sejauh mana pembangunan teknologi robotik · pdf filedalam tamadun china dan india. ......

19
Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik Menyumbang Kepada Perkembangan Tamadun Islam NURLIYANA MOHD TALIB 1 , AMMALINA DALILLAH MOHD ISA 1 & ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK 2 Abstrak Sejarah pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam tidak dapat dinafikan lagi, khususnya menerusi hasil ciptaan tokoh kejuruteraan Islam terkenal, al-Jazari (1136- 1206M). Namun begitu, ciptaan berteknologi robotik dalam tamadun Islam sebenarnya telah muncul lebih awal daripada zaman al-Jazari, iaitu pada era pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah. Pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam ini kemudiannya terus berkembang dari semasa ke semasa dan ia terbukti dengan lahirnya beberapa tokoh Islam yang dikenal pasti telah memberi sumbangan besar dalam bidang ini selain daripada al-Jazari sendiri, seperti Ibn al-Haytham (965-1040M), Ibn Mu‘adh al-Jayyani (989-1079M), Banu Musa (abad ke-9M), al-Muradi (abad ke-11M), al-Zarqali (1029- 1087M) dan Taqi al-Din (1521-1585M). Sehubungan itu, makalah ini dihasilkan bagi mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para cendekiawan Islam kepada perkembangan dan kemajuan tamadun Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kajian analisis dokumen dan deskriptif dalam mendapatkan maklumat mengenai penghasilan teknologi robotik dalam tamadun Islam. Dapatan kajian ini memperlihatkan pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam telah mengalami inovasi yang sangat ketara dengan kejayaan cendekiawan Islam menghasilkan peralatan seperti robot, jam, boneka, alat muzik dan pam air yang bergerak secara automatik tanpa memerlukan kepada tenaga manusia atau haiwan. Hasil inovasi ini memberi sumbangan sangat besar kepada kehidupan masyarakat Islam setempat pada ketika itu dari aspek meningkatkan hasil tanaman, memudahkan aktiviti harian masyarakat Islam, menjaga masa, memberi hiburan kepada masyarakat dan juga mempamerkan ketinggian ilmu dalam tamadun Islam. Kata Kunci: Teknologi, Robotik, Tamadun Islam, Kejuruteraan Islam _________________________ 1 Graduan Sarjana, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2 Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam

Upload: lydiep

Post on 18-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 249

Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik Menyumbang Kepada Perkembangan Tamadun Islam

NURLIYANA MOHD TALIB1, AMMALINA DALILLAH MOHD ISA1 & ROZIAH SIDIK @ MAT SIDEK2

Abstrak

Sejarah pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam tidak dapat dinafikan lagi,

khususnya menerusi hasil ciptaan tokoh kejuruteraan Islam terkenal, al-Jazari (1136-

1206M). Namun begitu, ciptaan berteknologi robotik dalam tamadun Islam sebenarnya

telah muncul lebih awal daripada zaman al-Jazari, iaitu pada era pemerintahan kerajaan

‘Abbasiyyah. Pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam ini kemudiannya

terus berkembang dari semasa ke semasa dan ia terbukti dengan lahirnya beberapa

tokoh Islam yang dikenal pasti telah memberi sumbangan besar dalam bidang ini selain

daripada al-Jazari sendiri, seperti Ibn al-Haytham (965-1040M), Ibn Mu‘adh al-Jayyani

(989-1079M), Banu Musa (abad ke-9M), al-Muradi (abad ke-11M), al-Zarqali (1029-

1087M) dan Taqi al-Din (1521-1585M). Sehubungan itu, makalah ini dihasilkan bagi

mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para cendekiawan Islam

kepada perkembangan dan kemajuan tamadun Islam. Kajian ini menggunakan

pendekatan kualitatif menerusi kajian analisis dokumen dan deskriptif dalam

mendapatkan maklumat mengenai penghasilan teknologi robotik dalam tamadun Islam.

Dapatan kajian ini memperlihatkan pembangunan teknologi robotik dalam tamadun

Islam telah mengalami inovasi yang sangat ketara dengan kejayaan cendekiawan Islam

menghasilkan peralatan seperti robot, jam, boneka, alat muzik dan pam air yang

bergerak secara automatik tanpa memerlukan kepada tenaga manusia atau haiwan. Hasil

inovasi ini memberi sumbangan sangat besar kepada kehidupan masyarakat Islam

setempat pada ketika itu dari aspek meningkatkan hasil tanaman, memudahkan aktiviti

harian masyarakat Islam, menjaga masa, memberi hiburan kepada masyarakat dan juga

mempamerkan ketinggian ilmu dalam tamadun Islam.

Kata Kunci: Teknologi, Robotik, Tamadun Islam, Kejuruteraan Islam

_________________________

1 Graduan Sarjana, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam 2 Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam

Page 2: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 250

Pengenalan

Keilmuan mengenai teknologi robotik telah wujud dalam sejarah tamadun

manusia semenjak sebelum Masihi lagi. Namun begitu, kemunculan bidang ini

tidak dapat dikenal pasti dengan jelas memandangkan istilah robotik atau robot

ini tidak diguna pakai sehinggalah pada awal abad ke-20M. Istilah ini

diperkenalkan oleh seorang penulis dari Czech, iaitu Kerpel Capek pada tahun

1920M dalam teater automata fiksyen, bertajuk Rossumovi Univerzální Roboti

(Rossum’s Universal Robots). Pada tahun 1940M Isaac Asimov (1920-1992),

iaitu seorang penulis antologi sains fiksyen mengembangkan lagi istilah robot

tersebut dalam penulisan beliau yang berjudul ‘Robbie’. Menerusi satu

penulisan Asimov yang lain bertajuk ‘Runaround’, beliau telah menerbitkan

perkataan robotik bagi menerangkan bidang ilmu berkaitan robot serta

memperkenalkan Three Laws of Robots yang seterusnya mempopularkan lagi

penggunaan istilah robot. Semenjak daripada itu, istilah robot sering digunakan

bagi menggambarkan sesuatu ciptaan yang berbentuk “re-programmable, multi-

functional manipulator designed to move materials, parts, tools or specialized

devices through various programmed motions for the performance of a variety

task” (Ghosal 2006) dan “a programmable machine that imitates the actions or

appearance of an intelligent creature, usually a human.” (Graefer & Bischoff

2003). Sebagai contoh, lampu jalan yang menyala secara automatik, robot

tangan buatan (artificial arm) yang digunakan dalam industri pembuatan

automobil, organ manusia buatan seperti jantung (self-regulating artificial

heart), hinggakan kepada ciptaan yang lebih kompleks, iaitu robot manusia

(humanoid robot) yang berupaya untuk melaksanakan pergerakan manusia.

