vol 4 issue 2 dec 2012

86
i LEMBAGA PENGARANG JURNAL PENDIDIKAN DAN LATIHAN Jilid 4 Bil.02 Disember 2012 ISSN : 1985-9597 Penaung Datuk Ibrahim Ahmad Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat Penasihat Abd Rahim Abd Ghani Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) Majlis Amanah Rakyat SIDANG EDITOR Ketua Editor Dr. Nor Aini Aziz Editor Farizah Mohamed Onn Khairiah Hasbullah Siti Roslina Muhamad Mazni Suleiman Hanirus Osman Hadijah Haron Sarinah Sulaiman Yuziana Ayu Yusof Hasnan Md Aris

Upload: hoangdung

Post on 15-Dec-2016

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: vol 4 issue 2 dec 2012

i

LEMBAGA PENGARANGJURNAL PENDIDIKAN DAN LATIHAN

Jilid 4 Bil.02 Disember 2012 ISSN : 1985-9597

PenaungDatuk Ibrahim Ahmad

Ketua PengarahMajlis Amanah Rakyat

Penasihat Abd Rahim Abd Ghani

Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan)Majlis Amanah Rakyat

SIDANG EDITOR

Ketua EditorDr. Nor Aini Aziz

EditorFarizah Mohamed Onn

Khairiah Hasbullah Siti Roslina Muhamad

Mazni SuleimanHanirus OsmanHadijah Haron

Sarinah SulaimanYuziana Ayu Yusof

Hasnan Md Aris

Page 2: vol 4 issue 2 dec 2012

ii

Jurnal Pendidikan Dan LatihanJilid 4 Bil. 02, Disember 2012

Diterbitkan oleh:

Majlis Amanah Rakyat (MARA)No. 21, Jalan Raja Laut50609 Kuala Lumpur

©Hak Cipta MARA 2012

Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam bentuk dengan apa cara, sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin bertulis daripada MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA).

Lembaga Pengarang Jurnal Pendidikan Dan Latihan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjemput para pembaca untuk menyumbang artikel dalam bidang pendidikan dan teknikal. Sumbangan artikel yang dihantar mestilah ditaip menggunakan font Arial 11 dan langkau 1.15. Artikel yang dihantar mestilah mengandungi abstrak tidak melebih 150 perkataan serta mempunyai biodata penulis. Artikel hendaklah die-mel kepada :[email protected]

Page 3: vol 4 issue 2 dec 2012

iii

Kandungan Mukasurat

Dari Meja Sidang Editor ` v

Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Di Sekolah: Satu Tinjauan 1Dr. Ahamad RahimProf. Madya Dato’ Abdul Razaq AhmadDr. Azwani Ismail

Amalan Kepimpinan Strategik Dalam Kalangan Pengetua 13Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Di Malaysia Daripada Perspektif Kumpulan Penolong Kanan, Ketua Bidang Dan Ketua PanitiaDr. Ahmad Masrizal Hj Muhammad Prof. Madya Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah

Persepsi Alumni Program Diploma Teknologi KKTM 27Terhadap Pasaran KerjaMuhamad Saidi Mat Ali

Sistem Mentor Dan Amalan Guru Dalam Meningkatkan 49Literasi Awal Kanak-Kanak Siti Nur Nadirah IbrahimHasnahToran

Surat-menyurat MARA Dan Pekeliling MARA : Satu Tinjauan 59Daripada Aspek Tatabahasa.YM Tengku Shahrolnizam Bin Tengku Yahya

Page 4: vol 4 issue 2 dec 2012

iv

Page 5: vol 4 issue 2 dec 2012

v

Dari MejaSidang Editor

Jurnal Pendidikan dan Latihan merupakan satu usaha MARA untuk memartabatkan budaya ilmu penyelidikan pendidikan dalam kalangan warga kerja MARA khususnya, serta masyarakat pendidik umumnya. Di samping itu, penerbitan jurnal ini bertujuan untuk mengetengahkan hasil penyelidikan yang telah dijalankan agar dapat membantu warga pendidik membuat inovasi dalam usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan MARA.

Penerbitan Jurnal Pendidikan dan Latihan Jilid 4, Biilangan 02 kali ini memuatkan sebanyak lima buah artikel yang disumbang oleh para pendidik MARA serta penyelidik dari institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Artikel yang pertama, Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Di Sekolah : Satu Tinjauan, ditulis oleh Dr. Ahamad Rahim dari Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan, Besut bersama Prof. Madya Dato’ Abdul Razaq Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta Dr. Azwani Ismail dari Kolej Profesional MARA Beranang. Artikel ini merupakan kajian keberkesanan pelaksanaan kurikulum Sejarah di sekolah-sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan Sejarah.menggunakan Model Penilaian Context, Input, Process & Product (CIPP). Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan dua di tiga buah sekolah di Negeri Sembilan dan data dianalisis menggunakan Statistical Package Social Science (SPSS) Versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar bandar dan luar bandar dari aspek kandungan buku teks dan proses pembelajaran aktif oleh guru dalam bilik darjah serta wujud hubungan yang sederhana antara aspek kandungan buku teks dan pembelajaran aktif dengan matlamat Pendidikan Sejarah.

Artikel kedua pula bertajuk Amalan Kepimpinan Strategik Dalam Kalangan Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Di Malaysia Daripada Perspektif Kumpulan Penolong Kanan, Ketua Bidang Dan Ketua Panitia ditulis oleh Dr. Ahmad Masrizal Hj Muhammad Dari Institut Aminuddin Baki dan Prof. Madya Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah dari Universiti kebangsaan Malaysia. Kajian ini bertujuan meninjau keupayaan pengetua di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara memimpin dan mengurus sekolah mereka secara strategik. Kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen kajian dan analisis dokumen telah digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian. Dapatan

Page 6: vol 4 issue 2 dec 2012

vi

kajian menunjukkan terdapat lima elemen dalam amalan kepimpinan strategik iaitu status semasa organisasi, orientasi strategik, terjemahan pelan kepada strategi, membuat perubahan dan meningkatkan kompetensi telah menjadi penyumbang terhadap kelestarian kecemerlangan akademik sekolah.

Artikel ketiga bertajuk Persepsi Alumni Program Diploma Teknologi KKTM Terhadap Pasaran Kerja ditulis oleh Muhamad Saidi Mat Ali dari Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap keberkesanan pelaksanaan Program Diploma Teknologi Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau (KKTMBP) daripada aspek kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah graduan terhadap pasaran kerja semasa daripada persepsi graduan. Seramai 96 orang responden yang bekerja di sektor pembuatan dan pemesinan telah diperoleh daripada Unit Kerjaya dan Kaunseling. Kajian tinjauan secara kuantitatif ini dilakukan melalui borang soal selidik. Bagi mengukuhkan dapatan kajian, kaedah temu bual separuh struktur digunakan untuk menemu bual majikan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 20. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan Program Diploma Teknologi di KKTMBP adalah berkesan daripada aspek kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah terhadap pasaran kerja daripada persepsi graduan.

Artikel yang keempat, Sistem Mentor Dan Amalan Guru Dalam Meningkatkan Literasi Awal Kanak-Kanak ditulis oleh Siti Nur Nadirah Ibrahim dan HasnahToran. Kedua-dua penulis ini adalah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan sistem mentor guru dan mengenal pasti amalan yang sesuai dan berkesan dalam menyediakan peluang pembelajaran yang kondusif terutamanya dalam konteks meningkatkan kemahiran literasi awal kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan proses temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan guru di tadika yang menjadi responden menyediakan peluang pembelajaran yang mencukupi berdasarkan amalan yang dilakukan dalam meningkatkan literasi awal kanak-kanak. Dapatan temu bual tentang keperluan pelaksanaan sistem mentor mendedahkan guru-guru masih kekurangan ilmu dan memerlukan sistem mentor dalam membantu meningkatkan mutu pengajaran untuk dikongsikan kepada kanak-kanak di tadika.

Artikel yang terakhir, Surat-menyurat MARA Dan Pekeliling MARA: Satu Tinjauan daripada Aspek Tatabahasa ditulis oleh YM Tengku Shahrolnizam Tengku Yahya guru cemerlang Bahasa Melayu dari MRSM Kota Kinabalu. Artikel ini mengkaji penulisan surat-menyurat, pekeliling, pemberitahuan kursus atau seminar penjawat awam MARA dari sudut bahasa, morfologi dan sintaksis. Dapatan kajian

Page 7: vol 4 issue 2 dec 2012

vii

menunjukkan dari aspek bahasa, terdapat segelintir surat MARA dan pekeliling MARA tidak menepati aspek tatabahasa. Manakala dari sudut morfologi dan sintaksis, kecelaruan bahasa telah menjadi suatu trend yang dianggap biasa. Jika perkara ini tidak dibetulkan akan menjadi amalan kepada kakitangan MARA khususnya dan masyarakat amnya. Untuk itu pendedahan tentang kesilapan tatabahasaharus dilakukan agar MARA dapat menjadi contoh terbaik agensi kerajaan dalam menggunakan tatabahasa yang betul terutama dalam surat-menyurat dan pekeliling.

Diharapkan jurnal ini menjadi satu wacana para cendekia yang mampu membantu mencambahkan idea untuk menjana inovasi dalam proses pendidikan.

Sebagai penutup bicara, sidang editor melahirkan penghargaan kepada Dr. Mohd Uzi bin Dollah yang telah sudi menjadi pewasit. Kami mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat dalam penerbitan jurnal pada kali ini.

Selamat Membaca dan Berfikir.

Unit Penyelidikan Dan InovasiMajlis Amanah RakyatDisember 2012

Page 8: vol 4 issue 2 dec 2012

viii

Page 9: vol 4 issue 2 dec 2012

1

PELAKSANAAN KURIKULUM SEJARAH DI SEKOLAH :SATU TINJAUAN

Dr. Ahamad Rahim Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Prof. Madya Dato’ Abdul Razaq AhmadUniversiti Kebangsaan Malaysia

Dr. Azwani IsmailKolej Profesional MARA Beranang

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau pelaksanaan kurikulum Sejarah di sekolah-sekolah untuk mencapai matlamat Pendidikan Sejarah. Kajian ini menggunakan Model Penilaian Context, Input, Process & Product (CIPP) oleh Stufflebeam & Shinkfield (2007) yang melibatkan tiga dimensi, iaitu dimensi input, dimensi proses dan dimensi produk. Penilaian input merujuk kepada penggunaan kandungan buku teks Sejarah manakala penilaian proses melibatkan proses pembelajaran aktif dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah. Penilaian Produk pula merujuk kepada matlamat pendidikan Sejarah yang merangkumi semangat setia negara, jati diri sebagai warganegara Malaysia, mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan, memahami keadaan masyarakat dan negara dan ingatan bersama terhadap peristiwa Sejarah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 2 untuk menilai dimensi input, proses dan produk (N=168). Kajian ini melibatkan 3 buah sekolah di Negeri Sembilan. Analisis data menggunakan statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) dan inferensi (Ujian-t, Korelasi dan Regresi Pelbagai) dengan menggunakan Statistical Package Social Science (SPSS) Versi 17.0 Hasil kajian menunjukkan nilai min bagi perspektif pelajar terhadap input, proses dan produk berada pada tahap yang tinggi. Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar bandar dan luar bandar dari aspek kandungan buku teks dan proses pembelajaran aktif oleh guru dalam bilik darjah. Sementara itu, Analisis Korelasi yang dijalankan menunjukkan wujud hubungan yang sederhana antara aspek kandungan buku teks dan pembelajaran aktif dengan matlamat Pendidikan Sejarah dengan nilai r=.523. Manakala analisis Regresi Pelbagai yang dijalankan pula menunjukkan kandungan buku teks dan proses pembelajaran aktif menyumbang sebanyak 32% ke atas dimensi produk.

Kata kunci: Model Penilaian CIPP Stufflebeam & Shinkfield, dimensi input, proses, dimensi produk.

Page 10: vol 4 issue 2 dec 2012

2

PENGENALAN

Pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah sering menjadi perbincangan dalam kalangan ahli akademik dan masyarakat. Proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah dianggap masih bersifat konservatif, tradisional, tidak aktif dan gagal mewujudkan suasana ‘attractive’ dalam pengajaran dan pembelajaran hingga memberi implikasi dan pengaruh negatif kepada pelajar (Abdul Razaq Ahmad & Andi Suwirta, 2007). Kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah menyebabkan matlamat pendidikan Sejarah yang digariskan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Justeru itu, pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah memerlukan satu bentuk transformasi dan inovasi yang baru seiring dengan perubahan dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Kajian Rohana Zubir (1987) mendapati ramai pelajar memberi respons tidak berminat kerana Sejarah dianggap “the dead of curriculum”. Khoo Kay Kim seorang tokoh Sejarah tanah air dalam Berita Minggu 26 Mac 1995 turut menjelaskan kelonggaran dan kerapuhan metodologi dan gaya pengajaran guru menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap proses pembelajaran dalam bilik darjah. Fenomena ini jelas digambarkan melalui kajian yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM 2003a, 2004; KPM 2003b) yang mendapati proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di bilik darjah masih bersifat tradisional dan membosankan murid. Walau bagaimanapun, langkah Kementerian Pelajaran Malaysia menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus pada tahun 2013 di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa. Penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas mengkaji kurikulum Sejarah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menunjukkan keseriusan pihak kerajaan dalam memartabatkan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam sistem pendidikan arus perdana di negara ini. Langkah ini juga dilihat memberi nafas baru kepada subjek ini agar terus berdaya saing dalam konteks membina warganegara yang mempunyai semangat setia negara dan jati diri yang tinggi.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, guru Sejarah perlulah lebih kreatif dan memikirkan aras kebolehan dan keupayaan pelajar semasa merancang pengajarannya. Pengajaran guru mestilah sesuai dengan keupayaan dan kebolehan pelajar. Pelajar yang lemah pasti akan tercicir jika guru menggunakan aras pengajaran yang tidak sesuai dengan aras pemikiran pelajar. Guru perlu melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Pendekatan guru menyampaikan maklumat secara total perlu dihapuskan. Pendekatan kepada corak tradisional dan “chalk and talk” sudah tidak relevan dengan kehendak pelajar hari ini. Pelajar dewasa ini lebih berminat jika mereka turut dilibatkan sama dalam pengajaran dan pembelajaran dengan guru. Ini akan memberi impak yang lebih berkesan ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri. Pembelajaran akan berlaku apabila apa yang diajar itu memberi makna kepada pelajar (Caine & Caine 1994). Ini terbukti dalam kajian yang dilakukan oleh Jin & Cortazzi (1998) mendapati pelajar-pelajar Inggeris menyatakan ciri-ciri guru yang baik adalah mereka yang boleh meningkatkan minat pelajar, menerangkan

Page 11: vol 4 issue 2 dec 2012

3

sesuatu dengan jelas, menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan dan memberi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat pelaksanaan kurikulum Sejarah di sekolah-sekolah ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah dengan menekankan kepada matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia negara, jati diri sebagai warganegara Malaysia, dapat memahami keadaan masyarakat dan negara, mempunyai semangat perpaduan dan kekitaan dan mempunyai ingatan terhadap peristiwa Sejarah negara (KPM, 2002). Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP oleh Stufflebeam dan Shinkfield (2007). Kajian ini hanya berfokus kepada dimensi input, proses dan produk sahaja. Dari dimensi input kajian ini menyentuh tentang aspek kandungan buku teks dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dalam bilik darjah. Dimensi proses pula menyentuh aspek proses pembelajaran aktif yang dilaksana oleh guru. Manakala dimensi produk pula merangkumi aspek matlamat Pendidikan Sejarah yang ingin dicapai iaitu dari aspek semangat setia negara, jati diri sebagai warganegara Malaysia, dapat memahami keadaan masyarakat dan negara, mempunyai semangat perpaduan dan kekitaan dan mempunyai ingatan terhadap peristiwa Sejarah negara.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Menurut Kerlinger (1986), Fraenkel dan Wallen (2006), kaedah tinjauan adalah sesuai mengukur perspektif (pandangan) responden terhadap sesuatu isu atau topik, pencapaian matlamat sesuatu program serta sikap dan tingkah laku responden. Selain itu, kaedah tinjauan juga merupakan satu kaedah yang dapat mengumpul data asli dengan cepat dan melibatkan responden yang ramai (Babbie 2007). Kajian ini menggunakan sebahagian daripada model CIPP oleh Stufflebeam dan Shinkfield (2007) iaitu dari dimensi penilaian input, proses dan produk. Dimensi input melihat aspek kandungan buku teks, dimensi proses melihat aspek proses pembelajaran akif dan produk merupakan matlamat pendidikan sejarah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi dari kajian-kajian lepas berdasarkan sorotan kajian. Pengkaji telah pergi ke sekolah terlibat dan mentadbir sendiri soal selidik untuk proses kutipan data. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 168 orang pelajar-pelajar tingkatan 2 yang melibatkan 3 buah sekolah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Taburan sampel merangkumi 93 orang pelajar lelaki dan 75 orang pelajar perempuan. Dari segi bangsa melibatkan 132 orang pelajar Melayu dan 36 orang bukan Melayu. Manakala dari segi lokasi sekolah pula sampel kajian ini melibatkan 123 orang pelajar bandar dan 45 orang luar bandar. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik berskala likert lima mata sebagai instrumen utama untuk mengumpul data. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi berdasarkan persoalan kajian. Data dari soal selidik juga diproses menggunakan perisian Statistical Packages for

Page 12: vol 4 issue 2 dec 2012

4

Social Science (SPSS) Versi 17.0. Statistik deskriptif yang diguna dalam kajian ini melibatkan nilai min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan analisis Ujian-t, Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai (berganda).

DAPATAN KAJIAN

TAHAP PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP KANDUNGAN BUKU TEKS

Jadual 1: Min Perspektif Pelajar Terhadap Dimensi Input dari Aspek Kandungan Buku Teks

Item Min SD

susunan peristiwa 3.75 .78isu-isu semasa 3.85 .79lambang-lambang 3.91 .81kaya sumber alam 4.12 .65muhibbah dan muafakat 4.01 .79isu hubungan kaum 3.72 .85unik dan identiti 4.12 .65warisan karya 3.85 .69hormat kepercayaan 4.08 .85nilai peristiwa 3.85 .85jati diri terhadap negara 4.03 .75

Jumlah Purata 3.94 .35

Merujuk kepada jadual 1 di atas, terdapat 11 item dimensi input dari aspek kandungan buku teks. Item ke-4 iaitu dari aspek kaya dengan sumber alam dan item 7 iaitu dari aspek unik dan identiti menunjukkan nilai min yang tertinggi iaitu 4.12 (SD= .65). Manakala item ke-6 iaitu isu hubungan kaum menunjukkan nilai min yang terendah iaitu 3.72 (SD= .85). Secara keseluruhannya min skor pelajar terhadap dimensi input dari aspek kandungan buku teks di tahap yang tinggi dengan nilai min 3.94 (SD= .35).

Page 13: vol 4 issue 2 dec 2012

5

TAHAP PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN AKTIF

Jadual 2: Min Perspektif Pelajar Terhadap Dimensi Proses Dari Aspek Pembelajaran Aktif.

Item Min SD

menggunakan pelbagai kaedah & strategi 4.00 .84 aktiviti mencabar minda pelajar 3.91 .66 melibatkan pelajar aktif 4.00 .65 laksana aktiviti permasalahan 3.55 .96 guna kaedah kumpulan 3.48 .85 guna soal jawab 3.72 .91 cenderung pupuk kerjasama 3.75 .74 galak rakan perbincangan 3.91 .91 guna pengajaran PRS 3.51 .98 kaitkan fakta dan isu semasa 3.85 .95 guna kaedah perbandingan 3.82 .93 minta pelajar berhujah 4.05 .79 tekan kemahiran berfikir 3.85 .85

galak pelajar bertanya 4.05 .87 Jumlah Purata 3.82 .40

Merujuk kepada jadual 2 di atas, terdapat 14 item soalan dalam dimensi proses dari aspek pembelajaran aktif. Terdapat dua item soalan yang menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu item soalan ke=12 iaitu guru meminta pelajar memberi hujah ketika mengemukakan soalan dan item soalan ke=14 guru sentiasa memberi galakan kepada pelajar untuk bertanya dengan nilai min 4.05 (SD= .791) dan 4.05 (SD= .877). Manakala item ke-5 guna kaedah berkumpulan menunjukkan nilai yang terendah iaitu 3.48 (SD=.85). Pada keseluruhannya dimensi proses daripada aspek pembelajaran aktif menunjukkan min pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.82 (SD= .40).

