sptsbadminton-140804223846-phpapp02

63
 MEMANAH  BADMINTON

Upload: qifaysvg

Post on 05-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fd

TRANSCRIPT

  • MEMANAH

    BADMINTON

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON2 3

    BAB PERKARA MUKA SURAT 1. LATAR BELAKANG 1,1 Pendahuluan 1.1 Latar Belakang SPTS 1.2 Konsep Program 1.3 Objektif Jangka Pendek 1.4 Objektif Jangka Panjang 1.5 Pusat Latihan SPTS2 PENGENALAN DAN SEJARAH SUKAN BADMINTON 2.1 Sejarah Dan Perkembangan 2.2 Perkembangan Sukan Badminton di Malaysia3 UNDANG-UNDANG BADMINTON4 KECERGASAN FIZIKAL 4.1 Konsep Kecergasan 4.2 Kaedah Latihan 4.3 Prinsip Latihan 4.3 Aktiviti Memanaskan Badan 4.4 Aktiviti Gerak Kendur5 KEMAHIRAN ASAS BADMINTON 5.1 Kemahiran 5.1.1 Genggaman/Pegangan Asas 5.1.2 Servis 5.1.3 Pukulan Belakang Gelanggang (Lob) 5.1.4 Pukulan Lob Kilas (Backhand) 5.1.5 Pukulan Junam (Drop) 5.1.6 Pukulan Smash 5.1.7 Pukulan Di Jaring

    ISI KANDUNGAN

    5.1.8 Pukulan Tengah Gelanggang (Drive) 5.1.9 Pukulan Menghadang (Blok) 5.1.10 Pergerakan Asas Kaki (Footwork) 5.2 Latihan Kemahiran 5.2.1 Latih Tubi 5.2.2 Taktik dan Strategi Permainan6 PROGRAM LATIHAN 6.1 Program Latihan Tahunan 6.2 Program Latihan Mingguan 6.3 Program Latihan Harian7 PEMILIHAN ATLET 7.1 Program TID8 KECEDERAAN DAN PEMAKANAN

    Lampiran I Buku LogLampiran II Borang Prestasi PemainLampiran III Borang Kebenaran Ibu BapaLampiran IV Laporan Bulanan

    ISI KANDUNGAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON4 5

    LATAR BELAKANG

    LATAR BELAKANG

    BAB 1 : LATAR BELAKANG

    1.1 PENDAHULUANSukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) merupakan Program pembangunan Sukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Tujuan penubuhannya adalah bagi mengenalpasti bakat-bakat muda bagi sukan yang berprestasi tinggi diperingkat sekolah khususnya.

    1.2 LATAR BELAKANG SPTSPada 10 Julai 2007 kertas konsep SPTS telah dibentang kepada YB Men-teri Pelajaran Malaysia dan pada 31 Julai 2007. Kertas konsep SPTS ini tel-ah dibentang pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS). Hasil pembentangan ini JKPS telah mengarahkan KPM dan Kemen-teriaan Belia dan Sukan (KBS) menyelaraskan senarai sukan SPTS. Pada 14 Ogos 2007 satu mesyuarat teknikal jawatan kuasa bersama di antara KPM yang diwakili JPJS dengan KBS yang diwakili oleh Majlis Su-kan Negara (MSN) telah diadakan. Hasil mesyuarat itu telah memutuskan bahawa sukan yang disenaraikan untuk SPTS adalah:

