sumbangan dan kehebatan tokoh2

19
1. Zaman India a.Panini - Panini merupakan salah seorang pendeta India yang mengkaji bahasa Sanskrit. Beliau menulis buku tatabahasa Sanskrit bertajuk Astadhyayi (Delapan Kuliah). Karya beliau mendapat pengiktirafan sarjana linguistik moden kerana menghasilkan sebuah tatabahasa bahasa Sanskrit yang mengandungi banyak unsur pemikiran yang hanya dicetuskan oleh ahli linguistik moden di Eropah. - Beliau dijangka hidup sekitar kurun ke-5 hingga ke-7 S.M. Walau bagaimanapun, konsep linguistik yang diperkenalkan beliau masih terdapat dalam abad yang ke-20. - Dalam salah satu karya beliau menjelaskan 400 buah huraian yang mencakupi tiga bidang linguistik iaitu bunyi, tatabahasa dan makna. - Dalam deskripsi beliau juga memperkenalkan bunyi vokal yang panjang dan pendek termasuk ke dalam golongan yang sama, dan tidak dibezakan. Ini dilakukan sekadar membezakan kualiti bunyi vokal tersebut, dan bukan bagi membezakannnya sebagai dua fonem yang berasingan. - Kebanyakan kajian beliau adalah berdasarkan pemerhatian. Contohnya unsur jeda (+) dalam

Upload: mie-immy

Post on 25-Jun-2015

1.220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

1. Zaman India

a. Panini

- Panini merupakan salah seorang pendeta India yang mengkaji bahasa

Sanskrit. Beliau menulis buku tatabahasa Sanskrit bertajuk Astadhyayi

(Delapan Kuliah). Karya beliau mendapat pengiktirafan sarjana

linguistik moden kerana menghasilkan sebuah tatabahasa bahasa

Sanskrit yang mengandungi banyak unsur pemikiran yang hanya

dicetuskan oleh ahli linguistik moden di Eropah.

- Beliau dijangka hidup sekitar kurun ke-5 hingga ke-7 S.M. Walau

bagaimanapun, konsep linguistik yang diperkenalkan beliau masih

terdapat dalam abad yang ke-20.

- Dalam salah satu karya beliau menjelaskan 400 buah huraian yang

mencakupi tiga bidang linguistik iaitu bunyi, tatabahasa dan makna.

- Dalam deskripsi beliau juga memperkenalkan bunyi vokal yang

panjang dan pendek termasuk ke dalam golongan yang sama, dan

tidak dibezakan. Ini dilakukan sekadar membezakan kualiti bunyi vokal

tersebut, dan bukan bagi membezakannnya sebagai dua fonem yang

berasingan.

- Kebanyakan kajian beliau adalah berdasarkan pemerhatian.

Contohnya unsur jeda (+) dalam perkataan kris+na. Beliau mengatakan

semua + didapati wujud sebelum bunyi sengau. Ciri ini dijelaskan

dalam deskripsi itu.

- Kajian Panini terhadap bahasa Sanskrit juga mengenali unsur lain

seperti sandi, dan unsur morfem kosong. Akhir sekali, dapat juga dilihat

bahawa tatabahasa bahasa Sanskrit beliah adalah ringkas dan

konsisten.

Page 2: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

2. Zaman Yunani

a. Plato

- Plato mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang membentuk

pemikiran lengkap, iaitu logos. Logos terbahagi kepada dua iaitu

onoma (kata nama) dan rhema (kata kerja).

- Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan hubungan

lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama

ada bersifat tabii atau kesepakatan, walaupun Socrates pernah

mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya.

- Plato juga mengarakan bahawa simbolik bunyi memang wujud.

Contohnya [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan

kehalusan dan kelancaran.

b. Aristotle

- Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis, iaitu onoma (kata

nama), rhema (kata kerja) dan Syndesmoi (kata hubung).

