strategi baru pentad tanah

Upload: aliff-amran

Post on 11-Jul-2015

113 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

STRATEGI BARU URUSAN PENTADBIRAN TANAH BERDASARKAN KAJIAN PENTADBIRAN DAERAH DAN TANAH DENGAN TUMPUAN KEPADA URUSAN TANAH

A.

TUJUAN

Kertas ini bertujuan membentangkan kepada peserta seminar tentang penemuan-penemuan dalam Kajian Pentadbiran Daerah dan Tanah Dengan Tumpuan Kepada Urusan Tanah, untuk dijadikan asas perbincangan ke arah menambah baik proses kerja sedia ada.

B. 2.

LATAR BELAKANG Kajian Pentadbiran Daerah dan Tanah Dengan Tumpuan Kepada dalam Mesyuarat Jemaah pada 5 November 2003 yang

Urusan Tanah dilaksanakan berikutan dengan pandangan YAB Perdana Menteri menegaskan bahawa jentera pentadbiran di pejabat daerah, pejabat tanah dan pihak berkuasa tempatan perlu dikaji semula dan direkayasa (reengineer), agar mampu memberikan perkhidmatan yang lebih cepat, cekap dan berintegriti kepada rakyat dan sektor swasta. Untuk memenuhi kehendak stakeholder tersebut, MAMPU bersama Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (yang kini dikenali sebagai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) telah diarahkan oleh Y.Bhg Ketua Setiausaha Negara supaya menjalankan kajian yang memberi tumpuan terhadap usaha memperkemas, mengukuh, dan menambah baik sistem pentadbiran tanah dengan tujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian urusan tanah di seluruh Semenanjung Malaysia.

C. 3.

BIDANG RUJUKAN KAJIAN Bidang rujukan kajian urusan pentadbiran tanah adalah seperti

berikut:

1

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

a.

mengenal pasti dan meneliti semua proses/aktiviti kerja utama pentadbiran tanah bagi tujuan perekayasaan yang dapat memendekkan proses kerja, dalam ulasan setiap dan proses mengurangkan jumlah aktiviti menggubal norma masa kerja, serta

pemprosesan permohonan, menyegerakan proses membuat keputusan, memantapkan keseluruhan sistem pengurusan harian pentadbiran tanah; b. mengenal pasti dan mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada kelemahan prestasi Pejabat Tanah serta Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, terutama dalam bidangbidang struktur organisasi, pembangunan sumber manusia, teknologi maklumat dan persekitaran pejabat; c. meneliti peranan dan kepemimpinan Pegawai Daerah sebagai Pentadbir Tanah bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan; dan d. D. 4. memperakukan cadangan yang sesuai.

SKOP DAN BATASAN KAJIAN Skop kajian ini meliputi:

a.

tujuh bidang utama urusan pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia yang dilaksanakan oleh Pejabat Tanah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (merangkumi Jawatankuasa Tanah Daerah, agensi Jawatankuasa teknikal. Hasil Bumi dan Tanah dan Jawatankuasa Kerja Tanah Negeri) dan pembabitan agensi Bidang-bidang tersebut ialah: pelupusan

2

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

tanah, pendaftaran hak milik, pendaftaran hak milik strata, kelulusan balik tanah. b. akta-akta, enakmen dan peraturan pentadbiran berhubung dengan urusan tanah; dan c. struktur organisasi dan perjawatan, aplikasi teknologi pindah milik/gadaian, pembangunan tanah, pendaftaran urus niaga/bukan urus niaga dan pengambilan

maklumat serta persekitaran pejabat dan kepemimpinan di Pejabat-pejabat Tanah dan Pejabat-pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri di Semenanjung Malaysia.

5.

Kajian ini tidak meliputi fungsi pengurusan dan pentadbiran daerah

oleh Pejabat Daerah dan pentadbiran tanah di Pejabat Tanah dan Survei di Sabah dan di Sarawak serta struktur dan pengurusan mesyuarat di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

E.

ISU DAN MASALAH PENTADBIRAN TANAH

BERHUBUNG

DENGAN

URUSAN

6.

Kajian ini telah mengenal pasti tiga isu utama urusan pentadbiran

tanah iaitu halangan-halangan yang berkaitan dengan proses kerja, isu-isu pentadbiran pejabat, serta tunggakan kerja dan cukai tanah.

3

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

a.

Halangan Berkaitan Proses Kerja i. Halangan Dalam Aktiviti di Peringkat Memproses Permohonan

7.

