sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

Upload: wan-muhamad-faiz

Post on 14-Apr-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    1/19

    1

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan

    kurniannya, dapat kami menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya.Kami

    menjulangkan sepenuh penghargaan kepada Puan Norita Binti Abd Aziz, Pensyarah

    Mata pelajaran Tamadun Islam (AC301), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini

    kepada kami.Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan

    tugasan ini. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang

    banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses

    merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang

    kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi

    ini, betapa pentingnya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di Negara ini

    untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada zaman yang

    membangun ini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitu

    juga pembangunan dalam bidang pendidikan.Justeru itu, haruslah mahasiswa ini

    tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu

    hebat.Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami

    sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    2/19

    2

    PENDAHULUAN

    Tamadun islam telah banyak menyumbang pelbagai kebaikkan kepada dunia di

    masa dahulu dan hari ini salah satu sumbangannya adalah dalam bidang ilmu dan

    pengetahuan,sejarah telah membuktikan bahawa pada zaman Rasulullah SAW,

    baginda telah mengangkat tinggi martabat orang yang mempunyai ilmu pengetahuan

    malah baginda juga meyuruh umatnya menuntut ilmu hingga sampai ke negeri

    china.Dalam Al-Quran juga menyebut Allah SWT melebih-lebihkan orang yang berilmu

    beberapa darjat daripada orang lain.(surah al-Mujadalah ayat -2).Di dalam agama islam

    juga menuntut supaya umat islam sentiasa menuntut atau mencari ilmu sebagai

    kewajipan ke atas setiap muslim dan muslimat .Rasullulah juga menyatakkan bahawa

    orang yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari ilmu tidak berguna seperti binatang

    hama,yakni sejenis binatang parasit kecil yang hiduk dengan menghisap darah

    binatang lain.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    3/19

    3

    Sejarah Pembahagian ilmu Pengetahuan Dalam Islam

    Dalam sejarah keilmuan islam, terdapat ramai tokoh yang berusaha memudahkan

    kefahaman umat islam mengenai hal-hal berkaitan ilmu pengetahuan. Di antara usaha

    yang dilakukan ialah membuat pembahagian disiplin ilmu yang terdapat di dalam islam

    .sebagai contoh :,

    Al-Kindi membuat pembahagian ilmu kepada dua iaitu berkaitan teori, tabii matematik

    dan fizik ,dan ilmu yang bersangkutan dengan praktikal,akhlak ,sains rumah tangga dan

    perancangan Bandar.

    Ibnu Khaldun beliau membicarakan tentang hal-hal yang berkaitan dengan ilmu yang

    terbahagi kepada dua tapi lebih besar dari al-kindi. Ilmu yang berkaitan dengan naqli,

    al-quran, tafsir ,hadis, nasikh dan mansukb, sanad, ilmu kalam, tasawuf dan lain-

    lain.Ibnu khaldun juga membicaran tentang ilmu aqli,matematik

    algebra,muamalah,farahid,kejuruteraan sains gunaan ,perubatan dan lain-lain.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    4/19

    4

    SUMBER-SUMBER ILMU PENGETAHUAN

    Sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan banyak dapat kita perolehi

    daripada sumber yang utama iaitu Al-Quran dan Al-Hadis yang juga disebut sumber

    NAQLI sumber ini merangkumi segenap pelusuk aspek hidup kita .dalam Al-Quran

    banyak membicarakan tentang ketuhanan,pengetahuan,mengenai ilmu ghaib seperti

    malaikat dan hari pembalasan.Al-quran juga merangkumi asas perundangan ,moral

    serta fakta-fakta sains seperti kejadian hidup manusia,kejadian gerhana dan banyak

    lagi.

    Hadis juga membicarakan tentang hasil kandungan yang terdapat di dalam al-

    quran secara praktik.Rasulullah SAW merupakan pakar yang arif dalam menghuraikan

    al-quran.Rasulullah SAW menjadi sumber rujukan kepada umat manusia dalam

    menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH SWT di dunia ini.

    Selain al-quran dan al-hadis ada satu lagi sumber menyumbang dalam bidang

    ilmu pengetahuan iaitu sumberAQLI yang terdiri daripada akal fikiran manusia.

    Menurut iman Al-Ghazali akal terbahagi kepada dua iaitu `aqli`dan`fikri` dengan

    manusia adalah sebaik-baik kejadian mahluk.