Manakala istilah robotik pula digunakan dalam memerihalkan ilmu berkaitan

robot khususnya penghasilan robot tersebut.

Pada hakikatnya, penciptaan robot ini telah wujud pada zaman dahulu

dengan menggunakan istilah yang berbeza, iaitu automaton atau automata.

Istilah ini dikatakan telah digunakan oleh Homer dalam karya Iliad beliau bagi

memerihalkan sesuatu alat yang bergerak atau berfungsi secara automatik.

Bidang ini dikatakan telah muncul sekitar 800 tahun sebelum Masihi menerusi

catatan mitos Greek Purba, iaitu karya Iliad oleh Homer dan dikenali sebagai

bidang pertukangan atau artisan, iaitu “a worker in a skilled trade, especially

one that involves making things by hand” (Oleson 2008; Greene 2008). Hasil

kajian arkeologi turut menemui beberapa alatan automata yang dihasilkan oleh

masyarakat Mesir Purba seperti patung menguli tepung (figure kneading dough)

dan juga boneka menari dalam kotak perhiasan (dancing dwarfs in ivory).

Pembangunan teknologi robotik tidak hanya berlaku di dalam tamadun

Greek-Rom, malah penciptaan peralatan berteknologi robotik juga turut terdapat

dalam tamadun China dan India. Perkembangan bidang ini juga seterusnya

tersebar ke dalam tamadun Islam sebagai sebahagian daripada bidang

kejuruteraan mekanikal menerusi pertembungan yang berlaku pada abad

pertengahan, khususnya dari aspek intelektual (al-Hassan & Hill 1992).

Page 3: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 251

Menerusi penyelidikan terhadap karya-karya daripada tamadun terdahulu,

sarjana-sarjana Islam berjaya membangunkan ciptaan-ciptaan yang

berkonsepkan teknologi robotik. Malahan hasil daripada kajian mereka dalam

bidang ini telah mencetuskan inovasi yang mengagumkan bagi bidang ini dan

menjadikan ciptaan mereka lebih baik dan hebat. Lantaran itu, kajian ini akan

mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para cendekiawan

Islam kepada perkembangan dan kemajuan tamadun Islam.

Pembangunan Teknologi Robotik dalam Tamadun Islam

Inovasi kejuruteraan dalam tamadun Islam telah mencapai tahap kemuncak

dengan terhasilnya inovasi pembangunan teknologi robotik. Sorotan sejarah

Islam mencatatkan bahawa kemunculan terawal penciptaan teknologi robotik

adalah pada abad ke-8M menerusi penghasilan beberapa peralatan automata

yang terdapat di kota Baghdad. Menurut Pancaroglu (2006), terdapat beberapa

buah patung automata di istana pemerintah ‘Abbasiyyah dan juga sekitar kota

Baghdad seperti di atas kubah empat buah pintu masuk kota. Patung-patung

automata ini dipercayai digerakkan dengan menggunakan kuasa angin. Terdapat

rekod sejarah yang menyatakan bahawa semasa pemerintahan khalifah Harun

al-Rashid (786-809M), beliau pernah menghadiahkan sebuah jam air automatik

kepada Charlemange (800-814M) sebagai salah satu hadiah diplomatik (Truitt

2015). Jam tersebut mempunyai penentu masa 12 jam yang ditandai dengan

pergerakan beberapa figura serta mengeluarkan bunyian yang berfungsi secara

automatik. Inovasi jam ini mengagumkan pemerintah dan masyarakat Holy

Roman Emperor kerana ia merupakan sebuah teknologi baru pada negara

mereka yang selama ini hanya menggunakan jam matahari, jam pasir dan jam

lilin sebagai penentu masa.

Page 4: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 252

Rajah 1

Ilustrasi jam air automatik yang dihadiahkan oleh khalifah Harun al-Rashid kepada Charmelagne

Sumber: Nizamoglu (2016)

Selain itu, inovasi teknologi robotik turut menyerlah semasa pemerintahan

khalifah al-Ma’mun (813-833M) sehingga pencapaian dalam penghasilan alat-

alat ini mengagumkan pemerintah Byzatium dan utusan diplomat luar yang

datang ke kota Baghdad. Pembangunan inovasi teknologi robotik pada era ini

dipelopori oleh Banu Musa bersaudara dengan melakukan kajian terhadap

ciptaan alat-alat yang pernah dibangunkan sarjana Greek terdahulu seperti Philo

(abad ke-2S.M) dan Heron (10-70M). Berdasarkan kajian terhadap konsep yang

digunakan oleh sarjana-sarjana Greek terdahulu mereka berjaya menghasilkan

rekaan yang lebih hebat, mengagumkan serta menjadi asas kepada inovasi

teknologi terkini. Antara peralatan berasaskan automata yang dihasilkan oleh

Banu Musa bersaudara ialah organ hidraulik (pemain seruling automatik) yang

menggunakan konsep tekanan udara dan air serta injap kon sebagai alat kawalan

automatik (Koetsier 2001). Mereka turut mencipta beberapa alatan automatik

yang begitu mengagumkan dan dilihat sebagai satu pencapaian yang hebat pada

ketika itu, iaitu lampu pelita automatik yang boleh menyala dengan sendiri dan

air pancut yang menghasilkan pancutan air pelbagai bentuk. Kebanyakan alatan

automatik yang dihasilkan pada era pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah adalah

berfungsi sebagai peralatan hiasan dan juga bertujuan memenuhi kehendak

masyarakat setempat. Contoh lain alatan berteknologi robotik yang dihasilkan

pada zaman ‘Abbasiyyah ialah pohon emas dan perak yang dihias di istana

khalifah al-Ma’mun dan al-Muqtadir (908-929M) yang mempunyai ciri-ciri

automatik. Pada pohon-pohon tersebut terdapat burung-burung besi mekanikal

yang mengeluarkan bunyian dan bergerak secara automatik (Abu al-Fida’ t.th).

