingan ini berjalan, semua pihak akan cuba untuk memenuhi keinginan dan matlamat rundingan. Contohnya rundingan-rundingan antara menteri dan pegawai-pegawai. Pada tahun 1982, Kementerian Luar Thailand berkata, lebih 400 rundingan telah dijalankan.

Dalam hal ini Malaysia melibatkan diri dalam beberapa rundingan bagi menyelesaikan krisis hubungan Malaysia dengan Filipina. Krisis hubungan Malaysia dengan Filipina tegang apabila Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Malahan Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas bagi melakukan pengkhianatan menyusup masuk ke Sabah. Di samping itu Filipina telah menjadikan undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini dibuatnya melalui satu Akta Perampasan Sabah.

Beberapa rundingan telah beberapa kali dijalankan di Bangkok, namun menemui kegagalan. Akhirnya dari usaha gigih Malaysia, hubungan ini berjaya dipulihkan dan diumumkan oleh Perdana

Page 37: PERTUBUHAN BANGSA

Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman di Cameron Highland pada 16 dan 17 Disember 1968. Walaupun demikian tuntutan ke atas Sabah belum lagi digugurkan meskipun ianya pernah dikatakan berulang kali iaitu semasa pemerintahan Presiden Marcos dan semasa pemerintahan Presiden Corazon Aquino dan kini ikrar itu masih belum dapat ditunaikan oleh pemimpin Filipina itu. Malah presiden Aquino pernah meminta Malaysia membayar pampas an kepada Filipina dan juga kepada waris-waris Kesultanan Sulu yang dikatakan memiliki Sabah. Untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, Malaysia menyatakan hasratnya bersedia untuk berunding tanpa sebarang syarat

Hubungan ini juga kembali menjadi tegang apabila Filipina menuduh Malaysia memberikan bantuan senjata kepada Barisan Kebangsaan Moro. Hubungan ini perlu dipulihkan adalah untuk menstabilkan keamanan dan Malaysia menganggap perkara sempadan itu masih boleh dibawa berunding tanpa perlu memutuskan hubungan diplomasi. Oleh yang demikian, Malaysia tidak memberikan sokongan kepada pihak Pembebasan Moro walaupun ianya berjuang untuk agama Islam demi untuk menjaga hati negara jirannya iaitu Filipina.

Di samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Dasar berkecuali bermaksud sesebuah negara itu tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa besar dunia. Dasar luar sesebuah negara itu bergantung kepada pemerintah dan ianya menjadi panduan dalam menentukan bentuk hubungan dengan negara lain. Hal ini juga berlaku kepada Malaysia yang sentiasa dinamik selaras dengan peredaran persekitaran. Ini jelas dapat dilihat dalam tahun 1957 hingga 1963 dasar luar Malaysia berorientasikan pro-Barat dan anti-komunis. Hal ini penting kerana Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa Malaysia tidak mempunyai keupayaan ketenteraan yang canggih serta diancam oleh anasir komunis. Oleh yang demikian dasar pro-barat ini dapat dilihat apabila Malaysia menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.

Tindakan Tanah Melayu (Malaya) menanadatangani Perjanjian AMDA antara lain didorong oleh kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dengan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkin mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian. Tambahan pula pergolakan politik serantau , terutamanya di Indo-china amat membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman melihat kemaraan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat merbahaya ke atas keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, perjanjian AMDA ditandatangani sebagai tulang belakang keselamtan Tanah Melayu dari segi pertahanan. Tunku Abdul Rahman telah menegaskan kepentingan AMDA:

Page 38: PERTUBUHAN BANGSA

“..let us face the facts, and the fact are that we have at our command an army of lessthan one divisions in strength ; we have no air force, not even a single plane or a single man, we have no navy, not event a single sailor and we have not event a single sea-going craft.With the revenue at our commond we can never be able to build our forces to the strength which would require for defence of our country.”

Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahun 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara Barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan idealogi yang sealiran dengannya.

Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula,memperlihatkan perubahan dasr luar yang ketara dari sikap pro-Barat dan antikomunis kepada dasar luar yang berkecuali. Ini jelas dapat dilihat berdasrakan ucapan Tun Razak semasa beliau buat pertama kalinya menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970. Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa:

“Today with the denete the two power bloks, it is important reposibility of the Non-Aligned Group to ensure that the interest of the big powers do not converge at the expence of the medium and small powers.The hegemonistic tendencies on the part of major powers with appears to be under various guises and with various justifications must be resisted. Futhermore , the world today is not longer bipolar. It is at least tripolar and with the emergence of China and her legitimate role in the world cannot washed away that relation between China and a number of countries remain unsatisfactory. I submit that here the non-aligned countries have an extremely important role to play and have a unique duty to discharge if we are to remain loyal to the principles of the principlesof co-existence and to our basic tenets of non-alignment in our efforts to brings about a harmonization of international relations on the basic of respect for independence and integrity of states.” [6]

Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta Pertubuhan Negara-negera Berkecuali (NAM). Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia memperatakan hubungan seranatau contohnya pengunduran tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kemboja. Dasar luar Malaysia melalui perubahan di mana ianya lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama , dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan

Page 39: PERTUBUHAN BANGSA

kepada hak , kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun. Evolusi dasar luar Malaysia ini menunjukkan bahawa keempat-empat Perdana Menteri telah memberikan respon yang bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi. [7]

Contoh dasar luar yang banyak membantu dalam mewujudkan kestabilan serantau daripada campurtangan kuasa-kuasa asing iaitu Amerika Syarikat, Russia, dan China adalah dasar konsep Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dasar ini telah dibawa oleh Malaysia dan diumumkan pada dunia pada 27 November 1971 di dalam Deklarasi Kuala Lumpur. Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan kawasan rantau Asia Tenggara bebas dari percaturan kuasa-kuasa besar dan tidak menyebelahai mana-mana pihak. Ia juga bertujuan untuk mengendurkan ketegangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara serta memastikan keaman dan kestabilan penduduk di Asia Tenggara.

Langkah untuk menghadapi cabaran ini diwujudkan dua strategi iaitu pakatan tentera yang dianggotai leh negara-negara Asia Tenggara bagi menentang pencerobohan serta strategi diplomatik. Ini adalah kerana kuasa-kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia masih lagi mempunyai kepentingan di ranatau ini dari segi ekonomi, strategik, politik demi untuk memenuhi kepentingan nasional masing-masing. Malah adalah sukar bagi kuasa besar ini meninggalkan satu rantau yang strategik yang menghubungkan laluan laut Timur-Barat. Di samping itu juga, kawasan juga merupakan sumber berbagai-bagai bahan mentah dan pasaran yang menarik bagi hasil pengeluaran dan khidmat kuasa besar ini. Pada sidang Kemuncak ASEAN di Bangkok pada 1995, perjanjian SEANFTZ telah dipersetujui oleh semua negara anggota. Objektif perjanjian ini adalah untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dan bebas dari dijadikan tempat persaingan tenaga nuclear. Malaysia sebagai sebuah negara yang memandang berat hal ini telah menyatakan hasratnya melalui kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Luar Melaysia pada tahun 1997. Beliau menyeru negara kuasa nuklear agar memberikan sokongan mereka dan turut menyertai perjanjian ini.[8]

Kesimpulannya, Malaysia mengalami banyak faedah dengan menjalankan konsep ZOPFAN dan SEANFTZ ini. Kesan daripada dasar ini adalah Melaysia mempunyai banyak sahabat baru di dunia ini kerana tidak terkongkong dengan mana-mana kuasa.[9] Namun demikian, setelah hampir 20 tahun berlalu gagasan ini hanya di sanjung oleh Malaysia sedangkan negara-negara ASEAN yang lain tidak merasakan kepentingannya. Contohnya Indonesia tidaak menganggap Gagasan ZOPFAN itu sesbagai sesuatu yang mendesak. Filipina msih lagi menjadi tuan rumah untuk pangkalan bersenjata Amerika yang terlengkap di Asia Tenggara. Singapura pula menyediakan kemudhan perbekalan dan pembaikan kerosakan kepada angkatan tentera Amerika Syarikat serta mengalu-alukan kehadiran tentera asing di rantau Asia Tenggara. Hal ini terjadi akibat tiadanya kepentingan nasional masing-masing. Lantas negara ini berpura-pura memberikan sokongan walaupun disedari kebaikan gagasan ini dlam jangka masa yang panjang.

Page 40: PERTUBUHAN BANGSA

Di samping itu juga Malaysia menjalankan hubungan diplomatic dalam mewujudkan kestabilan serantau. Ini jelas di mana, antara tahun 1972 hingga 1973, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara-negara komunis seperti Republik Monggolia, Vietnam Utara dan Jerman Timur. Pada tahun 1975, kerajaan demokratik di Vietnam Selatan dan Kampuchea digulingkan dan digantikan dengan rejim komunis. Namun begitu kedua-dua kerajaan ini terus diiktiraf oleh Malaysia yang bersikap berkecuali.[10]

Di samping itu juga , Malaysia berusaha mencari sahabat-sahabat baru tanpa mengira ideolagi politik mereka. Kini, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik peringkat kedutaan atau konsol dengan hampir seluruh negara di dunia termasuk negara komunis di Eropah Timur.Malahan sejak 1974, Malaysia telah menempa sejarah apabila membuat hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China iaitu negara blok komunis yang terbesar. [11]Hubungan diplomatik ini perlu untuk mendapatkan satu jaminan dari Kerajaan China agar tidak campurtangan dalam urusan Malaysia serta menghentikan sokongan kepada Parti Komunis Malaya. Hasil daripada hubungan diplomatik ini telah menydarkan Kerajaan China dan menyokong usaha ASEAN mengenai isu di Kampuchea.[12]

Dengan mengamalkan dasar berbaik-baik dan adanya hubungan diplomatik ini, Malaysia bukan sahaja mendapat ramai sahabat, tetapi dapat meluaskan pasaran untuk barang-barang keluaran Malaysia. Malah Malaysia dapat menstabilkan turun-naik harga yang hebat akibat terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Oleh yang demikian, jelas di sini hubungan diplomasi yang dijalankn oleh Malaysia berjaya memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tun Razak menjelaskan bahawa adalah menjadi dasar kerajaan kepimpinannya untuk mengadakan hubungan diplomatic dengan semua negar, tanpa mengira haluan politik mereka dengan syarat mereka mestilah menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa:

“…kita hendaklah menerima dunia seperti dalam keadaan yang ada sekarang dn bukan sebagaimana yang kita kehendaki. Walaupun usaha-usaha untuk berbaik-baik dengan negara komunis dijalankan, tetapi ini tidak bermakna kita mengenepikan perjuangan menentang penganas-penganas komunis yang bergerak dalam negara kerana ia merupakan dua perkara yang berbeza.”[13]

Page 41: PERTUBUHAN BANGSA

Peranan dan penglibatan Malaysia tidak hanya bertumpu kepada hubungan diplomasi tetapi juga telah mengamalkan sikap bertolak-ansur. Pihak yang terlibat harus bertolak-ansur serta setuju menerima cadangan atau idea masing-masing.[14]Sikap bertolak-ansur dan atas perikemanusiaan ini terserlah ke atas isu pelarian Vietnam yang telah mendarat di wilayah Malaysia terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Pada Mei 1978, Malaysia yang telah menampung penyaraan hidup 13 000 orang pendatang haram dari Vietnam ini. Hingga pada tahun 1988 jumlahnya elah mencapai seramai 19 200 orang. Kehadiran yang terlalu ramai ini telah mengundang pelbagai masalahh terutamanya dari segi keselamatan.

Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menutup khemah pelarian yang terbesar di Pulau Bedong. Dengan ini, semua pendatang atau pelarian ini tidak dibenarkan mendarat di mana-mana wilayah di Malaysia. Justeru untuk menyelesaikan maslah ini, maka diadakan satu persidangan di Geneva pada tahun 1978. Di akhir persidangan ini, Malaysia diminta memberikan perlindungan sementara kepada pelarianVietnam di mana kewangan an makanan di bawah tanggungan UNHCR.

Sehubungan dengan itu , satu pasukan petugas telah ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini adalah gabungan pasukan tentera udara, darat serta laut kerajaan Malaysia yang ditugaskan mengawal kemasukan pelarian Vietnam. Pasukan tentera udara akan membuat tinjauan udara di Laut China Selatan dan akan memaklumkan kepada pasukan tentera laut yang meronda perairan Malaysia. Mereka akan memastikan pelarian ini tidak membawa sebarang senjata api yang boleh menjejaskan keselamatan. Nelayan dan penduduk tempatan juga memberikan kerjasama dengan memaklumkan sebarang kehadiran pelarian ini.

Di samping itu juga, dari segi kebajikan sosial pelarian Vietnam ini, pihak Malaysia juga menghulurkan bantuan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Dari segi perkidmatan perubatan bangunan-bangunan hospital dan klinik pergigian telah dibina di kem-kem pelarian terutamanya di Sungai Besi dan Pulau Bedong. Langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit serta suntikan pelalian akan diberikan. Contohnya semburan racun serangga serta suntikan pelalianmalaria. Air yang dibekalkan akan diperiksa dari semasa ke semasa oleh jabatan Kimia di Kuala Terengganu. Seorang doctor gigi dari Malaysia telah dibiayai oleh Persatuan Palang Merah Switzerland. Selain daripada itu, Persatuan Bulan Sabit ini juga mengambil berat mengenai makanan, pemerliharaan kebajikan social, pendidikan serta pusat pengesanan dan pengiriman bagi menemukan saudara-mara pelarian ini.[15]

Walaubagaimanapun, Malaysia tidak boleh meyelesaikan maslah ini sendirian dan telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah pelarian ini. Ini terbukti dalam mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN yang diadakan di Bangkok. Hal ini kemudiannya dibawa ke International Conference

Page 42: PERTUBUHAN BANGSA

on Indochinese Refugee (ICIR) yang diadakan di Geneva di bawah anjuran PBB pada tahun 1989. Malahan kesungguhan ini dapat dilihat apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Encik Ghaffar Baba telah melawat Vietnam pada Ogos 1988 dan berjaya memperoleh persetujuan kerajaan itu untuk menrima kembali orang pelariannya.[16] Melalui usaha Malaysia seramai 237, 907 orang pelarian Vietnam telah dihantar ke negara ketiga sejak tahun 1975 hingga 1990. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai menyediakan tempat perlindungan sementara sahaja kepada pelarian Vietnam ini. Kesimpulannya Malaysia mengambil tindakan ini bertujuan memastikan keselamatan negara serta untuk menjaga hati rakyat Malaysia yang berbangsa Cina memandagkan pelarian Vietnam adalah keturunan yang sama.

Selain daripada itu, Malaysia juga telah menjadi orang perantaraan dalam isu di Kemboja. Perantaraan adalah melibatkan orang tengah atau pihak ketiga dalam proses penyelesaian. Biasanya orang tengah mempunyai segala kepakaran serta pihak ini haruslah memainkan peranannya dengan penuh teliti supaya tidak timbul kekeliruan dalam penyelesaian tersebut. Hal ini telah dilakukan oleh Malaysia dalam menangani pergolakan politik di Kemboja.

Setelah kejatuhan kerajaan beraja di Kemboja, pimpinan Putra Norodom Sihanouk, negara itu terus mengalami masalah politik di mana rampasan kuasa sering berlaku silih berganti. Malahan negara ini mendapat bantuan ekonomi, kewangan, senjata dan kepakaran tentera daipada Amerika Syarikat. Manakala Parti Komunis Kemboja pula mendapat bantuan dari China iaitu dari segi sokongan kepada gerila komunis. Pengaruh Amerika Syarikat itu kemudiannya tamat apabila Kerajaan Demokrasi yang terakhir pimpinan Perdana Menteri Polpot tewas di tangan di komunis. Sebenarnya kekalahan ini adalah akibat gerila komunis Kemboja yang menggelarkan diri mereka Khmer Rouge. Pemerintahan Polpot adalah amat zalim di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan kepada sebarang penentangan kerajaan.Sepanjang pemerintahan rejim Pol pot , rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan akibat kawalan ketat oleh pihak kerajaan. Sejak tahun 1970 rakyat negara itu telah terlibat dalam kancah perang saudara. Bilangan kematian adalah tinggi akibat peperangan, wabak penyakiy dan kekurangan makanan. Berasaskan sumber diplomatik tidak rasmi sehingga akhir tahun 1975, jumlah kematian yang dicatitkan seramai 80 000 orang, sementara sumber dari kedutaan Amerika Syarikat melaporkan 1.2 juta rakyat dikhuatiri mati akibat kebuluran, pembunuhan dan peperangan.[17]

Namun begitu usia kerajaan Khmer Rouge juga tidak lama apabila Rejim Heng Samrin yang disokong oleh Vietnam telah memasuki Kemboja pada akhir tahun 1977. Pejuang Kampuchea yang terdiri daripada fahaman berkecuali, komunis dan bukan komunis telah menentang penceronohan ini. Fahaman berkecuali telah dipimpin oleh Putera Norodom Sihanouk di bawah Parti Moulinaka, parti komunis dipimpin oleh Kieu Samphan dan kumpulan bukan komunis dipimpin oleh Sonn Sann. Manakala dua keuasa besar iaitu China dan Russia cuba meluaskan kuasa mereka di IndoChina akibat campurtangan mereka keadaan di rantau ini semakin tidak stabil.

