akidah ahli sunnah

50
Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ________________________________________________________________ 1 AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Penyerapan Penyerapan Penyerapan Penyerapan Unsur Unsur Unsur Unsur- - - -Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia

Upload: phungdung

Post on 31-Dec-2016

273 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 1

AHLI SUNNAH WAL JAMAAHAHLI SUNNAH WAL JAMAAHAHLI SUNNAH WAL JAMAAHAHLI SUNNAH WAL JAMAAH

PenyerapanPenyerapanPenyerapanPenyerapan

UnsurUnsurUnsurUnsur----Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan Unsur Akidah yang Mengelirukan

Dalam Masyarakat Islam Di MalaysiaDalam Masyarakat Islam Di MalaysiaDalam Masyarakat Islam Di MalaysiaDalam Masyarakat Islam Di Malaysia

Page 2: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 2

Tajuk

Ahli Sunnah Wal Jamaah Penyerapan

Unsur-Unsur Akidah yang Mengelirukan Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Cetakan Pertama: 2011M / 1432H

Hakcipta terpelihara.

ISBN 978-967-0288-00-0

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa bentuk dan dengan apa cara

sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain sebelum mendapat izin daripada pihak

penerbit iaitu Majlis Agama Islam Negeri Johor

Diterbitkan oleh: Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah dan Syariah

Majlis Agama Islam Negeri Johor Pusat Islam Iskandar Johor,

Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru.

Dicetak oleh: Master Gifts Sdn Bhd.

019-7777662

Page 3: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 3

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

PENYERAPAN UNSUR-UNSUR AKIDAH YANG MENGELIRUKAN

DALAM MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Page 4: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 4

KATA-KATA ALUAN S.S. MUFTI NEGERI JOHOR

.������� �� ����� ����� ������ ��� ����� ������ � � ���� ��� � !"�� �#$ % &�"'� ( ��� #)�*��� � +,�*�-� � . ����% �� '. / ����� #"���0�.

Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana diberikan peluang untuk merakamkan sepatah dua kata dalam risalah mengenai dasar-dasar pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Risalah ini membincangkan tentang Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia dan Nusantara sejak kedatangan Islam ke rantau ini. Manakala unsur-unsur akidah yang mengelirukan pula akan dibincang dalam al-Bayan siri 19 dan 20.

Dirantau ini, umat Islam berpegang kepada aliran dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dalam akidah ia mengikut mazhab Imam Asy’ari rd, dalam Fiqh ia mengikut mazhab Syafi’e rd dengan tambahan-tambahan yang diperlukan dari segi keputusan-keputusan fatwa mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli Sunnah; dalam huraian berkenaan dengan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazali rd. Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti dengan baiknya dan mesti dipelihara.

Lantaran itu, fahaman dan pegangan tersebut perlu dijaga, dikawal dipertahankan dan dipastikan daripada dinodai oleh anasir-anasir yang boleh memecahbelahkan pemikiran dan amalan dalam masyarakat. Banyak contoh yang membuktikan bahawa membenarkan berbagai fahaman dan amalan dalam sesebuah negara itu akan menjadi punca kepada perselisihan, perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam.

Oleh itu, masyarakat perlu dijelaskan dan difahamkan mengenai pegangan dan amalan yang betul, berdasarkan sumber syarie dan telah terbukti dapat menyatukan ummah dan negara. Sekian (DATO’ HAJI M. TAHRIR BIN DATO’ HAJI SAMSUDIN) Mufti Negeri Johor Jabatan Mufti Johor 2 Mac 2011.

Page 5: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 5

INTISARI KANDUNGAN � Sekapur sirih ............................................................. 4 � Intisari kandungan ................................................... 5 � Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah – Mukadimah ....... 7 � Cabang ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah ..................... 12

o Ilmu Tafsir ....................................................... - o Ilmu Hadith ....................................................... - o Ilmu Usul al-Din ............................................... 13 o Ilmu Fiqh .......................................................... 14 o Ilmu Akhlak dan Tasawwuf ............................... 17

� Beberapa segi epistemologi sunni …………………… 18

� Rukun pertama : Mengisbatkan hakikat dan ilmu yang mereka ijmakkan tentangnya - � Rukun kedua : Baharunya alam ini ..... 22 � Rukun ketiga : Semua yang berlaku ada yang menjadikan ........ 24 � Rukun keempat : Sifat-sifat Allah ........... 27 � Rukun kelima : Nama-nama Allah ...... 29 � Rukun keenam : Keadilan Ilahi dan hikmat Kebijaksanaannya ...... 31 � Rukun ketujuh : Kenabian dan kerasulan 33 � Rukun kelapan : Mukjizat dan keramat ... 35 � Rukun kesembilan Syariat Islam dan rukun- rukunnya ....................... 36 � Rukun kesepuluh : Suruh dan tegah dalam syarak .......................... 40 � Ruku kesebelas : Hilangnya para hamba dan hukum mereka di akhirat - � Rukun ke dua belas : Khalifah dan imamah .... 42 � Rukun ke tiga belas : Iman dan Islam ............. 43 � Rukun ke empat belas: Para wali dan imam ...... - � Rukun ke lima belas : Hukum tentang para musuh Islam ................. 45

� Keperluan kepada ilmu-ilmu Islam lainnya ................... 48 � Keperluan Nusantara atau Dunia Melayu kepada Empat Wacana agung Sunni ......................................... 49

Page 6: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 6

Page 7: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 7

C

AKIDAH AKIDAH AKIDAH AKIDAH

AHLI SUNNAH WAL JAMAAHAHLI SUNNAH WAL JAMAAHAHLI SUNNAH WAL JAMAAHAHLI SUNNAH WAL JAMAAH

MukadimahMukadimahMukadimahMukadimah

Risalah ini ingin mengemukakan hujah-hujah dan fakta-fakta untuk meneguhkan pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam negera ini. Ia juga berbicara berkenaan dengan beberapa penyerapan akidah yang mengelirukan, dengan cawangan-cawangannya dalam bidang-bidang lain yang berkenaan, dalam bentuk apa yang disebut sebagai aliran ‘salafi’, yang bertunjangkan ajaran Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab, dan ajaran ‘Islam Liberal’, antaranya yang bertunjangkan huraian-huraian tokoh seperti Muhammad Arkoun.

Demikian juga dengan asas-asas fahaman Islam Liberal yang kini sedang berkembang di negara ini. Hujah-hujah dan pengamatan-pengamatan dikemukakan untuk menolak fahaman tersebut seperti dijelaskan dalam Al-Bayan siri ke-20.

Page 8: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 8

1. Malaysia negara yang berpegang kepada aliran dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; dalam akidah ia mengikut mazhab Imam Asy’ari rd, dalam Fiqh ia mengikut mazhab Syafi’e rd dengan tambahan-tambahan yang diperlukan dari segi keputusan-keputusan fatwa mengikut kaedah yang wajar dalam Ahli Sunnah; dalam huraian berkenaan dengan akhlak dan kerohanian ia mengikut Imam al-Ghazali rd. Sistem pengetahuan dan panduan ilmu dalam Ahli Sunnah ini diikuti dengan baiknya dan mesti dipelihara.

2. Ulil-amri wajib menjaga agama dan perlaksanaannya serta kefahamannya pada orang ramai mengikut landasan-landasannya yang asal dan benar tanpa penyelewengan; (Berkenaan dengan kewajipan ulil-amri menjaga agama supaya berada atas dasar-dasar asal yang hak dijelaskan oleh Imam al-Mawardi rh dalam ’al-Ahkam al-Sultaniyyah’nya bab berkenaan dengan kewajipan-kewajipan khalifah atau imam yang pertama sekali dalam senarai kewajipan-kewajipan yang sepuluh itu); sama ada dalam bentuk lama atau baru, dalam bentuk lama seperti Mu’tazilah, Qadariah, Jabariah, Batiniah, dan yang sepertinya, dalam bentuk baru seperti Mu’tazilah fesyen baru, atau Khawarij fesyen baru, atau Batiniah fesyen baru yang menggunakan nama-nama atau istilah-istilah yang menarik tetapi yang mengandungi ‘racun’ di dalamnya dan yang membawa kekeliruan. (Perbincangan-perbincangan akademik di pusat pengajian tinggi untuk kajian perbandingan tentang aliran pemikiran, itu perkara yang khusus yang perlu ditangani di kalangan para ahlinya).

3. Maka ajaran dan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah ini mesti dikekalkan. Beberapa perkara berkenaan dengan dasar-dasatr Ahli Sunnah dipeturunkan di bawah ini:

Page 9: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 9

� Yang dimaksudkan dengan pemahaman arus perdana dalam Islam ialah fahaman, pegangan dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah; perkara pokok di dalamnya, intinya melibatkan faham ilmu, atau “epistemology”; ia

falsafah ilmu (Qur'an sendiri memulakannya dengan ) �� %2(4� 5� �� 5 �&� �� %2) , teori tentang ilmu pengetahuan, keadaannya,

dasar-dasarnya, batasan-batasannya, dan kesahihannya.

