sumber manusia bm

40
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI MALAYSIA Perhubungan Industri

Upload: nurul-iman

Post on 08-Aug-2015

283 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: sumber manusia BM

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI MALAYSIA

Perhubungan Industri

Page 2: sumber manusia BM

Objektif Pembelajaran

Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:1. Mendefinisikan maksud perhubungan industri;

2. Menjelaskan sistem perhubungan industri di Malaysia;

3. Menghuraikan maksud kesatuan sekerja;

4. Menjelaskan maksud rundingan kolektif; dan

5. Mengaitkan kilanan dan pertikaian perusahaan

Page 3: sumber manusia BM

Definisi

Juga dikenali sebagai perhubungan perusahaan

Merujuk pada hubungan antara majikan dengan pekerja yang berkesatuan atau dengan kesatuan sekerja

Fokus 3 aspek:– Hubungan antara majikan dan kesatuan sekerja– Undang-undang pekerjaan– Tatacara disiplin dan penamatan kontrak

perkhidmatan

Page 4: sumber manusia BM

Kepentingan

Satu aspek penting dalam pengurusan sumber manusia

Hubungan pekerja dan majikan perlu sentiasa harmoni

Pekerja perlu dilayan secara adil untuk mengelakkan konflik dalam organisasi

Perhubungan perusahaan yang tidak harmoni boleh merugikan negara

Page 5: sumber manusia BM

Sistem Perhubungan Industri di Malaysia

Melibatkan tiga pihak utama:– Majikan– Kesatuan– Kerajaan

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 diperkenalkan untuk mengawal hubungan antara majikan dan pekerja

Sistem tiga parti (tripartite)

Page 6: sumber manusia BM

Sistem Perhubungan Industri di Malaysia

Kod Kelakuan bagi Keharmonian Perusahaan 1975 (Code of Conduct for Industrial Harmony) diperkenalkan untuk mengekalkan keharmonian hubungan majikan dan pekerja

– 47 perkara yang menyentuh aspek tanggungjawab majikan dan kesatuan sekerja, dasar pekerjaan,rundingan kolektif dan komunikasi majikan dan kesatuan

Secara umumnya perhubungan industri di Malaysia dikawal oleh pihak pemerintah

Page 7: sumber manusia BM

Kesatuan Sekerja (KS)

Seksyen 2 Akta Kesatuan Sekerja menakrifkan KS sebagai ‘mana-mana pertubuhan atau gabungan pekerja atau majikan yang tempat bekerja mereka adalah di Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak’

- Perlu dalam pekerjaan, perdagangan atau perusahaan yang sama

- Sama ada sementara atau tetap

Page 8: sumber manusia BM

Kesatuan Sekerja

Tujuan penubuhan KS : – Untuk mengawal perhubungan antara pekerja dan

majikan– Membaiki syarat-syarat kerja atau meningkatkan status

ekonomi dan sosial serta produktiviti pekerja– Mewakili pekerja atau majikan dalam pertikaian

perusahaan– Mengendalikan pertikaian perusahaan– Menaja, mengelola atau membiayai mogok atau sekat

masuk dalam mana-mana perniagaan

Page 9: sumber manusia BM

Kesatuan Sekerja

Fungsi KS: – Pelindung kepada ahli-ahli KS melalui kekuatan

kolektif– Pengawal ekonomi - Wakil pekerja bagi

membincangkan isu-isu berkaitan gaji dan kontrak perkhidmatan dengan majikan

– Memberi sokongan dan bantuan kepada ahli, seperti nasihat dan kaunseling, dan pemberian faedah

– Pemberi input kepada pihak kerajaan tentang pandangan dalam perkara yang menyangkut mereka

Page 10: sumber manusia BM

Penubuhan Kesatuan Sekerja

Akta Kesatuan Sekerja 1959 mewajibkan setiap kesatuan untuk didaftarkan

Dengan sekurang-kurangnya 7 orang ahli Dengan mengisi beberapa jenis borang

untuk dikemukakan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja:

– Borang Pendaftaran (Borang B)– Borang Praecipe berserta setem hasil RM30.00– Buku Peraturan KS yang bercetak– Minit Mesyuarat penubuhan kesatuan

Page 11: sumber manusia BM

Keanggotaan Kesatuan Sekerja

Setiap pekerja berhak menganggotai KS (Seksyen 5 Akta Perhubungan Perusahaan 1967)

