suarakita vol.2

32
PERCUMA KELUARAN 2 | November 2014 38 Inisiatif TTB Contohi Usaha TERENGGANU Tangani Rasuah Penerbangan Medan - KT Sasar 7,000 Pelancong Mudahkan Rakyat Buat Aduan

Upload: suarakita

Post on 22-Jul-2016

243 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Majalah bulanan Kerajaan Negeri Terengganu di bawah pengelolaan Bahagian Penerbitan Unit Komunikasi Negeri Terengganu yang bertemakan Cara Lama Dimensi Baru.

TRANSCRIPT

Page 1: SuaraKita Vol.2

PERCUMA KELUARAN 2 | November 2014

38 Inisiatif

TTB

Contohi UsahaTERENGGANUTangani Rasuah

Penerbangan Medan - KT Sasar7,000 Pelancong

Mudahkan RakyatBuat Aduan

Page 2: SuaraKita Vol.2

Sepuluh projek tebatan banjir di Terengganu bagi mengurangkan kesan limpahan air sungai ketika musim banjir telah dibina.

Projek seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran itu keseluruhannya bernilai RM66.3 juta.

Ia dibina bagi mengelak air sungai atau kolam takungan melimpah kesan daripada air pasang atau hujan lebat.

Antara projek tebatan yang siap dibina itu, termasuk sistem saliran Sungai Paka, Dungun membabitkan

Terengganu akan menghantar tiga pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun

ini melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di bidang Aeroangkasa di universiti terkemuka luar negara, bermula tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata tiga pelajar dari Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Imtiaz seluruh Terengganu yang memperolehi keseluruhan A dalam SPM serta menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran akan menjadi keutamaan untuk dipilih bagi melanjutkan pelajaran menerusi Program Sains Islamik yang baharu diperkenalkan itu.

“Tiga pelajar itu akan kita hantar ke peringkat paling tinggi supaya menguasai bidang Sains Islamik sebagaimana yang kita sasarkan dan pada tahun ini kita memilih jurusan aeroangkasa.

“Jadi pembiayaan pendidikan mereka akan ditaja menerusi Biasiswa Sultan Zainal Abidin, malah perkara itu sudah mendapat perkenan tuanku. Jadi kita akan lancarkan biasiswa itu tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penutup Sempena Pameran Bertema 1001 Inventions Exhibition Dan Seminar Sains & Islam

kos RM4.75 juta; kolam takungan Sungai Pertang, Hulu Terengganu (RM5.18 juta); tebatan banjir, Chukai (RM23 juta) dan saliran Teluk Kalong, Kijal, Kemaman (RM6.49 juta).

Manakala, projek sama membabitkan saliran Pengkalan Pandan, Kemaman dengan peruntukan RM4.52 juta dan sistem saliran Padang Bual, Besut (RM1 juta) dijangka siap hujung tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah berkata, pihaknya mengambil inisiatif membina infrastruktur itu kerana tidak mahu banjir teruk berulang.

“Oleh sebab itu, kita bina tebatan tersebut supaya memudahkan

pengaliran air yang lebih lancar sekali gus meningkatkan kapasiti sungai untuk mengalirkan air bagi mengelak limpahan air ke kawasan penempatan,” jelasnya.

-Kegemilangan Tamadun Muslim, di Pusat Dagangan Terengganu.

Tambah beliau, pelajar yang menamatkan pengajian masing-masing itu nanti akan berkhidmat dengan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT).

PROJEK TEBATAN BANJIR

Taja 3 PelajarPhD Aeroangkasa

Dato’ Ahmad Razif meninjau pameran bertemakan 1001 Inventions Exhibition Dan Seminar Sains& Islam-Kegemilangan Tamadun Muslim di Pusat Dagangan Terengganu

10

“Jika bekerja dengan PSKT maka, pembiayaan itu akan menjadi biasiswa, kalau mereka memilih untuk berkhidmat di tempat lain, maka pembiayaan pelajaran itu akan ditukarkan sebagai pinjaman,” katanya.

2 |November 2014

Page 3: SuaraKita Vol.2

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT) bakal mempunyai perpustakaan

digital yang pertama seumapanya di negeri ini pada penghujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kewujudan perpustakaan yang dinamakan Perpustakaan Bestari Samsung itu bakal ditempatkan di PPAT.

Perpustakaan Digital PertamaTERENGGANU

Katanya, pengunaan teknologi semasa itu membolehkan ahli mendapat akses kepada perkhidmatan pengkalan data dan kandungan digital yang disediakan oleh PPAT di samping oleh syarikat Samsung sendiri.

‘’Pendekatan ini secara tidak langsung menjadi tarikan terutamanya remaja dan dapat meningkatkan jumlah pengunjung selaras dengan usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat

dalam mencorakkan Transformasi Terengganu Baharu.

“PPAT merupakan penerima kedua inisiatif dengan kerjasama Samsung itu selepas Perpustakaan Negara Malaysia.Samsung akan menyediakan peranti digital yang terdiri daripada pelbagai model tablet dan lain-lain gajetnya,’’ ujarnya.

Wajah AsalPasar PayangHanya sebahagian kecil struktur Pasar Besar Kedai Payang akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan semula pasar berkenaan.

Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, struktur berkenaan telah disahkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya dan projek pembangunan semula pasar itu akan dijalankan secara berperingkat.

“Untuk permulaan, kita akan robohkan bahagian pasar yang menempatkan peniaga ikan dan peniaga batik dari tingkat atas

dan mereka akan meneruskan perniagaan di pasar sementara bertempat di Pulau Warisan.

“Selepas bangunan itu siap, barulah peniaga buah dan barangan runcit pula dipindahkan ke pasar sementara bagi membolehkan kerja ubah suai di kawasan mereka pula dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Razif berkata, pembangunan semula pasar itu adalah mengikut kehendak dan aspirasi rakyat dan kerajaan negeri akur dengan keputusan itu walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

“Mengikut pelan asal, kita mahu merobohkan semua struktur Pasar Payang itu dan pemaju akan

membina hotel dan pangsapuri di atas tapak asal serta membina semula Pasar Payang di dalam kompleks itu secara percuma untuk kerajaan negeri.

“Namun, hasil keputusan jawatankuasa khas yang turut dianggotai pemimpin kerajaan dan pembangkang, persatuan pelancong dan peniaga, tidak bersetuju dengan cadangan itu.

“Sebaliknya, keputusan sebulat suara mahukan pembangunan semula mengekalkan bangunan sedia ada dengan hanya sedikit ubah suai seperti ruang niaga berhawa dingin, eskalator dan lif,” katanya. Tambahnya, Pasar Payang juga akan disambungkan dengan Bazar Warisan melalui pembinaan jejambat dan kerajaan negeri juga akan membina semula replika jam besar, perahu payang dan telaga seri amar.

suarakita

November 2014| 3

Page 4: SuaraKita Vol.2

Agenda transformasi yang dicorak kepemimpinan baharu di Terengganu berada di landasan yang tepat dan ia seiring dengan program transformasi nasional.

Dalam tempoh yang singkat setelah mengambil alih teraju kepimpinan, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman telah berusaha menterjemahkan aspek perpaduan, kesinambungan dan pembaharuan.

Pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri dengan berteraskan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) merupakan sokongan kepada program transformasi nasional yang sedang dilaksanakan kerajaan pusat.