Pejabat Tanah masih menerima permohonan bagi pelupusan tanah-

tanah Kerajaan walaupun sudah terdapat beberapa pemohon lain yang telah lama dikemukakan sebelum ini. Oleh kerana Pentadbir Tanah dan Pendaftar Hak Milik tidak mengamalkan pemberian summary rejection maka permohonan tanah meningkat dan menyebabkan tunggakan kerja.

ii.

Halangan Dalam Aktiviti di Peringkat Penyediaan Laporan Tanah

8.

Penolong Pegawai Tanah (PPT) yang dahulunya dikenali sebagai Norma output bagi

Pegawai Petempatan bertanggungjawab untuk menyediakan laporan tanah sebelum sesuatu permohonan diproses seterusnya. setiap PPT adalah 10 laporan sebulan sekiranya tidak menjalankan kerjakerja lain. Walau bagaimanapun, beban kerja PPT adalah tinggi kerana terpaksa melaksanakan pelbagai tugas pentadbiran tanah yang lain. Dengan itu, PPT tidak dapat menyediakan laporan tanah dalam jangka waktu yang ditetapkan dan ini menyumbang kepada tunggakan kerja yang tinggi.

iii.

Halangan Teknikal

Dalam

Aktiviti

di

Peringkat

Agensi

9.

Agensi-agensi teknikal merupakan agensi yang dirujuk oleh Pejabat

Tanah bagi mendapatkan ulasan tentang sesuatu permohonan tanah. Amalan masa kini menunjukkan Pejabat Tanah merujuk kepada 12 agensi teknikal walaupun tiada keperluan untuk merujuk kepada semua agensi-

4

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

agensi tersebut. Terdapat agensi-agensi yang lambat mengemukakan ulasan menyebabkan proses seterusnya tidak dapat dilakukan. iv. Halangan Aktiviti di Peringkat Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD) Pertimbangan

10.

JKTD adalah sebuah jawatankuasa yang diwujudkan di bawah

Kaedah Tanah Negeri yang dipengerusikan oleh Pentadbir Tanah dengan keahliannya terdiri daripada wakil rakyat di daerah berkenaan. JKTD menimbang permohonan pemberimilikan tanah dan lesen tumpangan sementara. Secara umumnya, JKTD yang bermesyuarat sebulan sekali, mengambil masa 30 hari untuk membuat perakuan terhadap sesuatu permohonan. Kelewatan memproses sesuatu permohonan berlaku apabila mesyuarat JKTD ditangguhkan. v. Halangan Dalam Aktiviti di Peringkat Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK)

11.

Mesyuarat MMK yang diadakan setiap minggu membincangkan

banyak perkara termasuk urusan tanah. Kertas permohonan tanah yang tidak sempat dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat menyebabkan urusan tanah sentiasa tertunggak. Di samping itu, peraturan mengesahkan minit mesyuarat MMK pada mesyuarat MMK yang seterusnya menyebabkan keputusan lewat dikemukakan kepada pemohon. vi. Halangan Dalam Aktiviti di Peringkat Pendaftaran Hak Milik Tetap

12.

Mengikut Kanun Tanah Negara (KTN), semua Hak Milik Sementara

perlu ditukarkan kepada Hak Milik Tetap. Ketiadaan Hak Milik Tetap menyebabkan proses pembangunan tanah seperti pecah sempadan tanah, pecah bahagian tanah, penyatuan tanah dan permohonan pecah bahagi

5

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

bangunan tidak dapat dilakukan. Sehingga kini terdapat 2.68 juta Hak Milik Sementara yang belum ditukar kepada Hak Milik Tetap. Tunggakan kerja-kerja pendaftaran Hak Milik Tetap berlaku kerana permohonan ukur (PU) dan pelan PU lewat disediakan atau tidak disediakan dengan sempurna oleh Pejabat Tanah hingga menyebabkan JUPEM tidak dapat menyediakan pelan akui (PA).

13.

Kelewatan juga timbul kerana kekurangan kakitangan di Pejabat

Tanah dan kesukaran mendapatkan fail asal permohonan tanah. Fail asal pemohon ini penting kerana di dalamnya terdapat maklumat yang berkaitan dengan sesuatu permohonan, serta salinan resit bayaran premium/bayaran-bayaran lain yang berkaitan. PA tidak akan didaftarkan jika tidak terdapat bukti bahawa pemohon telah menjelaskan apa-apa bayaran yang telah dikenakan.