TAHAP PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP PRODUK

Jadual 3 : Min Perspektif Pelajar Terhadap Dimensi Produk

Konstruk Min SD

Semangat Setia Negara 4.20 .72 Memahami Keadaan Masyarakat dan Negara 4.35 .49 Ingatan Bersama Terhadap Peristiwa Sejarah 4.34 .53 Mewujudkan Perpaduan dan Kekitaan 4.21 .57 Jatidiri Sebagai Warga Negara 4.69 .40

Jumlah Purata 4.30 .65

Page 14: vol 4 issue 2 dec 2012

6

Jadual 3 menunjukkan skor min perspektif pelajar terhadap dimensi produk yang merangkumi lima konstruk utama. Konstruk jati diri sebagai warga negara menunjukkan min skor yang tertinggi iaitu 4.69 (SD= .40) manakala konstruk semangat setia negara menunjukkan skor min yang terendah pada nilai 4.20 (SD= .72). Namun begitu secara keseluruhannya dimensi produk ini menunjukkan skor min yang tinggi pada nilai 4.30 (SD= .65).

PERBEZAAN PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP DIMENSI INPUT BERDASARKAN BANGSA

Jadual 4: Keputusan ujian-t bagi min skor pelajar Melayu dan bukan Melayu berdasarkan dimensi input dari aspek kandungan buku teks

Lokasi N M SD Melayu 132 3.93 .35 Bukan Melayu 36 4.09 .29 t = -1.03, p = .96

Merujuk kepada jadual 4 di atas, didapati nilai t = -1.03, p > 0.05 (.96) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar Melayu dan bukan Melayu dari aspek input terhadap kandungan buku teks.

PERBEZAAN PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN AKTIF BERDASARKAN ASPEK JANTINA

Jadual 5: Ringkasan keputusan Ujian-t bagi min skor pelajar lelaki dan perempuan berdasarkan dimensi proses pembelajaran aktif

Jantina N M SD

Lelaki 93 3.95 .04 Perempuan 75 3.66 .04 t = 4.94, p = .56

Merujuk kepada Jadual 5 di atas, nilai t = 4.94, p > 0.05 (.56) keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan perempuan terhadap dimensi proses dari aspek pembelajaran aktif.

Page 15: vol 4 issue 2 dec 2012

7

PERBEZAAN PERSPEKTIF PELAJAR TERHADAP DIMENSI PRODUKBERDASARKAN LOKASI SEKOLAH

Jadual 6: Keputusan ujian-t bagi min skor pelajar dari aspek lokasi sekolah berdasarkan dimensi produk

Bangsa N M SD

Bandar 123 4.07 .36 Luar Bandar 45 3.94 .78 t = 7.39, p= .671

Merujuk kepada nilai t = 7.39, p > 0.05 (.67) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor pelajar bandar dan luar bandar berdasarkan dimensi produk.

HUBUNGAN INPUT DAN PROSES TERHADAP PRODUK

Jadual 7: Analisis Korelasi Pearson antara dimensi input dan proses terhadap dimensi produk

Korelasi Pearson p N

Dimensi input dari aspek kandungan buku teks .523 .001* 168dan dimensi proses dari aspek pembelajaran aktif terhadap dimensi produk

*signifikan pada aras p< .01

Merujuk kepada Jadual 7 di atas, korelasi antara dimensi input dari kandungan buku teks dan dimensi proses dari aspek pembelajaran aktif terhadap produk menunjukkan hubungan yang sederhana (Hair et al., 2003) nilai r = .523 dan signifikan pada aras p < .01

SUMBANGAN INPUT DAN PROSES TERHADAP DIMENSI PRODUK

Jadual 8: Analisis Regresi Pelbagai bagi dimensi input dari aspek kandungan buku teks dan dimensi proses dari aspek pembelajaran aktif terhadap dimensi produk (N=168)

Variabel B SEB β P

Kandungan Buku Teks .35 .04 .44* .001 Pembelajaran Aktif .26 .06 .24* .001 Nota R2 = .32, p < .05

Page 16: vol 4 issue 2 dec 2012

8

Merujuk kepada Jadual 8 analisis Regresi Pelbagai menggunakan prosedur penyelesaian Stepwise (Stepwise Solution) dilaksanakan untuk melihat sumbangan variabel bebas dengan variabel bersandar. Prosedur ini mempunyai kelebihan kerana variabel peramal yang signifikan sahaja dimasukkan dalam regresi dan mengelakkan masalah kolineariti yang wujud akibat daripada masalah korelasi yang kuat daripada variabel peramal atau variabel bebas (Diekhoff 1992 dalam Chua Yan Piaw, 2009). Keputusan analisis data menunjukkan secara signifikan kedua-dua variabel daripada dimensi input iaitu aspek kandungan buku teks β .44, p=.001 dan proses dari aspek pembelajaran aktif β .24, p=.001 merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada dimensi produk sebanyak 32 peratus.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap dimensi input, proses dan produk berada pada tahap nilai min yang tinggi. Ini menunjukkan pelajar mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap isi kandungan buku teks, proses pembelajaran aktif dan matlamat pendidikan Sejarah yang telah digariskan oleh pihak BPK, KPM.

Secara terperincinya dapatan kajian menunjukkan min bagi kandungan buku teks Sejarah berada pada tahap yang tinggi. Ini bermakna buku teks yang digunakan ketika ini adalah sesuai dan mampu mencapai matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri. Hal ini disebabkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malasyia (LPM) telah meletakkan isi kandungan yang ada dalam buku teks sebagai parameter utama dalam menentukan skema jawapan dalam peperiksaan awam. Dapatan kajian ini dilihat selari dengan kajian yang dijalankan oleh Bahagian Penilaian Buku Teks, KPM (2005) dan Abdullah et.al. (1996). Nilai min yang tinggi terhadap pembelajaran aktif dalam P&P Sejarah menunjukkan elemen ini sangat berperanan dalam mencapai matlamat pendidikan Sejarah. Kajian Polio (1984) dan McKeachie (1984) dalam Mel Silberman (2009) menunjukkan penggunaan pembelajaran aktif dalam P&P memberi impak yang besar dalam kelas.

Keputusan ujian Korelasi dan Regresi Pelbagai menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana positif antara aspek kandungan buku teks dan pembelajaran aktif dengan lima komponen dalam dimensi produk (matlamat pendidikan sejarah). Manakala dimensi input dari aspek kandungan buku teks dan proses dari aspek pembelajaran aktif telah memberi sumbangan kepada peningkatan dalam lima komponen dimensi produk sebanyak 32 peratus dan yang selebihnya disumbangkan oleh faktor-faktor lain yang tidak dikaji. Dapatan kajian ini menunjukkan buku teks dan pembelajaran aktif masih signifikan dalam membantu mencapai matlamat pendidikan Sejarah.

Page 17: vol 4 issue 2 dec 2012

9

IMPLIKASI KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan kurikulum Sejarah dalam bilik darjah telah berjalan dengan baik dan dapat diterima oleh pelajar. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang masih boleh dipertingkatkan lagi pelaksanaannya. Oleh itu, pengkaji ingin mencadangkan :

i. guru Sejarah perlu beralih kepada corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan menggunakan proses ‘active learning’. Ini membolehkan penglibatan pelajar secara aktif dalam P&P dan menjadikannya lebih ‘nature’ dan diminati oleh pelajar.

ii. kandungan buku teks yang diguna pakai perlu bersifat interaktif dan memperlihatkan sumbangan pelbagai kaum bagi menggambarkan kemajmukan masyarakat yang wujud di negara ini. Ini menjadikan Sejarah lebih diminati oleh pelajar dari pelbagai kaum.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati kandungan buku teks dan proses pembelajaran aktif dapat membantu mencapai matlamat pendidikan Sejarah yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Perkembangan Kurikulum (2002). Walau bagaimanapun, guru Sejarah sebagai pembelajaran aktif ini dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Anjakan pemikiran ini perlu dilakukan agar selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang menekankan penampilan pendidikan Sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid secara aktif dalam kelas (BPK, 2002). Justeru, pandangan Puad Zakarshi (2010) dalam Norizan (2010) agar pedagogi Sejarah perlu ke arah ‘education is fun’ perlu dilihat secara serius bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Secara tidak langsung, ini akan membantu pihak KPM merealisasikan hasratnya ke arah mencapai matlamat pendidikan Sejarah.

Page 18: vol 4 issue 2 dec 2012

10

RUJUKAN

Abdullah et al. 1996. Pelaksanaan KBSM dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Sains Sosial di sekolah. Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM. Isu dan Hala Tuju Strategik Ke Arah Abad ke 21, 2-6 September 1996.

Abdul Razaq Ahmad dan Andi Suwirta. 2007. Sejarah dan Pendidikan Sejarah: Perspektif Malaysia dan Indonesia. Historia Press. Bandung.

Babbie, E. R. (2007). The Practice of Social Science Research. Ed. Ke 9. USA: Thomps Learning.

Caine, G., & Caine, R. (1994). Making Connections: Teaching and Human Brain. New York: Addison Wesley.

Chua Yan Piaw. (2009). Statistik Penyelidikan Lanjutan. Kuala Lumpur: McGraw Hill-Malaysia Sdn. Bhd.

Fraenkel, J.R., & Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate Research in Education (3rd Eds). USA: McGraw-Hill Inc.

Hair, J.F., Babin, B., Money, A. H., & Samouel, P. (2003). Essential of Business Research Methods. New Jersey: John Wiley & Son, Inc.

Jin, L., & Cortazzi, M. (1998). Dimensions of dialogue, large classes in China. International Journal of Educational Research. 29: 739-761

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003a). Analisis SPM 2002. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003b). Laporan Kajian Tentang Isu Kurang Minat Murid Terhadap Mata Pelajaran Sejarah di Sekolah Berprestasi Rendah SPM 2002: Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2004). Laporan Pemantauan Keberkesanan Pelaksanaan Kurikulum Mata Pelajaran Sejarah di Sarawak dan Sabah 2004. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Tingkatan 2. Sejarah KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Khoo Kay Kim. (1995). Faktor-faktor kemerosotan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah SPM dalam Berita Minggu, 26 Mac.

Kerlinger, F. N. (1986). Foundations of Behavioral Research. (3rd ed). New York: Hort, Rinehart & Winston, Inc.

Page 19: vol 4 issue 2 dec 2012

11

Mel Silberman. 2009. Pembelajaran Aktif – 101 Strategi untuk mengajar apa jua subjek. Terjemahan Zainab Ahmad. Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Norizan Seman. (2.11.2010). Memupuk jati diri dan patriotisme. Utusan Malaysia.

Rohana Zubir. (1986/1987). Aplikasi teknologi dalam pembelajaran Sejarah: Kesan dan masalah. Majalah Pendidikan. Hlmn. 89-98.

Stufflebeam, R. L., & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation Theory, Model and Applications. (1st ed) San Francisco : Jossey- Bass. A Wiley Imprint.

Wiersma, W. (2000). Research in Education: An Introduction. Boston: Allyn and Bacon. Wainer, H, & Braun, H. I. (1988). Test Validity. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Page 20: vol 4 issue 2 dec 2012

12

Page 21: vol 4 issue 2 dec 2012

13

AMALAN KEPIMPINAN STRATEGIK DALAM KALANGAN PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DI MALAYSIA DARIPADA

PERSPEKTIF KUMPULAN PENOLONG KANAN, KETUA BIDANG DAN KETUA PANITIA

Dr. Ahmad Masrizal Hj Muhammad Institut Aminuddin [email protected]

Profesor Madya Dr. Mohd Izham Mohd Hamzah Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kepimpinan pendidikan dalam kalangan pengetua sekarang ini menjadi semakin kompleks akibat daripada perubahan yang berlaku secara global dan glokal. Keadaan ini memerlukan kemahiran pengetua mengemudi sekolah masing-masing dengan amalan yang bersifat lebih kontemporari seperti kepimpinan strategik. Justeru itu, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meninjau keupayaan pengetua di semua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh negara memimpin dan mengurus sekolah mereka secara strategik. Kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen kajian dan analisis dokumen telah digunakan dalam usaha mencari jawapan terhadap persoalan-persoalan kajian yang diutarakan. Seramai 645 orang terlibat yang meliputi sebanyak 43 buah SBP di seluruh negara. Daripada julah tersebut, hanya sebanyak 541 orang telah memberikan respons yang sempurna terhadap soal selidik yang diedarkan. Secara umumnya, dapatan kajian mendapati, pengetua SBP telah berjaya menonjolkan diri mereka sebagai pemimpin yang strategik pada kedudukan yang baik. Kedua, pengetua SBP juga telah menyerlah dengan baik dalam dimensi keupayaan mengurus organisasi. Pengetua SBP juga ditaraf sebagai pemimpin sekolah yang mempunyai karektor diri yang tinggi. Dapatan kajian juga selanjutnya mendapati terdapat lima elemen dalam amalan kepimpinan strategik iaitu status semasa organisasi, orientasi strategik, terjemahan pelan kepada strategi, membuat perubahan dan meningkatkan kompetensi telah menjadi penyumbang terhadap kelestarian kecemerlangan akademik sekolah. Oleh itu, amalan kepimpinan strategik sebagaimana diamalkan oleh pengetua SBP merupakan satu alternatif yang boleh diaplikasikan oleh pengetua sekolah yang lain dalam usaha mereka meningkatkan kualiti kepimpinan dan prestasi sekolah masing-masing. Amalan kepimpinan strategik ini diharap dapat menjadi alternatif dan menghasilkan keyakinan kepada pengetua sekolah untuk mengamalkan pendekatan kepimpinan strategik.

Kata kunci: Kepimpinan, Kepimpinan Strategik, Pemimpin Sekolah, Pengetua, Guru Besar, Sekolah Berasrama Penuh

Page 22: vol 4 issue 2 dec 2012

14

PENGENALAN

Pada tahun 2007, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan hala tuju strategik yang baru yang dikenali sebagai Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) (2006-2010). Terdapat enam teras strategik dalam PIPP iaitu: (i) membina negara bangsa; (ii) pembangunan modal insan; (iii) memperkasakan sekolah kebangsaan; (iv) merapatkan jurang digital; (v) memartabatkan profesion keguruan dan (vi) melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Teras keenam dalam PIPP iaitu melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan secara khusus memberi fokus kepada institusi pendidikan seperti Sekolah Berasrama Penuh (BPPDP, 2008). Selari dengan itu, pengetua sekolah perlu menyesuaikan diri dengan perubahan lingkungan ‘contextual changes’ yang berlaku ini. Dalam hal ini, sekolah berasrama penuh (SBP) memerlukan pengetua yang mampu mengurus atau memimpin dengan cekap agar, prestasi sekolah khususnya dalam akademik sentiasa cemerlang dan lestari. Ini adalah cabaran sebenar seorang pengetua sesebuah sekolah yang berteraskan kepada kecemerlangan ‘excellence based’ seperti SBP. Pengetua SBP harus mengelak daripada berfikir hanya untuk melihat pelajar mereka cemerlang dalam peperiksaan awam seperti PMR ataupun SPM sahaja. Hal ini bukan lagi satu isu utama di SBP kerana pelajar mereka adalah pandai dan terpilih, tetapi yang menjadi isu dan cabaran sebenarnya bagi seseorang pengetua SBP adalah keupayaan memimpin sekolah secara strategik serta memastikan kelestarian kecemerlangan akademik sekolah dikekalkan dan dipertingkatkan saban tahun.

Reformers widely agree that leadership is central to the degree of success with which their favourite solutions actually work in schools … Many parents have come to believe that unless they have the ear of the principal, concerns about their child’s schooling will fall through the cracks. Members of the business community, longenamoured by the ‘romance of leadership’, assume that the shortcomings of schools are coincident with shortcomings in their leadership. And the research community has, at long last, produced a sufficient body of empirical evidence to persuade even the most sceptical that school leadership matters … Nothing aborts an ambitious school improvement effort, we now know, faster than a change in school leadership.

(Day & Leithwood, 2007)

Oleh itu, pengetua SBP perlu bersedia mempelbagaikan stail memimpin, melakukan perubahan terhadap paradigma berfikir, perubahan sikap dan juga melakukan intervensi terhadap diri mereka sendiri. Inilah yang dijelaskan oleh Jainabee dan Jamil (2010) bahawa sesebuah sekolah yang berkesan dan berjaya memerlukan pengetua yang bijak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Selain itu, kesanggupan dan kesediaan berubah adalah prasyarat penting ke arah transformasi kepimpinan kepada amalan kepimpinan yang lebih kontemporari. Apa yang lebih penting ialah perubahan yang mahu dilaksanakan itu seharusnya bersifat terancang dan sistematik kerana pengetua dianggap sebagai the gatekeeper of

Page 23: vol 4 issue 2 dec 2012

15

change (Mohd Izham & Norzaini, 2009). Bagi pemimpin organisasi yang terkenal seperti Sony, Toyota Motors, Intell, Walt Disney dan Apple, mereka melihat faktor kelestarian pencapaian atau prestasi organisasi adalah sesuatu yang amat penting (Kettie, 2010). Oleh itu, pengurus atau pemimpin sesebuah organisasi perlu memiliki kebolehan untuk meneliti perubahan yang berlaku di luar, bijak mengurus risiko dan membuat adaptasi untuk menyesuaikan organisasi dengan perubahan demi mengekalkan kejayaan (Paunescu, 2009). Ini akan menentukan kelangsungan organisasi tersebut untuk kekal cemerlang dalam menghadapi cabaran semasa dan cabaran masa hadapan. Justeru itu, peranan dan tanggungjawab seseorang pengetua adalah semakin berat, khususnya dalam menghadapi era globalisasi dan meletakkan pendidikan Malaysia pada taraf pendidikan berkelas dunia (Jainabee&Jamil, 2010). Hersey dan Blanchard (2001) berpendapat bahawa tidak ada satu stail kepimpinan yang terbaik untuk semua situasi. Namun bagi Davies (2005) pengetua sekolah yang mengamalkan kepimpinan strategik boleh membantu meningkatkan prestasi sekolah. Dalam hal ini, beberapa persoalan telah dibangkitkan mengenai keupayaan pengetua SBP di Malaysia mengamalkan kepimpinan secara strategik. Antaranya ialah setakat manakah pengetua SBP di negara ini mengamalkan kepimpinan strategik? dan apakah amalan kepimpinan strategik tersebut mempengaruhi kelestarian kecemerlangan akademik pelajar SBP?

Menyedari hakikat ini, kajian mengenai amalan kepimpinan strategik terhadap pengetua SBP di Malaysia perlu sentiasa dijalankan kerana usaha ini akan menjadi proses penting ke arah menambahkan lagi khazanah ilmu mengenai kepelbagaian stail kepimpinan yang boleh diaplikasikan oleh pengetua sekolah. Sekali gus, dapatan kajian ini juga akan dapat membantu untuk memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap pembangunan elemen kepimpinan pendidikan negara sebagaimana komitmen yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) "Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan unggul di setiap sekolah. Membuat pelaburan yang besar bagi meningkatkan prestasi kepimpinan sekolah sebagai pemangkin utama perubahan menerusi kriteria pemilihan yang ketat, latihan dan pengurusan prestasi yang mantap berdasarkan prestasi pelajar" (Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2010).

AMALAN KEPIMPINAN STRATEGIK

Kepimpinan strategik lebih kepada proses kepimpinan yang bersifat sistematik dan berfokus. Bagi Boal dan Hooijberg (2001), terdapat tiga elemen penting yang mendasari kepimpinan strategik iaitu kapasiti untuk belajar, kapasiti untuk berubah dan kebijaksanaan dalam mengurus. Selain itu, bagi hal yang sama Adair (2006) melihat kepimpinan dalam sesebuah organisasi itu terpecah kepada tiga peringkat yang berbeza iaitu peringkat pertama sebagai pemimpin yang bersifat barisan hadapan (Front-line leader) atau juga dikenali dengan pemimpin pasukan, kedua

Page 24: vol 4 issue 2 dec 2012

16

pemimpin operasi (Operational line leader) dan ketiga pemimpin strategik (Upper line leader). Bagi beliau, pemimpin yang paling mencabar adalah pemimpin yang berada di peringkat ketiga iaitu pemimpin strategik kerana mereka berhadapan dengan percaturan masa depan organisasi, membentuk visi berdasarkan situasi dan cabaran semasa.

