islamofobia dalam tamadun islam dan tamadun …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/tesis azizah hussin...

25
ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) DALAM KALANGAN MAHASISWA NON-MUSLIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) AZIZAH BINTI HUSSIN DOKTOR FALSAFAH 2016

Upload: buidung

Post on 07-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA (TITAS) DALAM KALANGAN

MAHASISWA NON-MUSLIM INSTITUT

PENDIDIKAN GURU (IPG)

AZIZAH BINTI HUSSIN

DOKTOR FALSAFAH

2016

Page 2: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

Islamofobia Dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia

(TITAS) Dalam Kalangan Mahasiswa Non-muslim

Institut Pendidikan Guru (IPG)

oleh

Azizah binti Hussin

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

syarat memperolehi ijazah Doktor Falsafah

Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2016

Page 3: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

PENGESAHAN

TESIS

Saya dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini

adalah hasil penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah

tinggi kepada mana-mana universiti atau institusi.

TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhah

keras atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskhak

keras atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang

diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah.

Dari tarikh hingga

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi

1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh

organisasi di mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengaku bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

1. Tesia adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran antara institusi pengajian.

Tarikh Tarikh: 26 Julai 2016

Tandatangan

Tandatangan Penyelia Utama

710317-03-5102 Nawi@Mohd Nawi bin Ismail

Nama Penyelia Utama

Page 4: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan limpah kurniaNya serta izinNya tesis ini dapat disempurnakan dalam jangka

waktu yang dirancang.

Tesis ini dapat disiapkan dengan bantuan dan kerjasama daripada penyelia di

samping pihak-pihak lain. Kesemuanya sanggup memberi tunjuk ajar, bimbingan

serta nasihat yang berterusan. Sehubungan dengan itu, saya mengucapkan ribuan

terima kasih yang tak terhingga kepada penyelia saya Dr. Nawi@ Mohd. Nawi bin

Ismail yang sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan sokongan serta kata-kata

semangat. Membetulkan setiap kali ada kesilapan. Amat senang didekati dan mudah

dibawa berbincang. Berfikiran terbuka dan tidak pernah mengecewakan sepanjang

perbincangan tesis. Beliau amat prihatin, peka dan teliti serta memberi komitmen

yang tinggi dalam melaksanakan amanah sebagai penyelia. Jasa beliau tidak akan

dilupakan.

Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Professor Dr. Khairul Anwar

Mastor (UKM), Prof. Madya Dr. Arip Kasmo (UKM), Dr. Ilham Salimun (UMT)

serta Dr. Hamdan (UMT) kerana sudi menjadi pakar rujuk untuk kandungan dan

pembinaan item soal selidik. Tidak lupa juga kepada para pensyarah UMK sendiri

yang membantu dari sudut kandungan dan metodologi iaitu Dr. Nik Yusri, Dr.

NoorHisyam, Prof. Madya Dr. Suria Baba, Prof. Madya Dr. Mokhtaruddin, Prof

Madya Dr. Rafi dan Prof Madya Dr. Noorani Mustapha. Semoga segala ilmu yang

dikongsi mendapat keredhaan Allah.

Begitu juga kepada semua pengarah dan pensyarah serta pelajar IPG Zon Timur yang

terlibat iaitu IPGK Kota Bharu, IPGK Tengku Ampuan Afzan, IPGK Dato Razali

Ismail serta IPGK Sultan Mizan serta IPG Induk KPM yang memberi kerjasama

sebaik mungkin dalam menyempurnakan pemerolehan data. Segala sumbangan serta

kerjasama yang diberikan amat saya hargai.

Semua kawan yang sentiasa berfikiran positif membantu saya, memotivasi saya serta

mendorong saya menyiapkan tesis ini. Penghargaan turut ditujukan kepada Bahagian

Tajaan KPM kerana mengurus segala urusan kewangan serta surat menyurat yang

berkaitan dengan tesis saya.

Terakhir ucapan setinggi-tinggi terima kasih dikhaskan kepada suami tercinta

Mohamad Zamri bin Ali yang merestui dan memberi sokongan saya meneruskan

perjuangan mencari ilmu. Membantu saya dalam urusan pendidikan anak-anak.

Untuk anak-anak tersayang Ahmad Nasrullah, Ahmad Fakhrullah, Ahmad Saifullah,

Ahmad Ubaidullah dan Ahmad Abdullah, terima kasih kerana memahami tugas umi.