Page 5: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 253

Rajah 2 Ilustrasi komponen dalaman dan figura organ hidraulik oleh Banu Musa

Sumber: http://www.muslimheritage.com/authors/mona-sanjakdar-chaarani

Rajah 3 Lakaran lampu automatik Banu Musa bersaudara

Sumber: http://www.muslimheritage.com/article/mechanics-of-banu-musa

Page 6: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 254

Rajah 4 Tiga jenis air pancut yang dihasilkan oleh Banu Musa bersaudara

Sumber: al-Hassani (2016a)

Perkembangan penciptaan alat-alat berteknologi robotik dirancakkan lagi

dengan pembangunan alatan ini pada abad ke-11M di sekitar wilayah-wilayah

Islam lain sehingga ke al-Andalus dengan lahirnya beberapa orang tokoh

terkemuka seperti Ibn al-Haytham (965-1040M) di Mesir, al-Muradi (abad ke-

11M) dan Ibn Mu‘adh al-Jayyani (989-1079M) di Cordova serta al-Zarqali

(1029-1087M) di Toledo. Mereka telah menghasilkan ciptaan mekanikal

automatik seperti jam air mekanikal, teater mekanikal dan alat mainan

mekanikal. Inovasi baru yang berjaya dihasilkan oleh sarjana-sarjana era ini

dalam bidang teknologi robotik ialah penggunaan konsep gear, bearing dan

pemberat dalam alat ciptaan mereka (al-Hassan & Hill 1992; Lisa 2008; al-

Hassani 2016b).

Page 7: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 255

Seterusnya, pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam

diperhebatkan lagi dengan inovasi ciptaan tokoh kejuruteraan terkenal, al-Jazari

(1136-1206M). Beliau dikatakan bukan sahaja mengasimilasikan teknik dan

konsep rekaan alatan mekanikal daripada cendekiawan Arab dan bukan Arab

Rajah 5

Lakaran jam air berdasarkan

kepada

keterangan Ibn al-Haytham.

Sumber: al-Hassani (2016b)

Rajah 6

Lakaran 3D Jam Gadis dan Pembunuh berdasarkan

keterangan Kitab al-Asrar fi Nata’ij al-Afkar oleh al-

Muradi

Sumber: Lisa (2008)

Rajah 7

Lakaran 3D Teater Mekanikal Kisah

Dogeng

Cinta dan Ular yang Jahat oleh al-Muradi

Sumber: Lisa (2008)

Page 8: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 256

sebelumnya, malah beliau turut menghasilkan peralatan berteknologi robotik

dengan rekaan dan fungsi yang lebih kreatif. Hasil inovasi kreatif yang telah

dihasilkan oleh al-Jazari terbukti menerusi sebuah karya agung beliau yang

berjudul Kitab fi Ma‘rifat al-Hiyal al-Handasiyyah (al-Jazari 1974) yang

terdapat 50 buah lakaran peralatan mekanikal. Antara hasil ciptaan al-Jazari

ialah jam air gajah, jam lilin pemain pedang, robot pelayan, tempat basuhan

tangan automatik, air pancut, robot teater muzikal dan pam air dua silinder.

Menurut Jonston (2014), robot rekaan al-Jazari bukan sahaja berbentuk ilusi

dramatik tetapi juga berbentuk memanipulasi persekitaran yang berfungsi untuk

memberi keselesaan manusia. Ini menunjukkan rekaan peralatan robotik oleh

al-Jazari tidak sekadar barangan perhiasan atau hiburan semata-mata, tetapi

peralatan tersebut turut memberi manfaat yang besar kepada pemerintah dan

masyarakat setempat.

Jika abad sebelumnya penciptaan jam dalam tamadun Islam lebih

menggunakan konsep jam air, jam lilin dan juga jam matahari, namun pada

sekitar abad ke-16M seorang sarjana Islam berjaya mencipta sebuah jam

Rajah 8

Ilustrasi jam air gajah al-Jazari dalam salinan

manuskrip Kitab fi Ma‘rifat al-Hiyal al-

Handasiyyah oleh Farkh ibn ‘Abd al-Latif (1315M)

Sumber: Nadarajan (2016)

Rajah 9

Tempat basuhan tangan automatik

Sumber: Nadarajan (2016)

Page 9: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 257

mekanikal pertama. Sarjana tersebut ialah Taqi al-Din ibn Ma‘aruf (1526-

1585M) dari kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah. Pembinaan jam ini dihasilkan

dengan beberapa mekanisme inovasi beliau sendiri seperti sistem baru bagi

striking train yang berfungsi bagi membunyikan jam tersebut pada setiap jam

(al-Hassani 2016c). Jam mekanikal ini juga dikenali sebagai jam astronomi

kerana mekanisme yang terdapat pada jam ini memaparkan digit bagi jam,

darjah, minit, visual berkaitan matahari dan bulan, waktu solat dan tarikh bagi

kalendar bulan-bulan Gregorian. Selain daripada inovasi penciptaan jam

mekanikal, Taqi al-Din turut membina pam air enam silinder yang diinovasikan

daripada pam air dua silinder oleh al-Jazari dengan menggunakan kincir

berbentuk pencedok dan juga camshaft (aci sesondol) bagi menggerakkan enam

batang rod yang disambungkan pada enam omboh pada enam silinder

(Kamaruzaman et al. 2010; al-Hassani 2016d). Hasil inovasi Taqi al-Din dalam

penciptaan pam air enam silinder ini telah memberi sumbangan yang besar

kepada penciptaan enjin generator yang diguna pakai sehingga kini.

Rajah 10

Ilustrasi jam mekanikal Taqi al-Din yang digunakan di balai cerap beliau dan

mekanisme yang terdapat dalam jam mekanikal tersebut.

Sumber: Nizamoglu (2016)

Page 10: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 258

Sumbangan Pembangunan Bidang Robotik Kepada Tamadun Islam

Menerusi penelitian yang dijalankan terhadap sejarah pembangunan teknologi

robotik dalam tamadun Islam, ia membuktikan bahawa penghasilan ciptaan

sarjana Islam dalam bidang ini telah menyumbang kepada perkembangan

tamadun Islam pada abad pertengahan. Sumbangan tersebut merangkumi aspek

politik, ekonomi dan sosio masyarakat Islam pada masa tersebut.