Dalam konteks dunia pendidikan, National College for School Leadership (NCSL), United Kingdom adalah antara institusi yang bertanggungjawab menjalankan kajian berkenaan dengan kepimpinan strategik. Pada tahun 2005, Trevor Lee melalui NCSL, telah menjalankan kajian mengenai kepimpinan strategik dalam kalangan sekolah di Southshire dengan menggunakan model oleh Boal and Hooijberg (2001). Dapatan penting daripada kajian yang dijalankan ini ialah, pemimpin yang strategik adalah pemimpin yang akan menyerlahkan beberapa karektor seperti berkebolehan membina dan menentukan hala tuju sekolah, berkebolehan memahami situasi lepas dan semasa dalam usaha untuk menentukan hala tuju masa hadapan sekolah akan datang, mempunyai perspektif yang strategik dalam membuat perancangan dan berkebolehan mempengaruhi pengikut dengan pelbagai cara. Kajian ini sebenarnya sekali gus menunjukkan bahawa, kepimpinan strategik adalah satu pendekatan kepimpinan terkini yang sesuai diamalkan untuk membangunkan sekolah.

Oleh itu, amalan kepimpinan strategik perlu untuk membentuk karektor pemimpin pendidikan yang berkesan. Pemahaman tentang konsep pemimpin masa hadapan (future leaders) ataupun pemimpin untuk sekolah masa hadapan (leaders for schools of the future) yang mementingkan kepada amalan kepimpinan kontemporari seperti kepimpinan strategik adalah perlu diititikberatkan oleh pemimpin pendidikan untuk mendepani abad yang serba mencabar ini. Amalan kepimpinan strategik boleh menjadi alternatif terkini kepada amalan kepimpinan yang sedia ada.

TUJUAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan kepimpinan strategik dalam kalangan pengetua SBP dan cuba mengenal pasti pemboleh ubah kepimpinan strategik yang telah memberi sumbangan kepada kelestarian pencapaian (akademik - SPM) sekolah. Kerangka konseptual kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada model kepimpinan strategik oleh Davies (2005). Dimensi pertama dalam kerangka konseptual kajian ini adalah keupayaan mengurus organisasi yang terdiri daripada enam elemen iaitu: status semasa organisasi, orientasi strategik, terjemahan pelan kepada tindakan, memimpin staf mencapai visi, membuat perubahan dan membangunkan kompetensi. Dimensi kedua ialah karektor peribadi yang terdiri daripada empat elemen iaitu ketidakpuasan terhadap status quo, penerimaan perubahan, kemampuan penyesuaian dan kebijaksanaan tindakan. Empat persoalan telah diutarakan untuk penyelidikan ini, iaitu: (1) Apakah amalan

Page 25: vol 4 issue 2 dec 2012

17

kepimpinan strategik pengetua SBP berdasarkan perspektif Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua Panitia? (2) Apakah amalan kepimpinan strategik pengetua SBP berdasarkan elemen-elemen (i) status semasa organisasi, (ii) orientasi strategik, (iii) terjemahan pelan kepada strategi, (iv) memimpin staf mencapai visi, (v) membuat perubahan dan (vi) membangunkan kompetensi? (3) Apakah amalan kepimpinan strategik pengetua SBP bagi dimensi karektor peribadi berdasarkan elemen-elemen (i) ketidakpuasan terhadap status quo, (ii) penerimaan perubahan, (iii) kemampuan penyesuaian dan (iv) kebijaksanaan tindakan? dan (4) Apakah pemboleh ubah kepimpinan strategik yang menyumbang kepada kelestarian kecemerlangan akademik?

LOKASI, POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di 43 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di seluruh negara. Sampel kajian pula terdiri daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua Bidang dan Ketua Panitia yang merupakan kumpulan pemimpin pertengahan di sekolah masing-masing. Jumlah populasi kajian pula adalah seramai 860 orang. Dalam hal ini, pengkaji menjadikan asas penetapan jumlah sampel berpandukan Jadual Krejcie & Morgan. Menurut Krejcie & Morgan (1970) untuk populasi (N) 900 orang, sebanyak 265 sampel diperlukan. Namun begitu, sebanyak 541 orang sampel telah memberikan respons yang sempurna terhadap soal selidik yang diedarkan dan jumlah ini dianggap sebagai telah melebihi jumlah sebenar yang dikehendaki dan boleh dianggap mewakili populasi sebenar. Pemilihan sampel telah dibuat dengan menggunakan teknik rawak berstrata.

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik analisis dokumen. Bagi soal selidik, instrumen kajian dibina sendiri berasaskan ciri-ciri kepimpinan strategik berkualiti yang dikemukakan oleh Davies (2005). Soal selidik ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A meliputi faktor demografi iaitu jantina dan latar belakang akademik pengetua SBP serta jawatan responden manakala Bahagian B pula adalah mengenai dimensi keupayaan mengurus organisasi dan Karektor Peribadi. Bahagian B ini meliputi sepuluh elemen iaitu status semasa organisasi, orientasi strategik, terjemahan pelan kepada strategi, memimpin staf mencapai visi, membuat perubahan dan membangunkan kompetensi ketidakpuasan terhadap status quo, penerimaan perubahan, kemampuan penyesuaian dan kebijaksanaan tindakan.

Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik telah diuji dengan menggunakan kaedah analisis Rasch Model. Menurut Model Pengukuran Rasch, kesahan bagi

Page 26: vol 4 issue 2 dec 2012

18

sesuatu soal selidik boleh dikenal pasti dengan merujuk kepada analisis output program. Elemen dalam output utama yang perlu dirujuk adalah polariti item untuk melihat koefisien kolerasi ukuran-titik yang dikenali sebagai pointmeasure correlation coefficient (PTMEA CORR). Nilai PTMEA CORR amat penting kerana nilai ini ada hubung kait antara item dengan konstruk yang diukur. Didapati bahawa nilai minimum ialah 0.50 (item A1) dan nilai PTMEA CORR maksimum ialah 0.88 (item D3). Ini menunjukkan bahawa nilai PTMEA CORR bagi kesemua item Kepimpinan Strategik adalah pada nilai yang positif. Ini bermakna, item-item berfungsi pada arah yang sama sejajar dengan konstruk yang diukur. Menurut Bond & Fox (2001) dalam Robiah (2008), nilai PTMEA yang positif menunjukkan item berjaya mengukur konstruk yang ingin diukur.

Dari segi kebolehpercayaan soal selidik pula, didapati nilai kebolehpercayaan individu secara keseluruhannya bagi soal selidik ini adalah 0.98 dengan indeks pengasingan 7.51, manakala nilai kebolehpercayaan keseluruhan item bagi soal selidik ini pula adalah 0.94 dengan indeks pengasingan adalah 4.07. Nilai ini didapati telah memenuhi kehendak Model Pengukuran Rasch sebagaimana dinyatakan oleh Linacre (2006) dalam Siti Rahayah, Rodiah dan Noriah (2010) iaitu kebolehpercayaan responden ≥ 0.8 dan indeks pengasingan responden ≥ 2.0 adalah indeks yang diterima baik. Bagi analisis dokumen pula, satu set siri keputusan peperiksaan SPM bagi 43 buah SBP bermula daripada tahun 2008 sehingga 2010 telah diperoleh daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster (BPSBPK) dan telah dianalisis mengikut kriteria yang dikehendaki iaitu kedudukan kesemua SBP berdasarkan Gred Purata Sekolah Keseluruhan bagi setiap tahun yang terbabit.

HASIL KAJIAN:

A. AMALAN KEPIMPINAN STRATEGIK PENGETUA SBP DI MALAYSIA DARIPADA PERSPEKTIF PENOLONG KANAN, GURU KETUA BIDANG DAN GURU KETUA PANITIA

Amalan kepimpinan strategik pengetua SBP di Malaysia dikaji berdasarkan dua dimensi utama iaitu keupayaan mengurus organisasi dan karektor peribadi. Berdasarkan perspektif kumpulan pengurusan sekolah ini (Penolong Kanan, Guru Ketua Bidang dan Guru Ketua Panitia), skor min amalan kepimpinan strategik pengetua SBP di Malaysia pada keseluruhannya adalah dalam keadaan yang tinggi (min= 4.23). Ini ditunjukkan sebagaimana dalam Jadual 1.

Page 27: vol 4 issue 2 dec 2012

19

JADUAL 1: Amalan Kepimpinan Strategik Pengetua SBP di Malaysia

Dimensi Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi

Keupayaan Mengurus 4.23 .57 BaikOrganisasiKarektor Peribadi 4.22 .60 Tinggi

Amalan Kepimpinan Strategik 4.22 .56 BaikPengetua SBP secara Keseluruhan

Maklumat dalam Jadual 1, menunjukkan bahawa dimensi keupayaan mengurus organisasi dan karektor peribadi mencatatkan skor min yang baik iaitu pada nilai 4.23 dan 4.22. Tahap amalan kepimpinan strategik pengetua SBP secara keseluruhan juga adalah pada tahap yang baik sahaja iaitu pada nilai skor min 4.22. Ini bermakna, kumpulan pengurusan SBP di Malaysia mentafsirkan bahawa pengetua mereka berkebolehan dalam memimpin sekolah secara strategik hanya secara baik dan mereka tidak pula menganggap pengetua mereka berupaya memimpin secara strategik dan cemerlang. Ini menunjukkan, masih terdapat ruang-ruang penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pengetua SBP untuk meningkatkan keupayaan amalan kepimpinan strategik mereka ke tahap yang lebih tinggi. Nilai sisihan piawai yang kecil, diperoleh juga menunjukkan bahawa data telah tersebar mendekati nilai min yang menjelaskan kepada kita bahawa outliers bagi kajian ini adalah kecil.

B. ELEMEN KEPIMPINAN STRATEGIK YANG MENYUMBANG TERHADAP KELESTARIAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SBP

Analisis Regresi Berganda (Stepwise) yang melibatkan sepuluh pemboleh ubah bagi amalan kepimpinan strategik pengetua SBP iaitu: status semasa organisasi, orientasi strategik, terjemahan pelan kepada strategi, memimpin staf mencapai visi, membuat perubahan, membangunkan kompetensi, kepuasan terhadap status quo, penerimaan perubahan, kemampuan penyesuaian dan kebijaksanaan tindakan. Didapati, hanya lima pemboleh ubah yang telah memperlihatkan keupayaan memberi sumbangan yang signifikan (p < 0.05) terhadap kelestarian kecemerlangan akademik SBP. Kelima-lima pemboleh ubah ini adalah merupakan pemboleh ubah yang terdapat pada dimensi keupayaan mengurus organisasi. Lebih khusus, dapatan kajian menunjukkan pengaruh utama terhadap kelestarian kecemerlangan akademik SBP ialah oleh pemboleh ubah status semasa organisasi yang memberi sumbangan sebanyak 2.7 peratus. Kedua terpenting adalah pemboleh ubah membuat perubahan yang memberi sumbangan sebanyak

Page 28: vol 4 issue 2 dec 2012

20

1.4 peratus. Pemboleh ubah ketiga penting yang mampu memberi sumbangan sebanyak 1.2 peratus adalah membangunkan kompetensi. Keempat adalah pemboleh ubah orientasi strategik yang menyumbang sebanyak 0.7 peratus manakala pemboleh ubah terakhir yang memberi sumbangan adalah terjemahan pelan kepada strategi iaitu sebanyak 0.6 peratus (Jadual 2). Dalam hal ini, didapati amalan kepimpinan strategik telah diuji secara statistik sebagai siginifikan terhadap kelestarian kecemerlangan akademik SBP seperti yang ditunjukkan oleh nilai p=0.000 sebagaimana dalam Jadual 3.

JADUAL 2: Pemboleh ubah Kepimpinan Strategik yang memberi sumbangan terhadap kelestarian Kecemerlangan Akademik SBP

Pemboleh Ubah B Beta Nilai-t Tahap Nilai Sumbangan(Peramal) (ß) Signifikan Bahagian (%) (Sig.t) Kuasa Dua (R2)

Status Semasa -0.095 -0.260 -3.909 0.000 0.027 2.7%OrganisasiOrientasi Strategik 0.059 0.179 2.117 0.035 0.007 0.7%Terjemahan Pelan 0.067 0.189 1.899 0.058 0.006 0.6%kepada StrategiMembuat Perubahan -0.110 -0.315 -2.911 0.004 0.015 1.4%Membangunkan 0.078 0.223 2.705 0.007 0.012 1.2%KompetensiKonstan 1.367 16.295 0.000

Nilai R2 0.066Nilai R2 Berganda/dilaraskan 0.048Ralat Piawai 0.210

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini menemukan beberapa dapatan yang menarik tentang amalan Kepimpinan Strategik pengetua SBP di Malaysia. Kajian ini telah berjaya memaparkan amalan Kepimpinan Strategik berdasarkan dua dimensi utama iaitu dimensi keupayaan mengurus organisasi dan dimensi karektor peribadi yang menjadi teras penting kepada kewujudan model kepimpinan strategik sebagaimana saranan Davies (2005).

Dapatan yang menarik dalam kajian ini ialah kumpulan pengurusan SBP yang terdiri daripada Penolong Kanan, Ketua Bidang dan Ketua Panitia didapati mempunyai perspektif bahawa pengetua mereka secara keseluruhannya telah berjaya memimpin sekolah secara strategik dengan baik. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Hairuddin et al (2008) dalam kajiannya mengenai

Page 29: vol 4 issue 2 dec 2012

21

kepimpinan strategik dalam kalangan guru besar di Malaysia dan Davies et al. (2006) dalam kajiannya terhadap 23 buah sekolah di Notthingham.

Pengetua SBP di Malaysia juga dilihat telah berjaya menonjolkan kemampuan mengurus organisasi pada tahap yang tinggi (min= 4.23) yang menggambarkan bahawa mereka sememangnya memiliki keupayaan mengurus organisasi mereka secara strategik dengan baik. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian mengenai kompetensi pengetua Malaysia yang dijalankan oleh Bitty Salwana et al. (2010) dan kumpulan pengkaji daripada Institut Aminuddin Baki (IAB) yang diketuai oleh Amin et al (2008). Selain itu, dapatan ini juga didapati selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) pada tahun 2009. Oleh itu, dapat dibuat kesimpulan secara keseluruhannya bahawa keupayaan pengetua SBP mengurus sekolah dengan cekap dan berkesan adalah satu indikator kepimpinan yang perlu ada kepada semua pengetua di Malaysia. Pengetua SBP di Malaysia juga dinilai oleh kumpulan pengurusan sekolah mereka sebagai memiliki kualiti yang tinggi dari segi karektor (min=4.22). Dapatan ini didapati menyokong beberapa dapatan terawal misalnya oleh Hairuddin (2008), Norlia dan Jamil (2011), Tinah (2007), Davies et al. (2006) dan Lunenberg (2000). Dari satu perspektif yang lain pula, dapatan ini juga menunjukkan bahawa pengetua SBP telah berjaya memaparkan satu tahap pengamalan kepimpinan berkualiti (kepimpinan strategik) yang disifatkan sebagai kontemporari dan bukannya bersifat tradisional sebagaimana dinyatakan oleh Crowther et al. (2002) dan Maimunah (2005).

Kajian ini juga seterusnya mendapati terdapat lima pemboleh ubah bagi amalan kepimpinan strategik pengetua SBP yang telah memberi sumbangan terhadap kelestarian kecemerlangan akademik sekolah. Dalam hal ini, suatu yang menarik yang dapat dikesan berdasarkan lima peramal yang yang dinyatakan itu ialah, kesemua peramal ini adalah terdiri daripada elemen-elemen yang hanya terdapat pada dimensi keupayaan mengurus organisasi. Ini mencerminkan bahawa, bagi pengetua SBP di Malaysia, dimensi keupayaan mengurus organisasi adalah lebih dominan dalam menentukan kelestarian kecemerlangan akademik sekolah berbanding dengan dimensi karektor peribadi. Kesemua peramal kelestarian kecemerlangan akademik SBP yang didominasikan oleh elemen dalam dimensi keupayaan mengurus organisasi adalah dengan jelas menunjukkan bahawa pengetua SBP begitu ketara sekali mengutamakan tugas mereka ke arah memastikan guru melaksanakan setiap apa yang dirancang dengan secemerlang yang boleh ‘getting it done excellently’.

Page 30: vol 4 issue 2 dec 2012

22

PENUTUP

Perbincangan mengenai amalan Kepimpinan Strategik pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) di Malaysia penting untuk memberi gambaran mengenai keupayaan pengetua SBP memimpin sekolah dalam era yang bersifat luar jangka pada hari ini. Pengetua SBP dan sekolah harian biasa ataupun pengetua di MRSM perlu didedahkan dengan ilmu mengurus dan memimpin sekolah yang bersifat kontemporari seperti kepimpinan strategik kerana hanya yang berubah akan mampu mengubah. Sudah sampai masanya pengetua semua sekolah di Malaysia bersifat ke hadapan apabila memimpin sekolah kerana perspektif sekolah pada hari ini adalah berbeza berbanding dengan perspektif sekolah pada zaman 60-an, 70-an ataupun 80-an mahupun 90-an. Oleh itu, maklumat yang diperoleh daripada kajian ini adalah penting untuk diteliti oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan seperti kumpulan pembuat dasar (EPRD) di Kementerian Pelajaran Malaysia, peneraju institut latihan kepengetuaan seperti Institut Aminuddin Baki (IAB), Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) dan Fakulti Pendidikan di Universiti-universiti bagi dijadikan satu input profesional ke arah pembangunan kurikulum kepengetuaan yang lebih mantap dalam usaha untuk melahirkan pengetua atau calon pengetua yang boleh memimpin sekolah dengan lebih berkesan.

Page 31: vol 4 issue 2 dec 2012

23

RUJUKAN

Adair, J.(2006). Effective leadership. London: Chartered Institute of Personnel and Development.

Amin Senin, Ramli Yusof, Abd Razak Manaf, Rosnarizah Abdul Halim,Sazali Yusof, Rusmini, Kassim Ahmad, Ruhaya Hassan, Shahari & Mohd Yusof Mohd Nor.(2008). Kajian Kompetensi BerimpakTinggi bagi Pemimpin Sekolah. Pahang: Institut Aminuddin Baki.

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Kluster (BPSBP). (2010).

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). (2008). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bity Salwana Alias, Ahmad Basri Md. Yussof, Ramlee Mustapha & Mohammed Sani Ibrahim (2010). Analisis Kompetensi Pengetua Berdasarkan Kualiti Peribadi, Pengetahuan, Kemahiran Dan Amalan Dalam Bidang Pengurusan Sekolah Menengah Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2).

Boal, K. B., & Hooijberg, R. (2001). Strategic leadership research: moving on. Leadership Quarterly, 11, 515-549.

Crowther, F., S. Kaagan, M. Ferguson And L. Hann. (2002). Developing Teacher Leaders: How Teacher Leadership Enhances School Success, Corwin Press, Thousand Oaks.

Caldwell, B.J. dan Spinks, J.M. (1988). The Self-Managing School. East Sussex: The Falmer Press.

Day, C. dan Leithwood, K. (2007). Successful school principal leadership in times of change: International Perspectives, Dordrecht, The Netherlands: Springer.

Davies, B., Davies, J. B., & Ellison, L. (2005). Success And Sustainability, Developing The Strategically Focused School. Nottingham: National College For School Leadership.

Davies B, Davies B & Ellison L.(2006). Success And Sustainability: Developing The Strategically-Focused School’ A Summary Of A Recently. Published NCSL Research Project .

Page 32: vol 4 issue 2 dec 2012

24

Jainabee Kassim, & Jamil Ahmad. (2008). Kualiti Kepimpinan Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Selatan, Malaysia. Dibentangkan Di Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-12, Genting Highlands, Malaysia.

Hairuddin, Abdul Aziz & Ahmad Rafee. (2008). The Strategic Leadership Styles For Malaysian National Primary School (NPS) Heads Involved In The School Improvement Programme (Sip). Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hersey, P & Blanchard, K.H & Johnson, D.E. (2001). Management Of Organizational Behaviour: Leading Human Resources (8th). Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Jabatan Perdana Menteri. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh. Putrajaya: Unit Perancangan Ekonomi, JPM.

Kettie, B .(2010). 100 Best Companies To Work For. The Fortune Magazine, Vol. 127, August.

Lee, T.(2005). Far from the Madding Crowd? Nottingham: National College for School Leadership.

