pel. 21 adab terhadap ibubapa
DESCRIPTION
hormati ibubapaTRANSCRIPT
ADAB TERHADAP
IBU BAPA
KONSEP KEIBUBAPAAN
• Ibu bapa paling rapat dengan anak-anak.
• Mereka bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa.
• Oleh itu anak wajib taat dan berbakti kepada mereka.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik)kepada ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan yang bertambah lemah, dan menyusunya selama 2 tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kedua-dua ibu bapamu, hanya kepadaKulah kamu kembali.
(Surah Luqman,14)
SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
• Amalan ini dituntut oleh agama.• Untuk membalas jasa mereka
mendidik kita sejak kecil.• Supaya anak-anak kita berbakti
pada kita.• Menjamin keutamaan sistem
kekeluargaan.
TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU BAPA
• Berdoa dan memohon ampun untuk mereka.
• Taati perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
• Merendah diri dan menghormati mereka.
• Berbakti kepada mereka bila-bila masa.
• Berbuat baik kepada rakan mereka.
ADAB TERHADAP IBU BAPA
PERCAKAPAN:• Bercakap dengan hormat
dan sopan.• Merendahkan suara.• Tumpu perhatian semasa
mereka bercakap.• Muka manis semasa
bercakap dengan mereka. • Guna bahasa yang baik
semasa bercakap dengan mereka.
PERGAULAN:• Hormat semasa bertemu
mereka.• Cium tangan mereka
sebelum keluar rumah.• Minta izin mereka jika
hendak keluar rumah.• Jangan bersikap kurang
ajar dengan mereka.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:Dan Tuhanku telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan supaya kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara kedua-duanya atau kedua-duanya dalam jagaanmu sehingga lanjut usia, janganlah sekali-kali kamu herdik kedua-duanya dan ucapkanlah kepada kedua-duanya dengan ucapan yag penuh kasih sayang dan katakanlah: ’Wahai Tuhanku! Kasihanilah kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil’ (Surah al-Israk:23-24)
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
SEMASA HIDUP:• Menjaga mereka semasa tua
dan sakit.• Memberi nafkah kepada
mereka.• Selalu menziarahi mereka
sekirannya tidak tinggal bersama.
• Mendoakan kesejahteraan mereka.
SETELAH MENIGGAL DUNIA:• Mendoakan keampunan untuk mereka.• Membayar hutang mereka(kiranya ada).• Melaksanakan wasiat mereka.• Berbuaat baik kepada kawan mereka.
KESAN BAIK BERBAKTI KEPADA MEREKA:
• Hidup diberkati.
• Disayangi keluarga.
• Diberi pahala.
• Ikatan keluarga makin kukuh.
• Mendapat balasan syurga di akhirat.
AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA
• Hidup tidak diberkati Allah SWT.
• Runtuhnya institusi kekeluargaan.
• Mengancam keharmonian masyarakat.
• Diazab neraka akhirat kelak.