Politik

Dari aspek politik, pembangunan teknologi robotik ini telah menyumbang

kepada penjagaan hubungan baik antara pemerintah Islam dengan kerajaan-

kerajaan lain sama ada kerajaan Islam mahupun bukan Islam disekelilingnya.

Kerajaan-kerajaan Islam yang dibangunkan pada abad pertengahan rata-rata

menjadi tumpuan wilayah-wilayah di sekelilingnya. Hal ini disebabkan oleh

kemakmuran, kemewahan dan kekuatan ketenteraan satu-satu kerajaan Islam

pada masa tersebut. Oleh itu, terdapat ramai tetamu yang berkunjung ke istana

pemerintah kerajaan Islam. Antara tetamu-tetamu tersebut termasuklah

kunjungan delegasi yang dihantar dari wilayah-wilayah luar ke istana-istana

khalifah atau sultan bagi mengadakan hubungan diplomatik.

Rajah 11

Lakaran 3D pam air al-Jazari oleh para sarjana

Foundation of Science Technology and Civilization

Sumber: al-Hassani (2016d)

Rajah 12

Gambaran 3D pam air enam silinder

Taqi al-Din ibn Ma‘ruf

Sumber: al-Hassani & al-Lawati

(2016)

Page 11: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 259

Hubungan diplomatik ini diadakan bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu

sebagaimana yang dijelaskan oleh Iucu (2010) iaitu “The diplomatic mission

performs functions corresponding to its goals, contributing to mutual

understanding and close relations between two States, as well as to promoting

friendly multilateral cooperation between them”. Manakala hubungan

diplomatik ini dijalankan menerusi proses diplomasi iaitu “the conduct of

human affairs by peaceful means, employing techniques of persuasion and

negotiation” bagi mencapai matlamat tersebut (Lee & Hocking 2011). Oleh itu,

bagi menjayakan proses diplomasi ini, negara yang menghantar serta menerima

delegasi ini hendaklah memastikan proses tersebut berlaku dalam keadaan yang

menyenangkan. Iucu (2008) menambah dalam tulisan beliau yang lain

menyatakan, bagi mencapai keadaan yang menyenangkan ini bergantung

kepada protokol serta majlis keraian diplomatik.

Dalam kes ini, pembangunan bidang robotik dalam kerajaan Islam banyak

menyumbang kepada kelancaran proses diplomasi serta hubungan diplomatik

ini. Hal ini dapat dilihat menerusi dua situasi. Pertama ialah menerusi

pertukaran hadiah diplomatik pemerintah Islam dengan rombongan delegasi.

Contoh sumbangan bidang robotik dalam pertukaran hadiah diplomatik ialah

pemberian jam air automatik oleh pemerintah kerajaan ‘Abbasiyyah, iaitu

Khalifah Harun al-Rashid kepada delegasi Holy Roman Emperor yang menjadi

wakil kepada pemerintah mereka, Charlemagne. Pada tahun 807M,

Charlemagne telah menghantar tiga orang wakil beliau untuk menghadap

khalifah Harun al-Rashid bagi meneruskan hubungan diplomatik antara kedua-

dua buah kerajaan. Menurut Eagleton (2005), “…in 807, Harun al-Rashid, the

Abbasid Caliph of Baghdad, gave an elaborate water clock to Charlemagne. It

was describe as: ‘A marvelous mechanical contraption, in which the course of

the twelve hours moved according to a water clock, with many brazen balls,

which fell down on the hour and through their fall made a cymbal ring

underneath. On this clock there were also twelve horseman who at the end of

each hour stepped out of twelve windows, closing the previously open windows

by their movements.’” Menerusi pemberian hadiah tersebut telah mengukuhkan

lagi hubungan antara dua buah kerajaan tersebut dan hal ini secara tidak

langsung membuktikan pembangunan bidang robotik memberi implikasi yang

positif terhadap proses diplomasi antara pemerintah Islam dengan negara-

negara luar.

Bagi situasi kedua, pembangunan bidang robotik ini menjayakan proses

diplomasi menerusi majlis keraian. Hal ini berlaku menerusi keraian terhadap

tetamu-tetamu pemerintah Islam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang,

termasuklah rombongan delegasi. Ianya berlaku menerusi pelbagai ciptaan

inovasi yang dihasilkan khusus bagi menghiburkan para tetamu pemerintah

Islam di dalam majlis keraian ini. Sebagai contoh, inovasi yang dihasil dan

digunakan ini ialah hakama atau dikenali sebagai arbiter oleh al-Jazari (Unat

2016). Hakama atau arbiter ini merupakan sebuah robot mimik yang terdiri

daripada pelayan yang menuangkan air kepada tetamu yang terpilih. Ianya

Page 12: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 260

digunakan oleh pemerintah Artuqid bagi menghiburkan para tetamu di istana

beliau. Sebagaimana yang dijelaskan, keraian merupakan satu proses diplomasi

penting bagi melahirkan keadaan yang menyenangkan. Menerusi hiburan yang

dipersembahkan oleh hakama ini secara tidak langsung telah melahirkan

suasana yang menyenangkan yang menjayakan proses diplomasi ini.

Ekonomi

Dari aspek ekonomi, pembangunan robotik memberi sumbangan yang penting

dalam memajukan sektor ekonomi negara sekali gus meningkatkan ekonomi

kerajaan-kerajaan Islam pada masa tersebut. Hal ini berlaku menerusi

peningkatan hasil pertanian negara. Clot (1989) menyatakan, bagi kerajaan-

kerajaan Islam pada abad pertengahan ini, sumber utama ekonomi negara ialah

hasil pertanian khususnya hasil tanaman. Bagaimanakah pembangunan bidang

robotik meningkatkan hasil pertanian dan ekonomi negara? Hal ini berlaku

menerusi inovasi yang pelbagai yang membantu dalam menyebarkan air kepada

kawasan pertanian. Air merupakan sumber penting dalam sektor pertanian. Hal

ini kerana air yang mencukupi dapat menjamin kesuburan tanah bagi

mendapatkan hasil tanaman yang berkualiti serta memastikan haiwan ternakan

sihat. Walaupun kebanyakan kerajaan-kerajaan Islam pada abad pertengahan

berpusat di kawasan yang mempunyai kemudahan sumber air seperti Baghdad,

ibu kota kerajaan ‘Abbasiyyah berdekatan dengan laluan sungai Tigris, kerajaan

Artuqid di Diyarbakir berdekatan dengan laluan sungai Tigris, kerajaan

Umayyah di Andalus yang berpusat di Cordova berdekatan dengan laluan

sungai Guadalquivir, namun, air-air tersebut masih perlu dibawa ke kawasan

pertanian. Oleh itu, satu sistem pengairan diperlukan bagi menyalurkan air dari

sungai-sungai yang berhampiran ke kawasan-kawasan pertanian pada musim

bercucuk tanam.

