strategi pemusatan guru

7
Strategi Pemusatan Guru Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang utama. Di dalam kelas, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar. Brophy (1978) , menyatakan bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran secara kelas, demontrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan dan pengajaran berpasukan adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan guru. Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Guru Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.

Upload: saidivyakeerthikalai

Post on 14-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

strategi

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi Pemusatan Guru

Strategi Pemusatan Guru

Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang

telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan

pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang utama. Di dalam kelas, gurulah

yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi

penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar. Brophy (1978) , menyatakan

bahawa pengajaran pemusatan guru merupakan pendekatan yang mudah dirancang

dan diurus, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengelakkan

suasana elitis yang sering dikaitkan dengan kaedah kumpulan. Kaedah pengajaran

secara kelas, demontrasi atau tunjuk cara, bercerita, kaedah penyoalan dan

pengajaran berpasukan adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa

menggunakan strategi pemusatan guru.

Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Guru

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang

penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru

banyak bercakap dan murid banyak mendengar.

Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang

menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan

memberi arahan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian

objektif pengajaran guru.

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai

murni atau perkembangan emosi.

Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian

dan peperiksaan.

Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara

menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal

dan kurang berupaya membuat interpretasi.

Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang

dapat dipupuk.

Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari

segi kebolehan dan minat tidak diberikan perhatian.

Page 2: Strategi Pemusatan Guru

Strategi Pemusatan Murid

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting

dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri

secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru

merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti

pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada

aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main

peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan

semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas.

Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Murid

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang

penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing

murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.

Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi

pendapat mereka.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian

objektif pembelajaran murid.

Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang

positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat

dipupuk.

Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid

dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian.

Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif

dan berinisiatif.

Page 3: Strategi Pemusatan Guru

Strategi Pemusatan Bahan

Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan

pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula

boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti

pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.

Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya

boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

Bahan pengajaran

Bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid,

radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.

Bahan pembelajaran

Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti,

kad cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan komputer.

Penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran juga telah

semakin berkembang dalam program pendidikan khas. Gearheart dan Gearheart

(1989), Hawkridge dan Vincent (1992) serta Mather dan Bos (1994), sependapat

menyatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku memperolehi

pengetahuan dan kemahiran baru melalui kaedah literasi komputer. Ia mungkin

disebabkan oleh kaedah ini memaparkan sesuatu yang baru dan menarik perhatian.

Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Bahan

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan

peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada

penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan

pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di

samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti

pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.

Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang

melibatkan penggunaan bahan pembelajaran.

Page 4: Strategi Pemusatan Guru

Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui

pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak

dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit

Ketiga-tiga strategi ini saling berkaitan di antara satu sama lain di samping perlunya

kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu untuk memilih, merancang, menyusun

dan menguruskan kaedah serta teknik mengajar dalam objektif pelajaran pada

peringkat optimum. Ketiga-tiga strategi yang dinyatakan sememangnya mempunyai

kelebihannya sendiri. Namun begitu, strategi pemusatan murid adalah yang paling

ideal dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Page 5: Strategi Pemusatan Guru

Teknik

Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia

terkandung dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran

guru yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran dalam pengajaran. 

Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. Teknik yang

digunakan oleh guru akan menjadikan pengajaran itu lebih bermakna dan

menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai menggunakan teknik supaya

murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam setiap pengajaran

sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan, namun

begitu tiada satu teknik pun yang dianggap paling sesuai dan dapat digunakan untuk

semua keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan

hendaklah bergantung kepada keadaan dan berdasarkan kepada minat pelajar serta

bahan pengajaran yang hendak disampaikan (Rashid et al 1996). Teknik pengajaran

dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah:

untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara yang boleh menarik

minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa

ingin tahu mereka. 

untuk membolehkan murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang

dipelajari dengan mudah dan berkesan. 

Terdapat banyak teknik pengajaran yang boleh digunakan dan diaplikasikan oleh

guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti teknik main peranan,

teknik bercerita, teknik soal jawab, teknik perbincangan, teknik drama dan teknik

forum.