bab 2 (topik 5) - sumbangan tamadun islam - sementara

115

Click here to load reader

Upload: panglima-malaya-sma-maiwpl

Post on 26-Jul-2015

169 views

Category:

Documents


21 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

TAMADUN ISLAM & PERADABAN DUNIA

MOHD HASNIZAN BIN HASIN

PUSAT PENTADBIRAN, PERUNDANGAN DAN KEPIMPINAN KOPERASI,MAKTAB KOPERASI MALAYSIA

ISS 1013 - TAMADUN ISLAM, DIPLOMA PENGURUSAN KOPERASI

(2012)

Page 2: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Skop Perbincangan

• Sumbangan Tamadun Islam

1. Spiritual

2. Intelektual

3. Perubatan

4. Sains dan Teknologi

Page 3: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Cendikiawan Islam i. al-Khawarizmi – Matematik dan Astronomi

ii. Al-Jahiz- Zoologi

iii. al-Kindi – Ilmu Mantik dan Falsafah

iv. Al-Battani - Matematik dan Astronomi

v. Zakaria al-Razi – Perubatan dan Falsafah

vi. al-Khazin-

vii. al-Miskawayh – Pemikiran Politik dan Undang-undang

viii. al-Zahrawi – Kajian Perubatan dan Farmasi

ix. al-Biruni - Matematik dan Astronomi

x. Ibnu Sina – Ilmu Mantik dan Falsafah

xi. Imam al- Ghazali - Ilmu Mantik dan Falsafah

xii. Ibnu Rushd – Ilmu Mantik dan Falsafah

xiii. al- Nafis – Perubatan dan Falsafah

xiv. al - Taymiyyah – Kesusasteraan, Bahasa arab dan Kaligrafi

xv. Ibnu Battuta – Geografi dan Sejarah

xvi. Ibnu Khaldun – Kimia dan Sejarah

Page 4: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Pengenalan

• Keagungan empayar Islam satu ketika dahulu telah memberikan sumbangan yang amat besar di dalam pembentukan sejarah ketamadunan manusia.

• Di antara ciri-ciri keagungan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan mereka ialah kemajuan yang tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan.

• Kemajuan sains dalam sejarah kebangkitan ilmu dalam Islam telah melahirkan tokoh-tokoh ternama yang sangat ramai. Antaranya ialah al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Farabi, al-Biruni dan sebagainya.

• Mereka ini beserta ramai lagi tokoh ilmu yang lain telah meninggalkan kesan yang besar dalam kemajuan ilmu pengetahuan bagi manusia sejagat.

Page 5: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

al-Khawarizmi (780M – 850M)

• Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi atau Abū Jaafar Muḥammad ibn Mūsā al-Khwārizmī atau juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi sahaja adalah seorang pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi dari Iran.

• Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai bapa algebra.

• Lebih dikenali sebagai Al Khawarizmi di kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.Beliau juga merupakan seorang ahli astronomi dan geografi yang terkenal pada zamannya.

• Gelaran Al Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan Laut Arab.Beliau lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizm.

• Kath kini telah lenyap akibat ditenggelami pasir.

Page 6: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Pakar Matematik

• Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.

• Persamaan kuadratik ialah satu persamaan di mana kuasa kedua tanpa kuasa lebih tinggi digunakan bagi yang tidak diketahui (x2 + 2x - 8 = 0).

• Kejayaan itu akhirnya menjadikannya pengasas Algebra. Nama Algebra diperoleh daripada bukunya yang terkenal iaitu Al-Jabrwa-al-Muqabilah.

Page 7: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Beliau turut menjelaskan dengan teliti kegunaan sifar - iaitu sistem angka yang dibangunkan oleh orang Arab.

• Pada masa yang sama, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem nombor angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab.

• Dalam usahanya memperkenalkan sistem angka India (kini dikenali angka Arab), beliau telah membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan.

• Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah.

Page 8: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sine.

• Beliau juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang mana membantunya menguasai konsep perbezaan.

• Beliau juga dilaporkan bekerjasama dalam pengukuran darjah di bawah perintah Mamun al-Rashid yang bertujuan mengukur isipadu dan lilitan bumi.

Page 9: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Sumbangan Lain-Lain• Pembangunan ilmu kaji bintang atau ilmu falak olehnya

mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi - yang mana beliau turut menulis buku mengenainya.

• Sumbangan Khawarizmi dalam ilmu geografi turut cemerlang. Beliau tidak hanya menyemak pandangan Patolemy mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.

• Al Khawarizmi merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

• Hasil kerjanya yang lain turut meliputi kerja-kerja asal berkaitan dengan jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.

• Hasil penemuannya dibukukan dan beberapa bukunya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada awal kurun ke-12.

Page 10: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Sebenarnya, bukunya mengenai kira-kira, Kitab al-Jam'a wal-Tafreeq bil Hisab al-Hindi telah hilang di benua Arab tetapi masih boleh diperoleh dalam buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin.

• Bukunya mengenai Algebra iaitu Al-Maqala fi Hisab-al Jabr wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 dan ia adalah terjemahan yang diperkenalkan dalam dunia sains baru kepada Barat.

• Hasil kerjanya dalam ilmu falak turut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina.

• Buku geografinya, Kitab Surat-al-Ard bersama-sama peta lakarannya juga telah diterjemahkan. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj Tarikh al-Yahud.

Page 11: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Beliau juga menulis Kitab al-Tarikh dan buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat.

• Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang.Pengaruh Khawarizmi dalam perkembangan ilmu sains khususnya matematik, astronomi dan geografi kini menjadi lakaran sejarah.

• Buku-bukunya turut menjadi buku teks di beberapa universiti sehingga kurun ke-16.

Page 12: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

al-Jahiz (776M - 868M)(Ahli Zoologi Islam Pertama)• Penulis buku The Book of Animals• Al-Jahiz telah menulis lebih 200 naskhah buku tetapi hanya 30

naskhah dapat diselamatkan. Hasil kerjanya meliputi bidang zoologi, tata bahasa Arab, puisi, retorika dan kamus.

• Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor.

• Dalam beberapa muka surat buku itu, beliau turut menggambarkan konsep sains yang biasanya berlainan dengan konsep yang dinyatakan oleh Charles Darwin.

• Sebanyak 87 lembaran daripada buku Book of Animals (kira-kira satu pertiga daripada teks asal yang ditulis oleh al-Jahiz) kini dipelihara dan disimpan di Perpustakaan Ambrosiana Library di Milan, Itali.

Page 13: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

al- Kindi (801M -873M )

• Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi (al-Khindi).

• al-Kindi dilahirkan di Kuffa, pusat pengajian dunia. Bapanya adalah gabenor Kuffa. al-Kindi merupakan keturunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen.

• Pendidikan al-Kindi bermula di Kuffa, kemudiannya di Basrah, dan akhirnya di Baghdad.

• Khalifah al-Ma'mun melantiknya di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad, yang merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani.

• (Beliau juga terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik, dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al-Mutawakkil).

Page 14: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Ketika pemerintahan al-Mutawakkil, peluang al-Kindi' semakin nipis berkhidmat di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad. Terdapat pelbagai teori-teori mengenai ini : sesetengah orang mengatakan kejatuhan al-Kindi akibat persaingan di Rumah Kebijaksanaan, yang lain pula merujuk kepada penyeksaan yang ganas oleh al-Mutawakkil terhadap orang Islam yang tidak ortodoks (serta bagi bukan muslim).

Cth : al-Kindi pernah di pukul dan perpustakaannya disita buat sementara.

• Beliau meninggal dalam semasa pemerintahan al- M’utamid pada tahun 873.

Page 15: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Sumbangan lain al-Kindi • al-Kindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang

berbeza.

• Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik.

• Beliau adalah dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun; sesungguhnya, beliau sering dirujuk hanyalah sebagai "ahli falsafah Arab".

• Satu dari matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian antara falsafah dan teologi alam di sebelah dan teologi spekulatif dan diwahyukan di tangan yang lain (bagaimanapun sebenarnya beliau menolak teologi spekulatif). Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya.

• Sebagai seorang doktor, al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu.

Page 16: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Beliau juga adalah seorang penentang alkimia; beliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum.

• Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. al-Kindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arab. Antara sumbangan besar Al-Khindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor.

• al-Kindi menulis sekurang-kurangnya 250 buah buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (32 buku), astronomi (16 buku), aritmetik (11 buku) falsafah dan perubatan (22 buku setiap satu), logik (9 buku), fizik (12 buku), psikologi ( 5 buku) dan muzik (tujuh buku). Selain itu al-Khindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu-batan, batu-batu berharga dan sebagainya.

Page 17: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Pengaruhnya dalam bidang fizik, matematik, ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama beberapa abad. al-Khindi juga aktif dalam bidang terjemahan. Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkan hasil karya dalam bidang Yunani ke dalam bahasa Arab.

• Kebanyakan daripada buku-bukunya, malangnya, telah hilang, bagaimanapun beberapa yang terselamat dalam bentuk terjemahan Latin oleh Gherard Cremona, dan yang lain telah ditemui dalam manuskrip Arab .

• Yang lebih penting lagi, dua puluh empat hasil kerja beliau yang hilang telah dijumpai kembali pada pertengahan abad ke dua puluh. Sebagai contoh, misalnya, satu teks yang baru ditemui Manuskrip berkenaan Nyah Diskrip Perutusan yang Diskrip, satu wacana dalam kriptologi, merangkumi kaedah pemecahan tulisan rahsia, encipherments, pemecahan tulisan rahsia bagi encipherments tertentu, dan analisis statistik dan penganalisisan statistik mengenai surat-surat dan penggabungan surat dalam Tulisan Arab.