- Beliau juga mengakui wujudnya sistem kala, di samping

memperkenalkan konsep neutral, iaitu hubungan antara lambang

dengan acuan bersifat konvensional.

c. Dionysius Thrax

- Beliau menjalankan kajian berdasarkan kepada bahasa yang betul

seperti yang digunakan oleh pemuisi Homer dalam puisinya. Beliau

mengajar di Rhodes dan Rom. Sepanjang kerjayanya mengajar, beliau

menghasilkan buku tatabahasa Yunani iaitu Techne Grammatike. Buku

ini menjadi buku tatabahasa pegangan untuk bahasa Yunanui hingga

ke hari ini.

- Asas-asas tatabahasa inilah yang menjadi asas penulisan buku-buku

tatabahasa bahasa-bahasa Eropah pada hari ini. Dalam buku

tatabahasanya, beloau menggolongkan kata kepada lapan jenis iaitu

kata nama, ganti nama, kata kerja, kata adjektif, kata adverba, kata

sendi, kata partikel dan kata seru.

Page 3: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

3. Zaman Rom (Romawi)

a. M. Terrentius Varro

- M. Terrentius Varro dianggap sebagai ahli tatabahasa Romawi paling

tulen dalam bahasa Latin.

- Melalui bukunya yang bertajuk De Lingua Latina, beliau telah

merumuskan :

a. Bahasa itu seragam secara semula jadi.

b. Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna.

c. Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan etimologi.

b. Priscia

- Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah

membahagikan kelas kata kepada lapan iaitu nomen, verbum,

particium, pronomen, adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctto.

- Buku tatabahasa Institutiones Grammatikae mempunyai 1000 halaman

dan mengandungi 18 jilid. Buku tatabahasa Latin itu lengkap

membincangkan pembentukan kata dan ayat. Daripada segi linguistik

moden, memang dapat dikatakan kaedah yang digunakannya tidak

konsisten kriteria formal atau bentuk kata dan kadang-kadang semantik

atau makna.

- Namun tatabahasa yang beliau hasilkan masih dijadikan asas

tatabahasa Latin hingga ke hari ini.

- Karyanya ini dianggap baku hiingga kini, dan dianggap sebagai kajian

tatabahasa Romawi yang representatif.

- Selain fonologi, aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis.

Page 4: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

4. Zaman Arab

a. Al Khalil

- Al-Khalil merupakan seorang sarjana Arab yang terkemuka dalam ilmu

linguistik. Beliau adalah seorang ahli leksikografi yang menumpukan

tenaga dan pemikiran dalam mengkaji fonetik dan kata.

- Dalam pengajiannya, beliau mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa Arab

dengan memilih bunyi-bunyi konsonan sahaja, dan bunyi-bunyi vokal

diberi fungsi yang memberi perbezaan-perbezaan terhadap konsonan

tersebut. Beliau memberi perhatian yang mendalam dan meluas

terhadap bunyi konsonan.

- Ada kelebihan dalam pengajian seperti itu kerana bunyi-bunyi

konsonan tersebut lebih konstan daripada bunyi-bunyi vokal. Bunyi-

bunyi vokal berubah-ubah dan mempunyai variasi dalam

pengucapannya, bergantung kepada bunyi konsonan yang berlaku

sebelum dan selepasnya.

Page 5: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

5. Zaman Pertengahan

a. Golongan Medistae

- Golongan Medistae mengagungkan semantik. Mereka menganggap

kunci analisis bahasa ialah peralihan fikiran ke dalam bunyi melalui

kata dan ujaran.

b. Golongan Spekulatif

- Golongan Spekulatif menganggap bahawa kata tidak mewakili rujukan

secara langsung. Kata hanya mewakili benda dalam cara dan aksi.

Tatabahasa semua bahasa dianggap sama walaupun dapat berubah

secara kebetulan.

c. Pengaruh agama Kristian

- Kitab Injil diterjemahkan kepada beberapa buah bahasa tempatan.