Page 43: PERTUBUHAN BANGSA

Kemudian isu wakil Kampuchea di Pertabuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu wakil Rejim Hang Samrin yang telah mengulingkan wakil kerajaan Polpot mula timbul. Rejim ini mendapat sokogan Russia dan negara komunis yang lain.ASEAN pula berusaha untuk mengekalkan wakil pimpinan Polpot dan telah dipersetujui oleh banyak negara di dunia. Malaysia telah menjadi orang perantaraan dengan dibantu oleh negara-negara ASEAN mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang tersbeut supaya bersatu dan menubuhkan Kerajaan Campuran di Kampuchea.

Di bawah formula ini, ketiga-tiga kumpulan akan berkongsi kuasa samarata dalam pemerintahan tersebut.Malaysia telah menghantar seorang perutusan khas menjemput menjemput Putera Norodom untuk menandatangani perjanjian. Pada 13 Jun 1982 satu upacara persetujuan menubuhkan satu kerajaan campuran telah dijalankan di Rumah Malaysia di Jalan Ampang Kuala Lumpur.Menurut persetujuan ini, presiden Kerajaan Campuran ialah Putera Norodom Sihanouk, Naib Presiden Kiue Samphan dan Perdana Menteri Sonnsann. Sementera itu portfolio hal-ehwal luar negeri di pegang oleh Khmer Rouge. Ini jelas membuktikan peranan dan penglibatan Malaysia sebagai perantaraan untuk mewujudkan kestabilan di rantau ini. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad ketika mengulas persetujuan ini berkata,

“Ini adalah usaha kerajaan Malaysia…”

“Nampaknya usaha ini akan mencapai kejayaan.Malaysia telah menawarkan tempat kepada mereka untuk upacara tersebut dan seterusnya mengadakan sidang kemuncak mereka…”

Kerjasama dan perpaduan di antara tiga kumpulan ini dapat bergabung tenaga dalam mengusir keluar dan membebaskan negara mereka daripada tentera Vietnam. Malaysia bertindak sedemikian adalah bertujuan untuk menangani pertikaian yang berterusan dan berharap pengaruh komunis tidak menjalar sehingga ke Malaysia. Ini juga selaras dengan pendapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku

Page 44: PERTUBUHAN BANGSA

Abdul Rahman yang pernah berkata bahawa keselamatan Malaysia tidak akan terjamin sehingga ia dan jirannya masih hidup berpecah belah dan berbagai haluan.

Malaysia begitu bijak dalam menangani permasalahan politik yang berlaku sekiranya Malaysia bertindak mengikut kemampuan dalam menjalankan sebarang tindakan. Perdamaian adalah salah satu cara mengatasi konflik yang wujud . Objektif perdamaian adalah demi mencapai kaamanan. Pada bulan April 1975, Vietnam Selatan telah jatuh ke tangan Vietnam Utara. Kemenangan Khmer Rouge dan Barisan Pembebasan Kebangsaan di Vietnam telah mewujudkan teori domino yang membimbangkan negara bukan komunis di Asia Tenggara. Tambahan pula Vietnam mempunyai pasukan tentera yang terbesar di Asia Tenggara dan sebuah gudang senjata dan alat-alat militari yang lengkap yang telah dirampas oleh Kerajaan Saigon. Malahan,Vietnam juga mempunyai para pejuang yang handal dan berpengalaman. Disamping itu, Thailand bimbang Vietnam akan mempercepatkan pemberontakan komunis yang membekalkan mereka senjata. Oleh itu, ASEAN khususnya Malaysia memberikan tumpuan mengenai isu ini dan menanganinya dengan perdamaian.

Pendekatan ini dimulakan dengan pengumuman Menteri-menteri Luar ASEAN pada bulan Mei 1975 untuk mengeratkan perhubungan den persahabatan yang harmoni dengan negara-negara Indochina. Menurut Tun Razak, ini adalah satu peluang yang baik untuk mewujudkan satu dunia baru yang aman dan bebas dari penaklukan dan pengaruh luar serta bekerjasama bagi kepentingan bersama. Malangnya sehingga pertengahan tahun 1978, Vietnam enggan mengiktiraf ASEAN sebagi sebuah pertubuhan serantau. Penolakan ini adalah berpunca ASEAN memberikan sokongan kepada campurtangan Amerika di Vietnam secara langsung dan tidak langsung sebelum tahun 1975. Vietnam bimbang ASEAN sebagai boneka militari Amerika Syarikat. Namun demikian Vietnam menunjukkan kejayaan dalam bidang politik dan konominya yang telah tertarik dengan aktiviti ASEAN. Semasa AMM ke-25 Menteri Luar ASEAN di Manila pada 21 Julai 1992, Vietnam dan Laos telah memberikan persetujuan untuk turut serta dalam kerjasama bersama ASEAN.

Kesimpulannya, peranan dan penglibatan Malaysia dapat dilihat dalam beberapa isu politik dan keselamatan. Contohnya hubungan Malaysia dan Filipina , isu pelarian Vietnam, Isu Kemboja, Isu hubungan dengan Vietnam, konsep ZOPFAN dan SEANFTZ dan lain-lain lagi. Peranan dan penglibatan Malaysia dalam mewujdukan kestabilan serantau melalui kerjasama tidak terhenti setakat isu-isu yang dibincangkan, malahan beberapa isu yang lain.

Page 45: PERTUBUHAN BANGSA

Kaedah Penyelesaian Isu Tuntutan Bertindih yang diamalkan Malaysia

Page 46: PERTUBUHAN BANGSA

Meskipun Malaysia sentiasa mendukung prinsip dasar luar yang adil dan saksama namun ini tidak bermakna Malaysia terlepas daripada sebarang pertikaian dan perselisihan dengan negara-negara jiran seperti Indnesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Contohnya, hubungan Malaysia dan Singpura telah mencapai tahap meruncing namun begitu ia masih dapat dipertahankan atas dasar yang ikhlas dan demi semangat setiakawan yang tinggi.dalam mengupas isu-isu ini sesunguhnya kematangan hubungan luar Malaysia telah banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi tegang.

Berikutan dengan perkembangan dalam negara, strategi dasar luar negara kita sedang menuju ke arah perubahan. Perubahan-perubahan ini telah mendorong negara kita kepada satu dasar yang lebih fleksibel dan pragmatik demi keharmonian dan semangat setiakawan ASEAN.

Konflik Wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan

Isu ini merupakan satu isu yang telah berlanjutan dalam tempoh yang cukup lama. Malahan ICJ telah membuat keputusan mengenai isu ini dengan mengambil masa sekitar 41 tahun untuk menyelesaikannya. Selain itu, ia juga merupakan kes pertama dari Asia yang dibawa ke ICJ melalui satu Perjanjian Khas.

Punca kepada pertikaian ini adalah disebabkan tindakan Malaysia yang telah mengisytiharkan wilayah pelantar laut Malaysia. Di dalam perisytiharan ini Malaysia telah memasukkan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan ke dalam wilayahnya. Ini telah dibantah oleh pihak Indonesia. Justeru Malaysia telah membantah dakwaan tersebut dan mempertahankan akan kewilayahan yang dialami sebagi hak negara ini atas dasar ia telah ditadbir sejak sekian lama dahulu dn pengesahan itu telah diakui oleh Konvensyen Amerika Syarikat-Britain pada tahun 1930-an.

Page 47: PERTUBUHAN BANGSA

Dalam perkara ini secara ringkasnya kita dapat kaitkan bahwa apa yang telah berlaku merupakan hasil ketidakjelasan perjanjian 1824 antara British dengan Belanda. Di dalam perjanjian ini kedua belah pihak lebih sekadar memenuhi tuntutan semasa dalam menyelesaikan maslah yang berlaku tetapi langsung tidak mengambilkira kesan jangka panjang.

Lantaran itu dalam menangani isu tuntutan bertindih ini pihak Malaysia telah mengutarakan hujah Konvensyen 1891 sebagi bukti hak dan kedaulatannya. Melalui konvensyen yang telah diadakan di London pada 20 januari 1891, sempadan antara British dan Belanda termasuk Borneo telah ditakrifkan. Sebenarnya konvensyen ini hanya menunjukkan persempadanan di darat sahaj dan peta yang dikeluarkan pada 1919 menunjukkan dengan jelas kedudukan sempadan antara Borneo Utara dengan Borneo Belanda yang diakui sehingga kini. Berdasarkan hujah dan bukti tersebut jugalah yang telah membawa kemenangan Malaysia di ICJ.

Berdasarkan apa yang telah kita ketahui bahawa sekalipun masalah atau konflik ini berpunca daripada angkara kuasa penjajahan asing namun Malaysia dalam melaksanakan dasar luarnya sentiasa cuba menyelesaikan isu-isu yang melibatkan tuntutan bertindih ini secara adil dan saksama. Walaupun dari satu aspek memang diakui bahawa apaa yang menjadi perkara utama iaitu pertikaian ini telah berjaya diselesaikan secara aman, namun dalam konteks hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

Konflik Pulau Batu Putih

Isu yang sentiasa menjadi persengketaan dan masih lagi belum menemui penyelesaian ialah tuntutan bertindih Pualau batu Putih (Pualau Pedra Branca). Jika dilihat dari segi geografi, Pulau Batu Putih ini mempunyai keluasan 2.2 km (0.2 hektar) persegi iaitu merupakan keluasan dasar pulau itu sendiri. Jaraknya dari Teluk Rumania negeri Johor ialah 12.8 km manakala dari singapura ialah 64 km. Dari segi sejarahnya pulau ini pada dasrnya adalah milik Kerajaan johor di bawah pemerintahan Sultan Hussin mauhammad Shah. Pada 2 Ogos 1824, satu perjanjian di antara British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Kerajaan Johor mengenai penyerahan Pulau Singapura kepada pihak British. Di

Page 48: PERTUBUHAN BANGSA

dalam perjanjian tersebut, Singapura telah diserahkan kepada British termasuklah persekitaran pantai sehingga 10 batu jaraknya dari pantai. Pulau-pulau lain seperti Pulau Batu Putih tidak diserahkan kepada British[18].

Daripada isu wilayah yang telah diperkatakan di atas dapat kita lihat dengan jelas sikap tidak bertanggungjawab para penjajah asing terhadap negara –negara yang satu masa dahulu pernah dianggap sebagai negeri naungannya. Selain itu juga dari aspek ekonomi kita dapat perhatikan di sini bahawa setiap perkara yang telah dilakukan oleh para penjajah adalah semata-mata untuk meastikan kelancaran dan perkembangan ekonomi mereka tidak terjejas. Situasi ini telah terserlah tanpa dapat diselindung lagi.

British yang menganggap bahawa mereka lebih maju daripada negeri yang dinaunginya telah mengambil pendekatan yang cukup mudah sehingga memperkecilkan pihak berkuasa tempatan yang merupakan pemerintah sebenar ke atas wilayah Alam Melayu. British telah mengadkan satu proses hitam putih perjanjian denganpihak Belanda dalam menentukan kawasan-kawasan wilayah masing-masing. Namun dalam hal Pulau Batu Putih mereka hanya menggunakan kaedah lisan tanpa ada satu perjanjian yang jelas. Sikap yang telah British tunjukkan ini jelas membuktikan apakah tanggapan mereka terhadap negeri Melayu pada masa itu.

Lantaran daripada angkara yang telah mereka lakukan ini kesannya dapat kita lihat berpanjangan dan tidak kunjung selesai sehingga meliputi lebih dua abad. Isu Pulau Batu Putih ini telah kerap kali menimbulkan ketegangan yang cukup getir antara kedua pihak yang bertelagah. Ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikan kerana ia memperkatakan tentang kedaulatan dua wilayah yang merdeka. Selaras dengan konsep ini sudah semestinya kedua belah pihak perlu mengambil segala langkah perlu bagi mempertahankan kedaulatan masing-masing. Sayang sekali isu konflik wilyah ini telah dicetuskan oleh angkara kuasa penjajah asing. Mereka sehingga kini terus berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa mengambil tindakan susulan bagi meredakan isu yang bergelora sekarang. Pada hal apa yang berlaku pada masa ini merupakan kesan tindakan yang telah mereka lakukan pada masa lalu.

Tindakan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan pihak ketiga iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Ia adalah saluran yang betul demi menjaga perpaduan dan semangat kejiranan. Oleh itu pada 6 Februari 2003, Malaysia dan singapura telah mengambil tindakan yang bijak dengan menandatangani perjanjian untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.[19] Dalam kes ini, ICJ menjamin bahawa isu tuntutan bertindih ke atas pulau itu akan diadili dengan cara yang baik, menyeluruh, adil serta mengmbilkira semua factor sejarah dan realiti.ICJ

Page 49: PERTUBUHAN BANGSA

juga mengesahkan bahawa akan mengkaji secara terperinci semua dokumen perjanjian yang dimiliki oleh bekas empayar Belanda dan British yang tersimpan di muzium sejarah di Belanda daan London. [20]

Isu Wilayah Pattani

Selain itu juga kita dapat melihat dengan jelas sebagai contoh bahawa isu-sisu wilayah yang kini menjadi pertikaian antara Malaysia dan negara jirannya adalah berpunca angkara penjajahan Barat tatpi menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia menyelesaikan dengan cara yang terbaik. Isu Pattani yang merupakan sebauah negeri Melayu yang sekian lama menerima ancaman daripada musuh tradisi negeri Melayu Utara iaitu Siam sehingga kini telah ditakluki oleh kerajaan Siam dari era pemerintahan raja-raja Dinasti Chakri sehinggalah ke zaman kerajaan Thailand.

Melalui isu Pattani dapat kita perkatakan di sini bahawa ia juga adalah salah satu daripada konflik wilayah antara Malaysia dengan negara jirannya Thailand. Melalui isu ini pihak Thailand sering mencurigai Malaysia kerana dianggap memberi bantuan kepada gerakan pemisah Pattani yang merupakan bangsa serumpun dan seagama dengan orang Melayu di Malaysia. Malahan isu wilayah yang tertunda melibatkan Bukit Jeli juga kadangkala turut menjadi persoalan yang belum terjawab tentang status kedudukannya sama ada ia adalah milik Malaysia ataupun Thailand. Peristiwa Tak Bai dan tindakan ganas tentera Thailand terhadap penduduk Islam di Selatan Thailand telah menyebabkan Malaysia dituduh sebagai peranan dalam memberi sokongan kepada gerakan pemisah di Selatan Thailand. Namun, Malaysia telah cuba menggunakan saluran-saluran diplomasi untuk menjelaskan kedudukan dan peranan Malaysia dalam menangani konflik tersebut.

Dengan memetik kenyataan Datuk Mohamed Jawhar Hassan, Pengarah Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS), beliau menyatakan bahawa kenyataan dan spekulasi dari pelbagai pihak ini mungkin akan menjejaskan pihak berkuasa terutama Wisma Putra untuk membuat tuntutan.[21] Kenyatan ini beliau lakukan lantaran wujud pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini di dada-dada akhbar yang boleh menyebabkan kenyataan itu disalahtafsirkan sehingga

Page 50: PERTUBUHAN BANGSA

membawa provokasi kepada pihak lain. Seterusnya tindakan kerajaan Malaysia membawa isu ini ke ICJ dianggap bijaksana supaya ia dapat diadili dengan saksama. Dengan ini diharapkan kedua-dua pihak akan berpuashati dan redha akan apa juga keputusan yang dibuat oleh ICJ. Apa yang penting ialah hubungan kedua-dua pihak yang sedia terjalin terus harmoni dan berkekalan. Ini kerana kedua-dua negara saling bergantungan antara satu sama lain dalam pelbagai aspek sama ada ekonomi, politik ataupun social.

Isu Tuntutan Filipina ke atas Sabah

Mengenai isu wilayah Sabah yang menjadi salah satu konflik wilayah antara Malaysia dengan negara jirannya adalah salah satu bukti yang cukup jelas bahawa Malaysia telah cuba menyelesaikan isu tuntutan Filipina dengan cara diplomasi. Dalam menganalisa isu ini seperkara lagi yang ingin diutarakan mengenai sikap British yang telah membuat perjanjian tanpa pengetahuan semua pihak yang terlibat. British misalnya telah menandatangani perjanjian atau persetujuan dengan kuasa asing lain seperti Belanda, Sepanyol dan Amerika tetapi telah mengabaikan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang merupakan pihak yang paling utama. Dalam hal ini, kuasa-kuasa penjajah asing ini masing-masing berlagak seolah-olah wilayah Kesultanan Melayu Brunei dan Sulu itu adalah hak milik mereka. Mereka dengan senagaja meminggirkan pihak-pihak ini dalam perjanjian yang mereka tandatangani dengan hasrat dapat memanipulasi wilayah yang dikuasai untuk memenuhi impian ekonomi mereka. Mereka telah memanipulasi isi kandungan perjanjian yang telah mereka tandatangani bersama untuk kepentingan mereka sahaja. Selain itu, mereka sengaja memperkenalkan konsep-konsep dan pelbagai peraturan baru yang kurang sesuai untuk diimplementasi di negeri-negeri Melayu dengan niat untuk menguasai sesuatu wilayah sahaja.