Page 18: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

al-Battani (850M-929M)

(Pakar Matematik)

• Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.

• Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.

• Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual trigonometri.

Page 19: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

al-Razi (865M -925M)• Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi (al-Razi) atau

dikenali sebagai Rhazes di dunia barat.

• al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 (251 Hijrah) dan meninggal di Rayy 925 (313 H).

• al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah. Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan.

Page 20: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam Dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah.

• Razi adalah seorang yang berfikiran rational sepenuhnya, amat yakin dengan kuasa logik (power of reason); dia dianggap oleh rakan semasa dan penulis bioliografi sebagai bebas dan bebas dari sebarang prajudis, amat cekal dan berani mengutarakan pendapatnya tanpa teragak-agak. Dia percaya kepada kemajuan manusia dan "Tuhan Maha Bijaksana".

Page 21: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Dia mengembara di kebanyakan tempat dan memberikan khidmatnya kepada beberapa putera dan pemerintah terutamanya di Baghdad di mana dia mendirikan makmalnya. Sebagai guru dalam Perubatan dia menarik minat ramai pelajar dalam pelbagai bidang, baik, jujur, dan tegas bagi berkhidmat kepada pesakitnya, tidak kira kaya ataupun miskin.

• Institute Razi hari ini di Tehran, Iran dinamakan sempena namanya dan 'Hari Razi' (Hari Farmasi) disambut di Iran pada 27 Ogos setiap tahun.

Page 22: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Al-Razi merupakan seorang yang pemurah, dengan sifat perikemanusiaan terhadap pesakitnya, dan murah hati terhadap golongan miskin, Dia sering kali memberikan mereka rawatan penuh tanpa mengenakan sebarang bayaran, ataupun sebarang bentuk bayaran lain. Apabila dia tidak bersama pelajar atau pesakitnya, dia sentiasa menulis atau belajar.

• Beliau menjadi buta pada kedua belah matanya. Menurut al-Biruni, dia enggan dirawat dan mengistiharkan bahawa ianya tidak berguna kerana waktu matinya telah dekat.

Page 23: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Sumbangan al-Razi

• Pakar perubatan Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi. Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang daging menjadi busuk paling lambat. Konsep kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh pakar perubatan Islam masa itu.

• Al-razi menulis tidak kurang daripada seratus buku perubatan. Dia turut mengarang 33 penulisan (treatises) berkenaan sains semulajadi (tidak termasuk alkhemi),ilmu hisab dan astronomi.

Page 24: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Ini adalah buku yang ditulis oleh al-Razi berkenaan kimia (alchemy), kebanyakannya dalam bahasa Parsi:

Modkhele Taalimi / Elaleh Ma'aaden / Isbaate Sanaa'at / Ketabeh Sang

Ketabe Tadbir / Ketabe Aksir / Ketabe Sharafe Sanaa'at / Ketabe Tartib, Ketabe Rahat, Buku Mudah / Ketabe Tadabir / Ketabe Shavahed / Ketabe Azmayeshe Zar va Sim (Ujian pada Emas) /Ketabe Serre Hakimaan / Ketabe Serr (Buku berkenaan Rahsia) /Ketabe Serre Serr (Rahsia pada rahsia) / Buku pertama berkenaan Ujikaji / Buku kedua berkenaan Ujikaji / Resaale'ei Be Faan / Arezooyeh Arezookhah / Surat kepada wazir Ghasem bin Abdullah / Ketabe Tabvib

Page 25: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Al-Khazin (900M-971M)(Pakar Matematik dan Astronomi

• Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya daripada ahli Matematik, al-Khujandi.

• Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain.

• Al-Khazin mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi.

• Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua.

Page 26: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Ibnu Miskawayh (932M-1030M)

• Abu 'Ali Ahmad ibn Muhammad ibn Ya'qub Ibn Miskawayh adalah seorang tokoh falsafah, ahli sains, penyair dan sejarawan Parsi yang berasal dari Ray, Iran. Beliau merupakan ahli politik yang sangat aktif pada era zaman Buwayhid.

• Miskawayh sebenarnya merupakan seorang masyarakat Parsi dan beragama Parsi dan akhirnya memeluk Islam (meskipun beliau dipercayai pengamal patronymics); beliau cukup fasih dalam berbahasa Parsi Tengah untuk menterjemahkan beberapa teks-teks pra-Islam ke dalam bahasa Arab. Beliau bekerja sebagai setiausaha dan perpustakawan untuk Adud al-Dawlah, sehinggakan hasil kerja beliau sangat dikagumi.

Page 27: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Beliau juga merupakan ahli falsafah Islam yang amat mengambil berat berkaitan dengan isu etika. Beliau juga merupakan penulis utama dalam kerja-kerja Islam yang berkaitan dengan etika-etika falsafah, dengan terbitan buku yang berjudul Tadhib al-akhlaq (Penerangan Etika), yang khusus memberi fokus terhadap praktikal etika, konduk dan penyempurnaan watak. Beliau turut memisahkan etika peribadi daripada ranah awam, dan menjernihkan sifat membebaskan alasan dengan penipuan dan hasutan alam.

• Miskawayh dianggap sebagai sejarahwan yang berada di puncak kegemilangan Islam oleh orientalis Barat seperti D. S. Margliouth. Dalam buku beliau Tarajib al-umam (Experiences of Nations), Ibn Miskawayh merupakan antara sejarahwan Muslim pertama yang menulis peristiwa-peristiwa yang dilihat sendiri oleh beliau (beliau hadir dalam acara tersebut, dan bukannya mendengar cerita-cerita dari orang istana atau sebagainya). Sebagai birokrat Buwayhid, beliau bekerja di bawah wazir al-Muhallabi dan dengan itu mendapat keistimewaan di mana beliau boleh mendapat berita langsung berkaitan hal-hal yang berlaku dalam istana.

Page 28: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Ibn Miskawayh adalah antara orang yang pertama yang menjelaskan ide evolusi. Muhammad Hamidullah menerangkan ide yang boleh dijumpai dalam buku al-Fawz al-Asghar seperti berikut:

• "[Buku ini] menyatakan bahawa Tuhan menciptakan jirim dan menyalurkan jirim ini dengan tenaga agar ia boleh berkembang. Jirim kemudiannya menjadi wap, yang akan menjadi air selepas tempoh tertentu.

• Langkah seterusnya adalah perkembangan hidup bahan galian. Pelbagai jenis batuan berkembang dan bentuk tertinggi yang boleh dicapai oleh galian mineral adalah mirjan (batu karang). Hal ini demikian kerana karang mempunyai dahan-dahan seperti pokok. Selepas itu, jirim tadi akan berevolusi pula ke alam tumbuhan. Evolusi ini akan berterusan sehingga akhirnya menjadi pokok yang mempunyai ciri-ciri haiwan. Inilah pokok kurma.

Page 29: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Manuskrip al-Fawz al-Asghar dalam bahasa Arab boleh didapati di Eropah sejak abad ke-19. Hasil kerja Ibn Miskawayh ini dipercayai telah dikaji oleh Darwin, dan sedikit sebanyak mempengaruhi cara Darwin, yang tahu berbahasa Arab, berfikir dan dalam menulis buku-buku beliau yang lain

Page 30: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

al-Zahrawi (936 M – 1013M)• Abu al-Qasim Al-Zahrawi yang hidup antara tahun 936 hingga

1013 Masehi adalah seorang lagi saintis Islam terhebat yang banyak meletakkan asas dalam bidang perubatan.

• Sungguh menakjubkan, kepakaran Al-Zahrawi bukan sekadar terhad dalam satu bidang sahaja iaitu surgeri yang menjadi keistimewaannya, tetapi juga dalam beberapa bidang lain.

• Antaranya ialah pergigian, penciptaan alat-alat pembedahan tertentu, pakar telinga, tekak dan kerongkong (ENT) dan juga mencipta ubatan-ubatan .

• Sebagai seorang pakar bedah yang terkenal ketika zamannya, beliau telah dilantik menjadi doktor peribadi kepada raja Sepanyol ketika itu iaitu King Al-Hakam II.

Page 31: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Beliau yang dilahirkan pada tahun 936 dikenali kerana penemuan hebatnya dalam bidang perubatan terutamanya dalam bidang surgeri.

• Seperkara lagi yang menyebabkan beliau terkenal ialah kerana ensiklopedia perubatan beliau yang di kenali Al-Tasrif.

• Ensiklopedia ini mengandungi 30 volum pelbagai aspek sains perubatan.

• Bagaimanapun daripada ensiklopedia ini, aspek yang paling penting sekali yang terkandung di dalamnya ialah siri tiga buah buku mengenai surgeri.

Page 32: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Buku mengenai surgeri ini menerangkan secara terperinci mengenai pelbagai aspek rawatan melibatkan rawatan pembedahan berdasarkan pembedahan-pembedahan sebenar yang pernah dilakukannya sendiri.

• Antaranya termasuklah pengkauteran/lecuhan (cauterization), mengeluarkan batu karang daripada buah pinggang, perbidanan, pembedahan ke atas binatang dan juga pembedahan mata, telinga dan kerongkong.

• Secara tepat, beliau juga telah berjaya melakukan pembedahan-pembedahan rumit termasuklah mengeluarkan fetus yang tidak bernyawa daripada kandungan dan juga amputasi (mengudungkan).

Page 33: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Ensiklopedia Al-Tasrif ini diterjemahkan pertama kalinya ke bahasa Latin oleh Gherard dan kemudiannya diikuti oleh beberapa orang editor lain di Eropah.