Larangan terhadap majikan:– Majikan tidak boleh menghalang pekerja daripada

menyertai kesatuan– Majikan tidak boleh menolak permohonan pekerjaan

hanya kerana beliau seorang ahli atau pegawai kesatuan– Majikan tidak boleh mendiskriminasi pekerja disebabkan

beliau ahli kesatuan (seperti kenaikan pangkat)– Majikan tidak boleh membuang atau mengancam untuk

membuang pekerja jika pekerja bercadang untuk menyertai kesatuan

Page 12: sumber manusia BM

Keanggotaan Kesatuan Sekerja

Kumpulan pekerja yang tidak layak menganggotai kesatuan (Seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan 1967):

– Pekerja berumur kurang 16 tahun Ahli KS yang berumur kurang 18 tahun dihadkan aktiviti

dalam KS Ahli yang umur kurang 21 tahun tidak boleh dilantik sebagai

pegawai kesatuan– Anggota polis– Pegawai penjara– Tentera

Page 13: sumber manusia BM

Sebab Menyertai Kesatuan Sekerja

Ketidakpuasan dengan pengurusan- Pembayaran gaji tidak setimpal dengan tugas yang

dilakukan- Persekitaran kerja yang tidak selamat- Tiada jaminan kerja- Sikap pengurus yang tidak ambil berat tentang pekerja

Keperluan sosial- Satu platform untuk mengenali pekerja lain- Untuk menikmati kemudahan yang disediakan oleh

kesatuan (contoh: penjagaan anak)

Page 14: sumber manusia BM

Sebab Menyertai Kesatuan Sekerja

Peluang memimpin- Peluang kepada pekerja untuk menonjolkan

bakat memimpin - Terdapat organisasi yang menawarkan jawatan

Presiden Kesatuan sebagai salah satu jawatan pengurusan bawahan dalam organisasi

Pengaruh rakan sebaya- Desakan oleh penyelia dan rakan sekerja lain

untuk sertai kesatuan

Page 15: sumber manusia BM

Jenis-jenis Kesatuan Sekerja di Malaysia

Tiga jenis:– Kesatuan Sekerja Sektor Awam

Contoh: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK)

– Kesatuan Sekerja Sektor Swasta Contoh: Kesatuan Pekerja-pekerja Bank (NUBE)

– Kesatuan Majikan Dikenali sebagai persatuan Contoh: The Malayan Agriculture Producer’s

Association (MAPA)

Page 16: sumber manusia BM

Rundingan Kolektif

Proses perundingan antara pihak majikan dan pekerja mengenai syarat-syarat dan terma perkhidmatan

Kesatuan mewakili pekerja dalam rundingan kolektif Kesatuan perlu berdaftar dan diiktiraf oleh pihak majikan

sebelum mewakili pekerja dalam rundingan kolektif Empat isu penting yang biasa dirunding:

– Upah/gaji– Masa kerja– Terma dan syarat pekerjaan– Kilanan

Page 17: sumber manusia BM

Rundingan Kolektif

Syarat untuk mengadakan rundingan kolektif yang berkesan:

– Mendapat pengiktirafan daripada majikan– Kesatuan perlu ada kekuatan kewangan– Mempunyai ahli yang bersatu

Hasil persetujuan rundingan kolektif dikenali sebagai perjanjian kolektif

Page 18: sumber manusia BM

Proses Rundingan Kolektif

Bersedia untuk berunding

Mengembangkan strategi perundingan

Mengendalikan rundingan

Menandatangani perjanjian kolektif

Page 19: sumber manusia BM

Proses Rundingan Kolektif

Fasa 1: Persediaan perundingan – Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh kesatuan– Kesatuan perlu mengumpul maklumat dan fakta yang

boleh menyokong hujah dalam rundingan kolektif– Contoh maklumat: rekod prestasi pekerja, rekod kerja

lebih masa– Kesatuan perlu tetapkan matlamat perundingan kolektif– Kesatuan perlu ada pasukan perunding yang mahir dalam

semua aspek pekerjaan

Page 20: sumber manusia BM

Proses Rundingan Kolektif

Fasa 2: Mengembangkan Strategi Perundingan – Kesatuan perlu faham kuasa yang ada pada mereka dan

juga pada majikan– Perlu pastikan strategi yang sesuai untuk rundingan– Perancangan strategi perlu berdasarkan k maklumat yang

dikumpul di dalam Fasa 1 serta kuasa majikan– Keputusan akhir rundingan perlu menghala pada strategi

