tunas bangsa

8
Warta Penerangan Februari 2008 Bil 2 Edisi Kedua 2008 Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-24 ‘Tunas Bangsa’ Pengagihan bendera kecil di atas kenderaan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-24 Bendera kecil sedang dilekatkan di atas kenderaan dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Yussof bin Haji Ladi. B ersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-24 pada tahun ini, pengagihan bendera- bendera kecil di atas kenderaan turut diadakan. Sebagai sebuah jabatan, Jabatan Penerangan juga tidak terkecuali menerima pengagihan bendera-bendera kecil tersebut. Pengagihan bendera-bendera kecil berkenaan berlangsung di kawasan letak kereta bangunan Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas pada 20 Februari. Dengan pengibaran bendera-bendera kecil di atas kenderaan ini, diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam jiwa semua lapisan masyarakat untuk berusaha dengan lebih gigih dan memupuk perpaduan bagi mencapai kejayaan, kemajuan dan kemakmuran dalam negara yang dicintai ini. Bendera-bendera kecil telah dilekatkan di atas kenderaan di kawasan letak kereta Jabatan Penerangan.

Upload: hoanghanh

Post on 16-Jan-2017

268 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tunas Bangsa

Warta PeneranganFebruari 2008 Bil 2 Edisi Kedua

2008

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-24

‘Tunas Bangsa’

Pengagihan bendera kecil di atas kenderaan sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-24

Bendera kecil sedang dilekatkan di atas kenderaan dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Yussof bin Haji Ladi.

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam

Ke-24 pada tahun ini, pengagihan bendera-bendera kecil di atas kenderaan turut diadakan.

Sebagai sebuah jabatan, Jabatan Penerangan juga tidak terkecuali menerima pengagihan bendera-bendera kecil tersebut. Pengagihan bendera-bendera kecil berkenaan berlangsung di kawasan letak kereta bangunan Jabatan Penerangan, Lapangan Terbang Lama, Berakas pada 20 Februari.

Dengan pengibaran bendera-bendera kecil di atas kenderaan ini, diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam jiwa semua lapisan masyarakat untuk berusaha dengan lebih gigih dan memupuk perpaduan bagi mencapai kejayaan, kemajuan dan kemakmuran dalam negara yang dicintai ini.

Bendera-bendera kecil telah dilekatkan di atas kenderaan di kawasan letak kereta Jabatan Penerangan.

Page 2: Tunas Bangsa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Kita sudah melangkah ke bulan Februari dalam tahun baru 2008 ini. Gerak kerja jabatan terus berjalan dengan lancar sesuai dengan tujuan dan

matlamat yang ingin dicapai.

Bulan ini menyaksikan Sesi Induksi Ke-5 bagi Pengawai dan Pengamal Perhubungan Awam dilaksanakan. Ini adalah untuk memastikan perkongsian maklumat mengenai tugas dan tanggungjawab Pegawai Perhubungan Awam dapat disebarluaskan sepenuhnya, sesuai dengan salah satu tugas jabatan sebagai Sekretariat Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan adalah untuk membangun perhubungan awam di Negara Brunei Darussalam.

Dalam kesibukan melaksanakan program dan aktiviti yang telah diatur, acara keagamaan tidak dilupakan di mana Sambutan Maal Hijrah bagi semua warga diadakan. Kehadiran semua adalah untuk sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran dari ceramah yang disampaikan.

Kesibukan warga Penerangan begitu ketara lagi dengan adanya Sambutan Hari Kebangsaan yang jatuh pada 23 haribulan pada bulan ini. Sempena sambutan ini jabatan telah dilantik selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seranta (Media Cetak) dengan tugas utama memberigakan aktiviti-aktiviti Hari Kebangsaan. Tanggungjawab yang diberikan ini sememangnya meletakkan jabatan sebagai organisasi yang mantap dan dipercayai dapat melaksanakan hasrat yang ingin dicapai oleh Jawatankuasa Tertinggi sambutan. Alhamdulillah semua warga yang terlibat telah menyumbangkan keringat dan komitmen yang sangat tinggi sehingga semua kerja yang dipertanggungjawabkan telah dapat dilaksanakan dengan licin dan teratur.