• Buku ini mempunyai beberapa diagram dan ilustrasi alat-alat pembedahan yang digunakan pada zaman itu dan juga yang dibangunkan oleh beliau sendiri.

• Lebih membanggakan lagi, ilmu yang dicurahkan oleh beliau telah menjadi sebahagian daripada kurikulum perubatan di negara-negara Eropah sejak berkurun-kurun lamanya.

• Penemuan dan juga hasil kerja Al-Zahrawi melalui ensiklopedianya Al-Tasrif ini menunjukkan bahawa kepercayaan dunia Islam ketandusan pakar dalam bidang surgeri salah sama sekali.

Page 34: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Malah Al-Zahrawi juga sebenarnya adalah orang yang bertanggungjawab merekacipta alat-alat pembedahan.

Tiga alat yang terkenal ciptaannya ialah:

1. alat pemeriksaan luar telinga

2. alat pemeriksaan luar theurethra

3. alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong.

• Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar mengubati penyakit menggunakan kaedah lecuhan. Teknik ini digunakan di lebih 50 pembedahan yang dilakukannya.

• Tidak sekadar aspek pembedahan, dalam bukunya Al-Tasrif, Al-Zahrawi juga membincangkan mengenai penyediaan pelbagai jenis perubatan selain penerangan komprehensif mengenai rawatan pembedahan yang mengkhusus dalam bidang-bidang ENT, Oftalmologi dan sebahagiannya.

Page 35: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Beliau juga menerangkan secara terperinci aplikasi beberapa teknik seperti pejalwapan dan juga penyiringan (decantation).

• Selain itu, Al-Zahrawi juga sebenarnya pakar dalam bidang pergigian dan dalam bukunya terkandung lakaran pelbagai alat yang digunakan dalam bidang pergigian.

• Beliau juga menerangkan pelbagai bentuk pembedahan penting dalam bidang pergigian.

• Malah beliau juga membangunkan teknik untuk menyediakan gigi palsu.

• Dalam bidang perubatan beliau adalah orang pertama yang menerangkan secara terperinci mengenai penyakit pelik - hemofilia.

Page 36: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Melihat sumbangan-sumbangan Al-Zahrawi, tidak dapat disangkal lagi, pengaruh beliau dalam bidang perubatan dan juga pembedahan telah meletakkan asas utama dalam bidang sains perubatan terutamanya bidang surgeri serta mempengaruhi bidang perubatan secara keseluruhan.

• Malah menurut penulis Sejarah Perubatan Arab - Dr. Cambell, asas-asas yang diletakkan oleh Al-Zahrawi dalam bidang perubatan ini sebenarnya melebih apa yang disumbangkan oleh saintis perubatan terkenal Galen dalam kurikulum perubatan Eropah.

Page 37: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

al-Biruni (973M-1048M)

• Abu Raihan Al-Biruni dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi.

• Beliau merupakan seorang ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia. Karya agungnya ialah Rasa'll al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Kejayaannya yang terpenting ialah menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat ketumpatan.

Page 38: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.

Page 39: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

PencapaianSebahagian pencapaiannya termasuk:

• Ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksima matahari.

• Ketika berusia 22, dia menulis beberapa hasil kerja ringkas, termasuk kajian unjuran pemetaan (map projections), "kartografi", yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran hemisfera pada satah matematik (plane (mathematics))

• Ketika berusia 27, dia telah menulis buku bertajuk "Kronologi" yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau (sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe, satu berkenaan sistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi, dan dua berkenaan sejarah.

• Beliau membuat pengiraan jejari bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang di Barat pada abad ke-16).

• Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120 buah kitab.

Page 41: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Hasil kerjanya yang bukan matematik termasuk:

• Kajian kritis mengenai apa yang telah dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran atau tidak. Sari pati agama dan falsafah India.

• Tanda-tanda tinggal abad-abad yang lalu, kajian perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan sejarah.

• Daftar karya Mas'udi sebuah buku mengenai Astronomi, Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena nama Mas'ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni.

• Memahami Astrologi. Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi, dalam bahasa Arab dan Persia.

• Farmasi: mengenai drug dan ubat.

• Permata mengenai geologi, mineral dan permata, yang didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas'ud.

• Astrolabe.

• Buku sejarah ringkas.

• Sejarah Mahmud dari Ghazni serta ayahandanya

• Sejarah Khawarazm

Page 42: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Ibnu Sina (980M – 1037M)

• Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran.

• Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

• Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

• Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Page 43: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Sumbangan Ibnu Sina • Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam.

Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

• Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Page 44: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Page 45: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

aL-Ghazali (1058M – 1111M)• Abū Ĥāmid al-Ghazālī, yang dikenali sebagai Algazel di

Dunia Barat, adalah salah seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggapi sebagai al-mujaddid untuk kurunnya.

• Nama penuhnya Muĥammad ibn Muĥammad ibn Muĥammad ibn Aĥmad, dan nama gelaran nisbahnya al-Ghazālī.Di antara nama-nama gelaran lain yang telah diberikan kepadanya ialah Ĥujjatul-Islām, Sirāj al-Mujtahidīn dan Zain al-'Ābidīn.

• Beliau dilahirkan di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang terletak pada hari ini di bahagian timur laut negara Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, ibu kota wilayah Khorasan.

Page 46: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Keluarga Abū Ĥāmid al-Ghazālī kuat beragama. Ayahnya bekerja menenun kain dari bulu biri-biri. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazālah ke kota Ţūs untuk dijual di sana. Walaupun si ayah adalah seorang lelaki yang miskin, dia juga merupakan seorang yang jujur dan baik hati. Dia suka bergaul dengan al-'ulamā' dan juga para sufi sambil memetik ilmu-ilmu agama, serta berbakti dan berkhidmat kepada mereka. Kerana selalu mendampingi orang-orang yang berilmu dan sering pula mendengar huraian-huraian daripada mereka, si ayah telah merasa kesan positifnya, lalu berdoa agar dia dikurniakan seorang anak yang cerdik, berilmu dan juga şāliĥ. Doanya itu telah diperkenankan

Page 47: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī telah belajar ilmu fiqh daripada seorang 'ālim yang bernama asy-Syaikh Aĥmad ibn Muĥammad ar-Rādhakānī. Dia juga telah mempelajari ilmu nahu dan ilmu hisab, serta telah berjaya menghafal isi al-Quran. Dia lebih menggemari ilmu-ilmu yang zahir seperti ilmu fiqh, sedangkan adiknya yang bernama Aĥmad itu, sejak masa mudanya lagi sudah mula cenderung kepada ilmu tasawuf.

• Al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī adalah seorang penuntut yang pintar dan disayangi pula oleh Imām al-Ĥaramain. Pernah gurunya ini memuji al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī dengan mengatakan bahawa al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī adalah umpama lautan yang tidak bertepi. Ini menandakan betapa dalam dan luasnya ilmu yang dimiliki oleh al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī. Malah telah dikatakan juga oleh beberapa orang pengkaji bahawa al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī memiliki darjah kecerdasan yang sangat tinggi, di paras genius.

Page 48: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Setelah tamat belajar di Jurjān, al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī pun pulang ke Ţūs pada tahun 470 Hijrah. Dia telah mengikat nota-nota pelajarannya itu di dalam sebuah bungkusan dan kemudian telah bertolak bersama sebuah kafilah. Di tengah-tengah perjalanan, kafilah itu telah ditahan oleh sekumpulan penyamun yang telah merampas harta setiap anggota kafilah itu.

• Ketika sampai giliran al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī pula, setiap barang kepunyaannya telah digeledah dan dirampas oleh kumpulan penyamun itu. Ketika penyamun-penyamun itu menyentuh bungkusan nota-notanya, al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī telah berkata, "Ambillah semua yang engkau mahu, tetapi jangan engkau ambil bungkusan ini."

• Penyamun-penyamun itu pula telah menyangka yang bungkusan itu mungkin mengandungi harta-harta yang amat berharga. Mereka pun membuka bungkusan itu. Tetapi mereka hanya menjumpai beberapa helai kertas yang sudah bertulis. Mereka pun bertanya, "Apa ini?“

• Al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī telah menjawab, "Ini adalah hasil titik peluhku. Kerananya, aku telah meninggalkan kampung halamanku agar aku dapat mendengar, menulis dan memperolehi ilmunya.“

• Seorang anggota kumpulan penyamun itu telah ketawa dan telah berkata, "Bagaimanakah engkau boleh mendakwa yang engkau telah memperolehi ilmunya? Andaikata kami rampas bungkusan ini, engkau akan kehilangan ilmunya. Ilmu yang tersimpan di dalam beberapa helai kertas bukanlah ilmu yang sebenar!“

• Bungkusan nota-nota itu pun dikembalikan kepada al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī. Kata-kata daripada si penyamun itu telah menyebabkan al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī tersedar dan mengubah cara dia berfikir.

Page 49: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī juga telah berkata, "Sebaik-baik nasihat dan teguran yang telah menyebabkan aku mengubah cara aku berfikir, telah datang daripada seorang penyamun jalanan!"