    Dengan akal fikiran manusia dapat mencipta perbagai kemudahan dan

    kesenagan dalam kehidupan.semakin tinggi ilmu pengetahuan seseorang , semakin

    yakin mereka kepada keagungan dan kehebatan Allah SWT.Akal merupakan anugerah

    Allah SWT yang amat berharga kepada setiap hamba-Nya yang bergelar manusia.akal

    digunakan sebagai alat untuk berfikir .tampa akal manusia di anggap gila kerana

    membolehkan manusia menuntut ilmu.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    5/19

    5

    Ilmu pengetahuan banyak menyumbang dalam pembagunan atau pembentukan

    sesebuah tamadun. Menurut Ibnu Khaldun ia mengakui bangsa-bangsa yang

    menpunyai kekuatan fizikal seperti kekuatan tentera bukan factor utama yang

    membangunkan bangsa tersebut .sebagai contoh bagaimana bangsa Mongol yang

    terkenal dengan keganasan dan kekuatan tenteranya tuduk kepada budaya Cina yang

    sudah tegak dengan dasar keilmuan.Monggol Berjaya menawan kota Baghdad mereka

    tertarik kepada kehalusan budi pekerti dan nilai-nilai kebudayaan penduduk yang tegak

    di atas nilai-nilai ilmu.

    Kegemilangan umat islam pada zaman dahulu adalah bukti kepada ilmu

    pengetahuan yang banyak memberi peranan sebai penggerak kearah kesejahteraan

    hudup manusia.ilmu yang diperolehi mengikut kehendak dan kesesuaian islam.sebelum

    terhasilnya sebarang penciptaan,masyarakatislam menunaikan sembahyang dangan

    berpandukan kepada kedudukan matahari,tetapi hasil daripada ilmu pengetahuan yang

    mereka miliki mereka tidak perlu mendongak ke langituntuk mengetahui waktu solat.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    6/19

    6

    SUMBANGAN ILMU PENGETAHUAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

    Dalam kita menuntut ilmu kita haruslah menpunyai pendidik.pendidikan islam

    telah lahir dari zaman kelahiran Nabi Adam AS lagi.Nabi Adam AS adalah guru yang

    pertama yang lahir di dunia ini yang bertanggungjawab memimpin manusia

    menyembah Allah SWT.selepas ituterus ilmu pengetahuan berkembang dari masa ke

    semasa sehinggalah sekarang.

    Islam adalah agama yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia justeru

    itu,setiap umat islam mestilah belajar dan berusaha menimba ilmu pengetahuan untuk

    Berjaya dalam kehidupan mereka.pendidikan islam banyak memberi manfaat dari segi

    sifat bersepadu,menyeluruh dan seimbang.semua aspek ini mempuyai keseimbangan

    dari segi roh,jasad dan akal. Keserasian antara ilmu, iman, akal dan ketaksamaandi

    antara pembangunan keduniaan dan akhirat.

    Islam memendang tinggi dalam bidang intelektual seseorang dengan cara

    mengalakkan pendidikan dan pekenbangan ilmu secara meluas.walaubagaimanapun ia

    hendaklah berpandukan wahyu .

    Dalam islam pendidikan yang menitikberatkan bagi manusia mempunyai

    tujuannya tertentu . Ramai pemikir dan ilmuan islam sama ada dari zaman lampau atau

    sekarang sering sahaja mengemukkan pandangan masing-masing sejajar dengan

    peredaran masa.walaupun kelihatan berbeza tetapi hakikatnya ia masing menpunyai

    kesamaan kerana kedua-duanya masih berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai

    petujuk dan panduan kearah keredaaan Allah SWT.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    7/19

    7

    BUDAYA ILMU DALAM TAMADUN-TAMADUN DUNIA

    Hukum umum sejarah menunjukkan bangsa yang dapat menguasai ilmu dapat

    menguasai bangsa yang kuat tenaga ketenteraanya .walaubagaimanpun sesuatu

    bangsa itu tidak mengusai bangsa-bangsa melalui penaklukan tentera,tetapi ia

    meguasai bangsa-bangsa lain darisegi pengaruh.umpama tamadun Yunani merupakan

    tamandun yang tegak di atas kehebatan ilmu ,menpunyai pengaruh kuat ke atas

    empayar Rom. Mereka telah menguasai ilmu falsafah , logik,dan matematik selain itu

    terdapat juga bidang perubatan.