Pada bulan inilah juga, genaplah setahun saya diberi kepercayaan untuk memimpin Jabatan Penerangan. Kepercayaan yang diberikan kepada saya dan sokongan serta kerjasama daripada semua warga dalam perlaksanaan tugas seharian amat saya hargai dan dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wataala jua yang akan memberi ganjaran kepada semua. Amin!

Sekian. Wassalam.

Pemangku Pengarah Penerangan

Sidang Redaksi

Biskita dialu-alukan untuk memberi sumbangan berita bahagian masing-masing. Berita berkenaan boleh dihantar terus ke Bahagian Perhubungan Awam atau Bahagian Berita Inggeris dan Media IT.

Berita-berita berkenaan juga boleh dihantar melalui faks 2382 012 atau 2382548.

Atau e-mel terus ke [email protected]

Isi Kandungan- Struktur Organisasi Jabatan Penerangan 3 - Sambutan Tahun Baru Hijrah 1429- MRO bertugas di bulan Februari 4 - Penglibatan Warga Penerangan dalam Persembahan Padang- Taklimat Media sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan - Naik Pangkat 5 - Pegawai dan kakitangan terima Pingat-pingat Kehormatan- Perjumpaan sempena Anugerah Cemerlang Laman Web 6

- Karnival Rukun Negara Malaysia- Bertugas di luar negara - Selamat Hari Lahir 7

- Pegawai dan kakitangan berkursus- Perlawanan Tarik Kalat Jemputan Labuan 8

Sekapur Sirih2 Warta Penerangan

Sekapur SirihPenasihat

Haji Mahrub bin Haji MurniHaji Yussof bin Haji Ladi

Ketua PengarangHajah Noorashidah Haji Aliomar

Sastra Sarini Haji Julaini

Ahli Sidang PengarangNoriah Haji Abdul Hamid

Hajah Noorhijrah Haji IdrisHajah Zaianit Haji Noorkhan

Aida HidupHajah Apsah Haji Sahdan

Penyumbang BeritaIsmalee Haji Abdul Rahman

Asnah DiwaNor Ajijah Mohammad

Bahagian-bahagianCawangan Daerah-daerah

PenyemakHajah Norpisah Md Salleh

Penyelaras OnlineHaji Ariffin Mohd Noor

FotografiBahagian Fotografi

&Audio Visual

Bahagian Perhubungan AwamBahagian Berita Inggeris

& Media IT

Page 3: Tunas Bangsa

Penstrukturan Organisasi Jabatan Penerangan 2008Dalam usaha untuk mengemaskinikan perlaksanaan peranan dan tanggungjawab jabatan, beberapa perubahan telah dilakukan dari segi tugas dan tanggungjawab para pegawai dan kakitangan jabatan. Perubahan ini berkuat kuasa pada 1 Februari. Dengan

adanya perubahan ini, diharap dapat memberikan perkhidmatan yang berkesan dan akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti-aktiviti yang telah disusun.

Warta Penerangan 3

Struktur Organisasi Jabatan Penerangan

PENGARAH PENERANGANAwang Haji Mahrub bin Haji Murni

TIMBALAN PENGARAH PENERANGANAwang Haji Yussof bin Haji Ladi

PEGAWAI PENERANGAN KANAN PEGAWAI PENTADBIR (AO) PEGAWAI PENERANGAN KANAN Awang Ismail bin Mohammad Awang Haji Mahmud bin Haji Masri