Perkara itu diakui sendiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Di peringkat nasional, Program Tranformasi Kerajaan (GTP) adalah sebuah cita-cita, program yang menyeluruh untuk mengubah dasar kerajaan menjadi institusi yang lebih cekap dan berpegangkan rakyat.

Melalui TTB, pentadbiran negeri dilihat berusaha untuk mendahulukan perkara yang menjadi kebimbangan rakyat.

Sebab itulah, TTB merupakan suatu pernyataan yang bukan sekadar slogan, tetapi perkara itu mahu diterjemahkan bersama jentera kerajaan dan parti dengan harapan ia membawa lebih banyak kebaikan untuk kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri.

Dalam aspek perpaduan, Menteri Besar telah menunjukkan kewibawaan untuk menjadi pemimpin yang dapat menyatukan.

PENAUNGYAB Dato’ Ahmad Razif Abd RahmanMenteri Besar Terengganu

PENASIHAT IAhmad Fauzan Abdul KadirSetiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar

PENASIHAT IIChe Mansor Che KermaPengarah Unit Komunikasi Negeri

PENGARANGFauzi Mohd

PENOLONG PENGARANGAida Abd Rahman

WARTAWANSuriati AliNoraini JusohSyazni Zainuddin

JURUFOTOHarish Fadzillah Abu KassimHasmizi Ab HamidTg Syamim Tg Ismail

PEREKA GRAFIKChe Ku Nubailah Che Ku Aris Izham Amiruddin

SIDANG PENGARANG

TRANSFORMASI TERENGGANU SEIRING NASIONALMengerakkan tranformasi dalam kerajaan mahupun parti tanpa paksi perpaduan dan penyatuan boleh dianggap seperti mahu membina singgahsana tanpa pasak atau paku.

Jaminan yang diberikan Ahmad Razif untuk tidak meminggirkan bekas wakil rakyat yang tewas dalam pilihan raya yang lalu merupakan satu lagi bukti agenda perpaduan melalui TTB bukan sekadar jenama.

Perlantikan bekas wakil rakyat seperti Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Muhammad Ramli Nuh serta mantan EXCO Kerajaan Negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad; Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, Dato’ Zaabar Mohd Adib, Dato’ Mohamed Awang Tera dan Dato’ Dr. Abdul Latif Awang sebagai Pegawai Kluster dapat menjernihkan kembali kerjasama dan integriti dalam UMNO.

Ahmad Razif mengulas perkara itu, “Kita tidak akan lupa jasa dan sumbangan mereka kepada parti dan kerajaan, mereka tetap diberi tempat dan dilantik sebagai pegawai pembangunan dan kluster untuk membantu kita dalam satu pasukan.

“Kita tidak mahu mereka ini dipinggirkan sehingga ada yang bermasam muka dan berjauh hati, marilah kita sama-sama bersatu meneruskan perjuangan bagi mengukuhkan parti sebagai persediaan menghadapi PRU-14,” katanya.

Pengarang

4 |November 2014

Page 5: SuaraKita Vol.2

Kemenangan BN mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor dengan pertambahan majoriti adalah hasil kejayaan kesatuan dalam kompenan parti yang berbilang kaum serta mempunyai hala tuju yang sama.

Biarpun majoriti pengundi di Pengkalan Kubor adalah berbangsa Melayu namun kerjasama dan sokongan dari jentera BN yang berbangsa Cina, India dan Siam menunjukkan kesatuan dalam usaha menuju kejayaan.

BN tetap bersama-sama memberikan sokongan dalam satu kelompok besar walaupun yang bertanding adalah UMNO malah sebelum ini, dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, kesatuan dapat dilihat apabila calon parti Gerakan turut beroleh kemenangan hasil usaha bersama jentera-jentera kompenan dalam BN.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang bukan sahaja terpaksa berdepan dengan lawan dalam pilihan raya kecil tetapi juga tidak mendapat sokongan dari anggota pembangkang biarpun mereka bergerak atas satu nama.

Sepanjang kempen di PengkalanKubor dapat dilihat bagaimana PAS bergerak bersendirianbersama calonnyasedangkan ramai kepimpinan dalam pembangkang yang tidak kelihatan apatah lagi mereka juga berdepan dengan perpecahan dalaman selain terperangkap dalam kemelut krisis di Selangor.

Dalam hal ini rakyat boleh membuat penilaianan dan membandingkan apa yang berlaku antara BN dan pakatan pembangkang.

Bayangkan, dalam Pakatan Rakyat hanya ada tiga sahaja parti iaitu PKR, PAS dan DAP tetapi mereka berdepan dengan banyak kemelut walaupun menafikan tetapi insiden di Selangor sendiri sudah mendedahkan apa yang sebenar.

Berbeza dengan BN, permasalahan yang timbul diselesaikan melalui rundingan dengan mengutamakan semua parti atas kepentingan malahan dalam pilihan raya sendiri kesatuan BN amat jelas apabila

semua parti hanya akan bertanding atas satu logo sahaja sedangkan dalam pakatan pembangkang mereka akan menggunakan logo masing-masing.

UMNO memahami konsep perkongsian kuasa dalam BN dan menghayati konsep Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dengan mempunyai kepelbagaian bangsa, perbezaan agama dan budaya yang berlainan tetapi masih mengekalkan konsep demokrasi.

Ia berbeza dengan kepimpinan pakatan pembangkang yang matlamatnya adalah untuk berkuasa namun malangnya apabila mandat telah diberi kepentingan masyarakat tempatan tidak diambil hirau.

Lebih teruk lagi apabila dalam pakatan pembangkang itu sendiri saling membuat perhitungan untuk kepentingan peribadi sehingga sanggup menyingkirkan sesama mereka sebagaimana jawatan Menteri Besar di Selangor.

Kemenangan di Pengkalan Kubor adalah bukti bahawa BN tetap relevan sebagai kerajaan sedangkan rakyat sendiri semakin bijak melakukan penilaian berdasarkan pelbagai isu dalam pakatan pembangkang sekarang ini.

Calon BN, Mat Razi Mat Ail memperoleh sejumlah 9,961 undi manakala pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi yang menjadikan jumlah majoriti BN meningkat sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada PRU-13.

BN BUKAN GABUNGANTIKAM BELAKANG

suarakita

November 2014| 5

Page 6: SuaraKita Vol.2

Kuih tradisional Melayu yang dihasilkan denganmenggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula

Mas Sejemputpopular di pantai timur terutama Terengganu

dahulunya merupakan hidangan diraja dan pencuci mulut istana zaman silam kerana kos yang mahal dan cara

membuatnya agak rumit

Mas Sejemput

6 |November 2014

Page 7: SuaraKita Vol.2

Dato’ Ahmad Razif menyampaikancederahati kepada Masagos

Dato’ Ahmad Razif bersama Masagosselepas selesai membuat kunjungan hormat

di Kediaman Seri Iman, Batu Burok,Kuala Terengganu

193 KawasanDi TerengganuBERISIKO BANJIR

Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu merekodkan 193 kawasan di negeri itu berisiko tinggi berdepan kemungkinan banjir pada musim tengkujuh hujung tahun ini.