Tidak dilupakan kepada ibu bapa saya Ramlah binti Omar dan Hussin bin Awang

yang sentiasa memberi restu. Terima kasih buat semua.

Page 5: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

PENGHARGAAN ii

ISI KANDUNGAN iii

SENARAI LAMPIRAN vii

SENARAI JADUAL viii

SENARAI RAJAH x

SENARAI AKRONIM xi

ABSTRAK xiii

ABSTRACT xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Kerangka Konseptual 9

1.5 Tujuan Kajian 12

1.5.1 Objektif Kajian 13

1.5.2 Persoalan Kajian 13

1.5.3 Hipotesis Kajian 14

1.6 Kepentingan Kajian 15

1.7 Batasan Kajian 18

1.8 Definisi Operasi 19

1.8.1 Islamofobia 20

1.8.2 Pembelajaran 21

1.8.3 Isu semasa TITAS 21

1.8.4 Mahasiswa Non-muslim 22

Page 6: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

1.8.5 Institut Pendidikan Guru (IPG) 22

1.8.6 Zon Timur 23

1.8.7 Jihad 23

1.8.8 Hudud 24

1.8.9 Poligami 24

1.9 Penutup 25

BAB 2 SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan 26

2.2 Sejarah TITAS Sebagai Kursus Wajib IPTA/S dan IPG 27

2.3 Tamadun Islam 31

2.4 Tamadun Asia (China, India, Jepun) 37

2.4.1 Tamadun China 38

2.4.2 Tamadun India 43

2.4.3 Tamadun Jepun 47

2.5 Konsep Jihad Menurut Islam dan Pandangan Non-muslim 51

2.6 Konsep Hudud Menurut Islam dan Pandangan Non-muslim 59

2.7 Konsep Poligami Menurut Islam dan Pandangan Non-muslim 67

2.8 Sejarah Islamofobia dan Evolusi Ancaman 72

2.9 Model Islamofobia 79

2.10 Teori Pengukuran Islamofobia (Islamophobia Measurement Theory) 82

2.11 Teori Pembelajaran 83

2.12 Pemikiran Imam al-Ghazali Dalam Pendidikan 84

2.13 Kajian-kajian Berkaitan 88

2.13.1 TITAS Membentuk Masyarakat Berbilang Bangsa 88

2.13.2 Tamadun Islam dan Kesan Terhadap Pelajar Bukan Islam 91

2.13.3 Pendidik Sebagai Pendakwah dan Pemudah Cara 94

2.13.4 Salah Faham Tentang Islam dan Islamofobia 97

2.13.5 Peristiwa 11 September, Rekaan dan Realiti 108

2.13.6 Ketamadunan Islam Inspirasi Ketamadunan Barat 113

2.14 Penutup 114

Page 7: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 116

3.2 Reka Bentuk Kajian 116

3.3 Populasi, Pemilihan Sampel Kajian dan Peserta Kajian 117

3.3.1 Pemilihan Sampel Kajian 118

3.3.2 Pemilihan Peserta Kajian 120

3.4 Alat Kajian 121

3.4.1 Soal Selidik 122

3.4.2 Temu bual 124

3.4.3 Kaedah Bergabung (Mix Method) 125

3.4.4 Interpretasi Skala 127

3.4.5 Pembolehubah Kajian 129

3.4.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan 130

3.4.7 Kajian Rintis 132

3.5 Tata cara Pengumpulan Data 135

3.5.1 Tata cara Pengumpulan Data Soal Selidik 136

3.5.2 Tata cara Pengumpulan Data Temu bual 138

3.6 Tata Cara Penganalisisan Data 141

3.6.1 Analisis Deskriptif Melalui SPSS 142

3.6.2 Analisis Inferensi Melalui SPSS 142

3.6.3 Analisis Deduktif Melalui ATLAS.ti 144

3.7 Penutup 149

BAB 4 HASIL DAPATAN

4.1 Pendahuluan 151

4.2 Profil Sampel dan Peserta Kajian 151

4.3 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim Terhadap Isu Jihad, Hudud