� Yang dimaksudkan ilmu itu - antaranya pada al-Baqillani rh dalam at-Tamhidnya pada bahagian awalnya - ialah mengenali apa yang dimaklumi itu mengikut keadaan hakikatnya yang sebenarnya. (“ma’rifatul-ma’lum ‘ala ma huwa bihi”). (Ini takrif ilmu mengikut al-Baqillani dalam ‘al-Tamhid’; Imam Syafie rd menggunakan takrif yang sama

katanya ( 6���� 78 %$ �� )7��6� ���9 :� ;2� ) dalam (‘al-Fiqhul-

Akbar’, Matba’ah al-‘Amirah al-Sharqiyyah, Kahirah, 1324 hlm.10.)

� Para ‘ulama Usul al-Din (�9"� <7��) Ahli Sunnah

mentarafkan peringkat mengenali itu sebagai peringkat tertinggi, iaitu mengenali apa yang diketahui dengan sebenarnya, dengan yakin berdasarkan kepada dalil. Ianya

melebihi sangkaan yang kuat (zann �=> ), syak (sama

banyak antara yang ya atau tidak), sangkaan yang lemah

(waham - �8�), kejahilan semata (al-jahl – ?@A�), dan jahil yang

bersusun (jahil al-murakkab - � ?8%�BC6 ), iaitu tidak disedari

iaya jahil, disangkanya dirinya mengetahui sebenarnya. Ianya mesti dengan dalil dan yakin; tanpa dalil dan yakin tidak dipanggil ilmu atau ma’rifah. (Imam Syafie rh dalam teks yang sama (hlm 10) membezakannya daripada zann dan taqlid.)

Page 10: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 10

� Yang dimaksudkan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah ajaran dan amalan yang berasal daripada Nabi s.a.w. dan para Sahabatnya sebagaimana yang ternyata daripada hadith yang menyebut umat Islam akan berpecah kepada 73 golongan, yang selamat hanya satu, iaitu mereka yang dipanggil sebagai jemaah yang selamat dan benar, yang berpegang kepada dasar hidup nabi dan para sahabatnya, mereka itulah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dasar dan amalan inilah yang kemudiannya berkembang di kalangan para ulama Ahli Sunnah dalam pelbagai disiplin ilmu, yang dihuraikan oleh tokoh-tokoh dalam bidang tafsir Quran, qiraat, hadith dan cawangan-cawangannya, usul al-din, fiqh, usul al-fiqh, akhlak dan tasawwuf, termasuk falsafahnya, demikian seterusnya dengan pelbagai cawangan dan disiplin ilmu, antaranya sebagaimana yang dihuraikan dalam “al-Muqaddimah” oleh ‘Abd al-Rahman ibn Khaldun rh antara lainnya. (c.f. Osman Bakar, The Classification of Knowledge). (Huraian ringkas berkenaan dengan Ahl al-Sunnah dibuat oleh penulis ini dalam ‘Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah’ dalam buku ‘Dinamika Dakwah’, (ed) Dr Abdul Halim El-Muhammady, Budaya Ilmu Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1992, 101-135, dengan huraian berkenaan dengan hadith-hadithnya, sejarahnya, dan prinsip-prinsipnya secara ringkas.)

‘Abd al-Qahir al-Baghdadi rh. membahagikan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam dalam kitabnya (al-Farqu Baina al-Firaq) kepada beberapa bahagian mengikut disiplin ilmu dalam epistemologi Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti: Ilmu al-Kalam atau Usul al-Din, ilmu Tafsir Quran dan Qiraat, Ilmu Hadith dan cawangan-cawangannya, Ilmu Fiqh dan ahli-ahlinya (termasuk usul al-fiqhnya), ilmu sastera dan nahu

Page 11: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 11

sarafnya, ilmu lughahnya, ilmu tasawwuf dan para ahlinya. Termasuk ke dalam golongan mereka itu orang awam yang mengikut panduan ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dan juga mereka yang menjaga sempadan negeri-negeri Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Page 12: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 12

CABANG ILMU AHLI SUNNAH CABANG ILMU AHLI SUNNAH CABANG ILMU AHLI SUNNAH CABANG ILMU AHLI SUNNAH

DAN CIRIDAN CIRIDAN CIRIDAN CIRI----CIRINYACIRINYACIRINYACIRINYA

1. Ilmu TafsirIlmu TafsirIlmu TafsirIlmu Tafsir:

Berdasarkan kepada panduan-panduan ayat-ayat Quran

Panduan hadith-hadith Huraian-huraian para ulama Ahli Sunnah yang muktabar dalam bidangnya seperti al-Baidawi, al-Nasafi, al-Jalalain, a-Khazin, al-Baghwi, Fakhrul-razi dan seterusnya; sampailah kepada para mufassirin zaman kemudian.

2. Ilmu HadithIlmu HadithIlmu HadithIlmu Hadith:

Berdasarkan ilmu-ilmu hadith oleh para imam yang diakui seperti para pengumpul "kutub sittah" dan lainnya dan para pensyarah kitab-kitab mereka.

o Huraian para ulama tentang mustalah al-hadith. o Huraian para ulama tentang "al-jarh wa ta’dil". o Huraian para ulama tentang sejarah perkembangan

hadith.

Page 13: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 13

3. Ilmu Ilmu Ilmu Ilmu UUUUsul alsul alsul alsul al----DDDDinininin:

o Berdasarkan kepada Quran, Sunnah, dan ijma’.

o Berdasarkan kepada huraian para ulama Ahli Sunnah yang muktabar dalam bidang ini seperti Imam Abul-Hasan al-Ash’ari, al-Maturidi, al-Baghdadi, al-Baqillani, al-Nasafi, dan seterusnya dalam memberi huraian tentang Tuhan, para nabi, malaikat, kitab samawi, akhirat, dan qadha dan qadar.

o Juga berdasarkan kepada huraian mereka yang

menolak Mu’tazilah, Jabariah, Qadariah, Murji’ah, Khawarij, Batiniah, dan Syiah atau Rafidah.

Semuanya perlu diketahui dengan jelas dan simpati

supaya akidah Ahli Sunnah dijadikan pegangan dan dihayati dan yang lain-lain dijadikan sempadan dan ditolak, samaada dalam bentuk lama atau baharu, klasik atau moden.

Yang moden yang perlu difahami dan ditolak seperti

materialisme, sekularisme, dekonstruksinisme, pasca-modernisme dan seterusnya, iaitu mana-mana yang berlawanan dengan ciri-ciri pegangan Ahli Sunnah wal-jama’ah.

Mana-mana tulisan moden yang boleh membantu dalam memahami akidah ini boleh dimanfaatkan seperti tulisan-tulisan Dr. Zandani, juga pemikir-pemikir Barat seperti Frihtjof Chapra antaranya dengan The Tao of Physicsnya antara lainnya.

Tulisan Dr. Iqbal seperti The Reconstruction of

Religious Thought in Islam juga perlu difahami dengan jelas

Page 14: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 14

dan penuh simpati serta manafaat daripadanya perlu didapati, walaupun mungkin dalam beberapa perkara tentang pemikirannya kita berbeza dengannya.

Cabaran-cabaran terhadap pemikiran dan akidah Ahli

Sunnah dalam penulisan semasa - termasuk apa yang ada dalam internet - perlu diberi respons yang tepat oleh para ulama dan sarjana Muslim dengan kerjasama mereka yang berwenang.

Nusantara atau Dunia Melayu Muslim mesti

dikekalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaahnya dengan ciri-cirinya demi untuk menjaga kesahihan akidahnya dan juga kestabilan intelektuil dan rohaninya sebagai asas yang kukuh bagi pembinaan tamadun dan budaya di rantau ini (selain daripada mengambil kira dan memanafaatkan perkembangan-perkembangan terbaharu dalam ilmu pengetahuan dan teknologi termasuk ICT).

Perlu dihadapi dengan cara berkesan fenomena

pihak-pihak yang tertarik dengan pemikiran Syiah sehingga dianggap perlu menggantikan pemikiran dan akidah Ahli Sunnah di Dunia Melayu.

Juga perlu dihadapi dengan berkesan fenomena

Kristianisasi dan yang sepertinya.

4. Ilmu Fiqh:Ilmu Fiqh:Ilmu Fiqh:Ilmu Fiqh:

Ilmu berkenaan dengan detail-detail hukum Syara’ dalam Islam berdasarkan kepada Quran, Sunnah, Ijma’ mereka

Page 15: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 15

yang muktabar, dan Qias mereka yang berwenang. Juga istihsan, istislah, istishab dan seterusnya.