Lunenburg, F. C., &Mankowsky, S. A. (2000). Bureaucracy And Pupil Control Orientation And Behaviour In Urban Secondary Schools. Paper Presented At The Annual Meeting Of The American Educational Research Association (New Orleans, La). Ed No 445 154.

Maimunah Muda.(2005). Kepimpinan Situasi di Kalangan Pengetua Sekolah di Malaysia. Doktor Falsafah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Norzaini Azman. (2009). Pandangan pentadbir terhadap implementasi proses perubahan terancang pada sekolah bestari di Malaysia. SosioHumanika, 2(1).

Jamil Ahmad & Norlia Goolamally.(2011). Atribut pemimpin sekolah ke arah kelestarian kepimpinan: Satu analisis faktor. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-18, 2011.

Organisational for Economic Co-Operation Development (OECD). (2009). Creating Effective Teaching And Learning Environments: First Results From Talis.

Paunescu, C. (2009). Managing Process Perfromance And Quality For Sustainibility In The Service Organizations. Amfiteatru Economic Xi.

Page 33: vol 4 issue 2 dec 2012

25

Salleh Abd Rashid. (2003). Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum dan Pengajaran. Dibentangkan di Seminar Pendidikan MPBL.

Siti Rahayah Ariffin, Rodiah Idris & Noriah Mohd Ishak. (2010). Differential item functioning in Malaysian generic skills instrument (mygsi). Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1)(2010): 1-10.

Tinah Binti Naim @ Nain Gaya. (2007). Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya dengan Stres Guru di Sebuah Daerah di Negeri Johor. Tesis Sarjana Pendidikan.

Page 34: vol 4 issue 2 dec 2012

26

Page 35: vol 4 issue 2 dec 2012

27

PERSEPSI ALUMNI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI KKTM TERHADAP PASARAN KERJA

Muhamad Saidi Mat [email protected]

ABSTRAK

Keperluan pasaran kerja kini bersifat lebih dinamik ekoran perubahan dalam penggunaan teknologi dan kecenderungan majikan memilih pekerja yang bukan sahaja memiliki kelulusan akademik atau kemahiran teknikal tetapi juga mempunyai penguasaan kemahiran insaniah. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap keberkesanan pelaksanaan program diploma teknologi KKTMBP daripada aspek kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah graduan terhadap pasaran kerja semasa daripada persepsi graduan. Seramai 96 orang responden yang bekerja di sektor pembuatan dan pemesinan telah diperoleh daripada Unit Kerjaya dan Kaunseling. Kajian tinjauan secara kuantitatif ini dilakukan melalui borang soal selidik. Bagi mengukuhkan dapatan kajian, kaedah temu bual separuh struktur digunakan untuk menemu bual majikan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 20. Ujian-t bebas telah digunakan untuk melihat perbezaan antara kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah berdasarkan jantina graduan. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran teknikal graduan adalah pada tahap tinggi (min = 3.9083, sisihan piawai = 0.38966). Kemahiran insaniah graduan juga menunjukkan tahap penguasaan yang tinggi (min = 4.3271, sisihan piawai = 0.43457). Terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dalam kemahiran teknikal untuk kemahiran menggunakan peralatan tangan (t = 2.827, df = 94, p < 0.05) dan kemahiran mengendalikan mesin konvensional (t = 2.508, df = 94, p < 0.05). Graduan lelaki mempunyai kemahiran yang lebih tinggi berbanding dengan graduan perempuan berdasarkan skor min yang diperoleh. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina untuk kemahiran mengendalikan mesin CNC, kemahiran menggunakan perisian kejuruteraan serta kemahiran menggunakan peralatan pengukuran dan pengujian. Seterusnya untuk kemahiran insaniah, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina bagi semua elemen kemahiran insaniah. Kajian mendapati pelaksanaan program diploma teknologi di KKTMBP adalah berkesan daripada aspek kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah terhadap pasaran kerja daripada persepsi graduan. Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkan sampel kajian yang lebih besar melibatkan lebih banyak KKTM daripada seluruh negara serta mengambil pihak industri sebagai responden kajian supaya dapatan kajian yang lebih mantap diperoleh.

Kata kunci: Alumni, kemahiran insaniah, kemahiran teknikal

Page 36: vol 4 issue 2 dec 2012

28

PENGENALAN

Pada masa kini, Malaysia telah mempunyai 20 buah universiti awam dan 26 buah universiti swasta serta 405 buah institusi latihan kemahiran awam dan 584 buah institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini, lebih daripada 81,000 siswazah ialah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta. Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 orang pelatih pada tahun 2009. Seramai 30,000 orang pelatih adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta (Jabatan Perdana Menteri (JPM), 2010). Pendidikan teknikal ini berupaya membangunkan minda yang kreatif, kritis dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dalam persaingan global. Penubuhan pelbagai institusi pengajian oleh agensi kerajaan dan swasta yang menawarkan pelbagai program memerlukan penelitian supaya program yang ditawarkan memenuhi kehendak pasaran kerja semasa dan juga keperluan masa depan.

Satu daripada fungsi utama institusi pendidikan adalah untuk menghasilkan graduan atau tenaga kerja yang memenuhi keperluan industri (Ab Rahman dan Jamian, 2008). Keperluan industri adalah sesuatu yang dinamik dan berubah dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan teknologi. Dasar Pendidikan Kebangsaan harus menampung keperluan negara pada masa kini dan akan datang (Kementerian Sumber Manusia, 2006). Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian, maka dengan itu adalah penting untuk alumni mempunyai kemahiran tinggi dan bersesuaian dengan keperluan industri.

Kajian ini membincangkan tahap kemahiran teknikal dan tahap kemahiran insaniah alumni program diploma teknologi yang ditawarkan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau (KKTMBP) terhadap pasaran kerja. KKTMBP mula beroperasi pada tahun 2005 dan sehingga kini seramai 689 orang alumni telah berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan. Alumni yang telah menamatkan pengajian seterusnya akan memasuki pasaran pekerjaan sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta atau bekerja sendiri, manakala sebahagian yang lain menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Data yang diperoleh daripada Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) KKTMBP pada tahun 2011 menunjukkan 40% alumni melanjutkan pelajaran, manakala 43% memasuki pasaran pekerjaan, 1% menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan selebihnya tidak dapat dikesan. Alumni yang bekerja dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan program yang diikuti pula adalah sebanyak 64% (177 orang). Untuk kajian ini seramai 96 orang alumni yang bekerja di dalam sektor pemesinan dan pembuatan telah dipilih sebagai responden kajian.

Page 37: vol 4 issue 2 dec 2012

29

LATAR BELAKANG MASALAH

Kemampuan alumni untuk memenuhi kehendak pekerjaan bergantung pada banyak faktor. Antara yang terpenting ialah pendidikan dan latihan yang diterima dari institusi pendidikan dan latihan. Jika pendidikan dan kemahiran yang diterima seimbang dan sepadan dengan tuntutan pekerjaan, maka lazimnya tidak banyak masalah akan timbul. Namun, pencapaian dalam bidang akademik semata-mata tidak boleh menjamin seseorang pelajar itu memperoleh pekerjaan. Banyak lagi aspek lain yang dipentingkan oleh pihak majikan yang perlu diberi perhatian. Aspek tersebut termasuk sikap terhadap kerja dan pandangan hidup masa depan, penguasaan kemahiran asas yang terkini meliputi kemahiran dalam bidang ICT dan bahasa, kebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, disiplin diri, pengetahuan am, pendedahan kepada latihan serta bimbingan kerjaya dan lain-lain (Yusof, Ismail dan Sidin, 2008). Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industri, dan lemah dalam soft skills termasuk etika kerja profesional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan kepimpinan seperti dinyatakan dalam Bab 5, Rancangan Malaysia Ke-10. Kajian oleh IPPTN (2003) mendapati antara sebab utama graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kurangnya kemahiran untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (84.6 peratus). Faktor lain ialah masalah bidang kursus yang kurang sesuai dengan kehendak pasaran (71.5 peratus), tiada pengalaman kerja (66.8 peratus) dan kurang menguasai kemahiran ICT (60.8 peratus). Peratusan belia yang menganggur meningkat daripada 10.5% kepada 10.9% antara tahun 2001 dan 2008, iaitu mewakili 62% daripada jumlah keseluruhan pengangguran pada tahun 2008 (JPM, 2010).

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:(i) mengenal pasti tahap kemahiran teknikal alumni,(ii) mengenal pasti tahap kemahiran insaniah alumni, dan (iii) menganalisis sama ada terdapat perbezaan kemahiran teknikal dan

kemahiran insaniah berdasarkan jantina alumni.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian yang ingin dijawab adalah seperti yang berikut:(i) Adakah tahap kemahiran teknikal alumni sesuai terhadap pasaran kerja?(ii) Adakah tahap kemahiran insaniah alumni sesuai terhadap pasaran kerja?(iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran teknikal dan

kemahiran insaniah berdasarkan jantina alumni?

Page 38: vol 4 issue 2 dec 2012

30

KERANGKA KONSEPTUAL

Kajian ini memfokuskan kepada input yang diberikan kepada alumni program diploma teknologi melalui kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah terhadap pasaran kerja mereka. Rajah 1 menunjukkan kerangka kajian ini.

Rajah 1: Kerangka konseptual

SOROTAN KAJIAN

Di Malaysia, pewujudan sistem latihan vokasional yang diselia melalui badan-badan awam adalah bagi mendedahkan belia-belia dengan kemahiran vokasional di samping membantu mereka mendapat peluang pekerjaan (Tzannatos dan Johnes, 1997). Pelaksanaan TVET di Malaysia melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan juga institusi swasta seperti MARA, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan lain-lain. TVET bertujuan menambah bekalan modal insan berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. (JPM, 2010).

Pasaran kerja kini lebih bersifat dinamik ekoran perubahan pesat dalam penggunaan teknologi terkini dan kepelbagaian keperluan oleh majikan. Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai isu dalam pasaran kerja, dan dirumitkan lagi oleh prestasi ekonomi negara semasa yang agak sederhana. Penciptaan peluang pekerjaan baru yang perlahan dilihat tidak senada dengan limpahan graduan dalam pasaran kerja. Keadaan ini telah mewujudkan persaingan dalam kalangan graduan dan masalah pengangguran, malah ada dalam kalangan mereka yang terpaksa menerima apa saja tawaran yang diberikan oleh majikan (Yusof, Ismail dan Sidin, 2008). Menurut Nizar (2006), selain memerlukan aspek kemahiran, sikap dan

Alumni yang MemenuhiPasaran Kerja

PelajarMentah

Kemahiran Teknikal

Kemahiran Insaniah

u

u

u

u

Page 39: vol 4 issue 2 dec 2012

31

keselamatan, pihak majikan masih memerlukan ciri-ciri kemahiran lain. Menurut Farla (2001) dan Heijke (2003), hubungan dan kaitan di antara institusi latihan dan bidang pekerjaan graduan latihan vokasional adalah penting bagi mengelakkan ketidaksesuaian antara latihan dan perubahan sektor pekerjaan.

Kajian oleh Mustapha dan Greenan (2002) mendapati lepasan program latihan vokasional mempunyai lebih peluang pekerjaan jika dibandingkan dengan lepasan program akademik. Sebagai tambahan dari hasil kajian mereka, para pendidik dan majikan secara majoritinya bersetuju graduan lepasan vokasional telah cukup bersedia untuk memasuki sektor pekerjaan di Malaysia. Kenyataan di atas turut diutarakan oleh Konietzka (2003) iaitu majoriti graduan latihan vokasional berpeluang tinggi mendapat pekerjaan pertama mereka sejurus selepas menamatkan latihan. Holton dan Trott,(1996) dan ILO (2003) menyarankan tenaga kerja masa kini memerlukan kemahiran dan keterampilan yang baharu lagi meluas merentasi perbagai fungsi di tempat kerja berbanding dengan masa lampau. ILO (2003), Jacinto, (2001) dan Masri (1999) menyarankan agar latihan yang diberikan bukan sahaja dapat memberikan kemahiran teknikal spesifik, tetapi dapat mengintegrasikan sifat-sifat umum yang merangkumi pembangunan kerjaya, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penyelesaian masalah, kerja berpasukan, kemahiran interpersonal dan personaliti.

Sekiranya negara ingin menuju ke arah negara perindustrian yang berteknologi tinggi, maka sistem pendidikan yang dilaksanakan perlulah melahirkan masyarakat yang boleh mendokong penggunaan teknologi yang ingin diperkenalkan itu (Kasim dan Yussof, 2002). Justeru, langkah untuk meningkatkan nisbah pelajar sains dan teknikal berbanding dengan sains sosial telah dipertingkatkan lagi dalam tempoh RMK-9 (JPM, 2006). Kemahiran teknikal merujuk kepada pengetahuan yang bersesuaian dengan kaedah, prosedur dan teknik seperti grafik, menyelesaikan masalah, teknik mengendalikan peralatan, teknik pembangunan, kaedah penghasilan sesuatu, bidang pengoperasian, keselamatan dan penyelenggaraan (Mustapha, 2007). Menurut Katz (1955), kemahiran teknikal merupakan jenis kemahiran yang paling konkrit dan ia dikaitkan dengan pemahaman dan keupayaan menyelesaikan aktiviti khusus. Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah Untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia telah dilancarkan pada 22 Ogos 2006 oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bertujuan bagi melahirkan modal insan berkualiti, berketerampilan dan mampu berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa (Abu, Kamsah dan Razzaly, 2008). Tujuh elemen kemahiran insaniah telah dikenal pasti untuk dijadikan atribut yang perlu dikuasai oleh graduan IPTA iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional serta kemahiran kepemimpinan.

Page 40: vol 4 issue 2 dec 2012

32

METODOLOGI KAJIAN

Instrumen kajian yang telah dipilih oleh penyelidik dalam kajian ini ialah soal selidik. Menurut Mohd Najib (2003), soal selidik ialah satu instrumen yang lazim digunakan untuk mengukur tingkah laku responden. Soal selidik secara amnya merupakan alat ukur yang paling praktikal dan berkesan bagi kajian tinjauan terutamanya jika melibatkan populasi yang besar dan jika kedudukan sampel atau subjek adalah jauh antara satu sama lain (Idris, 2010).

Kajian ini telah dijalankan di KKTMBP, Pulau Pinang. Kolej ini dipilih kerana pengkaji mempunyai akses yang mudah kepada maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Kajian ini merangkumi jumlah populasi graduan program diploma teknologi yang diperoleh melalui data sedia ada daripada Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) KKTMBP. Data yang diperoleh daripada Unit Kaunseling dan Kerjaya (UKK) KKTMBP pada tahun 2011 menunjukkan 40% alumni melanjutkan pelajaran, manakala 43% memasuki pasaran pekerjaan, 1% menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan selebihnya tidak dapat dikesan. Alumni yang bekerja dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan program yang diikuti pula adalah sebanyak 64% (177 orang). Untuk kajian ini seramai 96 orang alumni yang bekerja di dalam sektor pemesinan dan pembuatan telah dipilih sebagai responden kajian.

Responden kajian ialah 96 orang graduan program diploma teknologi di KKTMBP, Pulau Pinang yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2007 hingga 2012 dan sedang bekerja di dalam sektor pembuatan dan pemesinan. Jadual 1 menunjukkan bilangan responden mengikut program dan jantina.

Jadual 1: Taburan responden

Program Diploma Jantina Teknologi Lelaki Perempuan Jumlah Acuan 8 2 10 Alatan dan Acuan tekan 14 2 16 Pembuatan 49 6 55 Reka bentuk Produk 6 9 15 96

Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina oleh penyelidik berpandukan kepada instrumen kajian yang telah dibangunkan oleh pengkaji terdahulu dalam kajian mereka. Instrumen yang dipilih sebagai panduan ini adalah berkaitan dengan kajian yang dijalankan iaitu kemahiran teknikal (Abdul Halim, 2007) dan kemahiran insaniah (Abdul Ghani, 2010). Bagi mengukuhkan dapatan kajian ini, penyelidik

Page 41: vol 4 issue 2 dec 2012

33

membina soalan temu bual separuh struktur untuk menemu bual majikan kepada graduan untuk mengetahui tahap kemahiran daripada aspek kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah menurut pandangan majikan. Pembahagian soalan dalam soal selidik adalah seperti Jadual 2.

Jadual 2: Pembahagian soalan soal selidik

DAPATAN KAJIAN

Kaedah analisis yang digunakan ialah skor min dan Ujian-t-bebas bagi menjawab persoalan kajian. Penganalisisan data berdasarkan persoalan kajian adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Persoalan kajian dan kaedah analisis data

Bahagian Bilangan Soalan

Soalan

A

B

C

Kemahiran TeknikalB1 – Kemahiran Menggunakan Peralatan TanganB2 – Kemahiran Mengendalikan Mesin KonvensionalB3 – Kemahiran Mengendalikan Mesin CNCB4 – Kemahiran Menggunakan Perisian KejuruteraanB5 – Kemahiran Menggunakan Peralatan Pengukuran dan Pengujian

Demografi graduan

Kemahiran Insaniah 21

Jumlah 86

1010101015

10

bersambung

Page 42: vol 4 issue 2 dec 2012

34

Analisis data persoalan kajian pertama: Tahap kemahiran teknikal alumni

Pengkaji telah menggunakan lima indikator untuk mengukur tahap kemahiran teknikal iaitu dari segi kemahiran menggunakan peralatan tangan, kemahiran mengendalikan mesin konvensional, kemahiran mengendalikan mesin CNC, perisian kejuruteraan serta peralatan pengukuran dan pengujian. Hasil analisis data menggunakan perisian SPSS menunjukkan tahap kemahiran teknikal graduan adalah pada tahap tinggi dengan skor min keseluruhan sebanyak 3.9083 manakala sisihan piawai ialah 0.38966 seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.

Berdasarkan analisis yang dijalankan, maka kajian ini telah menunjukkan bahawa tahap kemahiran teknikal graduan secara keseluruhan adalah pada tahap tinggi. Kemahiran teknikal yang memperoleh skor tertinggi ialah kemahiran menggunakan mesin konvensional (4.0750), diikuti oleh kemahiran menggunakan perisian kejuruteraan (4.0313). Seterusnya kemahiran menggunakan peralatan pengukuran dan pengujian (3.9438) serta kemahiran menggunakan peralatan tangan (3.9063) dan kemahiran mengendalikan mesin CNC yang memperoleh skor min yang terendah (3.5854).

sambungan

Page 43: vol 4 issue 2 dec 2012

35

Bagi sisihan piawai pula, jika dilihat secara keseluruhannya nilai sisihan piawai berada dalam lingkungan 0.45306 hingga 0.62962 iaitu tidak melebihi 1.0 dan ini memberi makna bahawa serakan data analisis bagi item-item yang terlibat adalah tertumpu ke arah min.

Jadual 4: Skor min dan sisihan piawai untuk kemahiran teknikal graduan

Analisis data persoalan kajian kedua: Tahap kemahiran insaniah graduan

Analisis dalam bahagian ini adalah untuk mengetahui tahap kemahiran insaniah graduan.

Jadual 5: Skor min dan sisihan piawai kemahiran insaniah graduan

bersambung

Page 44: vol 4 issue 2 dec 2012

36

Pengkaji telah membina sebanyak 21 item berkaitan kemahiran insaniah yang dibahagikan kepada tujuh elemen kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran keusahawanan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran insaniah graduan adalah pada tahap tinggi dengan skor min keseluruhan sebanyak 4.3271 dan sisihan piawai sebanyak 0.43457 seperti ditunjukkan dalam Jadual 5.

Analisis data persoalan kajian ketiga: Perbezaan antara tahap kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah berdasarkan jantina graduan

Hasil Ujian-t yang telah dijalankan untuk menguji perbezaan min antara graduan lelaki dan graduan perempuan bagi setiap indikator dalam kemahiran teknikal adalah seperti dalam Jadual 6.