14.

Selain daripada itu, terdapat juga kes-kes permohonan individu yang

tidak dapat didaftarkan kerana terdapat perbezaan keluasan tanah yang dipohon, berbanding dengan keluasan tanah yang telah diukur halus oleh JUPEM.

b.

Halangan-halangan Berkaitan Pentadbiran Pejabat

15.

Beberapa faktor lain telah dikenal pasti menyumbang kepada

halangan dalam urusan pentadbiran tanah. Ini meliputi faktor-faktor kelemahan dalam struktur organisasi dan kepimpinan di Pejabat Daerah; kurang keupayaan tenaga kerja di Pejabat Tanah termasuk kekurangan tenaga kerja, kompetensi personel dan integriti pegawai di Pejabat Tanah; kemampuan dan peranan Pejabat PTG dari segi penggubalan dasar, perancangan, penyelarasan dan pemantauan; kekurangan penggunaan

6

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

teknologi maklumat dan ketiadaan maklumat bersepadu mengenai tanah negara; kelemahan sistem pengurusan fail dan rekod; kelemah an pengendalian sistem pengurusan aduan awam; dan persekitaran kerja yang kurang kondusif.

c. 16.

Tunggakan Kerja Dan Tunggakan Hasil Cukai

Kegagalan Pejabat Tanah menangani punca-punca halangan ke atas

beberapa peringkat proses kerja telah menyumbang kepada berlakunya tunggakan kerja yang tinggi dan pembaziran masa. Pada masa yang sama beban kerja urusan pentadbiran tanah semakin meningkat, khususnya di negeri-negeri yang pesat membangun, tetapi bilangan tenaga kerja tidak bertambah sejak sekian lama.

17.

Tunggakan kutipan hasil cukai tanah pula berlaku, antara lain,

kerana kurang usaha Pejabat Tanah untuk memungut cukai, serta kurang penguatkuasaan dan inisiatif untuk menggalak dan memudahkan pemilik tanah membayar cukai lebih awal. Sehingga April 2002, jumlah kutipan hasil cukai yang tertunggak di seluruh negara adalah lebih kurang RM 594.2 juta. F. PERAKUAN KAJIAN

18.

Perakuan

kajian

tertumpu yang lain.

kepada Sebanyak

penyelesaian 43 perakuan

dan telah

penambahbaikan dari segi perekayasaan sistem dan proses kerja serta faktor-faktor sokongan dikemukakan. Daripada jumlah ini 15 perakuan melibatkan perekayasaan sistem dan proses kerja urusan tanah, manakala 28 perakuan lagi menyentuh faktor-faktor sokongan bagi memantapkan proses-proses utama pentadbiran tanah. Perakuan-perakuan ini adalah seperti berikut:

7

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

a.

Perekayasaan Ke Pentadbiran Tanah

Atas

Proses

Kerja

Utama

Urusan

PERAKUAN 1 Pejabat Tanah hendaklah menggunakan norma masa kitaran bagi 21 proses tanah seperti berikut:

Pelupusan Tanah (a) bagi proses permohonan pelupusan tanah secara pemberimilikan, daripada 15 bulan kepada empat (4) bulan. Pendaftaran Hak Milik (a) bagi urusan proses pendaftaran hak milik sementara, daripada dua (2) minggu kepada empat (4) jam; (b) (c) bagi urusan proses pendaftaran hak milik tetap, hendaklah dalam masa empat (4) bulan; bagi urusan proses pendaftaran hak milik sementara pendua berikutan dokumen hak milik keluaran hilang, musnah keseluruhan atau sebahagian, hendaklah dalam masa dua (2) jam; (d) bagi urusan proses pendaftaran hak milik sementara berikutan dokumen hak milik keluaran hilang atau musnah keseluruhan, hendaklah dalam masa dua (2) jam; dan (e) bagi urusan permohonan pecah bahagi bangunan, daripada 16 bulan kepada 10 bulan.