Berdasarkan jumlah itu, Kemaman mencatatkan 42 lokasi berisiko banjir, Besut dan Dungun masing-masing (31), Hulu Terengganu (28), Marang (26), Setiu (20) dan Kuala Terengganu pula 15 lokasi.

Pengerusinya yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah, berkata pada tahun ini dua unit set generator dan satu penapis air disumbangkan oleh Khazanah Nasional Berhad untuk membantu mangsa banjir mendapatkan bekalan air bersih di pusat pemindahan.

“Dua unit set generator yang mempunyai kapasiti 50 kva dan 30 kva serta penapis air itu adalah mudah alih untuk kegunaan mangsa di pusat pemindahan banjir yang terputus bekalan air bersih.

“Selain itu, pihak kami juga akan menyediakan maklumat terkini seperti jumlah mangsa pemindahan, kes kemalangan jiwa, paras air di sungai utama seluruh negeri serta jalan yang ditutup melalui enam laman web yang boleh diakses orang ramai,” katanya.

Orang ramai boleh merujuk laman sesawang etindakan.terengganu.gov.my bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan situasi bencana alam itu di Terengganu.

“Penyaluran maklumat melalui laman web sebelum ini telah mendapat maklum balas baik dan positif daripada masyarakat kerana mereka boleh mengetahui perkembangan terkini dengan pantas dan mudah,” katanya.

Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Masagos Zulkifli dan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman bersetuju untuk meningkatkan interaksi ekonomi dan hubungan rakyat antara republik itu dan Terengganu.

Kementerian Hal Ehwal Luar dalam kenyataannya menyatakan perbincangan itu berlangsung ketika Masagos mengunjungi Ahmad Razif di Kediaman Seri Iman, Batu Burok.

Masagos, yang telah mengadakan lawatan kerja dua hari ke Terengganu turut menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan memaklumkan mengenai hubungan mesra yang sedia terjalin antara Singapura dan Terengganu.

Beliau juga diberi taklimat oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur mengenai rancangan untuk memesatkan pertumbuhan dan pembangunan di Terengganu.

Kedua-dua agensi itu berminat untuk menarik lebih banyak pelaburan Singapura ke Terengganu terutama dalam pembangunan infrastruktur pelancongan.

Masagos turut menghadiri Festival Peranakan Terengganu sebagai tetamu penganjurnya,

TERENGGANU,SINGAPURA

Tingkat Kerjasama

Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Terengganu.

Semasa di Terengganu, Masagos mengadakan pertemuan dengan pegawai dan pemimpin perniagaan tempatan termasuk daripada Dewan Perniagaan Melayu Terengganu.

suarakita

November 2014| 7

Page 8: SuaraKita Vol.2

Produk hasil tanaman kenaf

Dato’ Ahmad Razif mengadakan tinjauan kebersihan kawasan dan gerai sekitar Lagun Kuala Ibai

Pokok kenaf

8 |November 2014

Page 9: SuaraKita Vol.2

suarakita

November 2014| 9

Page 10: SuaraKita Vol.2

10 |November 2014

Ahmad RazifPenyambung Legasi

Taman Century, Johor Bahru (1989-1990), Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg Baru Seberang Takir (1990-2004) dan juga AJK Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus (1991-1994)

• Pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri (2001-2004)

• Memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Kuala Nerus dan juga Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kuala Nerus sejak 2004 sebelum diberi mandat sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus pada pemilihan empat penjuru (Oktober 2013).

PERSONALITI• Berasal daripada Seberang Takir, Kuala Terengganu dan dilahirkan pada tanggal 7 November 1965.

• Berkahwin dengan To’ Puan Halina Zakaria, bekas pendidik serta dikurniakan empat cahaya mata - Shahrul Azri, 23; Nur Aziati, 22, Nur Adila, 18 dan Shahrul Imran, 13.

• Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir sebelum meneruskan persekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri. Beliau seterusnya menyambung pengajian Diploma Pendidikan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru dan Ijazah Pendidikan (Kepujian)

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu’.(Surah Ali ‘Imraan : Ayat 26)

Bimbingan Dan Kaunseling dan terakhir, Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia.

PENGALAMAN POLITIK• Dilantik sebagai Menteri Besar ke-14 di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Singgahsana Balai Rong Seri, Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering pada 12 Mei 2014.

• Mula menjadi ADUN Seberang Takir sejak 2008.

• Memulakan karier politik sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan

Page 11: SuaraKita Vol.2

suarakita

November 2014| 11

PENGLIBATAN• Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kampung Baru Seberang Takir (2005)

• Ahmad Razif juga bergiat dalam pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Setiusaha PIBG SMK Kompleks Seberang Takir (2002-2007); Pengerusi PIBG SMK Kompleks Seberang Takir (2007), Penasihat Pusat Kesihatan Seberang Takir (2000-2004).

• Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Belia Permata Seberang Takir (1990); AJK MAYC Negeri Terengganu (1991) dan Timbalan Pengerusi MAYC Kuala Nerus (1997) dan AJK Majlis Belia Negeri Terengganu (2004).

CABARAN• Sebagai Menteri Besar yang baru, banyak perkara yang harus saya beri perhatian. Sebagaimana umum mengetahui pengambil alihan tampuk pentadbiran pada 12 Mei yang lalu, bukanlah berlaku selepas satu pilihan raya umum. Ianya ada cabaran, keunikan malahan sejarah tersendiri.

• Pun begitu, perkara yang paling utama dan penting adalah peralihan kepimpinan berjalan dengan tertib dan teratur. Apabila sesuatu kerja itu bermula dengan baik, kita berharap perjalanan seterusnya baik dan natijahnya nanti juga baik.

• Tidak lupa juga saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada mantan Menteri Besar yang telah memberi kerjasama yang baik dalam memastikan peralihan kepimpinan berjalan dengan baik.

• Tiada rombakan EXCO yang berlaku kerana saya mahukan kestabilan dan kesinambungan. Saya juga ingin memandang dan bergerak ke hadapan. Inilah yang terbaik untuk rakyat.

• Saya juga akan menambah baik sebarang usaha dan inisiatif terdahulu menerusi kajian dan penelitian semula supaya impak dan manfaat sebarang program benar-benar dirasai rakyat.

• Secara prinsipnya, sebarang keputusan mahupun inisiatif baru kerajaan, bukan sahaja perlukan siri-siri perbincangan, malah kajian dan penyelidikan sekali gus memungkinkan mengambil sedikit masa.

• Namun terdapat beberapa inisiatif baru yang telah diperkenalkan dalam waktu 100 hari yang pertama pentadbiran saya sebagai Menteri Besar.

TRANSFORMASI• 100 hari yang pertama waktu untuk beliau meletakkan asas pentadbiran bagi tempoh akan datang. Ianya memberi gambaran dan pencerahan awal serta indikator umum, tentang prinsip-prinsip kepimpinan, budaya kerja dan hala tuju pembangunan.

• Sehingga Oktober, kerajaan negeri berjaya menyelesaikan beberapa perkara daripada 38 agenda pembangunan menerusi Transformasi Terengganu Baharu (TTB), selepas pendekatan baharu itu diperkenalkan sejak 19 Ogos lalu (100 hari pentadbiran).

• 38 perkara itu menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) beliau sebagai pemimpin utama negeri untuk direalisasikan sebelum menjelangnya 2015.