    Selain agama Islam agama lain juga ada budaya ilmu masing-masing seperti

    agama yahudi .Mereka menkaji kitab Taurat melalui tulisan para paderi mereka yang

    dipangil rabbi dan cendiakawan mereka.Mengikut seorang ahli knsesset iaitu

    parlimen israil ,budaya ilmu masyarakat Yahudi merupakkan interpretasi terhadap satu

    kegairahan mencari makna.

    Budaya ilmu masyarakat cina pula memberikan penekanan kepada amalan ,dan

    tidak kepada ajaran falsafah .seorang ahli sejarah cina menyatakan ahli falsafah cina

    kebanyakkan tidak menganggap ilmu sebagai perkara penting kecuali ilmu yang dapat

    diamalkan.penekanan terhadap amali yang memberi faedahkepada bangsa dan Negara

    dapat dilihat dangan lahirnya berbagai-bagai teknologi dalam masyakat cina.seperti

    pembuatan kertas ,dakwat,sutera,kompas, dan ubat bedil.

    Berlainan dengan masyarakat cina masyarakat india amat menitk beratka

    tentang falsafah.malah banyak ilmu-ilmu yang lahir dari dari penhayatan falsafah

    falsafah agama hindu .ilmu astronomi misalnya,subur kerana ia penting bagi

    menentukan tarikh dan musim melakukan upacara keagaman dan kebudayaan.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    8/19

    8

    MATLAMAT PENDIDIKAN

    Matlamat pendidikan Islam adalah untuk melahirkan individu yang serba lengkap

    sama ada dari segi rohani dan jasmani mahupun dari segi material atau sosial bagi

    mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan selepas mati. Ia bertujuan membentuk serta

    mengembangkan aspek-aspek kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, rohani,

    mental dan social menurut pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan

    individu yang bertakwa.

    Al-Sunnah menggariskan tujuan tersebut dengan sabda baginda:

    Ilmu pengetahuan menuntun kita kepada kegembiraan hidup, memberi kita

    kekuatan dalam kesusahan dan kesulitan, menjadi kemegahan apabila kita berdekatan

    dengan teman-teman kita, perisai dalam menghadapi musuh-musuh kita.Al-Ghazali

    (q.s) berpendapat bahawa pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran

    kanak-kanak dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga untuk memupuk watak akhlak yang

    murni. Ibnu Khaldun (r.h) menyatakan bahawa pendidikan bertujuan meyedia dan

    membangun manusia ke arah kehidupan yang baik dan bahagia.

    KONSEP PENDIDIKAN

    Konsep pendidikan Islam ialah mendidik, membentuk serta melatih individu dalam

    berbagai-bagai aspek sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak dan kesedaran sosial

    bagi melahirkan manusia yang sempurna; beriman, bertakwa, berakhlak mulia,

    berbadan sihat, berilmu dan berkemahiran dalam kerjaya. Ia merupakan konsep

    pendidikan rabbani yang bersumberkan bimbingan Illahi. Pendidikan Islam dapat

    melahirkan manusia yang baik dan bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan

    masyarakat demi mencapai kebahagiaan hakiki yang berpandukan wahyu daripada

    Allah S.W.T. Rasulullah telah memperkenalkan konsep pendidikan seumur hidup,belajar dan mencari ilmu sepanjang hayat tanpa membezakan lelaki dengan wanita.

    Sabda Rasulullah S.A.W.:

    Tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    9/19

    9

    Falsafah Pendidikan

    1. Menilai, menyelaras dan menganalisis segala segala permasalahan yang

    berhubung dengan kehidupan manusia

    2. Membuat penjelasan, penyusunan penilaian dan pengubahsuaian operasi

    pendidikan.

    Membentuk fikiran yang sempurna, sesuai dengan sifat semula jadi, operasi, motif dan

    peranan pendidikan.

    INSTITUSI PENDIDIKAN FORMAL DAN TIDAK FORMAL

    Menurut fakta sejarah, masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam masih dalam

    keadaan buta huruf.Menurut Profesor Ahmad Syalabi dan Tibawi, bilangan orang

    Quraisy yang celik huruf hanya berjumlah 17 orang sahaja.Kelahiran Islam di

    Semenanjung Tanah Arab telah merubah struktur kemasyarakatan dan kebudayaan

    penduduknya.Antara perubahan besar yang jelas, selain kepercayaan agama dan

    tatacara hidup ialah ilmu pengetahuan dan pendidikan.