Berdasarkan kepada mazhab-mazhab yang diakui dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah, dan kalau di Nusantara mazhab Imam Syafi’I rd dengan tambahan-tambahan dalam bentuk fatwa-fatwa dan keputusan-keputusan baharu yang diperlukan berdasarkan kepada kaedah-kaedah mazhab yang diakui.

Ini demi untuk menjaga kesahihan dalam perkembangan dan pengamalan hukum serta keseragaman dalam perlaksanaan hukum dan kesenangan dalam menguruskan kehidupan kolektif umat di rantau ini.

Perlu dihadapi fenomena pemikiran dan pemahaman tentang hukum yang terbebas daripada mazhab yang muktabar (aliran “al-lamadhhabiyyah”) kononnya kerana hendak “kembali kepada Quran dan Sunnah” sahaja, atau kerana “hendak menghapuskan sarang labah-labah yang berabad-abad itu” (“the web of the centuries”) dan sebagainya.

Perlu dihadapi fenomena memberi fatwa atau pendapat secara tidak mengikut adab dan ketertiban sebagaimana yang dihuraikan oleh para ulama muktabar tentang fatwa dan membuat keputusan hukum (‘istinbat’), mengeluarkan pendapat sendiri-sendiri, atau mengikut apa yang dipanggil sebagai ulama “haraki” dan ditolaknya yang “tidak haraki” sampai terjejas ciri-ciri sahih keputusan hukum dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah (c.f. teguran al-Hudaibi terhadap almarhum Maududi dalam hubungan

Page 16: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 16

dengan istilahnya yang empat yang menyalahi ijma’ Ahli Sunnah Wal Jamaah; demikian pula teguran yang dibuat dalam hubungan dengan pemikiran almarhum Syed Qutb rh dengan penuh penghormatan kita kepada beliau yang sangat banyak berjasa itu).

Perlu dihadapi fenomena yang bercanggah dengan dasar “bertanyalah kepada ahli ilmu kalau kamu tidak mengetahui” (Al-Nahl.43) yang tertingginya merujuk kepada para mujtahidin sebenarnya; Juga fenomena yang bercanggah dengan pengajaran dalam hadith:

��'"#�9 �D��-�� �+;E…GH�I���; J�+6�������� �…

Agama menggalakkan nasihat menasihati kepada semua pemimpin umat Islam.

Riwayat Muslim, Tirmidhi, Abu Daud , al-Tabarani, dan Imam Ahmad (hadith sahih). Sikap ‘al-nasihah’ dalam erti keceriaan murni yang gigih ini dihuraikan oleh Imam Nawawi rh dalam ‘Sharah Muslim’nya. Berkenaan dengan sikap terhadap ulim-amri dalam Ahli Sunnah ini boleh didapati dari pendirian-pendirian para imam seperti al-Ash’ari, al-Maturidi, al-Tahawi, al-Ghazali, al-Nawawi dan seterusnya dalam kalangan ulama Ahli Sunnah yang menghidupkan budaya ‘al-din al-nasihah’ dalam erti yang menyeluruh.

Keceriaan yang murni dan sungguh-sungguh dalam

hubungan dengan para ulama dan para pemimpin dalam kehidupan bermasyarakat sekaligus dengan mengamalkan adab-adab dan cara-cara berinteraksi dengan mereka sebagaimana yang ada dalam teks-teks Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Page 17: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 17

5. Ilmu Akhlak dan TasawwufIlmu Akhlak dan TasawwufIlmu Akhlak dan TasawwufIlmu Akhlak dan Tasawwuf:

Keperluan kepada usaha merujuk dan mengambil panduan daripada sistem ilmu tasawwuf yang muktabar sebagaimana yang ada dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti Imam al-Ghazali rd dan al-Qushairi rh serta al-Junaid al-Baghdadi rh dan lainnya serta teks-teks mereka dan perjalanan hidup mereka.

Keperluan mengelak daripada ciri-ciri yang tidak wajar dalam kefahaman sufiah dan amalan-amalannya, apa lagi yang bercanggah dengan hukum Syara’ dan ciri-ciri Batiniah yang sesat dan menyesatkan yang muncul atas nama tasawwuf atau ilmu hakikat yang palsu dan juga keperluan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul berkaitan dengannya.

Keperluan mengembalikan umat kepada “makarim al-akhlak” (amalan akhlak yang murni) dengan pemusatan kepada sifat-sifat yang mulia dan utama serta mengikis sifat-sifat yang sebaliknya melalui ilmu pengetahjuan yang berkenaan dan latihan-latihan akhlak dan adab amaliah dalam kehidupan harian.

Keperluan untuk menghalang usaha mereka dengan pelbagai cara yang mungkin melalui undang-undang, pendidikan, dan kawalan masyarakat, serta media peribadi-peribadi yang sesat daripada menyesatkan orang ramai melalui dakwaan-dakwaan palsu tentang kemampuan memberi kepimpinan rohaniah yang tinggi.

Page 18: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 18

BEBERAPA SEGI BEBERAPA SEGI BEBERAPA SEGI BEBERAPA SEGI

EPISTEMOLOGIEPISTEMOLOGIEPISTEMOLOGIEPISTEMOLOGI1111

SUNNISUNNISUNNISUNNI

Dasar-dasar Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dilihat pada bab kelima al-Farq Baina al-Firaq karangan ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi rh. antara dasar-dasar atau “usul” tersebut ialah:

Mengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijma’kan Mengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijma’kan Mengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijma’kan Mengithbatkan Hakikat Dan Ilmu Yang Mereka Ijma’kan

TetapnyaTetapnyaTetapnyaTetapnya

Yang disepakati dikalangan mereka rukun pertamanya mengithbatkan hakikat-hakikat dan ilmu-ilmu yang mereka ijma’kan tetapnya ilmu-ilmu itu dengan makna-makna yang ada

pada para ulama dan dianggap sesat mereka yang menafikan ilmu dan lain-lain sifat (a’rad) seperti yang berlaku pada golongan “Sophists” (ini boleh terkena pada pemikiran pascamodernisme) yang menafikan ilmu dan hakikat-hakikat benda-benda yang ada. Demikian pula sesatnya mereka yang menganggap semua pegangan dan kepercayaan sebagai sah walau pun yang saling berlawanan dan bercanggahan. 1 Epistemologi makananya teori tentang pengetahuan, terutamanya yang berkaitan

dengan kajian kritis tentang kesahihan, kaedah dan skop sesuatu pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 398).

Rukun Rukun Rukun Rukun

PertamaPertamaPertamaPertama

Page 19: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 19

Ulama ahli Sunnah membahagikan ilmu manusia kepada yang bersifat badihiah, yang hissi, dan istidlali - mereka yang menafikan ilmu yang bersifat badihi dan hissi - melalui pengamatan pancaindera - sebagai golongan degil.

Mereka yang menafikan ilmu dari tilikan akal (al-

nazar) dan istidlali (dengan mengambil dalil pemikiran) , kalau ianya seperti golongan Sumniyah yang mengingkari penilikan akal dalam ilmu akliah ia kafir mulhid, seperti golongan dahriah atau materialist, yang berpegang kepada sediakalanya alam, penafian adanya Tuhan Pencipta alam, berserta dengan fahaman membatalkan semua agama-agama (dan ini juga menyentuh pemikiran pascamodernisme sekarang).

Kalau orang demikian berpegang kepada tilikan akal dalam ilmu akliah dan menolak kias dalam cawangan hukum Syara’ seperti mazhab Zahiriah, itu tidak membawa kepada kekufuran.

Ahli Sunnah mengajarkan pancaindera yang mengesani perkara-perkara zahir yang boleh dikesani olehnya (al-mahsusat) ialah pemandangan mata bagi mengesani apa yang boleh dilihat, perasa yang mengesani seperti rasa makanan, penciuman bagi mengesani bau, sentuhan bagi mengesani panas dan sejuk, basah dan kering, sifat lembut dan kasar.

Ahli Sunnah mengajarkan apa-apa yang dicapai melalui pancaindera ini berupa sebagai makna-makna (al-ma’ani) yang berdiri dengan alat-alat pancaindera itu. (Ilmu yang berpunca daripada pengesanan melalui pancaindera dan tilikan akal boleh diperpanjangkan dengan perlaksanaan

Page 20: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 20

kaedah saintifik, penyelidikan, dan pemikiran serta rumusan ilmu pengetahuan dan alat-alat kelengkapan yang diperlukan zaman sekarang sampailah kepada ICT dan seterusnya).