• Antara inisiatif berkenaan termasuk, menjalankan kerja membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, pembangunan Pasar Besar Kedai Payang; penambaikan dan kebersihan Pusat Rekreasi Batuk Buruk; kebersihan tandas masjid terutama di sepanjang jalan utama; pembangunan pondok moden; garis panduan hiburan; membasmi gejala mat rempit dan pembinaan rumah PPRT .

• Kewujudan kaunter-Aduan di Pejabat Kaunter 1Transformasi, Jalan Paya Keladi yang bakal dilancarkan secara rasminya November ini, menterjemahkan TTB yang merangkumi pendekatan inklusif `suara rakyat suara keramat’ apabila menjadi medium penyampaian sebarang aduan dan pandangan daripada rakyat untuk tindakan segera oleh pihak kerajaan.

RASIONAL DAN JELAS• Matlamat dan visi kerajaan didokong melalui tiga misi iaitu, pertama – menjadikan pengamalan ajaran dan nilai-nilai Islam sebagai asas falsafah pembangunan dan kepimpinan; kedua – memastikan urustadbir yang berhemah serta tegas (good governance) dan ketiga – mengamalkan pendekatan inklusif atau keterangkuman, yang meraikan suara rakyat sebagai input.

• Visi Terengganu yang hebat, negeri yang makmur dan rakyat yang progresif bermaksud membangunkan segenap potensi dan keupayaan yang ada untuk manfaat rakyat jelata.

• Terengganu mempunyai 1.05 juta orang penduduk. 54 peratus atau lebih separuh berumur 24 tahun ke bawah. Justeru pembangunan di Terengganu perlu mengambilkira potensi generasi muda dan keperluan generasi masa depan, bukannya keperluan sezaman.

• Pun begitu, sejarah Terengganu Darul Iman harus kita jadikan teladan dan sumber inspirasi. Sejarah zaman lampau memberi kita kefahaman tentang zaman sekarang untuk dijadikan inspirasi dalam mencorak zaman akan datang.

• Dalam mencapai visi Terengganu yang hebat, negeri yang makmur dan rakyat yang progresif, saya amat yakin pentadbiran negeri tidak boleh bergerak sepertimana biasa dan harus memikirkan cara untuk menjamin kemakmuran agar ianya berpanjangan dan mapan.

• Rakyat Terengganu memerlukan transformasi dan tidak boleh terus tenggelam dengan sindrom `ketulaan’ dan perlu menyerlahkan potensi kehebatan yang dimiliki.

• Atas semangat sentiasa bergerak ke hadapan, saya telah memperkenalkan konsep TTB yang bermaksud Terengganu TerBersih dan Telus, Team (Berpasukan), Berkhidmat yang merangkumi TTB pertama – Transformasi Ekonomi, kedua – Transformasi Kerajaan dan ketiga – Transformasi Politik .

Page 12: SuaraKita Vol.2

12 |November 2014

Page 13: SuaraKita Vol.2

Kerajaan negeri merancang membina dua buah empangan di daerah Kuala Nerus dan Kemaman yang dijangka menelan belanja kira-kira RM1.4 bilion bagi menangani krisis bekalan air di dua daerah berkenaan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, empangan baharu di Kemaman itu dijangka membabitkan kos berjumlah RM1 bilion manakala RM400 juta bagi empangan di Kuala Nerus.

Beliau memberitahu, buat masa ini pihaknya masih dalam perundingan termasuk dengan Kerajaan Pusat berhubung perkara itu dan dijangka selesai dalam masa terdekat ini.

Katanya, kerajaan negeri sudah mengambil beberapa langkah jangka pendek dalam usaha menangani masalah bekalan air di dua daerah tersebut antaranya mendapatkan bekalan air daripada loji di Setiu khususnya untuk keperluan penduduk sekitar daerah Kuala Nerus dan daerah Kuala Terengganu.

“Di samping itu, kita juga akan membina loji-loji sementara bagi menambah jumlah air selain membeli air terawat daripada Petronas. Ini semua untuk langkah jangka pendek yang telah kita buat.

“Bagaimanapun, usaha ini hanya dapat bertahan sekadar dua atau tiga tahun saja manakala untuk langkah jangka panjang, kerajaan negeri masih dalam perbincangan kerana sudah tentu memerlukan bajet yang sangat tinggi,” katanya.

Selain itu, jelas Ahmad Razif, kerja menaik taraf sistem paip baharu juga akan dilaksanakan dalam usaha menangani masalah bekalan air di Terengganu sekali gus menampung keperluan penduduk negeri itu.

Beliau seterusnya memberi jaminan kerajaan negeri tidak bercadang menaikkan tarif air di negeri ini dalam tempoh terdekat memandangkan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. mempunyai keupayaan memberi perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

suarakitaG

amba

r Hia

san

November 2014| 13

Page 14: SuaraKita Vol.2

BELIATERENGGANU DIGESA REBUT PELUANG

DisediakanSME CORP,

MARAUsahawan muda di Terengganu disaran supaya merebut peluang yang disediakan kerajaan melalui SME Corp iaitu Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) dan pembiayaan tanpa faedah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kepenggunaan dan Koperasi Negeri, Roslee Daud berkata, peluang keemasan itu wajar dimanfaatkan untuk meningkatkan taraf ekonomi usahawan belia, namun malangnya ia mendapat sambutan hambar di Terengganu.

“Sebab itu, hari ini kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Terengganu (YPU) dengan kerjasama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) menganjurkan pelbagai program promosi dan taklimat agar mereka memahami lebih terperinci mengenai dua kemudahan yang disediakan kerajaan itu.

“YPU sebagai agensi penyelaras dan pihak yang mengetuai Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu disertai 23 agensi kerajaan akan memperluaskan taklimat ini di seluruh negeri secara berperingkat,” katanya.

Roslee berkata melalui TUBE yang diperkenalkan SME Corp, belia berusia 18 hingga 40 tahun boleh mendapatkan pembiayaan sehingga RM50,000 untuk memulakan atau mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka.

“Manakala MARA pula menawarkan pembiayaan tanpa faedah sehingga RM10,000 kepada usahawan yang berminat, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak Mara, sambutan amat mengecewakan,” katanya.

Kerajaan Pusat bersetuju untuk memberi tumpuan kepada sektor kesihatan di Terengganu apabila bakal merealisasikan pembinaan hospital yang baharu di Kemaman dan Marang menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020).

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri S. Subramaniam berkata, Hospital Kemaman sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat

Insitut AGROPOLIS Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama UniSZA B-(Bikers) Care menganjurkan program kembara bermotosikal mencari Madu Tualang Jerteh yang terkenal dengan pelbagai khasiat semula jadinya.

Program sehari itu turut disertai penduduk setempat serta 29 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Kuala Terengganu, Besut, Selangor, Negeri Sembilan dan Putrajaya.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Pembangunan) UniSZA, Prof Dr. Hj Mohd Ekhwan Toriman, berkata pelbagai aktiviti telah diadakan pada program itu antaranya taklimat mengenai madu lebah, demonstrasi mengambil madu tualang oleh pemanjat dan kaedah membela Lebah Tualang.

Hospital Baharu Kemaman,Marang Dibina RMK-11

MADU TUALANG JERTIH

berikutan pertambahan penduduk di daerah itu.