    Sepak Takraw Memanah

    Gimnastik Artistik Gimrama

    Hoki ( Lelaki & Perempuan) Olahraga

    Badminton Bola Sepak

    Pada 19 Disember 2007, sekali lagi Mesyuarat Teknikal Jawatankua-sa bersama di antara KPM dan KBS diadakan. Dalam mesyuarat ini telah diputuskan bahawa KPM melaksanakan sepenuhnya 3 jenis sukan iaitu Sepak Takraw, Memanah dan Bola Sepak mulai Januari 2008. Sepak Takraw dan memanah dijalankan di Pusat Latihan Daerah yang dilantik . manakala bola sepak akan dijalankan di Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri. Pada 24 Jun 2009, satu lagi mesyuarat teknikal jawatan kua-sa akanbersama di antara KPM dan KBS diadakan. Mesyuar-at bersetuju untuk menambah 4 lagi jenis sukan Teras MSN yang akan dilaksanakan di bawah Pogram SPTS, KPM. Sukan tersebut ialah Badminton , Olahraga (Lelaki & Perempuan), Hoki, Gimnas-tik (Gimnastik Artistik dan Gimrama). Disamping itu sukan Bola Sepak akan diperluaskan ke Pusat latihan Daerah mulai tahun 2009.

    1.3 KONSEP PROGRAM Program SPTS adalah untuk melatih atlet muda yang berbakat di per-ingkat sekolah (berumur antara 6 tahun hingga 18 tahun) dalam jumlah yang ramai. KPM berharap dengan cara ini, pembentukan atlet atau pasu-kan remaja kebangsaan akan lebih mudah dilakukan . Atlet yang dikenal-pasti akan dilatih di Pusat Latihan Daerah (PLD). Setiap PLD yang terpilih akan menjalankan 1 jenis sukan SPTS. Jurulatih yang ditempatkan di PLD adalah terdiri daripada kalangan guru (DG). Jurulatih yang dilantik dipilih samada daripada sekolah PLD atau sekolah sekitar PLD.

    1.4 OBJEKTIF JANGKA PENDEKMelalui program SPTS ini Kementerian Pelajaran Malaysia berharap akan

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON6 7

    LATAR BELAKANG

    Hanya JPN Wilayah Persekutuan Putrajaya yang tidak mempunyai SSN.

    3. Sekolah Sukan Malaysia (SSM)Terdapat 2 SSM iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil , Kuala Lumpur dan Sekolah Sukan Bandar Penawar , Johor.

    BAB 2 : PENGENALAN DAN SEJARAH SUKAN BADMINTON

    2.1. Sejarah dan Perkembangan. Badminton adalah salah satu sukan raket yang terpantas di dunia dan memerlukan tindakbalas yang cepat dan perlu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Kelajuan bulu tangkis telah di catatkan melebihi 421 km/j di ke-johanan antarabangsa yang utama. Badminton dipercayai berasal dari India yang dikenali sebagai permainan poone (poona). Perkataan ini berasal dari-pada nama sebuah kota di India. Sementara di Eropah pula, sejenis permain-an yang menyerupai badminton tetapi disebut Battledore

    (SSM) bagi menjadi juara peringkat umur di kejohanan MSSM.3. Melahirkan jurulatih SPTS yang bertauliah dari kalangan guru.

    1.5 OBJEKTIF JANGKA PANJANGMelalui program SPTS ini Kementerian Pelajaran Malaysia berharap akan dapat :1. Melahirkan juara di peringkat muda dalam sukan (SPTS) hingga keper-ingkat Olimpik dan Dunia .2. Melahirkan juara sukan remaja di peringkat ASEAN ,Asia , Komanwel dan Dunia.3. Menjadi juara peringkat remaja sebelum menjadi Juara Senior . Sebagai contoh Sepak Takraw perlu menjadi johan sekolah ASEAN sebelum johan di sukan SEA .

    1.6 JENIS PUSAT LATIHAN SPTS1. Pusat Latihan Daerah (PLD).PLD dilantik daripada sekolah harian. Ia dikenalpasti oleh Pejabat Pelaja-ran Daerah(PPD). Sekolah yang dikenal pasti perlu ada kemudahan sukan, pasarana dan jurulatih mengikut jenis sukan SPTS. PLD yang telah dikenal pasti dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk pengesahan. JPN memanjangkan ke Bahagian Sukan Seni Dan Kokurikulum (BSSK), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk perlantikan.2. Sekolah Sukan Negeri (SSN)Mulai tahun 2009 terdapat 15 buah SSN di setiap negeri telah ditubuhkan.

