sumbangan tamadun islam dalam falsafah matematik dunia

28
SCHOOL OF EDUCATION AND SOCIAL DEVELOPMENT UNIVERSITI MALAYSIA SABAH LOCKED BAG NO.2073, 88999 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA “SUMBANGAN KETAMADUNAN ISLAM DALAM FALSAFAH MATEMATIK” 0

Upload: nasihin-bin-azmi

Post on 11-Jul-2016

82 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

SCHOOL OF EDUCATION AND SOCIAL DEVELOPMENT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

LOCKED BAG NO.2073,

88999 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA

“SUMBANGAN KETAMADUNAN ISLAM DALAM FALSAFAH MATEMATIK”

0

Page 2: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

PENDAHULUAN

SEJARAH MATEMATIK DALAM TAMADUN ISLAM

TOKOH MATEMATIK UTAMA TAMDUN ISLAM

3.1 Al-KHWARIZMI

3.1.1 LATAR BELAKANG TOKOH

3.1.2 PENDIDIKAN

3.1.3 PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHWARIZMI

3.1.4 KETOKOHAN AL-KHWARIZMI

3.1.5 STRATEGI PENGISLAMAN MATEMATIK DAN SAINS

3.2 IBNU BAJJAH

3.2.1 LATAR BELAKANG TOKOH

3.2.2 RENTETAN KEHIDUPAN

3.2.3 KARYA-KARYA IBU BAJJAH

3.2.4 SUMBANGAN IBNU BAJJAH

3.3 IBNU HAITHAM

3.3.1 LATAR BELAKANG IBNU HAITHAM

3.3.2 SUMBANGAN IBNU HAITHAM

3.3.3 KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

3.3.4 SUMBANGAN IBNU HAITHAM

PENUTUP

RUJUKAN

2

3

5

5

5

6

7

8

10

10

10

13

13

14

16

16

17

18

1

Page 3: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

1.0 PENDAHULUAN

Pada zaman awal Islam, iaitu lebih kurang pada tahun 700M, orang Islam mengarahkan

perhatian mereka kepada aktiviti-aktiviti intelektual. Tumpuan utama mereka ialah bidang

ilmu amali seperti matematik dan astronomi. Ada unsur-unsur keagamaan yang menyebabkan

orang Islam memerlukan matematik dan astronomi. Dengan ilmu geometri, mereka

menentukan arah Mekah (Kaabah) yang menjadi kiblat pada waktu mereka bersembahyang

setiap hari. Manakala aritmatik dan algebra diperlukan untuk mengira harta pusaka, hari dan

tahun. Dengan ilmu astronomi pula, mereka dapat menentukan hari-hari kebesaran yang lain

(hari raya dan permulaan berpuasa dalam bulan Ramadhan).

Pada zaman kegelapan di Barat, matematik telah merosot ke tahap yang amat rendah.

Sungguhpun demikian, kejayaan intelek orang Yunani dalam ilmu ini untuk manusia tidak

hilang begitu saja. Di bawah pengaruh dorongan agama Islam yang agung, orang Islam

menjadi kuasa besar yang meluas dengan cepatnya.

Bagaimanapun, orang Islam tidak menghadkan penggunaan ilmu yang mereka

majukan itu semata-mata untuk agama tetapi memperluaskan lagi penggunaannya untuk

manafaat manusia. Apabila orang Islam berpaling ke bidang matematik yang kadangkala

dirujuk sebagai “Cermin Peradaban”, mereka telah mengikuti jalan yang sukar untuk

memperkembangkan kebudayaannya. Orang Islam begitu maju pada zaman pertengahan

Islam kerana mereka mempelajari tentang langit dan bumi dengan mencari bukti-bukti untuk

menambah keimanan mereka. Ini seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran, “ Sesungguhnya

dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang

berlayar di laut membawa apa yang berguna kepada manusia, dan apa yang diturunkan oleh

Allah dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya

dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pergerakan angin dan awan yang

dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapa)t tanda-tanda (keesaaan dan

kebesaran) Allah bagi kaum-kaum yang memikirkannya” ( Al-Baqarah ; 164). Nabi

Muhammad s.a.w sendiri menyuruh para pengikutnya mencari ilmu seperti yang dinyatakan

dalam hadith yang mafhumnya “Dan sesungguhnya malaikat merendahkan sayapkan bagi

penuntut ilmu kerana reda dengan apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu tersebut.” (Hadith

