suhaimi sulaiman tegur pengacara muda

2
Suhaimi Sulaiman tegur pengacara muda Adam Abu Bakar | April 29, 2015 Pengacara, Elly Ariffin, sepatutnya berpegang kepada etika kewartawanan untuk mendapatkan maklumat tanpa memalukan Mawar. PETALING JAYA: Selepas Mawar Rashid dikritik kerana tidak tahu makna Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kini giliran pengacara temubual itu pula ditegur kerana bersikap angkuh. Pengacara popular, Suhaimi Sulaiman berkata, sikap yang ditunjukkan Elly Ariffin itu keterlaluan dan tidak mencerminkan dirinya sebagai wartawan. Dia berkata, sebagai seorang wartawan, Elly sepatutnya berpegang kepada etika kewartawanan untuk mendapatkan maklumat tanpa memalukan Mawar. “Mungkin cara Elly ini adalah format program tetapi dia tidak sepatutnya memperkenalkan diri sebagai wartawan. “Elly harus menyatakan bahawa beliau hanyalah tukang soal, penyoal, gate keeper, atau terus terang memberitahu beliau bukan seorang wartawan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Upload: angela-murray

Post on 27-Sep-2015

289 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bgh

TRANSCRIPT

Suhaimi Sulaiman tegur pengacara mudaAdam Abu Bakar| April 29, 2015Pengacara, Elly Ariffin, sepatutnya berpegang kepada etika kewartawanan untuk mendapatkan maklumat tanpa memalukan Mawar.PETALING JAYA: Selepas Mawar Rashid dikritik kerana tidak tahu makna Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kini giliran pengacara temubual itu pula ditegur kerana bersikap angkuh.Pengacara popular, Suhaimi Sulaiman berkata, sikap yang ditunjukkan Elly Ariffin itu keterlaluan dan tidak mencerminkan dirinya sebagai wartawan.Dia berkata, sebagai seorang wartawan, Elly sepatutnya berpegang kepada etika kewartawanan untuk mendapatkan maklumat tanpa memalukan Mawar.Mungkin cara Elly ini adalah format program tetapi dia tidak sepatutnya memperkenalkan diri sebagai wartawan.Elly harus menyatakan bahawa beliau hanyalah tukang soal, penyoal, gate keeper, atau terus terang memberitahu beliau bukan seorang wartawan, katanya ketika dihubungi FMT.Bekas Pengarah Urusan Astro Awani itu berkata, tindakan Elly akan memberi gambaran yang buruk kepada tugas dan skop seorang wartawan.Rakyat di luar sana akan melihat tugas wartawan adalah tugas yang jahat dan bertujuan untuk memalukan khalayak, katanya.Suhaimi berkata, tugas sebagai seorang wartawan adalah satu tugas yang murni kerana mereka mewakili rakyat untuk bertanya soalan dan juga mendapatkan informasi daripada khalayak.Suhaimi berpendapat, banyak cara untuk menguji minda tanpa memalukan individu.Mungkin boleh beralih kepada soalan yang lain atau topik yang lain. Selepas empat atau lima soalan gagal dijawab oleh responden, barulah kita boleh buat kesimpulan.Tidak payah untuk kita buat kesimpulan, biarkan penonton yang membuat kesimpulan kerana dalam dunia wartawan, kita hanya bercakap mengenai fakta iaitu apa yang positif dan apa yang negatif, katanya.