Mereka mengajarkan bahawa khabar berita yang mutawatir - yang sampai melalui punca yang terlalu banyak yang tidak memungkinkan salahnya - adalah jalan ilmu yang daruri - tidak boleh tidak - yang sah bila cukup syarat-syaratnya pada mereka. Termasuk ke dalam contoh ini ialah pengetahun kita tentang para nabi dan raja-raja sebelum kita dalam sejarah. Adapun sahnya penegasan tentang pangkat kenabian para anbiya itu maka itu sah melalui hujah-hujah nazariah atau tilikan akal. Maka dikirakan kafir mereka yang mengingkari ilmu dari kaedah atau jalan riwayat mutawatir.

Mereka memperincikan ciri-ciri riwayat yang mutawatir, yang mustafid, dan yang bersifat ahad, yang terakhir dengan periwayat seorang atau terlalu sedikit.

Berita ahad pada Ahli Sunnah bila sahih sandarannya dan matannya tidak mustahil pada akal, maka mesti diamalkan ajarannya. Dengan kaedah ini para ulama fiqh mensabitkan kebanyakan hukum Syariat dalam ibadat, mu’amalat, dan lain-lain bab haram dan halal.

Mereka menganggap sesat golongan-golongan yang menggugurkan wajib beramal dengan riwayat ahad seperti golongan Syiah Rafidah, Khawarij, dan lain-lain golongan yang mengikut hawa nafsu mereka.

Khabar mustafid adalah ditengah-tengah antara mutawatir dan ahad - mesti berilmu dengannya dan mesti

Page 21: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 21

beramal dengannya. Termasuk di bawah kaedah ini ialah ilmu tentang beberapa ma’jizat Nabi s.a.w. seperti terbelah bulan, bertasbihnya anak batu, meratapnya pelepah tamar, cukupnya makanan sedikit bagi orang ramai dan seterusnya.

Khabar mustafid banyak terdapat dalam hukum Syara’ seperti nisab zakat, had khamar, ilmu tentang menyapu dua kasut panjang, hukum rejam, dan yang sepertinya yang disepakati ulama fiqh tentang penerimaan terhadapnya; dianggap sesat mereka yang menyalahi mereka dalam hal ini seperti golongan Khawarij, yang mengingkari rejam.

Dan dikirakan kafir mereka yang mengingkari ru’ya atau memandang Allah di Syurga, Kolam nabi di akhirat, syafa’ah dan azab kubur.

Sabitnya Quran, zahirnya, dan mu’jizatnya yang menyebabkan ianya tidak boleh ditentang itu melalui riwayat mutawatir yang menjadikannya ilmu daruri.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah mentaklifkan para hambaNya mencapai ma’rifat terhadapNya, dan mereka diwajibkan tentangnya, juga mereka disuruh berma’rifat dalam hubungan dengan RasulNya, dan KitabNya, serta beramal dengan apa yang ditunjukkan oleh Kitab dan Sunnah nabiNya.

Dianggap kafir mereka yang menegaskan bahawa Allah tidak menyuruh ma’rifat seseorang itu, seperti yang diperpegangi oleh Thumamah, dan al-Jahiz, dan segolongan daripada Syiah Rafidah.

Page 22: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 22

Mereka bersepakat bahawa usul Hukum Syariat ialah Quran, Sunnah, dan Ijma’ golongan Salaf.

Mereka anggap kafir pihak yang menegaskan - seperti golongan Syiah Rafidah - bahawa tidak ada hujah sekarang ini pada Quran dan Sunnah kerana pada dakwaan mereka para Sahabat telah mengubah sebahagian dari Quran itu dan melakukan “tahrif” pada setengah daripadanya.

Mereka anggap kafir golongan Khawarij yang menolak semua hadith-hadith Sunan yang dinukilkan oleh para periwayatnya oleh kerana mereka mengatakan para penukil hadith itu - termasuk Sahabat - menjadi kafir.

Mereka menganggap kafir al-Nazzam yang menolak hujah ijma’ dan hujah mutawatir, dan yang berpegang kepada harus berlakunya persepakatan umat Islam atas kesesatan dan kemungkinan berlaku pembohongan di kalangan mereka yang terlibat dalam riwayat yang mutawatir.

BAHARUNYA ALAM INIBAHARUNYA ALAM INIBAHARUNYA ALAM INIBAHARUNYA ALAM INI

Tentang baharunya alam ini, yang mereka sepakati ialah alam itu ialah sekalian yang selain dari Allah.

Maka sekalian yang lain dari Allah dan sifat-sifatNya yang azali adalah makhluk yang diciptakanNya.

Rukun Rukun Rukun Rukun

Yang Yang Yang Yang

KeduaKeduaKeduaKedua

Page 23: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 23

Pencipta alam bukan makhluk, bukan dicipta, bukan dari jenis alam, bukan dari jenis sesuatu bahagian atau juzu’ alam.

Mereka bersepakat alam ini terdiri dari zat dan sifat (jauhar dan ‘arad).

Mereka mengajarkan tiap jauhar - iaitu atom - tidak boleh dibahagi (Sekarang ini ianya boleh dibahagi- proton, neutron, dan sebagainya, dengan entiti-entiti baharu seperti “quarks” dan seterusnya dalam fizik quantum).

Mereka mengajarkan adanya para malaikat, jin, dan syaitan-syaitan daripada makhluk-makhluk dalam alam.

Mereka aggapkan kafir mereka yang mengingkari ini semua seperti golongan ahli falsafah dan puak Batiniah.

Mereka menganggapkan sesat golongan yang mengajarkan fahaman serba-dua (al-thanawiyah) iaitu jisim terdiri daripada nur atau cahaya, dan zulmah atau kegelapan; yang baik daripada nur, yang jahat daripada zulmah.

Mereka bersepakat tentang baharunya ‘arad pada semua jisim-jisim, dan mereka menganggap tiap-tiap ‘arad itu baharu pada tempatnya ‘arad itu tidak berdiri sendirinya.

Ahli Sunnah bersepakat tentang fananya seluruh alam ini dan mereka mengajarkan kekalnya syurga dan neraka, syurga dengan ni’matnya dan neraka dengan azabnya melalui jalan Syara’.

Page 24: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 24

Mereka menganggap kafir golongan Jahmiah yang mengajarkan syurga dan neraka itu binasa.

Mereka menganggap kafir Abul-Hudhail yang berpendapat akan terputusnya ni’mat syurga dan azab neraka;

SEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKANSEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKANSEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKANSEMUA YANG BERLAKU ADA YANG MENJADIKAN

Semua peristiwa yang berlaku mesti ada yang melakukannya dan yang menjadikannya.

Ahli Sunnah menganggap kafir Thumamah dan pengikutnya dari golongan Qadariah yang mengajarkan bahawa perbuatan-perbuatan itu timbul sendiri - al-mutawallidah - tanpa pembuatnya. Mereka mengajarkan Pencipta alam hanya menjadikan jisim-jism dan ‘arad sahaja, bukan perbuatan-perbuatan.

Mereka menganggap kafir Ma’mar dan para pengikutnya dari golongan Qadariah yang mengajarkan Allah tidak menciptakan sesuatupun daripada ‘arad-‘arad yakni sifat-sifat yang ada pada jisim-jisim. Ia hanya menjadikan jisim-jisim sahaja. Jisim-jisimlah yang menjadikan ‘arad-‘arad sendirinya.

Golongan pelampau atau ghulat dari kalangan Syiah Rafidah mengajarkan bahawa ‘Ali adalah jauhar makhluk, yang baharu dijadikan, kemudian ia menjadi Tuhan Pencipta Alam dengan meresap masuk - hulul - roh Tuhan ke

Rukun Rukun Rukun Rukun

Yang Yang Yang Yang

KetKetKetKetiga iga iga iga

Page 25: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 25

dalamnya. Mereka ini mengajarkan Tuhan tidak ada kesudahan dan hadNya.

Hasyim bin Hakam al-Rafidi mengajarkan Tuhan yang disembahnya tujuh jengkal dengan jengkalnya sendiri.

Ahli Sunnah mengajarkan mustahil Tuhan itu ada rupa bentuk dan anggota, khilaf bagi golongan ghulat Rafidah dan para pengikut Daud al-Hawari yang mengajarkan bahawa Tuhan ada, mempunyai rupa bentuk seperti rupa manusia.

Ahli Sunnah bersepakat mengajarkan bahawa Tuhan tidak dikandung ruang atau tempat, dan tidak berlalu atasNya perjalanan masa; ini berlawanan dengan pegangan kaum Syihamiyah dan Karramiyah yang mengajarkan bahawa Tuhan bersentuh dengan ‘Arasy.

Dinukilkan oleh Ahli Sunnah bahawa baginda ‘Ali rd menyataan bahawa Allah menjadikan ‘Arasy bagi menzahirkan QudratNya, bukan bagi menjadi tempat untuk ZatNya (izharan li-Qudratihi la makanan li Dhatihi). Katanya lagi: Telah ada Ia dan tiada tempat (bagiNya), dan Ia sekarang sebagaimana telah adaNya dahulu.