Kesan daripada tindakan yang dilakukan oleh pihak British telah ditanggung oleh Malaysia di mana isu tuntutan Sabah oleh Filipina masih belum dapat diselesaikan. Ini disebabkan Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Lebih buruk lagi apabila Filipina telah melancarkan kegiatan pengkhianatan terhadap Malaysia sekitar tahun 1968. Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas menyusup masuk ke Sabah. Mereka ditugaskan melakukan pengkhianatan terhadap wilayah

Page 51: PERTUBUHAN BANGSA

Malaysia di Sabah. Boleh dikatakan sekitar tahun 1968 hubungan Malaysia-Filipina dapatlah diibaratkan seperti “Ranjau dalam Daging”.

Bagaimanapun , Malaysia tetap meneruskan usaha untuk berdamai dengan kerajaan Filipina. Malaysia tetap tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian ke atas isu ini. Rundingan demi rundingan telah diadakan beberapa kali di Bangkok tetapi semuanya menemui kegagalan. Sebaliknya Filipina telah menjadikan satu undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini telah dilakukan oleh Filipina melalui satu Akta Perampasan Sabah. Tindakan ini telah menyebabkan terputusnya hubungan diplomatic antara kedua-dua negara.

Isu Malaysia-Singapura

Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan Singapura, Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang sering menghantakan hubungan kedua buah negara seperti Isu kastam, imigresen dan Kuarantin (CIQ), Keratapi di Tanjung Pagar[22], Isu Air[23] dan Isu Tambak Laut[24] .

Berdasarkan kepada isu-isu yang telah dipaparkan di atas, ternyata hubungan Malaysia-Singapura sentiasa “panas” kerana masalah yang menjadi kekangan tidak menemui jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini kedua-dua negara saling menimbulkan provokasi di antara satu sama lain melalui media-massa. Konflik-konflik yang timbul akan menyebabkan wujud gambaran bahawa kedua-dua negara tidak mempunyai semangat kejiranan yang baik. Sungguhpun dari segi kedudukan geografi kedua-dua buah negara sangat rapat dan hampir tetapi dari segi hubungan diplomatic adalah sebaliknya.

Pertelingkahan dan pertelagahan yang sering berlaku di antara Malaysia-Singapura boleh dianggap sebagai satu tradisi. Ini kerana isu-isu hangat yang sering menjadi punca pertelingkahan telah wujud sejak era pemerintahan Tunku Abdul rahman lagi. Seterusnya satu demi satu isu lain timbul walaupun yang sedia wujud belum dapat diselesaikan. Dalam kes ini kedua-dua buah negara sepatutnya mengambil tindkan bijaksanan bagi menangani isu yang wujud demi kepentingan bersama. Dalam hal ini juga kedua-dua pihak boleh menggunakan pihak ketiga iaitu ASEAN untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang tertangguh i

Page 52: PERTUBUHAN BANGSA

Kesimpulan:

Sebagai sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan menjaga dn mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata dunia malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu melonjakkan nama negara Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu menyuarakan pandangannya terhadap isu-isu yang tidak dapat disuarakan oleh negara-negara membangun yang lain. Hal ini disebabkan kebimbangan sekatan yang bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar sekiranya mereka bersuara. Malaysia mampu melakukan kerana negara kita tidak bergantung kepada bantuan kuasa luar sepenuhnya.

Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan dapat menggalakkan perdagangan terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan terus memupuk kerjasama ekonomi serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan yang adil dan terbuka serta menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota ASEAN. Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap kerjasama serantau ini, Malaysia akan terus melaksanakan perjanjian-perjanjian yang bertujuan memajukan kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai negara yang berkongsi sempadan dengan hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu membenateras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Kesimpulannya adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan rantau ini justeru ke arah keamanan sejagat.

Page 53: PERTUBUHAN BANGSA

Pertubuhan atau Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) ditubuhkan pada tahun 1945, selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua iaitu kesinambungan daripada penubuhan Liga Bangsa-bangsa pada tahun 1920 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Penubuhan Liga Bangsa-bangsa ini adalah dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat iaitu Woodrow Wilson dan disokong oleh Negara-negara sekutunya seperti Perancis dan Britain. Liga Bangsa-bangsa yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland ditubuhkan dalam usaha mencapai keamanan bagi dunia sejagat khususnya menlindungi negara-negara yang berdaulat daripada peperangan. Bagaimanapun, Liga Bangsa-bangsa gagal berfungsi sebagaimana yang diharapkan dan telah menjerat dunia kearah Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1945, pihak-pihak yang menang dalam Perang Dunia Kedua pada asalnya tidak sepakat mengenai layanan yang diberikan kepada musuh yang dikalahkan. Jesteru itu, mereka telah menubuhkan satu organisasi antarabangsa yang baru,iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Sebagai sebuah pertubuhan bagi Negara-negara yang cintakan keamanan dan menentang pihak-pihak yang berpotensi sebagai peceroboh. Bangsa-bangsa Bersatu lebih teguh dan lebih realistik daripada pertubuhan sebelum ini; Presiden dan Setiausaha Amerika Syarikat telah memastikan bahawa kali ini kedua-dua blok besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet mestilah bersama-sama mengangggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Institusi antarabangsa ini telah berjaya mengumpulkan keanggotaan sebanyak 150 buah Negara dan memiliki kecekapan yang luas dari segi hal-hal keselamatan, politik, dan bukan politik. Di antara tahun 1955 hingga 1957, keanggotaan Bangsa-bangsa Bersatu telah meningkat dengan mendadak dengan kemasukan negara-negara Asia dan Afrika. Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu Eropahnya dan penyokong-penyokong Amerika Latin mereka mendapati bahawa mereka

1bukan lagi menrupakan kumpulan majoriti dalam Perhimpunan Agung. Anggota-anggota yang baru ini lebih berminat terhadap antikolonialisme, sementara Kesatuan Soviet pula secara tradisinya menyokong anggota-anggota baru bagi mendapat timbal-balik atau sekurang-kurangnya bersikap berkecuali terhadap anggota-anggota tersebut. Sejak tahun 1958, Bangsa-bangsa Bersatu menjadi semakin dikenali sebagai blok Afro-Asia dan aspirasinyaPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah satu pendekatan secara kolektif dalam menjaga keamanan dunia sejagat. Ia adalah satu jawapan yang diasaskan oleh pengalaman yang lepas iaitu kemusnahan perang sambil mengira pandangan baru mengenai sistem antarabangsa. Bangsa-bangsa Bersatu mempunyai kelainan jika dibandingkan dengan pertubuhan antarabangsa sebelumnya,ia menagani isu secara menyeluruh iaitu tidak sekadar dalam konteks konflik dan hubungan antarabangsa sahaja. Selain itu juga, Bangsa-bangsa Bersatu amat komitmen untuk menyediakan satu suasana yang lebih baik agar peperangan tidak berlaku. Ringkasnya ia ingin memastikan perlakuan para negara-negara bertindak mengikut undang-undang dan peraturan yang telah digariskan yakni dengan mengenakan syarat agar berlakuan lebih berhemah. Ini kerana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu cuba menlahirkan kesamarataan dikalangan negara anggota.Sebagai sebuah badan yang terpenting dunia, Bangsa-bangsa Bersatu mempunyai organisasi pentadbiran yang teratur dan juga bersistematik. Ia mempunyai enam buah badan yang utama seperti,

Page 54: PERTUBUHAN BANGSA

Perhimpunan Agung(General Assembly), Majlis Keselamatan (Security Council), Majlis Ekonomi dan Sosial(The Economic and Social Council), Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ), Sekretariat dan Majlis Pemegang Amanah. Perhimpunan Agung yang menrupakan satu badan induk yang terpenting adalah berasaskan daripada kesemua negara ahli dalam PBB. Setiap negara mempunyai satu undi dalm menyokong sebarang isu yang dibincangkan. Perhimpunan Agung ini 1. Jovinder Singh Jessy, Malaya in world History,Penang,Darulaman Publication,1974,hlm 302-3032. Trygue Lie,Everyman`s United Nations, New York,Funk And Wagnalls Company, New York,1948.hlm 1-22

memainkan peranan yang penting dalam membincangkan dan mencadangkan semua perkara yang terdapat dalam Piagam PBB. Manakala Majlis Keselamatan pula adalah badan yang memberi keputusan tentang sebarang tindakan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Ini juga termasuk dalam menentukan penghantaran tentera pegaman bagi menghentikan sebarang konflik antarabangsa yang berlaku. Majlis ini terdiri daripada 15 negara ahli iaitu 5 buah Negara anggota tetap seperti Rusia, China, Amerika Syarikat, Perancis dan Britain(kuasa veto). Manakala 10 ahli lain yang dilantik selama 2 tahun dan mempunyai hak mengundi dalam menentukan sesebuah perkara. Namun begitu perbincangan yang terhasil daripada Majlis Keselamatan ini adalah tidak bermakna sekiranya salah sebuah Negara anggota tetap tidak bersetuju dan mengunakan kuasa vetonya maka keputusan yang dibuat akan terbatal.Majlis Ekonomi dan Sosial pula terdiri daripada 54 buah negara yang merancang ekonomi dan kerja sosial dalam sistem Bangsa-bangsa Bersatu. Tugas Majlis Ekonomi dan sosial ini adalah untuk menjalankan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu membangunkan ekonomi dan kerja-kerja sosial bagi mambantu negara-negara anggota, terutamanya negara yang membangun dan mundur. Badan yang menjalankan keadilan dan hukuman adalah Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang berpusat di The Hague, Belanda. Pusat keadilan ini mempunyai hakim seramai 15 orang yang dilantik oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. Hakim yang dilantik ini akan berkhidmat selama 3 tahun dan hanya boleh dilantik selama 2 penggal. Ia adalah badan berkanun yang menlibatkan semua negara anggota dan kesemua permasalahan boleh dibawa untuk diadili. Kompenan yang kelima ialah Majlis Pemegang Amanah yang berfungsi untuk menyelia kawasan yang ingin mendirikan kerajaan sendiri, termasuklah kewasan-kawasan yang pernah dijajah oleh kuasa-kuasa yang kalah semasa Perang Dunia Kedua. Badan ini diwujudkan untuk membantu Negara-negara yang baru mentadbir kerajaannya menlalui pemantuan dan bantuan PBB. Sekretariat ialah salah satu 3. Javier Perez de Ceullar, The United Nations At Forty, San Francisco, UN Chronile, 185, hlm 4-5

3kompenan dalam organisasi PBB iaitu sebagai badan pentadbir bagi PBB yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Skretariat ini juga mempunyai ibu pejabat yang kedua dimana ia beroperasi di Geneva, Switzerland dan mempunyai 67 buah pusat informasi di serata dunia. Organisasi ini diketuai oleh seorang Setiausaha Agong dan dibantu oleh staf-staf PBB dalam menjalankan tugas-tugas mengurus pertubuhan antarabangsa ini. Selain itu juga, Skretariat menjalankan tugas mentadbir an mengurus hal ehwal operasi keamanan, persidangan, penyelidikan, pengajian, dan pencarian maklumat

Page 55: PERTUBUHAN BANGSA

bagi Bangsa-banngsa Bersatu. Bahkan juga, organisasi ini mengawal aktiviti agensi kompenannya yang lain dalam segenap bidang seperti ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan dan juga kesihatan. Antara agensi-agensi yang diurus oleh Skretariat PBB ialah International Labour Organization(ILO), The Food and Agriculture Organization of the United Nations(FAO), The World Health Organization(WHO), The World Bank dan International Monetary Fund(IMF). Menlalui badan-badan yang penting inilah yang telah membawa kepada kelancaran modus operandi PBB sebagai satu pertubuhan antarabangsa yang membawa kepada keamanan dan keselamatan dunia.Bangsa-bangsa Bersatu sejak ia mula ditubuhkan mempunyai tugas khas dalam menjaga keselamatan dunia dan sehingga ke hari ini peranan ini adalah menjadi kewajipan yang paling utama. Oleh itu tidak menghairankan bahawa kelahiranya adalah diterbitkan dari satu peperangan besar(perang dunia kedua), manakala sehingga ke hari ini benih-benih yang menyebabkan menletusnya perang besar itu boleh terdapat dimana-mana. Jesteru itu, kejayaannya dalam menwujudkan keamanan dan persefahaman antarabangsa perlu sekali diukur berdasarkan aktiviti yang dilakukan ke arah itu setelah operasinya selama 60 tahun. Bagaimanapun menjadi persoalan yang utama mampukah Bangsa-bangsa Bersatu mengekalkan keamanan dunia seperti mana yang termaktub dalam mukadimah piagamnya yang kedengaran “kami rakyat Bangsa-bangsa Bersatu akan berazam; hendak menyelamatkan generasi akan datang daripada bencana

3. Mohammed Abu Bakar, Bangsa-bangsa Bersatu berjaya di samping kegagalannya,Kuala Lumpur,1970

4peperangan yang sudah melanda kita sebanyak dua kali dalam jangka masa kehidupan ini, telah mendatangkan keburukan yang dahsyat keatasan umat manusia, dengan ini kita akan mengamalkan kesabaran untuk memelihara keamanan dan keselamatan negara antarabangsa”.Dalam masa 60 tahun adalah satu masa yang panjang dalam keperitan Bangsa-bangsa Bersatu menyelesaikan permasalahan yang timbul di peringkat antarabangsa. Terdapat pelbagai krisis dab berpuluh peperangan yang berlaku dalam tempoh tersebut, hal ini telah membuktikan kejayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menerajui keamanan dunia walaupun masih terdapat kelemahan dan kegagalan yang dihadapi oleh badan dunia ini. Pelbagai kejayaan dan kegagalan PBB dari segi aspek politik, ekonomi,dan sosial. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini telah banyak menyelesaikan permasalahan politik dan peperangan yang berlaku di dalam sistem antarabangsa. Antaranya kejayaan yang dicapai oleh PBB sebagai pengaman dunia ialah selepas beberapa tahun pertubuhannya, dimana ia telah menyelesaikan krisis yang berlaku di Utara Greece disebabkan oleh isu kawasan Balkan. Kehadiran tentera-tentera dan pegawai Bangsa-bangsa Bersatu telah berjaya mengelak pertelingkahan dari merebak. Dalam tahun yang sama(1947) PBB sekali lagi terpaksa menghadapi krisis dimana pertempuran antara tentera Indonesia dengan tentera Belanda. Hal ini terjadi akibat daripada pengistiharan kemerdekaan negara Indonesia oleh pemimpinnya seperti Sukarno dan Hatta setelah pengunduran tentera Jerman, Belanda yang masih menganggap negara itu adalah dibawah jajahan mereka dan tidak dapat menerima kemerdekaan Indonesia. Oleh itu satu pertempuran telah berlaku. Satu perjanjian yang dinamakan sebagai Perjanjian Linggad Jati telah diusahakan oleh kedua-dua pihak yang bertelagah namun penyelesaian telah gagal dipatuhi. Akhirnya Bangsa-bangsa Bersatu telah campur tangan dan kata sepakat telah dicapai hasil daripada campur tangan pertubuhan besar dunia ini.