Sejak dari dahulu lagi, sistem pengairan pertanian telah wujud. Menurut

al-Hassan dan Hill (1992), sistem pengairan tersebut dapat dibahagikan kepada

empat jenis iaitu basins irrigation, perrenial irrigation, terrace irrigation serta

wadi irrigation. Menerusi sistem pengairan yang digunakan ini menjamin hasil

pertanian yang berkualiti, namun pembangunan teknologi robotik ini telah

meningkatkan lagi hasil pertanian dalam tamadun Islam. Hal ini berlaku

menerusi inovasi noria yang telah menambah baik sistem pengairan terdahulu.

Hal ini kerana, penggunaan noria ini membolehkan air dibekalkan secara

berterusan, dengan cepat dan efektif. Zaimeche (2002) menyatakan, “The

introduction of the noria (water lifting device) in any district has always had

revolutionary consequences upon agriculture productivity, too”. Beliau turut

menambah “And because it was relatively in expensive to build and simple to

maintain, the noria enabled the development of entire huertas (orchard) that

were intensively irrigated”. Oleh itu, menerusi penjimatan kos ini, tanah-tanah

pertanian baru dapat dibuka. Di samping itu, hasil perkembangan teknologi

Page 13: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 261

robotik juga telah melahirkan sebuah lagi inovasi yang berfungsi secara

automatik. Inovasi tersebut ialah pam air automatik yang digerakkan oleh

tenaga air dan berfungsi dengan lebih efektif dalam mengangkut air dari sungai

ke dalam saluran air.

Bagi kawasan yang jauh dari kawasan sungai atau tinggi dari sumber air,

air bawah tanah digunakan dalam kehidupan seharian mahupun untuk pengairan

tanaman. Sebelum bidang robotik dibangunkan, bagi mendapatkan air dari

bawah tanah, alat shaduf digunakan bagi mengambil air dengan menggunakan

tenaga manusia (al-Hassan & Hill 1992). Menerusi pembangunan bidang

robotik telah menghasilkan pembinaan shaduf yang menggunakan tenaga

haiwan (al-Jazari 1974). Namun begitu, shaduf hanya boleh digunakan bagi

mendapatkan air dari sumber air yang hampir dengan permukaan tanah. Oleh

itu, bagi mendapatkan air dari punca air yang berada jauh di dalam perut bumi

boleh menggunakan inovasi saqiya yang juga menggunakan tenaga haiwan bagi

mendapatkan air yang terhasil menerusi pembangunan bidang robotik

sebagaimana yang dihasilkan oleh al-Jazari (al-Jazari 1974). Memandangkan

kedua-dua alat tersebut turut ditempatkan bersama-sama saliran air (aqueduct),

air yang diambil dari bawah tanah tersebut dapat disalirkan terus ke kawasan

pertanian dan ini dapat meningkatkan hasil pertanian bagi kawasan tinggi yang

jauh dari sungai. Menerusi peningkatan hasil pertanian ini sekali gus menambah

pendapatan dan mengukuhkan ekonomi negara.

Sosial

Sumbangan pembangunan teknologi robotik ini paling banyak dikesan dalam

aspek sosio masyarakat Islam. Hal ini dapat dilihat menerusi inovasi-inovasi

yang muncul hasil pembangunan bidang tersebut. Sebagaimana yang dijelaskan,

penghasilan noria dapat menyalurkan air dari sungai yang jauh ke kawasan

pertanian. Di samping itu, bagi mendapatkan air dari bawah tanah, shaduf serta

saqiya yang menggunakan tenaga haiwan digunakan. Di samping ketiga-tiga

inovasi tersebut digunakan untuk sistem pengairan pertanian, menurut al-

Hassan dan Hill (1992), inovasi-inovasi tersebut turut mampu digunakan bagi

menyalurkan air ke kawasan bandar memandangkan kecekapannya dalam

mengangkut air. Selain itu, inovasi seterusnya hasil perkembangan teknologi

robotik dalam tamadun Islam telah membawa kepada pembinaan pam air yang

memberi kesan yang lebih efektif untuk mengangkut air bagi disalurkan ke

semua kawasan pertanian dan bandar. Ini sekali gus memudahkan masyarakat

untuk mendapatkan air bagi kegunaan seharian mereka.

Selain itu, terdapat inovasi yang dihasilkan dalam memudahkan gerak

kerja masyarakat, khususnya pada waktu malam. Inovasi tersebut ialah

penciptaan lampu pelita automatik iaitu self-trimming dan self-feeding lamp.

Menurut al-Hassan dan Hill (1992), lampu ini tidak perlu kepada suapan

minyak dalam satu jangka masa yang lama serta penjagaan rapi bagi

Page 14: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 262

mendapatkan cahaya api yang cerah. Pada kebiasaannya, lampu pelita biasa

perlu diawasi agar nyalaan api pada pelita tersebut tidak malap dan bahan bakar

seperti minyak tanah (kerosene) sentiasa penuh. Kaedah yang digunakan bagi

memastikan lampu pelita tersebut sentiasa terang dan tidak malap ialah dengan

sentiasa memastikan sumbu (wick) seperti pada rajah 3 serta berada dalam

keadaan yang elok dan kemas agar api yang membakarnya akan mengeluarkan

cahaya yang terang dan sekata. Namun begitu, sekiranya menggunakan lampu

pelita ini dalam kadar waktu yang panjang, sumbu akan hangus terbakar dan

mengeluarkan cahaya yang malap. Ini menyebabkan sumbu tersebut terpaksa

dikemaskan semula. Di samping itu, minyak tanah yang digunakan perlu diisi

berulang kali bagi menyalakan api dalam jangka waktu yang panjang. Namun

begitu inovasi hasil pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam ini

mampu untuk menghasilkan sebuah lampu pelita yang berupaya untuk bertahan

lama menerangi pada waktu malam tanpa memerlukan apa-apa kaedah

penjagaan tertentu serta diawasi setiap masa. Ini secara tidak langsung

membantu dalam menjalankan kerja-kerja pada waktu malam serta di tempat

yang gelap.