Hasil ini adalah satu bahan bertulis yang diunakan untuk kajian

linguistik. Usaha ini juga menjadi bukti pengaruh agama Kristian

terhadap kaedah menganalisis bahasa-bahasa bagi memenuhi

keperluan mengembangkan agama Kristian.

- Ini dilakukan dengan menggunakan tatabahasa Latin susunan Priscian

sebagai acuan membina tatabahasa lain, seperti yang dilakukan ke

atas bahasa Eire, Wales dan Iceland.

- Kajian tatabahasa pada masa itu menggabungkan sintaksis dan logik.

Falsafah digunakan dalam mengkaji bahasa. Salah satu konsep

falsafah yang digunakan bagi menentukan ayat ialah dengan

membincangkan kesempurnaan sesuatu ayat yang dihasilkan.

- Oleh itu sesebuah ayat yang dihasilkan hendaklah terdiri daripada kata

nama dan kata kerja. Kata-kata daripada golongan yang berlainan

disatukan menjadi ayat. Ini lebih dikenali sebagai koligasi atau saling

berdampingan pada masa ini. Mereka berpendirian, sebarang

kesimpulan mengenai tatabahasa hendaklah berdasarkan logik, yakni

rumus tatabahasa mestilah logikal.

Page 6: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

6. Zaman Perbandingan

a. Jacob Grimm, Hermann Grassman, Karl Verner

- Para sarjana ini menjalankan kajian terhadap bahasa dengan

menggunakan logik, dan tidaklah dengan membuat penyelidikan

terhadap bahasa itu sendiri. Segala-galanya diselesaikan dengan

membuat kesimpulan yang didasarkan kepada hujah-hujah logik.

- Apabila kuasa Eropah mula menjelajah kawasan baharu di luar

Eropah, ahli dakwah agama Kristian mula berusaha mengembangkan

agama Kristian ke wilayah-wilayah penjajahan mereka.

- Dari situ bermulanya kepentingan menterjemahkan kitab Injil ke dalam

bahasa-bahasa kawasan jajahan tersebut. Ini menyebabkan para

sarjana Eropah mengetahui bahasa-bahasa itu tidak tetap dan sentiasa

berkembang.

- Mereka membuat kajian perbandingan kata-kata dna melihat banyak

persamaan berntuk kata. Persamaan kata-kata itu dapat dikatakan

sama dengan bunyi yang terdapat dalam bahasa-bahasa Eropah.

Misalnya :

Bahasa ‘emak’ ‘dua’ ‘tiga’

Yunani meter duo tries

Latin mater duo tres

Rusia mater dva tri

Inggeris mother two three

- Sarjana-sarjana perbandingan bahasa mengkaji persamaan ini dan

membuat kesimpulan mengenai unsur-unsur yang sama dalam kata-

kata tersebut, iaitu daripada segi pergeseran bunyinya.

- Kesimpulan yang dilakukan oleh sarjana bahasa mengenai fenomena

bahasa melalui kajian terhadap ciri-ciri bahasa, maka bolehlah

dikatakan suatu aliran baharu mengenai kajian bahasa bermula.

- Daripada pengamatan tersebut, mereka dapat membuktikan bahawa

bahasa Sanskrit dan bahasa Eropah berasal daripada induk iaitu Indo-

Eropah.

7. Zaman Pembaharuan

Page 7: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

a. Ferdinand de Saussure

- Beliau hiidup pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Beliau

membuat kajian linguistik perbandingan. Kemudian baharulah beliau

mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik deskriptif

struktur. Pengaruh beliau terlihat dalam dua hal.

- Pertama, tulisannya di antara 1878-1924 yang dikarang dalam bentuk

sebuah memoir, emmbicarakan darihal sistem vokal primitif dalam

bahasa proto Indo-Eropah.