PELITA BRUNEI (BPBR) LATIHAN & PERKEMBANGAN HUBUNGAN KEMASYARAKATAN Awang Haji Jaafar bin Haji Ibrahim PROFESIONAL (BLPP) & KENEGARAAN (BHKK) Pegawai Penerangan Awang Kassim bin Haji Abd. Rahman Pegawai Penerangan

PENERBITAN, LAPORAN PENGURUSAN PEJABAT DAN PERHUBUNGAN AWAM (BPAW) TAHUNAN & TUGAS KHAS (BPLT) ESTET (BPPE) Dyg. Hjh. Noorashidah binti Hj. Aliomar Awang Musa bin Mohiddin Pegawai Penerangan Pegawai Penerangan

FOTOGRAFI & AUDIO PENGURUSAN PERSONEL HAL EHWAL VISUAL (BFAV) (BPPL) ANTARABANGSA (BHEA) Awang Haji Yusof bin Haji Mohd. Yassin Dyg. Ruhil Amal Faridah binti Yahya Pegawai Foto Pegawai Penerangan

BERITA INGGERIS & MEDIA IT PENGURUSAN KEWANGAN PAMERAN (BPAM) (BBIM) (BPKW) Awang Azman bin Haji Abdul Rahim Dyg. Sastra Sarini binti Haji Julaini Pegawai Penerangan Pegawai Penerangan

PERKHIDMATAN MEDIA (BPEM) PERKHIDMATAN AM ( BPAM) PENYELIDIKAN & PUSAT Awang Haji Dayang bin Haji Kasim SUMBER (BPPS) Pegawai Penerangan Awg. Md. Khairulhadi bin Hj. Md. Mukhtadir Pegawai Penerangan

CAWANGAN BELAIT (CDBE) CAWANGAN TUTONG (CDTU) CAWANGAN TEMBURONG (CDTE) Awang Haji Hassan bin Haji Ismail Awang Haji Salleh bin Haji Yusof Awang Haji Abdul Rahman bin Haji kalong Penolong Pegawai Penerangan Penolong Pegawai Penerangan Penolong Pegawai Penerangan

Struktur Organisasi Jabatan Penerangan

PENGARAH PENERANGANAwang Haji Mahrub bin Haji Murni

TIMBALAN PENGARAH PENERANGANAwang Haji Yussof bin Haji Ladi

PEGAWAI PENERANGAN KANAN PEGAWAI PENTADBIR (AO) PEGAWAI PENERANGAN KANAN Awang Ismail bin Mohammad Awang Haji Mahmud bin Haji Masri

PELITA BRUNEI (BPBR) LATIHAN & PERKEMBANGAN HUBUNGAN KEMASYARAKATAN Awang Haji Jaafar bin Haji Ibrahim PROFESIONAL (BLPP) & KENEGARAAN (BHKK) Pegawai Penerangan Awang Kassim bin Haji Abd. Rahman Pegawai Penerangan

PENERBITAN, LAPORAN PENGURUSAN PEJABAT DAN PERHUBUNGAN AWAM (BPAW) TAHUNAN & TUGAS KHAS (BPLT) ESTET (BPPE) Dyg. Hjh. Noorashidah binti Hj. Aliomar Awang Musa bin Mohiddin Pegawai Penerangan Pegawai Penerangan

FOTOGRAFI & AUDIO PENGURUSAN PERSONEL HAL EHWAL VISUAL (BFAV) (BPPL) ANTARABANGSA (BHEA) Awang Haji Yusof bin Haji Mohd. Yassin Dyg. Ruhil Amal Faridah binti Yahya Pegawai Foto Pegawai Penerangan

BERITA INGGERIS & MEDIA IT PENGURUSAN KEWANGAN PAMERAN (BPAM) (BBIM) (BPKW) Awang Azman bin Haji Abdul Rahim Dyg. Sastra Sarini binti Haji Julaini Pegawai Penerangan Pegawai Penerangan