Riwayat Imam Ahmad 5/196). Hadith yang lain mafhumnya “Sesiapa yang mengembara

untuk mencari ilmu pengetahuan, bermakna dia mengembara pada jalan Allah menuju ke

syurga”(Hadith Riwayat Abi Syaibah, 8/729)

2

Page 4: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

Bermula dari tahun 600M hingga 1200M, Empayar Islam merentang dari India

hinggalah ke Sepanyol, Baghdad dan Cordova merupakan pusat pentadbiran para khulafa’

yang memerintah. Abad ke-9 dan ke-10 dianggap sebagai zaman keemasan ahli-ahli

matematik Islam. Dunia terhutang budi kepada mereka kerana memelihara dan

memperkembangkan matematik orang Yunani yang bermutu tinggi. Begitu juga zaman

Renaisans Eropah terhutang budi kepada Zaman keemasan Islam. Perhubungan atau pertalian

ini membuka pintu yang luas untuk para cerdik pandai seterusnya membuat penyelidikan

lanjutan.

Perhatian khusus patut diberikan terhadap kebangkitan negara Islam yang

mengagumkan ketika Eropah mengalami zaman kegelapannya. Hanya sedekad selepas Nabi

Muhammad s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah pada tahun 622M, semua kaum di

Semenanjung Tanah Arab yang hidup berpecah belah dapat disatukan oleh semangat

keagamaan mereka yang begitu tinggi sehingga terbentuklah sebuah negara yang amat

berpengaruh. Kira-kira pada tahun 800M, khalifah yang memerintah pada masa itu telah

menjadikan bandar Baghdad sebagai pusat ilmu pengetahuan. Khalifah al-Ma’mun contohnya

adalah seorang cendikiawan, ahli falsafah dan teologi telah membina Bayt al-Hikmah sebagai

perpustakaan, akademi dan institusi penterjemahan. Ia juga merupakan pusat pendidikan

terpenting dibangunkan selepas penubuhan Muzium Iskandariyah pada pertengahan abad ke-

3 S.M.

2.0 SEJARAH MATEMATIK DALAM TAMADUN ISLAM

Kekhalifahan Islam (Empayar Islam) yang diasaskan di Timur Tengah, Afrika Utara, Iberia,

dan sesetengah bahagian India (di Pakistan) pada abad ke-8 mengekalkan dan

menterjemahkan banyak teks matematik yunani (daripada bahasa Greek kepada bahasa Arab)

yang kebanyakannya telah dilupai di Eropah pada masa itu. Penterjemahan berbagai-bagai

teks matematik India dalam bahasa Arab memberikan kesan yang utama kepada matematik

Islam, termasuk pengenalan angka Hindu-Arab ketika karya-karya Brahmagupta

diterjemahkan dalam bahasa Arab pada kira-kira tahun 766 masihi. Karya-karya India dan

yunani menyediakan asas dalam penyumbangan matematik dalam ketamadunan Islam yang

menyusul kemudiannya. Serupa dengan ahli matematik India pada waktu itu, ahli-ahli

matematik Islam minat mereka lebih menjurus kepada kajian bidang astronomi.

3

Page 5: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

Walaupun kebanyakan teks matematik Islam ditulis dalam bahasa Arab, bukan

semuanya ditulis oleh orang Arab kerana seperti dengan status bahasa Greek di dunia

keyunanian, bahasa Arab juga dipergunakan sebagai bahasa tertulis oleh cendekiawan-

cendekiawan bukan Arab di seluruh dunia Islam pada waktu itu. Sesetengah ahli matematik

yang terpenting adalah orang Parsi.

