aku dan bintang vol 2

16
BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR www.sarawak-astronomy.org ISSN 1985-0344 Keluaran 2 Dwitahunan Julai - Disember 2007 HARI ASTRONOMI DI PLANETARIUM Jana Ilmu Sains Angkasa Melalui Kerjasama S erantau Program Astronomi Cuti Sekolah Jerayawara PUSAKA P hilia Around The Universe I n 30 Minutes

Upload: planetarium-sultan-iskandar

Post on 23-Mar-2016

270 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Buletin bulanan keluaran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak

TRANSCRIPT

Page 1: Aku dan Bintang Vol 2

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

www.sarawak-astronomy.org

ISSN 1985-0344 Keluaran 2 Dwitahunan Julai - Disember 2007

HARI ASTRONOMIDI PLANETARIUM

Jana Ilmu Sains Angkasa Melalui Kerjasama Serantau

Program Astronomi Cuti Sekolah

Jerayawara

PUSAKAPhilia

Around The Universe In 30 Minutes

Page 2: Aku dan Bintang Vol 2

Kandungan PERUTUSAN

SETIAUSAHA TETAP

Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

Dewan Suarah Negeri93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-415806

Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.org

e-mel: [email protected]

Artikel sumbangan:

Alfean AzizAhmad Zaiwin

Ismandy AliZurwina Sharkawi

Dicetak oleh Heng Sing Brothers Press

Rekaan buletin oleh Alfean Aziz

Planetarium Sultan Iskandar (PSI) telah menyusun pelbagai program bagi membolehkan orang awam meluangkan masa menghayati dan berseronok dengan astronomi. Konsep utama yang diketengahkan dan dipraktikkan

bagi setiap program yang diadakan adalah ‘keseronokan sambil belajar’. Pendeka-tan yang digunakan menerusi konsep tersebut adalah berbentuk kem, program cuti sekolah, aktiviti praktikal, pertandingan dan acara hari terbuka.

Pada tahun ini, PSI dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) menerusi SUPER telah mengadakan Hari Astronomi Sedunia 2007 buat pertama kalinya di peringkat negeri pada 21 April lalu, bertempat di kompleks PSI, Kuching.

Sambutan Hari Astronomi Sedunia tahun ini yang bertemakan Bringing Astrono-my to the People turut diadakan di seluruh dunia mulai 21 sehingga 28 April 2007.

Selaras dengan gesaan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang celik ilmu sains, program-program yang telah dirancang adalah lebih menjurus kepada pen-didikan astronomi dengan tujuan untuk menarik minat dan memberi pendedahan kepada orang awam bahawa astronomi merupakan satu bidang yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja, sama ada golongan muda ataupun dewasa, mahupun mereka daripada golongan profesional atau bukan profesional.

Dengan sambutan dan sokongan yang begitu menggalakkan daripada masyara-kat serta peluang yang ada, kami telah menyediakan pelbagai aktiviti untuk disertai oleh orang ramai bagi membolehkan mereka menghayati dan mendekati astronomi secara praktikal serta santai.

Antaranya pameran teleskop untuk dicuba oleh orang ramai, pertunjukan pla-netarium dan video secara percuma serta permainan astronomi. Tujuan utamanya adalah supaya astronomi boleh diterokai dan dihayati oleh sesiapa sahaja

Selain itu, Hari Astronomi Sedunia dan juga program-program astronomi yang bakal diadakan pada masa hadapan diharap dapat dijadikan sebagai batu loncatan kepada mereka yang baru menunjukkan minat atau yang ingin menjadikan bidang astronomi sebagai karier mereka.

Terima kasih kepada mereka yang telah menyertai program ini serta selamat melangkah ke dalam pemikiran saintifik astronomi yang menakjubkan dan penuh misteri!

IK PAHON JOYIKSetiausaha TetapKementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi

Jana idea luar biasa untuk astronomi

Mesyuarat Agung Tahunan

Persatuan Astronomi Sarawak 2007

HARI ASTRONOMITanam minat astronomi di

kalangan pelajar

Berkongsi ilmu astronomi melalui jerayawara ke SK

Sampadi

ASTRONOMITak kenal maka tak

cinta

Jana ilmu sains angkasa melalui kerjasama serantau

PSI dan SAS sertai program Pusakaphilia

Dalami ilmu astronomi melalui program cuti sekolah

Jam matahari sasaran program

astronomi cuti sekolah II

Trivia!

Around the universe in 30

minutes

3

4

6

7

8

12

13

14

15

16

2

Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

Page 3: Aku dan Bintang Vol 2

Aku Bintang&

PADA 17 Mei 2007, Persatuan Astronomi Sarawak telah meng-adakan Mesyuarat Agung Ta-

hunan di Blok Menara Dewan Suarah Kuching.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Pres-idennya, Romie Sigan Daniel serta ahli-ahli Persatuan telah membincangkan tentang aktiviti yang dijalankan pada ta-hun sebelumnya dan aktiviti yang bakal

dijalankan pada tahun ini. Pada tahun ini, pihak Persatuan dan

Planetarium telah merangka banyak aktiviti yang akan dijalankan secara ber-peringkat-peringkat terutama dari segi menambahkan ilmu sains angkasa di kalangan pelajar sekolah.

Selain program ceramah yang di-jalankan di sekolah, pada tahun ini pi-hak persatuan dan Planetarium bakal

terlibat dalam program jerayawara di Betong sempena dengan perasmian pe-jabat pentadbiran baru di Betong.

Bagaimanapun, banyak aktiviti yang telah sedia dirancang dalam usaha un-tuk menonjolkan lagi sains astronomi dalam minda masyarakat serta mendidik masyarakat untuk mengenali bidang as-tronomi serta peranannya dalam hidup.

SESI PERCAMBAHAN IDEA (brainstorming) merupakan antara aktiviti terawal di-adakan oleh

Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dan juga Planetarium Sultan Iskandar (PSI) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas serta idea-idea baru yang boleh membantu untuk menambahkan lagi aktiviti yang bakal diadakan pada masa-masa akan datang.

Aktiviti yang diadakan di Kem Alapong, Lundu ini telah disertai oleh pel-bagai pihak termasuk ahli persatuan daripada SMK Matang Hilir yang turut

berkongsi idea dalam memikirkan ker-jasama yang dapat dilakukan oleh SAS dan PSI dalam memantapkan aktiv-itinya.

Sesi brainstorming dimulakan dengan pembahagian ahli-ahli kumpulan oleh fasilatator. Kemudian setiap kumpulan diberikan masa selama 15 minit untuk berbincang mengenai aktiviti 2007.