PERKHIDMATAN MEDIA (BPEM) PERKHIDMATAN AM ( BPAM) PENYELIDIKAN & PUSAT Awang Haji Dayang bin Haji Kasim SUMBER (BPPS) Pegawai Penerangan Awg. Md. Khairulhadi bin Hj. Md. Mukhtadir Pegawai Penerangan

CAWANGAN BELAIT (CDBE) CAWANGAN TUTONG (CDTU) CAWANGAN TEMBURONG (CDTE) Awang Haji Hassan bin Haji Ismail Awang Haji Salleh bin Haji Yusof Awang Haji Abdul Rahman bin Haji kalong Penolong Pegawai Penerangan Penolong Pegawai Penerangan Penolong Pegawai Penerangan

Page 4: Tunas Bangsa

Tarikh Acara

2 Februari Majlis Mengadap ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena lawatan Tuan Yang Terutama Yang Jeichi, Menteri Luar Negara Republik Rakyat China di Istana Nurul Iman.

9 Februari Perletakan Batu Asas Projek Logi Methanol di Sungai Liang.

10 FebruariUpacara Menaikkan Bendera Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-24 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.

14 Februari Majlis Penganugerahan Geran-geran Tanah, Penempatan Semula Kampong Senukoh dan Derma Daerah Temburong

17 FebruariMajlis Sambutan Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-34 Tahun di Mes Pegawai Polis, Gadong.

18 Februari Majlis Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Ke-34 Tahun di Mes Pegawai Penanjong Garison.

16, 18 dan 20 Februari Majlis Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ke-61 di Istana Nurul Iman.

22 Februari Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-24 di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

23 Februari Atur cara sempena ulang tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-24 di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di Bandar Seri Begawan.

Pegawai Penyelaras Media (MRO) bertugas pada bulan Februari

Beberapa orang Pegawai Penyelaras Media (MRO) dari Jabatan Penerangan telah ditugaskan di majlis-majlis tertentu sepanjang bulan Februari. Acara-acara tersebut ialah seperti berikut:

Warga Penerangan diseru supaya mengambil iktibar daripada hijrah

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan mempertingkatkan takwa dan amal ibadat dan mengelakkan pembaziran.

Seruan ini dibuat oleh penceramah undangan dari Pusat Da’wah Islamiah, Ustaz Awang Haji Mail bin Awang Haji Besar di Majlis Sambutan Tahun Baru Hijrah 1429 anjuran Jabatan Penerangan. Majlis berlangsung pada 9 Februari dan dihadiri oleh lebih 100 warga Penerangan.

Dalam ceramahnya, Ustaz Haji Mail juga menceritakan bagaimana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah memperlihatkan teladan yang baik dalam pentadbiran. Baginda sering mengadakan syuraa atau mesyuarat bagi mencapai kesepakatan dalam sesuatu perkara. Dalam pengagihan tugas pula Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memberikan tugas yang sama rata di antara lelaki dan perempuan.

Sambutan Tahun Baru Hijrah 1429 anjuran Jabatan Penerangan

Di akhir ceramahnya, Ustaz Haji Mail menasihatkan warga Penerangan supaya tawaduk atau akur dengan jawatan masing-masing dengan melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan mengikut portfolio masing-masing dan mengubah sikap dari yang kurang baik kepada yang lebih baik serta sentiasa muhasabah diri jika terjadi kegagalan. Menurut beliau lagi kegagalan adalah kunci kejayaan dengan merancang ke arah kejayaan.

Antara yang hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni; Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Yussof bin Haji Ladi dan para pegawai serta kakitangan Jabatan Penerangan.

Awang Ismail bin Mohammad, Pegawai Penerangan Kanan selaku Yang Dipertua BAPENA dan Pengerusi Majlis juga memberikan ucapan alu-aluannya di majlis tersebut. Doa selamat telah dibacakan oleh Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Md. Yassin.

Penceramah undangan dari Pusat Da’wah Islamiah, Ustaz Awang Haji Mail bin Awang Haji Besar.