- Beliau membezakan kajian llinguistik secara sinkronik dan dikronik.

Sinkronik bermaksud kajian mengenai sesuatu item dalam bahasa.

Manakala, dikronik ialah kajian mengenai sistem bahasa.

- Kedua, beliau menimbulkan perbezaan antara langue dan parole.

Istilah langue bererti bahasa manakala parole sama pengertiannya

dengan loghat.

- Parole terdiri daripada ciri-ciri bahasa yang sama terdapat dalam

pertuturan beberapa penutur loghat yang sama. Kita dapat melihat ciri-

ciri yang dikongsi bersama oleh penutur-penutur tersebut, di samping

ciri-ciri yang membezakan setiap penutur individu. Langue pula terdiri

daripada ciri-ciri parole yang umum dalam sekelompok parole daripada

bahasa yang sama.

- De Saussure juga mengatakan bahawa bahasa mempunyai bahan dan

bentuk. Bunyi-bunyi yang dituturkan itu adalah bahan bunyi, garis-garis

lakar dikatakan bahan grafik dan lain-lain bagi sesebuah bahasa.

Bantuk pula ialah pola-pola perhubungan yang abstrak ditentukan oleh

sesuatu bahasa itu ke atas bahannya. Apabila kita mengkaji fonetik

atau bunyi bahasa Melayu, kita mengkaji pola-pola pembentukan

perkataan daripada bahan bunyi ini, kita mengkaji bentuknya. Begitu

jugalah pola-pola ayat tatabahasa adalah bentuk-bentuk dalam

bahasa.

b. F.Boas

Page 8: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

Perkembangan linguistik di Amerika Syarikat dipengaruhi oleh kajian

yang dijalankan pada zaman yang lebih awal.

- Dalam buku F.Boas yang bertajuk Handbook of the American

Languages (1971) yang memberikan kaedah-kaedah secara sistematis

bagaimana mendeskripsi bahasa.

- Beliau menerangkan yang bahasa-bahasa sebenarnya berbeza-beza

dan tidak serupa. Oleh itu deskripsi yang berlainan hendaklah

dilakukan dan tidak semata-mata menggunakan sistem tatabahasa

bahasa Eropah sebagai kerangka untuk semua.

c. E.Sapir

- Sapir mendapat pengetahuan asas dalam bidang Fonologi di Jerman

tetapi dipengaruhi oleh F.Boas. Beliau turut mengkaji bahasa-bahasa

orang asli Amerika. Beliau menulis bukunya yang pertama Language

(1881).

- Buku ini mementingkan pendekatan kajian dari segi antropologi dan

melihat bahasa dan fungsinya daripada segi sesuatu masyarakat yang

menggunakannya.

d. L. Bloomfield

- Bloomfield ialah sarjana yang bertanggungjawab mengangkat linguistik

menjadi suatu bidang kajian yang tersendiri. Bloomfield

memperlihatkan dengan jelas konsep sains dalam kajiannya, iaitu

suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian

hendaklah dapat diperhatikan dan dapat dianalisis dan ditentukan

secara empiris.

- L. Bloomfield (1887-1949) mendominasi dunia linguistik melalui

karyanya. Pada tahun 1914, Bloomfield menulis buku An Introduction

to Linguistic Science. Artikelnya juga banyak diterbitkan dalam jurnal

Language yang didirikan oleh Linguistic Society of America tahun 1924.

Pada tahun 1933, sarjana ini menerbitkankan buku Language yang

mengungkapkan pandangan behaviorismenya tentang fakta bahasa,

yakni stimulus-response atau rangsangan-tanggapan.

e. S. Harris

Page 9: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

- S.Harris mengikut langkah Bloomfield melanjutkan usaha bagi

menjalankan kajian linguiatik struktural. Usaha inilah yang dipaparkan

oleh Harris dalam bukunya Structural Linguistics (1951).