Terdapat pelbagai lagi inovasi yang dihasilkan menerusi pembangunan

teknologi robotik ini yang bertujuan untu memudahkan sesuatu pekerjaan

manusia. Namun begitu, ianya tidak diketahui sama ada inovasi tersebut

digunakan secara meluas atau hanya digunakan oleh individu-individu tertentu

seperti khalifah atau sultan serta golongan istana. Inovasi tersebut adalah seperti

robot penuang minuman, robot pelayan yang menyediakan minuman dan

bersamanya tuala serta robot pelayan yang menyediakan keperluan berwuduk.

Sungguhpun begitu, implikasi inovasi robot-robot tersebut telah membantu

aktiviti harian yang memerlukan tenaga manusia. Secara keseluruhannya,

pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam memberi kesan dengan

meringankan beban dan memudahkan aktiviti harian kepada setiap golongan

masyarakat Islam pada masa tersebut.

Masa merupakan sesuatu yang penting dan sering dititikberatkan dalam

Islam. Hal ini dapat dilihat dalam al-Quran sendiri apabila Allah bersumpah

dengan masa di dalam surah al-Layl, surah al-Fajr, surah al-Dhuha dan surah al-

‘Asr yang semuanya menunjukkan kepada waktu-waktu tertentu. Di samping

itu, terdapat hadith Rasulullah s.a.w turut menyentuh mengenai nilai dan

kepentingan masa. Oleh yang demikian, masyarakat Islam menjadi prihatin dan

sentiasa berwaspada dengan masa. Sebelum wujudnya alat bagi mengukur masa

dalam tamadun Islam, masyarakat Islam sekadar berpandukan keadaan

persekitaran seperti menggunakan kedudukan matahari dan bulan bagi

menentukan masa. Namun begitu, perkembangan bidang astronomi dalam

tamadun Islam telah membawa implikasi yang besar kepada penciptaan alat dan

instrumen yang dapat mengukur dan menentukan masa dengan tepat dan

sistematik. Menerusi pembangunan teknologi robotik, inovasi jam air

mekanikal dan jam mekanikal dapat mengukur masa dengan memaparkan digit

jam, minit dan bilangan saat satu-satu masa. Di samping itu, menerusi inovasi

Page 15: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 263

jam mekanikal ini dan alat penggera yang disertakan di dalam jam tersebut

membolehkan masyarakat Islam sentiasa diingatkan dengan masa. Hal ini dapat

membantu masyarakat Islam dalam perihal mengatur urus penjagaan masa

mereka, khususnya waktu solat.

Sebagaimana yang dijelaskan sebelumnya, terdapat pelbagai ciptaan

inovasi yang dihasilkan bagi menghiburkan para tetamu pemerintah Islam di

istana mereka semasa majlis keraian. Namun begitu, hiburan ini tidak terhenti

kepada majlis keraian sahaja. Malah hiburan ini turut dapat dirasai di luar majlis

tersebut dengan beberapa inovasi lain yang terhasil menerusi pembangunan

teknologi robotik dalam tamadun Islam. Inovasi-inovasi tersebut merupakan

jam-jam air yang dilengkapi dengan robot mimik yang berfungsi seperti robot

teater yang mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. Contohnya, Jam Gadis

dan Pembunuh (The Maidens and Murderer Clock) dan The Malicious Snakes

Clock yang dicipta oleh al-Muradi (Lisa 2008). Memandangkan jam merupakan

sebuah inovasi yang sentiasa dilihat dan digunakan yang tidak terhad di dalam

majlis tertentu sahaja seperti hakama, robot teater, robot muzikal serta robot-

robot mimik yang lain yang mempunyai pelbagai fungsi, ianya dapat memberi

hiburan pada setiap masa kepada penonton yang melihatnya.

Selain memberi hiburan sepanjang masa, pembangunan teknologi robotik

ini telah menyumbang kepada kemajuan bidang kesenian dalam tamadun Islam.

Hal ini dapat dilihat pada kesenian dalam plan susunan lanskap taman Islam

atau Islamic garden. Taman Islam ini merujuk kepada sebuah taman yang

berkonsepkan Islam yang berasaskan kepada konsep syurga seperti mana yang

digambarkan di dalam al-Qur’an. Menurut Attia dan Wierina (2005), terdapat

lima prinsip fizikal yang menunjukkan sesebuah taman Islam. Prinsip tersebut

ialah, 1) quadripartie layout: the harmonious central unit, 2) use of water:

reflection of heaven and enviromental control, 3) vegetation and shade:

reflection of heaven and enviromental control, 4) pavilions: protection and

shelter dan 5) walls and gate: privacy and comfort.

Wescoat (1986) menyatakan, taman Islam ini telah muncul sejak abad ke-

7M lagi dan seterusnya berkembang dan diwarisi di dalam kerajaan-kerajaan

Islam seterusnya. Oleh itu, taman-taman Islam di dalam kerajaan-kerajaan Islam

mempunyai keunikannya yang tersendiri. Bagi beberapa kerajaan Islam, dalam

memanifestasikan air yang sentiasa mengalir di dalam syurga, pembinaan air

pancut (fountain) digunakan dalam menghiasi taman-taman mereka. Dengan

pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam, air pancut yang

digunakan ini telah ditambah baik dengan kejayaan dalam mereka bentuk

pelbagai bentuk pancutan air seperti berbentuk perisai dan lembing, malah,

bentuk pancutan ini bersilih ganti antara satu sama lain yang memberi kelainan

daripada air pancut yang biasa (al-Hassan dan Hill 1992). Di samping itu, taman

ini turut dilengkapi dengan burung-burung mekanikal yang bergerak serta

bercicip secara automatik bagi melahirkan suasana yang tenang di dalam taman

tersebut. Oleh itu, teknologi robotik oleh para sarjana Islam ini merupakan satu

Page 16: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 264

langkah yang maju dan inovatif dalam pembangunan bidang kesenian dalam

tamadun Islam.