MENANG-MENANG, iaitu keputusan menyebelahi kedua-dua pihak yang terlibat

Page 21: sumber manusia BM

Proses Rundingan Kolektif

Fasa 3: Mengendalikan Rundingan – Perlu banyak kesabaran dari kedua-dua pihak– Pasukan perunding perlu mahir dan faham tentang

undang-undang pekerjaan dan sistem perhubungan perusahaan di Malaysia

– Perlu kemukakan semua fakta yang telah dikumpulkan dalam fasa persediaan perundingan

Page 22: sumber manusia BM

Proses Rundingan Kolektif

Fasa 4: Menandatangani Perjanjian Kolektif – Proses mengumpulkan cadangan yang akan digunakan

untuk menandatangani perjanjian kolektif– Perjanjian perlu dalam bentuk bertulis (Akta Perhubungan

Perusahaan 1967)– Butiran perjanjian perlu menggunakan bahasa yang jelas

dan difahami oleh kedua-dua pihak

Page 23: sumber manusia BM

Kilanan

Aduan yang dibuat oleh pekerja terhadap majikan Pekerja dan kesatuan mempunyai hak untuk

membuat aduan sekiranya mereka tidak berpuas hati terhadap majikan

Beberapa faktor yang menyebabkan kilanan:– Majikan mengabaikan hak kenaikan pangkat yang sepatutnya

diperolehi pekerja– Tidak menghargai tugas cemerlang yang dilakukan oleh pekerja– Memperbesar kesalahan kecil yang dilakukan oleh pekerja– Diskriminasi pekerja disebabkan perbezaan agama, budaya dan

bangsa

Page 24: sumber manusia BM

Tatacara Kilanan

KS terima aduan daripada pekerja

KS kemukakan aduan kepada penyelia terdekat untuk selesaikan aduan tersebut

Sekiranya penyelia gagal, KS boleh kemukakan aduan kepada

pihak pengurusan tertinggi dalam organisasi

Page 25: sumber manusia BM

Kilanan

Sekiranya kesatuan bersetuju untuk mewakili pekerja menyelesaikan kilanan maka kilanan akan berubah menjadi pertikaian perusahaan

Kilanan - ‘Apa-apa pertikaian antara majikan dan pekerja berkaitan dengan pekerjaan dan bukan pekerjaan atau syarat pekerjaan mana-mana pekerja (Akta Perhubungan Perusahaan 1967)

Page 26: sumber manusia BM

Kilanan

Faktor-faktor yang membolehkan kesatuan mewakili pekerja dalam pertikaian perusahaan:

– Pekerja tidak ada cara lain untuk menyelesaikan kilanan – Perbezaan pendapat antara majikan dan kesatuan

berkaitan syarat dan terma pekerjaan– Keputusan perjanjian atau undang-undang tidak

dilaksanakan– Perbezaan pendapat tentang tafsiran perjanjian kolektif

atau keputusan undang-undang dari Mahkamah Perusahaan 1967)

Page 27: sumber manusia BM

Kilanan

Faktor-faktor yang menghalang kesatuan daripada mewakili pekerja dalam pertikaian perusahaan:

– Aduan pekerja berkaitan dengan campur tangan majikan dalam hak pekerja untuk sertai atau tidak sertai kesatuan Pekerja boleh rujuk terus kepada Ketua Pengarah

Perhubungan Perushaan atau Mahkamah Perusahaan

– Aduan pekerja berkaitan pembuangan kerja secara tidak sah oleh majikan Pekerja boleh terus merujuk kepada Jabatan Perhubungan

Perusahaan atau Mahkamah Perusahaan

Page 28: sumber manusia BM

Tindakan Perusahaan

Tindakan penyelesaian yang dilakukan oleh kesatuan atau majikan

Hanya dilakukan apabila tiada lagi penyelesaian untuk selesaikan pertikaian perusahaan

Dua jenis tindakan perusahaan:– Piket– Mogok

Page 29: sumber manusia BM

Piket

Tindakan perusahaan yang boleh dilakukan oleh pekerja

Bertujuan untuk memaklumkan kepada orang awam dan pekerja lain tentang pertikaian industri

Hanya pekerja yang terlibat dalam pertikaian industri boleh menjalankan piket

Perlu dilakukan secara aman

Page 30: sumber manusia BM

Piket

Objektif:– Untuk memujuk pekerja lain menyertai atau

menyokong mogok– Untuk memastikan individu yang terlibat dalam

mogok tidak kembali bekerja selagi pertikaian tidak diselesaikan

Page 31: sumber manusia BM

Mogok

Keengganan sekumpulan pekerja untuk bekerja sehinggalah majikan bersetuju dengan tuntutan mereka

