stail c summary

Upload: fatin-nazirah

Post on 08-Aug-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/22/2019 Stail C Summary

    1/3

    NAMA : NURFATIN BT IDRUS

    NURUL AMIRAH NADIA BT MASUD

    STAIL BERGANDINGAN/TIMBAL BALIK

    DEFINISI Stail ini merupakan satu teknik pengajaran berpasangan yangmenggunakan rakan pasangan sebagai penilai (observer).

    Observer ini juga bertindak sabagai pembimbing serta memberi

    rangsangan kepada pelaku (doer) untuk melakukan tindakbalas

    yang betul mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh guru.

    OBJEKTIF Objektif terbahagi kepada dua kategori iaitu objektif berasaskan

    kepada kandungan isi pembelajaran dan objektif instrinsik

    yang berasaskan kepada tingkahlaku pelajar.

    Pelajar dapat mengulangi peluang-peluang untukmelakukan tugasan secara spesifik dengan pemerhatian

    secara peribadi.

    Pelajar juga dapat membayangkan langkah, turutan dan

    tugasan secara terperinci.

    Pelajar dapat mengenalpasti dan membetulkan kesalahan

    yang dilakukan oleh pasangan yang dinilai dengan segera.

    Untuk memperluaskan kemahiran pergaulan dan

    berkomunikasi.

    Untuk melatih kemahiran dan komunikasi danmengeratkan persahabatan sesama ahli

    Untuk membina tahap kesabaran, toleransi dan menerima

    perbezaan lain terhadap pasangan

    PRA IMPAK Peranan guru

    1. Guru membuat keputusan dalam menyediakan kandungan isi

    mata pelajaran dan bentuk pembelajaran. Guru menentukan

    tajuk, fokus dan objektif pembelajaran dalam butiran khusus

    mengajar.

    2. Guru membentuk kriteria-kriteria yang akan dinilai di dalam

    kad tugasan. Guru menyediakan kriteria-kriteria tersebut.

    3. Guru juga menentukan gaya pembelajaran yang akan

    dijalankan.

    Peranan murid

    4. Menerima ciri persembahan yang betul daripada guru dengan

    menggunakan kad kriteria yang telah ditetapkan.

  • 8/22/2019 Stail C Summary

    2/3

    IMPAK Peranan guru

    1. Guru hendaklah memberitahu pelajar tujuan stail C ialah untuk

    belajar dengan rakan sepasangan dan mempelajari

    bagaimana memberi maklumbalas kepada pasangan.

    2. Menerangkan organisasi semasa melakukan aktiviti dan

    peranan masing-masing sebagai pelaku dan penilai.

    Peranan murid

    3. Peranan pelaku (doer) ialah melaksanakan tugasan yang

    diarahkan serta melakukan semua 9 keputusan seperti di

    dalam gaya Stail B. Dalam situasi ini pelaku hanya boleh

    berkomunikasi dengan penilai.

    4. Memerhati persembahan atau tindakan pelaku.

    5. Memastikan pencapaian pelaku adalah bertepatan dengan

    kriteria yang telah ditetapkan.

    6. Peranan penilai (observe) ialah memberi maklumbalas pelaku

    berdasarkan kriteria yang disediakan oleh guru dalam kad

    tugasan.

    7. Maklumbalas ini dilakukan semasa dan selepas melakukan

    aktiviti. Semasa pelaku membuat keputusan dalam impak,

    penilai pula membuat keputusan dalam pasca impak .

    POS IMPAK Peranan guru

    1. Membanding dan membezakan pencapaian pelaku dengan

    kriteria yang telah ditetapkan.

    2. Memaklumkan hasil pemerhatian penilai kepada pelaku.

    KEBAIKAN 1. Guru dapat membentuk sosialisasi antara penilai dengan

    pelaku sebagai matlamat di dalam proses pendidikan.

    2. Guru mengenalpasti kepentingan mendidik pelajar dengan

    membekalkan maklumbalas yang berobjektif kepada semua

    pelajar.

    3. Guru boleh memindahkan autoriti kepada pelajar untuk

    memberikan maklumbalas kepada pasangannya.

    4. Pelajar melibatkan diri di dalam aktiviti berpasangan dan boleh

    membuat keputusan tambahan.

    5. Pelajar mendapat maklumbalas segera daripada penilai dan

    boleh memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.

  • 8/22/2019 Stail C Summary

    3/3

    KELEMAHAN 1. Kemungkinan terjadinya konflik antara pasangan dan akan

    menggagalkan interaksi semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran dijalankan.

    2. Fungsi guru berkurangan kerana hanya bertindak sebagai

    fasilitator.

    3. Sesuai kepada pelajar yang memerlukan bimbingan rakan

    sebaya dan tidak kepada keseluruhan pelajar.

    4. Sesetengah pelajar kurang senang menerima teguran dan

    diperbetulkan kesilapannya oleh rakan berbanding dengan

    teguran oleh guru.

    RUMUSAN 1. Stail C boleh digunakan untuk membina dan memupuk

    perkembangan seseorang pelajar.

    2. Dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran pelajar melalui

    maklumbalas segera yang diberikan oleh pembimbing

    3. Dapat memperkembangkan kreativiti pelajar tanpa terikat

    kepada guru