Dalam sesi brainstorming tersebut, beberapa idea bernas telah berjaya men-arik perhatian beberapa pihak terutama apabila dalam sesi yang dijalankan, tiada pihak boleh membantah atau mengkri-

Jana idea luar biasa untuk astronomi

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Astronomi Sarawak 2007

tik idea yang dikeluarkan. Jadi dalam sesi yang dijalankan, idea

yang dikeluarkan itu dicatat serta dibi-ncangkan dan relevannya dengan PSI serta SAS bergantung kepada perbin-cangan yang diadakan pada masa hada-pan. Sesi brainstorming yang dijalankan jauh dari tempat kerja ini sememangnya sebagai satu langkah untuk menjana pemikiran luar dari biasa atau apa yang digelar sebagai thinking outside the box.

Penjanaan idea tersebut tidak ingin mengongkong pemikiran yang sepatut-nya berada pada piawai-piawai tertentu kerana ia akan membantutkan dari segi penjanaan idea yang bernas.

Diharapkan idea-idea yang diutara-kan semasa sesi brainstorming ini mampu untuk mengubah serta menambah-kan lagi jumlah tarikan ke PSI serta mengembangkan idea serta ilmu as-tronomi di Sarawak.

CIKGU SENAH JAN turut memberikan pendapat semasa sesi Brainstorming.

AHLI-AHLI Persatuan Astronomi Sarawak sedang berbincang semasa sesi Brainstorming di Lundu.

3

Page 4: Aku dan Bintang Vol 2

MEMANG tidak disangkakan aktiviti yang pada awalnya diadakan secara kecil-kecilan

berjaya menarik minat bilangan pela-wat yang ramai ke Planetarium Sultan Iskandar, ujar Ismandy Ali, selaku Ku-rator sempena Hari Astronomi yang berlangsung pada 21 April 2007.

Hari Astronomi yang diadakan buat pertama kalinya pada tahun ini

di Planetarium Sultan Iskandar adalah bersempena dengan Minggu Astronomi Sedunia merupakan aktiviti yang dian-jurkan untuk berkongsi keseronokan astronomi di kalangan orang awam dengan temanya ‘Membawa Astronomi Ke-pada Orang Ramai’.

“Pada Hari Astronomi, mereka yang tidak berpeluang untuk melihat bintang melalui teleskop akan berpeluang untuk berbuat demikian seperti yang telah dilakukan oleh ahli astronomi amatur dan profesional sebelum ini,” tam-bah Ismandy lagi.

“Sempena hari yang bersejarah ini, pihak Planetarium dengan kerjasama Persatuan Astronomi Sarawak dan SU-PER telah mengadakan hari terbuka di kompleks Plane-tarium dengan orang ramai berpeluang untuk melakukan banyak aktiviti yang berkaitan dengan astronomi,” kata Is-mandy.

Pada hari tersebut, ratusan pelajar pelbagai tahap di seki-tar bandar raya Kuching telah tiba di kompleks seawal jam 8 pagi untuk menunggu aktiviti pertama yang dilakukan.

Ramai yang berpusu-pusu untuk menonton tayangan yang diadakan seawal 9 pagi di Planetarium dengan pertun-jukan kegemaran ramai pastinya, Aku dan Bintang. Aku dan Bintang merupakan pertunjukan ketiga Planetarium selain Pertemuan Planet Gergasi dan Deep Impact.

Biarpun Planetarium Sultan Iskandar merupakan plane-tarium pertama di Malaysia, ramai yang tidak pernah menje-jakkan kaki ke tempat itu dan masuk untuk menonton per-tunjukan-pertunjukan yang diadakan pada hari tersebut.

Ini memberikan peluang kepada orang ramai, terutama bagi mereka yang pertama kali ke kompleks Planetarium untuk mengalami suasana sebenar ke ketika berada di ang-kasa lepas melalui pertunjukan yang ditayangkan.

Di sam-ping pertunjukan percuma yang diadakan se-hingga tengah hari itu, pihak Planetarium dan Persatuan Astronomi Sarawak turut mengadakan aktiviti mencerap

Tanam minat astronomi

di kalangan pelajar

HAR

I ASTR

ON

OM

I

Page 5: Aku dan Bintang Vol 2

Tanam minat astronomi

di kalangan pelajar

matahari dengan beberapa teleskop yang dipamerkan serta digunakan un-tuk melihat tompokan matahari pada hari tersebut.

Sesi membuat carta bintang atau planisfera turut diadakan dengan ban-tuan ahli-ahli Kelab Astronomi SMK Matang Hilir. Biarpun merupakan ak-tiviti mudah, namun ramai tidak me-lepaskan peluang untuk membuat carta bintang yang membolehkan pemerhati untuk menjejak dan mengenal pasti kedudukan bintang di langit.

Malah, apa yang menarik carta bin-tang itu juga digunakan untuk melihat keadaan langit sebenar dalam aktiviti mencerap bintang yang diadakan pada sebelah malamnya dengan orang ramai datang untuk melihat rupa sebenar bu-lan dan untuk mengenal pasti buruj-buruj yang kelihatan di langit.

Jumlah yang hadir bukan sahaja melibatkan golongan pelajar sekolah rendah dan menengah, tetapi ia turut melibatkan orang ramai yang berminat untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang astronomi.

Untuk mengisi aktiviti-aktiviti yang terdapat pada Hari Astronomi, turut diadakan permainan AstroGuess dengan mereka yang hadir berpeluang untuk meneka jumlah bintang yang terdapat dalam balang kaca.

Kemeriahan pada hari itu juga di-serikan dengan permainan dart anju-ran SUPER dengan seramai sepuluh pemenang telah berjaya membawa pulang hadiah yang ditawarkan. Astro-Kuiz juga menjadi pilihan pada hari itu dengan muka-muka ceria pelajar menunggu-nunggu pengumuman kuiz diadakan yang membolehkan mereka

berpeluang untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh Planetarium.

Dengan aktiviti pertunjukan Pla-netarium yang diadakan pada sebelah pagi serta mencerap bintang pada se-belah malamnya, aktiviti yang diadakan sempena Hari Astronomi ini seme-mangnya telah membuka minda warga bandar raya Kuching bahawa betapa pentingnya komuniti astronomi di ka-langan kita untuk menyebarkan mak-lumat sains astronomi kepada generasi akan datang.

Di samping itu, pihak Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan As-tronomi Sarawak berharap komuniti astronomi ini terus berkembang dan penyertaan orang ramai dalam aktiviti astronomi ini akan juga bertambah melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang akan datang.

Biarpun Planetarium Sultan Iskandar merupakan planetarium pertama di Malaysia, ramai yang

tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat itu dan masuk untuk menonton pertunjukan-pertunjukan

yang diadakan pada hari tersebut.

Aku Bintang&

Page 6: Aku dan Bintang Vol 2

SEKOLAH-SEKOLAH di ka-wasan luar Kuching merupakan antara sasaran utama bagi jeray-

awara yang diadakan oleh Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dalam berkongsi ilmu astronomi kepada pela-jar-pelajar sekolah.