Tindakan pemberhentian kerja oleh sekumpulan pekerja dan secara sengaja mencuba menghadkan atau melambatkan proses pengeluaran

Dua jenis:– Mogok berkaitan dengan rundingan kolektif– Mogok yang tidak berkaitan dengan rundingan kolektif

Page 32: sumber manusia BM

Mogok

Mogok berkaitan dengan rundingan kolektif– Berlaku apabila majikan enggan adakan

rundingan kolektif atau tidak ada penyelesaian dalam rundingan kolektif

Mogok tidak berkaitan dengan rundingan kolektif

– Berlaku kerana faktor seperti syarat dan terma kontrak, pemberhentian dan pengurangan pekerja dan kenaikan pangkat

Page 33: sumber manusia BM

Mogok

Prosedur mogok:– Undi sulit diadakan dengan mengemukakan sebab

untuk mengadakan mogok– Keputusan undian dihantar kepada Ketua

Pengarah Kesatuan Sekerja (KPKS) dalam masa 14 hari dari tempoh pengundian

– Perlu mendapat persetujuan 2/3 ahli kesatuan– Boleh diadakan selepas 7 hari dari tarikh

keputusan undi dihantar kepada KP KS– Undi sulit perlu sah dan tidak melanggar

peruntukan Akta KS 1959– Mogok perlu dilakukan dalam tempoh 90 hari dari

tarikh undi sulit diadakan

Page 34: sumber manusia BM

Tindakan Majikan

Majikan juga berhak untuk mengadakan tindakan perusahaan

Tindakan yang boleh dilakukan ialah sekat masuk atau tutup pintu

Majikan tidak membenarkan pekerja bekerja sehinggalah pertikaian diselesaikan

Biasanya majikan akan mengambil pekerja gantian untuk mengganti pekerja yang mogok

Page 35: sumber manusia BM

Penyelesaian Pertikaian Perusahaan

Perundingan terus Perdamaian Perantaraan Penimbangtaraan

Page 36: sumber manusia BM

Penyelesaian Pertikaian Perusahaan

Perundingan terus– Kaedah yang paling sesuai digunakan– Perbincangan antara pihak kesatuan dan

majikan dibuat secara sukarela– Persetujuan yang diperolehi tidak boleh

melibatkan campur tangan pihak luar

Page 37: sumber manusia BM

Penyelesaian Pertikaian Perusahaan

Perdamaian– Melibatkan bantuan pihak ketiga yang neutral– Dikendalikan oleh Pegawai Perhubungan Perusahaan

(PPP) dari Jabatan Perhubungan Perusahaan– PPP akan bersemuka secara serentak dengan pihak

yang terlibat dalam pertikaian– PPP tidak boleh memaksa pihak terlibat dalam pertikaian

untuk menerima cadangan penyelesaian beliau– Juga dikenali sebagai perdamaian wajib– Ketua Pengarah hanya akan campur tangan jika

pertikaian melibatkan kepentingan awam

Page 38: sumber manusia BM

Penyelesaian Pertikaian Perusahaan

Perantaraan– Kaedah hampir sama dengan perdamaian iaitu

melibatkan pihak ketiga– Pihak ketiga dikenali sebagai perantara atau

mediator bukan daripada kakitangan kerajaan– Perantara perlu adil

Page 39: sumber manusia BM

Penyelesaian Pertikaian Perusahaan

Penimbangtaraan– Digunakan apabila kedua-dua pihak tidak dapat

menyelesaikan pertikaian dengan sendiri ataupun dengan bantuan Jabatan Perhubungan Perusahaan

– Pihak ketiga diberikan kuasa untuk menyelesaikan pertikaian

– Mahkamah Perusahaan berperanan sebagai penimbangtara

– Keputusan mahkamah (award) perlu dipatuhi majikan dan KS

Page 40: sumber manusia BM

Kesimpulan

Perhubungan industri melibatkan hubungan antara pihak kesatuan dengan pihak majikan

Hubungan ini hendaklah dijalankan secara harmonis demi kepentingan negara umumnya

Ini bermakna sebarang pertelingakahn atau konflik yang berlaku hendaklah diselesaikan secara elok, mengikut peruntukan yang sedia ada