- Beliau memberi tekanan kepada langkah-langkah yang dijalankan bagi

mewujudkan suatu kaedah mengkaji tatabahasa secara saintifik.

f. J.R. Firth

- Firth mengutarakan konsep dan pendekatannya sendiri dalam

mengkaji bahasa. Beliau menumpukan perhatian terhadap dua

perkara, iaitu Analisis Prosodi dalam mengkaji tatabahasa dan juga

keperihalan keadaan dalam mengkaji makna.

- Walau bagaimanapun, teorinya hanya dijalankan secara meluas dalam

bidang fonologi dan kurang dalam bidang lain. Firth percaya yang

teorinya dapat digunakan pada semua peringkat analisis linguistik.

g. Noam Chomsky

- Tatabahasa transformasi diperkenalkan oleh Chomsky pada tahun

1957 dalam bukunya bertajuk Syntactic Structures. Dalam tatabahasa

transformasi ini kita perlu memahami beberapa konsep am. Kita perlu

menerima apa yang dimaksudkan dengan ayat yang gramatis dan

yang tidak gramatis dalam bahasa kita menurut ukuran seorang

penutur bahasa ibunda.

- Ini kerana, bahasa diertikan sebagai mengandungi ayat-ayat yang

diterbitkan. Pada hakikatnya ayat dapat dipanjangkan seberapa yang

mungkin. Ayat-ayat ini dibentuk daripada unsur-unsur yang terhad

bilangannya. Berkaitan dengan ini kita menganggap bahawa ada

beberapa proses operasi delam membentuk ayat-ayat tersebut dengan

menggunakan rumus-rumus tertentu.

Page 10: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

Sejarah perkembangan ilmu linguistik terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat

awal, peringkat perkembangan dan peringkat pemodenan. Pada peringkat awal

melibatkan lima zaman iaitu zaman india, zaman yunani, zaman romawi, zaman

pertengahan dan zaman pembaharuan. Pada peringkat perkembangan pula

melibatkan abad ke-18, abad ke-19 dan tahun 80-an. Manakala, pada peringkat

pemodenan melibatkan sarjana linguistik yang ternama seperti Ferdinand De

Saussure, L.Bloomfield, Kenneth L.Pike, Noam Chomsky dan Charles Fillmore.

Zaman India

Piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang tertua. Pembelajaran bahasa

digunakan untuk tujuan ritual. Bahasa Sanskrit digunakan untuk mengucapkan doa

dalam buku Veda,. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda. Abjad

Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 S.M. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf

dan diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui openyerapan

tatacara empiris.

Zaman Yunani

Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak 500 S.M. Bahasa merupakan

sesuatu yang melambangkan tamadun tinggi dan dapat menerangkan kejadian alam

berasaskan kajian etimologi. Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. Ini telah

menimbulkan persoalan :

- Mengapa bahasa manusia tidak sama?

- Bagaimana wujudnya bahasa?

- Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda / perkara yang

dilambangkan?

- Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini?

Golongan analogis dan naturalis yang disebut Phusei mengatakan bahawa bahasa

berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi, regular

dan logik. Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut Thesei pula

mengatakan bahawa bahasa bukan natural, wujud secara konvensyen, tidak

seragam dengan pelbagai kelainan.

Page 11: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda

yang sesuai dengan kudratnya. Mereka membahagikan kata kepada empat, iaitu

nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron

(kata sandang).

Semua kajian berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci Hemeros

yang berjudul Iliad dan Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani

Kuno.

Zaman Rom (Romawi)

Wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi.

Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani. Tatabahasa

Latin telah dicipta mengikut model Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian

pemikiran, motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan. Pengaruh bahasa

Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos, yang kemudiannya diperkembang oleh

ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Applonius Discollus, M. Terrentius

Varro, Priscia dan Donatus

Pada zaman Romawi, kelas kata telah ditambah daripada lapan menjadi

sembilan, iaitu tambahan numerilia (kata bilangan).

Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik juga berkembang.

Kumpulan Stoik membedakan tiga aspek primer bahasa, iaitu :

- Senainon : tanda dan simbol

- Semainomenon atau lekton : makna

- Pragma atau tungchanon : hal luaran, situasi

Zaman Pertengahan

Page 12: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

Tujuan bahasa zaman ini adalah untuk mengenal pasti penyesuaian antara

peristiwa bahasa dengan teori bahasa. Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan

Latin. Bahasa Latin menjadi syarat unutk menjadi cendekia kerana bahasa itu

dianggap sebagai bahasa gereja, bahasa diplomasi dan bahasa ilmu.

Petanda zaman ini ialah sekolastik, iaitu cara mempelajari ilmu yang

diperoleh di biara, diskusi orang alim dan golongan aristokrat. Wakru pagi

pengajaran, waktu petang perdebatan. Diskusi bahasa pada zaman ini dipelopori

oleg golongan Mediatae dan golongan Spekulatif.

Zaman Pembaharuan

Zaman kewujudan semula usaha untuk mempelajari bahasa Yunani dan

Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian, falsafah dan kesusasteraan.

Cendikiawan zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa dan budaya klasik

dipelajari unutk maksud pedagogi dan kajian ilmiah.

Dua perkara penting pada zaman ini ialah :

- Penguasaan tiga bahasa iaitu Yunani, Latin dan Ibrani.

- Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah.

Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Hasilnya dikatakan

bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. Empat yang terbesar ialah

Yunani, Jerman, Romawi dan Slavia. Laporan tentang bahasa Asia telah

dikertengahkan oleh penyebar agama Kristian. Antara bahasa yang memainkan

peranan penting ialah bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa India dan bahasa di

Nusantara.

Zaman abad 20

Page 13: Sumbangan Dan Kehebatan Tokoh2

Pada abad 20 penelitian bahasa tidak ditujukan kepada bahasa Eropah

sahaja, tetapi juga kepada bahasa yang ada di dunia seperti di Amerika (bahasa-

bahasa Indian), Afrika (bahasa-bahasa Afrika) dan Asia (bahasa-bahasa Papua dan

bahasa banyak negara di Asia). Antara ciri-cirinya ialah :

1. Penelitian meluas ke bahasa-bahasa di Amerika, Afrika, dan Asia.

2. Pendekatan dalam meneliti bersifat strukturalistis, pada akhir abad 20

penelitian yang bersifat fungsionalis juga cukup menonjol.

3. Tatabahasa merupakan bahagian ilmu dengan pembidangan yang

semakin rumit. Secara garis besar dapat dibedakan atas

mikrolinguistik, makro linguistik, dan sejarah linguistik.

4. Penelitian teoretis sangat berkembang.

5. Otonomi ilmiah makin menonjol, tetapi penelitian antara disiplin juga

berkembang.

6. Prinsip dalam meneliti adalah deskripsi dan sinkronis.

Kaum Junggramatiker merekonstruksi bahasa-bahasa proto di Eropah

mempengaruhi pemikiran para ahli linguistik abad 20, antara lain Ferdinand de

Saussure. Sarjana ini buka sahaja dikenali sebagai bapa linguistik modern, tetapi

juga merupakan seorang tokoh gerakan strukturalisme. Dalam strukturalisme,

bahasa dianggap sebagai sistem yang berkaitan (system of relation).

Gerakan strukturalisme dari Eropah ini berpengaruh sehigga ke benua

Amerika. Kajian bahasa di Amerika pada abad 19 dipengaruhi oleh hasil kerja

sarjana Eropah dengan nama deskriptivisme. Para ahli linguistik Amerika

mempelajari bahasa-bahasa suku Indian secara deskriptif dengan cara menguraikan

struktur bahasa. Orang Amerika banyak yang menaruh perhatian pada masalah

bahasa.