Ahli Sunnah menafikan adanya kecelaan, kesahan, dan kesakitan pada Tuhan. Mereka menafikan gerak dan diam padaNya. Ini berlawanan dengan Syiah Rafidah yang mengajarkan bahawa tempatNya baharu menjadi daripada gerakNya.

Page 26: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 26

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah Maha Kaya tidak memerlukan pertolongan makhlukNya, dan Ia tidak mendapat manafaat daripada makhlukNya untuk DiriNya, dan Ia tidak menolak kemudaratan dariNya melalui makhlukNya. Ini berlawanan dengan dakwaan para Majusi yang mengajarkan bahawa Allah menjadikan para malaikat untuk menolak kesakitan daripada Syaitan terhadapNya.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Pencipta Alam adalah Esa. Ini berlawanan dengan Majusi yang mengajarkan ada dua yang kadim, iaitu Nur dan Zulmah.

Ini juga berlawanan dengan Rafidah yang mengajarkan bahawa Allah menyerahkan tadbiran alam kepada ‘Ali, ialah Pencipta Yang Kedua (al-Khaliq al-Thani).

Page 27: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 27

SIFATSIFATSIFATSIFAT----SIFAT ALLAHSIFAT ALLAHSIFAT ALLAHSIFAT ALLAH

Berkenaan Dengan Sifat-Sifat Allah: IlmuNya, QudratNya, HayatNya, IradatNya, Sama’Nya, BasarNya, dan KalamNya, yang semuanya Sifat-Sifat Yang Azali dan Kekal.

Mu’tazilah menafikan semua Sifat-Sifat Azali bagi Allah: mereka mengajarkan tidak ada bagi Allah sifat Qudrat, Ilmu, Hayat, Basar, dan tidak ada PencapaianNya bagi semua yang boleh didengar.Mereka mensabitkan bagiNya kalam yang baharu.

Kata Ahli Sunnah: menafikan sifat bermakna menafikan apa yang disifatkan, sebagaimana menafikan perbuatan bermakna menafikan pembuat.

Ahli Sunnah bersepakat Kuasa Allah berlaku atas semua yang ditakdirkan, dengan QudratNya yang satu. Dengan Qudrat yang satu berlaku semua yang ditakdirkan.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Ilmu Allah adalah satu dengan Ilmu itulah Ia mengetahui semua maklumat secara terperinci tanpa pancaindera, cara badihiah, dan mengambil dalil.

Kaum Rafidah di kalangan Syiah mengajarkan Allah tidak mengetahui sesuatu sebelum jadinya.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Sifat Basar dan Sama’ Allah meliputi semua yang boleh dilihat dan didengar

Rukun Rukun Rukun Rukun

Yang Yang Yang Yang

KeempatKeempatKeempatKeempat

Page 28: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 28

dan Allah berterusan melihat DiriNya dan Mendengar KalamNya.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Allah boleh dilihat oleh orang mukmin di akhirat. Mereka berpendapat harus melihatNya dalam tiap-tiap hal dan bagi tiap-tiap yang hidup melalui jalan akal. Dari mereka mengajarkan wajib orang mu’min melihatnya secara khusus di akhirat melalui jalan khabar dalam nas. Ini berlawanan dengan pendapat Qadariah dan Jahmiyah yang mengajarkan mustahil Ianya boleh dilihat.

Ahli Sunnah bersepakat bahawa Kehendak Allah - Iradat dan Masyi’ahNya - tertakluk atas segala perkara.

Mereka mengajarkan bahawa tidak ada yang berlaku dalam alam melainkan dengan KehendakNya, apa yang dikehendakiNya jadi, apa yang tidak dikehendakiNya, tidak menjadi.

Golongan Qadariah Basrah berpendapat ada Allah kehendaki apa yang tidak menjadi, dan ada yang menjadi apa yang tidak dikehendakiNya.

Ahli Sunnah bersepakat Hayat Tuhan tanpa roh dan makanan; dan semua arwah adalah makhluk. Ini berlawanan dengan Nasrani yang mendakwa sediakalanya bapa, anak dan roh (dalam tiga oknum mereka).

Mereka bersepakat bahawa kalamullah adalah SifatNya yang azali, dan itu bukan makhluk, bukan baharu.

Page 29: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 29

NAMANAMANAMANAMA----NAMA ALLAHNAMA ALLAHNAMA ALLAHNAMA ALLAH

Nama-Nama Allah pada Ahli Sunnah adalah perkara tauqif, iaitu samaada ianya diambil daripada al-Quran atau Sunnah yang sahih atau ijma’ umat tentangnya; tidak dibolehkan

qias tentangnya.

Berlawanan dengan pihak seperti Mu’tazilah Basrah yang membolehkan qias. Al-Jubba’I misalnya menyesatkan bila ia memberi nama Muti’ (yang taat) kepada Allah melalui jalan qias kerana katanya Allah memberi kehendak hambaNya.

Ahli Sunnah mengajarkan tentang adanya Sunnah yang menyebut nama Tuhan sebanyak sembilan puluh sembilan, dan sesiapa yang membilang-bilangnya masuk syurga. Maksudnya bukan hanya menyebut dan membilang tetapi mempunyai ilmu tentangnya dan beriktikad tentang makna-maknanya.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa Nama-Nama Tuhan ada tiga bahagian: sebahagian yang menunjukkan ZatNya, seperti al-Wahid (Yang Esa), al-Ghani (Yang Maha Kaya), al-Awwal (Yang Kadim tanpa permulaan), al-Akhir (Yang Kekal tanpa kesudahan), al-Jalil (Yang Maha Hebat), al-Jamil (Yang Maha Indah), dan lain-lain yang Ia berhak bersifat dengannya.

Sebahagian lagi yang memaksudkan Sifat-SifatNya yang azali yang bersekali dengan ZatNya seperti al-Hayy (Yang Maha Hidup), al-Qadir (Yang Maha Berkuasa), al-‘Alim (YangMaha Mengetahui), al-Murid (Yang Maha

Rukun Rukun Rukun Rukun

Yang Yang Yang Yang

Kelima Kelima Kelima Kelima

Page 30: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 30

Berkehendak), as-Sami’ (Yang Maha Mendengar), al-Basir (Yang Maha Melihat), dan lain-lain Nama daripada Sifat-Sifat Yang berdiri dengan ZatNya.

Sebahagian lagi Nama-Nama yang timbul daripada perbuatan-perbuatanNya seperti al-Khaliq (Yang menjadikan alam), ar-Raziq (Yang Maha Mengurnia rezeki), al-‘Adil (Yang Maha Adil), dan yang sepertinya.

Bagi golongan pascamodernis yang menolah naratif agung- akidah seperti ini dalam agama - dan golongan materialis, ini semua tertolak sebagai bahan-bahan tanpa makna yang tidak perlu diambil kira. Ini perlu diberi respons dan perlu dihadapi dengan berkesan).

Page 31: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 31

KEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBKEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBKEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBKEADILAN ILAHI DAN HIKMAH KEBIJAKSANAANNYAIJAKSANAANNYAIJAKSANAANNYAIJAKSANAANNYA

Tentang Keadilan Ilahi dan Hikmat KebijaksanaanNya. Mereka mengajarkan bahawa Allah menjadikan jisim-jisim dan ‘arad-arad yang baiknya dan yang buruknya semua sekali (kalau sekarang

boleh dikatakan Ia menjadikan semua atom-atom, neutron-neutron, proton, elektron, quark-quark, serta lain-lainnya seperti yang ada ini semua, sama ada dalam bentuk gelombang atau zarrah, dengan sifat-sifatnya semua sekali).

Bahawa Allah menjadikan usaha para hambaNya, tidak ada yang menjadikannya selain daripada Allah. Ini berlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskan Allah tidak menjadikan sesuatupun daripada usaha para hambaNya, dan berlawanan dengan golongan Jahmiyah yang mengajarkan bahawa hamba tidak melakukan usaha dan tidak berkuasa atas usaha mereka.

Pada Ahli Sunnah sesiapa yang berpegang kepada ajaran bahawa para hamba menjadikan usaha mereka, ia Qadariyah, syirik dengan Tuhannya, kerana mendakwa para hamba menjadikan seperti Tuhan menjadikan ‘arad-‘arad seperti gerak-gerak dan diam dalam ilmu dan iradat, kata-kata dan suara.