Di samping menyumbang kepada kemudahan aktiviti harian masyarakat,

menentukan masa yang tepat dan sistematik serta memajukan bidang kesenian

Islam, pembangunan teknologi robotik dalam tamadun Islam ini turut

memaparkan ketinggian ilmu dalam tamadun Islam. Umum mengetahui,

tamadun Islam telah menyumbang kepada kemunculan, percambahan dan

perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan dalam sepanjang sejarah

ketamadunannya. Tatkala dunia Barat mengalami era kegelapan, tamadun Islam

berada dalam era kegemilangan dengan pencapaian yang tinggi dalam bidang

keilmuan, sama ada ilmu falsafah agama mahupun sains dan teknologi. Hal ini

adalah bertitik tolak dari ajaran Islam itu sendiri yang menekankan kepentingan

menuntut ilmu kepada umatnya.

Dalam pembangunan teknologi robotik, ketinggian ilmu ini dapat dilihat

menerusi pemikiran kritis dan kreatif para sarjana Islam dalam memanipulasi

satu-satu komponen asas mekanikal dan menjadikannya satu sistem yang lebih

praktikal. Bermula daripada penghasilan mesin-mesin mudah yang terdiri

daripada beberapa komponen kepada inovasi-inovasi yang lebih kompleks

dihasilkan dengan memanipulasi konsep asas mekanikal. Ulas Schmidt (2010),

“The devices very broadly employ systems of weights and balances, often

containing water with floats connected to strings that trigger traps, open and

close valves, or rotate internal gears that act as escapements similar to that

which would produce the swinging motion in a clock pendulum; pneumatic

devices used complicated siphons and air pressure tube tricks to trip floats or

drip water in symmetrical time.”. Hasilnya telah melahirkan robot automatik

yang dapat bergerak secara automatik dan mempunyai fungsi yang pelbagai.

Sebagai contoh inovasi-inovasi yang dihasilkan berdasarkan konsep-konsep ini

ialah teater mekanikal, pemain muzik automatik, robot-robot suruhan seperti

robot pelayan dan robot penuang air yang terdapat pada hakama serta jam-jam

air dan jam mekanikal.

Tambahan pula inovasi-inovasi ini tidak hanya dihasilkan menerusi intuisi

sebagai seorang pereka cipta atau dihasilkan secara teoritikal. Malah, inovasi-

inovasi ini turut dihasilkan menerusi analisis secara kritikal dengan membina

inovasi tersebut dan menjalankan beberapa uji kaji bagi mendapatkan hasil yang

tepat. Di samping itu, setiap inovasi ini dikongsi dan dijelaskan teknik

pembuatannya serta fungsinya di dalam karya-karya mereka yang dapat dilihat

hingga pada masa kini. Terdapat catatan manual bagi setiap inovasi yang

dihasilkan sebagaimana yang dapat dilihat di dalam manuskrip Kitab fi ma’rifat

al-hiyal al-handasiyyah hasil tulisan Ibn al-Razaz al-Jazari. Inovasi-inovasi

yang dihasilkan beliau diperincikan setiap fungsi pada satu-satu komponennya

menerusi lakaran dan penerangan dalam karya beliau tersebut. Karya tersebut

bagaikan blueprint yang ditinggalkan beliau sebagai antara sumbangan beliau

dalam bidang robotik dalam tamadun Islam yang dapat diwarisi pada zaman

lain dalam tamadun Islam hingga kini. Menerusi perkembangan bidang robotik

Page 17: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 265

serta karya yang dipenuhi dengan penjelasan yang terperinci dalam bidang ini

telah memaparkan tahap ketinggian ilmu yang tinggi dalam tamadun Islam pada

masa tersebut.

Kesimpulan

Pembangunan bidang robotik telah memberi sumbangan yang pelbagai kepada

individu, masyarakat serta negara dalam tamadun Islam. Hal ini berikutan

implikasi yang dapat dikenal pasti seperti alat hiburan yang memberi manfaat

kepada pemerintah kerajaan Islam, khususnya dalam memastikan delegasi-

delegasi dari luar serta para tetamunya terhibur dan menyenangkan mereka dan

secara tidak langsung ianya membawa kebaikan kepada pemerintah kerajaan

Islam. Inovasi-inovasi seperti peralatan harian sebagai contoh self-trimming dan

self-feeding lamp, pam air serta jam air dan jam mekanikal telah memberi

sumbangan yang tidak terkira dalam kehidupan masyarakat. Inovasi-inovasi

tersebut telah memberi banyak kemudahan kepada masyarakat Islam dalam

menjalankan tugasan harian mereka. Lantas, pembangunan teknologi robotik

membuktikan bahawa penciptaannya memberi sumbangan dan manfaat yang

besar kepada negara-negara Islam.

Tambahan pula, dengan penghasilan inovasi beberapa peralatan

mengangkut air yang berfungsi menyalurkan air dari sungai-sungai utama atau

dari bawah tanah ke segenap kawasan pertanian yang jauh di kawasan

pedalaman telah meningkatkan hasil pertanian yang merupakan sumber

ekonomi penting dalam negara Islam. Ini secara tidak langsung telah memaju

dan mengukuhkan ekonomi negara-negara Islam. Di samping memberi manfaat

kepada individu, masyarakat dan juga negara, pembangunan teknologi robotik

ini juga memberi manfaat dan sumbangan yang besar kepada khazanah ilmu

dalam tamadun Islam. Pembangunan serta perkembangan bidang ini telah

menunjukkan tahap ketinggian ilmu yang tinggi dalam tamadun Islam. Selain

itu, bidang ini turut memberi penambahbaikan terhadap bidang lain, khususnya

dalam bidang kesenian dan kejuruteraan Islam yang menyebabkan tamadun

Islam dipandang tinggi oleh masyarakat luar, terutamanya masyarakat Barat.

Menerusi analisis ini, dapat disimpulkan bahawa pembangunan terknologi

robotik telah memberi pelbagai manfaat yang besar dalam tamadun Islam dan

seharusnya diterokai dengan lebih mendalam bagi mendapatkan maklumat serta

penemuan-penemuan baru terhadap bidang ini dalam sejarah tamadun Islam

pada masa kini.

Pengiktirafan

Penulisan ini sebahagian daripada penyelidikan yang ditaja oleh Kementerian

Pengajian Tinggi di bawah Skim Geran Penyelidikan GUP-2015-015.