    Kepentingan ilmu dalam Islam jelas kelihatan dengan wahyu pertama yang diterima

    oleh Rasulullah S.A.W. memerintahkan baginda membaca, yakni mempelajari ilmu

    pengetahuan.

    Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan

    manusia daripada segumpal darah.

    (al-Quran, surah al-Alaq 96 : 1-2)

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    10/19

    10

    ZAMAN KERAJAAN ISLAM SEKARANG

    I. INSTITUSI PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

    Di Indonesia menurut kebiasaan kanak-kanak berumur tujuh tahun akan dihantar

    kesurau untuk mengaji al-Quran, ibadat, tauhid dan akhlak. Begitu juga di Fhilipina,

    kanak-kanak mula belajar al-Quran di surau dan rumah guru. Situasi yang sama

    berlaku di Tanah Melayu. Begitu juga peranan masjid dan surau, ia terus menjadi

    pendidikan tidak formal.

    II. INSTITUSI PENDIDIKAN FORMAL

    SISTEM PENDIDIKAN PONDOK

    Sistem pendidikan pondok merupakan antara institusi pendidikan islam yang bersifat

    formal dan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan masyarakat melayu. Sistem

    pengajian pondok mula berkembang sejak abad ke 18 Masehi hingga ke abad 20

    Masehi.Sistem pengajiaan sebegini berkembang pesat di kelantan, terengganu, Kedah

    dan Perlis. Antara institusi yang terkenal menggunakan sistem ini ialah Pondok Kubang

    Pasu dan Pondok Tuk Kenali di Kelantan, Pondok Tuk Ku Pulau Manis dan Hj Wan

    abdul Latif di Terengganu dan pondok Batu 16 (Pak Ya) di Kedah

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    11/19

    11

    PSIKOLOGI

    Psikologi merupakan salah satu daripada ilmu yang paling tua usianya, yang bermula

    pada zaman primitif lagi. Ia maju setapak lagi pada zaman Yunani kuno. Peringkat ini

    dikatakan sebagai era bermulanya psikologi yang bersifat saintifik. Tokoh-tokoh seperti

    Plato,Aristotles , Gelen dan sebagainya merupakan tokoh psikologi Yunani yang tidak

    asing lagi kepada kita.

    Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar di dalam perkembangan

    psikologi ini. Al-Iman Abu Mansur Al-Tahlabi telah Berjaya mengumpulkan 50 istilah

    yang pernah digunakan oleh ahli-ahli psikologi islam pada zaman kegemilangan islam

    dahulu seperti janin, walid, radI, baligh dan sebagainya.

    Nafas (jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal) adalah empat istilah yang paling popular di

    dalam psikologi islam. Kesemua istilah ini terdapat di dalam al-quran .Kata nafs diulang

    oleh al-Quran sebanyak 367 kali. Ia membawa erti sebagai kemanusiaan pada

    kesuluruhannya tanpa terkhusus kepada pemikiran sahaja. Kata qalb pula diulang

    sebanyak 144 kali.Ia mempunyai berbagai-bagai makna, seperti pemberian hidup,

    wahyu Malaikat yang membawanya dan sebagainya. Aql pula diulang sebanyak 49

    kali, bukan secara tepat, tetapi dalam bentuk kata kerja, iaitu aqala yang memberi erti

    sebagai berfikir.

    KOMUNIKASI

    Dengan perkembangan dan kemajuan tamadun manusia, komunikasi menempa satu

    sejarah yang mengagumkan. Kini komunikasi bukan sahaja menggunakan alat cetak ,

    malah menggunakan computer yang berlipat-ganda kesannya daripada hasil media

    cetak. Seluruh ceruk rantau dunia ini termasuk kawasan-kawasan pedalaman telah

    menikmati kemajuan teknologi komunikasi, apabila mereka juga berpeluangmendengar radio dan menonton televisyen.

    Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu sofistikated ini sekaligus

    bertanggungjawab membawa perubahan nilai dan cara hidup masyarakat. Alat

    teknologi adalah benda yang neutral program yang disalurkanlah yang menentukan

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    12/19

    12

    sama ada ia bersesuaian, atau sebaliknya dengan nilai-nilai islam. Allah s.w.t telah

    berfirman di dalam ayat ; terjemahannya:

    wahai orang-orang yang beriman jika datang kepadamu orang fasik memberi satu

    berita maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya supaya kamu tidak

    menimpakan sesuatu golongan itu dengan perkara yang tidak diingini, semata-mata

    dengan sebab kejahilan sehingga menyebabkan kamu menyesali apa-apa yang kamu

    lakukan.