4 Warta Penerangan

Page 5: Tunas Bangsa

Bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara

Brunei Darussalam Ke-24, seramai lima orang pegawai dan kakitangan jabatan telah terlibat dalam Upacara Perbarisan Lalu dan Persembahan Padang.

Mereka ialah Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar, Bahagian Perhubungan Awam; Awang Abdul Kadir bin Md. Tahir, Bahagian Fototografi dan Audio Visual; Awang Mohd. Abdul Kafi bin Haji Sulaiman, Bahagian Pentadbiran; Dayang Fa’ezah Hayati binti Haji Abdul Rahman, Bahagian Pelita Brunei dan Dayang Ruziah binti Haji Zakaria dari Bahagian Hubungan Kemasyarakatan dan Kenegaraan.

Mereka yang terlibat dalam Persembahan Padang telah menjalani latihan hampir sebulan dan Perbarisan Lalu memulakan latihan dua minggu sebelum acara.

Penglibatan seperti ini merupakan kegiatan tahunan jabatan dan pada tahun ini mereka yang terlibat menyatakan rasa gembira kerana dapat mengambil bahagian dalam Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-24 dan berhasrat untuk menyertainya lagi jika diberi peluang.

Penglibatan warga Penerangan dalam Upacara Persembahan Padang Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-24

Abdul Kafi, Fa’ezah Hayati dan Ruziah semasa menjalani latihan Persembahan Padang.

Abdul Kadir, Abdul Kafi, Ruziah dan Fa’ezah Hayati siap sedia untuk membuat persembahan.

Sempat beraksi untuk Warta Penerangan sebelum membuat persembahan.

Taklimat Media Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-24 Hari Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam telah diadakan pada 21 Februari bertempat di Bilik Persidangan Pehin Orang Kaya Shahbandar, Jabatan Penerangan. Beberapa orang pengamal media dan jurugambar tempatan telah menghadiri taklimat tersebut. Terdahulu sebelum itu, mereka dikehendaki mengisikan borang untuk memohon pas akreditasi yang dikeluarkan oleh jabatan ini melalui Bahagian Perkhidmatan Media sebelum membuat liputan atau penggambaran.

Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Bahagian Perkhidmatan Media, Awang Haji Dayang bin Haji Kasim memberikan garis panduan kepada para pengamal media yang akan membuat liputan mengikut zon dan kawasan yang ditentukan mengikut pas akreditasi masing-masing. Beliau juga memaklumkan mengenai tugas-tugas Pegawai Penyelaras Media (MRO) di sambutan tersebut. MRO akan memastikan dan mengawasi semua media agar sentiasa memakai pas mereka mengikut zon yang telah ditetapkan dan tidak akan masuk ke dalam padang sepanjang acara berlangsung. Beliau juga mengingatkan kepada semua media dan jurugambar supaya berdiri tegak

Taklimat Media Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-24

dan berhenti menggambar ketika Lagu Kebangsaan berkumandang.

Semasa taklimat ini, Jabatan Penerangan juga menjemput Pemangku Ketua Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei, DSP Awang Sharazuddin bin Haji Masri untuk memberikan taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh media terutama kawasan Pentas Diraja. Beliau mengharapkan kerjasama dari pihak media supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Sementara itu, Pegawai dari Jabatan Adat Istiadat Negara, Pengiran Dr. Haji Hidop bin Pengiran Haji Samsuddin menyentuh mengenai protokol dan tatatertib termasuk penampilan media dan jurugambar sepanjang upacara berlangsung.