Page 56: PERTUBUHAN BANGSA

Cabaran yang terbesar telah dipikul oleh PBB ialah pertingkaian antara Korea Utara dan Korea Selatan yang masing-masing memihak kepada dua blok yang berlainan.4. Ibid hlm 15-16

5Korea Utara yang bertindak agresif telah menyerang Korea Selatan sehingga Amerika Syarikat telah campur tangan bagi mempertahankan Republik itu. Pertingkaian ini telah berlarutan selama beberapa tahun sehingga PBB berusaha menyelesaikan masalah ini. Pada 27 julai 1953 satu penyelesaian telah dicapai oleh kedua-dua pihak hasil daripada rundingan yang dilakukan oleh PBB. Dalam jangka masa yang sama PBB telah berhempas pulas dalam menyelesaikan dua isu yang berlainan. Di Timur Tengah, setelah pengunduran tentera British, kaum yahudi telah menubuhkan negara yahudi. Hal ini telah menimbulkan kemarahan negara Arab di sekeliling kawasan tersebut, dan pertempuran telah berlaku di antara masyarakat Arab dengan orang yahudi. Bagaimanpun krisis ini dapat ditangani oleh Bangsa-bangsa Bersatu setelah badan itu mendesak pihak yang terlibat dalam pertingkaian menamatkan perkelahian mereka. Ini telah dipersetujui oleh Israel, Lebonan, Syria, Mesir, Jordan, dan Syria. Sementara di India pula, masyarakat Kashmir telah membawa India dan Pakistan kepada peperangan dalam tahun 1948. Walaubagaimanapun, Majlis Keselamatan telah berjaya mengadakan gencatan senjata pada tarikh 1 Januari 1949 yang mana telah dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Sehinggalah pada tahun 1960 tidak ada pertempuran yang berlaku di kawasan tersebut kerana pegawai-pegawai pemerhati PBB telah mengadakan rondaan dan pemantauan di daerah itu.Pada sekitar tahun 1990an, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menganjurkan satu dialog antara kerajaan pusat El Salvador dengan kumpulan pemberontak Farabundo Marti National Liberation Front bagi menamatkan konflik yang berlaku selama 12 tahun. PBB telah mewujudkan satu organisasi pengaman yang diber nama United Nations Observer Mission in El Salvador. Selain itu juga, badan dunia ini telah memantau pelaksanaan hak asasi manusia dan menkaji selidik segala bentuk keganasan yang berlaku semasa konflik berlansung. Akhirnya PBB telah berjaya menyatukan Negara El Salvador dan menamatkan konflik 12 tahun itu. Bahkan juga, PBB telah menghantar misi pengaman di Nambia dan telah berjaya membantu negara Afrika itu dalam mendapatkan kemerdekaan pada 21 Mac 1990 yang dahulu negara Nambia ini dikenali sebagai Afrika Barat Daya. Pada tahun 1989, PBB telah membentuk United Nations Transition Assitance Group(UNTAG) bagi membantu proses6kemerdekaan Nambia dengan memastikan satu pilihan raya yang adil dan sakma serta bebas. Bagi memastikan pilihan raya di Nambia berjalan dengan lancar PBB telah menghantar pasukan tentera, polis, dan pegawai awam bagi mengelakkan perkara yang boleh membantutkan pilihan raya dari terjadi..Akhirnya Nambia berjaya mendapat kemerdekaan dan menjadi sebuah negara yang berdaulat, seterusnya diterima sebagai ahli yang ke-160 dalam PBB pada 23 April 1990.Kejayaan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menyelesaikan isu pelarian adalah satu kejayaan badan ini dalam menlahirkan pelbagai fungsi dan peranannya sebagai kerajaan kedua bagi rakyat dunia. Mengikut fakta, lebih kurang 40 juta umat manusia menjadi pelarian bagi mengelakkan dari kecelakaan Perang Dunia Kedua. Sebagai golongan yang tidak diterima sebagai warga negara di tempat mereka yang berhijrah dan berada dalam keadaan yang daif dan miskin, pastinya mendatangkan bahaya sehingga boleh menlahirkan perang. Oleh itu,PBB telah masuk campur dan hasilnya beribu-ribu orang telah dapat

Page 57: PERTUBUHAN BANGSA

ditempatkan dengan selamat. Sebagai contoh, pada tahun 1946 kawasan Eropah timur yang telah dikuasai oleh Kesatuan Soviet dan Jerman atau lebih dikenali dengan blok timur yang berideologikan komunisme mengakibatkan beribu-ribu masyarakat Eropah Timur terutamanya rakyat Poland dan rakyat yahudi Poland telah menlarikan diri ke Eropah Barat akibat mengelak daripada kekejaman tentera Nazi di bawah pimpinan Adolf Hilter. Namun hasil usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ramai golongan pelarian ini mendapat perlindungan dan diberikan hak kewarganegaraan di tempat mereka berpindah.Manakala akibat daripada perpecahan Palestine kepada kawasan Israel dan kawasan Arab, dianggarkan bahawa 800 000 ribu orang telah menlarikan diri ke negara-negara Arab yang berjiran. Sekali lagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menjalankan peranannya menlalui jabatan khasnya iaitu UN Relief and Work Agency (UNRWA) telah berusaha bagi menyediakan penempatan, pakaian dan juga makanan kepada rakyat pelarian. Walaupun ia gagal ditangani dengan sepenuhnya namun sedikit 5.Joseph Frankel,International Relations in a Changing World,Oxford University Press,1979.hlm 242-245

7sebanyak ia dapat meredakan kemarahan masyarakat Arab. Dengan bantuan yang dihulurkan ini ia boleh dianggap kejayaan PBB kerana tanpa campur tangan ini mungkinmenyebabkan krisis Timur Tengah akan menjadi lebih tegang . Berpunca akibat perang di Korea pula seramai 9 juta rakyatnya telah kehilangan rumah kediaman sebagai tempat perlindungan. Namun hasil perbelanjaan yang besar dari PBB yang disalurkan menlalui agensinya UN Korea Reconstruction Agency telah membina penempatan semula bagi rakyat KoreaDalam bidang perlucutan senjata dan pengawalan terhadap pengunaan senjata nuklear atau boleh disifatkan lagi sebagai senjata yang berteknologi tinggi. Bangsa-bangsa Bersatu telah berjaya mendapat kejayaan yang cermerlang apabila ia dapat mengelakkan satu peperangan yang dahsyat iaitu perang termonuklear yang boleh melenyap kehidupan manusia. Walaupun memang tidak dapat dinafikan bahawa badan ini gagal membendung perlumbaan senjata dikalangan negara-negara, namun hasil syor-syor yang dikemukakan oleh PBB telah membuatkan negara yang mempunyai senjata teknologi tinggi menunjukkan kesabaran mereka dalam mengunakan alat peperangan dengan lebih ganas. PBB telah menubuhkan jawatan kuasa bagi memantau pengunaan senjata besar dikalangan negara, jawatan kuasa itu ialah Atomic Energy Commisions dan UN Commision for Conventional Weapon yang telah ditubuhkan dalam tahun 1947. Hasil dari usaha badan ini telah timbul satu kesedaran dikalangan negara dalam kepentingan meningkat keselamatan dunia agar ia berada ditahap yang pasif.Bangsa-bangsa Bersatu amat mengambil berat dalam isu pengunaan senjata pemusnah oleh pelbagai negara. Oleh kerana ini, pada tahun 1978 dan 1982 semasa perang dingin berada ditahap kemuncak dan dunia berada dalam keselamatan yang goyah, Bangsa-bangsa Bersatu telah mengadakan dua sesi khas perlucutan senjata iaitu Special Session on Disarment. Hasil dari kedua-dua sesi ini telah mewujudkan Disarment Fellowship Programme yang disertai oleh tiga puluh buah negara dan World Disarment Campaign bagi menyebarkan kesedaran, sokongan dan seterusnya menunjukkan motif PBB kepada________________________________________________________________________ 6.UN Publications,United Nations Today-1980,Geneva, Palais des Nationss, 1980 hlm 20-27

Page 58: PERTUBUHAN BANGSA

8seluruh dunia tentang perlunya pelucutan senjata oleh para negara yang mempunyai senjata pemusnah bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia sejagat. PBB juga telah mengadakan rundingan dan perjanjian diantara negara-negara bagi memastikan mereka tidak membina senjata pemusnah seperti nuklear, kimia, dan biologi. Pada tahun 1990 PBB telah mengadakan perjanjian The Nuclear Non-Proliferation Treaty dimana ia telah melarang pengunaan senjata nnclear oleh mana-mana negara dan juga operasi pembangunan senjata nuklear dan juga perlumbaan senjata nuklear. Hasilnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menubuhkan satu agensi, International Atomic Energy Agency bagi memastikan perjanjian ini tidak dicabuli. Perjanjian ini telah ditandatangani sebanyak 175 buah negara pada tahun 1995. PBB juga telah mengadakan sesi dialog iaitu The Chemical Weapon Convention pada tahun 1992 bagi melarang pengunaan senjata kimia serta pembangunan senjata ini oleh mana-mana pihak. Satu lagi persidangan yang dilakukan oleh PBB ialah The Convention on Excessively Injurius or Indisriminate Weapons pada tahun 1981. Persidangan ini telah melarang pengunaan periuk api dan jerangkap samar serta senjata yang membunuh dan mencederakan tanpa dapat dikesan puncanya menlalui pengunaan x-rays,ia sebenarnya terhasil daripada kesedaran badan dunia ini setelah menlihat penderitaan manusia yang tidak berdosa menerima bencana periuk api dan jerangkap samar.

Isu tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara juga telah dapat di selesaikan dengan cara yang aman oleh PBB. Seperti sedia maklum, Tuanku Abdul Rahman telah mencadangkan pembentukkan Gagasan Malaysia yang termasuk Sabah, namun ia telah ditentang oleh Majapagal yang semasa itu ialah Presiden Filipina dan menyebabkan Filipina menrasa tidak puas hati kerana menganggap Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya. Kes ini telah diheret ke PBB dan telah membawa satu Sidang Kemuncak di Manila pada Julai 1963 yang menlibatkan tigak pihak iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina. PBB telah menunjukkan satu reaksi yang positif dan adil apabila mengesahkan Sabah milik Tanah Melayu. Namun, pada hakikatnya penyertaan Sabah ke dalam berdasarkan pilihan yang dilakukan oleh pendudukan Sabah sendiri. Disini PBB telah 9memainkan peranan yang penting dalam memperakui dan mengiktirafkan keputusan yang telah dibuat oleh penduduk sabah, kerajaan Malaysia dan juga Filipina itu sendiri dengan menletakkan Sabah di bawah pemenrintahan kerajaan Malaysia. Peranan yang telah dimainkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu ini telah berjaya mengelakkan salah faham daripada berlaku diantara kedua-dua negara. Walaupun pada hakikat Filipina tidak seberapa bersetuju terhadap keputusan yang diambil kerana ia telah mendatangkan kerugian kepada negara tersebut. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah berusaha membangunkan ekonomi dunia bagi memastikan seluruh negara anggota dapat memajukan ekonomi seterusnya taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Di bawah piagam PBB satu organisasi yang dikenali sebagai Majlis Ekonomi dan Sosial telah ditubuhkan bagi menjalankan misi ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu menlalui agensi-agensi yang telah ditubuhakan. Hal ini telah menunjukkan reaksi yang positif dalam pentadbiran PBB yang inginkan semua negara anggota mengecapi kesenangan. Kejayaan ini juga adalah menjadi pengukur bagi kebolehan PBB dalam memimpin dunia sejagat. Ekoran daripada itu PBB telah menubuhkan International Monetary Fund(IMF) dimana ia membantu para negara dalam polisi fiskal bagi keberkesanannya dalam sektor kerajaan dan awam, serta memperkenalkan sistem ekonomi pasaran bebas yang mana oleh

Page 59: PERTUBUHAN BANGSA

meningkatkan lagi pendapatan sesebuah negara. Selain itu juga IMF telah membantu negara-negara yang mempunyai masalah ekonomi dengan melatih pegawai kerajaan dari segi pengurusan kewangan dan memberikan pinjaman kewangan kepada negara yang memerlukan. Bangsa-bangsa Bersatu juga telah menubuhkan United Nations Conference on Trade and Development bagi meningkatkan penyertaan negara-negara membangun dalam ekonomi dunia dengan cara perdagangan perlaburan, kewangan, dan teknologi. Agensi ini juga mengalakkan perdagangan dengan cara pengeksportan barang dari negara-negara membangun kepada negara-negara maju. Usaha ini terbukti hasil daripada penubuhan World Trade Organization(WTO) pada tahun 1995 yang dianggotai oleh negara-negara maju dan membangun dalam usaha untuk memperluaskan kebebasan perdagangan antara negara bagi membantu membangunkan ekonomi negara-negara membangun. Hasil dari 10usaha inilah yang menyebabkan rakyat negara-negara membangun dapat mengecapi kesenangan dan kerajaan mereka mampu melaksanakan ekonomi dengan lebih berkesan hasil jalan yang telah dibuka oleh Bangsa-bangsa Bersatu.Selain itu, PBB juga tidak meninggalkan golongan pekerja,kerana inilah PBB telah menubuhkan International Labour Organization(ILO). Ia adalah sebuah agensi dalam Bangsa-bangsa Bersatu yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan buruh dan majikan, segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cara yang lebih efektif dan keamanan dunia dapat dijaga. Pada tahun 1969, ILO telah dianugerahkan Nobel Peace Prize diatas usaha agensi itu selama ini membela nasib para pekerja. Antara usaha yang dilakukan oleh ILO dalam menyediakan suasana yang baik kepada para pekerja ialah dengan memajukan keadaan tempat kerja, menjaga tempat kerja dan menlindungi hak-hak pekerja. Hasilnya, golongan pekerja berasa lebih selamat dan selesa dan dapat menlakukan pekerjaan tanpa aktiviti penindasan, seterusnya ia telah membangunkan tahap produktiviti buruh di peringkat antarabangsa dengan cara perlindungan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan hak-hak pekerja di seluruh dunia. PBB juga mengecapi kejayaan dalam bidang pertanian dengan memperkenalkan teknik pertanian yang moden bagi meningkatkan pengeluaran pertanian seterusnya mampu meningkatkan taraf kehidupan para petani. Food and Agriculture Organization of the United Nations(FAO) yang menyediakan kemudahan kos yang murah dari segi pengairan, baja dan benih kepada petani-petani kecil. FAO juga membangunkan sektor perikanan dan perternakan di seluruh dunia agar mampu menyediakan sumber makanan yang mencukupi dan berkualiti kepada rakyat dunia.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut mengecapi kejayaan dalam aspek sosial, dimana badan ini telah menumpukan perhatian terhadap pembangunan sosial di seluruh dunia khususnya di negara yang sedang membangun dan dunia ketiga. Bukti yang menunjukkan kesungguhan PBB ini ialah dengan tertubuhnya World Summit for Social Development di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995 yang mengemukakan isu keamanan, hak asasi manusia, perlindungan alam sekitar dan intergrasi sosial antara negara. PBB juga telah memberi penumpuan terhadap pembangunan negara-negara di benua Afrika yang rata-ratanya masih hidup dalam kedaifan dan kemunduran. Hasilnya, 11PBB telah mengadakan Program of Action for African Economic Recovery and Development(UNPAAERD), antara tahun 1986 sehingga tahun 1990 bagi membantu membangunkan negara-negara Afrika dari segi ekonomi. Pada tahun 1993, Bangsa-bangsa Bersatu telah membentuk satu agenda yang dikenali sebagai New Agenda for the Development of Africa in the 1990`s(UN-NADAF)

Page 60: PERTUBUHAN BANGSA

bagi tujuan pembangunan ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk benua Afrika bagi mengelakkan pengangguran yang boleh menjelmakan peperangan, pembangunan kerohanian, pendidikan yang menjadi teras kemajuan, kesihatan dan juga keselamatan.Badan induk dunia ini juga amat komitmen dalam menyelesaikan permasalahan negara-negara dunia. Dalam kes ini kita boleh menlihat reaksi yang telah dipemerkan oleh PBB dengan menghulurkan bantuan kemanusian kepada mangsa-mangsa yang telah dilanda ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang mengakibatkan kematian seramai 150 000 orang. Sempena pertemuan mesyuarat yang diadakan 12 hari selepas gempa bumi dan ombak Tsunami yang melanda Asia, pemimpin-pemimpin besar dunia telah melawat Acheh iaitu negara yang paling teruk musnah. Hal ini telah menimbulkan perasaan setia kawan dan saling bantu-membantu sesama negara anggota. Pemimpin utama di dunia yang melawat Acheh ialah Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell, Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada pertemuan sehari ini malah pada hari-hari sebelumnya, bantuan antarabangsa mengalir dengan begitu menakjubkan. Pelbagai negara dan organisasi antarabangsa seperti berlumba-lumba dalam memberi bantuan dalam bentuk makanan, pakaian, tempat berteduh(sedia khemah), ubat-ubatan, tentera, pasukan paramedik, dan sebagainya bagi menyatakan perasaan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa Tsunami. Manakala jumlah wang yang disalurkan pula menlebihi 20 billion dolar AS bagi meringankan beban kerajaan Acheh yang baru mendirikan kerajaan sendiri dalam membangunkan semula ekonominya yang telah hanyut dibawa bersama dengan ombak besar itu. Hal ini juga menrupakan satu kejayaan PBB dalam menangani isu kemanusian secara pantas dengan mempengerusikan satu mesyuarat tergempar bagi mempercepatkan proses bantuan yang dihulurkan kepada mangsa 12Menlalui penubuhan agensi-agensi dalam PBB sebenarnya telah membawa kejayaan yang besar bukan sahaja bagi menjaga keselamatan malahan juga untuk meningkatkan kehidupan dunia. Contoh hasil daripada penubuhan World Health Organization telah berjaya membendung penyakit polio, tetanus, measles, dan diphtheris yang menrupakan penyakit yang banyak membunuh kanak-kanak sedunia. Malahan penyakit screwworm yang telah membunuh ramai sekali penduduk Afrika Utara telah berjaya ditangani dengan jayanya oleh WHO. Selain itu juga, WHO telah bekerja keras dalam membendung dan mengawal penyebaran penyakit AIDS yang pada hari ini masih gagal dikesan penawarnya. Dengan ini, Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menlalui WHO telah mengadakan progam-program dan kempen secara besar-besaran agar umat manusia sedar akan bahaya penyakit ini dan bagaimana ia berjangkit terutamanya di benua Asia dan Afrika. Selain itu, Guatemala yang menghadapi permasalahan apabila diserang oleh penyakit typhus telah menerima bantuan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi melawan penyakit itu dan pada hari ini negara itu berada dalam keadaan yang suasana lebih baik.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memainkan peranan yang penting dalam menjaga dan menlindungi alam sekitar dan menjadikan isu alam sekitar sebagai agenda baru dunia antarabangsa. Hal ini telah terbukti menlalui penubuhan United Nations Enviroment Programme(UNEP), yang sekali gus bertanggungjawab memantau, menjalankan aktiviti penyelidikan dan penjagaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu UNEP bertugas dalam menasihati negara-negara tentang penjagaan alam sekitar dan melaksanakan satu projek Grass-roots Pilot Projects bagi memulihkan alam sekitar tempatan. Agenda yang paling penting yang terkandung dalam peranan UNEP ialah melindungi lapisan ozon, pembuangan sisa-sisa toksik dan larangan penangkapan ikan tanpa had dan penebangan