Dan Poligami

153

4.4 Perbezaan Islamofobia Berdasarkan Demografi 162

4.4.1 Perbezaan Islamofobia Berdasarkan Agama 162

4.4.2 Perbezaan Islamofobia Berdasarkan Jumlah Kawan Muslim 164

4.5 Persepsi Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap TITAS 167

4.6 Perasaan Yang Wujud Dalam Diri Mahasiswa Non-muslim tentang

Islamofobia Stelah Mempelajari TITAS

170

Page 8: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

4.7 Pembolehubah yang Boleh Menyumbang Kepada Islamofobia

Mahasiswa Non-muslim IPG

176

4.7.1 Faktor Lain Yang Menyumbang Kepada Islamofobia 182

4.8 Penutup 188

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 190

5.2 Ringkasan Kajian 190

5.3 Perbincangan 192

5.3.1 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim di IPG Terhadap Isu

Jihad, Hudud dan Poligami 192

5.3.2 Perbezaan Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPG

Berdasarkan Agama

195

5.3.3 Perbezaan Islamofobia Mahasiswa Non- muslim IPG

Berdasarkan Jumlah Kawan Muslim

196

5.3.4 Persepsi Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap TITAS 197

5.3.5 Perasaan Yang Wujud Dalam Diri Mahasiswa Non-muslim

Tentang Islamofobia Setelah Mempelajari TITAS

199

5.3.6 Faktor Yang Menyumbang Kepada Islamofobia 204

5.4 Implikasi Kajian 215

5.4.1 Dasar IPG dan KPM 216

5.4.2 Diri Pensyarah 218

5.4.3 Badan Bukan Kerajaan 220

5.5 Cadangan Kajian 222

5.5.1 Cadangan Terhadap Teori dan Model 222

5.5.2 Cadangan Kajian Lanjutan 225

5.6 Penutup 228

Bibliografi 231

Lampiran 262

Page 9: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT

LAMPIRAN A - Senarai Pembentangan

253

LAMPIRAN B - Senarai Penerbitan 255

LAMPIRAN C - Soal Selidik 258

LAMPIRAN D - Perakuan Kebenaran Oleh Peserta Kajian Untuk

Merakam Temu bual

267

LAMPIRAN E - Protokol Temu bual 268

LAMPIRAN F - Transkripsi Temu bual 270

LAMPIRAN G - Surat Kelulusan dari Pihak Terlibat 282

LAMPIRAN H - Senarai Pakar Rujuk 294

LAMPIRAN I - Bacaan Alpha Cronbach (Reliability) 295

LAMPIRAN J - Pro Forma TITAS IPG 312

LAMPIRAN K - Senarai Kod dan Memo Berkaitan Perasaan

Mahasiswa Non-muslim Tentang Islamofobia Setelah

Mempelajari TITAS

317

LAMPIRAN L - Normal P-P Plot Regression Standardized Residual 326

LAMPIRAN M - Scatterplot 327

LAMPIRAN N - Korelasi dan Rumusan Model 328

LAMPIRAN O - Senarai Kod dan Memo Tentang Pengaruh Jihad,

Hudud dan Poligami Terhadap Islamofobia

329

LAMPIRAN P - Rajah Faktor-faktor yang Mempengaruhi Islamofobia 337

LAMPIRAN Q - Gambar Hukuman Tamadun Jepun dan China 339

Page 10: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

SENARAI JADUAL

NO. MUKA SURAT

2.1 Senarai Kursus Utama yang Ditawarkan di IPGM 29

2.2 Senarai Kursus Wajib yang Ditawarkan di IPGM 29

3.1 Perincian Item Soal Selidik 122

3.2 Interpretasi Skala Likert dan Skor Min 127

3.3 Interpretasi Skala Tahap Fobia 128

3.4 Interpretasi Skala Peratusan 128

3.5 Nilai Alpha Cronbach untuk Setiap Pembolehubah dan Kategori 134

3.6 Tarikh Kelulusan Menjalankan Kajian 136

3.7 Tata cara Pengumpulan Soal Selidik 137

3.8 Tata cara Pengumpulan Data Temu bual 139

3.9 Pembahagian Tema dan Kod 148

3.10 Persoalan Kajian dan Cara Penganalisisan 150

4.1 Profil Sampel Berdasarkan IPG, Agama dan Jumlah Kawan

Muslim

152

4.2 Profil Peserta Kajian Berdasarkan Jantina, IPGM, Opsyen, Negeri

Asal dan Agama

153

4.3 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Jihad 154

4.3.1 Ringkasan Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap

Jihad.