8

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

Pendaftaran Urus Niaga (a) bagi proses pendaftaran pindah milik tanah untuk urusan pajakan tanah melalui Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) ialah satu (1) jam (tiada perubahan); (b) bagi proses pendaftaran pindah milik tanah bagi urusan gadaian melalui SPTB ialah 35 minit (tiada perubahan); (c) bagi proses pendaftaran pindah milik tanah bagi urusan gadaian untuk menjamin pembayaran wang pokok melalui SPTB ialah 35 minit (tiada perubahan); (d) bagi proses pendaftaran bagi urusan perintah jual oleh Mahkamah melalui SPTB ialah 35 minit (tiada perubahan); (e) bagi proses pendaftaran bagi urusan perakuan jual oleh Pentadbir Tanah melalui SPTB ialah 35 minit (tiada perubahan); dan (f) bagi proses pendaftaran bagi urusan melepas gadaian melalui SPTB ialah 35 minit (tiada perubahan). Pendaftaran Bukan Urus Niaga (a) bagi proses pendaftaran kaveat persendirian melalui SPTB ialah 35 minit (tiada perubahan); dan (b) bagi proses pendaftaran tarik balik kaveat persendirian melalui SPTB ialah 35 minit (tiada perubahan).

Pembangunan Tanah (a) bagi proses permohonan serah balik dan beri milik semula, daripada lima (5) bulan kepada tiga (3) bulan; (b) bagi proses permohonan pecah sempadan tanah, daripada empat (4) bulan kepada dua (2) bulan;

9

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

(c)

bagi proses permohonan cantuman tanah, daripada empat (4) bulan kepada tiga (3) bulan;

(d)

bagi proses permohonan tukar syarat tanah, daripada empat (4) bulan kepada tiga (3) bulan; dan

(e)

bagi proses permohonan pecah bahagian tanah, daripada empat (4) bulan kepada dua (2) bulan.

Pengambilan Balik Tanah (a) bagi proses pengambilan balik tanah untuk projek Persekutuan bagi maksud awam, daripada 16 bulan kepada 12 bulan. Kelulusan/Kebenaran Pindah Milik/Gadaian (a) bagi proses kebenaran pindah milik bagi urusan gadaian, daripada tiga (3) bulan kepada dua (2) bulan.

PERAKUAN 2 Norma masa yang seragam hendaklah diguna pakai bagi aktivitiaktiviti dalam proses pentadbiran tanah yang berkaitan, seperti berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) charting, dua (2) hari; endorsan, satu (1) hari; penyediaan laporan tanah, lapan (8) hari; input teknikal, 14 hari; Kertas Perakuan PTG, enam (6) hari; Kertas MMK/JKTD, 10 hari; Mesyuarat MMK/JKTD, 14 hari; maklumkan keputusan kepada Pentadbir Tanah (PT) melalui PTG, tujuh (7) hari; dan PT memaklumkan keputusan kepada pemohon, (tujuh) 7 hari.

10

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

PERAKUAN 3 Pertimbangan bagi menentukan jumlah perjawatan pentadbiran

urusan tanah adalah diasaskan daripada perkiraan jumlah masa kitaran bagi 21 proses urusan tanah, kekerapan urusan tersebut serta klasifikasi dan gred jawatan bagi 4 sampel lokasi. Pengisian jawatan pentadbiran tanah hendaklah dibuat berdasarkan kepada perbezaan jumlah jawatan sedia ada dengan yang diperlukan.

PELUPUSAN TANAH PERAKUAN 4 Proses baru bagi pelupusan tanah secara pemberimilikan hendaklah mengikut Proses No. 1.1 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Prosesproses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

Penolakan ringkas (summary rejection) hendaklah dibuat ke atas sesuatu permohonan tanah Kerajaan yang didapati bertindih dengan permohonan sebelumnya. Penyediaan laporan tanah oleh Penolong Pegawai Tanah hendaklah dibuat serentak dengan tindakan mendapatkan ulasan daripada agensi teknikal. Agensi teknikal yang perlu dirujuk bagi tanah kategori pertanian ialah: (a) Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (bagi PBT yang telah menyediakan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan); (b) Jabatan Pengairan dan Saliran;

11

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

(c) (d) Agensi (a)

Jabatan Pertanian; dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (jika perlu sahaja). teknikal yang perlu dirujuk bagi tanah kategori

industri/bangunan ialah: Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (bagi PBT yang telah menyediakan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan); (b) (c) Jabatan Pengairan dan Saliran; dan Jabatan Alam Sekitar (jika perlu).