Page 61: PERTUBUHAN BANGSA

pokok secara sewenang-wenangnya. Menlalui agendanya ini, telah menlahirkan keadaan alam sekitar yang baik serta berjaya mengekalkan hidupan daripada kepupusan.8.McWilliams, Wayne c. & Rao, The World Since 1945, A History of International Relations, Boulder: Lynne Rienner,1992.hlm 145-154

13Pada tahun 1946, Bangsa-bangsa Bersatu telah menubuhkan Commision on Human Right yang telah dipengurusikan oleh Eleanor Roosevelt bagi tujuan memperjuangkan hak asasi manusia, mengkaji permasalahan yang wujud dikalangan manusia, dan menentukan hak-hak mereka serta mengawasi perkembangan hak asasi manusia di serata dunia. Pada tahun 1968, Tehran yang menjadi tuan rumah kepada persidangan International Conference on Human Rights telah membincangkan isu hak asasi manusia. Ini pula diikuti oleh persidangan World Conference on Human Rights yang telah berlansung di Vienna, Austria pada tahun 1993 yang telah membawa kepada termeterainya Deklarasi Vienna berkenaan dengan pejuangan hak asasi manusia. PBB dianggap sebagai wira bagi masyarakat kulit hitam di Afrika Selatan dimana ia berjaya mengatasi masalah apartheid dan perkauman. Hasilnya, sistem kelas antara penduduk kulit putih dengan penduduk kulit hitam telah dihapuskan dengan perlantikan Presiden Nelson Mandela sebagai presiden kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan dan rakyat mendapat persamaan hak dalam politik, ekonomi dan sosial. Hal ini juga menyebabkan nasib penduduk kulit hitam terbela dan dapat mengelakkan penindasan daripada berlaku. Bukan sahaja di Negara Afrika Selatan, PBB juga cuba menghapuskan isu perkauman di seluruh dunia menlalui United Nations Declaration on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination pada tahun 1965. Berikutan dari hal ini, PBB telah mengadakan Third Decade to Combat Racism and Racial Discrimination pada tahun 1993 yang menyeru kepada seluruh negara berperang bagi menghapuskan isu perkauman terutamanya dalam bidang undang-undang, pentadbiran, pendidikan, politik, ekonomi dan sosial di seluruh dunia.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sebuah badan pengaman dunia juga tidak mengabaikan golongan kaum yang lemah seperti wanita dan kanak-kanak. Kesahan kenyataan ini ialah menlalui penubuhan Commision on the Status of Women pada tahun 1946. Walaupun PBB baru berusia satu tahun semasa agensi ini ditubuhkan namun ia telah mampu memperjuangkan hak wanita di seluruh dunia agar mendapat hak yang sama rata dan memperolehi peluang dari segi kehidupan awam, ekonomi, sosial dan pembangunan politik. Agensi yang seterusnya ditubuhkan bagi menlindungi hak wanita ialah Convention on the Elimination of Discrimination agains Women pada tahun 1979 14dan Naorobi Forward-looking Strategies for Women To The Year 2000. Kedua-duanya adalah bagi memastikan kejayaan pencapaian hak-hak yang sama rata bagi wanita. Pada tahun 1995 satu persidangan Fourt World Conference on Women yang berlansung di Beijing telah menyatakan bahawa kegagalan dalam persamaan dari segi gender boleh menyebabkan kelembapan ekonomi, pembagunan sosial yang lambat dan ketidakcekapan pengunaan tenaga manusia. Ia telah memperjuangkan hak-hak wanita dalam Programme for Action yang meliputi keganasan terhadap kaum wanita, ketidaksamaan dari segi perkhidmatan kesihatan, kesan dari segi peperangan dan konflik terhadap wanita, persamaan antara lelaki dan wanita dalam membuat keputusan atas segala hal dan masalah berkenaan kanak-kanak perempuan.Setelah menyedari kepentingan golongan kanak-kanak sebagai aset pada masa hadapan, PBB telah

Page 62: PERTUBUHAN BANGSA

menlahirkan United Nations Children Fund(UNICEF). Pada tahun 1993 satu dialog iaitu The State of the World Children telah diadakan bagi membincangkan tentang ketidakprihatinan manusia sejagat tentang masalah kanak-kanak. Akibatnya, Vietnam telah memperbaiki sistem mahkamah juvananya, manakala Negara Bangladesh pula telah membenarkan kanak-kanak perempuan menerima pendidikan seperti kanak-kanak lelaki. Mengenai soal buruh kanak-kanak yang menjadi isu yang terhangat,PBB telah menlindungi pekerja kanak-kanak daripada kecederaan fizikal dan mental serta memberi pendidikan dan penjagaan kesihatan terhadap mereka menlalui Intrnational Program on Elimination of Child Labour(IPEC). Selain itu juga, PBB telah mengambil berat tentang masalah kanak-kanak yang terbiar yang telah menyebabkan penyertaan mereka dalam masalah jenayah, dadah, keganasan, dan pelacuran dengan menlantik Special Repoter on the Sale of Children. Agensi ini telah menlaporkan berita kepada dunia tentang permasalahan kanak-kanak ini dan telah berjaya menwujudkan kesedaran seluruh negara tentang isu ini.Kerjasama sama yang wujud diantara agensi dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa(ILO), Pertubuhan Kewangan Antarabangsa(International Monetary Fund), Bank Pembinaan Semula Kemajuan (Bank 9.Robert ,Adam & Benedict Kingsbury, United Nations,Devided World,The UN`s Role in International Relations,Oxford: Calrendon Press,1989. hlm 89-9115for the Reconstruction and Development) dan lain-lainnya telah menjadikan dunia semakin teguh dan keamanan telah diterbitkan di serata pelusuk dunia. Pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh PBB sepanjang kelahirannya, kejayaan ini bukan sahaja dari segi keamanan dan perdamaian malahan juga dari pelbagai sudut. Contohnya dalam bidang pendidikan PBB menlalui UNESCO telah memberi bantuan kepada Mexico dan Negara itu telah mengarah langkah ke depan dalam pendidikan bertunjangkan kemajuan. Malaysia juga tidak terkecuali menerima bantuan dari PBB, bantuan yang disalurkan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO) telah berjaya meningkatkan mutu pengeluaran bidang pertanian dan perikanan seterusnya telah meningkatkan ekonomi Malaysia berapa pada tahap yang baik.Bagaimanapun, disamping kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Bangsa-bangsa Bersatu terdapat kegagalan yang menimpa badan induk dunia ini. Kegagalan yang tidak dapat diatasi oleh PBB ialah masalah dalam PBB itu sendiri, ianya teribarat seperti permasalahan dibelakang gunung mampu diselesaikan namun permasalahan di depan mata mereka masih lagi bergelora. Terdapat 6 komponen dalam PBB iaitu Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Pemegang Amanah, Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Sketariat PBB. Ibu pejabat Skretariat PBB terletak di New York adalah badan pentadbiran pentadbiran yang utama dan ketuai oleh Setiausaha Agung serta dibantu oleh pegawainya yang ditempatkan di seluruh dunia. Permasalahan yang timbul ialah masalah birokrasi dimana sesuatu perkara itu perlu menlalui proses panjang sebelum dapat diselesaikan hal ini akan menyebabkan isu yang lambat ditangani akan merebak ke seluruh dunia. Hal ini terjadi kerana terdapat pelbagai agensi-agensi dalam PBB yang melaksanakan tugas masing-masing dan mempunyai ibu pejabat di serata dunia. Contohnya dalam kes, International Labour Organization(ILO) yang menyelesaikan hal yang berkaitan dengan masalah buruh dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland manakala Food and Agriculture Organization of the United Nations(FAO) ________________________________________________________________________10.UN Publications,United Nations Today-1980,Geneva, Palais des Nationss, 1980 hlm 20-27

Page 63: PERTUBUHAN BANGSA

16pula yang menyelesaikan masalah berkenaan dengan bekalan dan pengeluaran makanan beribu pejabat di Rome, Itali. Sementara itu, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization(UNESCO) yang menyelesaikan masalah berkenaan dengan pendidikan, sains, dan budaya beribu pejabat di Paris, Perancis. Selain itu PBB mempunyai pelbagai agensi-agensi lain yang beroperasi di seluruh dunia. Hal ini akan menyulitkan dan memerlukan birokrasi yang tebal dalam menyelesaikan sesuatu perkara, akhirnya menyebabkan sesuatu isu menjadi tertangguh kerana struktur organisasi dalam PBB agak komplek dan merumitkan semua pihak.Konflik yang berlaku di Asia Barat yang telah berlanjutan selama 45 tahun namun begitu PBB masih lagi gagal mengatasi menyelesaikan konflik ini secara menyeluruh. Semenjak tertubuhnya Negara Israel pada tahun 1948 telah banyak peperangan yang telah berlaku di rantau bergolak itu seperti di negara Mesir dan Syria. Negara-negara Arab dan Islam telah membantah sekerasnya terhadap penubuhan negara Israel di tanah penduduk Palestin, hal ini telah membawa kepada beberapa siri peperangan yang telah gagal dibendung oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Antara peperangan yang berlaku ialah Six Day Wars(Perang Enam Hari) pada tahun 1967, dimana Israel telah menyerang Negara Arab yang bertentangan dengannya seperti Mesir, Jordan, dan Lebonan serta menakluk Semenanjung Sinai dan Kawasan Gaza, Tebing Barat serta Bukit Golan. Manakala dalam tahun 1982 telah meletusnya Perang Lebonan yang telah dimulakan oleh Israel atas alasan ingin menghapuskan kumpulan-kumpulan ekstrimis seperti Al-Fatah. PBB tidak dapat menghukum kelakuan Israel yang telah menlakukan pembunuhan beramai-ramai di Shabra dan Shatila.Manakala krisis yang berlaku di Rwanda, Afrika, pada tahun 1990-an PBB juga gagal menamatkan konflik kerana kegagalan badan dunia itu untuk menempatkan tentera pengaman di kawasan yang berkonflik itu.Pergolakkan yang berlaku antara Puak Tutsi dan Puak Hutu tidak dapat ditamatkan berikutan kurangnya sokongan negara-negara anggota PBB sendiri dalam menyediakan tentera dan kelengkapan yang mencukupi terutama daripada negara dalam Majlis Keselamatan sendiri seperti Perancis. Masalah ini UN Publications,United Nations Today-1980,Geneva, Palais des Nationss, 1980 hlm 20-2717adalah lanjutan daripada kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyelesaikan krisis pelarian Rwanda di Uganda pada awal 1960an. Akibat daripada keengganan kerajaan Uganda menerima pelarian tersebut, dan pengecualian daripada Tanzania membuktikan kegagalan pertubuhan antarabangsa ini melalui agensinya iaitu United Nations High Commisioner for Refugees(UNHCR) dalam masalah ini. Sepatutnya permasalahan ini dapat diselesaikan namun akibat kerenah birokrasi dalam PBB telahmembawa isu pada tahun 60an merebak sehingga tahun 90an. Jelasnya, betapa ampuh persefahaman yang gagal dipupuk kerana isu ini masih gagal diselesaikan walaupun dalam tempoh hampir 40 tahun.Kegagalan yang utama PBB adalah timbul daripada pengunaan kuasa veto oleh negara anggota tetap Majlis Keselamatan dalam PBB. Kuasa veto atau kuasa pembatal yang diperuntukkan oleh PBB kepada lima buah Negara iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Kesatuan Soviet, Britain, dan China hasil daripada cadangan Dumbarton Oaks yang dibentangkan di Washington D.C pada 9 Oktober 1944. Kemudian cadangan Oaks ini telah diterima oleh kebanyakkan negara anggota pada persidangan di San Francisco

Page 64: PERTUBUHAN BANGSA

pada 25 Jun 1945. Para serjarawan berpendapat perlunya ada kuasa veto jika pemerhatian yang dibuat ke atas kegagalan Liga Bangsa-bangsa adalah kerana tidak adanya kuasa pembatalan dalam pertubuhan itu. Bagaimanapun hal ini telah menimbulkan protes kebanyakkan negara kerana PBB diibaratkan seperti boneka yang dimainkan oleh kuasa-kuasa veto dalam Majlis Keselamatan. Dalam keadaan dunia yang kucar-kacir yang sentiasa berseiringan dengan konflik, PBB kelihatan seperti hilang upaya dan lumpuh kerana taring Majlis Keselamtan lebih tajam dalam menentukan keputusan terhadap setiap dasar yang dilaksanakan. Keadaan ini telah menimbulkan ketidakstabilan dalam badan dunia tersebut dalam memutuskan sebarang keputusan. Walaupun Bangsa-bangsa Bersatu adalah satu pertubuhan bagi setiap negara namun jika diletakkan banci maka ia akan terberat ke arah lima buah kuasa besar itu dan boleh diibaratkan badan ini hanya mementingkan lima kuasa tadi daripada lebih seratus negara anggota lain. Jika negara-negara anggota sementara dalam Majlis Keselamatan telah bersetuju sebulat suara mengundi dalam sesuatu perkara tetapi jika salah satu daripada negara tetap Majlis Keselamatan tidak bersetuju dan mengunakan kuasa vetonya, maka perkara tersebut akan 18terbatal dan tidak dapat dilaksanakan. Ekoran itu ia telah mengakibatkan PBB gagal berfungsi seperti mana yang diharapkan malahan sesuatu tindakan yang diambil adalah lembap walaupun jalan penyelesaian dalam sesuatu perkara adalah amat diperlukan dengan segera agar konflik yang berlaku tidak merebak.Bangsa-bangsa Bersatu juga mempunyai permasalahan kewangan hal ini akan membantut menyalurkan bantuan kewangan kepada negara yang dilanda bencana atau mempunyai masalah kewangan. PBB mendapat sumber kewangan daripada negara-negara anggota. Oleh kerana PBB perlu membiayai banyak operasi yang dilaksanakan oleh agensi-agensinya seperti ILO, FAO, UNESCO, WHO, dan ICOA maka perbelanjaan bagi tugas tugas-tugas teknikal, latihan, bantuan teknologi dan peralatan-peralatan tugas adalah tinggi. PBB dianggarkan membelanjakan 7.9 juta dolar dan naik kepada 10 juta dolar dalam masa lima tahun dalam perbelanjaan untuk tugas-tugas kajian sahaja tidak termasuk tugas-tugas lain. Perbelanjaan yang besar in telah menyebabkan PBB mendapatkan bantuan negara-negara kaya seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Jepun. Akibat kekurangan sumber kewangan telah menyebabkan kelembapan operasi-operasi PBB dan ia juga telah ditekan oleh negara-negara pembiaya atas satu-satu isu yang mempunyai kepentingan nasional bagi negara pembiayai tersebutPada dekad ini, kegagalan yang terbesar terpaksa diterima oleh Bangsa-bangsa Bersatu ialah kegagalannya dalam isu pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Negara Iraq pada 20 Mac 2002 sehingga menyebabkan pemerintahan Rejim Saadam Hussein rebah pada 19 April 2003. Namun PBB hanya mampu melopong dan tiada tindakan yang berani diambil sebagai polis dunia. Alasan yang diberikan PBB kepada dunia ialah tentera penceroboh menyerang negara Timur Tengah itu adalah untuk memusnahkan `deadly weapons` yang kononnya disembunyikan di Iraq dan juga untuk membebaskan rakyat Iraq dari pemerintahan Saddam Hussein yang dtuduhkan diktator dan kuku besi. Namun sehingga ke hari ini tiada bukti kukuh yang menunjukkan Iraq ada ________________________________________________________________________Report of a 11.United Nations/UNESCO/WHO Mission, The Feasibility Of Establishing A World Population Institute,New York,1971 hlm 51-52.