Page 50: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Kata-kata al-Ghazali dari Kitab al-Munqidh ad-Dalal

"Sejak aku masih muda lagi, yakni belum pun aku mencapai umur dua puluh tahun sehingga sekarang, dan kini umurku telah melebihi lima puluh tahun, aku telah terjun ke dasar laut (yakni ilmu) yang dalam ini. Tiada aku hiraukan segala kesulitan dan telah aku kumpulkan seluruh keberanianku. Setiap jurang aku masuki sehingga aku sampai ke dasarnya. Setiap kemusykilan aku bongkar sehingga aku temui jawapannya yang jelas. Aku selidiki setiap kepercayaan dari setiap golongan. Aku korek hingga sampai ke dasar rahsia tersembunyinya. Ini semua telah aku lakukan agar aku dapat membezakan di antara yang benar dengan yang palsu, yang sunnah dengan yang bidaah. Ketika aku bertemu dengan golongan batiniah, aku telah memeriksa dengan penuh teliti segala isi ajaran mereka. Ketika aku bertemu dengan kaum zahiriah pula, aku telah menyelidiki segala isi kandungan dan selok-belok ajaran mereka. Demikianlah halnya aku teruskan dengan setiap golongan.

Ketika aku bertemu dengan ahli-ahli falsafah, aku telah bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mendalami cara pemikiran falsafah mereka. Ketika aku bertemu dengan ahli-ahli ilmu kalam, aku telah bergaul dengan mereka sehingga aku dapat mengikuti dan menyelidiki pokok-pokok pegangan hujah-hujah mereka. Begitu juga apabila aku berdamping dengan para sufi, aku telah berusaha sehingga aku dapat mengetahui rahsia-rahsia kesufian. Ketika aku bergaul dengan ahli-ahli ibadat, aku telah mengkaji kesan-kesan amal ibadat mereka itu. Dan tiadalah aku temui kaum zindiq dan kaum engkar melainkan aku telah menyelidiki sebab-sebab dan latar belakang yang telah menjadikan mereka berpegangan demikian”.

Page 51: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Perubahan fikiran dan ledakan jiwa ini adalah berpunca dari satu kesedaran bahawa selama ini, segala kejayaan yang telah dicapainya, seperti memegang jawatan pengetua di al-Madrasah an-Niżāmiyyah di kota Baghdād itu, bukanlah telah dilakukannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah Ta'ala, tetapi telah juga dicampuri dengan sebab-sebab duniawi.

Telah bercerita al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī di dalam kitabnya yang bernama al-Munqidh Min ađ-Đalāl:

“Telah menjadi nyatalah kepadaku bahawa aku tidak akan mencapai kebahagian akhirat, melainkan dengan bertaqwa, dan juga mengekang kehendak nafsu. Dan yang utama sekali ialah memotong tali ikatan hati kepada dunia, dengan meninggalkan negeri yang penuh tipu daya ini, dan kembali ke negeri yang kekal abadi. Dan mengadap kepada Allah Ta‘ala dengan sepenuh hati. Dan ini tidak akan tercapai, melainkan dengan membuangkan dahulu segala kemegahan dan kekayaan, serta menjauhkan diri dari segala kesibukan dan tuntutan dunia (al-'alā'iq).

Page 52: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Kemudian aku telah memeriksa keadaan diriku sendiri. Maka aku dapati rupa-rupanya aku telah terperangkap di dalam jaring pada setiap arah. Dan apabila aku periksa pula pekerjaanku di dalam memberi kuliah dan ceramah, rupa-rupanya aku telah berkecimpung di dalam ilmu-ilmu yang tidak penting, dan tidak bermanfaat di jalan akhirat. Setelah itu, aku berfikir pula tentang niatku di dalam memberi kuliah. Nyatalah, aku tidak ikhlas kerana wajah Allah Ta'ala. Malah, pembangkit dan pendorongku yang sebenar ialah mencari kemegahan dan kemasyhuran yang luas. Maka, aku pun yakin yang aku sedang berada di pinggir satu jurang yang merbahaya. Dan aku akan segera terjunam ke dalam api neraka, melainkan aku perbaiki keadaan diriku terlebih dahulu”.

Page 53: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī kemudian telah mewaqafkan segala harta benda kepunyaannya, selain daripada sebahagian yang telah diketepikan untuk nafkah menyara hidup keluarganya, dan juga untuk dibuat bekal perjalanannya itu. Dan untuk mengelakkan daripada terjadi sebarang syak wasangka atau kekecohan, al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī hanya mengumumkan yang dia akan berangkat ke Makkah al-Mukarramah untuk menunaikan ibadat haji.

• Setelah meninggalkan Baghdād, al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī pun menuju ke Syria dan telah menetap di kota Damaskus selama dua tahun. Dia juga telah banyak menghabiskan masanya duduk beriktikaf di Masjid Jamik al-Umawī di kota Damaskus. Ada kalanya dia akan naik ke menara masjid itu, dan selepas menguncikan pintunya, akan duduk berseorangan diri di sebuah sudut sepanjang hari. Dan pada hari ini pula, sudut itu telah diberikan nama panggilan Sudut al-Ghazāliyyah, untuk memperingati tempat di mana al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī pernah duduk beriktikaf di kala itu.

Page 54: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Sumbangan al-Ghazali• Kitab-kitab yang telah ditulis oleh beliau adalah amat banyak

sekali dan telah dianggarkan melebihi 200 buah. Namun, yang masih kekal hingga ke hari ini hanyalah lebih kurang 50 buah sahaja.

• Kebanyakan daripada kitab-kitab ini telah ditulis di dalam bahasa Arab, dan ada juga yang telah ditulis di dalam bahasa Parsi. Di antara kitab-kitab al-Imām Abū Ĥāmid al-Ghazālī yang lebih terkenal di negara Malaysia ialah:

• ar-Risālah al-Ladunniyyah;• al-Munqidh Min ađ-Đalāl;• Bidāyah al-Hidāyah;• Minhāj al-‘Ābidīn;• Mīzān al-'Amal;• Kīmiyā' as-Sa'ādah;• Misykāh al-Anwār; dan• Iĥyā' 'Ulūmiddīn.

Page 55: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Ibnu Rushd (1126M- 1198M)• Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad (Ibnu Rushd) adalah ahli

falsafah, perubatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains.

• Dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme.

• Ibnu Rushd lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Cordova (sekarang Sepanyol). Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya.

Page 56: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia.

• Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

• Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rushd juga mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Cordova.

Selepas beberapa waktu menjadi hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn Tufail. Ramai yang berasa cemburu dan dengki dengan kedudukan Ibnu Rusyd. Kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid, beliau dibuang ke daerah Alaisano.

Page 57: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Setelah selesai menjalani tempoh pembuangannya, beliau pulang semula Cordova. Kehadirannya di Cordova bukan sahaja tidak diterima, tetapi beliau telah disisihkan oleh orang ramai serta menerima pelbagai penghinaan daripada masyarakatnya.

• Pada lewat penghujung usianya, kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila Khalifah Al-Mansor Al-Muwahhidi menyedari kesilapan yang dilakukannya. Namun, segala kurniaan dan penghormatan yang diberikan kepadanya tidak sempat dikecapi kerana beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1198.

• Kematiannya merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu.

Page 58: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Sumbangan

Falsafah Dan Ilmu Logik

Ibnu Rushd terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai barat. Melalui terjemahan dari bahasa latin oleh Ibnu Rushd pada awal abad ke-12, pengetahuan yang ditinggalkan oleh Aristotel mula diketahui ramai di barat.

• Hujah Ibnu Rushd dalam The Decisive Treatise menjustifikasi pembebasan sains dan falsafah dari aliran rasmi mazhab Ash'ari. Ini menyebabkan sebahagian sarjana menganggap Ibnu Rushd sebagai bapa kepada fahaman sekularisme di Eropah barat.

• Ibnu Rushd menterjemah dan memberi komen hasil kerja Aristotle selama hampir tiga dekad. Beliau banyak mempengaruhi falsafah dunia Islam. Dalam hasil kerjanya Fasl al-Maqal (The Decisive Treatise), beliau menekankan pentingkan berfikir secara analitikal untuk menterjemah Quran dan ini bertentangan dengan pandangan konservatif ulama' Islam di mana penekanan pentafsiran Quran diletakkan kepada sumber seperti hadith.

Page 59: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Pembicaraan falsafah Ibnu Rushd banyak tertumpu pada persoalan yang berkaitan dengan metafizik, terutamanya ketuhanan. Beliau telah mengemukakan idea yang bernas lagi jelas, dan melakukan pembaharuan semasa membuat huraianya mengenai perkara tersebut.

• Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya, terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat. Dua orang ahli falsafah Eropah, iaitu Voltaire dan Rousseau dikatakan bukan sekadar terpengaruh oleh falsafah Ibnu Rusyd, tetapi memperolehi ilham daripada pembacaan karyanya.

• Pemikiran Voltaire dan Rousseau telah mencetuskan era Renaissance di Perancis sehingga merobah wajah Eropah keseluruhannya sebagaimana yang ada pada hari ini. Masyarakat Barat sebenarnya terhutang budi kepada Ibnu Rusyd kerana pemikirannya, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, telah mencetuskan revolusi di benua Eropah.

Page 60: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Perubatan

Karya besar lain yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rushd adalah "Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum. Buku "Kulliyah fit-Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang Yahudi dari Padua. Buku itu kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine.

Hospital Les Quinze-Vingt yang juga merupakan hopital pertama di Paris didirikan oleh Raja Louis IX berdasarkan model hospital Sultan Nuruddin di Damsyik yang kaedah perubatannya merupakan hasil daripada idea dan pemikiran Ibnu Rushd.

Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia. Ibnu Rushd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.

Page 61: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Kemasyarakatan

• Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Ibnu Rushd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.

• Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian, seperti Karl Max dan mereka yang sealiran dengannya.

Page 62: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Sarjana Serba Boleh• Karya-karya lain Ibnu Rushd Mabadil termasuk Pengantar Ilmu

Falsafah, Tafsir Urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.