Antara yang hadir semasa taklimat tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni. Sebagai pengerusi majlis, beliau juga menekankan mustahaknya memberi kerjasama padu di antara semua komponen yang ada sama ada pengamal media, MRO, Pasukan Polis Diraja Brunei dan juga para pegawai dari Jabatan Adat Istiadat Negara supaya tidak akan menimbulkan cacat cela pada sambutan tersebut. Sebelum majlis berakhir, pas-pas akreditasi telah

Naik Pangkat

Tahniah diucapkan kepada Awang Haji Mahmud bin Haji Masri yang telah dinaikkan pangkat dan ditetapkan dalam jawatan sebagai Pegawai Pentadbir Tingkat Khas. Kenaikan pangkat tersebut bermula pada 1 Julai 2007.

Sementara itu, Awang Abdul Karim bin Haji Abu Bakar juga telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penerangan mulai 24 Januari 2008.

Warta Penerangan 5

dibahagikan kepada para pemohon. Pada tahun ini, seramai 273 orang pengamal media dan jurugambar telah mendaftar di Jabatan Penerangan bagi memohon pas akreditasi untuk membuat liputan dan penggambaran bagi Upacara Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-24.

Page 6: Tunas Bangsa

Perjumpaan kementerian dan jabatan kerajaan sempena Anugerah Cemerlang Laman Web

Jabatan Penerangan selaku Urusetia Anugerah Cemerlang Laman Web Rasmi Kementerian-

kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-14 Tahun 2007, telah mengadakan perjumpaan mengenai anugerah berkenaan pada 27 Februari bertempat di Bilik Pehin Orang Kaya Shahbandar.

Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh lebih 50 orang wakil dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.

Antara tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk memaklumkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan anugerah tersebut seperti garis panduan dan kriteria penilaian. Selain itu sesi soal jawab juga diadakan.

Perjumpaan ini telah dipengerusikan bersama oleh Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Yussof bin Haji Ladi dan Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Muhammad Hussain, Pengarah Pembangunan dan Pengurusan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni.

Seramai 19 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan telah

menerima Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Majlis penganugerahan pingat-pingat tersebut berlangsung di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman pada 16 Februari 2008.

Lima orang telah menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 12 orang menerima Pingat Indah Kerja Baik ( PIKB) dan dua orang menerima Pingat Kerja Lama

(PKL). Para pegawai yang menerima PJK

ialah Awang Adanan bin Haji Ibrahim; Dayang Zubaidah binti Haji Salat; Awang Haji Kamaran bin Haji Bungsu; Awang Haji Roslan bin Haji Mohd Daud dan Dayang Hajah Mariam binti Haji Abdul Rahman.

Para pegawai yang menerima PIKB ialah Awang Ramli bin Tengah; Awang Mohd. Nizam bin Abdullah; Awang Rafaee bin Yaakub; Awang Abdullah bin Haji Damit; Awang Haji Masamaleh bin Haji Mohd Ali; Dayang Hajah Nooralipah binti Haji Abd Rahman; Awang Brahim bin Haji Md Noor; Awang Haji Narip bin Haji Bostan; Awang Dollah bin Haji Kamis;

Awang Haji Hassan bin Haji Mudin; Awang Mohd Zhulaidi bin Haji Mohammad dan Dayang Timah binti OKB Haji Ali.

Manakala para penerima PKL ialah Awang Haji Mahrub bin Haji Murni dan Awang Adanan bin Haji Ibrahim.

Seluruh warga Penerangan sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada biskita semua. Semoga penganugerahan Pingat-pingat Kehormatan tersebut akan menjadi peniup semangat biskita untuk terus mempertingkatkan kecemerlangan mutu kerja masing-masing dan berterusan membuat amal kebajikan dan jasa kepada nusa dan bangsa dengan tulus ikhlas.

Sebahagian para pegawai Jabatan Penerangan yang menerima Pingat-pingat Kehormatan.

Pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan terima Pingat-pingat Kehormatan

6 Warta Penerangan

Perjumpaan dipengerusikan bersama oleh Timbalan Pengarah

Penerangan, Awang Haji Yussof bin Haji Ladi dan Awang Haji Abdul

Rahman bin Haji Muhammad Hussain, Pengarah Pembangunan dan

Pengurusan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Page 7: Tunas Bangsa

Awang Haji Sahrin bin Haji Asmat 01 FebruariAwang Lim Ting Tiang 02 FebruariDayang Aisah binti Haji Piee 04 FebruariAwang Tamam bin Haji Garip 04 FebruariAwang Ramli bin Tengah 07 FebruariAwang Haji Majid bin Haji Ibrahim 09 FebruariAwang Haji Salleh bin Haji Ibrahim 12 FebruariAwang Ahmad bin Haji Tahir 14 FebruariAwang Esa bin Sabli 16 FebruariAwang Rafaee bin Yaakub 24 FebruariDayang Julinia binti Mohd. Ali 24 FebruariAwang Haji Mohd. Yusof bin Haji Mohd. Yassin 27 Februari

Selamat Hari Lahir

Jabatan Penerangan telah menerima undangan dari Jabatan Penerangan

Malaysia untuk menghadiri Program Karnival Rukun Negara selama dua hari di Pulau Pinang, Malaysia bermula pada 23 hingga 24 Februari di Penang International Sports Arena (PISA).

Jabatan telah menghantar tiga orang pegawai bagi menghadiri program tersebut. Mereka ialah Awang Kassim bin Haji Abdul Rahman dari Bahagian Hubungan Kemasyarakatan dan Kenegaraan; Awang Haji Jaafar bin Haji Ibrahim dari Bahagian Pelita Brunei dan Pengiran Ikram bin Pengiran Ahmad dari Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa.

Hadiri Karnival Rukun Negara Malaysia

Program tersebut adalah antara aktiviti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Dalam Bidang Penerangan antara Jabatan Penerangan Negara Brunei Darussalam dan Jabatan Penerangan Malaysia pada 9 April 2007 di Kuala Lumpur iaitu ‘Penglibatan Sebagai Pemerhati/Peserta Dalam Acara-acara Kebangsaan atau Antarabangsa’.

Antara objektif karnival ini ialah memberi pendedahan secara berterusan mengenai pentingnya Rukun Negara sebagai tunggak perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, di samping meningkatkan pemahaman dan penghayatan rakyat terhadap prinsip-

prinsip Rukun Negara sebagai teras dan landasan kehidupan.

Program seperti ini sangat memberi manfaat kepada wakil Jabatan Penerangan. Semasa berada di sana, rombongan jabatan telah dibawa menyaksikan persembahan PENTARAMA anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan menyaksikan atur cara Karnival Rukun Negara. Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa karnival itu dapat dikongsi sama bagi menjalankan projek serupa di Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Penerangan demi mengangkat kedaulatan raja, agama dan negara melalui falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB).

Warta Penerangan 7

Awang Kassim, Pg. Ikram dan Awang Haji Jaafar ketika menghadiri Perasmian Karnival Rukun Negara di PISA.

Rombongan dari Jabatan Penerangan juga dijemput bagi menjayakan acara pentas semasa persembahan PENTARAMA.

Rombongan juga sempat beramah mesra bersama Menteri Penerangan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Zainuddin Maidin dan Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdullah Morad.

Retreat Menteri-menteri Luar ASEAN dan Brunei Forum telah diadakan di

Hotel Hyatt, Republik Singapura pada 17 hingga 21 Februari.

Beberapa orang pegawai jabatan ini telah ditugaskan untuk membuat liputan bagi atur cara majlis berkenaan.

Awang Aliddin bin Haji Moktal, Penolong Penyunting Tingkat II dan Dayang Hernie Suliana binti Haji Othman, Jurugambar telah ditugaskan untuk

Bertugas di luar negara

Bergambar kenangan di Pulau Sentosa.

Dayang Sastra Sarini bersama seorang kru RTB.

Pemangku Pengarah semasa menghadiri Majlis Perasmian Brunei Forum.

membuat liputan di Majlis Pembukaan Brunei Forum dan di sepanjang Retreat Menteri-menteri Luar ASEAN.