19

Page 65: PERTUBUHAN BANGSA

menyimpan senjata pemusnah sehinggalah negara itu menjadi seperti padang jarak padang terkukur. Peperangan ini juga telah mengorbankan rakyat Iraq yang tidak berdosa dan yang masih hidup pula terkapai-kapai hilang arah tujuan kerana ketiadaan tempat berteduh, punca pendapatan dan tidak terkecuali yang kehilangan anggota badan. Sepatutnya Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memainkan peranan yang penting dalam isu ini dengan mengheret kerajaan Rejim itu kemuka pengadilan, namun Amerika Syarikat telah bertindak sebagai hakim dan telah menjatuhkan hukuman kepada Iraq dan rakyatnya tanpa pengadilan yang sewajarnya. Manakala badan induk dunia yang berstatuskan polis antarabangsa itu pula hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Oleh itu nasib PBB dan Liga Bangsa-bangsa adalah sama iaitu gagal menyekat perang daripada berlaku tapi PBB masih lagi bernasib baik kerana ia masih lagi beroperasi sedangkan kegagalan ini adalah yang patut dimalukan oleh seluruh pegawai pentadbirnya.Pada hakikatnya, dalam mengukur kejayaan dan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah amat sukar. Ini kerana disebalik kegagalan yang memalukan mereka, namun terdapat kejayaan yang menyelamatkan ramai umat manusia daripada kesengsaraan. Namun begitu, Bangsa-bangsa Bersatu sepatutnya bersikap lebih idealistik dalam corak pentadbiran yang telah mereka jalankan. Langkah-langkah dan idea baru haruslah berseiringan dengan reputasinya sebagai sebuah badan dunia yang mempunyai peranan besar dalam menjaga keselamatan dan keamanan. Sepatutnya badan ini sejak dari dulu lagi memikirkan bagaimana mewujudkan satu pentadbiran dibawah satu ibu pejabat, iaitu dengan menletakkan semua agensi-agensi dan juga organisasi utama yang terdapat dalam PBB di bawah satu bumbung. Hal ini bukan sahaja mencepatkan proses menentukan keputusan yang diambil malahan karenah birokrasi yang selama ini telah dikutuk oleh masyarakat dunia dapat dihapuskan. Selain itu, hal yang paling utama perlu PBB baiki adalah dengan menghapuskan pengunaan kuasa veto bagi menwujudkan suasana yang lebih adil dan saksama dalam badan induk itu

Hasil-hasil pembaikpulihan inilah yang akhirnya akan menghasilkan PBB sebagai pengaman dunia akan terserlah. Walaubagaimanapun PBB yang ditubuhkan di 20Persidangan San Francisco pada tahun 1945 telah mendapat banyak kejayaan jika dibandingkan dengan pertubuhan sebelumnya. Ini terbukti dengan kepentingan kewujudan PBB sebagai pendamai dan pembawa kemajuan manusia malahan lebih dirasai kalau difikirkan secara logikalnya bahawa Kesatuan Soviet yang sentiasa menentang dan mengencam tindakan PBB namun masih lagi bernaung sebagai negara anggota PBB. Malahan kejayaan PBB ini bukan sahaja meliputi sebagai pengaman dunia malahan dalam bidang ekonomi, sosial dan kemanusiaan juga terserlah menlalaui penubuhan agensi-agensinya seperti International Monetary Fund(IMF), International Labour Organization(ILO), Food and Agriculture Organization of the United Nations(FAO) dan pelbagai lagi agensi yang mempunyai fungsi yang besar. Malahan kepercayaan dunia terhadap Bangsa-bangsa Bersatu juga masih lagi kuat, ini berpunca daripada beberapa kejayaannya yang lepas dan harapan yang berikan oleh negara-negara anggota agar PBB masih mampu mengekalkan keamanan dunia sejagat.

Page 66: PERTUBUHAN BANGSA

PBB dan Krisis Ekonomi Global

Jum'at, 09 Oktober 2009 08:42 wib | Koran SI - Koran SI

TOPIK PILIHAN

1. Kenaikan Harga BBM

2. Mandala Air Bangkrut

3. Heboh IPO Alibaba

Foto: CorbisSetelah hiruk-pikuk pertemuan G-20 di Pittsburg, AS, akhir September 2009, dan kuatnya rekomendasi memperkuat entitas G-20 menggantikan G-8, PBB pun terus menggodok gagasan untuk terlibat penuh dalam penanganan krisis keuangan dan ekonomi dunia.

Jauh sebelum pelaksanaan KTT puncak G-20, Presiden Majelis Umum PBB sebenarnya telah meminta Joseph Stiglits untuk membentuk Commission of Expert yang akan memberikan advis kepada PGA untuk masalahmasalah krusial di bidang ekonomi dunia, komisi ini telah mengkaji usulan Kanselir Jerman Angela Markel mengenai pembentukan "global economic council" atau biasa juga disebut "Global

Page 67: PERTUBUHAN BANGSA

Economic Coordination Council".

Gagasan tersebut masih terus dalam status pematangan dan menunggu feedback negara-negara anggota PBB lain. Langkah terbaru upaya ini kembali digelindingkan pada pelaksanaan pertemuan puncak lima hari kalangan pakar ekonomi,pendidikan, pengusaha, peneliti, pemerintahan, LSM, pemimpin agama,dan swasta pada pertengahan September 2009 lalu di London, Inggris.

Tujuannya mengidentifikasi langkah-langkah jangka panjang dan darurat dalam memitigasi dampak krisis ekonomi.Apa yang mendorong PBB demikian antusias terlibat dalam menentukan arah respons global terhadap krisis ekonomi dan keuangan dewasa ini? Analisis paling objektif yang harus disikapi PBB dalam penanganan masalah krisis keuangan dan ekonomi tersebut adalah krisis itu refleksi kegagalan "the inclusive multilateralism" di bidang ekonomi.

Kesimpulan ini pernah disampaikan Mr Jomo Kwane Sundaran, Asisten Sekjen PBB untuk Pembangunan Ekonom dalam suatu forum terbuka di markas PBB di Wina,Austria. Secara historis PBB sebenarnya menyimpan memori cukup mendalam mengenai hal ini pada saat persiapan Bretton Woods, 1944.

Konsepsi Bretton Wood 1944 sesungguhnya juga lahir dari sebuah konferensi yang diprakarsai "PBB", walaupun badan dunia tersebut belum lahir saat itu. Dalam hal ini, Bretton Woods 1944 merupakan jelmaan dari United Nations Conference on Monetary and Financial Affairs ketika itu.

Hanya saja saat itu penekanan objektifnya pada beberapa sektor penting seperti sustaining growth, employment creation, dan development terpinggirkan oleh aspek financial stability. Alhasil, keberadaan Bretton Woods sebagai governance arrangements yang menjadi sangat berbeda daripada yang diharapkan semula.

Kegagalan "The Inclusive Multilateralism"

Keraguan masyarakat dunia terhadap langkah-langkah terkini yang diambil oleh banyak kelompok negara merupakan kritik terhadap kegagalan antisipasi "the inclusive multilateralism".Ketidakmampuan itu mengakar pada polapola neoliberalisme yang berinfiltrasi ke dalam sistem keuangan dunia (international financial architecture) yang lebih bersifat ad-hoc, sehingga menjadi masalah tersendiri.

Akibatnya, krisis itu semakin meningkatkan pengaruh serta mengentalkan dikotomi antara ideologi pro-deregulation dan self-regulation yang kemudian menghasilkan inadequate ataupun inappropriate regulation capital account liberalization. Kritik paling terbuka terhadap kegagalan itu karena globalisasi keuangan pada hakikatnya tidak memberikan kontribusi pada pertumbuhan.

Krisis keuangan itu justru menjadikan banyak negara sedang berkembang sebagai innocent victims utama. Policy response yang dihasilkan oleh sebagian besar major playerseperti G-7 maupun G-20 dianggap inadequate dan lebih bersifat double standard serta cenderung mengirimkan sinyal menguatnya proteksionisme.

Page 68: PERTUBUHAN BANGSA

Realitas yang dengan mudah kita saksikan saat ini adalah betapa arsitektur keuangan global lebih mengedepankan net capital flows dari Selatan ke Utara dan memperlihatkan bagaimana AS menjadi peminjam terbesarnya. Padahal seyogianya net capital flows itu memberi ruang bagi aliran modal yang lebih berimbang dari Utara ke Selatan (capital rich to capital poor). Arsitektur keuangan yang banyak dipuja orang sesungguhnya tidak menggambarkan short-term capital inflows yang sehat.

Hal itu dikarenakan kontribusinya terhadap investasi maupun rasio pertumbuhan tidak ada.Pengelolaan aset ekonomi, baik menyangkut sharesmaupun prices,cenderung dilakukan secara bubbles management. Bahkan dukungan keuangan yang lebih murah dan royal diberikan kepada kegiatan-kegiatan ekonomi yang bersifat consumption binges. Mengapa demikian?

Karena kondisi pengelolaan ekonomi semacam itu umumnya dibangun dengan landasan booming economic activity yang kerap berakhir dengan sudden collapse. Artinya, kadang-kadang investasi, yang seharusnya menjadi salah satu pilar pertumbuhan, cenderung mengalami over-investmentdengan ekses kapasitas sebagai ciri utamanya. Semua itu justru memperkisruh instabilitas keuangan dan mengubahnya menjadi pro-cyclicality.

Fokus Penanganan

Jika PBB ingin serius menyelami langkah yang harus disiapkan masyarakat global, maka penanganan krisis ekonomi dunia harus diarahkan pada dua front, yakni prioritas penguatan aspek regulatorydan policy.Upaya pada tingkat regulatory ditunjukkan dengan langkah-langkah seperti kemampuan untuk menciptakan prudential risk management, terutama untuk memonitor arus modal (capital control),

mendorong finance growth yang berbasis pada output dan optimalisasi ketersediaan tenaga kerja, mengembangkan struktur keuangan yang krusial bagi investasi dan pengembangan kebijakan di bidang teknologi, serta mendorong terciptanya inclusive finance yang mampu menopang stabilitas keuangan dunia.

Di tingkat policy priorities,langkah- langkah yang mesti dilakukan adalah dengan membendung tersebarnya krisis keuangan dengan cara menjamin likuiditas untuk memastikan adanya pertumbuhan real economy, menurunkan restriksi ekonomi melalui langkah-langkah fiskal dan moneter, serta mengembangkan regulatory reform yang tepat di sektor keuangan, baik secara nasional maupun internasional.

Pada tataran praksis, tampaknya kita juga tetap dituntut untuk melanjutkan kebijakan stimulus. Hal itu diperlukan guna merangsang permintaan asing bagi tujuan ekspor yang cenderung melemah dalam kondisi tersebut. Hanya,masalahnya memang kapasitas produktif domestik dan kapabilitasnya telah hilang ditelan liberalisasi ekonomi.

Apalagi hampir semua negara mengalami keterbatasan fiskal. Ironisnya, terdapat kecenderungan

Page 69: PERTUBUHAN BANGSA

hampir setiap negara memfokuskan diri pada pembiayaan domestik, bukan eksternal-baik melalui pembangunan atau perbaikan infrastruktur maupun penguatan perlindungan dan pelayanan sosial.

Bagaimanapun,keinginan PBB untuk mengembangkan UN-Systemdalam penanganan isu keuangan dan ekonomi dunia sebaiknya ditempatkan pada upaya untuk memainkan peranan pemberian second opinion bagi banyak negara anggota yang memerlukan. Harus diakui bahwa mandat dari kemungkinan badan yang dibentuk serta kapasitas untuk melaksanakan fungsi tersebut tidak mudah dirumuskan dalam waktu dekat.

Sementara pada saat bersamaan dunia menuntut untuk memperoleh akuntabilitas yang lebih besar dalam penanganan ekonomi global. Karena pada dasarnya, ketiadaan akuntabilitas telah menjadi salah satu ciri kegagalan sistem yang berlangsung sekarang. (*)

Page 70: PERTUBUHAN BANGSA

2013 penuh kesibukan, pencapaian penting dalam hubungan antarabangsa Malaysia

Published: 30 December 2013

Walaupun diwarnai dengan pelbagai peristiwa, tahun 2013 melakar pelbagai pencapaian penting bagi Malaysia dari segi hubungan antarabangsa dan diplomatik.

Dalam menangani hal ehwal luarnya, Malaysia boleh dikatakan tidak menghadapi kontroversi mencabar dalam hubungan dua halanya di peringkat serantau dan dengan negara lain.

Malaysia dengan penuh yakin menyuarakan pendirian dan pendapatnya tentang isu penting global seperti konflik di Syria, isu nuklear Korea Utara dan krisis politik Mesir, sambil mengekalkan pendirian tidak campur tangannya dalam hal ehwal domestik negara lain.

Peristiwa paling penting dalam aspek hubungan antarabangsa dan diplomatik Malaysia pada 2013 ialah lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) ke beberapa negara dan penyertaan beliau dalam beberapa sidang kemuncak penting yang berjaya meningkatkan hubungan negara ini dengan negara terbabit dalam bidang politik dan ekonomi.

Kunjungan Najib juga menyerlahkan kedudukan Malaysia di mata masyarakat dunia, di samping memberi peluang kepada negara ini untuk menyuarakan pendapatnya dan bertukar-tukar pandangan tentang pelbagai isu serantau dan antarabangsa.

Pada Januari, Najib mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di Palestin apabila beliau mempertaruhkan nyawa dengan melakukan kunjungan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung rejim Zionis.

Perjuangan rakyat Palestin sentiasa mendapat tempat istimewa dalam dasar luar Malaysia dan banyak pihak menganggap kunjungan beliau ke Gaza memberi harapan dan menguatkan semangat rakyat negara itu untuk meneruskan perjuangan mereka sejak beberapa dekad lepas bagi memerdekakan tanah air mereka daripada cengkaman Israel.

Pada bulan sama, Najib mengadakan perjumpaan dengan Presiden Mesir Mohamed Morsi dalam lawatan kerja tiga harinya ke negara itu. Kuala Lumpur menyuarakan padangannya tentang konflik di Mesir, yang menyaksikan penggulingan Morsi.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai hal ehwal dalaman, Malaysia bagaimanapun menegaskan tentang perlunya bagi Mesir mencari penyelesaian secara aman terhadap konflik itu.

Penyertaan perdana menteri di pelbagai sidang kemuncak dan mesyuarat bukan sahaja memberi kesempatan kepada beliau untuk bertemu para pemimpin dari seluruh dunia, tetapi juga memperkukuhkan peranan Malaysia dalam menghadapi geopolitik dunia yang sentiasa berubah.

Ketika melakukan lawatan kerja ke Tanzania pada Jun, Najib menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global bersama 14 pemimpin negara lain dan berkongsi dengan mereka program transformasi Malaysia.

Page 71: PERTUBUHAN BANGSA

Di luar rangka dialog itu, Najib mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapakse, Perdana Menteri Algeria Abdelmalek Sellal, Presiden Uganda Yoweri Museveni dan Presiden Tanzania Jakaya Mrisho Kikwete.

Ketika menghadiri sidang ke-68 Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September, Najib menyuarakan pandangan Malaysia tentang usaha menghapuskan senjata nuklear yang terus mengancam keselamatan dunia serta menyeru masyarakat antarabangsa berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah politik yang mencetuskan ketegangan di dunia Islam.

Pada awal Oktober, beliau menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) dan Mesyuarat Perkongsian Trans-Pasifik di Bali.

Satu lagi peristiwa penting dalam hubungan antarabangsa Malaysia pada 2013 ialah penyertaan negara ini dalam Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Colombo pada November, di mana Najib mengumumkan bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah CHOGM 2019.

Pada awal Disember, Najib ke Tokyo untuk melakukan lawatan kerja dan menghadiri sidang kemuncak sempena ulang tahun ke-40 hubungan dialog Asean-Jepun. Ketika di sana, beliau merupakan pemimpin Asean pertama yang mengadakan rundingan dua hala dengan perdana menteri Jepun Shinzo Abe.

Kunjungan itu juga memberi peluang kepada Najib menyampaikan pandangan Malaysia tentang pelaburan Jepun di Malaysia, program transformasi, arus kedua dasar Pandang Ke Timur berkaitan amalan etika kerja dan amalan perniagaan Jepun serta arah tuju hubungan Jepun-Asean pada masa akan datang.

Di peringkat serantau, pada awal Oktober, Najib menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-23 di Brunei Darussalam serta mengadakan perjumpaan dengan rakan dialog Asean seperti China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, India dan Amerika.

Dalam konteks Asean, tuntutan bertindih maritim di Laut China Selatan terus menjadi isu penting dan dalam hal ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menegaskan bahawa Kuala Lumpur sentiasa tekal dengan pendiriannya berhubung isu berkenaan iaitu penyelesaian terbaik perlu dicari untuk mengekalkan hubungan persahabatan dan memelihara hubungan mesra yang sedia terjalin dalam kalangan negara di rantau ini.

Ketika menyuarakan pandangan Malaysia pada sidang kemuncak itu, Najib mengalu-alukan jaminan China untuk menyelesaikan isu tuntutan wilayah di Laut China Selatan secara rundingan, bukan melalui penggunaan kekerasan.

Tahun ini juga menyaksikan Malaysia memainkan peranan aktif dalam proses damai di selatan Thailand, yang dilanda sengketa. Pada Februari, kerajaan Thailand dan Badan Revolusi Nasional (BRN), sebuah kumpulan Islam selatan Thailand, menandatangani Dokumen Konsensus Umum di Malaysia.

Page 72: PERTUBUHAN BANGSA

Kedua-dua pihak yang menandatangani dokumen yang akan merintis jalan ke arah proses dialog untuk mewujudkan keamanan di wilayah selatan Thailand itu, bersetuju menjemput Malaysia menjadi pemudahcara untuk menggerakkan dialog berkenaan.