Page 18: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

| Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 266

Rujukan

Abu al-Fida’, Isma‘il ibn ‘Ali. t.th. Al-Mukhtasir fi Akhbar al-Bashr. Jil. 2. al-Matba‘ah

al-Hasiniyyah al-Misriyyah.

Attia, S. & Wierina, H. 2005. Islamic design in the Western world and Western design

in Islamic world. Research paper submitted to Design Theory Course,

Wageningen University, 2005.

Clot, A. 1986. Harun al-Rashid and the World of the Thousand and One Nights. United

Kingdom: Saqi Books.

Eagleton, C. 2005. Clocks and Time Keeping. Dlm. Medieval Science, Technology, and

Medicine: An Encyclopaedia. New York: Routledge.

Ghosal, A. 2006. Robotics: Fundamental Consepts and Analysis. India: Oxford

University Press.

Graefer, V. & Bischoff, R. 2003. Past, Present and Future of Intelligent Robots. Dlm.

International Symposium on Computational Intellegence in Robotics and

Automation. US: I. E. E. E. Press.

Greene, K. 2008. Inventors, Invention, and Attitudes Toward Technology and

Innovation. Dlm. Engineering and Technology in The Classical World. New

York: Oxford University Press.

al-Hassan, A. Y. & Hill, D. R. 1992. Islamic Techology: an Illustrated History. New

York: Cambridge University Press.

al-Hassani, S. 2016a. The self changing fountain of Banu Musa ibn Shakir.

http://www.muslimheritage.com/article/self-changing-fountain-banu-musa-bin-

shakir. [18 November].

al-Hassani, S. 2016b. The mechanical water clock Of Ibn Al-Haytham.

http://www.muslimheritage.com/article/mechanical-water-clock-ibn-al-haytham.

[18 November].

al-Hassani, S. 2016c. The astronomical clock of Taqi Al-Din: virtual reconstruction.

http://www.muslimheritage.com/article/astronomical-clock-taqi-al-din-virtual-

reconstruction [19 November].

al-Hassani, S. 2016d. The mechines of al-Jazari and Taqi al-Din.

http://muslimheritage.com/article/machines-al-jazari-and-taqi-al-din [19

November].

al-Hassani, S. & Al-Lawati, M. A. 2016. The six-cylinder water pump of Taqi al-Din:

its mathematics, operation and virtual design http://www.muslimheritage.com/

article/six- cylinder-water-pump-taqi-al-din- its- mathematics-operation

and-virtual-design [19 November].

http://www.muslimheritage.com/authors/mona-sanjakdar-chaarani

http://www.muslimheritage.com/article/mechanics-of-banu-musa [21 November 2016].

Iucu, O. 2008. Diplomacy and Diplomatic Protocols. Manager Journal. 8(4): 14-21.

Iucu, O. 2010. Diplomacy and Diplomatic Functions. Manager Journal. 11(14): 129-

134.

al-Jazari, Ibn al-Razaz. 1974. Kitab fi Ma’rifat al-Hiyal al-Handasiyyah. Terj. Hill, D.

R. The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices. Bostan: D. Reidel

Publishing Compony.

Jonston, L. 2014. Robotics: Concepts, Methodologies, Tools, and Applications.

Hershey: Information Science Reference.

Page 19: Sejauh Mana Pembangunan Teknologi Robotik · PDF filedalam tamadun China dan India. ... mengkaji sumbangan pembangunan teknologi robotik oleh para ... Inovasi kejuruteraan dalam tamadun

Prosiding Seminar Kebangsaan Tamadun & Warisan Islam (TAWIS) 2016 | 267

Kamaruzaman Yusoff, Wan Kamal Mujani, Nordin Jamaludin & Sallehuddin Mohamed

Harris. 2010. Al-Jazari: Tokoh Kejuruteraan Mekanikal Abad Ke-7H/13M.

Bangi: Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB).

Koetsier, T. 2001. On the prehistory of programmable machines: musical automata,

looms, calculators. Mechanism and Machine Theory 36: 589-603.

Lee, D. & Hocking, B. 2011. Diplomacy. International Encyclopedia of Political

Science. Pnyt. Bardie, B., Schlosser, D. & Morlino, L. Los Angelas,

California: SAGE Publications, Inc.

Lisa, M. 2008. The Book of Secret in the Results of Ideas: Incredible Machines from

1000 Years Ago: Ibn Khalaf al-Muradi. Terj. Ahmed Ragab. Milano: Leonardo3

srl.

Nadarajan, G. 2016. Islamic automation: a reading of al-Jazari’s the book of knowledge

of ingenious mechanical devices (1206). http://www.muslimheritage.com/

article/islamic-automation-al-jazari%E2%80%99s-book-knowledge-ingenious-

mechanical-devices [19 November].

Nizamoglu, C. 2016. Ingenious clocks from Muslim civilization that defied the middle

ages. http://www.muslimheritage.com/article/top-seven-ingenious-clocks-muslim-

civilisation-defied-middle-ages [21 November].

Oleson, J. P. 2008. The Oxford Handbook of Engineering and Technology in the

Classical World. New York: Oxford University Press.

Pancaroglu, O. 2006. Sculpture. Dlm. Meri, J. W. Medieval Islamic Civilization: An

Encyclopedia, hlm. 711-712. Jil. 2. New York: Routledge.

Schmidt, L. L. 2010. Islamic Automata in the Absence of Wonder. Tesis Sarjana.

Massachusets Institute of Technology.

Truitt, E. R. 2015. Medieval Robots: Mechanism, Magic, Nature and Art. Philadelphia:

University of Pennsylvania Press.

Unat, Y. 2016. Overview on al-Jazari and his Mechanical Devices. Muslim Heritage.

http://www.muslim.com/article/overview-al-jazari-and-his-mechanical devices [20

Februari 2016]

Wescoat, J. 1986. The Islamic Garden: Issue for Landscape Research. Dlm.

Enviromental Design: Journal of the Islamic Enviromental Design Research

Center. Pnyt. Attilo, P. 10-19. Rome: Carrucci Editions.

Zaimeche, S. 2002. Muslim Contribution to Agriculture. Foundation of Science,

Technology and Civilisation. http://www.muslim.com/uploads/ACF25A C.pdf [18

Februari 2016]