• Beliau juga telah menulis sebuah buku muzik yang diberi judul "De Anima Aristoteles" (Commentary on the Aristotle's De Animo). Hasil karyanya ini membuktikan betapa Ibnu Rushd begitu terpengaruH dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani, Aristotle.

• Apabila melihat keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, maka tidak syak lagi beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

Page 63: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Ibnu al-Nafis (1213M-1288M)• Ala-al-din Abu Al-Hassan Ali ibn Abi-Hazm al-Qarshi al-

Dimashqi juga dikenali sebagai Ibn al-Nafis merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1213 - 1288 M. Dia merupakan orang pertama yang menggambarkan peredaran darah dalam tubuh manusia (pada 1242) dengan tepat. Lukisan kontemporari proses ini masih lagi wujud. Khususnya, dia merupakan orang pertama yang diketahui telah mendokumentasikan aliran paru-paru. Namun karyanya tidak ditemui sehinggalah pada 1924 di Berlin.

• Beliau dilahirkan pada tahun 1213 M di Damsyik, dan menghadiri hospital-univerisiti (Bimaristan Al-Noori) di Damsyik. Selain daripada perubatan, Ibn al-Nafis memperlajari ilmu perundangan, kesusasteraan dan teologi. Beliau menjadi pakar fiqah mazhab Shafii dan seorang ahli perubatan.

Page 64: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Al-Nafis berpindah ke Mesir dalam tahun 1236 dan bertugas di Hospital Al-Nassri, dan kemudiannya di Hospital Al-Mansouri di mana beliau menjadi ketua pakar perubatan dan doktor peribadi Sultan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1288 dan mewaqafkan rumah, perpustakaan dan kliniknya kepada hospital Mansuriyya.

Page 65: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Penulisan• Halaman hadapan satu daripada karya Ibn al-Nafis.

Berkemungkinan ini sebuah salinan diperbuat di India dalam abad ke-17 atau ke-18.

• Kitab terbesar Ibn al-Nafis ialah yang berjudul Al-Shamil fi al-Tibb, yang dirancangkan sebagai satu ensiklopedia yang memuatkan 300 jilid tetapi tidak dapat diselesaikan oleh sebab kematian beliau. Manuskrip terdapat di Damsyik.

• Bukunya tentang oftalmologi merupakan sumbangan kerja asal. Bukunya yang paling termasyhur ialah Ringkasan Undang-undang (Mujaz al-Qanun). Sebuah buku yang masyhur, yang memerikan sumbangan aslinya ialah buku berkaitan kesan pemakanan terhadap kesihatan, berjudul Kitab al-Mukhtar fi al-Aghdhiya.

• Karyanya Al-Risalah al-Kamiliyyah fil Siera al-Nabawiyyah, yang diterjemahkan di Barat di bawah judul Theologus Autodidactus, dianggap sebagai karya yang pertama yang menjadi novel teologi dan juga novel yang pertama berbentuk cereka sains.

Page 66: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Penemuan Sistem Saluran Perdarahan Paru-paru

Berlandaskan pengetahuan anatominya, al-Nafis menyatakan:

“Darah dari ruang kanan mesti sampai di ruang kiri tetapi tidak ada laluan langsung di antara kedua-duanya. Septum tebal di antara ruang-ruang tersebut tidak ditembusi dan tidak ada liang yang boleh dilihat seperti difikirkan beberpa pihak atau liang yang tidak boleh dilihat seperti difikirkan Galen. Darah dari ruang kanan mesti mengalir melalui vena arteriosa (arteri pulmonari) kepada paru-paru, merata ke dalam isinya, bercampur dengan udara, bergerak melalui arteria venosa (vena pulmonari) untuk sampai di ruang kiri jantung dan di sana mencipta semangat..."

Page 67: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Di tempat lain beliau berkata:

"Jantung memiliki hanya dua ventrikel ... dan di antara kedua-duanya tidak terdapat apa jua lubang. Juga, diseksi mendedahkan kepalsuan apa yang dikatakan mereka, kerana septum di antara kedua-dua ventrikel lebih tebal di bahagian ini berbanding bahagian lain. Kemanfaatan darah ini (yakni yang terdapat di dalam ruang kanan), ialah untuk bergerak ke paru-paru, bercampur dengan udara yang terdapat di dalam paru-paru, kemudian bergerak melalui arteria venosa ke bahagian kiri ruang-ruang jantung dan daripada campuran itulah tercipta nyawa”.

Page 68: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Ibnu Taymiyyah (1263M – 1328M)

• Taqi ad-Din Ahmad ibn Taymiyyah (nama penuh Taqī ad-Dīn Abu 'l Abbās Ahmad ibn 'Abd al-Halīm ibn 'Abd as-Salām Ibn Taymiya al-Harrānī adalah seorang sarjana Sunni yang lahir (22 Januari 1263 – 1328) di Harran, Turki.

• Beliau hidup semasa zaman kekacauan yang menyaksikan pencerobohan Mongol.

• Sebagai seorang yang bermazhab Hanbali, beliau mahu melihat masyarakat Islam kembali kepada sumber al-Quran dan as-Sunnah.

• Apabila tentera Mongol menceroboh, keluarga Ibnu Taimiyah berpindah ke Damsyik pada tahun 1258 yang pada masa itu diperintah oleh kerajaan Mamluk yang berpusat di Mesir. Di Damsyik, bapanya menyampaikan kuliah agama di Masjid Umayyad dan Ibnu Taimiyyah mengikut jejak bapanya dengan belajar dari sarjana Islam terulung pada masa itu, di antaranya ilmu hadith dari Zaynab binti Makki.

Page 69: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Ibnu Taimiyah adalah seorang pelajar yang rajin dan membiasakan diri beliau dengan ilmu agama dan sains pada zaman itu. Beliau juga memberi tumpuan khusus kepada sastera Arab dan berjaya menguasai nahu dan tatabahasa Arab serta matematik dan kaligrafi. Beliau mempelajari fiqah dari bapanya dan menguasai ilmu tentang al-Quran dan Hadith. Beliau juga belajar mengenai ilmu kalam, falsafah, dan sufisme yang kemudiannya dikritik hebat oleh beliau.

• Keberanian beliau terserlah ketika beliau bersama delegasi ulama mengadap Qazaan, seorang Khan Tartar, untuk memintanya menghentikan serangan ke atas orang Islam. Tiada seorang pun ulama yang berani berkata-kata kecuali Ibnu Taimiyah yang berkata: "Kamu mendakwa kamu seorang Islam dan kamu mempunyai Mu'adhdhin, Mufti, Imam dan Sheikh tetapi kamu menceroboh kami dan datang ke negeri kami untuk apa? Walaupun bapa dan datuk kamu, Hulagu seorang kafir, mereka tidak menyerang dan mematuhi janji mereka. Kamu pula berjanji tetapi ingkar."

Page 70: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Kerana Ibnu Taimiya seorang yang berani dan mempunyai pendirian yang teguh, beliau telah dipenjarakan beberapa kali kerana bertentangan pandangan dengan ahli agama yang lain.

• Pada awal tahun 1293 beliau berkonflik dengan pihak berkuasa tempatan kerana membantah hukuman agama ke atas seorang Kristian yang dituduh menghina Nabi Muhammad. Pada tahun 1298 beliau dituduh menyebar fahaman anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia ke atas Tuhan) dan kerana mempersoalkan ilmu kalam.

Page 71: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Beliau mengepelai barisan pertahanan ketika pencerobohan Mongol ke atas Damsyik pada tahun 1300. Pada tahun berikutnya, Ibnu Taimiyah berhadapan dengan polemik terhadap

• (1) Syiah Kasrawan di Lebanon, • (2) aliran Sufi Rifa'i, dan • (3) aliran ittihadiyah yang berasal dari ajaran Ibnu Arabi, yang

beliau anggap menyesatkan.

• Pada tahun 1306, Ibnu Taimiyah dipenjaran di Mesir selama 18 bulan kerana dituduh menyokong fahaman anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia ke atas Tuhan). Beliau dipenjarakan kembali pada tahun 1308 untuk beberapa bulan.

Page 72: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Ibnu Taimiyah menghabiskan 15 tahun terakhirnya di Damsyik bersama murid-muridnya. Seorang muridnya yang terkenal adalah Ibnu Qayyim. Pada bulan Ogos 1320 sehingga Februari 1321, Ibnu Taimiyah dipenjarakan di Damsyik kerana menyokong doktrin tentang talak (talak tiga boleh dilakukan dengan satu talak).

• Pada bulan Julai 1326, kerajaan Mesir sekali lagi mengarahkan beliau dipenjarakan kerana beliau terus mengutuk tradisi melawat kubur orang alim. Beliau meninggal dunia di dalam kurungan di Damsyik pada malam Isnin 27 September 1328 ketika berumur 65 tahun. Beliau dimakamkan di Damsyik berdekatan dengan kubur ibunya.

• Ibnu Taimiyah terkenal dengan daya ingatannya yang kuat dan ilmunya yang seperti sebuah ensiklopedia.

Page 73: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Ibnu Battuta (1304M - 1369M)

• Abu Abdullah Muhammad Ibnu Battuta lahir 24 Februari 1304, merupakan seorang Berber Maghribi dari golongan Muslim Sunni. Beliau merupakan cendiakawan dan ulama Mazhab Maliki, dan kadang-kalanya berkhidmat sebagai Qadi atau hakim. Walaubagaimana pun beliau tersohor sebagai penjelajah dan pengembara dan menulis mengenai pengembaraanya selama hampir 30 tahun merangkumi lebih kurang 117,000 km. Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir se era dengan beliau.