Khalifah al-Ma’mun juga mengumpulkan para cerdik pandai untuk menterjemahkan

karya-karya terkenal dalam bahasa Yunani ke bahasa Arab. Lantaran ini, tidak hairanlah jika

karya-karya Ptolemy, Eulid, Aristotle dan lain-lain lagi tersebar jauh dari Baghdad hingga ke

universiti-universiti Islam di Sicily dan Sepanyol. Melalui universiti-universiti di Sepanyol

jugalah orang-orang Islam memperkenalkan pengetahuan saintifik serta memindahkannya ke

Eropah yang pada ketika itu berada dalam kegelapan. Boleh dikatakan serentak dengan

zaman orang Islam dalam sejarah matematik, sama ada mereka adalah putera raja, tokoh

agama ataupun orang kaya, kesemua mereka ini berlumba-lumba mengupah orang

menterjemahkan hasil-hasil tulisan lama dan menulis tentang ciptaan baru yang saintifik.

Untuk tujuan ini, mereka menggunakan cerdik pandai Islam, kristian, Yahudi dan Zorostrian.

Walaupun mereka semua berlainan agama dan bangsa tetapi mereka mempunyai tujuan yang

sama. Kesemua mereka ini menulis dalam bahasa Arab iaitu bahasa orang Islam.

Abu al-Rihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni mengisytiharkan bahasa Arab sebagai

bahasa ilmu pengetahuan dan beliau sendiri lebih suka menggunakan bahasa Arab yang kata-

katanya agak kasar berbanding bahasa Farsi yang lebih halus. Malah kebanyakan buku-buku

teks yang digunakan di universiti-universiti di Turki ditulis dalam bahasa Arab sebagai

lanjutan bahasa ilmu pengetahuan sehingga abad ke lapan belas.

Dalam bukunya Life of Science, Professor George Sarton dari Universiti Harvard

mengatakan “Berdasarkan fakta, saya menegaskan walaupun aktiviti utama para cerdik

pandai yang menulis dalam bahasa Arab itu ialah usaha penterjemahan dan asimilasi,

mereka juga berusaha lebih daripada itu. Mereka tidak sewenang-wenangnya menyebarkan

ilmu pengetahuan dahulu kala tapi juga mencipta sesuatu yang baru. Bagaimanapun

terdapat juga beberapa orang Yunani yang hampir-hampir secara mendadak mencapai ke

peringkat yang amat mengagumkan. Ini disebut sebagai pencapaian orang Yunani yang

menakjubkan. Tetapi orang akan berkata juga tentang pencapaian orang Arab yang

menakjubkan meskipun dalam konteks berlainan. Munculnya peradaban baru yang bersifat

antarabangsa dan ensiklopedia hanya dalam tempoh dua abad merupakan suatu yang

4

Page 6: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

walaupun dapat dihuraikan tetapi tidak dapat diungkapkan secara sepenuhnya” (George

Sarton, 1948)

Prof. George A.Miller dari University Illinois menulis; “Sejarah matematik

merupakan antara ilmu yang mempunyai suatu bentuk yang dianggap sempurna dan

mempunyai hasil-hasil yang menggalakkan. Ini terbukti sejak dua ribu tahun dahulu melalui

proses pemikiran yang sama seperti yang kita gunakan hari ini. Oleh sebab itulah sejarah

matematik perlu mengarahkan perhatian kepada pencapaian saintifik yang mempunyai nilai

tetap disamping memberi perhatian kepada warisan intelektual agung yang wujud pada hari

ini”.

“Kemungkinan tiada satupun karya yang penting pada zaman keemasan orang

Yunani yang tidak diterjemahkan atau dikuasai oleh orang Islam”(F.W Kokomoor, 1936). “

Orang Islam telah memajukan dan memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang

matematik sehingga mereka menghasilkan karya-karya bermutu tinggi melebihi had yang

telah dicapai oleh orang Yunani khususnya dalam bidang algebra dan trigonometri”. (Edward S.Atiyah , 1958)

3.0 TOKOH FALSAFAH MATEMATIK UTAMA TAMADUN ISLAM

3.1 AL-KHAWARIZMI

3.1.1 LATAR BELAKANG TOKOH

 Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau

dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah

dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-

Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman

kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada

yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain

menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun

266H/850M di Baghdad.

3.1.2 PENDIDIKAN

 Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang

berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang

5

Page 7: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah

Islam dan kimia.