155

4.4 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Hudud 156

4.4.1 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Jihad. 158

4.5 Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Poligami 159

Page 11: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

SENARAI JADUAL

NO. MUKA SURAT

4.5.1 Ringkasan Tahap Fobia Mahasiswa Non-muslim IPG Terhadap Poligami

160

4.6 Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPGM Berdasarkan

Agama

163

4.7 Islamofobia Mahasiswa Non-muslim IPG Berdasarkan Jumlah

Kawan Muslim

165

4.71 Post Hoc Scheffe dan Bonferroni Bagi kategori Jumlah Kawan

Muslim Terhadap Islamofobia

166

4.8 Persepsi Mahasiswa Non-muslim IPGM Terhadap TITAS 167

4.9 Susunan Persepsi Positif Terhadap TITAS Mengikut Ketinggian

Frekuensi/Peratus 169

4.10 Matriks Perasaan Yang Wujud Dalam Diri Mahasiswa Non-muslim

Tentang Islamofobia Setelah Mempelajari TITAS 171

4.11 Peramal yang Masuk Dalam Persamaan Regresi dan yang

Terkeluar Dari Persamaan Regresi

177

4.12 Bacaan ANOVA dan Koeffisien 179

4.13 Matriks Pengaruh Jihad, Hudud dan Poligami Terhadap

Islamofobia

181

4.14 Matriks Faktor-faktor Lain yang Menyumbang Kepada Islamofobia 183

Page 12: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konseptual Islamofobia Dalam Pembelajaram TITAS

Dalam Kalangan Mahasiswa Non- muslim IPG

10

2.1 Model Proses Islamofobia 80

2.2 Peranan Pelajar dan Pendidik Mengikut Pemikiran Imam al-

Ghazali

87

3.1 Pemilihan Sampel 119

3.2 Proses Analisis Data Temu bual 146

5.1 Teori Tahap Fobia 223

5.2 Model Faktor Islamofobia 224

Page 13: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

SENARAI AKRONIM

ANOVA Analysis Of Variance

AS Amerika Syarikat

BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan dasar Pendidikan

BPG Bahagian Pendidikan Guru

CEDAW Committee for the Elimination of Discrimination Against

Women

DAP Democrate Action Party/ Parti Tindakan Demokrat

EUMC Europeon Monitoring Centre

FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan

HAMKA Haji Abdul Malik Karim Amrullah

IFC Inter Faith Commission

IPT Institusi Pengajian Tinggi

IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam

IPTS Institusi Pengajian Tinggi Swasta

IPG Institut Pendidikan Guru

IPGK Institut Pendidikan Guru Kampus

ITM Institut Teknologi Mara

JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek

JPP Jawatankuasa Perancangan Pendidikan

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

LSD Least Significant Difference

MUR Malaysian University Requirement

NGO Non Government Organization

Page 14: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

PAS Parti Islam SeMalaysia

PdP Pengajaran dan Pembelajaran

PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PK Peserta Kajian

PPP Pelan Pembangunan Pendidikan

PPS Pusat Pengajian Siswazah

RECOVH Regional Conference on Values and Humanities/

Persidangan Serantau Mengenai Isu Nilai dan

Kemanusiaan

RIMUP Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

SCL Student Centered Learning

SIS Sister In Islam

SPSS Statistical Package for the Social Sciences

TI Tamadun Islam

TITAS Tamadun Islam dan Tamadun Asia

ToT Training of Trainer

UIAM Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UMK Universiti Malaysia Kelantan

UMNO United Malay Nation Organisation/

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

UMT Universiti Malaysia Terengganu

UPNM Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

SJK Sekolah Jenis Kebangsaan

SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

SMPC Sekolah Menengah Persendirian Cina

Page 15: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

Islamofobia Dalam Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)

Dalam Kalangan Mahasiswa Non-muslim

Institut Pendidikan Guru (IPG)

ABSTRAK

Tesis ini adalah sebuah kajian kes tentang Islamophobia dalam kalangan mahasiswa

non-muslim di Institut Pendidikan Guru (IPG). Kajian ini meneliti tahap fobia dan

pengaruh jihad, hudud serta poligami terhadap Islamophobia dalam pembelajaran

kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kajian ini menggunakan kaedah

bergabung melalui tinjauan soal selidik dan temu bual. Seramai 270 sampel dan

empat peserta kajian terlibat dipilih daripada empat IPG Zon Timur menggunakan

teknik rawak berstrata dan rawak bertujuan. Data kuantitatif dianalisis melalui

perisian SPSS manakala data kualitatif dianalisis melalui perisian ATLAS.ti. Secara

keseluruhan, isu jihad, hudud dan poligami tidak mempengaruhi Islamofobia.