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON8 9

    Pada tahun 1870, Duke of Beauford telah menyaksikan sejenis permainan menggunakan raket dan bulu tangkis di sebuah tempat bernama Badmin-ton. Beliau amat tertarik dengan permainan itu dan bersetuju menamakan sebagai permainan badminton sempena nama tempat permainan itu di temui.

    Undang-undang pertama telah ditulis di Poona, India pada 1873. Pada masa itu, badminton lebih dimainkan sebagai permainan luar (out-door). Pada 1893, 14 kelab di England mengadakan perjumpaan untuk menyiapkan satu draf set undang-undang yang seragam. Badminton di-mainkan dalam gelanggang yang berbentuk pasir (hour glass) selepas ta-hun 1900. Tetapi pada tahun 1901, satu set undang-undang seragam telah didrafkan dan badminton telah dimainkan di atas gelanggang segiempat sehingga ke hari ini.

    KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN

    2.2 Perkembangan Sukan Badminton Di Malaysia Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809 dan dimain-kan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East In-dia di Suffolk House, kediaman bagi Captain Francis Light. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Gambar permainan ini dimainkan oleh orang perempuan dan juga pegawai British boleh dilihat di Muzium Pulau Pinang.

    Pada tahun 1925, Persatuan Badminton Pulau Pinang telah ditu-buhkan. Sekaligus menubuhkan organisasi sukan pertama di negara ini. Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak. Seorang dermawan, Foong Seng kemudian telah menaja pertandingan piala antara negeri ber-pasukan untuk lelaki. Pada 1937, pertandingan Foong Seong Cup telah di-mainkan di Perak dan Pulau Pinang merupakan juara pertama kejohanan

    KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON10 11

    itu. Persatuan Badminton Malaya kemudian menyertai Persekutuan Bad-minton Antarabangsa pada 1937. Pada tahun 1941, Chee Choon Kheng telah menjadi pemain Ma-laya pertama untuk memenangi All India Championship. Pada 1948-1949, Malaya telah menjuarai Thomas Cup yang baru diperkenalkan dan Ooi Teik Hock dan Teoh Seng Khoon merupakan pemain Malaysia pertama memenangi pertandingan All England. Pada masa itu juga, peraturan un-tuk Piala Foong Seong telah diubah untuk menyeragamkannya dengan Pi-ala Thomas. Setelah itu pemain Malaysia semakin menyerlah di peringkat antarabangsa.

    BAB 3 : UNDANG-UNDANG BADMINTON

    3.1 Gelanggang Ukuran untuk garisan adalah selebar 40mm (1.5). Tinggi jaring ada lah 1.55m (5 1) di tiang dan 1.524m (5) di tengah-tengah gelang gang. Untuk perseorangan dan beregu, kawasan garisan servis pendek dikira luar semasa servis. Dalam beregu, kawasan antara garisan belakang dan garisan servis beregu adalah luar semasa servis. Dalam beregu, kawasan gelanggang 6.10m x 13.40m (20 x 44) adalah digunakan manakala perseorangan ialah 5.18m x 13.40m (17 x 44)

    KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN

    Memulakan Permainan

    Bagi memulakan permainan, undian toss perlu dibuat terlebih dahulu dengan menggunakan bulutangkis atau syiling. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau memilih petak gelang-gang.

    3.3 Pengiraan Mata

    Menggunakan sIstem 21 mata (rally point system best of three) yangdiiktiraf oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

    KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON12 13

    3.4 Servis

    Pembuat dan penerima servis akan berdiri bertentangan di petak servis masing-masing.Semasa melakukan servis kepala raket perlu berada di pa-ras bawah pinggang pembuat servis.

    KURIKULUM-SUKATAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON14 15

    3.5. Raket

    Raket merupakan peralatan yang paling penting untuk pemain badmin-ton. Saiz rangka raket adalah dikawal oleh undang-undang badminton.