    Disiplin komunikasi

    Ia mempunyai beberapa kategori seperti bidang kewartawanan, penyiaran, perfileman,

    perhubungan awam, periklanan, komunikasi pembangunan, komunikasi antar budaya,

    komunikasi antarbangsa, pendapat public dan undang-undang komunikasi.

    Apabila komunikasi diterima sebagai salah satu daripada bidang ilmu pengetahuan,

    pengkajiannya semakin berkembang mendalam dan meluas.Siswazah-siswazah di

    dalam disiplin ini mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar terhadap

    pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, bangsa dan apa-apa yang lebih penting

    ialah terhadap perkembangan dakwah islamiah. Malah dengan menguasai disiplin

    komunikasi inilah seseorang pendakwah itu akan lebih berjaya dan berkesan di dalam

    memainkan peranan sebagai agen pembawa perubahan kepada masyarakat untuk

    kembali memahami dan menghayati islam.

    Dakwah islamiah

    Dakwah islamiah sesungguhnya tidak dapat dipisahkan daripada media massa,, malah

    media massa kian popular di kalangan masyarakat pada zaman moden ini yang

    majoritinya pandai membaca, merupakan alat yang paling berkesan dan terbaik untuk

    menyalurkan dakwah islamiah. Justeru itu, kepentingannya dari segi dakwah islamiah

    tidak perlu dipertikaikan lagi.

    Apakah cara yang paling berkesan untuk membentuk sikap penghubung yang

    berkaliber di kalangan lepasan komunikasi khususnya yang beragama islam?

    Bagaimanakah cara untuk menampung keperluan pendidikan dan latihan agar dapat

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    13/19

    13

    mewujudkan kecekapan pengamal komunikasi yang mencerminkan keluhuran islam?

    Bagaimanakah untuk menghubungkan antara pendidikan komunikasi dengan perbadi

    islam yang jujur, berdisiplin, cekal, berani, menegakkan syiar islam disertakan dengan

    pengetahuan yang luas, fikiran yang matang dan mahir pula dalam teknik-teknik di

    bidang tertentu dalam komunikasi?

    Professor Dr. Ismail al-Faruqi memberikan jawapannya seperti berikut;

    1-menguasai disiplin-disiplin moden.

    2-menguasai warisan islam.

    3-menerapkan setiap bidang ilmu moden dengan islam di mana sesuai.

    4-mencari jalan untuk membina sintesis di antara warisan dengan ilmu moden.

    5-untuk melancarkan pemikiran islam ke satu saluran yang akan mangarah pula

    kepada pelaksanaan nilai kudus Allah s.w.t.

    SAINS

    Matematik

    Umar bin al-Farukban

    Ketika Baghdad dirancang pembinaan oleh Abu Jaafar al-Mansur pada tahun

    762M, para professional diminta untuk meneliti pelan induk kota tersebut

    termasuk ahli-ahli matematik. Di Baghdad juga lahir seorang ahli matematik dan

    arkitek islam yang termasyhur, iaitu Umar bin al-Farukhan, beliau telah

    membantu Yahaya al- Barmaki, menteri Bani Abbasiyah dan khalifah al-Mamun

    dalam perancangan pembangunan Baghdad dan perkembangan ilmu matematik.

    Ilmu matematik dapat diperkembangkan dengan luas kerana mendapat

    dorongan dan naungan daripada Khalifah al-Mamun.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    14/19

    14

    Bani Musa

    Beliau adalah gelaran tiga orang ahli matematik islam pada zaman pemerintahan

    al-Mamun. Mereka adalah anak kepada Syakir Musa, mereka telah

    menyumbang sesuatu dalam perkembangan matematik islam iaitu ilmu

    mengukur datar dan bulat, mereka juga menulis berkaitan dengan ilmu

    kejuruteraan (Mechanics) dan sebagainya. Ada di antara karya mereka yang

    diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

    Al-Khawarizme

    Salah seorang ahli matematik islam yang paling termasyhur ialah al-

    Khawarizme. Beliau telah memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu

    matematik islam apabila mengemukakan asal usul angka. Karya-karya beliau

    telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu kitab Jami wa al-Tafiq bi Hisab

    al-Hind. Kitab ini dikatakan ditulis oleh beliau berdasarkan kepada matematik

    yang berasal daripada India, beliau juga telah memperkenalkan satu teorem

    baharu dalam matematik iaitu Algebra.