Pada Februari tahun ini, kedua-dua badan ini dengan kerjasama Unit Be-lia Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi telah mengadakan sesi je-rayawara astronomi di SK Sampadi, yang berada di kawasan Lundu.

Dengan perjalanan kira-kira sejam

dari bandar raya Kuching, pasukan dar-ipada Planetarium dan persatuan yang berjumlah empat orang serta tiga orang daripada Unit Belia KPSU sampai ke destinasi di sekolah rendah SK Sam-padi yang mempunyai hanya kira-kira 237 pelajar sahaja. Tujuan jerayawara ini diadakan sebagai usaha untuk mem-perkenalkan sains astronomi kepada golongan pelajar yang juga merupakan antara subjek yang dipelajari di sekolah.

Ia juga merupakan tindakan susulan daripada maklum balas yang diterima oleh pihak PSI dan SAS terhadap sam-butan yang menggalakkan daripada aktiviti jerayawara yang lalu di kawasan luar bandar Kuching. Kira-kira 100

pelajar dari kelas Tahun Empat, Lima dan Enam telah diberi peluang untuk menghadiri program setengah hari yang diadakan di dewan sekolah itu.

Biarpun dengan kemudahan yang serba kekurangan, namun dapat dilihat dari raut wajah para pelajar ini bahawa mereka amat mengalu-alukan kedata-ngan pihak luar dalam usaha untuk me-nyebarkan kesedaran kepada mereka.

“Pada mulanya mereka (pelajar) agak takut apabila kami tiba di seko-lah ini kerana mungkin jarang orang luar yang datang membuat program di sekolah ini,” kata Ismandy Ali, Kurator

Planetarium Sultan Iskandar Kuching. “Namun, lama-kelamaan jurang

yang wujud antara kami sebagai pe-nganjur aktiviti kian rapat apabila kami memperkenalkan teleskop yang dibawa dan ini menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan pelajar yang ada di situ,” jelasnya lagi. Selain diperkenalkan de-ngan teleskop, Ismandy bersama-sama tiga ahli exco SAS telah mengajar cara menggunakan carta bintang yang ber-guna bagi memperkenalkan kedudukan buruj di langit.

Malah, tarikan pelajar ini terhadap sains angkasa dapat dilihat dengan be-tapa aktif mereka terlibat dalam men-jawab soalan-soalan kuiz yang telah di-

Berkongsi ilmu astronomi melalui jerayawara ke SK Sampadi

berikan dengan hadiah berupa cendera-mata daripada KPSU, PUSAKA serta Agensi Angkasa Negara.

Aktiviti lain yang turut diadakan semasa sesi jerayawara pada kali ini adalah taklimat yang disampaikan Day-ang Naziah binti Anuar daripada Unit Belia KPSU tentang Sudut Pertemuan Remaja (SUPER) yang kini turut ber-tempat di Dewan Suarah Kuching.

Para pelajar juga dicabar dengan menjawab kuiz ringkas daripada Unit Belia. Menurut salah seorang guru sekolah itu, pihaknya amat menggal-akkan mereka yang berminat untuk

mewujudkan kesedaran di kalangan pe-lajar kawasan tersebut memandangkan kedudukan sekolah yang jauh dari pusat bandar.

Malah, menurut Ismandy lagi me-lalui program Jerayawara Astronomi ini, ia sebagai satu cara untuk memperke-nalkan Planetarium kepada pelajar-pe-lajar sekolah yang kurang didedahkan dengan perkembangannya di Kuching.

Katanya lagi, pihak Planetarium akan berusaha sedaya-upaya untuk membawa para pelajar ini untuk mela-wat Planetarium sebagai sebahagian daripada program lawatan sambil bela-jar agar mereka turut berpeluang untuk menyertai program-program yang dian-jurkan oleh pihak Planetarium.

Aktiviti Jerayawara Astronomi ini merupakan jerayawara pertama tahun ini dan ia merupakan susulan kejayaan jerayawara yang diadakan tahun lalu ter-masuk yang diadakan di Betong.

Biarpun dengan kemudahan yang serba kekurangan, namun dapat dilihat dari raut wajah para pelajar ini bahawa mereka amat mengalu-

alukan kedatangan pihak luar dalam usaha untuk menyebarkan kesedaran astronomi kepada mereka.

PARA pelajar dari SK Sampadi yang menyertai jerayawara. DAYANG NAZIAH dari SUPER turut menyertai jeraya-

wara ke SK Sampadi.

Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

6

Page 7: Aku dan Bintang Vol 2

ASTRONOMITak kenal maka tak cinta

TAK kenal maka tak cinta. Itulah hakikatnya. Demikian juga de-ngan astronomi. Walaupun se-

tiap waktu, 24 jam sehari dan sepanjang tahun tidak kira di mana anda berada dan siapa anda. Sama ada anda pelawat Planetarium di Kuching atau penyanyi keroncong di Muar mahupun selebriti di Hollywood atau peminat bola di An-field atau pun sekadar peminat keropok lekor di Kemaman, selagi anda peng-huni bumi pastinya anda dibumbungi langit yang sama dalam cakerawala yang sama.

Itulah hakikatnya. Analoginya pula astronomi sentiasa dekat dengan kita cuma kita yang menjauhinya kerana kita tidak mengenalinya. Kita cinta orang di sekeliling kita kerana kita kenal mereka. Banyak perihal mereka yang kita kenal, nama sudah pasti, rupa paras, umur, hobi, malah kadangkala bau mereka pun turut dapat dikenal pasti.

Semakin banyak yang kita kenal ter-hadap sesuatu semakin tinggilah cinta kita terhadap sesuatu itu. Teorinya ia berkadar terus, maka janganlah berpu-tus asa dalam proses menambahkan maklumat terhadap sesuatu. Teruskan kenal, tahu, erti, faham kerana di hu-jung hari anda akan tersenyum dengan kadar cinta yang meningkat itu.

Astronomi, mungkin bunyinya agak asing bagi sesetengah orang. Malah tidak kurang juga yang merasa berat, rumit atau tidak selesa untuk mendekatinya. Kebanyakan beranggapan ia sukar un-tuk difahami malah merupakan beban untuk dikenali, didekati, dan dipelajari.

Namun begitu harus diingat, ilmu pengetahuan bukanlah sesuatu yang membebankan atau mengusutkan min-da kita, sebaliknya ia memperhebatkan minda kita. Kajian mengatakan potensi untuk menjadi senile/nyanyuk adalah tinggi kepada golongan yang kurang menggunakan minda berbanding de-ngan mereka yang kerap berfikir, mem-baca dan sentiasa menuntut ilmu.