Hipotesis bagi persoalan kajian ini adalah seperti yang berikut:

H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah berdasarkan jantina graduan

Ha Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah berdasarkan jantina graduan

Graduan lelaki telah menunjukkan skor min yang lebih tinggi berbanding dengan graduan perempuan dalam semua pemboleh ubah. Nilai t-kritikal (ujian 2-hujung, df = 94, p = 0.05) ialah 2.009. Keputusan ujian yang diperoleh melalui program SPSS menunjukkan indikator kemahiran menggunakan peralatan tangan, bahagian B1 (t = 2.827, df = 94, p < 0.05) dan kemahiran mengendalikan mesin konvensional, bahagian B2 (t = 2.508, df = 94, p < 0.05) adalah signifikan.

sambungan

Page 45: vol 4 issue 2 dec 2012

37

Terdapat perbezaan berdasarkan jantina dari segi kemahiran menggunakan peralatan tangan dan kemahiran mengendalikan mesin konvensional. Nilai perbezaan min 0.34895 untuk kemahiran menggunakan peralatan tangan dan nilai perbezaan min 0.27789 untuk kemahiran mengendalikan mesin konvensional menunjukkan bahawa graduan lelaki lebih berkemahiran berbanding dengan graduan wanita. Maka hipotesis nol ditolak untuk bahagian B1 dan bahagian B2.

Manakala kemahiran mengendalikan mesin CNC, bahagian B3 (t = 1.696, df = 94, p < 0.05), kemahiran menggunakan perisian kejuruteraan, bahagian B4 (t = 1.386, df = 94, p < 0.05) dan kemahiran menggunakan peralatan pengukuran dan pengujian, bahagian B5 (t = 0.719, df = 94, p < 0.05) tidak signifikan. Tidak terdapat perbezaan berdasarkan jantina dari segi kemahiran mengendalikan mesin CNC, kemahiran menggunakan perisian kejuruteraan serta kemahiran menggunakan peralatan pengukuran dan pengujian. Maka hipotesis nol diterima untuk bahagian B3, bahagian B4 dan bahagian B5.

Jadual 6: Hasil Ujian-t terhadap kemahiran teknikal berdasarkan jantina graduan

Jadual 7: Hasil ujian-t terhadap kemahiran insaniah berdasarkan jantina graduan

bersambung

Page 46: vol 4 issue 2 dec 2012

38

Keputusan ujian untuk kemahiran insaniah berdasarkan jantina graduan adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7. Keputusan ujian menunjukkan indikator kemahiran komunikasi, bahagian C1 (t = 0.877, df = 94, p < 0.05), kemahiran kritis dan menyelesaikan masalah, bahagian C2 (t = 0.753, df = 94, p < 0.05), kemahiran kerja berpasukan, bahagian C3 (t = 0.423, df = 94, p < 0.05), kemahiran keusahawanan, bahagian C4 (t = 0.951, df = 94, p < 0.05), kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, bahagian C5 (t = 1.366, df = 94, p < 0.05), kemahiran etika moral dan profesional, bahagian C6 (t = 1.561, df = 94, p < 0.05) dan kemahiran kepimpinan, bahagian C7 (t = 0.907, df = 94, p < 0.05) tidak signifikan. Maka hipotesis nol diterima untuk semua bahagian kemahiran insaniah. Oleh itu hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keberkesanan kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah berdasarkan jantina graduan adalah tidak dapat ditolak sepenuhnya.

PERBINCANGAN Secara keseluruhannya pengkaji mendapati tahap kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah graduan adalah pada tahap tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina dalam kemahiran teknikal untuk aspek kemahiran menggunakan peralatan tangan dan aspek kemahiran mengendalikan mesin konvensional. Didapati graduan lelaki mempunyai kemahiran yang lebih tinggi berbanding dengan graduan perempuan berdasarkan skor min yang diperoleh. Manakala tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina untuk aspek kemahiran mengendalikan mesin CNC, kemahiran menggunakan perisian kejuruteraan serta kemahiran menggunakan peralatan pengukuran dan pengujian. Seterusnya untuk kemahiran insaniah, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina bagi semua elemen kemahiran insaniah. Dengan itu pengkaji berpandangan pelaksanaan program diploma teknologi di KKTMBP adalah berkesan daripada aspek kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah terhadap pasaran kerja daripada persepsi graduan.

sambungan

Page 47: vol 4 issue 2 dec 2012

39

CADANGAN

Berikut adalah cadangan untuk kajian selanjutnya bagi penyelidik akan datang:

(i) Sampel kajian Kajian lanjutan dicadangkan supaya melibatkan sampel kajian yang lebih

besar melibatkan lebih banyak KKTM dari seluruh negara supaya dapatan kajian yang lebih mantap diperoleh.

(ii) Menggunakan pihak industri sebagai responden Mengambil pihak industri sebagai responden kajian supaya dapat

membandingkan dapatan dari sudut pandangan mereka.

(iii) Item kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah Memurnikan lagi item-item dalam borang soal selidik supaya lebih terkini dan

merangkumi kemahiran-kemahiran lain yang diperlukan oleh pihak industri. Terdapat kemahiran-kemahiran baru yang perlu dikuasai oleh graduan untuk membolehkan mereka bersaing seiring dengan perkembangan teknologi.

LAMPIRAN TEMU BUAL

Temu bual telah dijalankan oleh pengkaji atas 3 orang majikan yang telah mengambil graduan KKTMBP sebagai pekerja mereka. Tujuan temu bual dilaksanakan adalah untuk menyokong dan menguatkan hasil daripada dapatan kajian. Temubual telah dijalankan secara bersemuka dan melalui perbualan telefon dengan menggunakan kaedah temu bual secara semi-berstruktur secara individu. Temubual bersama pihak industri ini memfokuskan kepada pendapat mereka tentang persoalan kajian yang telah ditetapkan di dalam kajian ini.

Bagi persoalan berkaitan kemahiran teknikal graduan, dua responden iaitu Micro Precision Machining Sdn Bhd (MPMSB) dan Dufu Industries Sdn Bhd (Dufu) telah memberikan maklumbalas yang sama. Mereka berpendapat bahawa kemahiran teknikal graduan adalah memenuhi kehendak industri. Manakala wakil syarikat Singapore Aerospace Manufacturing Sdn Bhd (SAM) menyatakan kemahiran teknikal graduan adalah terhad. Responden daripada Dufu turut menambah prestasi graduan akan bertambah baik jika mereka mempunyai pengetahuan yang lebih tentang teknik poka-yoke, kaizen dan lean manufacturing.

Untuk persoalan kajian berkenaan kemahiran insaniah graduan, wakil daripada syarikat Dufu menyatakan kemahiran insaniah graduan adalah memuaskan, terutamanya semangat kerja berpasukan. Graduan juga menunjuk minat atas perkara yang diajar, selain sangat bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Namun begitu, masih terdapat pelbagai aspek yang

Page 48: vol 4 issue 2 dec 2012

40

boleh ditingkatkan kualitinya, seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perlu diberi perhatian. Manakala maklum balas daripada syarikat MPMSB pula menyatakan kemahiran insaniah graduan adalah baik. Maklum balas daripada SAM pula menyatakan kemahiran insaniah graduan adalah sederhana. Semua pelajar selalu menerima arahan dan komen dengan sikap yang positif. Contoh dapatan temu bual tersebut adalah seperti yang berikut:

SOALAN TEMU BUALKEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI

KKTM TERHADAP KEPERLUAN PASARAN KERJA DI MALAYSIA

Tuan/puan yang dihormati,

Soalan temu bual ini dikemukakan untuk Mengkaji Keberkesanan Pelaksanaan Program Diploma Teknologi KKTM Terhadap Keperluan Pasaran Kerja Di Malaysia.

Soal selidik ini mengandungi 5 soalan berkaitan tahap kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah graduan KKTM Balik Pulau yang bekerja di tempat tuan/puan. Saya mengharapkan tuan/puan dapat memberikan jawapan secara ikhlas dan jujur. Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan dan digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja. Kajian ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

PenyelidikMuhamad Saidi Bin Mat AliSarjana Pendidikan Teknikal (Mekanikal)Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

Soalan 1Apakah pandangan tuan tentang tahap kemahiran teknikal pelajar lepasan KKTM Balik Pulau yang bekerja di syarikat tuan?

Untuk soalan ini saya ingin mengulas sedikit. Student diberi pendedahan daripada foundation..daripada basic, so selepas ada foundation mereka ada exposure dengan industri luar. KKTM ada kerjasama dengan syarikat luar spt MOU. Faktor ini memberi kecemerlangan kepada student, boleh dikatakan dalam masa yang sama disiplin yang terbentuk pada student dah ada sepanjang pembelajaran di KKTM.

Page 49: vol 4 issue 2 dec 2012

41

So far saya nampak dari segi attitude mereka hormat kepada majikan. Itu adalah faktor yang kena ada pada produk KKTM. Boleh dikatakan produk KKTM antara produk daripada kolej-kolej lain yang saya tak nak sebut disini, memang meet dan saya berpuashati sebenarnya. Dari segi kemahiran teknikal, macam tadi saya cakap..sebab daripada foundation, so..ada kerjasama dengan tenaga luar seperti syarikat saya sendiri MPMSB, dia dah dapat exposure ke mana dia nak pergi, sejauh mana dia boleh pergi, apa yang dia minat, dia boleh asah dan dia boleh implement apa dia belajar. Berbandingdengan kalau seseorang student dia masuk dia tak tahu kemana dia nak pergi, apa yang dia boleh buat, sejauh mana dia boleh pergi..so itu yang ada masalah tu. Tetapi sekarang ni, sebab KKTM dia dah ada saluran untuk melanjutkan pelajaran, ada saluran untuk bekerja..dimana, so benda ni lah yang membuatkan dia ada halatuju..student yang ada halatuju. So kita pun mudah untuk membentuk. Saya tengok dari segi teknikal, kemahiran saya memang berpuashatilah..sebab adanya basic, foundation berbanding kalau sesetengah universiti atau kolej dia tertumpu pada teoritikal. Tapi ini kita mula dari foundation. Faham mesin, faham cara nak mengendali, nak buat kerja based on drawing dan sebagainya dan disamping itu kita ada penerapan ataupun teoritikal yang saya rasa tidak kurang pentingnya, dan kita bermula step by step ..itu yang menjadikan student itu kualiti pada saya.

Soalan 2Apakah pendapat pihak tuan tentang kemahiran insaniah (soft skills) graduan KKTM Balik Pulau yang bekerja di syarikat tuan?

Sebenarnya ada kekurangan, tetapi boleh dibentuk sebab saya nampak disiplin dan pembentukan disiplin itu telah ada daripada awal. Dia tak bebas, maksudnya semasa di KKTM perlu duduk di asrama, ada waktu tertentu..ada waktu solat, waktu keluar masuk. Ini yang dah ada pada student tu. So pembentukan ataupun kita nak jadikan dia pekerja yang baik lebih mudah.

Soalan 3Apakah kelebihan yang dimiliki oleh graduan KKTM Balik Pulau yang bekerja di syarikat tuan berbanding lepasan institusi yang lain?

Kalau kita lihat, student KKTM berbanding student institusi lain, kita dapati yang dia ada threshold yang tinggi, dia mampu untuk berdikari. Maksudnya kalau kita letak dimana mana sahaja dalam bidang mereka ni, diaorang boleh survive. Kalau kita ambik mekanikal, diaorang ada basic daripada perjalanan mesin, 5S ataupun disiplin..so dengan penerapan yang selama ini diaorang diploma dekat sini tiga tahun, so

Page 50: vol 4 issue 2 dec 2012

42

dia ada threshold..dia boleh bawak diri, dia boleh survive..dia boleh survival dekat market.

Soalan 4Apakah kelemahan yang ketara yang perlu diperbaiki oleh graduan KKTM Balik Pulau yang bekerja di syarikat tuan?

Dari segi kelemahan, saya nampak tak ada kelemahan yang obviouslah..semuanya, normal..saya rasa di tahap yang normal, boleh dibentuk sebab adanya attitude yang bagus. Dari segi komunikasi, cuma sedia maklum..student KKTM adalah student Melayu, so dari segi basic dia mother tongue dia lahir dia Melayu. Untuk polish kita ambik masa lah, ada exposure di tempat kerja yang sebenar, bercampur dengan bangsa atau orang lain ataupun luar negara. Baru kita boleh automatically..itu yang berlaku pada diri saya sendirilah, bukan cakap..so this thing need process..kita perlukan masa untuk pembentukan dari segi pembawakan diri ataupun extrovert kan diri untuk student kita ni. So takde masalah dari segi tu,as long attitude ada, so kita takde masalah.

Soalan 5Bagaimanakah penilaian tuan secara keseluruhan terhadap prestasi lepasan KKTM Balik Pulau yang bekerja di syarikat tuan?

Prestasi secara keseluruhan, saya lihat..saya dah lebih kurang tak silap saya 5-6 tahun saya dah ambik student untuk praktikal , so memang setakat ni saya tidak dapat nafikan yang KKTM ni mampu dan berjaya mengeluarkan produk atau student yang berkualiti sebenarnya. Tahniah kepada KKTM ataupun MARA. Kita dapati ramai yang kemenjadian atau keberhasilan MARA menghasilkan student, ramai yang jadi usahawan, ramai yang melanjutkan pelajaran, ramai yang bekerja berjawatan.. So, saya rasa mencapai apa objektif, cuma benda ni perlu maintain ataupun upgrade ataupun polish lagilah seterusnya. Sebab saya worried macam ada certain produk daripada kolej ataupun institut kemahiran di tempat lain yang dulu bagus jadi tak bagus. So, saya harap KKTM akan bertahan dan terus majulah..insyaAllah.

Terima kasih atas kerjasama dan masa yang diluangkan untuk mengisi borang kaji selidik ini.

Catatan: Temu bual dengan En Jaafar Bin Othman, Pengurus Besar Micro Precison Machining Sdn Bhd (MPMSB) telah dijalankan di KKTM Balik Pulau pada 11 Jun 2012 jam 5.30 petang.

Page 51: vol 4 issue 2 dec 2012

43

LAMPIRAN KAJIAN KESAHAN

Kajian rintis

Kajian rintis (pilot study) telah dijalankan oleh penyelidik bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan pada alat ukur yang digunakan adalah tepat. Borang soal selidik diedarkan kepada sepuluh orang pelajar semester lima program Diploma Teknologi Pembuatan di KKTM Balik Pulau. Menurut Johnson dan Christensen (2008), sebelum melakukan kajian yang sebenar, borang soal selidik haruslah diuji terlebih dahulu kepada lima hingga sepuluh orang yang mempunyai tahap yang sama dengan responden. Pelajar ini dipilih kerana mereka masih berada di kolej dan telah melalui semua pengalaman pembelajaran kecuali latihan industri yang akan diikuti pada semester enam. Kajian rintis bertujuan untuk memastikan instrumen kajian atau item soal selidik yang akan digunakan nanti adalah bersesuaian dari segi kebolehpercayaan dalaman dan kesahan (Sekaran, 1992). Nilai Alpha Cronbach, α akan digunakan untuk menilai tahap kebolehpercayaan borang soal selidik. Nilai α > 0.6 boleh dianggap mencukupi sebagai anggaran yang menunjukkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima (Konting, 2000). Dapatan kajian rintis ini digunakan untuk memperbaiki perkataan-perkataan yang tidak sesuai dan ayat-ayat yang sukar difahami, serta memilih soalan-soalan yang relevan dengan permasalahan dan objektif kajian. Menurut (Konting, 2000) jika nilai pekali alpha kurang dari 0.6 maka item tersebut perlu diubah suai pada borang soal selidik dan ujian semula perlu dijalankan sehingga pekali alpha 0.6 dicapai. Setelah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 20, nilai Alpha Cronbach bagi keseluruhan item adalah 0.923 seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.4. Ini menunjukkan instrumen kajian yang digunakan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Jadual 3.4 Nilai alpha Cronbach keseluruhan

Case Processing Summary

a. Listwise deletion based on all variables in the procedure.

Cases Valid 10 100.0Excludeda 0 .0Total 10 100.0

N %

Page 52: vol 4 issue 2 dec 2012

44

Reliability Statistics

Jadual 3.5 menunjukkan nilai Alpha Cronbach bagi Bahagian B dan Bahagian C dalam soal selidik. Nilai Aplha Cronbach yang lengkap adalah seperti dalam Lampiran E. Oleh itu instrumen yang telah dibina boleh digunakan untuk melaksanakan kajian sebenar.

Jadual 3.5: Skor alpha-Cronbach

Bahagian Skor Alpha-Cronbach Kesahan dan Kebolehpercayaan

B1 0.788 Diterima B2 0.729 Diterima B3 0.941 Diterima B4 0.878 Diterima B5 0.790 Diterima C 0.884 Diterima

Cronbach’s Alpha

.923

N of Items

76

Page 53: vol 4 issue 2 dec 2012

45

RUJUKAN

Abdul Ghani, R.B (2010). The Effectiveness of Attitude Building (Soft Skills) Component in Certificate Level Programmes at Institut Kemahiran MARA (IKM), Tesis Sarjana, Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Halim N.H., (2007). Kesedaran Employability dalam Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan di UTHM, Tesis Sarjana, UTHM.

Ab Rahman M.N. & Jamian R. (2008). Kajian Penambahbaikan Kurikulum Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute Untuk memenuhi Keperluan Pelajar Teknologi Kejuruteraan Industri Automotif, Jurnal Personalia Pelajar Bil. 11 Jun/June (1 - 23).

Abu, M.S., Kamsah, M.Z. dan Razzaly W. (2008). Laporan Kajian Soal Selidik Penerapan Kemahiran Insaniah (KI) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Di Institut Pengajian Tinggi Awam, Laporan ini dibentangkan kepada Jawatankuasa Penerapan KI Kepada Pelajar IPTA Peringkat Kebangsaan pada 12 Februari 2008.

Farla, T. (2001) VET Under Review: the New Independent States, European Journal of Education Volume 36, Issue 1, pages 23–34.

Heijke, H., Matheeuwsen, A., Willems, E. (2003). Clustering educational categories in a heterogeneous labour market. Education Economics, Vol. 11, p. 89-108.

Holton, E. F., III, and Trott, J. W., Jr. .Trends toward a Closer Integration of Vocational Education and Human Resource Development. Journal of Vocational and Technical Education 12, no. 2 (Spring 1996): 49-57.

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. McGraw- Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

ILO. (2003). Learning and training for work in the knowledge society. Geneva: International Labor Office.

IPPTN. 2003. Laporan Akhir Kajian Masalah Pengangguran di Kalangan Siswazah. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, USM, Penang: Universiti Sains Malaysia.

Page 54: vol 4 issue 2 dec 2012

46

Jacinto, C. (2001). Vocational training programme and disadvantaged youth in Latin America: How to provide generic and vocational skills. International conference of linking work, skills and knowledge: Learning for survival and growth. 10-12 September, Interlaken, Switzerland.

Kasim, M.Y. dan Yussof, I. (2002). Industrialisasi dan Pembangunan Sumber Daya Manusia di Malaysia: Isu dan Haluan Masa Depan. Dalam Rokiah Ismail, Zaidah Mustapha & Yahaya Ibrahim (ed.). Industrialisasi dan Modenisasi di Malaysia dan Indonesia: Pengalaman, Permasalahan, dan Arah Transformasi. Kuala Lumpur: Prentice Hall. Ms. 175-187.

Katz, R.L (1955). Skills of an Effective administrator. Harvard Business Review, 33(1), 33-42.

Kementerian Sumber Manusia (2006). Dasar Pendidikan Negara. 5 Februari 2006.Konietzka, Dirk (2003): Vocational training and the transition to the first job in Germany: new risks at labor market entry?, pp. 161-195 in: Bills, David B.: The sociology of job training, Elsevier: Amsterdam.

Jabatan Perdana Menteri. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Kuala Lumpur : Unit Perancang Ekonomi.

Jabatan Perdana Menteri. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Kuala Lumpur : Unit Perancang Ekonomi.

Masri, M.W. (1999). The changing demands of the 21st century: Challenges to technical and vocational education. Second international congress n technical and vocational education, 26- 30 April. Seoul: Republic of Korea.

Mohd. Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.Universiti Teknologi Malaysia, Penerbit UTM.

Mustapha, M. (2007). Penguasaan Kemahiran Pemesinan CNC: Perbandingan di antara Penguasaan Hasil Pembelajaran dan Maklum balas Majikan, Tesis Sarjana, UTHM.

Mustapha, R.B., Greenan, J.P. (2002) The Role of Vocational Education in Economic Development in Malaysia: Educators' and Employers' Perspectives. Journal of Industrial Teacher Education, v39 n2 p58-73 Win 2002.

Nizar, N. ( 2006). Ketrampilan kemahiran teknikal graduan institusi kemahiran belia negara (IKBN). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Sarjana.