Pada Disember, Najib menghadiri perundingan tahunan ke-10 antara Indonesia dan Malaysia dan kedua-dua pihak mencapai kemajuan dalam rundingan mereka, antara lain berhubung isu pembantu rumah.

Malaysia juga terus menyuarakan pendapatnya tentang isu berkaitan minoriti Islam termasuk di Myanmar, yang menyaksikan tercetus keganasan antara masyarakat Islam dan Buddha. Malaysia menggesa kerajaan Myanmar mengambil langkah konkrit untuk menamatkan semua bentuk kegansan terhadap masyarakat Islam di negara itu.

Pada minggu pertama Disember, Malaysia dan Brunei melakar sejarah dalam hubungan mereka apabila Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah merasmikan Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Limbang di Sarawak dan Temburong di Brunei – jambatan pertama yang dibina secara bersama kedua-dua negara itu.

Najib juga menghadiri Perundingan Tahunan Pemimpin ke-17 dengan Sultan Hassanal Bolkiah.

Pada Oktober, perdana menteri menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-9 di London. Perdana Menteri Britain David Cameron berkata pendekatan kesederhanaan yang dianjurkan Najib memberi ilham serta mampu menyatukan masyarakat seluruh dunia.

Ketika melakukan lawatan kerja ke United Kingdom pada Julai, Najib dan Cameron merasmikan pecah tanah bagi projek Stesen Tenaga Battersea berharga lapan bilion pound (RM38 bilion), projek terbesar Malaysia di Britain.

Tahun ini juga membuka lembaran baharu dalam hubungan Kuala Lumpur-Dhaka berikutan lawatan Najib ke Bangladesh pada November. Malaysia negara Islam pertama mengiktiraf kemerdekaan Bangladesh pada 1971.

Najib juga melakukan lawatan kerja empat hari ke Arab Saudi pada Disember dan kunjungan beliau itu mengeratkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh.

Di peringkat dalam negeri, pada Oktober, Malaysia menerima kunjungan pertama Presiden China Xi Jinping ke negara ini bagi meningkatkan hubungan Kuala Lumpur-Beijing.

Kunjungan beliau, yang melakar arah tuju bagi hubungan antara kedua-dua negara pada masa akan datang, juga mencerminkan komitmen pemimpin baru China itu untuk memelihara hubungan persahabatan yang wujud sejak sekian lama antara kedua-dua negara setelah Kuala Lumpur mengadakan hubungan diplomatik dengan Beijing 39 tahun lepas.

Pada September, Presiden Singapura Dr Tony Tan Keng Yam melakukan lawatan negara pertamanya ke Malaysia bagi mengukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin antara kedua-dua negara sejak sekian lama.

Page 73: PERTUBUHAN BANGSA

Pada Februari, Najib dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong mengumumkan pelaksanaan projek hubungan rel berkelajuan tinggi KL-Singapura bernilai berbilion ringgit pada perundingan tahunan pemimpin kedua-dua negara di republik itu.

Pada November pula, Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil bagi membincangkan persempadanan maritim Pedra Branca atau Pulau Batu, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, yang terletak di luar perairan kedua-dua negara.

Walaupun pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu, Sabah, mengejutkan banyak pihak, insiden itu tidak menjejaskan hubungan Manila-Kuala Lumpur kerana pencerobohan itu tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan Filipina.

Tahun ini juga menyaksikan tercetusnya kontroversi berhubung dakwaan Singapura membantu Amerika melakukan intipan terhadap Malaysia, yang sekaligus mendorong Kementerian Luar memanggil duta republik itu di Malaysia untuk memberi penjelasan tentang dakwaan itu.

Satu lagi kontroversi tercetus apabila duta Vatican di Malaysia Ketua Biskop Joseph Marino membuat kenyataan tentang penggunaan kalimah Allah. Beliau kemudian memohon maaf kepada rakyat Malaysia tentang salah faham dan keadaan tidak selesa yang timbul akibat kenyataannya itu.

Marino dipanggil ke Wisma Putra pada 16 Julai dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata duta itu menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berniat untuk mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

Ketika menjelaskan pendirian Malaysia tentang senjata nuklear, Kuala Lumpur mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Korea Utara melakukan ujian nuklear pada Februari kerana perbuatan itu secara terang-terangan melanggar resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Walaupun pelbagai peristiwa penting mewarnai hubungan antarabangsa Malaysia pada 2013, tiada siapa yang boleh menafikan kekecewaan yang dirasai akibat tindakan Presiden Amerika Barack Obama membatalkan rancangannya untuk menghadiri dan berucap pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Global (GES) keempat di Kuala Lumpur pada 11 Oktober.

Jika Obama tidak membatalkan rancangannya itu, beliau merupakan presiden Amerika pertama yang melawat Malaysia sejak 45 tahun lepas. Obama membatalkan kedatangannya ke Malaysia bagi menangani krisis penutupan sebahagian pentadbiran kerajaan negaranya.

Setiausaha Negara Amerika John Kerry, yang mewakili Obama pada sidang kemuncak itu, berkata Malaysia dan Amerika kini bekerjasama dalam lebih banyak bidang termasuk berkaitan iklim, pembanterasan keganasan, pencegahan pengeluaran senjata nuklear secara besar-besaran dan keselamatan maritim.

Antara pemimpin lain yang melawat Malaysia pada 2013 ialah Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma pada Ogos untuk menerima bagi pihak bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela, anugerah Lifetime Campaigner for Peace and Freedom of the Mahathir Award for Global Peace. Mandela meninggal dunia awal bulan ini.

Page 74: PERTUBUHAN BANGSA

Pemimpin lain ialah Pengiran Muda Mahkota Brunei Haji Al-Muhtadee Billah Ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah; Putera Mahkota Abu Dhabi Jen Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan; Putera Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri Pertama Bahrain Salman bin Hamad Al-Khalifa; Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault; Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra; Perdana Menteri Kanada Stephen Harper; dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe.

RENCANA

Rahsia kejayaan, kekuatan dan survival PBB, Taib

2013/10/20 - 02:30:15 AM Jeniri Amir Cetak Emel Kawan

Pemuafakatan, prinsip konsensus wujudkan solidariti, kestabilan

Mungkinkah Ketua Menteri paling lama memerintah di negara ini akan mengumumkan tarikh pengunduran dan pengganti beliau ketika persidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 18 hingga 22 Oktober ini?

Hakikatnya, Tan Sri Taib Mahmud yang sudah menerajui parti dan menjadi Ketua Menteri sejak 1981, akan terus menjadi presiden parti terbesar Sarawak itu sehingga 2016. Pembangkang dan pengkritik beliau mahu melihat Taib segera berundur. Taib dianggap sudah terlalu lama menduduki kerusi itu dan mereka ingin melihat perubahan. Menjadi rahsia umum, isu kepemimpinan Taib dan tempoh beliau yang terlalu lama memerintah menjadi isu duri dalam daging dan sentiasa dieksploitasikan oleh pembangkang untuk meraih undi. Ini adalah antara faktor masyarakat Cina di Sarawak menolak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu dan juga pilihan raya negeri ke-10.

Tarikh pengunduran jadi isu basi

Soal tarikh pengunduran dan pengganti, kini sudah menjadi isu basi dan menjadi antiklimaks meskipun sekali lagi baru-baru ini, Taib menyatakan kesediaan beliau untuk berundur kerana menyedari dirinya kian berusia. Apakah yang terlalu menyukarkan Taib dalam memilih pengganti? Adakah kriteria beliau terlalu ketat? Adakah barisan pemimpin sedia ada, pada hemat beliau, tidak dapat menandingi keupayaan dan kebolehannya?

Sesetengah nama yang disebut-sebut menjadi pengganti telah pun lupus dalam lipatan sejarah politik Sarawak. Tetapi, tidak mungkin selepas 32 tahun, beliau masih belum berjaya menggilap pemimpin pelapis? Atau mungkinkah akan ada kuda hitam yang tiba-tiba menjelma? Sekurang-kurangnya Taib sudah mengumumkan untuk berundur sebanyak tujuh kali dalam tempoh 20 tahun lalu. Hakikat yang

Page 75: PERTUBUHAN BANGSA

ramai tidak ketahui ialah beliau sebenarnya menyatakan hasrat untuk berundur ketika berlaku krisis dan pergolakan politik pada pertengahan 1980-an. Mengenai tarikh pengunduran dan siapa penggantinya, hanya Taib dan dua tiga orang kepercayaan beliau saja yang tahu jawapannya.

Sesuai dengan kekayaan Sarawak dan tempoh perkhidmatannya, Taib memberi sumbangan besar dalam membangun dan memajukan Sarawak dari segi politik, prasarana, ekonomi, perindustrian, pelancongan, kebudayaan dan seumpamanya. Pemimpin berusia 77 tahun itu sudah menjadi Ketua Menteri selama 32 tahun, dan menjadi menteri pada peringkat negeri dan Persekutuan selama 50 tahun. Bagi pemimpin politik sezaman dengannya, hanya beliau saja yang masih kekal berkuasa. Apakah rahsia kelangsungan politik dan ketahanan beliau itu? Taib seolah-olah mempunyai sentuhan magis dan begitu sukar digugat. Dengan keupayaan beliau memastikan parti kedua terbesar selepas UMNO itu cemerlang dalam pilihan raya negeri dan pilihan raya umum, tentu tuntutan sedemikian bagi penyokong Taib, dianggap sumbang dan tidak masuk akal. PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya negeri 2011 dan 14 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum lalu. Gabungan tiga parti

PBB asalnya ialah gabungan tiga parti, iaitu Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) yang diasaskan oleh Temenggong Jugah Barieng pada 1961; Parti Negara Sarawak (PANAS) yang ditubuhkan oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha yang dibentuk pada 1960, dan Parti Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) yang diasaskan pada 1961. BARJASA dipimpin oleh Tunku Haji Bujang serta Tun Abdul Rahman Yaakub dan Taib Mahmud. PANAS dan BARJASA bergabung menjadi Parti Bumiputra pada 1967. PBB dibentuk hasil gabungan PESAKA dan Parti Bumiputra pada 1974.

Itulah latar belakang wujudnya sayap Bumiputera dan PESAKA dalam parti berkenaan pada hari ini; Bumiputera mewakili Melayu dan Melanau, manakala PESAKA mewakili etnik Dayak. Kini, PBB mempunyai sekitar 265,000 ahli daripada semua etnik Bumiputera dengan 71 cawangan adalah contoh parti Bumiputera yang inklusif, dengan turut menampilkan wakil daripada etnik minoriti sebagai calon dalam pilihan raya. PBB pernah menghadapi ancaman dalaman dan luaran, termasuk daripada Parti Rakyat Jati Sarawak (PAJAR) pimpinan Ali Kawi dalam pilihan raya 1979, dan Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak pimpinan Tun Abdul Rahman Yaakub pada 1987.

Rahsia kejayaan, kekuatan dan survival PBB adalah politik pemuafakatan yang berteraskan prinsip konsensus, pengorbanan, bertolak-ansur dan perundingan bagi memastikan suara setiap etnik diwakili, termasuk etnik minoriti. Konflik kepentingan etnik dapat dielakkan melalui permuafakatan itu, sekali gus mewujudkan solidariti dan kestabilan politik. PBB akan terus relevan jika parti tulang belakang BN Sarawak itu sensitif terhadap keperluan ahli yang rencam dan bersikap sederhana dengan menjaga kebajikan, kepentingan dan keperluan rakyat, khususnya di luar bandar dan pedalaman.

Penulis ialah pensyarah Universiti Malaysia Sarawak

Page 76: PERTUBUHAN BANGSA

27/7/2006: Keamanan merupakan perkara pokok bagi sesebuah negara bangsa. Ini kerana keamanan merupakan

asas kepada kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Dalam konteks antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu (PBB) merupakan badan tunggal yang berperanan dalam memastikan keamanan dan keselamatan

di kalangan negara anggota dapat dikekalkan, dan lebih penting mempunyai keupayaan untuk mencorakkan iklim

politik dunia supaya kekal aman dan harmonis.

Idea mengenai perlunya sebuah pertubuhan antarabangsa bebas untuk memastikan kelangsungan keamanan dan

keselamatan antarabangsa bermula seawal 1941 apabila Presiden Franklin D. Roosevelt dan Perdanan Menteri

Winston Churchill menandatagani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 di atas kapal HMS Prince of Wales. Piagam

tersebut mengandungi prinsip-prinsip asas mengenai kerjasama antarabangsa dalam mengekalkan simbiosis

keamanan antarabangsa.

Piagam ini telah mendapat sokongan daripada negara-negara Bersekutu pada masa itu apabila sebanyak 26 wakil

negara-negara Bersekutu telah bersetuju untuk menandatangani suatu perisytiharan yang menyatakan sokongan

terhadap Piagam Atlantik dalam usaha mereka untuk menentang Kuasa-kuasa Paksi yang terdiri daripada Jerman,

Itali,dan Jepun. Perisytiharan ini telah memperkenalkan buat pertama kalinya istilah “United Nations” yang

dicadangkan oleh Presiden Roosevelt.

Empat kuasa besar dunia pada masa itu iaitu Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, China, dan United Kingdom juga

menyatakan persetujuan mengenai keperluan mewujudkan badan tersebut. Lantaran itu, bertempat di Moscow

pada 30 Oktober 1943, negara-negara ini telah bersama-sama bersetuju untuk menandatangani satu deklarasi

yang menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil inisiatif awal bagi menubuhkan badan tersebut.

Matlamat ini juga telah disuarakan semasa mesyuarat pemimpin negara-negara tersebut di Tehran, pada 1

Disember 1943.

Impian mengenai kewujudan PBB semakin jelas apabila rangka kerja mengenainya telah disiapkan pada

Persidangan Dumbarton Oaks di Washington D.C. bermula 21 September sehingga 7 Oktober 1944. Negara-negara

yang terlibat dalam proses persiapan rangka kerja PBB terdiri daripada Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, China,

dan United Kingdom. Malah, tiga ikon politik dunia pada ketika itu iaitu Roosevelt, Winston Churchill, dan Stalin

telah pun menyuarakan keprihatinan mereka mengenai pembentukan badan antarabangsa yang mampu mengawal

selia keamanan dunia semasa Persidangan Yalta yang diadakan pada 11 Februari 1945 di Yalta, USSR.

Penubuhan PBB akhirnya menjadi kenyataan apabila 50 delegasi negara-negara dunia telah menghadiri

Persidangan San Francisco pada 25 April 1945 dan menyiapkan Piagam PBB dengan 111 artikel. PBB diiktiraf

sebagai badan dunia rasmi pada 24 Oktober 1945 apabila kesemua lima anggota Majlis Keselamatan PBB dan

majoriti daripada negara-negara anggota telah bersetuju untuk meratifikasi Piagam PBB. Akhirnya, terlakar dalam

kanvas sejarah dunia pada 10 Januari 1946, PBB mengadakan Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di

Central Hall, Westminster dengan kehadiran sejumlah 51 negara sebagai ahli terawal PBB.

Selaku badan dunia tunggal dan terbesar, PBB ditubuhkan dengan beberapa matlamat utama sebagaimana yang

telah digariskan dalam Artikel 1 Piagam PBB, antara lain menyenaraikan: (1) Mengekalkan keamanan dan

keselamatan antarabangsa, (2) Mewujudkan hubungan baik antara negara-negara bangsa, (3) Mencapai kerjasama

antarabangsa dalam menyelesaikan isu-isu antarabangsa mengenai ekonomi, sosial, budaya, dan lain-lain, (4)

Page 77: PERTUBUHAN BANGSA

Menjadi pusat negara-negara bangsa merangka dan mengambil tindakan berhubung isu-isu (1) hingga (3).

Matlamat-matlamat tersebut tertakluk kepada Artikel 2 yang menerangkan tujuh prinsip asas tindakan PBB

antaranya mengambil tindakan dengan menghormati sensitiviti dan kepentingan negara anggota.

Secara asasnya, Artikel 7 menggariskan komponen-komponen utama PBB yang terdiri daripada Majlis Keselamatan,

Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, Setiausaha Agung, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, serta Majlis

Pemegang Amanah.

Komposisi Majlis Keselamatan, seperti yang diterangkan dalam Artikel 23, terdiri daripada 15 anggota: 5

ahli tetap iaitu Amerika Syarikat, China, Britain, Perancis, dan Rusia serta 10 ahli tidak tetap yang dipilih dua tahun

sekali berdasarkan Artikel 23(2). Tanggungjawab Majlis Keselamatan tersenarai dalam Bahagian VI, VII, VIII, dan XII

Piagam PBB. Setiap keputusan yang dicapai oleh Majlis Keselamatan akan dipatuhi oleh PBB dan mana-mana badan

boleh dilantik oleh Majlis Keselamatan sekiranya dirasakan perlu dalam membantu pelaksanaan tugas khususnya

dalam mencapai suatu resolusi. Anggota tetap Majlis Keselamatan juga mempunyai kuasa pembatal atau veto yang

boleh membatalkan sebarang resolusi yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan.