Agensi teknikal yang dirujuk hendaklah memberi ulasan dalam tempoh dua minggu. Sekiranya ulasan tidak diberikan dalam tempoh itu, Pejabat Tanah boleh menganggap agensi berkenaan tiada halangan terhadap permohonan tersebut. Majlis (a) Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) menurunkan kuasa

meluluskan pelupusan tanah secara pemberimilikan kepada: Pentadbir Tanah bagi semua tanah tersepit/tanah terpulau; tanah kategori pertanian yang luasnya tidak melebihi satu hektar; semua baki lot kosong dalam Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) atau dalam Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT); dan (b) Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD) bagi semua lot rancangan baru RPB/RPT. MMK hendaklah membuat keputusan ke atas semua permohonan yang dikemukakan kepadanya pada hari mesyuarat dan sekaligus mengesahkan keputusan diambil serta-merta. tersebut untuk membolehkan tindakan

12

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

PENDAFTARAN HAK MILIK PERAKUAN 5

Proses bagi pendaftaran hak milik yang diseragamkan adalah seperti Proses No. 2 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Proses-proses Utama Urusan Pentadbiran Tanah. Bagi Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB)/Rancangan

Perkampungan Tersusun (RPT),

Pejabat Tanah, sebaik sahaja

menerima kelulusan MMK, hendaklah mengemukakan permohonan ukur kepada JUPEM tanpa perlu menyediakan Pelan PU sebagaimana amalan sekarang. JUPEM t erus mengukur halus dan mengeluarkan Pelan Akui (PA). Bagi jangka masa panjang, diwujudkan jawatan kader ukur di setiap Pejabat Tanah termasuk Pegawai Ukur, Penolong Pegawai Ukur dan Pembantu Ukur bagi mempercepatkan urusan ukur dan pendaftaran hak milik. Matlamat akhir bagi langkah ini ialah untuk menghapuskan keperluan penyediaan Hak Milik Sementara dan terus mengeluarkan Hak Milik Tetap.

PERAKUAN 6

Bagi permohonan Pendaftaran Hak Milik Sementara Pendua Berikutan Dokumen Hak Milik Keluaran Hilang atau Musnah, keperluan sedia ada untuk mewartakan kehilangan atau kemusnahan dokumen tersebut hendaklah dibatalkan. Sebaliknya permohonan untuk hak milik sementara pendua memadai dengan menyertakan laporan polis mengenai kehilangan dokumen tersebut.

13

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

PERMOHONAN PECAH BAHAGI BANGUNAN PERAKUAN 7 Proses bagi permohonan pecah bahagi bangunan adalah seperti Proses No. 3.1 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Proses-proses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

Sebelum hendaklah

pemaju

memohon

pecah

bahagi

bangunan, Tanah

pemaju Berlesen

mendapatkan

pengesahan

Juruukur

bahawa bangunan yang akan didirikan berada dalam plot tanah yang telah diluluskan dan petak-petak di dalam bangunan dibina mengikut Pelan Bangunan yang telah diluluskan. PINDAH MILIK/GADAIAN PERAKUAN 8 Proses baru bagi pindah milik tanah bagi urusan gadaian hendaklah mengikut Proses No. 4.1 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Prosesproses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

MMK menurunkan kuasa kepada Pendaftar Hak Milik/Pentadbir Tanah bagi tanah rizab Melayu kepada orang Melayu dan di kalangan ahli keluarga serta tanah pertanian kurang dua (2) hektar. MMK menurunkan kuasa kepada Pentadbir Tanah bagi kes-kes Pinjaman Perumahan Kerajaan. Dengan itu urusan pindah milik tanah dan gadaian boleh dilaksanakan secara serentak dalam tempoh dua (2)

14

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

minggu

seperti mana yang dipraktikkan di Pejabat Tanah Wilayah

Persekutuan. PEMBANGUNAN TANAH Serah Balik dan Beri Milik Semula PERAKUAN 9 Proses baru bagi permohonan serah balik dan beri milik semula tanah hendaklah mengikut Proses No. 5.1 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Proses-proses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

Agensi teknikal tidak perlu dirujuk bagi permohonan yang disertakan dengan pelan pra-pengiraan (pre-computation plan) yang telah disahkan oleh JPBD atau PBT. Tukar Syarat Tanah PERAKUAN 10 Proses baru bagi permohonan tukar syarat tanah hendaklah mengikut Proses No. 5.2 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Proses-proses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

Kuasa meluluskan kebenaran bagi tukar syarat tanah dalam kategori yang sama hendaklah diturunkan daripada MMK kepada Pentadbir Tanah.