“Kerajaan Pusat dan negeri pada dasarnya bersetuju untuk memberi tumpuan kepada pembinaan dua hospital baharu di Terengganu menerusi RMK11 nanti bagi meningkatkan tahap kesihatan awam di negeri ini,” katanya semasa lawatan ke Kompleks Pakar Marteniti Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“ Oleh kerana lebah ini hidup dalam kawasan tropika di kebanyakkan tempat dan berhijrah secara bermusim, pihak AGROPOLIS UniSZA ingin mengambil peluang untuk mengenal Lebah Tualang ini secara lebih dekat dengan mengajurkan ekspidisi ini,” katanya.

AGROPOLIS UniSZA telah berhasrat untuk berkerjasama dengan pencari lebah madu tualang untuk mengkormesialkan madu tualang di bawah jenama “Madu Tualang Jerteh” bagi membantu meningkatkan ekonomi mereka.

“Sebuah kawasan di Pasir Akar telah dikenal pasti bagi merealisasikan program ini di mana AGROPOLIS UniSZA menjadi hub kepada kajian saintifik lebah madu di Malaysia,” ujar Mohd Ekhwan.

14 |November 2014

Page 15: SuaraKita Vol.2

38 Inisiatif TTB

Kerajaan Pusat Lulus RM3 JutaTAMBAK HAKISAN PANTAI KEMASIK

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mensasarkan 37 inisiatif dan projek pembangunan di bawah agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB) terus berjalan lancar sehingga akhir tahun ini.

Katanya, setiap projek diseliakan jabatan berkaitan mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) masing-masing.

“Saya berharap pihak terbabit peka mengenai perkara itu bagi mengelak apa yang dirancang tidak tergendala.

“Apa yang dirancang ini KPI bagi saya sebagai Menteri Besar, oleh itu saya mahu apa yang dirancang ini mengikut syarat dan siap dalam tempoh tertentu,” katanya.

Antara inisiatif itu, termasuk pembangunan Pasar Besar Kedai

Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM3 juta bagi kerja menambak sebahagian Pantai Kemasik yang terhakis teruk akibat ombak besar terutama pada musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir. Rosli Othman berkata, beliau telah berbincang dengan pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri untuk memulakan kerja menambak pantai itu dengan kadar segera kerana hakisan itu mengancam tempat tinggal lebih 800 penduduk di kawasan itu.

Payang di bawah pengurusan Unit Perancangan Ekonomi Negeri; Stadium Sultan Mizan, Gong Badak (Jabatan Kerja Raya); penambaikan dan kebersihan Pusat Rekreasi Batuk Buruk (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) dan kebersihan tandas masjid terutama di sepanjang jalan utama (Maidam).

Inisiatif lain, pembangunan Pondok Moden diselia Maidam; garis panduan hiburan (Kerajaan Tempatan); gejala mat rempit (Jabatan Belia dan Sukan) dan rumah PPRT teres dikelola Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ahmad Razif memberitahu, berkaitan kebersihan dan menaiktaraf tandas juga berjalan lancar, perlantikan kontraktor sudah dibuat kerana peruntukan berkaitan itu sudah diluluskan.

Permohonan bagi peruntukan tambahan untuk membaiki jalan raya yang turut mengalami hakisan di kawasan tumpuan pelancong itu juga sudah dimaklumkan kepada Majlis Perundingan Rakyat (MPR),” katanya.

Rosli yang juga ADUN Kemasik berkata, kerja menambak pantai itu tidak boleh dilakukan secara sekali gus kerana melibatkan jarak terlalu panjang dan menelan belanja besar.

“Buat permulaan tambakan akan dilakukan di bahagian pantai yang mengalami hakisan teruk serta membaiki jalan yang runtuh,” jelasnya.

“Kerajaan negeri akan menambah lori kompaktor dan bilangan kontraktor kebersihan sedia ada dalam menjaga kebersihan terutama di kawasan Bandar Raya Kuala Terengganu.

“Kita juga akan mengadakan lawatan kerja di negeri terpilih, termasuk Melaka dan Kedah bagi melihat konsep dan kaedah terbaik yang dilaksanakan,” katanya.

suarakita

November 2014| 15

Page 16: SuaraKita Vol.2

Lensa SuaraKita

16 |November 2014

Page 17: SuaraKita Vol.2

suarakita

November 2014| 17

Page 18: SuaraKita Vol.2

4,000Rumah Mampu

Milik DibinaTahun Depan

Kerajaan negeri akan membina kira-kira 4,000 unit rumah mampu milik di kesemua lapan Parlimen di Terengganu bermula tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan 500 unit rumah untuk setiap Parlimen itu bertujuan membantu rakyat yang masih belum memiliki rumah.

“Di bawah polisi Transformasi Terengganu Baharu, pembinaan infrastruktur dan fasiliti lengkap ini akan membolehkan kawasan yang pada asalnya tak strategik menjadi kawasan membangun dan kita mahu pembangunan seimbang dilaksanakan di seluruh negeri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Iskandar Jaafar (BN-Jabi).

Ahmad Razif berkata, bagaimanapun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), masih belum ada pembinaan rumah mampu milik di negeri ini berikutan kerajaan sedang menyelesaikan beberapa masalah pembinaan rumah.

“Di pihak kerajaan sekarang ini kita mahu menyelesaikan terlebih dahulu isu-isu rumah yang belum selesai pembahagian dan rumah yang telah dilaksanakan sebelum PRU13.

“Sekarang ini dalam proses untuk agihkan rumah yang telah siap dan menyelesaikan masalah yang belum siap dan Insya-Allah masalah ini dijangka selesai dalam masa terdekat,” katanya.

Terengganu sedia m e n i m b a n g p e r m o h o n a n

pelajar dari negeri ini yang hanya mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi separuh yuran pengajian mereka untuk memohon pinjaman Yayasan Terengganu (YT).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, YT akan meneliti perkara itu bagi membantu anak Terengganu yang menghadapi masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran.

Rumah baharu untuk 54 keluarga Orang Kurang

Upaya (OKU) yang kini tinggal dalam rumah kurang selesa di Taman Rahmat, Marang akan dibina semula.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan golongan OKU dengan menyediakan pelan pembangunan untuk masa depan mereka.

“Kerajaan negeri akan membina

PertimbangPelajar PTPTN Mohon

Pinjaman YT

RUMAH BAHARUUntuk

54 Keluarga OKU

“Kita akan p e r t i m b a n g k a n . Kita memang ada menerima masalah sedemikian akhir-akhir ini kerana kos pengajian di universiti dan kolej terutamanya swasta telah meningkat.

“Contohnya jurusan Perakaunan di sebuah kolej swasta, perbelanjaannya hampir mencecah RM20,000 setahun dan PTPTN beri pinjaman tak mencukupi, iaitu hanya menampung kira-kira 60 peratus,” katanya ketika menjawab soalan Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit).

rumah baharu untuk 54 keluarga ini dan dalam tempoh itu kita meneliti kemungkinan untuk m e m i n d a h k a n mereka ke rumah sementara dengan pembayaran sewa

ditanggung kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri juga sedia maklum, ada antara mereka yang sudah melakukan pengubahsuaian di rumah sedia ada, jadi melalui pembangunan semula taman itu, mereka akan mendapat rumah baharu yang lebih selesa,” katanya menjawab soalan tambahan Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong).