Anggaplah minda seumpama de-wan atau chamber yang gelap dan me-nambah ilmu seperti menambah cahaya di dewan tersebut, cahaya tidak berjisim

untuk dianggap beban sebaliknya ia hanya menerangi dewan tersebut dan akan terus meneranginya hingga infiniti. Terangilah dewan anda!

Ramai yang akan menyokong jika dikatakan sukar sekali untuk mendedah-kan golongan veteran dengan teknologi masa kini seperti contoh komputer, telefon bimbit, kamera digital dan pel-bagai gizmo lain yang ironinya dianggap mainan oleh remaja masa kini. Usahlah terperanjat jika usahawan berjaya ma-hupun jutawan yang anda kenal hanya mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3310 untuk menjawab panggilan.

Sebagaimana sukar mendedahkan teknologi kepada golongan veteran sesukar itulah juga bagi mereka untuk menjelaskan soal psikologi terhadap para remaja. Lain padang lain pula be-lalangnya. Kesimpulanya setiap orang berkecenderungan untuk menjauhkan diri atau menolak sesuatu yang diang-gapkan rumit.

Perkara terbaik di sini adalah untuk dapat membezakan antara yang rumit dan kompleks (complicated vs complex). Rumit adalah apabila anda buntu den-gan hujung dan yang mana pula pang-kalnya maka carilah bantuan untuk me-

nyelesaikanya. Sebaliknya, jika ia kompleks maka

anda hanya perlu bermula biarpun ia hanya sedikit (once step at a time). Kom-pleks beli-belah adalah contoh kompleks terbaik, walaupun anda rasa sangat asing dan runsing pada hari pertama tetapi jika anda terus mengunjunginya, bukan sahaja nama-nama kedai anda kenal malah produk serta pemiliknya juga dapat dikenali dan tidak mustahil perabot, dekorasi, warna dan corak ke-dai juga mampu untuk dikenal pasti.

Akhirnya kompleks beli-belah ter-sebut hanyalah sekadar mainan buat anda namun jika diingat kembali saat pertama anda menjejakinya pasti anda akan tersenyum mengenangkan per-bezaannya.

Pastinya, astronomi bukanlah ses-uatu yang rumit, ia cuma kompleks dan perlukan langkah pertama untuk men-genalinya. Tentunya, astronomi milik semua kerana setiap seorang daripada kita mampu untuk mendongak ke lan-git, maka mengapa tidak kita biarkan pandangan kita ke langit menjadi lebih bermakna?

[email protected]

Astronomi, mungkin bunyinya agak asing bagi sesetengah orang. Malah tidak kurang juga yang merasa berat, rumit atau tidak selesa

untuk mendekatinya.

Aku Bintang&

7

Page 8: Aku dan Bintang Vol 2

Jana ilmu sains angkasa melalui kerjasama serantau

PENGALAMAN selama sembilan hari ketika berada di Semenanjung Malay-sia untuk melihat sendiri planetarium dan balai cerap yang ada di seberang laut merupakan satu pengalaman yang berbeza bagi misi ahli Persatuan As-

tronomi Sarawak dan Kurator Planetarium Sultan Iskandar. Objektif utama program lawatan ke planetarium dan balai cerap ini sebagai

mempelajari cara operasi dan promosi tempat-tempat tersebut serta ia juga bakal mewujudkan perhubungan antara planetarium dan balai cerap dengan Planetarium Sultan Iskandar di Sarawak.

BALAI Cerap Negara di Langkawi.

Page 9: Aku dan Bintang Vol 2

Jana ilmu sains angkasa melalui kerjasama serantau

Ia merupakan program yang julung-julung kali diadakan de-ngan kami berharap apa yang telah kami capai melalui lawatan ini berupaya dapat memberikan idea kepada SAS dan PSI untuk membangunkan lagi program yang lebih mantap serta berkesan untuk pembangunan bidang sains astronomi di negeri ini.

Lawatan ke PSKTDalam program selama sem-

bilan hari yang diadakan pada April lalu, kami telah mengada-kan lawatan ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di Terengganu, Planetarium Negara di Kuala Lumpur, Kompleks Fal-ak Al-Khawarizmi di Melaka dan Balai Cerap Negara di Langkawi.

Perjalanan yang kami ambil adalah jauh dari utara hinggalah ke selatan tetapi apa yang kami dapat adalah lebih dari apa yang kami harapkan.

Lokasi pertama kami dalam rangka lawatan ini adalah ke PSKT yang merupakan pusat sains dan juga planetarium di Kuala Tereng-ganu.

Lokasinya yang terletak ham-pir dengan kawasan bandar men-jadikannya sebagai tempat sesuai untuk membangunkan bidang sains dan teknologi terutama ke-pada golongan pelajar.

Kami disambut baik oleh pe-gawai sains pusat itu iaitu Razuan Long serta kakitangan lain yang telah memberikan penerangan de-

ngan lebih lanjut tentang fungsi dan peranan yang dimainkan oleh PSKT.

Berdasarkan penerangan yang telah diberikan oleh Razuan Long, kami dapat melihat bahawa PSKT amat mencerminkan perkemba-ngan sains dan teknologi dan per-tumbuhan sains angkasa negeri itu dengan sumbangan kerajaan negeri serta agensi-agensi berkai-tan dalam membantu memastikan masyarakat dapat berkongsi ilmu dalam perkembangan sains ang-kasa.

Lawatan ke Planetarium Negara

Setelah berada dua hari di Te-rengganu, rombongan kami pun pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat ke Planetarium Negara yang merupakan planetarium yang kedua dibina selepas PSI.

Sebagai pusat untuk menye-barkan ilmu sains angkasa utama di Kuala Lumpur, Planetarium ini menawarkan pelbagai kemudahan serta kelengkapan bagi memudah-kan usaha untuk mendidik ma-syarakat sekeliling tentang pen-tingnya ilmu sains angkasa.

Apabila siap dibina pada 1994, Planetarium Negara telah menjadi tumpuan utama dalam mengorak langkah bagi memajukan Malaysia dalam bidang sains dan teknologi serta menghidupkan kesedaran bidang sains angkasa di kalangan masyarakat.

Peranan yang dimainkan oleh

Rombongan lawatan 9 hari ini melibatkan lawatan ke PSKT, Planetarium Negara, Kompleks

Falak Al-Khawarizmi dan Balai Cerap Negara dengan

tujuan untuk berkongsi ilmu dan meluaskan rangkaian

perhubungan.PLANETARIUM Negara di Kuala Lumpur.

PUSAT Sains dan Kreativiti Terengganu di Kuala Terengganu.

KOMPLEKS Falak Al-Khawarizmi di Melaka.

Page 10: Aku dan Bintang Vol 2

Planetarium Negara sama seperti PSI tetapi ia berskala yang lebih besar de-ngan jumlah kakitangan yang ramai dan mantap.