15

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

Agensi teknikal berikut sahaja yang perlu dirujuk bagi urusan tukar syarat kegunaan tanah pertanian kepada kegunaan industri atau bangunan: (a) Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (bagi PBT yang telah menyediakan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan); (b) (c) (d) Jabatan Pengairan dan Saliran; Jabatan Pertanian; dan Jabatan Alam Sekitar (sekiranya permohonan tukar syarat tanah tersebut adalah bagi maksud aktiviti-aktiviti yang tergolong di bawah Aktiviti Yang Ditetapkan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974). Pecah Sempadan PERAKUAN 11 Proses baru bagi permohonan pecah sempadan tanah hendaklah mengikut Proses No. 5.3 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Prosesproses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

Agensi teknikal tidak perlu dirujuk bagi permohonan yang disertakan dengan pelan pra-pengiraan (pre-computation plan) yang telah disahkan oleh JPBD atau PBT;

16

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

Pecah Bahagian PERAKUAN 12 Proses baru bagi permohonan pecah bahagian hendaklah mengikut Proses No. 5.4 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Proses-proses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

Agensi teknikal yang perlu dirujuk ialah Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (bagi PBT yang telah menyediakan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan). Ulasan daripada agensi teknikal berkenaan hendaklah diberi dalam tempoh dua minggu. Sekiranya ulasan tidak diberikan dalam tempoh itu, Pejabat Tanah boleh menganggap agensi berkenaan tiada halangan terhadap permohonan tersebut. Cantuman Tanah

PERAKUAN 13 Proses baru bagi permohonan cantuman hendaklah mengikut Proses No. 5.5 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Proses-proses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

Agensi teknikal yang perlu dirujuk ialah Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (bagi PBT yang telah menyediakan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan).

17

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

Ulasan daripada agensi teknikal berkenaan hendaklah diberi dalam tempoh dua minggu. Sekiranya ulasan tidak diberikan dalam tempoh itu, Pejabat Tanah boleh menganggap agensi berkenaan tiada halangan terhadap permohonan tersebut. PENDAFTARAN URUS NIAGA/BUKAN URUS NIAGA PERAKUAN 14 Proses bagi pendaftaran urus niaga dan bukan urus niaga adalah seperti Proses No. 6.1 hingga 6.8 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Proses-proses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

PENGAMBILAN BALIK TANAH PERAKUAN 15 Proses baru bagi permohonan pengambilan balik tanah hendaklah mengikut Proses No. 7.1 dalam Garis Panduan Pelaksanaan Prosesproses Utama Urusan Pentadbiran Tanah.

Agensi teknikal yang perlu dirujuk ialah Jabatan Perancang Bandar dan Desa atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (bagi PBT yang telah menyediakan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan). Ulasan daripada agensi teknikal berkenaan hendaklah diberi dalam tempoh dua minggu. Sekiranya ulasan tidak diberikan dalam tempoh itu, Pejabat Tanah boleh menganggap agensi berkenaan tiada halangan terhadap permohonan tersebut.

18

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

Kelulusan

MMK

disampaikan

serentak

kepada

PTG

dan

Unit

Pengambilan Balik Tanah di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) sebaik sahaja tamat mesyuarat untuk membolehkan tindakan serta merta diambil tanpa menunggu pengesahan minit.

b.

Struktur Organisasi Dan Pembangunan Sumber Manusia

PERAKUAN 16 Pegawai Daerah yang menyandang jawatan sebagai Pentadbir Tanah memberi (a) (b) (c) tumpuan sewajarnya kepada pentadbiran tanah dan membuktikan komitmen dengan: menghadiri siri kursus tanah; memperuntukkan masa berkualiti di Pejabat Tanah; dan mengetengahkan usaha-usaha inovasi dalam menambah baik pentadbiran tanah. PERAKUAN 17 Mengisi segera jawatan-jawatan kosong pentadbiran tanah. PERAKUAN 18 Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) merangka program bagi

komprehensif urusan tanah.

pembangunan

kompetensi

pengurusan

tanah

semua lapisan pegawai dan kumpulan sokongan yang terlibat dengan

19

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

PERAKUAN 19 Semua lapisan pegawai yang berkhidmat dalam pentadbiran tanah tetapi belum pernah menghadiri kursus tanah diwajibkan menghadiri kursus khas pengurusan tanah di INSTUN. PERAKUAN 20 Bagi jangka masa panjang, Pejabat PTG Negeri memainkan peranan merancang dan menggubal dasar pentadbiran tanah, menambah baik sistem, proses dan prosedur kerja tanah serta menyelia pelaksanaan operasi di pejabat-pejabat tanah dengan: (a) Pejabat PTG tidak lagi melaksanakan tugas-tugas operasi sebagaimana Pejabat Tanah kecuali menyelaras tindakan penguatkuasaan undang-undang tanah di seluruh negeri; (b) (c) (d) memindahkan Hak Milik Pendaftar ke Pejabat Tanah; mewartakan Pentadbir Tanah sebagai Timbalan Pendaftar Hak Milik; menubuhkan Unit Audit Pengurusan Tanah untuk memantau usaha-usaha perekayasaan (e) peningkatan proses kerja kualiti dan dan produktiviti, inovasi penggalakan

