stail e

6
Stail E Gaya Inklusif/Peningkatan Pengenalan Dalam istilah Pendidikan Jasmani, definisi Kaedah Pengajaran adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu .Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pastibeberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Mosston (1966) dari Amerika Syarikat telah menghasilkan analisa lengkap mengenai kaedah pengajaran dan tingkah laku serta telah memperkenalkan “Spektra Gaya Pengajaran” (Spectrum of Teaching Styles). Gaya Pengajaran“Spektra” mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan guru dan pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada pemilihan penting dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori yang perlu digunakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran merujuk kepada keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran seperti persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Semasa pengajaran ialah keputusan yag dibuat mengenai pencapaian dan perlaksanaan. Selepas pengajaran pula ialah penilaian dan maklumbalas daripada pelajar. Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masing-masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Konsep Gaya peningkatan merujuk kepada para pelajar dengan tahap kemahiran berbeza turut serta atau masuk dalam tugasan yang sama dengan

Upload: muhammad-amin

Post on 07-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

jgjgjg

TRANSCRIPT

Stail E Gaya Inklusif/PeningkatanPengenalanDalam istilah Pendidikan Jasmani, definisi Kaedah Pengajaran adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu .Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pastibeberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Mosston (1966) dari Amerika Syarikat telah menghasilkan analisa lengkap mengenai kaedah pengajaran dan tingkah laku serta telah memperkenalkan Spektra Gaya Pengajaran (Spectrum of Teaching Styles). Gaya PengajaranSpektra mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan guru dan pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada pemilihan penting dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori yang perlu digunakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Sebelum pengajaran merujuk kepada keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran seperti persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Semasa pengajaran ialah keputusan yag dibuat mengenai pencapaian dan perlaksanaan. Selepas pengajaran pula ialah penilaian dan maklumbalas daripada pelajar. Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masing-masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. KonsepGaya peningkatan merujuk kepada para pelajar dengan tahap kemahiran berbeza turut serta atau masuk dalam tugasan yang sama dengan memilih tahap kesukaran yang mereka boleh lakukan. Gaya ini ialah satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberikan peluang kepada murid satu keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka mengikut tahap dan kemampuan mereka. Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi mereka sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti yang masih ditentukan oleh guru kriteria pembelajarannya. Kelebihan aktiviti ini ialah ia memberikan murid peluang untuk merasai kepuasan dan kejayaan dalam Pendidikan Jasmani. Semua murid akan berupaya untuk melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri. Peningkatan kemahiran kendiri murid dan motivasinya.

