sumbangan unesco dan pemadam

7
NAMA : NASURAH BINTI MAZLAN UNIT : PPG PSV AMBILAN FEBRUARI 2012 SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS SOALAN 3 Sumbangan UNESCO terhadap pembangunan pendidikan di Malaysia. UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB. Ia juga dikenali sebagai UN Educational, Scientific and Cultural Organization dalam Bahasa Inggeris. Ia adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB. UNESCO telah ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dunia. Antara lima program utama UNESCO adalah Pendidikan, Sains semula jadi , Sains manusia dan sosial, Kebudayaan dan Komunikasi dan maklumat. Sejak tahun 1996 UNESCO telah menetapkan 4 (empat) pilar pendidikan yang harus diperhatikan secara sungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan. Keempat-empat pilar pendidikan tersebut adalah : i. Belajar untuk Menguasai Ilmu ( learning to know ) ii. Belajar untuk Menguasai Kemahiran ( learning to do ) iii. Belajar untuk Menjadi Insan Berguna ( learning to be ) iv. Belajar untuk Harmoni dan Bekerjasama ( learning to live together ) Ia dibentuk UNESCO pada tahun 1993, dengan beranggotakan 14 orang dari berbagai belahan. Pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberi ruang dan masa untuk pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti

Upload: nas-fellah-kalika

Post on 11-Dec-2015

134 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ESEI

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBANGAN UNESCO DAN PEMADAM

NAMA : NASURAH BINTI MAZLANUNIT : PPG PSV AMBILAN FEBRUARI 2012

SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

SOALAN 3

Sumbangan UNESCO terhadap pembangunan pendidikan di Malaysia.

UNESCO merupakan sebuah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB. Ia juga dikenali sebagai UN Educational, Scientific and Cultural Organization dalam Bahasa Inggeris. Ia adalah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.UNESCO telah ditubuhkan pada tahun 1945. Tujuan penubuhannya adalah untuk menyumbang ke arah kedamaian dan keselamatan dunia. Antara lima program utama UNESCO adalah Pendidikan, Sains semula jadi, Sains manusia dan sosial, Kebudayaan dan Komunikasi dan maklumat.

Sejak tahun 1996 UNESCO telah menetapkan 4 (empat) pilar pendidikan yang harus diperhatikan secara sungguh-sungguh oleh pengelola dunia pendidikan. Keempat-empat pilar pendidikan tersebut adalah :

i. Belajar untuk Menguasai Ilmu ( learning to know )ii. Belajar untuk Menguasai Kemahiran ( learning to do )iii. Belajar untuk Menjadi Insan Berguna ( learning to be )iv. Belajar untuk Harmoni dan Bekerjasama ( learning to live together )

Ia dibentuk UNESCO pada tahun 1993, dengan beranggotakan 14 orang dari berbagai

belahan. Pendidikan formal kini seharusnya merancang  kurikulum yang memberi ruang

dan masa untuk pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti

sukan atau budaya. Sekolah dan guru-guru boleh merancang program amal atau aktiviti

dalam gerak kokurikulum. Pelajar menjalankan kerja-kerja amal atau komuniti di luar

bandar dan juga di kawasan orang asli untuk memahami cara hidup mereka.    

Manusia perlu belajar untuk memahami dunia sekeliling mereka supaya dapat

memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta berkomunikasi dengan orang lain.

Termasuk  Belajar Cara Belajar (Learning how to learn) dengan memperkembangkan

tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan untuk kanak-kanak. Guru perlu

Page 2: SUMBANGAN UNESCO DAN PEMADAM

menggunakan ICT dalam pengajaran sebagai aktiviti pengajaran yang menarik. Guru

juga perlu mengikut trend perubahan dalam dunia ledakan maklumat dan mengemas

kini pengetahuan supaya murid menerima pengetahuan terkini untuk bersaing

setanding dengan orang lain dalam    dunia    yang berteknologi tinggi. 

Dari segi Belajar Untuk Menguasai Kemahiran pula terbahagi kepada empat bahagian

iaitu kemahiran interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran berpasukan dan

kemahiran menyelesaikan masalah. Guru mengadakan Aktiviti berbentuk “Hands-

On” seperti membuat eksperimen, membuat model dan lain-lain. Dalam

aktiviti Kokurikulum. (Kelab atau Persatuan) pula, guru sebagai pembimbing sahaja.

Belajar Untuk Menjadi Insan Berguna pula pendidikan harus menyumbang

kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi,

kepekaan & penghargaan estetika. Pembentukan modal insan berpandanan dengan

saranan yang diusulkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengenai gagasan

JERIS dalam melahirkan individu seimbang. Kurikulum di Malaysia dapat membantu

perkembangan potensi murid secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan sosial (JERIS). Setiap individu perlu menerima didikan awal sejak kanak-

kanak sehinggalah dewasa dalam semua aspek sehingga mereka boleh berfikir secara

kritis, berdikari dan berupaya membuat keputusan. Guru perlu mempunyai kemahiran

dan ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina

pengetahuan dan kemahiran secara development mengikut kadar pembelajaran bagi

mencapai hasrat kritis, kreatif dan inovatif.