pentadbiran tanah; dan mewujudkan satu jenis hak milik sahaja sama ada Hak Milik Pendaftar atau Hak Milik Pejabat Tanah. PERAKUAN 21 Bayaran elaun khas tugas-tugas urusan tanah diberikan kepada Pembantu Tadbir yang bertugas di Unit Pendaftaran Pejabat Tanah dan kepada Penolong Pegawai Tanah yang menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan undang-undang tanah.

20

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

c.

Tunggakan Kerja dan Tunggakan Cukai Hasil

Penyelesaian Tunggakan Kerja PERAKUAN 22 Beberapa Pasukan Tindakan Khas Tunggakan Kerja Tanah ditubuhkan di JKPTG. Pasukan Petugas Khas ini bertanggungjawab membantu Pejabat Tanah menyelesaikan semua tunggakan kerja bagi empat jenis urusan tanah yang kritikal. Negeri-negeri yang akan dibantu oleh Pasukan Petugas Khas ini ialah: (a) lapan (8) negeri bagi Pendaftaran Hak Milik Sementara (QT), Hak Milik Tetap (FT) dan Hak Milik Sambungan (ET) iaitu Terengganu, Perak, Pahang, Johor, Selangor, Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan; (b) (c) 12 negeri di Semenanjung Malaysia bagi Penukaran Hak Milik Sementara kepada Hak Milik Tetap; empat (4) negeri bagi Pendaftaran Urus Niaga dan Bukan Urus Niaga iaitu Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Johor; dan (d) empat (4) negeri bagi Pendaftaran Hak Milik Strata iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka. PERAKUAN 23 Pasukan Tindakan Khas Tunggakan Kerja Tanah di Pejabat-pejabat Tanah bertanggungjawab untuk menyelesaikan semua tunggakan kerja kumulatif hingga Disember 2003 bagi empat urusan tanah seperti pada PERAKUAN 22.

21

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

PERAKUAN 24 Pasukan Tindakan Khas Tunggakan Kerja Tanah hendaklah bertindak sebagai satu kumpulan kerja yang lengkap yang terdiri daripada semua kumpulan perjawatan untuk menguruskan sesuatu urusan tanah. Perjawatan ini meliputi Pendaftar Gred M/N41; Penolong Pegawai Tanah Gred NT31 dan NT17; Pembantu Tadbir Gred N17; Juruteris Gred J17; Pembantu Am Rendah Gred N1; dan Pekerja Am Rendah Gred R1. PERAKUAN 25 Jumlah perjawatan Pasukan Tindakan Khas Tunggakan Kerja Tanah hendaklah dihalusi oleh JKPTG dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya benar-benar berkesan menghapuskan tunggakan kerja yang telah dikenal pasti. PERAKUAN 26 YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri bersama Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan perlu memantau secara rapi kemajuan pelaksanaan Pasukan Tindakan Khas Tunggakan Kerja Tanah ini dan melaporkan statusnya kepada YAB Perdana Menteri dari masa ke masa.

22

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

Penyelesaian Tunggakan Kutipan Hasil PERAKUAN 27 Pejabat Tanah mewujudkan mekanisme peringatan kepada pembayar cukai tanah berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan. Surat-surat peringatan dihantar dalam dua keadaan iaitu sebelum tamat tempoh bayaran dan setelah melepasi tempoh bayaran.

PERAKUAN 28Pejabat Tanah merangka kaedah pembayaran cukai tanah secara elektronik.

d.

Membangunkan Pusat Maklumat Tanah Negara (National Land Information Centre) dan Sistem Pengkomputeran

PERAKUAN 29 Memperkukuhkan Infrastruktur Data Geospatial Malaysia (MyGDI) supaya dapat mewujudkan Pusat Maklumat Tanah Negara (National Land Information Centre) yang lengkap dan komprehensif. Dengan ini agensi yang bertanggungjawab perlu diberi kuasa undang-undang untuk memastikan semua agensi yang berkaitan membekalkan maklumat yang diperlukan oleh MyGDI.