Namun, terdapat faktor-faktor lain yang menyumbang kepada Islamofobia seperti

faktor menukar agama, larangan- larangan dalam Islam serta faktor budaya. Dapatan

tahap fobia pula mencatatkan bahawa tahap fobia terhadap jihad dan poligami ialah

takut manakala tahap fobia terhadap hudud adalah terancam. Namun tiada perbezaan

ketara Islamofobia berdasarkan agama tetapi wujud perbezaan Islamofobia dari sudut

jumlah kawan muslim. Secara umumnya, kajian ini mendapati pembelajaran kursus

TITAS diakui membawa kesan yang positif kepada mahasiswa non-muslim. Kajian

ini mencadangkan pembelajaran kursus TITAS diteruskan di IPG di seluruh

Malaysia dengan beberapa penambahbaikan untuk mengurangkan Islamofobia dalam

kalangan mahasiswa non-muslim.

Page 16: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

Islamophobia In Islamic and Asian Civilizations (TITAS) Course Among

Non-muslim Students at Teachers Education Institute (TEI)

ABSTRACT

This thesis is a case study on Islamophobia among non-muslim students at Teachers

Education Institute (TEI). It examines the level of phobia and the influence of jihad,

hudud and polygamy towards Islamophobia in Islamic and Asian Civilizations

(TITAS) course. This study employs mixed-method design through survey and

interview. A total of 270 samples and four participants involved in the study was

selected from four TEI in the Eastern Zone using stratified random and purposive

sampling technique. Quantitative data was analyzed through SPSS software while

qualitative data was analyzed using ATLAS-ti. In general, the finding of the study

indicates that jihad, hudud and polygamy issues do not affect Islamophobia.

However, there are other factors that contribute to Islamophobia including conversion

issues, prohibitions in Islam and cultural factor. The study discovers that the level of

phobia related to jihad and polygamy issues is fear while the level of phobia

associated with hudud issues is threat. However, there are no significant differences

on Islamophobia based on religion but there are differences based on the number of

muslim friends. In conclusion, the study finds that TITAS course contributed

significant and positive impact on non-muslim students. Therefore, the study

recommends the continuation of the teaching and learning of TITAS course at TEI in

the country with some significant improvements in order to reduce Islamophobia

among non- muslim students.

Page 17: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Institusi pendidikan mempunyai falsafah tertentu yang telah ditetapkan

sebagai panduan dalam menentukan masa depan generasi akan datang. Falsafah

pendidikan di Malaysia dinamakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ia

berbunyi :

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum KPM, 2001

FPK bermatlamat untuk menghasilkan insan yang sempurna dari

pelbagai sudut khususnya sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Demi

mencapai matlamat tersebut, kerajaan mengambil langkah terkini dengan

memperkenalkan Misi Nasional 2006-2020 dengan pelbagai tujuan. Antaranya

untuk kesaksamaan sosioekonomi, keteguhan institusi, kualiti hidup dan

keseimbangan pendidikan. Salah satu matlamat dalam keseimbangan pendidikan

ialah untuk membangunkan modal insan iaitu pendidikan, inovasi dan nilai.

Konsep modal insan ialah membina serta membangunkan modal insan

yang bersifat holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta

Page 18: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

mempunyai nilai moral dan etika yang teguh. Daripada pelbagai bidang, bidang

pendidikan merupakan jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi,

minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke

suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan

negara (Zahir Zainudin, 2008). Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara

yang aset materialnya sangat sedikit namun berjaya membuktikan bahawa

pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan

negara di Asia Timur jauh lebih baik dari negara-negara maju yang lain (Zahir

Zainudin, 2012).

Dalam bidang pendidikan, kita boleh melahirkan modal insan yang

mantap dari sudut JERI melalui penerapan elemen nilai-nilai murni ke dalam

kurikulum. Kesemua mata pelajaran di sekolah rendah, menengah, Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan

Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu secara langsung dan tidak langsung

menerapkan elemen nilai-nilai murni atau akhlak mulia dalam mata pelajaran

tersebut.