Sementara Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini, Ketua Bahagian Berita Inggeris dan Media IT ditugaskan untuk membuat liputan di sepanjang Brunei Forum berlangsung. Brunei Forum juga dihadiri oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Haji Mahrub bin Awang Haji Murni.

Page 8: Tunas Bangsa

Negara Brunei Darussalam telah menerima jemputan dari Labuan

dalam Perlawanan Tarik Kalat Jemputan Labuan.

Pada kejohanan ini, Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Pasukan Tarik Kalat G16 Jerudong. Pasukan ini diberi penghormatan oleh Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam berdasarkan beberapa kejohanan yang telah mereka juarai termasuk Kejohanan Tarik Kalat SeBorneo pada 2007.

Salah seorang pegawai di jabatan ini iaitu Awang Ismalee bin Haji Abdul Rahman telah dipilih dan dipinjam khidmat beliau oleh Pasukan Tarik Kalat G16 Jerudong bagi memantapkan lagi pasukan berkenaan.

Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari di Dataran Labuan. Pada 28 Februari diadakan peringkat saringan manakala pada 29 Februari ialah perlawanan peringkat akhir. Kejohanan dianjurkan oleh Perbadanan Labuan

Perlawanan Tarik Kalat Jemputan Labuan

bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Labuan tahun 2008.

Beberapa syarat dan peraturan perlawanan telah ditetapkan oleh jawatankuasa kejohanan ini, antaranya mengenai jumlah berat badan yang hanya dihadkan kepada 950kg bagi 10 orang penarik; sepanjang perlawanan semua penarik tidak dibenarkan duduk atau baring; ketika perlawanan juga tidak dibenarkan penarik bertukar ganti sehinggalah perlawanan yang sedang dijalankan itu selesai. Begitulah antara peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua pasukan yang menyertai kejohanan ini. Pasukan yang melanggar peraturan tersebut akan dikira kalah.

Selain Negara Brunei Darussalam, antara pasukan yang dijemput bagi menyertai kejohanan ini ialah dua buah pasukan Labuan sendiri iaitu Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Kemajuan Labuan; Lawas,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kejohanan kali ini dijuarai oleh Pasukan Tarik Kalat Putrajaya. Pasukan ini mempunyai pengalaman yang luas dalam teknik menarik kalat secara berdiri.Juara membawa pulang wang tunai RM 3,000.00.

Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Tarik Kalat dari Daerah Lawas dengan membawa pulang wang tunai RM 2,000.00.

Manakala Pasukan Tarik Kalat G16 Jerudong dari Negara Brunei Darussalam di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM 1,500.00.

Walaupun pengalaman baru bagi Pasukan G16, iaitu menarik kalat secara berdiri, tetapi tetap memberi tentangan yang sengit dan sukar juga bagi pasukan Putrajaya untuk menang dengan mudah ketika bertemu di peringkat separuh akhir.

Barisan para peserta dari Pasukan Tarik Kalat G16 Jerudong yang mewakili Negara Brunei Darussalam ke Perlawanan Tarik Kalat Jemputan Labuan.

Nama Kursus Tempat Tarikh

Awang Abu Bakar bin Haji Mohd. Said Internet Explorer & Microsoft Outlook IPA 04 - 06 Februari

Dayang Hafizatul Atikah binti Abdullah Fiqh As- Shalah (Sembahyang) Pusat Da’wahIslamiah

11 - 16 Februari

Pegawai dan kakitangan yang mengikuti kursus pada bulan Februari

8 Warta Penerangan

Diterbitkan bersama oleh Bahagian Perhubungan Awam & Bahagian Berita Inggeris dan Media ITJabatan Penerangan, Jabatan Perdana MenteriDicetak oleh Borneo Printers & Trading Sdn. Bhd. Tel: 2651389 Faks: 2654342