Page 74: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Haji Pertama

• Ibnu Battuta ketika beliau berumur 21 tahun, Ibnu Battuta mengerjakan Haji di Mekah yang mengambil masa 16 bulan.Sejak itu beliau mengembara selama 24 tahun.

• Perjalanannya ke Mekah adalah melalui jalan darat mengikuti pantai Afrika Utara menyeberangi Kesultanan Abd al-Wadid dan Hafsid. Beliau melewati Tlemcen, Bejaia dan kemudian ke Tunisia di mana beliau tinggal selama dua bulan. Beliau biasanya memilih untuk bergabung dengan sebuah karavan untuk mengurangkan risiko daripada diserang. Di bandar Sfax, beliau berkahwin untuk pertama kalinya.

Page 75: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Pada awal 1326, selepas perjalanan lebih dari 3.500 km, Ibnu Battuta tiba di Pelabuhan Iskandariah semasa pemerintahan kerajaan Mamluk Bahri. Kemudian mengembara ke pedalaman Kaherah , sebuah bandar penting ketika itu.Beliau tinggal di situ selama sebulan. Beliau berpusing-pusing ke Mekah,ke Lembah Nil,ke Laut Merah serta ke Pelabuhan Aydhab.Kemudian beliau berhadapan dengan pemberontakan tempatan.

• Beliau kembali ke Kaherah. Seterusnya beliau menuju ke Damsyik yang dikuasai oleh Mamluk. Beliau berjumpa dengan seorang lelaki alim yang mencadangkan beliau pergi ke Makkah melalui Syria. Perjalanannya melalui Hebron, Baitulmuqaddis dan Betlehem .

• Ketika di bulan Ramadhan beliau berada di Damsyik bersama-sama dengan sebuah kafilah dan telah berada sejauh 1500 km dari Damsyik ke Madinah iaitu lokasi makam Nabi Islam Muhammad. Setelah 4 hari berada di bandar, beliau meneruskan perjalanan menuju ke Mekah. Beliau mengerjakan haji di Mekah dan mendapat gelaran Haji. Seterusnya beliau menuju ke Ilkhanate yang terletak di antara Iraq dan Iran.

Page 76: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Iraq dan Parsi

• Pada 17 November 1326, dia bersama kafilah besar , dari Semenanjung Arab menuju ke Iraq. Mulanya menuju ke utara Madinah. Pada malam hari, menuju ke timur laut di Dataran Nejd / Najaf selama 44 hari perjalanan. Di Najaf dia mengunjungi makam Ali bin Abi Talib iaitu Khulafa Rasyidin ke-4. Tempat ini sangat dihormati oleh penganut mazhab Syiah.

• Terus ke Baghdad dengan kafilah. Ibn Battuta menuju ke Parsi. Dari Najaf dia menuju ke Sungai Tigris dan ke Basra. Seterusnya sampai di Kota Isfahan di Banjaran Zagros di Parsi. Dia menuju selatan ke Syiraz, sebuah bandar berkembang dan terhindar dari serangan Mongol di utara. Akhirnya, dia kembali melintasi pergunungan dan tiba di Baghdad pada bulan Jun 1327. Bandar itu rosak teruk akibat serangan tentera Hulagu Khan.

Page 78: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Afrika Timur

• Ibn Battuta tinggal selama beberapa waktu di Mekah. Dari September 1327 hingga musim gugur 1330. Beliau telah menghabiskan waktu hanya satu tahun dan pergi selepas menunaikan Haji pada 1328.

• Pada 1328 (atau 1330) dari Mekah, beliau menuju ke Pelabuhan Jeddah di pantai Laut Merah. Dengan menaiki beliau perahu di sampai di Yaman , melawat Zabid. Kemudian Dataran Ta'izz di mana beliau bertemu dengan Rasulid Malik (raja) Mujahid Nuruddin Ali. Ibn Battuta turut melawat Sana'a tetapi fakta ini diragui. Dari Ta'izz beliau pergi ke Pelabuhan Aden pada 1329. Aden merupakan pusat transit perdagangan antara India dan Eropah.

• Di Aden, beliau memulakan kapal pertama menuju ke Zeila di pantai Afrika Teluk Aden . Seterusnya ke Cape Guardafui dan menyusuri pantai Afrika Timur. Menghabiskan masa seminggu di setiap destinasi. Beliau melawat Mogadishu, Mombasa, Zanzibar, dan Kilwa. Dengan kapal itu beliau kembali belayar pulang ke Arab Saudi dan melawat Oman serta Selat Hormuz. Beliau kemudian kembali ke Mekah untuk haji dari 1330 (atau 1332).

Page 79: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Empayar Byzantine, Golden Horde, Anatolia, Asia Tengah dan India

• Setelah setahun di Makkah, Ibn Battuta memutuskan untuk dengan Sultan Delhi, Muhammad bin Tughluq. Pada 1330 (atau 1332) beliau sampai di Anatolia, yang berada di bawah kerajaan Saljuk. Dari sana beliau menuju ke India. Beliau sampai ke pelabuhan Syria lathqiyah di Genoa dengan menaiki kapal dan mendarat di Alanya- kini Turki. Dengan menggunakan jalan darat beliau ke Konya dan kemudian ke Sinope di pantai Laut Hitam.

• Menyeberangi Laut Hitam, Ibn Battuta mendarat di Caffa (sekarang Feodosiya), di Crimea, dan memasuki tanah-tanah Golden Horde. Beliau membeli sebuah gerabak dan bergabung dengan kafilah Ozbeg milik Golden Horde's Khanmenuju ke Astrakhan di Sungai Volga.

• Tiba di Astrakhan, Putri Bayalun telah hamil dianggap haram putri Maharaja Byzantine Andronikos III Palaiologos, untuk kembali ke rumahnya di bandar Constantinople untuk melahirkan.

Page 80: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Tiba di Constantinople pada akhir 1332 (atau 1334) dia bertemu dengan Maharaja Byzantine , Andronikos III Palaiologos. Dia melawat gereja Hagia Sophia. Setelah sebulan di situ, beliau menyelusuri kembali laluan ke Astrakhan kemudian melewati Kaspia dan Laut Aral menuju ke Bukhara dan Samarkand. Dari sana beliau ke selatan dan sampai di Afghanistan untuk menyeberang ke India.

• Kesultanan Delhi dari Dar al-Islam. Sultan Muhammad bin Tughluq telah membawa banyak sarjana Muslim dan pegawai untuk mengkonsolidasikan kawalannya. Sementara di Makkah, Ibn Battuta bekerja sebagai kadi ( hakim) atas lantikan sultan.

• Ibn Battuta berdalih hendak mengerjakan haji. Tetapi Sultan memintanya untuk menjadi duta ke Dinasti Yuan China.

Page 81: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Asia Tenggara dan China• Dalam perjalanan rombongannya telah diserang oleh Hindu.

Beliau telah dirompak dan hampir kehilangan nyawa. Beliau meneruskan perjalanan ke Khambhat (Cambay). Dari sana, mereka belayar ke Kozhikode (Calicut) (dua abad kemudian, Vasco da Gama juga mendarat di tempat yang sama). Ibn Battuta melawat sebuah masjid di tepi pantai ketika ribut taufan. Salah satu kapal ekspedisi tenggelam. Beliau telah ditawan oleh seorang raja tempatan di Sumatera beberapa bulan kemudian.

• Takut untuk kembali ke Delhi dalam kegagalan, beliau tinggal lama di selatan India di bawah perlindungan Jamal-ud-Din. Jamal-ud-Din penguasa kecil tapi kuat Nawayath kesultanan di tepi Sungai Sharavathi di pantai Laut Arab.Sekarang dikenali sebagai Hosapattana di Honavar Tehsil, Kannada. . Apabila Kesultanan diguling , Ibn Battuta telah meninggalkan India.Beliau memutuskan untuk meneruskan ekspidisi ke China dan dalam perjalanan telah singgah di pulau Maldives.

Page 82: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Beliau telah menetap selama sembilan bulan di Kepulauan Maldive . Penduduk pulau itu baru sahaja meganut ajaranIslam. Beliau juga dilantik menjadi ketua hakim dan berkahwin dengan keluarga diraja Omar dan terlibat dalam politik tempatan. Dilihatnya wanita tempatan tanpa pakaian di atas pinggang. Kemudian beliau pergi ke Sri Lanka dan melawat Puncak Adam.

• Dari Sri Lanka, kapalnya hampir tenggelam akibat ribut dan dia diserang oleh lanun.Beliau kembali ke Kozhikode (Calcutta) dan kemudian belayar ke Maldives sekali lagi sebelum sampai ke Dinasti Mongol Yuan China.

• Kali ini beliau berjaya sampai di Chittagong, Sumatera, Vietnam, Filipina dan akhirnya Quanzhou di daerah Fujian, China. Dari sana, beliau pergi ke utara Hangzhou, tidak jauh dari Shanghai moden. Dia melalui terusan besar ke Beijing (tapi diragui).

Page 83: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Kembali ke rumah dan Black Death

• Ketika di Quanzhou, Ibn Battuta mengambil keputusan untuk pulang ke Maghribi. Beliau kembali ke Calicut (Kozhikode sekarang) sekali lagi. Seterusnya meneruskankan perjalanan ke Mekah melalui Selat Hormuz dan Ilkhanate.Pada ketika itu berlaku perang saudara.

• Beliau kembali ke Damsyik dan mendapat tahu bapanya telah meninggal dunia. Beliau pergi ke Sardinia, lalu kembali ke Tangier untuk bertemu dengan ibunya yang juga meninggal dunia, beberapa bulan sebelumnya.