SIDANG DUN TERENGGANU

KE-13

18 |November 2014

Page 19: SuaraKita Vol.2

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri akan meneruskan projek Pulau Bebas Cukai Tasik Kenyir sebagaimana perancangan awal, bagaimanapun akan melaksanakan penambahbaikan dan penyesuaian dari aspek kos dan kaedah pelaksanaan.

Menjawab soalan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS- Rhu Rendang) yang bertanyakan status beberapa projek pembangunan yang dirancang sebelum ini, beliau berkata, projek itu akan tetap diteruskan termasuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai pulau bebas cukai yang dijangka mula beroperasi September tahun depan.

“Kita tak mahu ada projek yang dirancang awal tidak diteruskan hingga boleh menimbulkan masalah kepada rakyat. Begitu juga Tasik Kenyir sebagai pulau bebas cukai yang dijangka bermula September 2015.

“Semua projek yang dirancang akan diteruskan, cuma ditambah baik dan disesuaikan dengan keadaan semasa,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri juga telah mendapat kerjasama Kerajaan Pusat yang bersedia membantu menjadikan Tasik Kenyir sebagai

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri, Ir. Rosli Othman berkata,

kerajaan negeri akan menaik taraf jalan menghubungkan daerah Kuala Terengganu ke Besut sejauh kira-kira 92 kilometer yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Menjawab soalan Mohd. Mahdi Musa (BN-Kota Putera), projek berkenaan akan melibatkan tiga daerah itu iaitu

pulau bebas cukai untuk menarik pelabur asing ke situ yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, komponen

Naik TarafJalan Utama Tiga Daerah

Pulau Bebas CukaiTidak Jadi Gajah Putih

kawasan bebas cukai merangkumi kawasan bebas cukai Pulau Bayas, Kompleks Kastam dan elektrik dari Kuala Ping ke Pulau Bayas yang kini siap sehingga 40.67 peratus.

Mohd Jidin menjelaskan demikian sebagai menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) berkata, kerajaan negeri menjangkakan pulau bebas cukai itu akan siap pada September 2015 sebelum memulakan operasinya pada akhir 2015 atau awal 2016 .

“Kos keseluruhan projek bernilai RM226.9 juta dan sejumlah RM108.4 juta sudah dibelanjakan setakat ini,” ujarnya.

suarakita

Kuala Terengganu, Setiu dan Besut yang akan bermula dari bulatan Batu Enam sehingga persimpangan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

“Dari simpang lapangan terbang, bakal diteruskan ke Setiu sehingga ke simpang Cik Salmah melalui Jalan Fikri, seterusnya ke Besut dan projek ini akan dilaksanakan berperingkat-peringkat mengikut keupayaan kerajaan,” jelasnya.

Beliau memberitahu, pihaknya juga akan sentiasa memantau jalan-jalan di seluruh negeri ini untuk dinaik taraf dan pelaksanaannya kelak turut mendapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

Gambar Hiasan

Kerja-kerja projek Pulau Bebas Cukai Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

November 2014| 19

Page 20: SuaraKita Vol.2

Pau Nurul bukan sesuatu yang asing buat masyarakat Terengganu memandangkan perniagaan

yang berasaskan makanan sejuk beku itu telah bertapak di negeri ini sejak 11 tahun lalu.

Produk syarikat NABZ Food Industries Sdn Bhd bukan saja berjaya menebusi beberapa pasaraya terkenal tempatan malah luar Terengganu menawarkan lapan perisa istimewa, termasuk kacang merah, strawberi, kaya, kelapa, coklat dan kari ayam.

Pengurusnya, Nor Aini Zakaria, 45, berkata, perniagaan itu bermula dengan modal sendiri sebanyak RM7,500 dan dari masa ke semasa perusahaan itu semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai pihak.

Katanya, tanpa adanya bantuan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), SME Bank, Tekun atau Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mungkin agak sukar sedikit untuk sama mengembangkan lagi perniagaan ini.

“Seiring dengan arus kemodenan hari ini, pembuatan pau di kilangnya

menggunakan mesin seratus peratus serta tujuh orang pekerja bagi menampung permintaan yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa.

“Kesemua proses pembuatan menggunakan mesin di mana sekurang-kurangnya 3,600 biji pau sehari perlu dihasilkan kerana kalau hendak harapkan kerja-kerja manual mungkin agak sukar memenuhi permintaan,” katanya.

Justeru, tidak hairanlah dengan kegigihan yang dilakukannya itu, beliau memperoleh pelbagai pengiktirafan serta memenangi pelbagai anugerah antaranya Anugerah Usahawan YPU, Anugerah Usahawan Negeri Terengganu dan sebagainya.

Nor Aini berkata bagi memastikan Pau Nurul terus berkembang, NABZ tampil dengan cara tersendiri iaitu mempromosikan produk dengan van bergerak.

“Sebenarnya van bergerak ini telah lima tahun saya perkenalkan, di mana kami akan pergi ke pasar-pasar tani, pasar malam, selain aktif terlebih dalam pelbagai pameran berkait produk makanan halal yang dianjurkan pelbagai jabatan,” ujarnya.

3,600Biji Sehari

Nor Aini

20 |November 2014

Page 21: SuaraKita Vol.2

Perarakan 1,180 bot nelayan dengan kibaran Jalur Gemilang dari Kuala Dungun ke Kuala

Kemaman sejauh 100 kilometer pada 13 September lalu dicatatkan sebagai Perarakan Bot Terbesar Dunia dalam Guinness World Records mengatasi rekod perarakan 670 bot di Sungai Thames, London pada 2012.

Bot-bot berkenaan berarak dari Kuala Dungun sejak 7 pagi dan tiba di Kuala Kemaman kira-kira 12.30 tengah hari.

Ketibaan mereka disambut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato’ Din Adam serta kira-kira 15,000 penduduk sekitar Kemaman dan Dungun selain pelancong asing.

Wakil dari Guinness World Records, Fortuna Burke, mengesahkan kejayaan tersebut sekali gus mengatasi rekod 670 bot yang pernah dicatatkan di London pada tahun 2012 sempena Sukan Olimpik.

BOTTERENGGANUCatat Rekod Dunia

Perarakan

suarakita

Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheekmelambai kepada peserta Perarakan

Bot Nelayan Terbesar Dunia di sepanjang perairan Kuala Dungun

Antara gelagat peserta Perarakan Bot Nelayan Terbesar Dunia di sepanjang perairanKuala Dungun

Ahmad Shabery (baju putih) bersama peserta meraikan kejayaan apabila perarakan bot nelayan terbesar dunia berjaya tercatat dalamGuinness Records

November 2014| 21

Page 22: SuaraKita Vol.2

Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (dua dari kiri) melepas benih ikan padaMajlis Pelepasan Anak Ikan di Sungai Air Putih, Kemaman.

Jabatan Perikanan negeri akan mewujudkan santuari ikan di setiap daerah di sungai-sungai terpilih dalam usaha mengatasi kepupusan sumber, di samping menjana pendapatan berkekalan bagi penduduk di Terengganu.

Pengarahnya, Abdul Khalil Abdul Karim berkata, dalam usaha itu,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji langkah Terengganu dalam mengekang gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan penjawat awam di negeri ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Mustafar Ali, berkata usaha itu cukup penting bagi mengelak rakyat mencemuh apa yang dilaksanakan setiap jabatan kerajaan yang bakal memberi impak negatif kepada pemimpin.