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian

Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda

beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di

Baghdad.

            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik

dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau

pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia

Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan

hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan

menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada

zaman sekarang.

 3.1.3 PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-

karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad

pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau

Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

 

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam

penyelidikan trigonometri dan astronomi.

2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan

matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya

merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan

yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam

sistem nombor pada zaman sekarang.

6

Page 8: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan

karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup

di dunia ini.

 

Hasil Karya Al-Khawarizmi 

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong

dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan

dikenali di Barat.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero

Indorum.

2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai

bidang.

3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam

Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.

4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai

algebra.

5. Al-Amal bi’ Usturlab’

6. Al-Tarikh

7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

 3.1.4 KETOKOHAN AL-KHWARIZMI

 Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi

dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.  Namun bidang

matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan

kajian yang dikaji.

            Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan

hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun

Islam. Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor

adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

 

            Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.  Antaranya

ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga

segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam

7

Page 9: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

geometri.  Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga

diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-

khawarizmi sendiri.

            Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun

Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang

yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang

berkaitan dengan bintang].

            Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah

satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas

Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

            Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan

terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada

pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

 

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-Khawarizmi

telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui

oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-

pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....”  Maka temasuklah

al-Khawarizmi itu sendiri.

            Al-Khawarizmi patut disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut

Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang

yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-

Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang

Islam.

 3.1.5 STRATEGI PENGISLAMAN MATEMATIK DAN SAINS

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia

hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh

yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut

undang-undang Islam.

 

8

Page 10: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

1. Tauhid

Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam

yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol

kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan

kegiatan matematik.  Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus

diterima bulat-bulat tanpa syarat.

 

2. Syariah

Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian

dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang

cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba

dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi

Institusi.  Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia

dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

 

3. Akhlak

Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu

dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai

murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini

adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh

agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat

memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

 

Cabang Matematik 

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik

dan lain-lain.

 

Geometri

Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam

cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-

Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada

perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula

geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat

ruang.  Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].  Kemudian Thales

9

Page 11: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam

kurun ke6SM.  Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini

terutamanya pada abad ke9M.

 

Algebra/aljabar

Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh

Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-

12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis

oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

3.2 IBNU BAJJAH

3.2.1 LATAR BELAKANG TOKOH

Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti  atau dikenali

sebagai Ibn Bajjah. Beliau berasal dari keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang

emas. Tetapi di Barat ia di kenali sebagai dengan nama Avempace. Beliau dilahirkan di

Saragossa pada tahun 1082 Masih .

Ibn bajjah merupakan merupakan di antara cendiakawan yang dapat menguasai pelbagai

ilmu yang dipelajarinya.di antaranya ialah :

1.       Ahli hafiz Al-Quran

2.      Bidang kedoktoran

3.      Seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal

4.      Menguasai ilmu matematik, fizik dan falak

5.      Bidang falsafah

3.2.2 RENTETAN KEHIDUPAN

Selain di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi oleh Ibn Bajjah, beliau juga turut

melibatkan diri di dalam bidang politik .Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaitu

10

Page 12: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

di Saragoassa  apabila dia  mula bergiat sebagsai penyair bagi pihak al-Murabithun yang

dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ ,Ibn Bajjah

dilantik sebagai menteri .

 Pada tahun 1118 M,( 512 H ) Saragossa dapat ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal

dari Aragon ,maka Ibn Bajjah pun berpindah ke Seville .Di dalam perjalanannya ke Seville

dia singgah di Valencia . Di Seville Ibn Bajjah menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan

banyak menulis tentang ilmu logic dan matematik.

Kemudian Ibn Bajjah berpindah ke Granada ,dan dari sana beliau berpindah ke Afrika

Utara ,iaitu pusat Dinasti Murabithun .Tetapi oleh kerana cara pemikiran falsafahnya asing di

kalangan masyarakat di situ ,beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah iaitu di Maghribi

oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan

pembawa bid’ah .Oleh kerana Ibn Rusyd pernah menjadi muridnya Ibn Bajjah dilepaskan.

Ekoran dari kejadian tersebut ,ia meneruskan perjalanannya ke Fez di Morocco.