Page 55: vol 4 issue 2 dec 2012

47

Tzannatos, Z. and Johnes, G. (1997). Training and Skills Development in the East Asian Newly Industrialised Countries: A comparison and lessons for developing countries, Journal of Vocational Education and Training, Vol. 4(3). 431-453.

Yusof, I., Ismail, R. & Sidin, R. (2008). Graduan dan Alam Pekerjaan. Akademika.72(01). 3-24.

Page 56: vol 4 issue 2 dec 2012

48

Page 57: vol 4 issue 2 dec 2012

49

SISTEM MENTOR DAN AMALAN GURU DALAM MENINGKATKAN LITERASI AWAL KANAK-KANAK

Siti Nur Nadirah IbrahimUniversiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Hasnah ToranUniversiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kualiti kakitangan yang bekerja dalam program yang melibatkan kanak-kanak prasekolah memberikan impak yang besar dalam sesebuah kualiti pendidikan, penjagaan dan pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak. Kurangnya persediaan, pengetahuan dan kelayakan bagi guru dalam bidang pendidikan prasekolah membataskan keberkesanan program prasekolah itu sendiri. Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan untuk meneroka pelaksanaan sistem mentor guru dan mengenal pasti amalan yang sesuai dan berkesan dalam menyediakan peluang pembelajaran yang kondusif terutamanya dalam konteks meningkatkan kemahiran literasi awal kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan proses temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Peserta kajian terdiri daripada enam orang guru di sebuah Tadika X di daerah Selangor. Dapatan kajian menunjukkan guru di Tadika X menyediakan peluang pembelajaran yang mencukupi berdasarkan amalan yang dilakukan dalam meningkatkan literasi awal kanak-kanak seperti aktiviti bercerita, aktiviti ‘Circle Time’, menggalakkan aktiviti bermain sambil belajar, mendedahkan kanak-kanak kepada suasana pembelajaran di perpustakaan dan aktiviti luar seperti lawatan sambil belajar, pembelajaran berasaskan projek dan menunjukkan usaha dalam menyediakan persekitaran yang kaya dengan literasi. Dari segi pelaksanaan sistem mentor pula, walaupun seorang daripada enam peserta kajian berpendapat bahawa bagi keperluan guru prasekolah bengkel literasi sudah memadai, namun keperluan sistem mentor dilihat amat diperlukan bagi guru-guru dalam membantu mereka meningkatkan kualiti pengajaran khususnya asas-asas kemahiran literasi. Ini dibuktikan berdasarkan dapatan temu bual tentang keperluan pelaksanaan sistem mentor yang membawa kepada pengakuan bahawa mereka masih kekurangan ilmu dan memerlukan sistem mentor dalam membantu meningkatkan mutu pengajaran untuk dikongsikan kepada kanak-kanak di tadika.

Kata Kunci: Literasi Awal Kanak-Kanak, Sistem Mentor, Kualiti Pengajaran Guru, Amalan Guru, Persekitaran Kaya Literasi

Page 58: vol 4 issue 2 dec 2012

50

PENGENALAN

Kualiti kakitangan yang bekerja dalam program yang melibatkan kanak-kanak prasekolah memberikan impak yang besar dalam sesebuah kualiti pendidikan, penjagaan dan pengalaman pembelajaran awal kanak-kanak (Barnett, 2003). Dalam konteks ini, kakitangan yang dimaksudkan ialah guru-guru manakala kualiti guru pula merujuk kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru (Seng, 2005). Kurangnya persediaan, pengetahuan dan kelayakan bagi guru dalam bidang pendidikan prasekolah membataskan keberkesanan program prasekolah itu sendiri (Barnett, 2003; Morrison et al. 2005) menunjukkan bahawa guru yang berkualiti memberikan perbezaan yang ketara dalam kejayaan yang dicapai oleh pelajar (Darling-Hammond & Youngs, 2002).

Guru yang berkualiti akan sentiasa berusaha memantapkan peranan yang digalas dan berusaha keras untuk menjadi yang terbaik. Peranan guru amat penting dalam mengatasi segala kelemahan dengan berusaha memperkasakan wacana pendidikan formal bermula dari peringkat prasekolah lagi. Dapatan dalam kajian Amir Hassan (2006) menegaskan bahawa usaha guru yang mempunyai kecekapan tinggi dalam pengajaran menunjukkan tahap pencapaian murid yang lebih tinggi berbanding dengan guru yang mempunyai kecekapan rendah. Untuk itu, dapatan tersebut jelas menunjukkan kualiti guru memberikan impak yang besar terhadap pencapaian pelajar terutamanya kanak-kanak prasekolah.

Untuk menjadi contoh pendidik yang berpengetahuan, guru-guru perlu banyak membaca. Seperti yang dinyatakan dalam kajian Dreher (2003) dan Rief (2002), pengalaman membaca bagi guru-guru mampu memberikan kesan yang positif terhadap pedagogi dan memberikan pengaruh kepada kanak-kanak untuk memupuk dan menjadikan membaca sebagai amalan. Belajar untuk membaca dan menulis serta mahir dalam kemahiran literasi merupakan penentu yang penting bagi kejayaan kanak-kanak di sekolah mahupun dalam kehidupan pada masa akan datang.

Selain itu, guru-guru bukan sahaja perlu menguasai bidang yang akan diajar kepada murid-murid, malah mereka perlu memahami tahap penguasaan dan mengamalkan sendiri amalan-amalan yang melibatkan literasi seperti gemar membaca agar memperoleh pengalaman yang luas dalam subjek tersebut. Ini kerana pencapaian kanak-kanak adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa apa yang dipelajari oleh kanak-kanak dalam literasi adalah bergantung kepada pengajaran yang diterima, konteks kelas dan tindakan yang diambil oleh guru mereka (Block et al. 2002). Jika pengajaran yang diberikan berkualiti, hasil pembelajaran oleh kanak-kanak juga mampu ditingkatkan ke tahap yang optimum.

Dalam pendidikan awal kanak-kanak misalnya, amalan mentor memberikan peluang kepada guru-guru baharu yang tidak terlatih untuk meningkatkan kemahiran mereka setelah diberikan latihan dan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman. Situasi ini penting terutamanya bagi guru-guru yang kurang

Page 59: vol 4 issue 2 dec 2012

51

berkelayakan (Saluja et al. 2002). Selain itu, bimbingan guru yang berkualiti membolehkan pelajar untuk menguruskan dan memperkembangkan pengetahuan dan pengalaman yang dipelajari kepada suatu bentuk kefahaman dan makna yang dapat memperkukuhkan kerangka kognitif dan skema yang sudah dimiliki. Jika dari awal, kanak-kanak telah menguasai kemahiran literasi, nescaya mereka boleh bertahan dan berjaya pada masa akan datang.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti amalan yang sesuai dan berkesan dalam menyediakan peluang pembelajaran yang kondusif terutamanya dalam konteks literasi awal membaca dan menulis. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meneroka pelaksanaan sistem mentor guru bagi proses pengajaran literasi awal kanak-kanak di tadika.

METODOLOGI

Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian penyelidikan ini melibatkan kajian kualitatif yang menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen bagi mendapatkan data. Penyelidikan kualitatif dipilih kerana ia bersifat holistik yang melihat sesuatu fenomena itu secara menyeluruh dalam sesuatu konteks.

Peserta Kajian

Peserta kajian yang dipilih dalam kajian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sebuah tadika X yang berada di bawah pentadbiran sebuah universiti. Seramai enam orang guru yang mengajar kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dipilih sebagai sampel kajian.

Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini melibatkan tiga teknik pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan juga analisis dokumen iaitu temu bual menjadi sumber data utama manakala pemerhatian dan analisis dokumen menjadi sumber data sekunder. Bagi kajian ini pengkaji memilih untuk menggunakan analisis secara manual iaitu berdasarkan mengatur, melabel dan mengkategorikan fenomena yang ada dalam data. Setelah mengatur, melabel dan mengkategorikan data, konsep yang terhasil dikumpulkan bersama bagi membentuk tema.

Page 60: vol 4 issue 2 dec 2012

52

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden berkongsi pengalaman yang sama berkaitan amalan guru dalam menyediakan peluang pembelajaran literasi awal kanak-kanak di samping persepsi yang dinyatakan tentang pelaksanaan sistem mentor yang dijalankan di Tadika X. Sepanjang proses penganalisisan data dijalankan sebanyak lima tema yang dikenal pasti dalam dapatan kajian iaitu pengetahuan guru, amalan guru dalam proses literasi awal, keberkesanan sistem mentor dan cabaran yang dihadapi oleh guru.

Kesemua subjek kajian menyatakan mereka memahami maksud literasi secara umum tentang apa yang dimaksudkan dengan literasi awal kanak-kanak kecuali bagi subjek kajian keempat yang menyatakan pada mulanya beliau tidak begitu memahami tentang apa yang dimaksudkan dengan literasi awal. Namun setelah mengikuti bengkel dan kelas yang diadakan oleh seorang ahli akademik yang merupakan ahli jawatankuasa di tadika X dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, beliau sedikit sebanyak telah memahami konsep literasi tersebut.

“Pada mula-mulanya memang tak faham apa itu literasi, bila dah masuk ada bengkel-bengkel sikit tu saya dah faham lah sikit-sikit maksud literasi tu. Padahal apa yang kita buat selalunya, mengajar tu itu literasi sebenarnya, ha baru lah saya faham“

(G4/TB1/01)

Selain itu, subjek kajian juga hanya memberikan maksud dan konsep literasi secara umum sahaja iaitu:

“…. Literasi awal ialah aa..bahasa, yang mereka guna untuk membaca, mengenal huruf, untuk bercakap, berkomunikasi semua tu dipanggil literasi lah. Ha lepas tu cara dia kenal huruf, dan lepas tu cara dia gunakan untuk membaca buku cerita ke, menulis ke. Dia boleh kenal semua perkataan yang ada di sekeliling kelas ni ke, luar dalam ke”

(G1/TB1/01)

Berdasarkan kepada temu bual, analisis dokumen serta pemerhatian yang dijalankan kajian mendapati guru-guru di tadika X mengaplikasikan pelbagai amalan dalam meningkatkan literasi awal kanak-kanak. Contoh amalan yang diterapkan oleh guru-guru adalah seperti aktiviti membaca, ‘Circle Time’, aktiviti pembelajaran berasaskan projek, lawatan sambil belajar, mewujudkan persekitaran yang kaya dengan literasi dan banyak lagi. Ini dibuktikan dengan pernyataan daripada peserta kajian yang menyatakan bahawa

“... kami dekat sini every Wednesday memang akan bawa kanak-kanak pergi ke perpustakaan sebelah ni je. Bagi masa untuk kanak-kanak membaca buku, tengok gambar. Dedahkan dia orang

Page 61: vol 4 issue 2 dec 2012

53

dengan literasi. Main peranan pun ada juga, biasanya mengikut tema macam berlakon, buat drama sambil dengar muzik. Ada juga buat lawatan sambil belajar untuk kanak-kanak ni…”

(G3/TB2/05)

Amalan yang dilakukan oleh guru di tadika setiap hari adalah penting kerana ia mencerminkan kesepaduan antara ilmu, usaha dan tanggungjawab yang besar demi menggalas tugas mendidik kanak-kanak terutamanya dalam menerapkan kemahiran literasi awal.

Seperti yang dinyatakan oleh Saracho (2003) dalam kajiannya iaitu prasekolah merupakan pengalaman pertama bagi kanak-kanak, oleh itu sokongan guru adalah penting untuk menimbulkan keinginan belajar serta memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pembelajaran awal yang berkesan. Pengetahuan guru itu perlu lebih luas dan mencakupi pelbagai bidang bagi memberikan sokongan dan pembelajaran yang berkesan kepada semua kanak-kanak. Selaras dengan pernyataan Yahya Othman dan Wan Mat (2011), yang menyatakan bahawa guru bukan sekadar perlu mahir dalam menyampaikan pengajaran, tetapi kandungan yang disampaikan perlu bermutu. Berikut ialah contoh dapatan temu bual yang berkaitan dengan amalan guru bagi meningkatkan literasi kanak-kanak;

“….hm bercerita tu seminggu dalam tiga kali lah kita buat. Tapi memang dia orang seronok, bila dia dengar tu kan, dia dengar dan dia faham. Dan saya ingat lah kebanyakan student, bila kita dah cerita dekat sini, setiap hari rabu kita akan bawa ke perpustakaan kan, jadi bila di sana, bila dia nampak buku, dia tengok gambar lah mungkin, sebab 5 tahun ni dia belum pandai sangat membaca. Setakat suku kata sikit-sikit dia boleh…”

(G5/TB2/04)

Selain itu, dapatan temu bual menunjukkan majoriti peserta kajian, menyatakan mereka pernah mengikuti aktiviti mentor yang dilaksanakan di tadika dan memberikan pendapat bahawa sistem mentor patut dilaksanakan di setiap tadika kerana terdapat pelbagai kelebihan yang ada dalam sistem tersebut. Temu bual tentang keperluan pelaksanaan sistem mentor juga telah membawa kepada pengakuan guru bahawa mereka masih kekurangan ilmu dan memerlukan aktiviti atau bengkel yang boleh membantu mereka meningkatkan mutu pengajaran untuk dikongsikan kepada kanak-kanak di tadika.

“…Em..bagi saya sistem mentor ni patut dilaksanakan. Kalau boleh kerap lagi bagus sebab macam em.. sistem mentor ni sekurang-kurangnya cikgu-cikgu terutama guru-guru prasekolah ni dia orang perlu ada apa orang kata.. panduan atau pun guidelines dengan siapa

Page 62: vol 4 issue 2 dec 2012

54

nak refer berkenaan P&P, masalah-masalah P&P atau pun apa yang salah apa yang betul mengenai P&P…”

(G6/TB3/011)

Selaras dengan kajian Cummins (2004) yang mengatakan bahawa sistem mentoran merupakan strategi penting bagi membangun dan memajukan profesionalisme guru dalam menghasilkan sekumpulan pendidik awal kanak-kanak yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, program pendidikan guru sahaja mungkin tidak cukup untuk melatih guru-guru yang berkesan terutamanya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Hubungan berbentuk personel dan berterusan yang terdapat dalam sistem mentor boleh memberikan sedikit perbezaan dalam membentuk guru yang berkualiti.

Selain itu, menerusi kajian ini juga dapatan temu bual dan pemerhatian yang dijalankan mendapati bahawa bahan-bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran kurang mencukupi terutamanya dari segi buku-buku cerita dan bahan pembacaan yang lain, serta ruang bilik darjah yang tidak kondusif. Ruang yang sempit mengehadkan aktiviti guru dan kanak-kanak dan secara langsung akan menyukarkan guru-guru untuk mewujudkan ruang persekitaran yang kaya dengan literasi. Berikut merupakan antara respons yang diberikan oleh subjek kajian;

“…kami kekurangan ruang. Adalah amat terhad untuk melaksanakan aktiviti dan P&P. Ruang-ruang di dalam kelas sangat kecil dan terhad…”

(G6/TB3/012)

Di samping itu, hasil kajian mendapati bahawa guru-guru merasa terbeban kerana terpaksa berhadapan dengan kerenah sesetengah ibu bapa yang tidak memahami tahap pencapaian anak-anak mereka yang hanya mahukan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan cepat.

“..bagi saya mungkin tekanan daripada ibu bapa kot. Sebab ibu bapa ni kadang-kadang dia rasa macam dia nak cepat je kan. Dia nak anak dia cepat membaca, cepat mengira. Tapi kita kena sedar lah yang anak tu tak sama, di tahap pemikiran dia berbeza kan. Itu lah rasanya, kita rasa macam…sebab ibu bapa semua nak cepat. Sedangkan bukan kita tak berusaha. Kita dengan anak dia, kita tahu macam mana kan. Tapi alhamdulillah pada awal-awal dulu memang la kita ajar dia tak dapat. Kita ajar esok pagi dia dah lupa, kita ajar dia lupa. Tapi sekarang ni dah hujung tahun ni, kita ajar dia dapat, ha dia dah boleh ingat, semalam apa yang kita ajar dia dah boleh ingat…”

(G5/TB3/012)

Page 63: vol 4 issue 2 dec 2012

55

Bukan semua kanak-kanak mampu untuk membaca dan menulis dengan cepat kerana mereka mempunyai kemahiran dan minat yang berbeza-beza serta terdiri daripada pelbagai latar belakang kemampuan awal bacaan, kadar kecekapan dan cara pembelajaran.

Kanak-kanak tidak boleh dipaksa apatah lagi menekankan pembelajaran yang membebankan. Persepsi ibu bapa yang hanya mahukan anak-anak mereka membaca, menulis dan mengira dengan cepat boleh merosakkan perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Menurut Mahyuddin Ashaari (2008), sistem pendidikan negara yang memberi tumpuan dan penekanan yang berlebihan kepada aspek kognitif dan peperiksaan menyebabkan pelajar menjadi tertekan kerana didesak dan dibebankan dengan tujuan mendapat keputusan cemerlang. Keadaan ini telah menyebabkan guru-guru berhadapan dengan tanggungjawab yang besar untuk digalas sehinggakan mereka mencuba pelbagai kaedah dan strategi pembelajaran demi memastikan kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran boleh berdiri seiring dengan pencapaian rakan-rakan mereka yang lain.

KESIMPULAN

Selaras dengan matlamat negara untuk melahirkan modal insan berkualiti tinggi, dua fokus utama dalam NKRA Pendidikan telah dijadikan asas kepada transformasi yang dilaksanakan iaitu memastikan semua kanak-kanak mendapat permulaan pendidikan berkualiti serta membangunkan budaya pencapaian untuk memacu transformasi dalam sistem pendidikan. Justeru, program prasekolah yang berkualiti tinggi dibentuk bagi menyediakan peluang bagi murid melibatkan diri dalam pengalaman yang membolehkan mereka menggunakan kemahiran literasi awal. Berpegang kepada teori, tanggungjawab guru terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan (Rahmad Sukor & Sharir 2005). Memandangkan kemahiran literasi awal kanak-kanak menjadi salah satu keutamaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah, guru sebagai pendidik perlu terlebih dahulu menguasai konsep dan amalan yang boleh meningkatkan kemahiran tersebut.

Bagi meningkatkan kemahiran literasi awal, guru-guru perlu menggembleng tenaga dalam menyediakan peluang pembelajaran yang mencukupi dan kondusif. Selain amalan seperti membaca bersama, membawa kanak-kanak ke perpustakaan, membuat lawatan sambil belajar, mengadakan pembelajaran berasaskan projek, main peranan dan sebagainya, guru juga perlu menyediakan persekitaran yang kaya dengan bahan cetakan dan sumber literasi. Guru juga perlu sentiasa memantapkan ilmu yang mereka ada dengan menghadiri kursus-kursus atau bengkel yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Sistem mentor sebagai contoh dilihat antara salah satu alternatif yang boleh membantu guru dalam meningkatkan motivasi dan kualiti pengajaran guru.

Page 64: vol 4 issue 2 dec 2012

56

Menurut Clancy-Menchetti (2006), sistem mentor menambahkan aras kekuatan dalam perkembangan profesional terutamanya apabila guru yang berpengalaman bekerjasama dengan guru-guru novis yang melibatkan latihan dalam persekitaran bilik darjah. Oleh itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan dari segi ilmu pengetahuan yang bermakna kepada guru-guru prasekolah dan mereka yang berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak agar sistem mentor dapat dilaksanakan bagi membantu guru memaksimumkan amalan pengajaran mereka dalam usaha meningkatkan kemahiran literasi awal kanak-kanak di samping menjadi pemudah cara kepada setiap kanak-kanak yang bakal memasuki alam persekolahan kelak.

Page 65: vol 4 issue 2 dec 2012

57

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Edisi Ketiga. Tanjong Malim: Quantum Books.

Barnett, S. 2003. Better teachers, better preschools: student achievement linked to teacher qualifications. Preschool Policy Matter, 2. NJ: National Institute for Early Education Research.

Block, C. C., Oakar, M., & Hurt, N. 2002. The expertise of literacy teachers: a continuum from preschool to grade 5. Reading Research Quarterly 37(2): 178-206.

Clancy-Menchetti, J. L. 2006. Early literacy profesional development: exploring the effects of mentoring for preschool teachers.

Cummins, L. 2004. The pot of gold at the end of the rainbow: Mentoring in early childhood education. Childhood Education. 80. 254-257.