Nilai-nilai murni perlu merentas kurikulum (Nooraini Sulaiman et al.,

2008). Mohammad Kamil Abd. Majid & Rahimin Affandi Abd. Rahim (2006),

antara lain membuktikan dalam penulisan mereka bahawa penerapan nilai murni

telah membuahkan hasil yang memberangsangkan khususnya dalam pentadbiran

negara. Namun begitu masih terdapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat

non-muslim terhadap usaha tersebut. Mohd Kamil Abd. Majid (2007) turut

menambah bahawa salah faham antara muslim dan non-muslim telah berakar

Page 19: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

dalam tradisi pemikiran masing-masing. Justeru, pengkaji yakin kefahaman yang

lebih jelas dan keyakinan yang lebih mendalam berlaku kepada non-muslim

melalui proses pendidikan yang dilaluinya.

Kesinambungan itu juga, kesemua 27 buah IPG di Malaysia, mewajibkan

kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) kepada semua mahasiswa

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang beragama Islam dan

bukan Islam. Kumpulan pertama PISMP di IPG ialah pada ambilan Januari

2007. TITAS ditawarkan pada semester pertama pengajian sahaja. Kod yang

digunakan ialah WAJ 3101 dengan membawa 2 jam kredit (2+1) dan perlu

menghabiskan 30 jam interaksi pada satu semester.

Mohd Rosdi Mahamud (2001) mencadangkan agar keberkesanan

tamadun Islam diberi perhatian memandangkan peranan yang dimainkan oleh

mata pelajaran ini amat besar. Justeru pengkaji akan meneruskan kajian dengan

memfokuskan kepada peranan dan pengaruh isu semasa TITAS iaitu jihad,

hudud dan poligami terhadap islamofobia dalam kalangan non-muslim di IPG.

Dalam bab ini pengkaji akan menghuraikan latar belakang kajian,

pernyataan masalah, objektif kajian diikuti tujuan kajian, persoalan kajian,

hipotesis kajian serta kepentingan kajian. Diterangkan juga definisi operasi dan

diakhiri dengan kerangka konseptual kajian.

1.2 Latar Belakang Kajian

TITAS adalah kursus wajib di kebanyakan Institut Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) dan di semua Institut Pendidikan Guru (IPG). Ini selaras dengan

Page 20: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

dasar Kementerian Pelajaran yang mewajibkan semua pelajar universiti

mendaftarkan TITAS sebagai kursus wajib. Peranan yang dimainkan oleh kursus

ini amatlah besar dari sudut membentuk modal insan dan mewujudkan

perpaduan dalam kalangan pelbagai ras, etnik, kaum, bangsa dan agama.

Mahasiswa perlu serius dalam mempelajari kursus ini walaupun pada

tanggapan mereka ia senang dikuasai dan mudah untuk lulus (Mohamad Azhari

Abu Bakar et al., 2012). Berdasarkan kajian-kajian lepas, kebanyakan

mahasiswa non-muslim mempersoalkan keperluan mempelajari TITAS

sedangkan kandungannya cenderung kepada pembelajaran agama Islam. Kajian

Khairul Anwar Mastor (1995). menyentuh tentang pengajaran Tamadun Islam

kepada pelajar bukan Islam telah menyedarkan banyak pihak bahawa pelajar

non-muslim berpandangan negatif terhadap kursus Tamadun Islam.

Dalam suasana masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan

budaya, keperluan persefahaman dan sikap tolak ansur serta saling hormat-

menghormati antara satu sama lain sangat diperlukan. Sebarang perasaan benci,

tidak puas hati dan ragu-ragu harus segera dipadamkan kerana ia boleh

memercikkan gelombang kemarahan. Peristiwa-peristiwa perkauman seperti

peristiwa 13 Mei 1969 menjadi satu pengajaran berguna dalam meneruskan

kehidupan pelbagai kaum. Kefahaman yang mendalam tentang sesuatu agama

dan budaya akan mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan lagi hubungan

antara kaum di Malaysia. Secara idealnya harapan ini menjadi landasan bagi

meneruskan kejayaan Malaysia.

Page 21: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

Selain itu, golongan mahasiswa tidak menyedari serta tidak menghayati

kepentingan TITAS kepada mereka pada masa hadapan. Mereka sentiasa

dikelilingi dengan ideologi asing yang banyak menyimpang daripada ajaran

agama. Bekalan ilmu untuk menepis dakyah tidak dikuasai oleh golongan

remaja. Rentetan dari itu, berlakulah pengikisan nilai-nilai agama dari hidup

mereka. Dan kesannya, selama empat di tahun di universiti, remaja menjadi

hamba kepada budaya kebendaan serta mengenepikan agama. Menyedari

hakikat ini, kerajaan khususnya yang terlibat secara langsung dengan kurikulum

telah memperkenalkan Tamadun Islam di universiti dan terbaru dengan

penambahbaikan diperkenalkan pula Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang

diwajibkan kepada muslim dan non-muslim. Mereka turut mendalami ilmu Islam

di samping ilmu ketamadunan India, Jepun, China (Al-Faruqi, 1991).