Page 84: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Andalusia dan Afrika Utara• Setelah beberapa hari di Tangier, Ibn Battuta berangkat ke

Andalusia. Alfonso XI dari Kastilia dan León mengancam mengambil Gibraltar.Ibn Battuta bergabung dengan sekelompok umat Islam meninggalkan Tangier untuk berperang demi mempertahankan pelabuhan Gibraltar. Alfonso dapat dibunuh dan ancaman telah surut. Beliau berjalan melalui Valencia dan akhirnya sampai di Granada.

• Ketika beliau meninggalkan Andalusia, beliau memutuskan untuk berhenti di Marrakech , yang hampir menjadi bandar hantu akibat beberapa wabak penyakit .Ibukotanya telah dipindahkan ke Fez.

• Sekali lagi beliau kembali ke Tangier, dan ia berpindah sekali lagi. Dua tahun kemudian beliau pergi ke Kaherah .Beliau berhasrat mengunjungi kerajaan Muslim di seberang Gurun Sahara.

Page 85: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Sahara , Mali dan Timbuktu• Pada musim gugur 1351, Ibn Battuta meninggalkan Fez dan

membeli beberapa unta dan tinggal selama empat bulan disana. Pada Februari 1352 , setelah 25 hari perjalanan beliau tiba di lombong garam di Taghaza.Bangunan-bagunan dibina daripada bongkah garam oleh hamba dari suku Masufa, yang bekerja memotong bongkah garam. Garam diangkut dengan menggunakan unta. Taghaza adalah pusat komersil dan memiliki banyak emas .Ibn Battuta tidak tertarik kerana tempat itu hanya ada air payau dihurungi lalat.

• Selepas 10 hari tinggal di Taghaza beliau dan kafilah berangkat ke oasis Tasarahla (mungkin Bir al-Ksaib). Beliau berhenti selama 3 hari dan berjalan kaki melintasi gurun pasir yang luas. Dari Tasarahla sampai ke bandar oasis Oualata dan beliau mengambil air untuk kafilah yang dahaga. Oualata terletak di hujung selatan jalan perdagangan ke Empayar Mali. Kafilah beliau menyeberangi 1.600 km selama 2 bulan dari padang pasir dari Sijilmasa.

Page 86: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Kemudian dia berangkat ke barat daya Sungai Nil @ (sebenarnya Sungai Niger) dan tiba di ibu negara Empayar Mali.Dia bertemu Mansa Sulaiman, raja sejak 1341. Ibn Battuta melihat hamba perempuan , pelayan, dan bahkan anak-anak perempuan sultan yang masih telanjang bulat. Pada bulan Februari ,dengan menaiki beliau unta sampai di Timbuktu yang pada masa itu kecil sahaja. Ibn Battuta dengan menaiki perahu pergi ke Gao selama satu bulan. Beliau menerima mesej daripada Sultan Maghribi memerintahkan beliau pulang. Beliau berangkat ke Sijilmasa pada September 1353 dan sampai di Maghribi pada awal tahun 1354.

Page 87: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Rihla

• Setelah pulang ke rumah dari perjalanannya pada 1354 dan di atas dorongan Sultan Maghribi, Abu Inan Faris, Ibnu Battuta menulis catatan perjalanan kepada Ibnu Juzayy, seorang sarjana yang beliau pernah bertemu di Grenada. Catatan ini adalah sumber maklumat tentang kembaranya dengan tajuk 'Rihla' atau "The Journey".

• Ibn Battuta membuat catatan selama 29 tahun berdasarkan ingatan dan naskah terdahulu. Ketika menjelaskan Damsyik, Makkah, Madinah dan beberapa tempat-tempat lain di Timur Tengah adalah berdasarkan catatan Ibn Jubayr.Gambaran tempat di Palestin jelas disalin daripada catatan musafir abad ke-13 Muhammad al-Abdari.

Page 88: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Ramai orientalis tidak percaya bahawa Ibn Battuta melawat semua tempat yang beliau gambarkan. Ibn Battuta bergantung kepada khabar angin dan pengembara dahulu. Contohnya Ibn Battuta melakukan perjalanan di Sungai Volga .Orientalis juga mempersoalkan apakah dia benar-benar melawat China. Namun beliau berjaya menggambarkan seluruh dunia pada abad ke-14.

• Ibn Battuta sering mengalami kejutan budaya di banyak tempat yang tidak sesuai dengan dengan latar belakang muslim ortodoks. Di Turki dan Mongol, beliau hairan melihat wanita bebas bercakap. Bahawa lelaki-lelaki adalah pelayan wanita tetapi sebenarnya adalah suaminya.Adat pakaian di Maldives dan di sub-Sahara di Afrika terlalu mendedahkan.

• Setelah selesainya Rihla pada 1355, hanya sedikit yang diketahui tentang kehidupan Ibnu Battuta. Beliau dilantik menjadi hakim di Maghribi dan meninggal dunia pada tahun 1368 atau 1369.

Page 89: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Pada awal 1800-an bukunya diterbitkan dalam Bahasa Jerman dan Inggeris berdasarkan manuskrip yang dijumpai di Timur Tengah yang mengandungi versi pendek Arab Ibnu Juzayy . Ketika tentera Perancis menduduki Algeria pada 1830-an, mereka menemui lima naskah Constantine termasuk dua yang mengandungi versi lebih lengkap .Naskah ini dibawa kembali ke Bibliothèque Nationale di Paris dan dipelajari oleh sarjana Perancis, Charles Defrémery dan Beniamino Sanguinetti. Pada 1853, mereka menerbitkan siri daripada empat jilid mengandungi teks arab dan diterjemah ke dalam Bahasa Perancis. Sekarang telah diterjemahkan kepada banyak bahasa lain.

• Ibn Battuta melakukan perjalanan hampir 75.000 batu dalam hidupnya

Page 90: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Ibnu Khaldun (1332M – 1395M)

• Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibnu Muhammad ibnu Muhammad ibnu Abi Bakr Muhammad ibnu al-Hasan Ibnu Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir. Beliau merupakan salah seorang pakar sains Islam.

• Keluarga Ibnu Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibnu Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibnu Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung.

Page 91: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile".

• Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.

• Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Page 92: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Karya teragungnya iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibnu Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal (secara pengalaman dan kajian).

• Ibnu Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibnu Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Page 93: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Dalam segi ekonomi, Ibnu Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Page 94: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Tambahan lagi, Ibnu Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibnu Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah.

"Sesiapa jua yang mengambil harta orang lain, atau menggunakannya untuk kerja paksa, atau membuat tuduhan yang tidak wajar hendaklah ingat bahawa ini adalah apa yang Pemberi Hukum maksudkan apabila melarang ketidakadilan."

 

- Ibnu Khaldun-

Page 95: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Tokoh-Tokoh Islam Yang Lainal-Kharkhi (Pakar Matematik)

• Al-Kharkhi atau nama penuhnya, Abu Bakr ibn Hussein dilahirkan di Kharkh, sebuah kawasan di Baghdad, Iraq.

• Kepakaran dan sumbangan beliau meliputi aritmetik, algebra dan geometri.

• Hasil tulisannya, Al-Kafi fi Al-Hisab (Kepentingan Aritmetik) adalah mengenai peraturan-peraturan pengiraan.

Page 96: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Ibnu Al-Baitar Pakar Botani

• Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. Perkara pertama yang dilakukannya ialah mengumpul tumbuh-tumbuhan dari seluruh Sepanyol.

• Selepas tahun 1224, beliau menyertai perkhidmatan al-Kamil kerajaan Gabenor Mesir dan dilantik sebagai ketua pakar herba.

• Pada tahun 1227, al-Kamil telah meluaskan kuasanya sehingga ke Damsyek manakala Ibnu al-Baitar mengiringinya ke sana yang mana ia turut menyumbang kepadanya untuk mengumpul tumbuh-tumbuhan di Syria.

• Penyelidikannya mengenai tumbuh-tumbuhan ketika itu turut diperluaskan ke beberapa kawasan lain termasuk Arab Saudi dan Palestin.

Page 97: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Sumbangan utama Ibnu Baitar ialah Kitab al-Jami fi al-Adwiya al- Mufrada yang merupakan salah sebuah kompilasi botani yang terhebat mengenai tumbuh-tumbuhan perubatan di Arab Saudi.

• Statusnya sebagai pakar botani terus unggul di kalangan ahli botani lain sehingga kurun ke-16. Ini ada kaitan dengan kerja-kerjanya yang penuh sistematik terutama pada awal penglibatannya dalam dunia botani.

• Sumbangan Ibnu Baitar dalam bidang ini lebih kepada karakter hasil pemerhatian, analisis dan klasifikasinya terhadap tumbuh-tumbuhan. Ia turut dilihat memiliki pengaruh dari Barat dan Timur dalam ilmu botani dan perubatan.

• Sejak kitab Jami diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa berkenaan, ramai ahli sains lain mula mengkaji isi kandungannya dan seterusnya menjadikannya sebagai bahan rujukan.

Page 98: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

al-Haitham (Bapa Optik Moden)

• Abu Ali Hasan Al Haitham yang dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Beliau merupakan pakar fizik yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik.

• Beliau merantau ke Mesir dan Sepanyol tetapi hidupnya banyak dihabiskan di Sepanyol dengan mengendalikan penyelidikan mengenai optik, matematik, fizik, perubatan dan pembangunan kaedah saintifik.

• Antara uji kaji yang dijalankan ialah penyebaran cahaya dan warna, pantulan dan ilusi optik.