Dreher, M. 2003. Motivating teachers to read. The Reading Teacher. 56 (4). 338-340.

Mahyuddin Ashaari. 2008. Taman asuhan kanak-kanak islam ABIM: sejarah penubuhan, perkembangan dan kurikulum. Jurnal Pendidikan Islam. Jilid 11. Bil 1.

Rahmad Sukor Abdul Samad & Shahrir Jamaluddin. 2005. Peranan kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Masalah Pendidikan. Universiti Malaya. 117-129.

Rief, L. 2002. Passionate teaching, passionate reading: excerpts from voices in the middle. The New England Reading Association Journal. 38 (1). 7-13.

Saluja, G., Early, D. M., & Clifford, R. 2002. Demographic characteristics of early childhood teachers and structural elements of early care and education in the United States. Early Childhood Research & Practice. 4(1). ERIC Document Reproduction Service. No. 464.

Saracho, O. N. 2003. Literacy development: The whole language approach. In B. Spodek & O. N. Saracho (Eds.) Yearbook of early childhood education: early childhood language and literacy. New York: Teachers College Press. Vol IV.42-59.

Page 66: vol 4 issue 2 dec 2012

58

Seng, T. W. 2005. Penyelidikan Tindakan: Perkembangan Profesionalisme Ke Arah Pengamalan Reflektif dan Penambahbaikan Sekolah. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2005. 1-8.

Morrison, F. J., Bachman, H. J., & Connor, C. M. 2005. Improving literacy in America: Guidelines from research. New Haven: Yale University Press.

Darling-Hammond, L. & Youngs, P. 2003. Defining “highly qualified teachers”: what does “scientifically-based research” actually tell us? Educational Researcher. 31 (9).13-25.

Yahya Othman & Wan Mat Sulaiman. 2011. Budaya dan Strategi Membaca dalam Pembentukan Karakter Guru di Brunei Darussalam. Sosiohumanika. 4 (2). 301-312.

Page 67: vol 4 issue 2 dec 2012

59

SURAT- MENYURAT MARA DAN PEKELILING MARA:SATU TINJAUAN DARIPADA ASPEK TATABAHASA.

YM Tengku Shahrolnizam Tengku [email protected] Kota Kinabalu

ABSTRAK

Dalam agensi kerajaan atau perkhidmatan awam, perkara berkaitan surat-menyurat dan pekeliling merupakan urusan rasmi yang menjadi kelaziman dalam menguar-uarkan pelbagai perkara dan dasar sesuatu organisasi sama ada kepada kakitangan organisasi tersebut atau untuk hebahan kepada masyarakat. Sejajar dengan arus kemajuan ICT dan dunia tanpa sempadan, Majlis Amanah Rakyat telah mengambil inisiatif dengan memuatkan segala urusan surat-menyurat, pekeliling mahupun pemberitahuan kursus atau seminar melalui laman sesawangnya itu www.mara.gov.my iaitu melalui aplikasi kepada MARANET. Hal ini memudahkan penjawat awam mara khususnya untuk mendapat maklumat secara cepat dan tepat tanpa menunggu urusan surat- menyurat secara konvensional yang lazimnya mengambil masa beberapa hari untuk sampai kepada kakitangannya. Jika dikaji dari sudut bahasa terutama aspek tatabahasa, terdapat segelintir surat MARA dan pekeliling MARA tidak menepati aspek tatabahasa seperti penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah”, kata majmuk yang mantap atau belum mantap, kata sendi, kata kerja dan juga kata adjektif. Jika dikaji dari sudut morfologi dan sintaksis, kebanyakan kecelaruan bahasa ini telah menjadi suatu trend yang dianggap biasa dan jika tidak dibetulkan akan meninggalkan impak yang negatif kepada kakitangan MARA khususnya dan masyarakat amnya apabila mereka tidak didedahkan dengan tatabahasa yang betul dan menepati dari sudut Tatabahasa Dewan. Untuk itu pembetulan harus dilakukan tentang kesilapan tatabahasa tersebut agar MARA dapat menjadi contoh terbaik agensi kerajaan dalam menggunakan tatabahasa yang betul terutama dalam surat-menyurat dan pekeliling.

Kata Kunci: tatabahasa, morfologi, sintaksis

Page 68: vol 4 issue 2 dec 2012

60

PENGENALAN

Urusan surat menyurat dan makluman melalui pekeliling merupakan perkara yang menjadi kelaziman bagi setiap agensi kerajaan mahupun swasta dalam menghebahkan perkara sama ada berkaitan dasar organisasi, makluman semasa, panggilan kursus atau mesyuarat dan sebagainya.MARA atau Majlis Amanah Rakyat merupakan agensi kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Sebagai sebuah badan kerajaan yang berpegang pada moto ‘Keusahawanan dan Pendidikan Global’, kebanyakan urusan surat-menyurat dan hebahan pekeliling MARA kini boleh diperoleh melalui aplikasi MARANET iaitu lebih cepat, menjimatkan masa dan jauh lebih penting semua kakitangan MARA kini boleh mengetahui perkara terkini hanya di hujung jari. Hal ini secara tidak langsung dapat memastikan penyampaian maklumat lebih efisien di samping menggalakkan kakitangan MARA menggunakan ICT sebagai salah satu mediam alternatif.

TUJUAN TINJAUAN

Tinjauan tentang penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin telah banyak dilakukan sama ada melibatkan golongan pengkaji bahasa, pakar bahasa ataupun golongan cendikiawan yang lain. Tinjauan ini melibatkan surat-menyurat dan pekeliling khususnya dalam agensi kerajaan yang kurang diberi perhatian oleh para pengkaji bahasa. Hal ini berkemungkinan terjadi kerana anggapan perkara berkaitan urusan kerajaan khususnya surat-menyurat dan pekeliling merupakan perkara yang tidak boleh disentuh terutama berkaitan dengan laras bahasanya yang sudah dianggap rasmi dan sudah diguna pakai sejak dahulu lagi.

Dalam tinjauan ini, penulis bakal mengemukakan kecelaruan bahasa daripada aspek tatabahasa khususnya morfologi seperti ejaan, kata pemeri, kata majmuk, kata sendi nama serta imbuhan manakala daripada aspek sintaksis pula penulis akan menyentuh perkara berkaitan struktur ayat. Aspek morfologi dan sintaksis merupakan dua komponen utama dalam kajian bahasa kerana menurut Nik Safiah Karim (2010) morfologi merupakan bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata manakala sintaksis merupakan konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECELARUAN BAHASA DALAM SURAT-MENYURAT MARA DAN PEKELILING MARA

Dalam konteks surat-menyurat dan pekeliling kerajaan khususnya MARA, penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam urusan kerajaan menggambarkan imej sesuatu organisasi yang ingin memartabatkan bahasa Melayu. Oleh itu

Page 69: vol 4 issue 2 dec 2012

61

beberapa faktor telah dikenal pasti oleh penulis yang telah menjadi punca masalah penggunaan bahasa Melayu khususnya dalam aspek tatabahasa dalam kalangan kakitangan MARA. Antara faktor yang telah dikenal pasti seperti berikut :

(a) Menganggap bahasa Melayu sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipelajari.

(b) Tidak menjadikan Tatabahasa Dewan atau Kamus Dewan sebagai sumber rujukan.

(c) Tidak mengajukan permasalahan bahasa Melayu kepada golongan yang pakar. (Misalnya boleh menghubungi Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu di BPM )

(d) Menterjemah secara terus daripada Bahasa Inggeris.(e) Menganggap laras bahasa yang sering diamalkan sejak dahulu sesuatu

yang tidak perlu dibetulkan.(f) Kurang ilmu dalam selok-belok tatabahasa bahasa Melayu.(g) Menggunakan contoh daripada surat-surat yang terdahulu sebagai

pedoman.(h) Gangguan daripada bahasa ibunda atau dialek harian, bahasa daerah,

bahasa lisan atau bahasa pasar.

Menurut kajian Azman Wan Chik (1989) dalam jurnal Dewan Bahasa, Mei 2000, kesilapan seperti ejaan, tanda baca, struktur ayat, tatabahasa, kekeliruan atau salah guna kata sering dilakukan oleh pengguna bahasa dan faktor inilah yang menyebabkan gangguan bahasa.

JENIS KESALAHAN BAHASA DALAM SURAT-MENYURAT DAN PEKELILING MARA

Ada banyak jenis kesalahan atau kesilapan yang sering dilakukan oleh penjawat awam MARA terutama yang melibatkan surat-surat rasmi dan pekeliling. Walaupun tugas untuk menaip surat dan pekeliling diturunkan kepada kerani atau setiausaha tetapi mereka tidak boleh dipersalahkan. Mereka hanya menjalankan tugas mereka seperti yang diarahkan oleh pihak atasan dan sepatutnya pihak atasan menyediakan surat mahupun pekeliling mengikut bahasa yang betul dan bukan menyerahkan urusan mengarang surat kepada kerani bulat-bulat. Hal inilah yang menjadi punca wujudnya kesalahan bahasa yang dilakukan oleh kakitangan awam yang merangkumi kesalahan aspek morfologi dan kesalahan sintaksis.

KESALAHAN MORFOLOGI

Kesalahan morfologi merangkumi kesalahan penggunaan imbuhan, penggolongan kata, penggunaan kata ganti nama diri, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Page 70: vol 4 issue 2 dec 2012

62

Antara kesalahan tersebut, kesalahan kata tugas paling ketara dalam surat MARA dan pekeliling MARA. Menurut Tatabahasa Dewan (2010) Kata Tugas hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain. Antara kesalahan kesalahan kata tugas yang paling ketara dalam surat MARA dan pekeliling MARA ialah penggunaan kata pemeri dan kata sendi nama.

i. Kesilapan Penggunaan Kata Pemeri ialah dan adalah

Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Kebiasaannya kita menganggap penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tiada bezanya dan sebab itulah dalam surat-surat dan pekeliling MARA didapati penggunaan ialah dan adalah digunakan sesuka hati sedangkan kata pemeri ini perlu digunakan dengan betul mengikut frasa yang mengikutinya. Jika kita keliru sama ada mahu menggunakan ialah atau adalah, penulis mencadangkan lebih baik tidak menggunakannya kerana kata pemeri hanyalah bersifat opsyenal. Menurut Tatabahasa Dewan, jika kita mahu menggunakan ialah maka kata pemeri ini perlu hadir di hadapan frasa nama manakala jika kita menggunakan adalah maka perlu hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh yang tepat seperti berikut:

- Antara perkara yang dibicarakan dalam buku itu ialah masalah keruntuhan moral remaja

- MRSM ialah institusi yang diwujudkan oleh MARA untuk membantu bumiputera

- Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan kita- Penjara itu dibina adalah untuk pesalah juvana

Antara kesilapan dalam penggunaan adalah dalam surat-surat MARA dan Pekeliling MARA seperti berikut:

1. *Adalah dimaklumkan bahawa format kertas pembentangan yang berkaitan adalah seperti di bawah(BPM/G/104-5). *adalah tidak boleh berada pada awal ayat

2. *Adalah dimaklumkan bahawa MARA melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan MARA… (Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.3/2011/) *adalah tidak boleh berada pada awal ayat

3. Anak-anak gemulah yang layak *adalah berumur 21 tahun…(Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.3/2011/) *berumur ialah kata kerja

Page 71: vol 4 issue 2 dec 2012

63

4. MARA bersetuju agar pemberian perpindahan dan elaun/bayaran kepada waris pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan *adalah seperti berikut…(Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.3/2011/) *seperti bukan kata sendi dan kata adjektif.

5. Pemberian elaun ini dilaksanakan *adalah berdasarkan…(Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.3/2011/) *berdasarkan ialah kata kerja

6. Akaun panjar perkhidmatan MRSM *adalah akaun bank…(Pekeliling Kewangan Bil 1/2012) *akaun bank ialah kata nama

7. PMP MRSM *adalah bertanggungjawab untuk memastikan pengeluaran wang tunai dari bank adalah selamat dengan mengambil langkah keselamatan…(Pekeliling Kewangan Bil 1/2012) *bertanggungjawab ialah kata kerja

8. Pekeliling ini *adalah berkuatkuasa serta-merta. (Pekeliling Kewangan Bil 1/2012) *berkuatkuasa ialah kata kerja.

Pembetulan:

1. Dimaklumkan bahawa format kertas pembentangan yang berkaitan seperti di bawah(BPM/G/104-5).

2. Dimaklumkan bahawa MARA melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan MARA… (Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.3/2011/)

3. Anak-anak gemulah yang layak berumur 21 tahun…(Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.3/2011/)

4. MARA bersetuju agar pemberian perpindahan dan elaun/bayaran kepada waris pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan seperti berikut…(Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.3/2011/)

5. Pemberian elaun ini dilaksanakan berdasarkan…(Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.3/2011/)

6. Akaun panjar perkhidmatan MRSM ialah akaun bank…(Pekeliling Kewangan Bil 1/2012)

7. PMP MRSM bertanggungjawab untuk memastikan pengeluaran wang tunai dari bank adalah selamat dengan mengambil langkah keselamatan…(Pekeliling Kewangan Bil 1/2012)

8. Pekeliling ini berkuatkuasa serta-merta.(Pekeliling Kewangan Bil 1/2012)

Page 72: vol 4 issue 2 dec 2012

64

ii. Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama dari

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan arah, tempat dan masa manakala daripada menjadi sendi nama atau frasa nama kepada unsur keanggotaan, abstrak, benda, orang dan sumber. Kesalahan penggunaan kata sendi dari juga terdapat dalam surat-surat MARA dan pekeliling MARA seperti berikut:

1. Perkara di atas dan surat *dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ) (BSM 731(131) )* Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ialah sumber.

2. PMP hendaklah memastikan pengeluaran wang tunai *dari bank…(Bil. MARA:BK1001)* bank ialah sumber

3. Pihak kami amat berharap agar perkara ini mendapat tindakan segera *dari pihak tuan (BTP/2-1-3(15)).* pihak tuan ialah orang

Pembetulan :

1. Perkara di atas dan surat daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia ( MAMPU ) (BSM 731(131) )

2. PMP hendaklah memastikan pengeluaran wang tunai daripada bank… (Bil. MARA:BK1001)

3. Pihak kami amat berharap agar perkara ini mendapat tindakan segera daripada pihak tuan (BTP/2-1-3(15)).

iii. Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama di dalam / ke dalam

Kata sendi di atau ke digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini selalu menjadi kekeliruan antara penggunaan di dalam dengan dalam. Dengan lain perkataan, di dalam merujuk unsur konkrit manakala dalam merujuk unsur abstrak. Perhatikan ayat-ayat berikut:1. …surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bilangan

JPA(SARAAN)(S)223/8/2-2klt.3(47) *ke dalam perkhidmatan awam.(Pekeliling MARA Bil:3/2011)*perkhidmatan awam ialah unsur abstrak

2. Sehubungan itu, semua anggota kerja MARA diingatkan agar mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan *dalam Surat Edaran Bahagian Pengurusan Maklumat.*Surat Edaran ialah unsur konkrit.

Page 73: vol 4 issue 2 dec 2012

65

Pembetulan:

1. …surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bilangan JPA(SARAAN)(S)223/8/2-2klt.3(47) dalam perkhidmatan awam.(Pekeliling MARA Bil:3/2011)

2. Sehubungan itu, semua anggota kerja MARA diingatkan agar mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan di dalam Surat Edaran Bahagian Pengurusan Maklumat.

iv. Kesalahan Penggunaan Kata Bantu baru

Kata bantu yang hanya hadir di hadapan frasa ialah jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu terdiri daripada kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Perkataan baru tergolong dalam kata bantu aspek. Antara contoh kata bantu aspek yang lain ialah telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, mula dan belum. Kesalahan penggunaan kata bantu aspek baru yang sepatutnya menggunakan kata adjektif baharu kerana kita menganggap kedua-dua perkataan tersebut sama sedangkan kedua-duanya amat berbeza kalau mengikut konteks. Hal ini dapat dilihat melalui contoh berikut yang dipetik daripada Pekeliling BSM:1/22/P&P(04):

Bil Nama/ Jawatan Sekarang Jawatan Baru 1 Pn.Shahrom Binti Zainul Abeeden Timbalan Pengarah II(J48)

Perkataan baru yang digunakan di dalam pekeliling ini tidak tepat kerana baru merujuk kata bantu aspek yang berfungsi sebagai penentu masa. Seharusnya kita menggunakan kata bantu baru seperti berikut :

1. Saya baru pulang dari Kuala Lumpur2. Buku itu baru dibeli oleh ayah

Seharusnya jawatan baru di atas diganti dengan kata adjektif baharu kerana jawatan baharu merujuk kata adjektif (Tatabahasa Dewan : 230)

Contoh yang tepat seperti berikut:

Bil Nama/ Jawatan Sekarang Jawatan Baharu 1 Pn.Shahrom Binti Zainul Abeeden Timbalan Pengarah II(J48)

Page 74: vol 4 issue 2 dec 2012

66

v. Kesilapan Penggunaan Kata Sendi Nama ke atas dan di atas

Lazimnya kata sendi nama ke dan di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang ditujui. Dalam hal ini, kesilapan yang dilakukan ialah menggunakan kata sendi ke dan di dengan kata jarak atas yang merujuk sesuatu yang konkrit di dalam surat rasmi atau pekeliling seperti berikut:

1. Bahagian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana anggota kerja MARA yang ingkar terhadap arahan ini. (BSM 731(131))

2. Tambang pengangkutan barang dibayar di atas kadar penuh mengikut peraturan dan syarat semasa yang ditetapkan. (MARA/BSM/10/01Klt.1(3))

3. SPK Bil. 5/87 di atas tajuk ‘Permohonan Untuk Pinjaman Perumahan-Syarat-syarat dan cara memohon’. (Bil.MARA BK/1001)

Ketiga-tiga contoh ayat di atas mengandungi penggunaan kata di atas dan ke atas yang sepatutnya merujuk unsur abstrak bukan unsur konkrit. Oleh yang demikian, penggunaan kata atas lebih tepat kerana merujuk unsur abstrak bukan menunjukkan kedudukan. Oleh itu ketiga-tiga ayat di atas sepatutnya menggunakan kata atas seperti berikut:

1. Bahagian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas atas mana-mana anggota kerja MARA yang ingkar terhadap arahan ini.(BSM 731(131))

2. Tambang pengangkutan barang dibayar atas kadar penuh mengikut peraturan dan syarat semasa yang ditetapkan.(MARA/BSM/10/01Klt.1(3))

3. SPK Bil. 5/87 atas tajuk ‘Permohonan Untuk Pinjaman Perumahan-Syarat-syarat dan cara memohon’. (Bil.MARA BK/1001)

vi. Kesilapan Penggunaan seperti mana / di mana / yang mana / sebagaimana

Apabila penulis membaca pekeliling MARA atau surat-surat MARA, penulis biasa terjumpa dengan penggunaan perkataan seperti sepertimana, di mana, sebagaimana dan yang mana. Dalam konteks bahasa Melayu standard, sebenarnya empat perkataan ini tidak menggambarkan kegramatisan berbahasa kerana kita sebenarnya terpengaruh dengan bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut:

Students are permited to wash where there are washing machine.

Page 75: vol 4 issue 2 dec 2012

67

Antara kesilapan yang dikenal pasti ialah :

1. Walau bagaimanapun, penggunaan laman sosial adalah dikawal waktu penggunaannya sepertimana ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat.( BSM 731(131))

2. Terdapat keadaan di mana anggota kerja MARA menggunakan laman sosial ini…( BSM 731(131))

3. Bagi pencarum kepada KWSP, tempoh bayaran balik adalah terhad kepada tempoh tamat perkhidmatan atau mengikut para 2, yang mana terdahulu.(MARA BK/1001)

4. Sehubungan dengan keputusan tersebut, MARA bersetuju untuk melaksanakan pelarasan gaji berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 sebagaimana pelaksanaannya oleh kerajaan.

Kesilapan di atas sebenarnya boleh diatasi jika kita memahami bahawa perkataan mana merupakan kata tanya dan tidak boleh bergabung dengan unsur lain kerana sebenarnya kita terpengaruh dengan bahasa Inggeris. Pembetulannya ayat di atas boleh diatasi seperti berikut:

1. Walau bagaimanapun, penggunaan laman sosial adalah dikawal waktu penggunaannya seperti yang ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat.