Manakala Belajar Untuk Harmoni dan Bekerjasama pula pendidikan berperanan

penting dalam menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain supaya rakyat dapat

hidup aman damai di dalam negara berbilang kaum dan budaya. Tonggak pendidikan di

mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni tanpa mengira

bangsa dan latar belakang.

Implikasi Tonggak Pendidikan ini terhadap sistem pendidikan dapat memberi

peluang kepada murid meneroka dan memahami orang lain diawal persekolahan.

Page 3: SUMBANGAN UNESCO DAN PEMADAM

Pendedahan kepada kepelbagaian budaya rakyat negara & kesedaran tentang saling

memahami serta saling memerlukan antara sama lain. Pendidikan menjadi wadah

untuk belajar tentang budaya, agama dan tingkah laku setiap etnik. Contohnya,

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan memberi kesedaran kepada murid tentang

peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara, melahirkan

anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik & boleh

menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia, menjadikan ikatan

dan nilai yang sama menerusi projek seperti sukan, merancang kurikulum yang

melibatkan murid di dalam projek kolaboratif sama ada aktiviti sukan atau budaya.

Page 4: SUMBANGAN UNESCO DAN PEMADAM

Sumbangan PEMADAM dalam membanteras masalah penyalahgunaan dadah

dalam kalangan remaja di Malaysia.

PEMADAM ditadbirkan oleh satu badan yang dipanggil Majlis Anti Dadah PEMADAM

Kebangsaan; dan untuk melicinkan lagi jentera pengurusan dan pelaksanaan program

dan aktivitinya, biro - biro telah diwujudkan. Sebagai satu badan yang bercorak

kebangsaan, PEMADAM juga bergerak di peringkat negeri, daerah dan unit.

Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pendidikan pencegahan dan penyebaran

maklumat mesej anti dadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus

kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar,

bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran

mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.

Dadah adalah musuh nombor satu negara yang perlu ditangani segera kerana ia

boleh merosakkan masa depan generasi muda sekaligus melumpuhkan pembangunan

fizikal dan rohani rakyat. Usaha mencegahpenyalahgunaan dadah tidak hanya terletak

kepada bahu kerajaan malah semua rakyat di negara ini yang cintakan kesihatan dan

kesejahteraan hidup.

Gejala dadah bukansahaja merosakkan fizikaldan rohani penagih

malahmenyumbang kepada  jenayah lain yang sukardikawal termasuk keskecurian,

rompakan dan pembunuhan. Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan beberapa

dekad lalu, namun penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negara ini masih

berleluasa.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah

Malaysia (Pemadam) sentiasa menjalankan tugas berat ini kerana masih wujud penagih

baharu terutama remaja di bangku sekolah dan lepasan sekolah.

Peranan agensi ini dapat membantu memulihkan penagih dadah dan meluaskan

kempen anti musuh nombor satu negara ini. Namun begitu mereka mempunyai

pendekatan dan cara tersendiri melakukan kerja kebajikan ini. PEMADAM juga

Page 5: SUMBANGAN UNESCO DAN PEMADAM

memastikan semua proses pencegahan, pemulihan dan pembanterasan dadah dapat

diselaraskan dengan lebih berkesan.

Jabatan PEMADAM memainkan peranan besar dalam badan baharu nanti.

Badan baharu itu dijangka dapat membanteras gejala dadah di negara ini dengan lebih

berkesan apabila semua tenaga dan kepakaran masing-masing disatukan dibawah satu

bumbung.

Badan berkenaan juga lebih memudahkan kerajaan melakukan pemantauan dan

penyelarasan aktiviti. Masalah-masalah dadah mampu dihapuskan kerana terdapat

beberapa wakil pelbagai parti politik berada dalam kepimpinan Pemadam dan ia

merupakan satu kombinasi yang baik. Sekiranya badan tunggal ini diwujudkan ianya

juga akan mendapat sokongan daripada mereka. Pemadam menjalankan peranannya

di peringkat akar umbi sekiranya tiada peruntukan yang diberikan.

Masalah penyalahgunaan dadah di negara ini adalah serius dan memerlukan

perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak. Pemadam selaku NGO perlu

dilibatkan di semua peringkat. Oleh itu, jalinan kerjasama yang sedia ada perlu

diperkemas dan ditingkatkan. Semua agensi kerajaan yang terlibat dalam usaha

membanteras penyalahgunaan dadah khususnya pihak JSJN, PDRM, Kastam,

Imigresen, AADK dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlulah meneruskan jalinan

pintar bersama Pemadam supaya permasalahan yang kita hadapi boleh dikawal,”

katanya. Ini adalah usaha menangani masalah sosial khususnya berkaitan dengan

dadah, tidak ada satu kaedah induk. Banyak kaedah yang boleh digunakan untuk

memastikan permasalahan ini dibendung dan di sini datangnya peranan NGO.