“Negeri lain wajar contohi Terengganu di mana setiap pegawai terutama ketua jabatan mengangkat ikrar dan bersedia dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah melakukan kesalah jenayah rasuah.

pihaknya akan mencontohi sistem Tagal di Sabah iaitu melibatkan masyarakat setempat bagi memulihara dan mengembangkan sumber itu untuk keperluan sendiri serta menjana ekonomi setempat.

“Ini termasuklah kegiatan eko pelancongan iaitu mewujudkan tarikan seperti bermain dengan

“SPRM juga melakukan pelbagai transformasi sama ada operasi, pembangunan modal insan dan juga pencegahan bagi menghapuskan rasuah dan memperkasakan integriti dalam setiap urusan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani Ikrar Intergriti

ikan-ikan jinak atau memancing dalam persekitaran ekosistem yang tidak terjejas,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelepasan 40,000 ekor benih ikan lampam sungai dan 300 ekor benih ikan kelah di Sungai Air Putih, Kemaman yang disempurnakan ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Abdul Khalil turut menarik perhatian tentang usaha yang dilakukan di daerah Setiu dengan kewujudan Taman Pelancongan Konservasi Kelah Sungai Pelong.

“Dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penduduk Kampung Pelong, usaha memelihara sumber sungai telah mendatangkan hasil lumayan apabila mampu menarik tumpuan pelancong,’’ ujarnya. Menurut Abdul Khalil, sepanjang tahun ini, pihaknya telah melepaskan sebanyak 182,305 ekor benih ikan di daerah Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Santuari IkanDi Setiap Daerah

Contohi UsahaTerengganu Tangani Rasuah - SPRM

Korporat (CIP) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama SPRM, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Hadir menyaksikan, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mazlan Ngah.

22 |November 2014

Page 23: SuaraKita Vol.2

Kompleks Pakar Materniti Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akan dibuka selewat-lewatnya awal

tahun depan, selepas kerja-kerja melengkapi peralatan dan prasarana yang kondusif siap sepenuhnya.

Pusat Rawatan Ibu Dan Bayi yang pertama di Pantai Timur dan ketiga di Malaysia seumpama itu, selepas Klang dan Seremban memberi manfaat kepada rakyat Terengganu khususnya keselesaan serta privasi kepada ibu yang bersalin.

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kompleks 312 katil serta 24 bilik bersalin bernilai RM115 itu dapat mengurangkan kesesakan di HSNZ.

“Bangunan sudah siap dan hanya menunggu peralatan lengkap sepenuhnya.

“Banyak kemudahan tersedia termasuk konsep privasi kepada ibu bersalin di dewan bersalin yang berasingan selain membenarkan

Pusat RawatanIBU DAN BAYIDibuka Awal 2015

suami menemani isteri ketika bersalin bagi memberi kemudahan selaras dengan piagam yang ditetapkan di peringkat antarabangsa,” katanya semasa lawatan ke HSNZ.

Untuk rekod, Pusat Rawatan Ibu dan Bayi yang mempunyai enam aras atas tanah berkeluasan 4.63 hektar mula dibangunkan pada 18 Disember 2008, siap sepenuhnya pada 18 Disember 2013 sebelum diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 Februari 2014.

Ia dilengkapi dengan bangunan parkir lima aras yang mampu memuatkan 385 lot parkir serta kemudahan lif dan pemantauan CCTV, surau, kafetaria dan ruang permainan kanak-kanak.

Dato’ Sri Dr S Subramaniam meninjau kelengkapan di bilik bedah

Bangunan pusat rawatan ibu dan bayi Kompleks Pakar Marteniti HSNZ, Kuala Terengganu

Ruang yang luas dan selesa untuk pesakit ketika mendapat rawatan

suarakita

November 2014| 23

Page 24: SuaraKita Vol.2

Dato’ Mohd Jidin

Pelbagai juadah tradisional Terengganu disajikan kepada peserta rombongan

Ahmad Rizlan (kiri) menyerahkan sumbangan zakat perniagaan kepada Dato’ Mohd Rozali (dua kanan) sambil disaksikan Dato’ Ahmad Razif.

24 |November 2014

Page 25: SuaraKita Vol.2

Dalam pembangunan pesat di Bandar Chukai, Kemaman terdapat

struktur binaan yang masih kukuh berdiri walaupun usianya hampir mencapai dua abad. Masjid Kampung Tuan atau dikenali masyarakat setempat dengan nama Surau Tuan Wok telah dibina pada tahun 1830 oleh seorang guru agama berasal dari Pattani, Thailand, Syed Abdul Rahman Abdul Samad.

Terletak di pinggir Sungai Limbong, Kampung Tuan, struktur pembinaan masjid ini amat klasik serta mengikut senibina dari Siam. Uniknya, majid seluas 9 meter panjang dan lebar ini hanya menggunakan sebatang kayu cengal besar. 12 tiang yang menyokong struktur masjid disambungkan menggunakan pasak dan tiada paku yang digunakan.

suarakita

November 2014| 25

Page 26: SuaraKita Vol.2

Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) Zon Utara menerima kunjungan Menteri

Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Hari Keluarga Permata anjuran bersama Yayasan Terengganu itu menggabungkan empat universiti di utara semenanjung iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dan USM sebagai tuan rumah.

Ahmad Razif berkata, program tahunan itu mampu menyuntik semangat pelajar sekaligus memberi motivasi kepada kumpulan itu bagi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

“Saya turun padang untuk menyertai mahasiswa kita yang berada di luar Terengganu untuk mengetahui lebih lanjut masalah mereka.

“Kita mempunyai pelajar yang cemerlang akademik di peringkat awal seperti UPSR, PMR dan SPM tetapi apabila melanjutkan ke

peringkat lebih tinggi mereka tidak mampu menunjukkan prestasi yang cemerlang jadi kita perlu tahu punca kenapa ia terjadi,” katanya.

Program itu dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti senam robik, sukaneka dan tarik tali.

Menteri Besar dijadualkan membuat kunjungan ke program sama di Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Timur.

Usaha itu membantu pelajar untuk mengetahui maklumat berkaitan Terengganu selain mengenali lebih dekat pesonaliti pemimpin negeri.

Pelajar mengisi borang keahlian Permata 26 |November 2014

Page 27: SuaraKita Vol.2

suarakita

Gelagat sebahagian pelajar yang menyertai sukaneka

Acara tarik tali Cari gula-gula dalam tepung

Dato’ Ahmad Razif bersama pelajar menyertai senamrobik

November 2014| 27

Page 28: SuaraKita Vol.2

Kerajaan negeri terus memperkasa dan menambah baik sistem e-Aduan di negeri ini

dengan memperkenalkan kaedah baharu apabila rakyat boleh menyalurkan pandangan dan aduan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) beserta gambar sebelum kes itu diselesaikan dengan kadar segera.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi kaedah baharu itu, rakyat boleh menyalurkan sebarang masalah bukan saja melalui laman web atau talian, malah sistem SMS melalui telefon masing-masing dengan lebih efisien dan lancar.