Selain pertunjukan yang turut men-jadi penarik utama di planetarium itu, ia turut mempunyai ruang pameran yang cukup menarik dan juga balai cerap di bahagian atasnya membolehkan pakar untuk melakukan aktiviti pencerapan langit malam.

Lawatan ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Perjalanan kami diteruskan untuk ke Melaka dalam perjalanan kira-kira 2 jam dengan menggunakan bas. Kom-pleks Falak Al-Khawarizmi terletak di kawasan hutan dan pantai.

Ia merupakan gabungan planetar-ium dan juga balai cerap seperti yang terdapat di Planetarium Negara.

Ketika berada di Al-Khawarizmi, ia pada waktu itu sedang menganjurkan Hari Astronomi seperti yang turut di-anjurkan oleh PSI.

Al-Khawarizmi merupakan kom-pleks falak baru yang beroperasi pada tahun lalu dengan tujuan untuk mem-promosikan ilmu astronomi melalui pendidikan dan juga penyelidikan.

Kompleks Falak Al-Khawarizmi ini mengamalkan konsep 3P seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pega-wai sainsnya iaitu ia dibina dengan tu-juan penyelidikan, pendidikan dan juga pelancongan.

Perkembangan sains astronomi di negeri Melaka amat membanggakan terutama dari segi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri mem-buktikan bahawa komitmen mereka dalam membangunkan ilmu falak ke-pada masyarakat sekitar.

Lawatan ke Balai Cerap NegaraLawatan rombongan kami berakhir

dengan lawatan ke Balai Cerap Negara

di Langkawi yang merupa-kan kebanggaan negara kerana mempunyai ba-lai cerap yang mampu untuk menjadi tong-gak kepada per-tumbuhan sains astronomi di negara kita.

Balai Cerap Negara terletak di Em-pangan Bukit Malut dan ketika berada di balai cerap itu, kami telah disambut oleh salah seorang pegawainya iaitu Karzaman Ahmad yang telah mem-berikan penerangan yang lengkap ten-tang peranan yang dimainkan oleh balai cerap itu. Boleh dikatakan bahawa ke-mudahan yang terdapat di Balai Cerap Negara amat membanggakan dengan teleskop optik robotik mampu mem-berikan keputusan imej yang baik.

Di samping itu, teleskop robotik di Langkawi itu boleh digunakan untuk melakukan aktiviti mencerap secara re-mote walaupun di mana anda berada.

Idea, galakan dan pembangunan Planetarium

Sepanjang lawatan ini, kami telah memperoleh banyak idea cara untuk membangunkan PSI dan SAS. Semua ini dilakukan bagi memajukan bidang sains angkasa di negeri ini yang secara tidak langsung berguna untuk pemban-gunan minda masyarakat terutama di kalangan pelajar. Ketika melihat dari segi keupayaan planetarium di tempat-tempat itu, wujudnya perasaan rendah diri terhadap keupayaan planetarium dan juga perkembangan sains astrono-mi di Sarawak yang jauh ketinggalan biarpun kita mempunyai planetarium pertama dibina di Malaysia.

Namun, selepas lawatan ini kami berharap ia dapat memajukan lagi bi-dang sains angkasa di negeri ini dan PSI serta SAS dapat merangka banyak lagi aktiviti yang menarik minat orang ramai dalam bidang sains angkasa.

KARZAMAN dari Balai Cerap Negara sedang menunjukkan cara menggunakan teleskop

robotik.

ISMANDY ALI sedang memberikan penerangan tentang perkembangan

astronomi di PSKT.

LAU CHEN CHEN dari Planetarium Negara menerangkan tentang teleskop robotik.

10

Page 11: Aku dan Bintang Vol 2

Aku Bintang&

TARIKH AKTIVITI TEMPAT

20 Januari Ceramah pengenalan SMK Matang Hilir astronomi

27 Januari Slot astronomi semasa Pusakaphilia I PUSAKA anjuran PUSAKA

3-4 Februari Aktiviti brainstorming astronomi Kem Alapong

27 Februari Jerayawara astronomi I SK Sampadi

3 Mac Slot astronomi semasa Pusakaphilia II PUSAKA anjuran PUSAKA

13-14 Mac Program astronomi cuti sekolah I Planetarium Sultan Iskandar

7 April Slot astronomi semasa Pusakaphilia III PUSAKA anjuran PUSAKA

16 April Jerayawara astronomi II SMK Sematan

17 April Program alam semula jadi anjuran Planetarium Sultan Kementerian Pendidikan Iskandar 21 April Hari Astronomi/Cerapan bintang Planetarium Sultan Iskandar & Dewan Suarah Negeri

6 Mei Kursus astronomi anjuran Kelab Sains SMKA Tun Ahmad Matematik SMKA Tun Ahmad Zaidi Zaidi 7 -8 Mei Pameran astronomi semasa Karnival SMK Matang Hilir Sains & Matematik SMK Matang Hilir

16 Mei Slot cerapan bintang semasa Kem Alam Dewan Kokurikulum Semula jadi anjuran Lembaga Alam SMK Santubong Sekitar dan Sumber Alam (NREB) 19 Mei Slot astronomi semasa Pusakaphilia IV PUSAKA anjuran PUSAKA

26 - 29 Mei Program astronomi cuti sekolah II Planetarium Sultan Iskandar

TARIKH AKTIVITI TEMPAT22 Jun Ceramah dan demonstrasi oleh Planetarium Sultan Paul Bourke dari University Iskandar of Western Australia 26 Jun Jerayawara III Bau 7 Julai AstroInvention 2007 Dewan Suarah Kuching 20 –24 Julai Pameran astronomi sempena Betong perasmian Kompleks Kerajaan Betong

6-7 Ogos atau Jerayawara IV Belawai, Mukah9-10 Ogos 18-20 Ogos Astrophilia 2007 Kem Alapong, Lundu 1 September Astroweek 2007 Planetarium Sultan Iskandar

(* Perubahan tarikh bergantung kepada keputusan pihak penganjur)

Aktiviti Penggal Pertama Januari hingga Jun 2007

Aktiviti Penggal Kedua Julai hingga Disember 2007

JULY 2007Date Events 7 Earth farthest from the sun.10 Moon about a degree from north of Pleaides 5hrs.12 Venus at its brightest 22hrs. 21 Mercury visible in the morning. 28 South Delta Aquarids meteor shower peaks.

AUGUST 2007Date Events7 Moon about a degree north of Pleaides 10 hrs.13 Neptune at opposition. 18 Venus at inferior conjunction 12hrs.28 Total eclipe of the moon best seen from Pacifi c Ocean, North America and East Australia 19hrs.

SEPTEMBER 2007Date Events1 Aurigids meteor shower. Possibility of a very good meteor shower.3 Moon about a degree north of Pleaides 18hrs.24 Venus at greatest brilliancy in the morning.30 Mercury about a degree north of Pleaides.