Dan - mereka mengajarkan - sesiapa yang menegaskan bahawa hamba tidak ada upaya untuk berusaha, ia tidak melakukan amal, serta tidak melakukan usaha, maka ia Jabariyah. Sesiapa yang berpegang kepada

Rukun Rukun Rukun Rukun

Yang Yang Yang Yang

KeenamKeenamKeenamKeenam

Page 32: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 32

ajaran bahawa hamba berusaha bagi amalnya dan Allah pencipta usahanya, maka ia Ahli Sunnah.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa hidayah adalah dari Allah dari dua segi: iaitu segi menerangkan yang benar dan menyeru kepadanya, serta membentangkan hujah-hujah dan dalil untuknya. Dari segi ini maka sah dinisbahkan hidayah kepada para Rasul a.s. dan da’i kepada agama Allah kerana mereka memberi panduan yang benar kepada Allah. Ini penafsiran terhadap ayat yang bermaksud “Sesungguhnya tuan hamba menyeru kepada Jalan Yang Lurus” (Al-Syura.52).

Segi keduanya: hidayah pertunjuk Allah terhadap para hambaNya dalam erti menjadikan bimbingan hidayat dalam hati para hamba sebagaimana yang ada dalam ayat yang bermaksud “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat kepadanya, ia membukakan dadanya bagi menerima agama Islam, dan sesiapa yang Ia kehendaki supaya dibiarkan dalam kesesatan Ia menjadikan dadanya sempit… “( Al-An’am.126) Hidayat dalam aspek ini hanya Allah sahaja yang berkuasa melakukannya.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa sesiapa yang mati maka itu kerana ajalnya, dan Allah Maha Kuasa untuk memanjangkan umurnya. Ahli Sunnah juga mengajar tentang rezeki iaitu sesiapa yang makan atau meminum sesuatu itu rezekinya, samaada halal atau haram, itu berlawanan dengan golongan Qadariah yang menegaskan bahawa manusia kadang-kadang makan apa yang bukan rezeki baginya.

Page 33: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 33

KENABIAN DAN KERASULANKENABIAN DAN KERASULANKENABIAN DAN KERASULANKENABIAN DAN KERASULAN

Mereka mengajarkan hakikat adanya kenabian dan kerasulan serta mereka menegaskan kebenaran adanya para Rasul a.s.s yang diutuskan Allah kepada

para hambaNya. Ini berlawanan dengan ajaran Brahminisme (juga golongan materialis dan pascamodernis) yang menafikan itu walaupun mereka percaya kepada Tuhan Yang menjadikan alam.

Ahli Sunnah membezakan antara Rasul dan Nabi. Nabi ialah setiap orang yang turun wahyu kepadanya dari Allah melalui malaikat dan ia diperkuatkan dengan mu’jizat-mu’jizat yang menyalahi adat. Rasul ia sesiapa yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut serta dikhaskan baginya syariat yang baharu, ataupun atau ia datang memansukhkan sebahagian daripada syariat yang terdahulu daripadanya.

Ahli Sunnah menganggapkan kafir orang yang mengaku nabi samaada sebelum Islam seperti Zardasyt, dan Mazdak dan sebagainya, dan yang selepas Islam seperti Musailamah al-Kazzab, Sajah, dan seterusnya.

Ahli Sunnah menganggap kafir golongan yang menisbahkan kenabian bagi imam-imam atau mengaku mereka itu Tuhan seperti golongan al-Bayaniah, al-Mansuriah, al-Khattabiyah, dan yang menjalani perjalanan mereka. (Termasuk ke dalam kategori ini golongan-golongan sesat yang mengaku Tuhan dalam diri mereka, atau pemimpin mereka menerima wahyu daripada Jibril, atau pemimpin mereka mi’raj, bersemayam atas ‘Arasy dan

Rukun Rukun Rukun Rukun

Yang Yang Yang Yang

Ketujuh Ketujuh Ketujuh Ketujuh

Page 34: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 34

seterusnya, termasuk juga mereka yang mengaku adanya imam-imam maksum).

Mereka mengajarkan: para Nabi a.s. lebih afdhal daripada para malaikat yang berlawanan dengan pendapat al-Husain bin al-Fadl berserta dengan kebanyakan daripada golongan Qadariah yang mengajarkan malaikat lebih utama daripada para Rasul a.s.s.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa para Nabi lebih afdal daripada aulia, ini berlawanan dengan mereka yang berpendapat para aulia lebih afdal daripada anbia.

Mereka mengajarkan para nabi maksum iaitu bersih daripada dosa. Ini berlawanan dengan pegangan golongan Hisyamiah daripada firkah Syiah Rafidah yang berpegang kepada pendapat para nabi boleh berdosa tetapi mereka mengajarkan bahawa para imam itu maksum bersih daripada dosa.

Page 35: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 35

MU’JIZAT DAN KARAMAHMU’JIZAT DAN KARAMAHMU’JIZAT DAN KARAMAHMU’JIZAT DAN KARAMAH

Mereka mengajarkan bahawa mu’jizat ialah perkara zahir yang menyalahi adat timbul pada seseorang nabi dalam menghadapi kaumnya dan kaumnya lemah untuk menghadapinya, dan ini membenarkan

dakwaannya sebagai nabi; maka wajib ditaati nabi yang demikian.

Mereka mengajarkan harus zahirnya kekeramatan dari para aulia yang menunjukkan benarnya hal mereka itu.

Golongan Qadariah mengingkari adanya karmah aulia kerana mereka tidak mendapati orang yang mempunyai karamah dalam golongan mereka.

Ahli Sunnah mengajarkan Quran ada mu’jizatnya dalam bentuk susunannya; ini berlawanan dengan pendapat Qadariah, seperti an-Nazzam, yang menyatakan bahawa tidak ada mu’jizat dalam susunan sistem al-Quran.

Mereka mengajarkan ada mu’jizat Nabi Muhammad s.a.w. dalam bentuk terbelahnya bulan, bertasbihnya anak batu di tangannya, keluarnya air di celah-celah jarinya, memadainya makanan sedikit untuk orang yang sedemikian ramai, dan yang sepertinya. Golongan Qadariah seperti al-Nazzam mengingkari yang demikian itu.

Rukun Rukun Rukun Rukun

Yang Yang Yang Yang

Kelapan Kelapan Kelapan Kelapan

Page 36: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 36

SYARIAT ISLAM DAN RUKUNSYARIAT ISLAM DAN RUKUNSYARIAT ISLAM DAN RUKUNSYARIAT ISLAM DAN RUKUN----RUKUNNYA.RUKUNNYA.RUKUNNYA.RUKUNNYA.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa Islam terdiri daripada lima rukun, iaitu syahadah, perlaksanaan sembahyang lima waktu, pembayaran zakat, puasa

Ramadhan, dan ibadat haji ke Baitullahil-Haram.

Mereka mengajarkan sesiapa yang menggugurkan sesuatu rukun yang wajib daripada yang lima ini dan mentakwilkannya seperti yang dilakukan oleh golongan al-Mansuriah, dan al-Janahiah dari golongan ghulat Syiah Rafidah, maka ia kafir. (Ini sama seperti setengah golongan sesat yang menggugurkan wajib sembahyang kononnya kerana makam rohani yang tinggi yang dicapai oleh mereka).

Mereka mengajarkan sembahyang lima waktu, dan mereka menganggap kafir orang yang menggugurkan setengah daripadanya, seperti Musalamah al-Kazzab yang menggugurkan wajibnya sembahyang Subuh dan Maghrib; ia menggugurkannya itu sebagai mahar bagi perkahwinannya dengan isterinya Sajah yang juga mengaku nabi; maka ia menjadi kafir mulhid. (Ini sama dalam setengah perkara dengan golongan semasa yang mengajarkan sembahyang itu bukan lima waktu, dan caranya bukan seperti yang biasa diamalkan Ahli Sunnah, kerana golongan ini mahu berpegang kepada Quran sahaja mengikut tafsiran sendiri bukannya mengikut sistem ilmu atau epistemologi Sunni).

Rukun Rukun Rukun Rukun

Kesembilan Kesembilan Kesembilan Kesembilan

Page 37: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 37

Ahli Sunnah mengajarkan wajib sembahyang Jumaat dan mereka menganggap kafir golongan Khawarij dan Syiah Rafidah yang mengajarkan tidak ada sembahyang Jumuat sehingga zahir imam mereka yang mereka sedang nanti-nantikan. (Maka tidak benar ajaran yang membolehkan orang-orang bersuluk tidak sembahyang Jumaat dengan alasan bersuluk, kerana dikatakan penyakit hati yang memerlukan suluk lebih besar daripada penyakit badaniah yang membolehkan orang mukallaf meninggalkan sembahyang Jumaat).

Ahli Sunnah mewajibkan zakat emas dan perak, wang, lembu kerbau, biji-bijian, makanan utama seperti tamar dan seterusnya, dan sesiapa yang mengatakan tidak wajib zakat dalam perkara-perkara tersebut, ia menjadi kafir. Dijauhkan Allah.