Katanya, kemudahan berkenaan memudahkan orang ramai membuat aduan yang akan dipanjangkan ke agensi atau jabatan kerajaan berkaitan untuk tindakan lanjut seterusnya dipantau oleh beliau sendiri memandangkan sistem itu disambungkan terus ke Pejabat Menteri Besar.

“Pada masa ini, Unit Pusat Aduan hanya beroperasi pada waktu pejabat tetapi kita akan terus menambah baik dari semasa ke semasa sehingga mampu beroperasi 24 jam sehari.

“Jika sebelum ini tempoh penyelesaian aduan memakan masa seminggu, kita akan cuba kurangkan ke tiga hari sehingga minima sehari mengikut tahap atau jenis permasalahan yang berbeza-beza,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kaunter e-aduan dan di Paya Keladi, Kuala Terengganu.

Katanya, sistem e-Aduan itu masih di peringkat percubaan bagi menilai terlebih dahulu keberkesanan dan melakukan penambaikan sebelum dilancarkan secara rasmi di peringkat negeri pada November ini.

“Bagi mempertingkatkan penyampaian kerajaan negeri, kita juga memperkenalkan kaunter 1Transformasi yang turut menyediakan borang-borang bantuan dan tabung-tabung dari pelbagai agensi kerajaan selain informasi mengenai Terengganu dan juga sektor pelancongan negeri.

“Kaunter ini bukan sahaja menerima aduan tetapi menyelesaikan beberapa perkara mengenai masalah rakyat dan dapat menyampaikan informasi,” katanya.

Selain itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk mewujudkan Pusat Panggilan 1Terengganu (1TECC) sebagai pusat komunikasi untuk memudahkan rakyat berhubung dengan agensi kerajaan negeri yang berteraskan merakyatkan sektor perkhidmatan awam menerusi satu talian.

“Pengadu akan disambungkan kepada satu operator di 1TECC, sebagai contoh mengenai sampah, jadi Sambung kepada operator yang akan menyambung kepada pihak berkuasa berkaitan akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Ini akan memberi kemudahan kepada rakyat untuk mendapat maklum balas kepada setiap aduan permasalahan mereka,” katanya.

Medium ADUAN Rakyat

Dato’ Ahmad Razif melihat kakitangan mengendalikan kes menerusi sistem e-Aduandi Kaunter 1Transformasi

Dato’ Ahmad Razif menunjukkan aduan yang diterima menerusi sms

28 |November 2014

Page 29: SuaraKita Vol.2

Syarikat pelaburan milik kerajaan negeri, TDM Berhad menjadi syarikat korporat pertama di pantai timur mendapat pengiktirafan ‘Status Emas’ daripada Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisyam Mahari berkata, anugerah berkenaan merupakan pengiktirafan buat anak syarikat kerajaan negeri itu dalam melahirkan akauntan bertauliah bagi usaha pembangunan kerjaya di negara ini.

“Alhamdulillah, kita berjaya mendapat pengiktirafan ini dan kelulusan daripada ACCA menunjukkan bukti standard yang tinggi buat TDM dalam latihan dan pembangunan kakitangan yang setanding dengan amalan terbaik global.

“Apa yang paling bermakna, ACCA juga telah mengesahkan TDM merupakan syarikat korporat pertama di pantai timur dianugerahkan di peringkat global,” ujarnya.

TDM Dapat ‘Status Emas’ ACCAKatanya dengan pengiktirafan itu, TDM kini antara lebih 8,500 majikan daripada 180 buah negara diiktiraf dengan status majikan yang diluluskan oleh ACCA.

Dengan pengiktirafan tersebut katanya, pihak TDM berharap akan dapat melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah yang diiktiraf di peringkat global dan menepati pasaran kerja.

suarakita

Penunggang dari Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), Mohd Bukhari Rozali muncul johan Sultan Mizan Cup 2014 sekaligus membawa pulang trofi, wang tunai RM16,000 serta t-shirt dan topi tajaan syarikat Haven’s.

Beliau menewaskan 26 peserta lain apabila berjaya menamatkan trek sejauh 120 kilometer (km) dengan purata kelajuan 19.129 km sejam.

Asri Abd Aziz yang juga penunggang dari RTES muncul naib johan dengan purata kelajuan 18.779 km sejam dan membawa pulang RM11,000 berserta barangan tajaan syarikat Heaven’s.

Tempat ketiga dimenangi penunggang dari Highlander Endurance Team, Muhammad Adhwa Embong dengan purata kelajuan 18.571 km sejam sekaligus membawa pulang wang tunai

bernilai RM8,000 berserta barang tajaan syarikat Heaven’s.

Bagi kategori Kuda Terbaik, ‘RTES Annaversary’ yang ditunggang oleh Mohd Bukhari berjaya merangkul hadiah wang tunai bernilai RM24,000 beserta sepuluh beg makanan kuda tajaan syarikat Heaven’s.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berangkat ke majlis di Terengganu International Equestrian Park (TIEP), Lembah Bidong itu berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.

Mengiringi baginda berdua, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Halina Zakaria.

Tuanku Mizan turut mewakili pasukan RTES dengan menunggang kuda ‘Repsik Charriere’ turut bersaing dalam kejohonan ini dengan catatan purata kelajuan 17.009 km sejam.

BUKHARIJUARA

Sultan Mizan Cup2014

Sultan Mizan menunggang kuda ‘Repsik Charriere’ pada Sultan Mizan Cup 2014

November 2014| 29

Page 30: SuaraKita Vol.2

Datuk Seri Mahdzir menekan bebola kaca sebagai gimik pelancaran projek Penakungan Tasik Puah di tapak projek Hidroelektrik Hulu Terengganudi Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

30 |November 2014

Page 31: SuaraKita Vol.2

Atlet Terengganu yang cemerlang dalam bidang sukan berpeluang untuk melanjutkan pengajian mereka ke universiti tempatan menerusi skim insentif baru diperkenalkan kerajaan negeri bermula tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, skim khas berbentuk biasiswa pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) itu merupakan salah satu pengiktirafan kepada atlet yang telah mengharumkan nama negeri dan negara dalam bidang sukan.

“Yayasan Terengganu akan mengadakan skim ini khususnya bagi atlet lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun depan.

“Kita berharap dengan skim insentif baru ini sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat mereka seterusnya menjadi contoh buat atlet-atlet baru di negeri ini untuk meraih kejayaan dalam setiap kejohanan disertai mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Insentif kepada Kontinjen Paralimpiad Terengganu yang berjaya meraih gelaran naib juara pada Kejohanan Paralimpiad 2014 di Perlis Ogos lalu dan kejayaan skuad Hoki Terengganu muncul juara division 2 Piala Razak , di kediaman Seri Iman.

Pada majlis itu Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan sebanyak

Skim Khas Atlet Sambung Pengajian Ke IPT

RM143,000 kepada atlet yang cemerlang di Sukan Paralimpiad 2014 dengan pemenang pingat emas menerima wang tunai RM3,000, perak RM2,000 dan gangsa RM1,000, manakala Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Terengganu menerima insentif pengurusan sebanyak RM50,000.

Bagi pasukan hoki Terengganu pula, selain hadiah wang tunai mereka turut berpeluang mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara dan Persatuan Hoki Terengganu menerima insentif pengurusan sebanyak RM25,000.

suarakita

November 2014| 31

Page 32: SuaraKita Vol.2