OCTOBER 2007Date Events4 Mars about a degree south of M35 4hrs. 8 Draconids meteor shower peaks.21 Orionids meteor shower peaks.28 Moon about a degree north of Pleaides 9hrs.

NOVEMBER 2007Date Events3 S taurid meteor shower peaks. 9 Mercury at greatest elongation visible before sunrise.11 N taurid meteor shower peaks.17 Leonid meteor shower peaks. 22 Alpha-monocerotids meteor shower peaks.24 Moon about a degree north of Pleaides 24hrs. DECEMBER 2007Date Events6 Phoenicids meteor shower. Pupid velid meteor shower peaks.19 Mars closest to earth. 22 Winter solstice in northern hemisphere.23 Ursid meteor shower peaks.25 Mars at opposition. Magnitude -1.6.

Night Sky Events

Aku Bintang&

11

Page 12: Aku dan Bintang Vol 2

PLANETARIUM Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) telah menyertai

program PUSAKAphilia anjuran Per-badanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Program PUSAKAphilia atau de-ngan maksud ‘persahabatan PUSAKA’ (‘philia’ adalah perkataan Greek yang bermaksud ‘sahabat’) yang diadakan sekali sebulan pada hari Sabtu itu telah dimulakan pada Januari lalu dengan pe-nyertaan pertama daripada tiga sekolah rendah sekitar bandar raya Kuching.

Menurut Pengurus Perhubungan Korporat PUSAKA, Sharifah Noro-lah Wan Ahmad, program berkenaan diadakan adalah bagi memberi pende-dahan kepada golongan pelajar tentang peranan PUSAKA dalam pembangu-nan industri perkayuan dan industri perabot di negeri ini.

Selain itu, katanya, ia juga bagi menyemai kesedaran dan semangat cintakan alam sekitar, khususnya ka-wasan hutan yang akan menjadi khaza-nah kepada generasi akan datang serta memperkembangkan bidang sains dan teknologi di negeri ini.

Manakala bagi Kurator PSI, Is-mandy Ali, pihaknya amat berbesar hati kerana dijemput untuk menyertai pro-gram ini.

Katanya, menerusi program seperti ini pihak PSI dan SAS dapat menjalin-kan persahabatan dan kerjasama de-ngan masyarakat, khususnya golongan

pelajar serta agensi-agensi lain dalam memperkembangkan bidang sains dan teknologi, khususnya sains angkasa.

Selain itu, katanya, tidak mustahil menerusi penyertaan aktiviti dengan pihak PUSAKA dapat membantu bagi menghasilkan ciptaan atau rekaan ter-baru dan unik berasaskan kayu yang boleh digunakan di dalam bidang sains angkasa.

“Dengan gabungan yang sedia ada, kita boleh menghasilkan idea yang mungkin pada asalnya agak mustahil. Namun dengan usaha dan minat yang mendalam, mungkin kita boleh men-cipta bahan-bahan daripada kayu yang boleh digunakan di angkasa lepas.

“Sama seperti dengan penghanta-ran angkasawan pertama Malaysia ke angkasa yang dulunya dianggap musta-hil, namun kini, ia bakal menjadi kenyataan,” ka-tanya.

Antara aktiv-iti yang diadakan bagi program PUSAKAphilia ialah lawatan ke Muzium Perka-yuan PUSAKA dengan peserta berpeluang un-tuk mengetahui dengan dekat mengenai jenis-jenis hutan, spe-

sies flora dan fauna terlindung, spesies-spesies kayu di hutan Sarawak, sejarah perhutanan, peralatan dan produk-produk yang dihasilkan oleh kayu serta mengalami sendiri suasana di dalam hu-tan menerusi diorama hutan.

Selain itu, peserta juga diberi takli-mat ringkas tentang PUSAKA dan tay-angan video korporat.

Manakala aktiviti kreativiti pula di-kendalikan PUSAKA dengan kerjasama Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS).

Bagi sesi ini, antara aktiviti yang diadakan ialah taklimat ringkas tentang astronomi oleh Ismandy.

Dalam pada itu, peserta juga di-tugaskan untuk membina “Mars Cable” dengan menggunakan belon panjang, pencucuk sate, straw dan pita pelekat.

Tujuan aktiviti membina “Mars Cable” adalah bagi menguji tahap kreativiti peserta dan mengaplikasi sub-jek sains serta fizik tentang kebolehan kabel masing-masing membawa beban kayu (pencucuk sate) ketika menuruni laluan tali mengikut hukum graviti.

Selain itu, ia juga bagi memperke-nalkan serta mengaplikasi ilmu sains dan teknologi yang digunakan dalam industri perkayuan dan sains angkasa.

Pertandingan “Mars Cable” ini dini-lai menerusi beberapa kriteria seperti kreativiti, kerja berpasukan dan kebole-han kabel bergerak mengikut laluan tali dengan jarak terjauh, telah dimenangi oleh SMK Tunku Abdul Rahman.

[email protected]

PSI dan SAS sertai program PUSAKAPHILIA

Persatuan Astronomi Sarawak & Planetarium Sultan Iskandar

12

PARA pelajar sedang memikirkan cara untuk mem-bawa pencucuk sate dengan menggunakan belon.

GURU turut memberikan semangat dan idea-idea kepada anak muridnya.

Page 13: Aku dan Bintang Vol 2

Dalami ilmu astronomi melalui Program Cuti Sekolah

MUSIM cuti sekolah seme-mangnya masa yang sesuai bagi pelajar-pelajar untuk me-

luangkan masa dengan aktiviti-akiviti berfaedah yang dapat meluaskan minda dan pada masa yang sama minat mere-ka, dalam kegiatan kokurikulum sebagai pelengkap kepada subjek-subjek dibela-jar di sekolah.

Banyak aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab sekolah sama ada aktiviti perkhemahan ataupun bengkel yang dipercayai berguna bagi pelajar lebih-lebih lagi apabila mereka mempunyai minat dalam bidang tersebut.

Dengan itu, untuk memupuk minat pelajar dalam bidang astronomi di neg-eri ini, Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS) dengan kerjasama Sudut Pertemuan Pelajar (SUPER) telah mengadakan program musim cuti sekolah untuk mengisi ruang bagi mendidik para pe-lajar sedikit-sebanyak tentang dunia as-tronomi.

Planetarium dan SAS sememang-nya berdedikasi dalam memberikan maklumat dan pendidikan kepada para pelajar dalam bidang astronomi dengan pada musim cuti sekolah ini bengkel selama dua hari telah digunakan bagi menyuntik semangat astronomi di ka-langan pelajar.

