stail a

7
GAYA - ARAHAN Pendidikan jasmani merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai satu cara utama untuk menggalakkan psikomotor, kognitif dan afektif dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup (Holst , 1993). Pada masa kini, terdapat pelbagai stail atau kaedah yang guru boleh pilih dan gunakan untuk mengajar pelajar. Terdapat sembilan stail atau gaya pengajaran yang disarankan oleh Masston & Ashworth (1986). Antaranya adalah stail arahan. Gaya arahan merupakan satu gaya tradisional di mana guru mengawal kelas sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan. Guru menjadi tumpuan utama dari awal hingga akhir dan memainkan peranan dalam membuat keputusan terhadap perjalanan PdP di dalam kelas. Gaya ini juga memberi peluang kepada guru menggunakan kuasa autonomi untuk memberikan arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak memberikan komen dan ulasan terhadap prestasi murid- murid. Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran daripada guru. Murid akan meniru setiap perlakuan guru. Konsep Antara konsep gaya arahan adalah guru akan memberikan demonstrasi yang betul, serta menekankan dan menjelaskan perkara-perkara tertentu yang penting dalam pergerakan itu. Demonstrasi itu memberikan peluang kepada pelajar untuk melihat kemahiran yang dilakukan dengan tepat. Selain itu, guru membimbing pelajar dalam langkah-langkah melakukan pergerakan tersebut. Kemudian, pelajar- pelajar membuat dan mengulangi perlakuan tersebut berulang kali

Upload: muhammad-amin

Post on 07-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sfdfdsgfg

TRANSCRIPT

GAYA - ARAHANPendidikan jasmani merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai satu cara utama untuk menggalakkan psikomotor, kognitif dan afektif dalam usaha untuk meningkatkan kualiti hidup (Holst , 1993). Pada masa kini, terdapat pelbagai stail atau kaedah yang guru boleh pilih dan gunakan untuk mengajar pelajar. Terdapat sembilan stail atau gaya pengajaran yang disarankan oleh Masston & Ashworth (1986). Antaranya adalah stail arahan.Gaya arahan merupakan satu gaya tradisional di mana guru mengawal kelas sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan. Guru menjadi tumpuan utama dari awal hingga akhir dan memainkan peranan dalam membuat keputusan terhadap perjalanan PdP di dalam kelas.Gaya ini juga memberi peluang kepada guru menggunakan kuasa autonomi untuk memberikan arahan satu persatu, melakukan demonstrasi dan berhak memberikan komen dan ulasan terhadap prestasi murid-murid. Oleh itu, murid perlu memberikan perhatian sepenuhnya terhadap arahan dan pengajaran daripada guru. Murid akan meniru setiap perlakuan guru.

Konsep Antara konsep gaya arahan adalah guru akan memberikan demonstrasi yang betul, serta menekankan dan menjelaskan perkara-perkara tertentu yang penting dalam pergerakan itu. Demonstrasi itu memberikan peluang kepada pelajar untuk melihat kemahiran yang dilakukan dengan tepat. Selain itu, guru membimbing pelajar dalam langkah-langkah melakukan pergerakan tersebut. Kemudian, pelajar-pelajar membuat dan mengulangi perlakuan tersebut berulang kali sehingga mereka menguasai aktiviti tersebut.Dalam gaya Arahan juga, guru memainkan peranan dalam membantu pelajar yang betul-betul lemah dengan memberi tunjuk ajar secara individu.

Anatomi Gaya Arahan (STAIL A) Terdapat dua pembuat keputusan iaitu guru dan murid Guru membuat keputusan sama ada pada tahap pra impak, impak dan pasca impak Pelajar melakukan arahan guru Perhubungan secara langsung guru dan murid Rangsangan guru mendahului pergerakan pelajar Semua keputusan pada terletak pada guru berkaitan dengan lokasi,keadaan,masa permulaan,langkah dan irama,masa penamat, dan tempoh.

OBJEKTIF

Antara objektif gaya arahan adalah:a) Terhadap pembelajaran Guru memberi ulasan tentang prestasi pelajar Mencapai ketepatan sesuatu kemahiran yang diajar Dapat melihat hasil pembelajaran dengan kadar segera Dapat mengurus dan menggunakan masa dengan cekap.

b) Terhadap pelajar Meningkatkan kemahiran sosial dalam kumpulan Membina identiti dan semangat kekitaan dalam kumpulan Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan Meningkatkan disiplin pelajar Meningkatkan keupayaan pelajar untuk memberi perhatian ketika guru mengajar

Cara Perlaksanaan

Set pra impakSet pra-impak merupakan set perancangan. Semasa set perancangan, semua keputusan dalam anatomi dibuat selaras dengan pilihan tingkah laku dalam PdP dan ditentukan dengan membuat keputusan tentang objektif tugas. Perancangan ini akhirnya akan menghasilkan Rancangan Pengajaran.