Disana ,beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan

diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibn Yusuf Ibn Tasifin untuk jangka waktu

yang panjang .

Kedudukan yang beliau perolehi , telah menimbulkan rasa dengki dan iri hati dari

pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun 1138 M( 533 H) menurut satu

riwayat  beliau meninggal dunia akibat  diracuni oleh seorang doktor, yang bernama Abu

al-‘ala Ibn Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmu yang terdapat pada

Ibn Bajjah. Beliau dimakamkan di samping makam Ibn ‘Arabi di Fez .

Beliau mempunyai dua orang pengikut yang kebanyakan maklumat mengenai latar

belakang kehidupannya banyak diperolehi daripada kedua orang ini. Dua orang pengikutnya

ialah Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz bin al-Iman dan Ibnu Tufail

3.2.3 KARYA-KARYA IBN BAJJAH

Ibn Bajjah banyak mengahasilkan karya di dalam pelbagai bidang termasuklah dalam

matematik. Karya-karya yang dihasilkan lebih kurang 31 karya meliputi pelbagai bidang.

Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa

11

Page 13: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

Hebrew dan Bahasa Latin. Manuskrip–manuskrip asal dan terjemahannya ada tersimpan di

dalam perpustakaan Bodlein, Perpustakaan Berlin dan di perpustakaan Escurial. Di antara

karya-karyanya yang terpenting ialah :

KARYA-KARYA AGUNG IBNU BAJJAH

- Risalah al-wida’

Ia mengandungi tentang ketuhanan ,kewujudan manusia, alam, serta huraian mengenai

kedoktoran dan perubatan .Buku ini terletak di perpustakaan Bodlein.

- Risalah Tadbir al-Mutawahhid

Ia mengandungi tentang pandangan beliau dalam bidang politik, matematik, mantik dan

falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang

disebut Mutawahhid. Kandungan buku ini seperti buku al-Madinah al-Fadhilah ,karangan

al-Farabi. Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol

setelah wafatnya Ibn Bajjah.

- Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan

Ia mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.

- Kitab an-Nafs

Ia mengandungi  yang berkaitan tentang persoalan yang berkaitan tentang jiwa manusia

dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi dari kewujudan manusia

(kebahagiaaan). Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah

Yunani ,oleh sebab itulah Ibn Bajajh banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil

tulisan Aristotle ,Galenos ,al-Farabi ,dan al-Razi.

-Kitab komentar tentang ilmu Logik al-Farabi

Sampai sekarang masih ia tersimpan di perpustakaan Escurial (Spanyol ). Beberapa

ulasan terhadap buku falsafah hasil karya Aristotle ,al-Farabi, Porphyrius dan

sebagainya . “Di perpustakaan Berlin terdapat 24 risalah manuskrip karangan Ibn

Bajjah. Di antaranya ialah Tardiyyah( syair-syair )”. (Carra dew Vaux, 2001)

12

Page 14: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

3.2.4 SUMBANGAN IBN BAJJAH

Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat meliputi pelbagai bidang

termasuklah matematik. Ia bersesuaian dengan kedudukan dan penghormatan yang telah

diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannaya serta tokoh falsafah Islam yang pertama di

Andalusia. Menurut Ibn Khaldun, kedudukan Ibn Bajjah adalah setaraf dengan Ibn Rusyd

(Averroes ), Ibnu Sina(Avincenna) dan al-Farabi .

 Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana

sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita

hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah.

Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Sebagai contoh , beliau

telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana

barat berbuat demikian. Begitu juga konsep madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara

tidak langsung . Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya

telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah pelbagai bidang

termasuklah falsafah matematik di bumi Andalusia .

3.3 IBNU HAITHAM

Nama sebenar Ibnu Haitham adalah Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-

Basri Al-Misri. Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen,

Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.

 

3.3.1 LATARBELAKANG IBNU HAITHAM

Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq. Beliau dibesarkan di

bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada

masa itu. Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi

pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak

pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di

perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar

dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba

ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi,

perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi. Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan

13

Page 15: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua

Eropah pada zamannya.

Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir

waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M)

mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan

keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir

Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat

mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih

yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau

kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada

tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu

Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan

terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut

menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.

Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan

Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang

optik. Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli

matematik hingga akhir hayatnya. Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun

1039M katika usianya 74 tahun.

 

3.3.2 SUMBANGAN IBNU HAITHAM

TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)

 Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah

berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu

hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan

sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah

di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki

langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang

apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam

fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena

nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

 

TEORI PENGLIHATAN (optik)

14

Page 16: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat

eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh.

Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam

penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak

lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang

mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari

matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda

yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

 

CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG

Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung

dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin

sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam

cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

 

TEORI BIASAN CAHAYA

Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada

permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat.

Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

 

AHLI BIDANG FALSAFAH

 Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya

adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih

tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu:

“bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang

berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.

 

BIDANG ASTRONOMI

 Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak

menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-

plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik.

Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler.

Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu

Nasiruddin at-Tusi.

15

Page 17: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

 

 BIDANG FIZIK

Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau

menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi

satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon,

Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler.

3.3.3 KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan

dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku,

namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:  Maqalah fi Istikhraj Samt al-

Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus

optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-

Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi

al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-

Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan

astronomi.Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di

antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam

bahasa-bahasa Eropah.

 Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu

ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar

dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M. Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu

Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi

rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada

tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan

nama Thesaurus Opticae.

3.3.4 SUMBANGAN IBNU HAITHAM

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu

Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu

pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini.

Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan

Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat

patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka

16

Page 18: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah

menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama

tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam

bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

        Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi

kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani

dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan

usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas

menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan

ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar

tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang

beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga

seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu

pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti

Roger Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang

kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita

mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran

serta mendekatkan diri  kepada Allah SWT.

4.0 PENUTUP

Ahli matematik Islam menyedari kemajuan intelek manusia merupakan

kecenderungan yang bijak untuk percapaian manusia sama ada pada waktu yang lalu,

sekarang mahupun yang akan datang. Oleh itu, perkembangan matematik dalam

ketamadunana islam telah digembeling semaksima mungkin oleh sarjana-sarjana islam

terdahulu dalam memenuhi aspirasi kehendak Allah dalam Al-Quran dan Hadith. Selain itu ia

juga menjadi wadah dalam memenuhi kehendak dan keperluan sekeliling khasnya melibatkan

perkembangan teknologi yang sedia ada pada zaman berkenaan. Umpamanya, matematik

pada zaman Mesir purbakala dan Rom menjadi alat untuk menyelesaikan masalah-masalah

harian. “Dalam sejarah tamadun manusia, kesemuanya telah berusaha ke arah pencapaian

dalam bidang matematik. Zaman permulaan pra sejarah tidaklah diperolehi sebagaimana

penemuan bahasa dan seni. Oleh itu, permulaan peradaban hanya boleh dihubungkaitkan

dari tingkah laku orang primitf hari ini. Walau dari mana pun sumbernya, matematik yang

17

Page 19: Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia

kita dapati hari ini telah melalui dua aliran nombor dan bentuk; pertama melalui aritmetik

dan algebra dan kedua melalui geometri”(Eric Temple Bell, 1940)

5.0 RUJUKAN

Abu Bakar Ahmad bin Ali Razi Al-Jashoshi 2001. Ahkamul Quran Cetakan Beirut Lebnon

ms 110-115

Abu Abdullah Muhamamd Ismail, 860M. Kitab Bukhari Cetakan Beirut Lebnon

Abu Fadl Ahmad bin Ali bin Hajr Asqalani, 1449. Fath Al-Bari bi Syarh Shahih Al-Bukhari

cetakan Mesir Publication bhd. Ms 224-226

Edward S.Atiyah, 1958, The Arabs. Ediburgh. R. and R.Clark, hlm 55.

Eric Temple Bell , 1940. The Development of Mathematics. N.York. Mc Graw Hill Book

Company, hlm 3

F.W Kokomor, 1936. The Mathematics Teacher. vol.29, hlm 229.

George Sarton, 1948. The Life of Science. New York, Henry Schumann, hlm 150.

Rene Taton, 1963. History of Science, N.York, Basic Books, hlm 386.

18