• Beliau mengkaji pembiasan sinaran cahaya melalui medium telus seperti air dan udara dan menemui undang-undang yang terdapat dalam pembiasan.

• Selain itu beliau merupakan tokoh yang pertama menjalankan kajian mengenai penyerakan cahaya kepada warna konstituen.

Page 99: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Pada abad ke-13 Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan penulis-penulis mengenai optik era pertengahan di barat, menggunakan Opticae Theasaurus tulisan Ali Abu Hasan sebagai asas dalam kerja optik.

• Hasil kerja Ali Abu Hasan turut mempengaruhi Leonardo da Vinci dan Johann Kepler.

• Pendekatan beliau terhadap optik menghasilkan idea-idea baru dan terbukti melalui penemuan dalam kaedah uji kaji.

• Ali Abu Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan.

Page 100: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Ali Abu Hasan telah menulis lebih 200 buku tetapi hanya sedikit sahaja yang masih terselamat. Karya agungnya terhadap optik berjaya diselamatkan melalui terjemahan ke bahasa Latin.

Page 101: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

al-Farghani (Astronomi & Kontroversi Terusan)

• Beliau merupakan salah seorang ahli astronomi yang terkenal ketika berkhidmat sepanjang era al-Mamun.

• Al-Farghani juga telah menulis mengenai buku bertajuk Elements of Astronomy iaitu Kitab Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum iaitu sebuah buku mengenai pergerakan objek di langit yang lengkap.

• Kitab ini juga turut membincangkan hal mengenai sains bintang dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.

• Terjemahan itu sekali gus memberi pengaruh yang besar kepada ahli astronomi Eropah.

Page 102: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Menurut Al-Farghani, teori itu jika diteliti bukan sahaja memberi kesan kepada bintang tetapi juga planet di alam semesta ini.

• Kejayaan Al-Farghani yang lain ialah beliau mendapati bumi mempunyai ukur lilit sejauh 11,700 km termasuk menentukan ukur lilit planet.

Page 103: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Aktiviti penyelidikan Al-Farghani tidak terhad kepada ilmu bintang tetapi turut meliputi bidang kejuruteraan.

• Mengenai pembinaan terusan tadi, Al-Mutawakkil telah mengamanahkan dua anak lelaki Musa ibn Shakir iaitu Muhammad dan Ahmad untuk menjalankan projek yang dikenali al-Ja’fari.

• Dua beradik itu kemudiannya telah mengadakan perundingan dengan Al-Farghani yang sekali gus meminggirkan jurutera terkenal ketika itu, Sind ibn Ali.

• Sind merupakan seorang profesional tetapi mencemburui kejayaan Al-Farghani.

• Oleh kerana itu, Sind telah dihantar ke Baghdad - jauh dari tempat kediaman Al-Mutawakkil di Samarra.

Page 104: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Terusan yang dibina itu melalui kota baru iaitu Al-Ja’fariyya iaitu sebuah kota yang Al-Mutawakkil bina berdekatan Samarra di Tigris.

• Bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan dan Al-Farghani telah diarahkan membetulkan kesilapan.

• Beliau kemudian memulakan kerja dengan mengorek lebih dalam terusan berkenaan.

• Dengan itu, air yang cukup akan melalui terusan `baru’ itu kecuali pada ketika paras Sungai Tigris meningkat naik.

• Berita mengenai itu telah membangkitkan kemarahan Caliph dan dua beradik itu telah diselamatkan daripada menerima hukuman hanya apabila Sind ibn Ali bersedia menjamin pembetulan yang telah dibuat oleh Al-Farghani walaupun ia memberi risiko kepada kebajikan dan kehidupannya.

Page 105: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Bagaimanapun al-Mutawakkil telah dibunuh sejurus sebelum kesilapan itu menjadi nyata.

• Beberapa penjelasan telah dibuat berhubung kesilapan yang berlaku, antaranya Al-Farghani lebih menumpukan kepada teori berbanding praktikal dalam kejuruteraan sehingga akhirnya beliau dikatakan tidak pernah berjaya menyiapkan sesuatu projek.

Page 106: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• The Fihrist daripada Ibn al-Nadim ditulis pada tahun 987 Masehi dan telah menghasilkan dua karya mengenai Al-Farghani:

(1) “The Book of Chapters - satu ringkasan mengenai Almagest”

(Kitab al-Fusul, Ikhtiyar al-Majisti)

(2) “Book on the Construction of Sun-dials” (Kitab ‘Amal al-

Rukhamat).

• The Jawami atau `The Elements’ merupakan buku paling dikenali mengenai Al-Farghani dan pengaruh kerjanya yang paling baik.

• Abd al-Aziz al-Qabisi yang meninggal dunia pada tahun 967 Masehi menulis dalam ruangan komentarnya mengenai Al-Farghani yang kini dipelihara dalam manuskrip Istanbul, Aya Sofya. Dua buah karya terjemahan Latin diterbitkan pada abad ke-12.

Page 107: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Jacob Anatoli pula mengeluarkan karya terjemahan Hebrew yang menyediakan versi ketiga Latin, diterbitkan pada tahun 1590.

• Selain itu, Jacob Golius menerbitkan teks baru Latin bersama-sama karya asli Arab pada tahun 1669.

• Semua karya-karya itu adalah mengenai pencapaian Al-Farghani walaupun beliau dikatakan pernah melakukan kesilapan dalam projek membina terusan di Cairo Lama.

Page 108: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Omar Khayyam (Pakar Algebra, Ahli Astronomi & Penyair)

• SEORANG lagi ilmuan Islam yang terkenal ialah Omar Khayyam. Kepakaran Omar Khayyam, seorang rakyat Parsi, adalah dalam bidang matematik, astronomi, falsafah, perubatan dan puisi.

• Melihat perjalanan hidupnya, Omar Khayyam adalah seorang yang sangat sukakan kesederhanaan. Beliau pernah ditawarkan untuk bekerja di istana.

• Beliau sebaliknya menolak dan memilih hidup secara sederhana dan tenang untuk menimba ilmu. Beliau mengembara ke pusat-pusat ilmu ketika itu seperti di Samarqand, Bukhara, Balkh dan Isphahan untuk mendalami ilmunya dan juga bertukar-tukar fikiran dengan para ilmuan di sana.

Page 109: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.

• Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga.

• Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.

• Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra.

• Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan.

Page 110: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal.

• Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.

• Beliau juga pernah diarahkan oleh Sultan Saljuq - Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja di balai cerap.

• Di sana, beliau ditugas untuk menentukan kalendar solat yang tepat.

• Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al- Jalali.

• Selain itu, Omar Khayyam juga turut menyumbang dalam bidang lain seperti pembangunan kaedah menentukan graviti.

Page 111: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Dalam bidang metafizik, beliau menulis tiga buku. Beliau juga terkenal sebagai seorang ahli astronomi terkenal dan juga doktor.

• Selain dalam bidang sains, Omar Khayyam juga terkenal sebagai seorang penyair yang hebat di zamannya.

• Malah, beliau pernah menjadi terkenal di kalangan dunia barat sejak tahun 1839 apabila Edward Fitzgerald menerbitkan terjemahan bahasa Inggeris bagi bukunya - Rubaiyat.

• Buku ini menggambarkan kehebatan dan kekayaan ilmu yang dimiliki Omar Khayyam. Omar Khayyam juga menulis pelbagai jenis buku dan monograf dalam pelbagai jenis bidang.

• Antaranya ialah 10 buku dan 30 monograf berjaya dikesan. Daripada jumlah ini, empat buah buku adalah berkaitan matematik, fizik (tiga), metafizik (tiga) dan satu untuk algebra dan geometri.

Page 112: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Jasa dan pengaruh Omar Khayyam begitu besar terutamanya dalam perkembangan bidang matematik dan juga geometri.

• Malah kerja-kerjanya mendahului semua ilmuan lain selama berabad-abad lamanya. Sebenarnya, kehebatan Omar Khayyam dalam bidang matematik banyak dikaburi oleh kehebatannya sebagai seorang penyair.

• Bagaimanapun, sumbangan beliau sebagai ahli falsafah dan saintis banyak meletakkan asas dalam tamadun keilmuan manusia sejagat.

Page 113: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

Penutup• Dengan lahirnya tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam diatas

menunjukkan bahawa Islam menitikberatkan umatnya tentang pentingnya menimba ilmu pengetahuan.

• Dengan ilmu pengetahuan, ia menunjukkan bahawa umat Islam merupakan umat yang sentiasa maju ke hadapan.

• Lahirnya tokoh-tokoh ini membuktikan Islam pada zaman dahulu telah menerokai dunia ilmu pengetahuan kerana;

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan”.

• Ayat ini memberitahu kita bahawa ilmu pengetahuan amat penting dan umat Islam perlu mencari ilmu pengetahuan.

• Dengan ilmu pengetahuan, ia dapat menarik manusia memeluk agama Islam dan meni8nggikan martabat umat Islam itu sendiri.

Page 114: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

• Selain dalam bidang perubatan, Islam juga telah melahirlan sarjana-sarjana dalam bidang kimia, astronomi, matematik atau ilmu hisab dan banyak lagi bidang yang telah diterokai oleh sarjana-sarjana Islam.

• Ini sudah cukup membuktikan Islam merupakan satu kuasa besar yang mengusai ilmu pengetahuan.

• Kita sebagai generasi zaman yang serba canggih ini perlu berusaha menguasai ilmu pengetahuan agar Islam terus kekal sebagai kuasa besar dalam bidang ilmu pengetahuan.

Page 115: Bab 2 (Topik 5) - Sumbangan Tamadun Islam - Sementara

SEKIAN, TERIMA KASIH!