Set impakTujuan set impak adalah untuk melibatkan pelajar secara aktif dan melaksanakan keputusan yang dibuat dalam tempoh pra-impak. Ia adalah masa untuk melaksanakan perancangan ke dalam tindakan. Guru bertanggungjawab dalam menentukan tempat kejadian dengan mengemukakan jangkaan pada setiap pengajaran kepada pelajar. Pelajar harus mengetahui jangkaan yang ditetapkan. Pengenalan awal Peranan / KelakuanGuru menjelaskan kepada pelajar bahawa apabila guru dan pelajar sedang dalam keadaan berhadapan, pelbagai keputusan boleh dibuat oleh guru. Keputusan-keputusan ini akan ditentukan oleh guru bergantung kepada apa yang hendak dicapai oleh guru dalam PdP tertentu.Salah satu daripada urusan tertentu adalah di mana peranan guru untuk membuat semua keputusan dan peranan pelajar adalah untuk mengikut, melaksanakan, dan bertindak balas terhadap setiap keputusan dan arahan (rangsangan). Satu siri pengajaran dalam gaya ini memudahkan pencapaian objektif seperti replikasi model, ketepatan dan prestasi, dan serentak prestasi. Permulaan Pengenalan - PembelajaranGuru menunjukkan tugas keseluruhan, bahagian-bahagian, dan istilah yang digunapakai (berbeza-beza mengikut tujuan). Guru juga perlu menetapkan model sebelum perlaksanaan aktiviti. Demonstrasi itu boleh menggunakan video atau gambar kepada pelajar supaya dapat melakukan sesuatu kemahiran itu dengan betul. Guru juga menjelaskan turutan pergerakan atau butiran yang perlu bagi memahami tugas dengan cekap atau selamat. Tugas-tugas yang berbeza memerlukan masa yang berbeza untuk demonstrasi dan penerangan.

Permulaan Pengenalan - Prosedur LogistikGuru menetapkan persediaan dan arahan untuk pengajaran. Ini mungkin berubah semasa proses PdP. Kebanyakan pengajaran perlu menitikberatkan mengenai masa, lokasi, peralatan dan pakaian. Prosedur logistik lain boleh dikenal pasti, bergantung kepada jangkaan pembelajaran atau jangkaan tingkah laku. Oleh itu, guru dan pelajar perlu bersedia sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Para pelajar perlu bertindak balas mengikut arahan dan prosedur rentak sokongan yang dijalankan oleh guru.

Set pasca impakSet ini adalah guru membuat maklum balas kepada pelajar mengenai prestasi pelajar.Menerangkan semula tajuk dan kemahiran-kemahiran supaya pelajar betul-betul memahami konsep sesuatu kemahiran tersebut.

PERANAN GURU DAN MURIDPrinsip gaya arahan adalah guru perlu mengekalkan kawalan mutlak ke atas kelas dan mesti melaksanakan struktur pengajaran yang ketat dan sangat terkawal. Pelajar-pelajar dalam kelas pula perlulah mematuhi arahan guru dan melaksanakan semua aktiviti dengan standard yang diperlukan dan dalam had masa yang diberikan. Dalam kaedah ini, peranan guru adalah untuk melaksanakan semua urutan pembelajaran yang telah dirancang, manakala pelajar dikehendaki mengikuti dan mematuhi semua peraturan dan sekatan yang dilaksanakan sepanjang pengajaran.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

KELEBIHAN Tugas dapat disiapkan tepat pada masanya Guru mempunyai kawalan mutlak ke atas kelas Berpotensi lebih baik untuk dilaksanakan seperti yang dirancang Dapat membantu meningkatkan tahap disiplin di dalam kelas Memberi peluang yang lebih kepada guru untuk memantau isu-isu keselamatan utama Murid dapat mempelajari sesuatu kemahiran dengan jelas melalui demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru Kekerapan peniruan akan menghasilkan keseragaman Boleh dibahagikan kepada unit-unit kecil Isi pelajaran tetap

KEKURANGAN Pelajar tidak mendapat input dalam pelajaran itu dan mungkin gagal untuk mendalami Tiada fikiran kreatif yang terhasil oleh pelajar Menganggap semua individu mempunyai kebolehan yang sama dan dengan itu ia menyebabkan bakat yang ada dalam seseorang individu itu tersekat Mengurangkan interaksi sosial dan motivasi Penyalahgunaan kuasa oleh guru Tidak mementingkan saluran emosi dan sosial

KESIMPULANKaedah ini sememangnya sesuai untuk satu aktiviti aras yang tinggi dan perlu mengutamakan keselamatan.Keperluan gaya ini juga sesuai ketika masa PdP adalah terhad. Ia juga sesuai untuk pembelajaran pada peringkat awal bagi memudahkan murid memahami tajuk.