“Kali ini kami bercadang untuk memberikan pendedahan kepada as-tronomi dalam mengumpul dan meng-

Program musim cuti sekolah ini tidak lagi bertumpu kepada kegiatan astronomi amatur yang lebih kepada

membuat roket, melihat buruj di langit, menonton persembahan dan lain-lain, tetapi ia lebih daripada itu iaitu menganalisis data-data yang diperoleh daripada

kegiatan tersebut.

analisis data seperti yang diamalkan oleh peminat-peminat astronomi di seluruh dunia,” menurut Ismandy Ali, Kurator Planetarium Sultan Iskandar yang menganjur program itu.

“Buat masa kini, tumpuan diberi-kan lebih kepada kaedah menganalisis data-data yang telah dikumpul setelah membuat pemerhatian dengan meng-gunakan teleskop dan sebagainya,” tambahnya lagi. Menurut Ismandy lagi, program musim cuti sekolah ini tidak lagi bertumpu kepada kegiatan astrono-mi amatur yang lebih kepada membuat roket, melihat buruj di langit, menon-ton persembahan dan lain-lain, tetapi ia lebih daripada itu iaitu menganalisis data-data yang diperoleh daripada keg-iatan tersebut.

Sehubungan itu, para pelajar den-gan 120 orang semuanya dan 10 guru pengiring telah dilatih tentang cara un-tuk mengukur tahap pergerakan dan kelajuan tompokan matahari dengan menggunakan teleskop pantulan serta pengiraan orbit planet Marikh menggu-nakan set trigonometri dan kalkulator saintifik. Sebanyak lapan buah sekolah telah menyertai bengkel dua hari ini termasuk SMK Matang Hilir, SMK Santubong, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuching, Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), SMK St. The-resa, SMK Petra Jaya dan SM Teknik Sejingkat, Kuching selain daripada pe-nyertaan individu perseorangan.

Bersama-sama ahli Persatuan As-tronomi Sarawak, bengkel tersebut sedikit-sebanyak membantu memberi-kan perspektif baru kepada pelajar ten-tang dunia astronomi yang sebelum ini difikirkan hanya melibatkan mencerap bintang di langit.

“Ia lebih daripada itu, malah bidang-

nya lebih luas berbanding aktiviti-akiviti yang kita saksikan sebelum ini kerana banyak data yang kita perolehi hasil daripada pencerapan boleh melatih pe-lajar untuk membuat pengukuran dan penganalisisan,” tambah Ismandy.

“Ia secara tidak langsung turut me-latih para pelajar untuk mengukuhkan lagi kepakaran mereka dalam bidang sains dan matematik yang merupakan asas kepada bidang astronomi, selain subjek fizik,” kata Ismandy.

Apa yang menarik sempena pro-gram musim cuti sekolah ini, ia bukan sahaja menarik minat di kalangan pe-lajar Tingkatan 4 dan juga 5, malah ia berjaya menarik minat pelajar Tingka-tan 1 dan 2 yang mula berjinak dengan bidang astronomi.

Malah, mereka tidak terkecuali dari-pada membuat analisis dan memplot data, dengan mereka mendapat bim-bingan dan bantuan daripada pelajar senior. Aktiviti-aktiviti ini turut mem-bantu guru-guru yang hadir mempelaja-ri cara untuk menganalisis data bersama pelajar mereka.

Aku Bintang&

ISMANDY Ali bersama-sama peserta Program Astronomi Cuti Sekolah.

PARA pelajar diajar cara untuk membuat analisis data.

Page 14: Aku dan Bintang Vol 2

CUTI sekolah penggal kedua yang bermula pada 26 Mei lalu telah diisi dengan Program

Astronomi Cuti Sekolah II anjuran Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS), Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak (KPSU).

Kursus selama tiga hari bermula 26 Mei dan 28 hingga 29 Mei itu, ber-tempat di Planetarium Sultan Iskandar berjaya menarik minat kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, termasuk guru-guru sekitar bandar raya Kuching.

Sasaran kursus kali ini untuk me-reka yang baru berjinak-jinak dengan astronomi. Oleh itu, pendekatan kali ini adalah mudah, lebih kepada kerja-kerja praktikal dan kurang matematik kom-pleks. Modul kursus seperti bagaimana membuat carta bintang, memahami at-las bintang, konsep teori relativiti, skala alam semesta dan banyak lagi.

Aktiviti utama semasa kursus ini ialah membuat jam matahari atau hy-brid sundial. Modul ini termasuklah cara

pengiraan skala bagi membina jam ma-tahari, maklumat tentang matahari, dan mengekstrak maklumat matahari dari-pada graf.

Sepanjang tiga hari berkursus, peser-ta begitu menunjukkan minat dan ingin tahu tentang tajuk yang dibincangkan menerusi sesi soal jawab yang dikenda-likan oleh Kurator PSI, Ismandy Ali.

Menurut Ismandy Ali, walaupun modul membina jam matahari ini membabitkan pengiraan yang agak rumit, namun kesungguhan dan mi-nat yang ditunjukkan peserta terhadap astronomi membantu mereka untuk berusaha mendapatkan jawapan serta jalan penyelesaian kepada masalah pe-ngiraan berkenaan.

“Bagi murid-murid sekolah rendah yang kurang mahir dalam pengiraan for-mula, mereka suka bertanya cara pengi-raan dibuat walaupun tidak memahami simbol-simbol yang digunakan. Malah, mereka juga dibantu oleh rakan-rakan daripada sekolah menengah yang lebih arif tentang pengiraan berkenaan. Inilah yang membuatkan kursus kali ini lebih unik daripada yang pernah diadakan se-

Jam matahari sasaran Program Astronomi

Cuti Sekolah II

belum ini,” katanya.Pada hari pertama kursus (26 Mei),

peserta telah diberi manual untuk mem-buat jam matahari dan taklimat telah disampaikan oleh Ismandy Ali. Dalam sesi pertama berkenaan, peserta dimin-ta untuk membuat pengiraan menggu-nakan kalkulator saintifi k.

Pengiraan berkenaan turut meng-gunakan matematik yang berasaskan trigonometri.

Manakala pada hari kedua (28 Mei), peserta telah diberi kad manila dan ba-han-bahan berkaitan bagi membuat jam matahari berdasarkan pengiraan yang telah dibuat pada hari sebelumnya.

Peserta juga diminta untuk mem-buat jam matahari mengikut kreativiti masing-masing kerana turut diadakan pertandingan jam matahari yang diha-kimi berdasarkan ketepatan skala dan kreativiti tercantik.

Seterusnya, pada hari ketiga (29 Mei), peserta diberikan masa untuk me-nyiapkan jam matahari masing-masing sebelum dihantar kepada pihak pengan-jur bagi tujuan penghakiman.

Sesi penghakiman telah dibuat pada sebelah petang di ruang foyer PSI dan penganjur telah menerima lebih 100 jam matahari untuk dihakimi.