Mahasiswa non-muslim tidak perlu mempertikaikan kenapa mereka perlu

mempelajari TITAS kerana konsep mencari ilmu adalah mempelajari pelbagai

ilmu selagi ia boleh membentuk diri kita sebagai insan sempurna terhadap

Tuhan, masyarakat dan negara. Melalui kajian-kajian lepas yang mutakhir, hasil

telah menunjukkan jawapan yang positif tentang pembelajaran TITAS ini

antaranya kajian Ahmad Nasir Mohd Yusoff (2003) mendapati 14%

menyatakan amat setuju TITAS wajar diwajibkan kepada non muslim, 57%

menyatakan setuju TITAS wajar diwajibkan kepada non-muslim dan hanya 29%

menyatakan kurang setuju TITAS wajar diwajibkan kepada non muslim

(Ahmad Nasir Mohd Yusoff, 2003). Harapan yang sangat tinggi terhadap kajian

yang akan dijalankan ini semoga ia dapat menjawab beberapa persoalan

Page 22: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

mahasiswa non-muslim khususnya dari sudut kefahaman tentang Islam,

pembentukan modal insan dan perpaduan kaum serta agama.

1.3 Pernyataan Masalah

Kursus TITAS yang merupakan kursus wajib di universiti, diajar kepada

semua mahasiswa pelbagai agama dan opsyen. Kursus TITAS dianggap sebagai

platfom membentuk masyarakat berbilang bangsa dalam mewujudkan Tamadun

Malaysia. Kursus ini mempunyai sejarah kontroversi yang agak hebat daripada

masyarakat bukan Islam. Antaranya kenyataan akhbar berbunyi “Kursus

Tamadun Islam akan menimbulkan kesangsian dalam kalangan pelajar bukan

Islam”(Lim, K. S, 1990) dan “Pendidikan Tamadun Islam memberi beban baru

kepada pelajar” (Lim, K. S, 1991). Kedua-dua pernyataan menggambarkan

mereka (bukan Islam) fobia terhadap Islam (islamofobia). Isu yang menjadi

kontroversi ini disokong oleh salah seorang ahli Parlimen DAP yang lain,

dengan menggesa KPM menarik balik kursus TITAS kerana tidak memberi

manfaat kepada pelajar. Pertikaian beliau dibidas oleh Ketua Program

Kenegaraan, kepimpinan dan ketamadunan Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia (UPNM) dengan menegaskan TITAS bukan semata-mata belajar

tamadun Islam bahkan dipelajari juga tamadun India, Cina dan Jepun. Menurut

beliau TITAS wajib dipelajari sebagai pemangkin integrasi nasional (Riduan Tee

Abdullah. (2008).

Sehubungan dengan itu juga, terdapat kajian oleh Mohd Arip Kasmo

(2011) yang dijalankan ke atas mahasiswa bukan Islam, menunjukkan bahawa

Page 23: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

terdapat beberapa ajaran dalam Islam seperti berperang (jihad), hukuman yang

ada dalam Islam (hudud), kebebasan hak wanita, poligami serta larangan-

larangan lain telah mencatatkan peratus yang tinggi untuk tajuk-tajuk yang tidak

disukai dan paling tidak disukai. Beliau mengulas bahawa beberapa ajaran dalam

Islam yang tidak disukai pelajar perlu dibendung untuk mengelak daripada

tersebarnya kesan-kesan yang lebih parah seperti fobia pada Islam (islamofobia)

atau benci pada Islam.

Isu berkaitan islamofobia banyak berlaku di luar negara begitu juga

dalam negara Malaysia yang merupakan negara Islam. Antara contoh berkaitan

salah faham dan persaan takut ini apabila “Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam

dalam Pentadbiran” diperkenalkan pada tahun 1985 dan pengisytiharan

Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001, semasa

merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan. Kedua-dua dasar

tersebut mendapat maklum balas negatif daripada penganut agama lain.

Setiausaha Majlis Uskup-uskup Katolik Malaysia mengakui isu islamisasi yang

wujud ketika ini memang membimbangkan penganut bukan Islam. Ia bukan

sahaja mencabar Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan beragama

malah amalan dan budaya hidup masyarakat bukan Islam akan terhakis (Lee, B.

