sunnah dihayati insan berkualiti

3
TAJUK: SUNNAH DIHAYATI , INSAN BERKUALITI Sunnah dihayati Insan berkualiti. Sebelum saya mengupas tajuk keramat ini, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya. Menurut kamus dewan edisi ke 4 Sunnah adalah segala sesuatu yang datang daripada Rasulullah SAW sama ada perkataan,perbuatan,ketetapan, peribadi dan akhlak sesudah dilantik menjadi Rasul. Manakala kualiti adalah darjah kecemerlangan yang tinggi dan bermutu. Kesimpulannya amalan sunnah dalam kehidupan seharian dapat melahirkan individu yang berkualiti seterusnya masyarakat dan negara yang maju. Hadirin sekalian, Perkara pertama ialah tuntutan beramal dengan sunnah. Rasulullah bersabda ; َ لا اَ هِ بَ لِ مَ عْ نَ مِ رْ جَ ُ لْ ثِ مُ هَ لَ انَ كُ اسَ ث ل اَ هِ بَ لِ مَ عَ ف ىِ # تَ نُ سْ نِ مً # هَ نُ س اَ * يْ حَ ْ نَ م اً يْ * نَ سْ مِ هِ ورُ جُ ْ نِ مُ صُ # قْ نَ * يBarangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang- orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun" Hadis ini jelas menunjukkan betapa penting untuk kita melakukan ibadah mengikut sunnah. Ibadah yang dilakukan mengikut sunnah juga merupakan salah satu pra syarat dalam menghasilkan ibadat yang berkualiti. Contohnya ibadah yang paling penting iaitu solat fardhu. Semua perkara yang berkaitan dengan solat seperti perlakuan, bilangan rakaat, waktu solat dan banyak lagi semuanya ditentukan mengikut apa yang telah dianjurkan oleh Nabi saw. Perkara yang kedua ialah Rasulullah adalah suri teladan terbaik

Upload: hafiza

Post on 01-Jul-2015

453 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sunnah Dihayati Insan Berkualiti

TAJUK: SUNNAH DIHAYATI , INSAN BERKUALITI

Sunnah dihayati Insan berkualiti. Sebelum saya mengupas tajuk keramat ini,

izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan saya. Menurut kamus dewan edisi ke 4

Sunnah adalah segala sesuatu yang datang daripada Rasulullah SAW sama ada

perkataan,perbuatan,ketetapan, peribadi dan akhlak sesudah dilantik menjadi Rasul.

Manakala kualiti adalah darjah kecemerlangan yang tinggi dan bermutu. Kesimpulannya

amalan sunnah dalam kehidupan seharian dapat melahirkan individu yang berkualiti

seterusnya masyarakat dan negara yang maju.

Hadirin sekalian,

Perkara pertama ialah tuntutan beramal dengan sunnah. Rasulullah bersabda ;

� ال �ه�ا ب ع�م�ل� م�ن جر�� أ ل� م�ث �ه� ل �ان� ك �اس� الن �ه�ا ب ف�ع�م�ل� �ى �ت ن س� م�ن �ة� ن س� �ا ي �ح أ م�ن

�ا ئ ي ش� ج�ور�ه�م� أ م�ن ق�ص� �ن ي

Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian

diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-

orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun"

Hadis ini jelas menunjukkan betapa penting untuk kita melakukan ibadah mengikut

sunnah. Ibadah yang dilakukan mengikut sunnah juga merupakan salah satu pra syarat

dalam menghasilkan ibadat yang berkualiti. Contohnya ibadah yang paling penting iaitu

solat fardhu. Semua perkara yang berkaitan dengan solat seperti perlakuan, bilangan

rakaat, waktu solat dan banyak lagi semuanya ditentukan mengikut apa yang telah

dianjurkan oleh Nabi saw.

Perkara yang kedua ialah Rasulullah adalah suri teladan terbaik sepanjang zaman

Sunnah membentuk akhlak yang mulia. Rasulullah saw merupakan teladan dalam

membentuk akhlak yang terpuji. Keperibadian baginda telah dirakamkan dalam al-Quran

dalam surah al-Ahzab ayat 21 :

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi

orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia

banyak menyebut Allah”

Page 2: Sunnah Dihayati Insan Berkualiti

Ini menunjukkan bahawa orang yang meneladani dan menghayati sunnah Rasulullah saw

bererti dia telah menempuh shirathal mustaqim (jalan yang lurus) yang akan

membawanya mendapatkan kemuliaan dan rahmat Allah Ta’ala.

Perkara yang ketiga ialah penghayatan sunnah akan melahirkan generasi Rabbani.

Generasi Rabbani adalah generasi yang taat pada perintah Allah. Generasi yang

meletakkan Allah sebagai tempat bergantung dalam apa jua masalah dalam urusan

kehidupan. Allah telah berfirman dalam surah an-Nuur ayat 54 ;

…Dan jika kamu ta’at kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk… an-Nuur: 54 )

Yang demikian, Rasulullah saw merupakan teladan dalam menerapkan al-Qur’an. Dengan

kata lain beliau adalah al-Qur’an yang berjalan atau terjemahan al-Qur’an dalam

kehidupan. Ketika Aisyah ditanya tentang perilaku dan akhlaq Rasulullah saw, maka beliau

menjawab:

Bahwasanya Akhlaq Nabiyullah adalah al-Quran. hadis riwayat muslim.

Untuk itu barangsiapa yang ingin menerapkan al-Qur’an dalam kehidupannya, maka

ikutilah Rasulullah saw dalam segala sisi kehidupannya.

Justeru, saya mengajak para hadirin sekalian marilah kita sama-sama mengamalkan

sunnah nabi saw dalam kehidupan kerana penghayatan sunnah pasti akan melahirkan

bukan sahaja insan berkuailti malah masyarakat dan negara maju.