    Al-Battani

    Dalam bidang trigonometri nama al-Battani tidak asing lagi kepada ahli

    matematik dahulu dan kini beliau yang menghasilkan teorem tangen, cotangent,

    sin dan sinus. Istilah ini sebenarnya merupakan terjemahan kepada istilah Latin.

    Astronomi

    Abdul Rahman al-Sufi

    Sumbangan beliau di dalam astronomi ialah mengkatalog bintang sehingga lebih

    daripada 1,000 jenis. Nama bintang yang diperkenalkan oleh beliau tetap terus

    digunakan hingga hari ini oleh ahli sains barat. Namun demikian, nama dalam

    bahasa arab telah diubah-suai dengan sebutan Eropah contohnya Alghurab

    diubah menjadi Algorab, Aldhib diubah menjadi Deneb, Aldabara menjadi

    Aldebara dan lain-lain lagi

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    15/19

    15

    Abu Al-Abbas Muhammad Ibnu Khatbir

    Sumbangan beliau yang terbesar ialah mengukur jarak bumi dan bulan dan jarak

    matahari dengan planet-planet lain. Nisbah isipadu bulan dan planet juga diukur

    oleh beliau, sumbangan beliau ini dikagumi oleh sarjana astronomi kini.

    Al-Biruni

    Beliau merupakan pengkritik utama pendapat Aristotles, beliau telah

    menyumbang teori adanya auja (jarak jauh antara sesebuah planet dari fokusya)

    dan hadid (jarak terdekat sesebuah planet dari fokusnya). Karya agungnya ialah

    Qanun al-Masudi.

    Al-Fazari

    Nama penuhnya ialah Ibrahim al-Fazari. Sumbangan yang terbesar dalam

    bidang astronomi ialah memperkenalkan cara mengukur tinggi dan jarak bintang

    menerusi alat ciptaannya yang dikenali sebagai Asturlab (astroble). Kitab-

    kitabnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah seperti Latin, dan

    dijadikan buku teks di universiti-universiti Eropah.

    Ibnu Sina

    Di barat, Ibnu Sina dikenali sebagai Avecinna, beliau telah menterjemahkan teori

    kosmologinya yang diambil oleh Einstein. Teori itu ialah:

    1. Tidak ada jasad yang dapat bergerak dengan sendirinya.

    2. Masa tidak dapat dibayangkan tanpa gerakan.

    3. Daya disukat dalam sukatan kesan-kesannya sahaja.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    16/19

    16

    Perubatan, Biologi, Fizik, dan Kimia

    Jabar Ibnu Hayan

    Di barat beliau dikenali sebagai Geber. Bapanya seorang saudagar di Kufah,

    beliau bukan sahaja termasyhur sebagai ahli perubatan dan doctor malah

    terkenal juga sebagai ahli kimia. Beliau paling banyak menjalankan penyelidikan

    berkaitan dengan perubatan dan kimia sehingga ada sarjana yang mendakwa

    bahawa ia telah menghasilkan 50 karya besar dan kecil. Antara sumbangan

    beliau yang terpenting dalam kimia ialah pengewapan (evaporation),

    penyaringan (filtration), sublimasi (sublimation), pengleburan (melting),

    penyulingan (distillation), pengkristalan (crystallization) dan sebagainya. Selain

    itu, beliau juga memperkenalkan beberapa istilah kimia yang telah diterjemahkan

    ke dalam bahasa Latin seperti realgar, tutia, alkali, antimony, alembic, aludel dan

    sebagainya.

    Al-Razi

    Di barat beliau dikenali sebagai Rhazes, beliau bukan sahaja terkenal sebagai

    ahli perubatan malah juga terkenal sebagai ahli biologi, fizik dan kimia. Karya

    beliau yang paling termasyhur ialah berkaitan dengan campak dan cacar yang

    telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa Eropah. Al-Hawi adalah karya

    beliau yang tidak kurang kemasyhurannya di dalam bidang perubatan. Beliau

    juga menghasilkan kitab yang berkaitan dengan ruang (space), waktu (time),

    gerak (motion), ilmu vitamin (nutrition), perkembangan (growth), pembusukan

    (putrefaction), iklim (metreologi), ilmu mata (optic), dan alkemi (akhemy).