C., 2002). Lee turut melahirkan kebimbangan proses Islamisasi di Malaysia

kewujudan budaya mempolarisasikan rakyat Malaysia kepada muslim dan bukan

muslim. Khoo, K. Kim (2005) pula mengakui bahawa kurang maklumat tentang

agama Islam membawa sifat takut dan salah faham kepada Islam yang akhirnya

timbullah beberapa peristiwa yang tidak diingini berlaku.

Page 24: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

Isu yang sama lebih hebat berlaku di luar negara. Laporan Weller, P.

(2006), membongkar kes-kes ketidakadilan layanan United Kingdom dalam

urusan imigresen, penjara, kesihatan, perkhidmatan sosial dan banyak lagi.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga melabelkan muslim sebagai “homogenous,

antagonistic and fanatical group”. Di Sweden peristiwa yang berlaku hasil

salah faham terhadap Islam membawa kepada perasaan takut terhadap agama

Islam (EUMC: 2011). Dikuatkan lagi hujah oleh Chahuan (2005); Gottschalk &

Greenberg (2008) yang menyatakan bahawa rakyat Amerika dan masyarakat

barat telah tercatat dalam sejarah mempunyai persepsi negatif terhadap Islam

dan pengikutnya.

Kesimpulannya, berdasarkan isu-isu islamofobia yang berlaku di dalam

dan luar negara, ciri-ciri fobia yang dituduh terdapat dalam kursus TITAS,

ditambah pula dengan dapatan kajian Mohd Arip Kasmo (2011) serta cadangan

beliau agar kajian lanjutan tentang TITAS yang berfokus pada tajuk-tajuk

TITAS diperbanyakkan, maka pengkaji terpanggil untuk menjalankan kajian

yang membincangkan tentang islamofobia dalam pembelajaran TITAS. Pengkaji

memilih tiga tajuk daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam isu semasa TITAS

iaitu jihad, hudud dan poligami. Pengkaji akan menyelongkar pengaruh ketiga-

tiganya terhadap islamofobia. Jihad, hudud dan poligami dipilih bukan hanya

disebabkan ia merupakan tajuk-tajuk TITAS, tetapi ketiga-tiganya juga

merupakan antara faktor islamofobia dalam Model Proses Islamofobia Zafar

Iqbal (2010), di samping faktor-faktor islamofobia yang lain. Hasil daripada

kajian diharap dapat membuka mata pengkaji sendiri, badan-badan dakwah,

Page 25: ISLAMOFOBIA DALAM TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN …umkeprints.umk.edu.my/6847/1/Tesis Azizah Hussin ..pdf · Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk ... Segala sumbangan

pihak yang terlibat secara langsung dengan pendidikan Islam serta pihak-pihak

yang berkaitan untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya. Pengkaji

yakin kebimbangan terhadap Islam tidak akan wujud sekiranya masyarakat non-

muslim sangat faham tentang konsep-konsep dalam Islam.

1.4 Kerangka Konseptual

Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (1996) serta Merriam (2009),

kerangka kajian merupakan satu unsur yang amat penting dalam sebarang kajian.

Sekaran (2000) menggariskan ciri-ciri yang perlu ada dalam kerangka kajian

iaitu pertama, mengenal pasti dan melabelkan variabel yang sesuai dengan

kajian. Kedua, menyatakan bagaimana variabel bebas dan bersandar

berhubungan. Ketiga, mengandaikan sifat dan arah hubungan berdasarkan kajian

yang lepas. Keempat, dapat menjelaskan bagaimana jangkaan hubungan tersebut

dapat berlaku dan kelima, rajah yang sistematik untuk memberi gambaran

tentang hubungan antara variabel-variabel.

Menurut Nik Azis Nik Pa (2003) pula, kerangka kajian yang

dibincangkan adalah sebagai satu penjelasan tentang perkaitan konsep-konsep

yang dikaji yang dapat menjelaskan keseluruhan kajian. Pada asasnya, kerangka

kajian merujuk struktur idea yang abstrak atau logik yang memandu

perancangan, pelaksanaan dan laporan sesuatu kajian. Cline (2003) menjelaskan

bahawa kerangka konsep merujuk kepada penghuraian yang ringkas dan padat

tentang pemboleh ubah-pemboleh ubah utama yang beroperasi dalam ruang

lingkup permasalahan yang dikaji. Lazimnya, penghuraian tersebut disertai