Mereka mengajarkan wajib puasa pada bulan Ramadhan bila masuk bulan Ramadhan dengan ru’yah.

Mereka anggapkan sesat Rafidah yang berpuasa sebelum kelihatan anak bulan sehari dan berbuka sehari sebelum dibolehkan berbuka.

Mereka mengajarkan wajib menunaikan haji sekali seumur hidup bila seseorang itu ada kemampuan melakukannya dan aman jalannya.

Mereka menganggap kafir golongan yang mengatakan tidak wajib ibadat haji seperti golongan Batiniah. Tetapi mereka tidak menganggap kafir pihak yang mengatakan umrah tidak wajib kerana ada khilaf antara imam-imam tentang wajibnya.

Page 38: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 38

Mereka mengajarkan syarat-syarat sah sembahyang yang terdiri daripada menutup aurat, masuk waktunya, mengadap kiblat, setakat yang mungkin.

Sesiapa yang menggugurkan syarat-syarat ini atau sesuatu daripadanya walhal itu mungkin dilakukan maka ia kafir.

Mereka mengajarkan bahawa jihad menghadapi para seteru Islam adalah wajib sehingga mereka tunduk dalam Islam, atau menunaikan jizyah.

Mereka mengajarkan harus berjual beli dan haram riba.

Mereka menganggap sesat golongan yang mengharuskan riba kesemuanya.

Mereka mengharuskan nikah dan mengharamkan zina; mereka menganggapkan kafir golongan al-Mu’badiyah dan al-Mahmarah dan al-Khurramiyah yang mengharuskan zina. (Ini menyentuh golongan yang mengamalkan ‘nikah batin’ dalam kalangan golongan sesat yang mengajarkan ‘ilmu hakikat’).

Ahli Sunnah mengajarkan wajib dilaksanakan hukum-hukum had atas zina, perbuatan meminum arak, mencuri, dan menuduh zina.

Mereka anggap kafir golongan yang mengatakan tidak wajib had kerana minum arak, dan hukum rejam kerana zina seperti golongan Khawarij.

Page 39: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 39

Mereka mengajarkan bahawa punca-punca Syariah ialah al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Salaf.

Mereka anggap kafir golongan Khawarij yang menolak hujah-hujah ijma’ dan sunah-sunah, juga mereka anggap kafir golongan Syiah Rafidah yang mengajarkan tidak ada hujah dalam semua perkara tersebut. Yang menjadi hujah hanya ajaran imam ghaib yang mereka sedang nanti-nantikan.

Page 40: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 40

SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA’SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA’SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA’SURUH DAN TEGAH DALAM SYARA’

Mereka mengajarkan bahawa perbuatan orang-orang mukallaf terbahagi kepada lima bahagian, iaitu

yang wajib, haram, sunat, makruh, dan harus. (Diikuti dengan definisi-definisinya).

HILANGNYA PARA HAMBA DAN HUKUM MEREKA DI AKHIRAT.

Mereka mengajarkan Allah berkuasa membinasakan seluruh alam dan membinasakan setengah jisim dan mengekalkan yang lainnya.

Mereka mengajarkan bahawa Allah akan mengembalikan semula hayat manusia dan makhluk-makhluk lainnya yang mati di dunia, ini berlawanan dengan golongan yang mengatakan bahawa Allah menghidupkan semula manusia sahaja tidak yang lain-lainnya.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa Syurga dan Neraka adalah makhluk yang dijadikan, berlawanan dengan pendapat golongan yang mengatakan bahawa kedua-duanyua bukan makhluk.

Ahli Sunnah mengajarkan bahawa ni’mat Syurga kekal dan azab Neraka kekal atas ahli-ahlinya yang terdiri daripada mereka yang tidak membawa iman dan yang munafik. Ini berlawanan dengan pegangan mereka yang mengatakan bahawa Syurga dan Neraka tidak kekal, akan fana.

Rukun Yang Rukun Yang Rukun Yang Rukun Yang

Kesepuluh Kesepuluh Kesepuluh Kesepuluh

Rukun Rukun Rukun Rukun

Kesebelas Kesebelas Kesebelas Kesebelas

Page 41: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 41

Ahli Sunnah mengajarkan yang kekal dalam neraka ialah mereka yang tidak membawa iman, berlawanan dengan pendapat Khawarij dan Qadariah yang mengajarkan kekal di dalamnya tiap-tiap orang yang masuk ke dalamnya.

Mereka mengajarkan golongan Qadariah dan Khawarij - yang telah dijelaskan sifat-sifatnya - kekal dalam Neraka. Dijauhkan Allah.

Mereka mengajarkan tetap ada soal dalam kubur dan ada fitnah dan azab di dalamnya bagi mereka yang berkenaan. Mereka memutuskan bahawa mereka yang mengingkari azab kubur akan diazabkan di dalamnya. Mreka mengajarkan adanya Kolam Nabi, Sirat, dan Mizan.

Mereka mengajarkan adanya syafaat dari Nabi s.a.w. dan daripada mereka yang salih dari umatnya bagi mereka yang berdosa di kalangan Muslimin dan orang yang ada sebesar zarah iman dalam kalbunya. Mereka yang mengingkari syafaat tidak akan mendapat syafaat.

Page 42: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 42

KHILAFAH DAN IMAMAHKHILAFAH DAN IMAMAHKHILAFAH DAN IMAMAHKHILAFAH DAN IMAMAH

Imamah, atau khilafah wajib atas umat Islam supaya pihaknya menjalankan hukum dan amanah-amanah, menjaga dan menguatkan kubu-kubu pertahanan, serta menghantar tentera jihad, membahagi-bahagikan fay’ -

iaitu harta yang didapati bukan melalui peperangan, dan menyelesaikan masalah penzaliman ke atas mereka yang dizalimi.

Diikuti dengan syarat-syarat imamah: ilmu, keadilan dan bangsa Quraisy.

Rukun Rukun Rukun Rukun

Kedua Kedua Kedua Kedua

BelasBelasBelasBelas

Page 43: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 43

IMAN DAN IMAN DAN IMAN DAN IMAN DAN ISLAMISLAMISLAMISLAM

Mereka mengajarkan asal iman ialah ma’rifah, tasdiq (pembenaran) dengan hati.

Mereka mengajarkan wajib taat dalam perkara yang wajib dan sunat dalam perkara yang sunat.

Ahli Sunnah mengajarkan keimanan tidak hilang dengan berlakunya dosa, tetapi hilang dengan berlakunya kekufuran. Dijauhkan Allah. Orang yang berdosa dia mu’min, bukan kafir, walaupun ia menjadi fasik kerana dosanya.

Ahli Sunnah mengajarkan tidak halal membunuh orang mu’min melainkan kerana salah suatu daripada yang tiga: murtad, zina selepas kahwin, atau hukum qisas kerana orang itu membunuh orang.

Ini berlawanan dengan golongan Khawarij yang mengharuskan bunuh tiap-tiap orang yang melakukan maksiat. PARA WALI DAN IMAMPARA WALI DAN IMAMPARA WALI DAN IMAMPARA WALI DAN IMAM----IMAMIMAMIMAMIMAM

Ahli Sunnah mengajarkan para malaikat maksum daripada semua dosa berdasarkan ayat yang bermaksud: ”Mereka tidak derhaka terhadap Allah tentang perkara yang diperintahkan kepada

Rukun Rukun Rukun Rukun Ketiga Belas Ketiga Belas Ketiga Belas Ketiga Belas

Rukun Rukun Rukun Rukun

Keempat Keempat Keempat Keempat

Belas Belas Belas Belas

Page 44: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 44

mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh” ( Surah al-Tahrim ayat 6).

Kebanyakan mereka dalam Ahli Sunnah mengajarkan bahawa para nabi a.s.s. melebihi kedudukan para malaikat, berlainan daripada mereka yang menyatakan bahawa para malaikat melebihi kedudukan para nabi. Pendapat ini menyebabkan pegangan bahawa malaikat Zabaniah penjaga Neraka itu melebihi kedudukan ulul-‘azmi di kalangan para rasul.

Ahli Sunnah mengajarkan: para nabi melebihi para wali, ini berlawanan dengan golongan Karramiah yang mengajarkan para wali melebihi nabi.

Ahli Sunnah mengajarkan: keutamaan sepuluh orang Sahabat yang diputuskan oleh Nabi bahawa mereka ahli syurga terdiri daripada empat khalifah, kemudian Talhah, Zubair, Sa’ad bin Abi Waqqas, Sa’id bin Zaid, dan ‘Abd al-rahman bin ‘Auf, dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah. Allah meredhai mereka.