Majlis Ekonomi dan Sosial pula berperanan melakukan kajian dan laporan kepada PBB mengenai isu-isu yang

berkaitan dengan ekonomi dan sosial antarabangsa. Majlis ini juga, seperti yang termaktub dalam Artikel 62(2) dan

(3), mempunyai kuasa untuk memberi cadangan dan membuat draf konvensyen mengenai ekonomi dan sosial di

peringkat antarabangsa. Majlis Ekonomi dan Sosial, dalam Artikel 61, terdiri daripada 54 ahli yang dilantik oleh

Perhimpunan Agung (UNGA)

Berdasarkan Artikel 93(1), kesemua negara anggota PBB adalah ahli ipso facto kepada Statut Mahkamah Keadilan

Antarabangsa. Walau bagaimanapun, badan yang mempunyai kuasa untuk memberi pendapat dan pandangan

terhadap isu berkaitan perundangan, juga boleh disertai oleh negara bukan ahli tertakluk kepada syarat-syarat

yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung.

Setelah meneliti idea, konsep, matlamat, hierarki, dan modus operandi PBB, kita sewajarnya, dalam menentukan

relevansi PBB dalam memelihara keamanan dan keadilan antarabangsa, menganalisa pola perubahan politik

dunia . Politik dunia yang pada awalnya adalah merupakan paksi multipolar sewaktu gawatnya kancah perang

dunia kedua, telah bertukar kepada dunia dwipolar dengan kecundangnya gagasan Nazi, Jepun dan China. Kuasa

dwipolar pula menyaksikan persaingan pembentukan iklim politik oleh Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat.

Selepas kejatuhan empayar Soviet pada 1989, Amerika Syarikat telah muncul sebagai kuasa unipolar dunia tanpa

kehadiran mana-mana kuasa pengimbang sehinggalah ke hari ini. Fenomena ini seolah-olah “menghalalkan”

Amerika Syarikat untuk terus melanggar dan tidak mengendahkan apa-apa resolusi yang dikeluarkan oleh Majlis

Keselamatan. Contohnya, Resolusi 1441 yang menghalang serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq hanya

dipandang sepi oleh Amerika Syarikat sambil Amerika Syarikat sebenarnya mempersiap bala tentera menuju ke

Iraq.

Situasi sebegini sedikit sebanyak telah mencipta prejudis dan stigma masyarakat antarabangsa terhadap PBB.

Masih wajarkah PBB dilabelkan sebagai badan pengaman dunia di sebalik kerakusan Amerika Syarikat? Masih

adakah keupayaan dan ruang untuk PBB bertindak menghalang atau sekurang-kurangnya mengurangkan kegilaan

Page 78: PERTUBUHAN BANGSA

Amerika Syarikat? Siapakah “tangan” yang menggerakkan catur politik dunia? Adakah PBB dalang atau sekadar

membiarkan petualang?

Sebagai masyarakat antarabangsa yang rasional dan adil, kita tidak sewajarnya menjadikan pola perubahan politik

dunia ini sebagai satu-satunya asas yang menjustifikasikan kewajaran kita dalam membuat penilaian sama ada PBB

relevan ataupun tidak. Maka dalam analisa seterusnya, kita perlu sedar bahawa prejudis yang dilontarkan terhadap

PBB sebenarnya tidak lebih daripada suatu hukuman yang bersifat melulu tanpa meneliti apakah sebenarnya yang

mendasari konflik antarabangsa.

Dalam kebuntuan mencari penyelesaian terhadap sesuatu konflik antarabangsa, kita mengharapkan masyarakat

dunia berupaya memahami apakah sebenarnya yang mendasari kegagalan tersebut sama ada berpunca

sepenuhnya daripada ketidakupayaan PBB ataupun lebih disebabkan oleh kedegilan dan kejahilan sebahagian kecil

negara-negara parti. Ini adalah penting agar kita, pada analisa terakhir, tidak serkap jarang atau hentam keromo

dalam menilai relevansi PBB sebagai badan pengaman dunia.

Konflik Timur Tengah misalnya, telah menonjolkan sikap negara yang tidak komited ke arah penyelesaian masalah

apatah lagi untuk mewujudkan sebuah dunia yang aman. Perbalahan Israel-Palestin yang berlanjutan selama empat

dekad tidak wajar dijadikan alasan kukuh untuk kita menuding jari ke arah PBB yang sebenarnya telah menjadi

penggerak proses damai misalnya melalui perisytiharan yang dilakukan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa

mengenai pembinaan tembok pemisahan wilayah Israel-Palestin di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sebagai

tidak sah dan melanggar undang-undang dan etika persempadanan antarabangsa. Malah PBB melalui UNRWA

(United Nations Relief and Works Agency) telah melindungi kebajikan rakyat Palestin selama empat generasi

dengan menyediakan pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan, dan khidmat sosial dan sehingga kini, seramai

2.9 juta pelarian Timur Tengah berada di bawah seliaan UNRWA. Sikap keras kepala Israel yang tidak pernah

memberikan kerjasama dalam mana-mana proses damai tidak sewajarnya diterjemahkan sebagai kegagalan PBB

dalam menjalankan fungsinya.

Dalam kes Iraq, PBB sekali lagi menjadi mangsa ketidakadilan masyarakat dunia apabila PBB dipersalahkan kerana

kononnya gagal menghalang serakah Presiden Bush dan Tony Blair untuk menundukkan Saddam dan menakluk

bumi Iraq. PBB sebenarnya telah pun menjalankan tugas yang terbaik dengan kapasiti yang ada selaku badan

pengaman dunia dengan mengeluarkan resolusi menghalang dan mengecam tindakan Amerika Syarikat tetapi

dominasi dan hegemoni Amerika Syarikat sebagai kuasa unipolar sebenarnya mencadangkan bahawa kita

sebenarnya memerlukan kuasa pengimbang dan bukannya untuk mempertikaikan relevansi PBB sebagai badan

dunia dalam memelihara keamanan dan keadilan dunia yang menjadi platform kepada negara-negara dunia.

Isu-isu semerta di peringkat antarabangsa bukanlah kayu ukur yang terbaik untuk menilai sama ada PBB masih

relevan ataupun tidak dalam memelihara keamanan dan keadilan dunia. Siri kejayaan PBB bermula seawal

penubuhannya perlu diimbau dan diambil kira dalam menilai keberkesanan PBB dalam mencapai matlamatnya.

Dalam mengekalkan keamanan dunia, PBB telah mewujudkan 54 pasukan pengaman di seluruh dunia sehingga

September 2001 dengan 15 daripadanya adalah sangat aktif seperti di Congo dan Rwanda. PBB juga telah berjaya

mengakhiri beberapa konflik antarabangsa berskala besar contohnya perang Iran-Iraq 1980 - 1988, kemasukan

tentera Kesatuan Soviet ke Afghanistan, dan perang saudara di El Salvador. 12 konvensyen telah berjaya dimeterai

Page 79: PERTUBUHAN BANGSA

bagi mengatasi masalah kepengganasan antaranya seperti Konvensyen Tokyo 1963 yang berkisar mengenai

kesalahan dan tindakan yang dilakukan di dalam pesawat, Konvensyen Hague 1970 mengenai rampasan pesawat,

Konvensyen Montreal 1971 mengenai tindakan salah terhadap penerbangan awam, Konvensyen Mengenai

Pencegahan dan Hukuman Jenayah Terhadap Orang Yang Diberi Perlindungan Antarabangsa Termasuk Perisik

Diplomatik 1973 yang membincangkan perlindungan terhadap ketua-ketua negara, pegawai-pegawai kanan

kerajaan, serta menteri-menteri luar dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Sekatan Pengeboman oleh

Pengganas 1997 yang menyentuh isu pengebom berani mati.

Menyentuh skop keadilan dunia, sumbangan PBB juga bukan sedikit. PBB telah berjaya menghidupkan demokrasi di

beberapa buah negara dengan memberikan nasihat pilihanraya dan khidmat pemantauan keputusan pilihanraya.

Antara negara yang terlibat ialah Kemboja, Namibia, El Salvador, Eritrea, Mozambique, Nicaragua, Afrika Selatan,

Kosovo, dan terbaru, Timor Leste. Lebih 300 perjanjian di peringkat antarabangsa telah dimeterai bagi mewujudkan

kekukuhan undang-undang antarabangsa terutamanya dalam aspek hak asasi manusia serta persempadanan

marin dan udara contohnya Konvensyen Mengenai Undang-undang Laut PBB (UNCLOS) yang telah menyelesaikan

konflik Pulau Sipadan antara Malaysia-Indonesia dan konflik Pulau Leila antara Sepanyol-Maghribi. PBB juga berjaya

menamatkan dasar apartheid di Afrika setelah menjalankan embargo ke atas Afrika Selatan sehinggalah kepada

penganjuran pilihanraya Afrika Selatan yang pertama 1994.

Setelah kita menelusuri susur galur dan denai misi yang dibawa di bawah panji-panji PBB, adalah amat sukar untuk

kita tampil dengan justifikasi bahawa PBB sudah tidak lagi relevan. Hakikatnya, ketidakupayaan PBB pada lewat

dekad 90an dan kritikan yang berterusan terhadap PBB termasuk oleh Setiusaha Agungnya sendiri, Kofi Annan

adalah merupakan sebahagian dari proses kematangan PBB dalam isu-isu keamanan di seantero dunia. Walau pun

dalam dasawarsa ini, PBB kelihatan lemah gemalai apabila berdepan dengan tuntutan dan kehendak Amerika

Syarikat, namun ia masih berperanan dan sekurang-kurangnya masih menjadi tunjang keadilan antarabangsa.

Penguasaan Amerika Syarikat sebagai kuasa politik unipolar hari ini, tidak seharusnya dibiar subur dan berterusan

hingga memusnahkan sama sekali hasrat muluk penubuhan PBB. Rantaian politik dunia ini sifatnya hanyalah satu

peralihan iklim dek kerana tersungkurnya kuasa pengimbang yang boleh menyaingi dan memberi tekanan kepada

Amerika Syarikat.

Penulis ingin mengambil premis yang jelas, bahawa PBB masih relevan. Tetapi beberapa perubahan perlu dilakukan. Dunia perlu bangkit dan melakukan reformasi politik, samada melalui instrumen politik mahu pun ekonomi. Kelemahan PBB hari ini adalah bertunjangkan kepada sikap negara bangsa yang berkepentingan dan suka bermain selamat. Negara yang gagah ekonominya seperti Jepun dan China terlalu mementingkan diri sehingga mengabaikan kepentingan dunia yang lebih sarwajagat. Negara-negara lemah dan kecil lain seperti Australia dan Singapura lebih cenderung untuk mengampu dan mengambil sikap “lebih sudu dari kuah”. Negara-negara yang kaya dengan sumber asli seperti Arab Saudi, Kuwait, dan negara-negara lain di rantau Teluk, atau mudahnya negara-negara Timur Tengah hanya terlalu mementingkan diri dan mudah tunduk kepada telunjuk Amerika. Oleh itu, sebenarnya siapa yang telah menyumbang kepada kelesuan PBB? Kenapa kita masih bertuhankan diktator Amerika dan tidak pernah cuba untuk bangkit. Apabila Amerika dengan rakus menyerang dan menjajah Iraq, atas alasan ingin memusnahkan pusat WMD (Weapon of Mass Destruction), walau pun sudah terbukti ia satu pembohongan, kita hanya memprotes dalam diam kerana takutkan Amerika. Setiap kali Amerika terang-terangan menyebelahi Israel, apa yang mampu dilakukan oleh Dunia Islam khususnya melalui Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC). Hakikatnya, kelemahan sebenar ialah kelemahan negara bangsa yang membentuk komposisi PBB. Oleh itu wajarkah kita menyatakan PBB sudah tidak relevan, sedangkan yang melemahkan badan dunia itu adalah sikap ahli-ahlinya sendiri.

Justeru melihat kepada sinopsis ini, PBB sebenarnya masih relevan! Pokoknya keseluruhan negara bangsa atau

sebahagian darinya mesti mengambil pendekatan yang berani untuk mengubah iklim politik dunia. Tidaklah sukar

untuk kita membantu melahirkan semula dan memperkasakan kuasa pengimbang kepada Amerika Syarikat.

Page 80: PERTUBUHAN BANGSA

Contoh terbaik adalah gandingan Perancis dan Rusia sewaktu menentang perang ke atas Iraq. Walau buat masa ini

Rusia masih belum pulih sepenuhnya dari demam keruntuhan empayar kekuatannya, tetapi dengan bantuan

negara bangsa yang lain, Rusia boleh kembali dikuatkan untuk mengambil peranan sebagai aktor pengimbang.

Negara bangsa yang lain perlu disedarkan dari lamunan dan mimpi mereka bahawa mereka hanya selamat dan

aman apabila bertuhankan Amerika Syarikat. Mimpi sebegini hanyalah satu igauan sementara dan akan terbukti

menjadi mitos.

Ada pendapat yang mencadangkan bahawa reformasi kepada struktur PBB perlu dilakukan dengan

kepercayaan bahawa hanya ini sahaja yang dapat menyelamatkan maruah PBB. Cadangan yang hangat

diperkatakan ialah dengan mengahapuskan kuasa Veto yang miliki oleh 5 anggota tetap Majlis Keselamatan, atau

merubah kepada sistem 2 Veto dengan 3 sokongan ahli Majlis Keselamatan. Ada yang mencadangkan bahawa

Perhimpunan Agung PBB perlu diberikuasa untuk melaksanakan apa-apa resolusi mengatasi peranan Majlis

Keselamatan. Cadangan-cadangan ini walau pun baik tetapi masih jauh dari menyelamatkan PBB dan

mengembalikan keyakinan dunia. Bagaimanakah dunia mampu mengubah struktur PBB jika setiap resolusi yang

bercanggah dengan kepentingan dan nafsu Amerika Syarikat akan diveto sewenang-wenangnya? Penulis

mengambil pendirian ini berdasar keyakinan bahawa walau apa reformasi yang dilakukan ke atas struktur PBB, ia

tidak akan memberikan impak yang maksima. Lihatlah sahaja 5 anggota tetap Majlis Keselamatan yang

mempunyai Kuasa Veto seperti Amerika Syarikat, China, Britain, Perancis, dan Rusia, hanya Amerika Syarikat

sahaja yang saban hari menggunakan kuasa veto tersebut. Hakikat ini jelas menunjukkan bahawa betapa

angkuhnya Amerika Syarikat, manakala 4 lagi anggota yang lain masih dibayangi dengan ketakutan akan terjejas

kepentingan mereka jika veto digunakan dalam isu-isu yang bercanggah dengan kepentingan Amerika Syarikat.

Justeru, dunia seharusnya kembali melihat tunjang sebenar tentang kenapa Amerika terlalu bermaharajalela. Sudah

tentu kekuatan ekonomi dan militari menjadi sandaran utama. Oleh itu, dunia perlu kembali menganalisa

sokongan-sokongan strategik kepada kemansangan ekonomi Amerika Syarikat dan membina hubungan ekonomi

baru dengan negara-negara yang berpotensi menjadi kuasa pengimbang seperti Rusia dan Perancis. Dengan

lemahnya kuasa ekonomi Amerika, sudah tentu kuasa ketenteraan mereka juga akan berkurangan. Jika negara Asia

berupaya menukar kiblat mereka kepada satu gabungan kuasa baru, dan Timur Tengah pula tidak lagi bertuhankan

Amerika, iklim politik dunia akan dapat diubah dengan lebih berkesan. Dengan itu, apa juga resolusi Perhimpunan

Agung PBB dan keputusan Majlis Keselamatan akan lebih dihormati. Dari situ juga, tekanan untuk menghapuskan

kuasa veto mungkin akan mendapat pertimbangan yang lebih serius dari 5 anggota tetap. Tentunya melaksanakan

misi diplomasi dan meyakinkan negara anggota tentang reformasi menyeluruh berkenaan kekuatan dan sikap

negara anggota, akan mengambil masa yang lama tetapi akan membuahkan hasil jangka panjang yang lebih

terjamin. Pada analisa terakhir, keamanan dan kestabilan dunia akan dapat digapai bersama. Hukuman dan operasi

keamanan ke atas negara-negara yang bermasaalah di bawah panji-panji PBB juga akan lebih dihormati. Maka misi

PBB sebagai Polis Dunia akan menjadi realiti.

Kesimpulan mudah yang dapat dirangkumkan, dengan asimilasi fakta sejarah, kejayaan dan kelemahan

PBB, sudah tentu jelas terbukti bahawa PBB masih relevan dan berperanan sebagai paksi keadilan dan keamanan

dunia. Stigma yang masih belum dapat kita rungkaikan, adalah mekanisma untuk melumpuhkan kuasa unipolar

Amerika Syarikat yang sentiasa mencabar maruah dan intergriti PBB. Apa pun, kerancuan politik dunia berada pada

Page 81: PERTUBUHAN BANGSA

tangan seluruh negara bangsa! Jangan hanya kita marah dan bencikan Amerika Syarikat, kita mengatakan bahawa

PBB sudah tidak relevan. Jangan marahkan nyamuk, kelambu kita bakar!!!