    Ibnu Sina

    Di barat beliau dikenali sebagai Avincenna. Di samping seorang doctor

    perubatan, beliau amat terkenal sebagai seorang ahli falsafah. Pengaruh ilmunya

    luas sekali di Eropah.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    17/19

    17

    Ibnu Khaldun

    Walaupun beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah sejarah dan ahli sosiologi

    tetapi beliau juga merupakan seorang ahli kimia yang termasyhur.

    Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli sains islam pada zaman

    keemasannya dahulu telah mencapai satu tahap yang sungguh mengkagumkan dunia.

    Mereka telah meninggalkan warisan yang amat berharga kepada tamadun dan

    generasi kini. Kelebihan ahli-ahli sains islam ialah mereka bukan sahaja mahir di dalam

    sesuatu bidang, malah menguasai pelbagai disiplin contohnya Ibnu Rusyd bukan

    sahaja menguasai ilmu perubatan atau disiplin sains malah beliau juga menguasai

    disiplin falsafah yang tidak ada kaitannya dengan sains. Demikian juga halnya dengan

    Ibnu Khaldun.Lebih utama lagi mereka juga merupakan ulama yang menguasai ilmu-

    ilmu kalam, fekah dan tasauf.

    PENUTUP

    Islam amat menitik beratkan tentang ilmu pengetahuan dalam kehidupan

    umatnya.ilmu bukan hanya berkaitan dengan dunia tatapi juga merangkumi hal-hal soal

    akhirat.masyarakat islam telah mepelajari ilmu islam dari zaman rasulullah lagi.sejak

    berkembangnya institusi pendidikan dari zaman rasulullah hingga ke zaman sekarang

    banyak terbina tempat untuk menimba ilmu sama ada berbentuk formal atau tidak

    formal antaranya ialah masjid, istana, kedai-kedai buku, sekolah, madrasah termasuk

    juga beberapa jenis perpustakaan yang di senaraikan sebagai salah satu sumber untuk

    menimba ilmu. di sini jelaslah bahawa penubuhan institusi pendidikan ini amat penting

    untuk menimba ilmu, .selain itu penubuhan institusi pendidikan juga melambangkan

    bahawa kerajaanislam amat mementingkan ilmu dan merupakan masyarakat yangintelektual.Tamadun islam juga banyak melahirkan tokoh-tokoh yang terkemuka di

    dunia seperti Ibnu Sina,Al-Khawarizmi,Jabir Ibni Hayyan ,Al-Jahiz, Al-Haitham,Ibnu Al-

    Baitar, dan ramai lagi.islam juga menuntut anak-anak dan juga orang dewasa supaya

    menuntut ilmu tidak mengira usia.Dari segi hukum pula islam mewajibkan semua

    ummatnya menuntut ilmu.

  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    18/19

    18

    RUJUKAN

    INTERNET

    http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tokoh-tokoh-islam-dan-

    sumbangannya.html

    http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pendidikan-dalam-tamadun-

    islam.html

    BUKU

    Tamadun Islam, MUSTAFA HAJI DAUD, 1991, UTUSAN PUBLICATIONS &

    DISTRIBUTORS SDN. BHD, Kuala Lumpur

    Tamadun Islam, Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad & Ahmad Tarmizi Talib, 1997,

    Universiti Putra Malaysia Serdang, Kuala Lumpur

    Pengajian Tamadun Islam, Mohd Laki Hamid, 2002, PTS Professional Publishing

    Sdn. Bhd, Kuala Lumpur

    http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tokoh-tokoh-islam-dan-sumbangannya.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tokoh-tokoh-islam-dan-sumbangannya.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tokoh-tokoh-islam-dan-sumbangannya.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tokoh-tokoh-islam-dan-sumbangannya.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tokoh-tokoh-islam-dan-sumbangannya.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pendidikan-dalam-tamadun-islam.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pendidikan-dalam-tamadun-islam.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pendidikan-dalam-tamadun-islam.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pendidikan-dalam-tamadun-islam.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pendidikan-dalam-tamadun-islam.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pendidikan-dalam-tamadun-islam.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pendidikan-dalam-tamadun-islam.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tokoh-tokoh-islam-dan-sumbangannya.htmlhttp://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tokoh-tokoh-islam-dan-sumbangannya.html
  • 7/29/2019 sumbangan tamadun islam dalam ilmu pengetahuan

    19/19

    Lampiran

    Contoh buku Ibnu Sina

    Ibnu Khaldun Al-Kindi