Semasa penghakiman, setiap jam matahari akan diuji di bawah sinaran matahari dan mengikut arah kompas ke utara. Antara kriteria yang diambil kira bagi setiap jam matahari ialah ketepatan bayang-bayang gnomon, ‘jarum jam’ yang jatuh ke atas skala waktu.

Sepanjang sesi berkenaan dibuat, semua peserta begitu ghairah dengan jam matahari masing-masing bagi me-mastikan jam ciptaan mereka tepat, mengikut spesifi kasi yang telah ditetap-kan dan seterusnya terpilih ke peringkat seterusnya.

Lebih 20 jam matahari berjaya me-lepasi ujian ketepatan, bagaimanapun hanya tiga jam matahari yang terpilih berdasarkan kepada kreativiti reka ben-tuk tercantik.

Dua hadiah dirangkul oleh guru dan pelajar dari SMK Santubong dan se-buah hadiah lagi oleh pelajar dari SMK Tunku Abdul Rahman, dengan mer-eka menerima sebuah buku astronomi sumbangan PSI. Setiap peserta kursus juga turut menerima sijil penyertaan masing-masing.

[email protected]

14

AKTIVITI membuat jam matahari antara aktiviti dalam Program Astronomi Cuti Sekolah II.

Page 15: Aku dan Bintang Vol 2

(Dari muka 16)

Daripada gumpalan debu dan gas yang termampat serta bersuhu cukup tinggi, ia mampu beransur-ansur meng-hasilkan bintang yang menghasilkan cahaya dan haba. Malah terdapat juga bintang menghasilkan planet.

Bintang juga mempunyai pelbagai variasi dan ciri-ciri variasi ini ditentukan oleh jisimnya. Malah jisim ini merupa-kan penentu kepada bagaimana sesuatu bintang itu akan mengakhiri hayatnya. Bintang seperti matahari kita akan menjadi sebuah bintang raksasa merah sebelum mengecut dengan senyap dan hilang.

Tetapi bagi sebuah bintang yang mempunyai jisim yang amat tinggi, ia akan mengakhiri hidupnya dengan letu-pan dramatik. Hasil daripada letupan dramatik itu mungkin juga menghasil-kan sebuah objek yang menarik apa sa-haja yang berdekatan dengannya. Itulah lohong hitam.

Realiti lohong hitam yang menelan cahaya itulah merupakan satu kenge-rian dalam kegelapan berada di ang-kasa lepas. Daripada permulaan alam semesta sehinggalah kepada kematian

TAHUKAH anda sistem suria terletak di dalam galaksi yang bernama Bima Saksi yang meru-

pakan antara berjuta galaksi di alam se-mesta.

Tahukah anda “Planet” berasal daripada perkataan Yunani yang ber-maksud “pengembara” kerana planet-planet ini kelihatan bergerak laju apabila dilihat melalui teleskop.

Tahukah anda planet-planet yang mengorbit matahari ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zu-hal, Uranus dan Neptun. Pluto pula secara rasminya tidak lagi diiktiraf se-bagai planet berkuat kuasa pada 24 Ogos 2006.

Tahukah anda jika anda mengira bintang di langit pada kadar 1 bintang per saat maka anda perlukan lebih dari 3000 tahun untuk menghabiskan ki-

raanya. Tahukah anda bin-

tang yang paling terang di malam hari adalah bintang bernama Siri-us, pastikan ia berkelip jika tidak apa yang ada lihat itu adalah planet Zuhrah.

Tahukah anda ra-mai orang telah dan akan terpegun apabila melihat Zuhal melalui teleskop kerana keuni-kannya malah Zuhal juga dilabel seb-agai planet yang tercantik.

Tahukah anda jika anda membuat carian astronomi di Google akan ter-dapat lebih dari 50 juta laman web yang berkaitan dengannya.

Trivia tersebut sengaja diutarakan

TRIVIA!

Around the Universe in 30 minutes

Realiti lohong hitam yang menelan cahaya itulah merupakan satu

kengerian dalam kegelapan berada di angkasa lepas.

bintang merupakan satu pengembaraan yang mencakupi ruang dan masa, malah pengembaraan merentas masa dan ru-ang itu mengambil masa kira-kira 14 billion tahun.

Dalam pengembaraan seterusnya, pengunjung diajak untuk kembali ke bumi. Semasa dalam perjalanan pulang ke planet bumi pengunjung akan me-lihat bagaimana rupa sistem suria kita dari pinggir.

Sebuah bintang kuning dengan dikelilingi oleh objek yang memantul-kan cahaya itulah antara bintang-bin-tang pengembara ataupun planet yang dilihat oleh umat manusia semenjak beribu-ribu tahun dahulu.

Episod seterusnya, pengunjung akan melihat semua planet ini dari dekat satu

demi satu dan diakhiri dengan peman-dangan planet bumi dan bulannya dari orbit yang mengelilinginya.

Untuk mengakhiri pertunjukan ini, OTU30M mengajak pengunjung untuk memikirkan dua perkara secara objek-tif.

Perkara pertama ialah alam semesta ini sungguh besar dan luas tetapi ada-kah mungkin hanya bumi yang meng-huni alam ini?

Manakala perkara yang kedua ialah semua 12 buruj yang membentuk langit malam itu letaknya berbillion-billion ki-lometer dari bumi dan peluangnya un-tuk mempengaruhi kehidupan manusia sehari-sehari adalah hampir tiada. Ini sebenarnya menidakkan apa yang cuba ditekankan dalam ilmu astrologi.

sebagai salam perkenalan buat astrono-mi. Teruskanlah berkenalan dengan as-tronomi kerana dari semasa ke semasa kita akan sedar yang kita tidak lagi jauh dengan astronomi.

[email protected]

Aku Bintang&

15

Page 16: Aku dan Bintang Vol 2

Around The Universe in 30 minutes (OTU30M) adalah pertunjukkan terbaru PSI

untuk mendidik pengunjung ba-hawa betapa besar alam semesta ini. Jika dilihat daripada keadaan sekarang ini dengan semua galaksi menjauhi satu sama lain, ahli kos-mologi telah membuat kesimpulan bahawa alam semesta ini bermula daripada satu titik.

Ini bermakna, ia telah dicipta dan bukan seperti anggapan dalam teori lain yang mengatakan bahawa alam ini memang sudah sedia ada sejak azali lagi. Daripada pencip-taan alam semesta yang merupakan titik permulaan masa dan ruang, semua elemen-elemen yang mem-bentuk alam semesta itu terjadi seperti nebula,bintang, galaksi dan sebagainya terjadi beransur-ansur

untuk membentuk apa yang kita panggil sebagai alam semesta.

Bintang-bintang di langit malam yang kita lihat sebagai con-toh merupakan sebahagian dari-pada berbilion trilion trilion trilion yang ada di alam semesta. Walau-pun begitu, persis seperti benda hidup, bintang juga mempunyai evolusinya yang tersendiri.

(Bersambung di muka 15)