Mereka mengajarkan: terutamanya mereka yang menjadi ahli perang Badar berserta dengan Nabi dan diputuskan bahawa mereka ahli Syurga (Ini semua berlawanan dengan golongan yang mengkritik dan mencela para sahabat terdiri daripada golongan Syiah Rafidah dan lainnya, dan juga pengarang-pengarang moden yang suka mengkritik para Sahabat dan melanggar adab-adab dalam hubungan dengan mereka, yang pembelaan tentang mereka itu banyak dibuat oleh Qadi ‘Iyad rh dalam kitabnya al-Shifa).

Page 45: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 45

HUKUHUKUHUKUHUKUM TENTANG PARA MUSUH ISLAM.M TENTANG PARA MUSUH ISLAM.M TENTANG PARA MUSUH ISLAM.M TENTANG PARA MUSUH ISLAM.

Ahli Sunnah mengajarkan: Para musuhnya ada dua: yang sebelum Islam dan yang lahir zaman Islam dan yang menunjukkan secara

zahirnya mereka Orang Islam.

Mereka yang sebelum Islam terdiri daripada pelbagai golongan: para penyembah berhala dan patung;

Yang mengikut aliran hululiah yang mengajarkan roh Tuhan masuk meresap dalam bentuk-bentuk yang cantik; para penyembah matahari, bulan, bintang-bintang semuanya atau setengah daripadanya;

Yang menyembah malaikat dan memanggilnya sebagai anak-anak perempuan Allah; yang menyembah Syaitan (menyentuh “satanic cult” sekarang); menyembah lembu; menyembah api;

Pada Ahli Sunnah mereka yang menyembah berhala, manusia, dan malaikat, bintang, api, dan sebagainya haram berkahwin dengan wanita mereka.

Tentang jizyah boleh diterima daripada Ahlil-Kitab dan mereka yang ada sesuatu kitab seperti Ahlil-Kitab.

Mereka yang tidak membawa iman sebelum Islam: golongan “sophist” - as-sufista’iyah - yang mengingkari adanya hakikat ilmu, termasuk golongan al-Sumniyah yang mengajarkan alam ini kadim, dan mereka mengingkari tilikan

Rukun Yang Rukun Yang Rukun Yang Rukun Yang

Kelima BelasKelima BelasKelima BelasKelima Belas

Page 46: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 46

akal dan pengambilan dalil dalam pemikiran, dengan dakwaan bahawa tidak ada yang boleh diketahui melainkan yang melalui pancaindera sahaja.

Termasuk golongan Materialist klasik - dahriyah - yang mengajarkan alam ini kadim.

Termasuk golongan yang mengajarkan kadim benda awal alam (hayula al-‘alam).

Termasuk golongan ahli falsafah yang mengajar alam ini kadim dan mereka menolak adanya Tuhan Maha Pencipta; antara, mereka ialah Pythagoras. (Antara ahli sains moden tidak sedikit yang materialist dan menolak adanya Tuhan dan alam rohani).

Muslimin bersepakat bahawa semua golongan tersebut tidak boleh dimakan sembelihan mereka dan wanita mereka tidak boleh dikahwini oleh Muslimin. (Diikuti dengan pendetailan hukum tentang jizyah dari mereka, perkahwinan dengan wanita mereka dan sebagainya).

Tentang mereka yang tidak membawa iman dalam daulah Islam dan berselindung dengan zahir Islam mereka, dan memperdaya Muslimin secara rahasia: mereka ialah golongan Syiah ghulat rafidah al-Sababiah, al-Bayaniyah, al-Muqanna’iyyah, al-Mansuriah, al-janahiah, al-Khattabiyah, dan lainnya yang berpegang kepada mazhab hulul dan batiniah; juga mereka yang berpegang kepada tanasukh al-arwah - berpindah-pindahnya roh masuk ke dalam badan manusia - terdiri daripada para pengikut ibn Abil-Auja’ juga mereka yang mengikut ajaran Ahmad bin Ha’it dari golongan Mu’tazilah.

Page 47: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 47

Juga termasuk: mereka yang berpegang kepada ajaran Yazidiah dari golongan Khawarij yang menegaskan bahawa Syariat Islam menjadi mansukh dengan adanya nabi dari golongan orang bukan Arab. Demikian seterusnya. (Termasuk ke dalam golongan ini mereka yang mendakwa Syariat Islam “tergantung” kerana Imam Mahadi belum datang; maka diharuskan oleh mereka itu zina, arak, dan sebagainya). Golongan ini semua tidak halal dimakan sembelihan mereka dan wanita mereka tidak boleh dikahwini oleh Muslimin.

Ringkasnya, Ahli Sunnah mengajarkan bahawa orang-orang yang menunjukkan amalan dan pegangannya dalam Ahli Sunnah ialah mereka yang bebas daripada amalan-amalan dan pegangan-pegangan golongan-golongan yang terkeluar daripada Islam, dan yang terdiri daripada mereka yang mengikut hawa nafsu, walaupun mereka dinisbahkan kepada Islam seperti Qadariah, Murjiah, Syiah Rafidah, Khawarij, Jahmiah, Najjariah dan Mujassimah.

Page 48: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 48

KEPERLUAN KEPADAKEPERLUAN KEPADAKEPERLUAN KEPADAKEPERLUAN KEPADA

ILMUILMUILMUILMU----ILMU ISLAM LAINNYAILMU ISLAM LAINNYAILMU ISLAM LAINNYAILMU ISLAM LAINNYA

Keperluan menyuburkan pendidikan melibatkan disiplin-disiplin ilmu Islam lainnya yang difikirkan perlu demi untuk membangun umat dan budaya dalam rangka pegangan dan amalan serta nilai-nilai dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Keperluan kepada ilmu-ilmu lainnya diberikan perspektifnya mengikut epistemologi Ahli Sunnah dan faham alamnya (iaitu Islamisasi ilmu-ilmu sebagaimana yang dihuraikan oleh almarhum Prof. Ismail al-Faruqi).

Page 49: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 49

KEPERLUAN NUSANTARA ATAU DUNIA MELAYU KEPADA EMPAT WACANA AGUNG SUNNI

Secara ringkasnya Dunia Melayu Sunni sehingga kini ditentukan sifat-sifatnya oleh beberapa ciri pokok:

Akidahnya Ahli Sunnah Wal Jamaah berdasarkan kepada ajaran Imam Abul-Hasan al-Asy’ari rd - walaupun sekarang ada pihak yang mencabarnya dan hendak menggantikannya dengan sesuatu yang lain dengan pelbagai alasan bidaah dan sebagainya – ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya samaada dalam hubungan dengan fahaman-fahaman klasik dan tradisional yang tidak benar atau aliran-aliran baharu moden yang perlu diberi huraiannya dalam perspektif.

Dari segi kefahaman tentang Hukum Syara’ dan perlaksanaannya ianya berpandukan kepada mazhab Syafi’i. Ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya yang terdiri daripada keputusan-keputusan atau fatwa-fatwa baharu yang diperlukan kerana perkembangan masa dan budaya.

Page 50: Akidah Ahli Sunnah

Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

________________________________________________________________ 50

Dari segi kerohanian dan akhlak rantau ini dipandukan oleh huraian-huraian Imam al-Ghazali rd, khususnya mengikut ajarannya yang ada dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din nya. Kepentingannya sedemikian rupa sehingga bila ditanya kepada almarhum Syaikh Muhammad ‘Abduh tentang buku yang terbaik untuk panduan generasi muda dalam bidang akhlah dan kerohanian maka dijawabnya kitab itu ialah kitab Ihya’ karangan Imam al-Ghazali rd. Maka kitab itu diringkaskan oleh al-Qasimi rh dalam buku Ma’izatul-Mu’mininnya. Ini perlu diteruskan dengan tambahan-tambahan seperlunya dalam menghadapi masalah-masalah lama atau baharu.

Keempatnya, sangat ingin mengulangi usul saya, bahawa saya sangat berhasrat sedalam-dalamnya supaya wacana agung ibn Khaldun rh dalam kitabnya al-Muqaddimah - yang ada terjemahan Inggerisnya oleh Franz Rosenthal dan terjemahan Melayunya yang diselenggarakan oleh DBP - dijadikan wacana agung yang memberi panduan dalam perkembangunan intelektuil dan budaya Dunia Melayu di Nusantara. Ianya paling penting untuk pemerkasaan budaya dan tamadun apa lagi dalam menghadapi cabaran budaya ilmu, maklumat dan globalisasi sebagaimana yang dialami sekarang ini.2

2 Risalah ini disusun berdasarkan kepada nota yang dibentangkan dalam

Multaqa Isu-Isu Akidah Dan Syariah, anjuran Jabatan Mufti Johor pada 12 November tahun 2007 bertempat di Dewan Besar. Kompleks Islam Iskandar Johor.