Objektif Objektif Gaya Peningkatan ini adalah untuk membantu peningkatan dan penyertaan pelajar secara berterusan serta menyesuaikan perbezaan individu. Gaya ini memberi peluang kepada murid menyertai aktiviti pada tahap kemampuan individu. Setiap murid akan mempunyai peluang yang besar untuk berjaya dalam aktiviti yang dijalankan. Gaya ini juga membolehkan guru belajar untuk melihat hubungan antara aspirasi dan realiti prestasi seseorang murid. Objektif psikomotor gaya ini adalah supaya pelajar diberi peluang untuk menyertai aktiviti pada tahap kebolehan individu. Sebagai contoh, apabila pelajar diminta melakukan kemahiran imbangan. Langkah langkah yang diambil oleh pelajar tersebut ialah membuat keputusan berdasarkan tahap kesukaran melakukan kemahiran. Apabila pelajar tahu bahawa dia telah berjaya dalam pemilihan pertama,sekarang dia ada lebih pilihan untuk mengulangi kemahiran yang sama atau yang lebih sukar ataupun yang lebih mudah. Objektif dri segi kognitif, penyertaan pelajar dalam aktiviti secara aktif akan memberi penyesuaian diri kepada pelajar. Mereka akan dapat memilih tahap mengikut perbezaan individu dan secara kendiri. Dalam gaya ini, apa-apa sahaja pilihan yang dibuat oleh pelajar akan diterima oleh guru. Perkara yang penting ialah pelajar boleh membuat keputusan mengenai peningkatan dalam tahap tersebut. Dari segi afektif pula, gaya ini membolehkan pelajar menunjukkan peningkatan dengan memilih tahap kebolehan serta peningkatan yang sesuai. Hal ini akan memberi keseronokan dan menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti. Para pelajar akan kekal menyertai aktiviti secara konsisten dan penuh semangat. Pelajar juga akan bertungkus lumus memperbaiki prestasi kerana peluang masih ada serta dapat mengekalkan minat dan menghargai tunjuk ajar yang telah diperolehi.Objektif secara anatomi bagi Gaya Peningkatan ialah guru membuat keputusan dalam set pra impak. Murid membuat keputusan semasa set pra impak. Semasa post impak pula murid menilai prestasi mereka dan menentukan tahap yang perlu disambung.Ciri-ciri Gaya PeningkatanMatlamat gaya ini ialah murid mengambil bahagian secara berterusan dan selaras dengan perkembangan mereka. Memberi penekanan kepada murid yang masih berada di tahap pilihan dan berikan galakan kepada mereka. Stail ini menawarkan guru dan murid semasa pembelajaran yang lama dimana tugasan dijalankan secara individu. Stail ini juga menyediakan peluang penglibatan individu yang luas kepada murid. Dalam stail ini juga semua murid terlibat dalam aktiviti dan tahap kebolehan masing masing. Dalam stail ini setiap aktiviti akan mempunyai tahap yang berbeza tetapi tugasan yang sama. Kad tugasan dan arahan juga perlu disediakan. Stail ini berpusatkan pelajar secara individu. Murid akan membuat keputusan berdasarkan penilaian sendiri. Latihan dibenarkan untuk murid mencapai tahap yang lebih tinggi. Stail ini juga memberikan murid kebebasan untuk menentukan tahap pencapaian.Peranan guru dan muridPeranan guru dalam stail ini ialah membuat keputusan dalam set pra impak. Guru perlu memberi respon kepada peranan mengenai proses membuat keputusan. Guru juga perlu memantau proses pembelajaran dan membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh murid. Manakala peranan murid ialah membuat keputusan semasa set pra impak dan pasca impak. Murid juga membuat keputusan mengenai pemilihan dan pemulihan serta menentukan tahap mana harus disambung. Murid juga perlu membuat keputusan mengenai peningkatan dalam tahap dan menilai prestasi kendiri.Cara perlaksanaanSet pra impakSet pra-impak merupakan set perancangan. Semasa set perancangan, semua keputusan akan dibuat oleh guru. Guru akan menyediakan tugasan untuk program individu dan guru juga akan menyediakan ringkasan mengajar.Set impakTujuan set impak adalah untuk melibatkan pelajar secara aktif dan melaksanakan keputusan yang dibuat dalam tempoh pra-impak. Guru akan menerangkan atau bersoaljawab dengan murid mengenai konsep gaya peningkatan. Objektif utama akan dinyatakan dalam set ini dan guru juga akan menyatakan peranan pelajar yang mana melibatkan meninjau pilihan, pemilihan tahap yang sesuai, melakukan tugasan, menilai prestasi berdasarkan kriteria dan menentukan tahap seterusnya.Dalam set ini juga peranan guru akan diterangkan. Guru perlu menjawab soalan pelajar dan guru juga perlu mengutamakan komunikasi dengan pelajar. Fokus pembelajaran dan program individu akan diterangkan. Parameter akan ditetapkan dan kemudian murid akan bergerak dan memulakan peranan dan tugas masing masing.

Set pasca impakSet ini adalah pelajar menilai prestasi mereka melalui kad kriteria. Guru pula akan menyelia kelas untuk seketika dan kemudian bergerak untuk mendapatkan maklumbalas pelajar secara individu.Kekuatan dan KelemahanKekuatan dalam stail ini ialah prestasi murid dapat dinilai serta merta. Murid tidak akan terkongkong dengan arahan yang diberikan oleh guru. Murid juga dapat melakukan aktiviti pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing. Semangat bersaing antara pelajar dapat dipupuk secaa sihat. Stail ini juga akan dapat menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik dan mencabar.Antara kelemahan dalam stail ini pula ialah kawalan guru yang longgar boleh mengagalkan proses pembelajaran. Kejujuran murid dalam aktiviti sukar ditentukan. Stail ini memerlukan masa pembelajaran yang panjang dan peralatan yang banyak. Dalam stail ini juga kekurangan dalam persediaan bakal memberi kesan kepada prestasi murid. Stail ini juga tidak sesuai untuk pembelajaran bagi bilangan murid yang ramai.PenutupKesimpulannya, penglibatan pelajar dalam gaya peningkatan ini adalah maksimum. Semua pelajar akan dapat melakukan aktiviti mengikut kemampuan penguasaan kemahiran masing-masing. Kesukaran menguasai kemahiran yang dirancang oleh guru dari tahap mudah ke sukar melengkapkan stail ini. Tugas guru pula adalah menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan kepelbagaian kebolehan pelajarnya