2. Terdapat keadaan apabila anggota kerja MARA menggunakan laman sosial ini…

3. Bagi pencarum kepada KWSP, tempoh bayaran balik terhad kepada tempoh tamat perkhidmatan atau mengikut para 2, yang mana-mana terdahulu.

4. Sehubungan dengan keputusan tersebut, MARA bersetuju untuk melaksanakan pelarasan gaji berkuatkuasa pada 1 Januari 2012 sejajar dengan pelaksanaannya oleh kerajaan.

Pelaksanaan atau Perlaksanaan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan rancangan, tugas dan sebagainya) manakala perlaksanaan pula bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan atau menyelesaikan) sesuatu rancangan.

Page 76: vol 4 issue 2 dec 2012

68

Dalam hal ini, penulis ingin menarik perhatian tentang Surat Edaran Bahagian Sumber Manusia (Bil.MARA:BSM 731(147)) tentang Pelaksanaan Kenaikan Gaji Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Yang manakah lebih tepat antara pelaksanaan ataupun perlaksanaan? Jika kita mengikut takrif daripada Kamus Dewan jelas sekali bahawa perlaksanaan lebih tepat kerana maksudnya hasil daripada melaksanakan sesuatu rancangan. Oleh yang demikian surat edaran BSM tersebut ingin memaklumkan kakitangan MARA tentang perlaksanaan kenaikan gaji seperti yang telah diputus di bawah Sistem Saraan Malaysia. Jadi penggunaan perkataan pelaksanaan dilihat tidak tepat kerana hal ini berkaitan dengan proses sedangkan surat daripada BSM itu telah memutuskan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred yang telah diputuskan oleh kerajaan dan hal ini bermaksud hasilnya telah diperoleh.

Maka frasa perlaksanaan dilihat paling tepat dalam menerangkan Perlaksanaan Kenaikan Gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia.

KESALAHAN SINTAKSIS (KESALAHAN STRUKTUR AYAT)

Sintaksis merupakan bahagian pembentukan frasa dan ayat. Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan dan konstruksi dan binaan yang mengandungi aspek subjek dan predikat manakala struktur ayat pula memainkan peranan yang penting dalam menentukan kegramatisan sesuatu ayat.Antara kesilapan struktur ayat yang telah dikenal pasti ialah:

1. Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan pindaan kepada Surat Pekeliling Berikut :- (MARA BK/1001)

Pembetulan: Tujuan pekeliling ini diedarkan adalah untuk memaklumkan pindaan

tentang Surat Pekeliling Berikut :-2. Berdasarkan kepada pekeliling yang berkuatkuasa, tempoh bayaran balik

bagi Pinjaman/Pembiayaan perumahan dan Pinjaman/Pembiayaan…(MARA BK/1001)

Pembetulan : Berdasarkan pekeliling yang telah berkuat kuasa, tempoh bayaran balik

bagi pinjaman perumahan

3. Perkara di atas dan surat dari unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bil.MAMPU.BDPICT(S)700-6/1/3(21) bertarikh 19 November 2009 dengan segala hormatnya dirujuk. (BSM 731(131))

Page 77: vol 4 issue 2 dec 2012

69

Pembetulan : Sukacita surat daripada unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia (MAMPU) bil.MAMPU.BDPICT(S)700-6/1/3(21) bertarikh 19 November 2009 dengan segala hormatnya dirujuk.

4. Untuk makluman, penggunaan aplikasi jaringan sosial seperti Facebook, Twitter dan MySpace adalah dibenarkan kepada semua anggota kerja MARA memandangkan ianya merupakan satu saluran komunikasi berkesan dengan pelbagai pihak sama ada di dalam mahupun di luar negara. Walau bagaimanapun, penggunaan laman sosial adalah dikawal waktu penggunaannya sepertimana ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat. (BSM 731(131))

Pembetulan : Untuk makluman tuan/puan, penggunaan aplikasi jaringan sosial

sepert ‘Facebook’, ‘Twitter’ dan ‘MySpace’ dibenarkan kepada semua kakitangan MARA sebagai satu saluran komunikasi berkesan kepada pelbagai pihak sama di dalam negara mahupun di luar negara.Walau bagaimanapun, penggunaan jaringan sosial ini dikawal waktu penggunaannya seperti yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat.

5. Ini mendatangkan suasana yang tidak baik antara anggota kerja dan menjejaskan kepentingan perkhidmatan serta mencemar imej MARA pada pandangan pihak luar. (BSM 731(131))

Pembetulan : Hal ini boleh mengeruhkan hubungan antara kakitangan MARA

di samping turut menjejaskan kepentingan perkhidmatan serta mencemarkan imej MARA daripada pandangan pihak luar.

6. Sehubungan itu, semua anggota kerja MARA diingatkan agar mematuhi arahan-arahan yang telah ditetapkan dalam Surat Edaran Bahagian Pengurusan Maklumat Bil. 2/2009 berkenaan Penyalahgunaan Aplikasi Jaringan Sosial dikalangan Penjawat Awam dan pindaannya dari semasa ke semasa. (BSM 731(131))

Pembetulan : Sehubungan dengan itu, semua kakitangan MARA diingatkan agar

mematuhi arahan yang telah ditetapkan seperti di dalam Surat Edaran Bahagian Pengurusan Maklumat Bil. 2/2009 tentang Penyalahgunaan Aplikasi Jaringan Sosial dalam kalangan penjawat awam dan pindaannya dari semasa ke semasa.

Page 78: vol 4 issue 2 dec 2012

70

7. Bagi anggota kerja yang ingin menyuarakan perkara seperti di perenggan 3, boleh menyuarakan perkara tersebut melalui saluran yang sesuai seperti melalui e-forum, d’Hati@BSM, Helpdesk@BSM ataupun melalui surat kepada bahagian / pusat berkenaan. (BSM 731(131))

Pembetulan : Bagi kakitangan MARA yang ingin menyuarakan perkara seperti di

perenggan 3, mereka boleh menyuarakan perkara tersebut melalui saluran yang sesuai seperti melalui ‘e-forum’, ‘d’Hati@BSM’, ‘Helpdesk@BSM’ ataupun menulis surat kepada bahagian atau pusat masing-masing.

8. Bahagian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana anggota kerja MARA yang ingkar terhadap arahan ini. (BSM 731(131))

Pembetulan : Bahagian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas atas mana-

mana kakitangan MARA yang ingkar tentang arahan ini.

9. Kerjasama Pegawai Mengawal Pusat adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua anggota kerja di bawah seliaan masing-masing. (BSM 731(131))

Pembetulan : Kerjasama daripada Pengawal Pusat diperlukan untuk memaklumkan

perkara ini kepada kakitangan masing-masing.

10. Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: (MARA/BSM/10/01Klt.1(3))

Pembetulan : Surat Pekeliling MARA ini menerangkan perkara berikut:

11. Peraturan sedia ada memperuntukan bahawa seseorang pegawai yang telah memberi perkhidmatan yang sempurna dan bersara mengikut keadaan biasa atau syor sesebuah Lembaga Perubatan boleh diberi pemberian perpindahan dan lain-lain elaun biasa yang boleh dituntut oleh seorang pegawai yang bertukar bagi diri dan keluarganya dari tempat akhir pegawai berkhidmat ke tempat yang dipilihnya untuk bersara atau di mana-mana sahaja di dalam Malaysia. (MARA/BSM/10/01Klt.1(3))

Page 79: vol 4 issue 2 dec 2012

71

Pembetulan : Peraturan sedia ada memperuntukkan bahawa kakitangan yang telah

memberi perkhidmatan yang sempurna dan bersara seperti biasa atau melalui cadangan sesebuah Lembaga Perubatan, boleh diberi pemberian perpindahan dan elaun-elaun biasa yang lain yang boleh dituntut oleh kakitangan bagi dirinya dan keluarganya di pusat terakhir kakitangan tersebut berkhidmat untuk bersara atau memilih di mana-mana pusat di Malaysia.

12. Mara bersetuju agar pemberian perpindahan dan elaun / bayaran kepada waris pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan adalah seperti berikut: (MARA/BSM/10/01Klt.1(3))

Pembetulan : MARA bersetuju agar ganjaran perpindahan dan elaun perpindahan

diberikan kepada waris kakitangan yang meninggal dunia dalam perkhidmatan seperti berikut:

13. Bayaran berbentuk lump sump diberi berdasarkan gred hakiki dan status pegawai sama ada masih bujang atau berkeluarga. (MARA/BSM/10/01Klt.1(3))

Pembetulan : Bayaran berbentuk sekali gus boleh diberi berdasarkan gred hakiki dan

status kakitangan sama ada masih bujang atau sudah berkeluarga.

14. Pegawai Mengawal Pusat adalah diminta untuk mengedarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA ini bagi makluman semua pegawai perkhidmatan MARA di bawah seliaan masing-masing. (BSM 731(147))

Pembetulan : Pengawal Pusat diminta untuk mengedarkan Surat Pekeliling

Perkhidmatan MARA kepada kakitangan masing-masing.

15. Selain itu, kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012(PP3/2012) berkaitan kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (BSH/COLA) memutuskan kadar BSH bagi Kawasan B dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 manakala bagi Kawasan C dinaikkan dari RM100 kepada RM150 sebulan. (BSM 731(147))

Pembetulan : Selain itu, melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun

2012(PP3/2012) berkaitan kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (BSH/COLA), kerajaan telah memutuskan bahawa kadar BSH bagi Kawasan

Page 80: vol 4 issue 2 dec 2012

72

B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250 sebulan manakala bagi Kawasan C dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

KESALAHAN EJAAN

Tinjauan penulis terhadap surat-surat MARA dan Pekeliling MARA juga mendapati kesalahan ejaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Kesilapan ejaan ini melibatkan perkataan yang menjadi kata majmuk dan proses pengimbuhan.

Di dalam memograf rujukan BTP/2-1-3(15) antara kesalahan ejaan yang dijumpai ialah:

1. beserta sepatutnya dieja berserta2. di manafaat sepatutnya dieja dimanfaat3. samada sepatutnya dieja sama ada4. ke tiga sepatutnya dieja ketiga5. Laman intranet MARA sepatutnya dieja Laman Intranet MARA Di dalam Bil.MARA:BK/1001 antara kesalahan ejaan yang dijumpai ialah:

1. ertikatanya sepatutnya dieja erti katanya2. dikemaskini sepatutnya dieja dikemas kini3. berkuatkuasa sepatutnya dieja berkuat kuasa4. ubahsuai sepatutnya dieja ubah suai5. berkuatkuasanya sepatutnya dieja berkuat kuasanya6. sekaligus sepatutnya dieja sekali gus

Di dalam BPM/G/104-5 antara kesalahan ejaan yang dijumpai ialah:

1. email sepatutnya dieja e-mel2. di bawa sepatutnya dieja dibawa

Di dalam BSM 731 (144) antara kesalahan ejaan yang dijumpai ialah

1. dibawah sepatutnya dieja di bawah

PERCAMPURAN BAHASA

Di dalam surat-surat dan pekeliling MARA, penulis juga menjumpai beberapa perkataan bahasa Inggeris yang digunakan sebagai istilah sedangkan istilah bahasa Inggeris yang digunakan itu terdapat dalam bahasa Melayu. Berikut ialah

Page 81: vol 4 issue 2 dec 2012

73

beberapa contoh percampuran bahasa yang terdapat di dalam pekeliling dan surat-surat MARA.

1. Dimohon kertas yang lengkap dihantar melalui email kepada [email protected] dalam bentuk softcopy sebelum 31 April 2012.

Pembetulan : Dimohon kertas pembentangan yang lengkap dihantar melalui e-mel

kepada [email protected] (dalam bentuk softcopy) sebelum 31 April 2012.(BPM/G104-5)

2. 8 Nov. 2011 hingga 11 Nov. 20122 8 Nov. 20122 “Check in” (11.00 pg. – 2.30 ptg. Sahaja) 11 Nov. 2012 :Check out” (sebelum 4.30 ptg)

Pembetulan : 8 Nov. 2011 hingga 11 Nov. 20122 8 Nov. 20122 : daftar masuk (11.00 pg. – 2.30 ptg. Sahaja) 11 Nov. 2012 : daftar keluar (sebelum 4.30 ptg) (Bil.ILHAMJAWI(KD)PEN 14/05)

3. Selain daripada 60 salinan handout yang perlu di bawa ke PERBINA X, sila bawa satu salinan full paper (A4, 80 gsm) untuk diserahkan kepada urus setia pada hari pendaftaran.

Pembetulan : Selain 60 salinan kertas edaran yang perlu di bawa ke PERBINA X, sila

bawa satu salinan kertas pembentangan yang lengkap (A4, 80 gsm) untuk diserahkan kepada urus setia pada hari pendaftaran.

(BPM/G104-5)

4. Bayaran berbentuk lump sum diberi berdasarkan gred hakiki dan status pegawai sama ada masih bujang atau berkeluarga.

Pembetulan : Bayaran berbentuk sekali gus diberi berdasarkan gred hakiki dan status

pegawai sama ada masih bujang atau berkeluarga. (MARA/BSM10/01Klt1(3))

5. Permohonan secara online:

Pembetulan : Permohonan secara dalam talian: (Bil.43/2012)

Page 82: vol 4 issue 2 dec 2012

74

STILAH YANG MANA SATUKAH PALING TEPAT?

Di dalam surat-surat dan pekeliling MARA, penulis mendapati terdapat beberapa istilah yang menjadi kekeliruan. Contohnya :

1. Bahagian Sumber Manusia akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana anggota kerja MARA yang ingkar terhadap arahan ini. (BSM 731(131))

2. Kerjasama Pegawai Mengawal Pusat adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada semua anggota kerja di bawah seliaan masing-masing. (BSM 731(131))

3. Peraturan sedia ada memperuntukan bahawa seseorang pegawai yang telah memberi perkhidmatan yang sempurna dan bersara mengikut keadaan biasa atau syor sesebuah Lembaga Perubatan boleh diberi pemberian perpindahan dan lain-lain elaun biasa yang boleh dituntut oleh seorang pegawai yang bertukar bagi diri dan keluarganya dari tempat akhir pegawai berkhidmat ke tempat yang dipilihnya untuk bersara atau di mana-mana sahaja di dalam Malaysia. (MARA/BSM/10/01Klt.1(3))

4. Pegawai Mengawal Pusat adalah diminta untuk mengedarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA ini bagi makluman semua pegawai perkhidmatan MARA di bawah seliaan masing-masing. (BSM 731(147))

5. Kerjasama Pengawal Pusat adalah dipohon untuk memaklumkan perkara ini kepada warga kerja MARA di bawah selian masing-masing

Cadangan Penyeragaman istilah :

1. Pegawai Mengawal Pusat lebih tepat ialah Pengawal Pusat2. Anggota kerja, seseorang pegawai, warga kerja MARA dan pegawai

perkhidmatan MARA lebih tepat ialah kakitangan MARA.(Kakitangan MARA ialah kakitangan Awam )

CADANGAN PENYELESAIAN

Dalam perbincangan di atas penulis telah berjaya membuktikan wujudnya kecelaruan bahasa khususnya daripada aspek morfologi dan sintaksis di dalam urusan surat rasmi MARA mahupun pekeliling MARA. Walaupun hanya beberapa contoh surat dan pekeliling yang dikaji tetapi telah memadai untuk kita menelusuri kepincangan bahasa terutama dalam urusan rasmi kerajaan agar perkara ini tidak menjadi trend. Antara cadangan yang boleh diguna pakai seperti berikut:

1. Setiap bahagian di MARA perlu ada buku Tatabahasa Dewan untuk dijadikan sebagai rujukan rasmi dari semasa ke semasa dalam urusan surat-menyurat dan pekeliling.

Page 83: vol 4 issue 2 dec 2012

75

2. Setiap bahagian di MARA perlu ada Kamus Dewan Edisi Terbaharu untuk dijadikan rujukan rasmi dari semasa ke semasa dalam urusan surat-menyurat dan pekeliling.

(Kamus Dewan Elektronik juga ada di pasaran)3. Pihak atasan mesti terlebih dahulu menyemak surat-surat dan pekeliling

dengan teliti sebelum ditandatangani atau menyerahkan kepada golongan yang pakar untuk disemak.

4. Setiap bahagian di MARA juga boleh mengajukan persoalan tentang kemusykilan bahasa dengan menghubungi Ketua Penolong Pengarah Bahasa Melayu (KPP)di BPM untuk pertanyaan.

5. Setiap bahagian di MARA juga boleh mengajukan persoalan tentang kemusykilan bahasa dengan menghubungi Dewan Bahasa dan Pustaka untuk sebarang pertanyaan.

6. Setiap bahagian di MARA ( termasuk MRSM,PMN,PMD, Giat MARA) dan lain-lain boleh mengajukan persoalan tentang kemusykilan bahasa dengan menghubungi guru-guru cemerlang bahasa Melayu atau guru bahasa Melayu atau mereka yang pakar tentang bahasa Melayu di tempat masing-masing.

7. Penulis juga ingin mencadangkan satu format penulisan surat dan pekeliling yang seragam bagi semua pusat MARA. Format yang seragam ini mengandungi perkara-perkara asas dalam urusan surat-menyurat dan pekeliling.

8. Bagi memudahkan kakitangan MARA merujuk surat dan pekeliling yang betul, format-format yang telah diseragamkan khususnya berkaitan bahasa boleh dicapai atau didapati melalui aplikasi intranet.

9. Satu bahagian pengeditan bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) boleh ditubuhkan di MARA.

10. Mewajibkan kakitangan MARA khususnya bahagian perkeranian mengikuti kursus pemantapan tatabahasa.

PENUTUP

Ramai orang mengatakan bahawa bertutur lebih mudah berbanding menulis. Begitulah halnya dengan bahasa Melayu, bahasa ini memang mudah apatah lagi apabila kita menggunakannya sebagai bahasa pertuturan sehari-hari. Dalam perlembangaan negara kita jelas sekali bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam urusan kerajaan. Apabila isu untuk mendaulatkan bahasa Melayu sering terpampang melalui media massa, kita akan terpanggil dan apakah sumbangan kita dalam mendaulatkan bahasa Melayu? Dalam konteks kita sebagai kakitangan MARA seharusnya menjadi contoh kepada agensi kerajaan yang lain dalam usaha menggunakan bahasa Melayu yang betul terutama dalam urusan surat-menyurat dan pekeliling.

Page 84: vol 4 issue 2 dec 2012

76

RUJUKAN

Ajid Che Kob, Nor Hashimah Jalaludin(Penyunting).(1993).Teori Linguistik dan Bahasa dan bahasa Melayu.Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia

Darwis Harahap.1991.Persoalan Bahasa.Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi keempat.2005. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Nak Safiah bt. Hj. Abdul Karim et.al.,2010,Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,Dewan Bahasa dan Pustaka: KualaLumpur

MARA.Surat Pekeliling Kewangan Bil.1/2012,Bil.MARA:BK/1001 Majlis Amanah Rakyat.

MARA.Surat Edaran Bahagian Sumber Manusia BSM 731(131) Majlis Amanah Rakyat.

MARA.Surat Pekeliling Perkhidmatan MARA Bil.3/2011,Bil.MARA: MARA/BSM/10/01Klt.1(3) Majlis Amanah Rakyat.

MARA.Surat Pekeliling Kewangan MARA Bil.4/2009, Bil.MARA BK/1001, Majlis Amanah Rakyat.

MARA.Surat Edaran Bahagian Sumber Manusia,Bil.MARA: BSM 731(147), Majlis Amanah Rakyat.

MARA.Surat Edaran Bahagian Sumber Manusia,Bil.MARA:BSM 731(144), Majlis Amanah Rakyat.

MARA.Pertukaran/Perubahan Jawatan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Bil.04/2012, Bil.MARA: BSM :1/22/P&P(04), Majlis Amanah Rakyat.

MARA.Memograf, Penerbitan Berita Pendidik Keluaran tahun 2012, Rujukan Kami BTP/2-1-3(15), Majlis Amanah Rakyat.

MARA.Memograf, Format Kertas Pembentangan PERBINA kali ke X 2012, Rujukan Kami BPM/G/104-5, Majlis Amanah Rakyat.

MARA.Memograf, Perkongsian Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Dikalangan Guru-guru Cemerlang MRSM, Rujukan Kami BPM/A/02-07, Majlis Amanah Rakyat.

Page 85: vol 4 issue 2 dec 2012

77

Zamri Mahamod.2000., ”Pemindahan Bahasa dalam Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Kedua” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 2000. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

Page 86: vol 4 issue 2 dec 2012

78