PERAKUAN 30 Segerakan pelaksanaan e-Tanah secara integrasi dengan semua sistem aplikasi sedia ada.

23

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

PERAKUAN 31 Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) dan Sistem

Pengurusan Kutipan Hasil Tanah Berkomputer (SPHTB) hendaklah diintegrasikan dengan segera. e. Hal-Hal Pentadbiran Pejabat i. Sistem Pengurusan Fail dan Rekod

PERAKUAN 32

Pejabat Daerah dan Tanah mengguna pakai Sistem Fail Berwarna (Unit Assembly System) mengikut bidang urusan tanah yang pernah digunakan memastikan sebelum fail ini berada bagi memudahkan kawalan pengesanan personel dan yang dalam

bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan tersebut.

PERAKUAN 33Urusan pengendalian fail dan rekod di Pejabat Tanah hendaklah dipertanggungjawabkan kepada kakitangan khusus yang sekurangkurangnya bertaraf Pembantu Tadbir. PERAKUAN 34 Pejabat Daerah dan Tanah bersama Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri membangunkan Sistem Pengurusan Fail Elektronik untuk mempercepatkan aktiviti pemprosesan hingga mendapat keputusan daripada MMK bagi semua urusan pentadbiran tanah.

24

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

Sistem Inventori Tanah Berkomputer di Johor dan Sistem e-Fail di Terengganu boleh dijadikan tanda aras.

PERAKUAN 35

Pejabat Tanah dan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri bekerjasama dengan Jabatan Arkib Negara untuk operasi pelupusan fail.

PERAKUAN 36 Pusat Rekod hendaklah ditubuhkan di peringkat negeri bagi

menyimpan rekod-rekod tidak aktif dan rekod-rekod yang mempunyai rekod sejarah. Pusat ini juga bertindak sebagai pusat pemulihan bencana rekod (Disaster Recovery Centre).

ii.

Persekitaran Pejabat

PERAKUAN 37 Pejabat Tanah dibekalkan dengan mobile storage filing rack bagi penyimpanan fail dan rekod urusan tanah.

PERAKUAN 38

Jabatan Kerja Raya membangunkan Pelan Induk reka bentuk standard bangunan-bangunan Pejabat Tanah dan Daerah dan Pejabat PTG yang memerlukan premis baru dengan mengambil kira keperluan susun atur Bilik Fail/Bilik Rekod Tanah/Bilik Kebal.

25

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

PERAKUAN 39 Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan khas bagi Program Pejabat Daerah dan Tanah Contoh seperti yang pernah diadakan sebelum ini bagi membiayai penyelenggaraan dan keceriaan pejabat. iii. Sistem Pengurusan Aduan Awam

PERAKUAN 40 Pejabat Daerah dan Tanah meningkatkan pelaksanaan Sistem Aduan Pelanggan selaras dengan peruntukan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4 Tahun 1992 mengenai Pengurusan Aduan Awam.

PERAKUAN 41

Pejabat Daerah dan Tanah melaksanakan Program Hari Bersama Pelanggan secara berjadual sebagaimana yang telah berjaya dilaksanakan oleh beberapa Pihak Berkuasa Tempatan. iv. Pelaksanaan Piagam Pelanggan

PERAKUAN 42 Pejabat Daerah dan Tanah melaksanakan sepenuhnya keperluankeperluan dalam pelaksanaan Piagam Pelanggan dengan: (a) menyedia dan mempamerkan Piagam Pelanggan; dan

26

Seminar Pentadbir Tanah Semenanjung Malaysia 2004

(b)

sentiasa menyemak dan mengukur pencapaian pelaksanaan Piagam Pelanggan.

PERAKUAN 43 Pejabat Daerah dan Tanah mengadakan Sistem Pemulihan Piagam Pelanggan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai. G. 19. PENUTUP Pejabat Daerah dan Tanah merupakan salah satu daripada jentera hadapan pentadbiran awam yang menyumbang kepada

barisan

pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara khususnya menerusi urusan yang berkaitan dengan tanah. Oleh yang demikian, usaha-usaha penambahbaikan yang menyeluruh dan berterusan perlu dilaksanakan ke atas sistem pentadbiran tanah. Perakuan-perakuan kajian ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem urusan tanah kepada orang ramai.

Bahagian Perundingan Pengurusan, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri September 2004

27