    Dalam pemilihan raket yang sesuai untuk digunakan, pemain harus memberi perhatian kepada faktor berat, keseimbangan, kelenturan dan daya ketahanan. Berat raket antara dari 80 100 gm. Raket yang ringan mudah dihayunkan dengan laju dan mudah dikawal tetapi kurang kekua-tan. Raket yang seimbang dapat menyeimbangkan di antara kawalan dan kekuatan. Raket yang lebih melentur memberi kawalan yang baik manakala yang keras memberi lebih kekuatan.

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

    3.6. Tali raket Tali dipilih berdasarkan kekuatan penolakan, kawalan dan daya ketahanannya. Tali yang lebih nipis akan memberi kekuatan penolakan dan menghasilkan lebih kekuatan atau lebih lazim dipaggil lebih tension. Sebaliknya tali yang lebih tebal memberi lebih kawalan dan daya keta-hanan.

    3.7. Grip Raket Ketebalan adalah penting untuk memilih grip raket yang sesuai. Tapak tangan yang kecil harus menggunakan raket dengan grip yang kecil supaya genggaman raket mereka lebih selesa dan membolehkan mereka

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON16 17

    membuat pukulan yang baik dan membolehkan pemain mempunyai lebih kawalan manakala grip yang tebal membolehkan pemain mempunyai lebih kekuatan.

    3.8. Bulutangkis

    Bulutangkis diperbuat daripada bulu angsa atau itik dan sintetik (plastik). Bulutangkis sintetik adalah lebih tahan lama tetapi kekurangan sentuhan, penerbangan dan kelajuan yang asli. Bulutangkis bulu lebih mudah rosak berbanding dengan bulutangkis sintetik tetapi mudah dikawal dengan adalah kawalan tangan pemain. Bulutangkis mempunyai beberapa kelajuan yang berlainan.

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

    3.9. Kasut

    Kasut yang sesuai haruslah ringan, mempunyai grip yang baik, dan mempunyai cushioned insole untuk menyerap tekanan ke atas lutut dan kaki.

    3.10. Pakaian Pakaian perlu sesuai supaya tidak mengganggu pergerakan. Paka-ian juga harus dibuat oleh bahan yang mudah menyerap peluh kerana pe-main badminton banyak berpeluh.

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON18 19

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

    BAB 4 : KECERGASAN FIZIKAL.

    Konsep Kecergasan

    Kecergasan fizikal merupakan aspek terpenting bagi setiap pemain dalam permainan badminton. Setiap pemain perlu mencapai satu tahap kecergasan yang tinggi sebelum menghadapi satu-satu pertandingan. As-pek yang perlu diberikan penumpuan semasa menjalani latihan ke-cergasan fizikal ialah aspek aerobik. Ini kerana permainan badminton ber-langsung dalam jangka masa yang panjang dan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Aktiviti-aktiviti seperti smesy, lob, dan drive pula melibatkan penggunaan tenaga anaerobik. Sebelum seseorang jurulatih menjalani latihan kecergasan fizikal seharusnya seseorang jurulatih itu perlu mengetahui dengan mendalam komponen-komponen utama kecer-gasan fizikal dalam sukan bdminton.

    Komponen Kecergasan Fizikal Dalam Sukan Badminton Kekuatan Otot

    Kekuatan otot ialah keupayaan satu atau lebih atau sekumpulan otot mengaplikasi daya bagi mengatasi bebanan dan rintangan. Contohn-ya, penggunaan bisep dan trisep semasa melakukan kemahiran smesy.

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON20 21

    Daya Tahan Otot

    Daya tahan otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot un-tuk melakukan aktiviti secara berulang-ulang tanpa merasa letih dan lesu Contohnya, daya tahan otot kuardrisep dan gastrocnimeus membolehkan pemain berlari dalam gelanggang secara berterusan. Daya Tahan Kardiovaskular

    Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan melakukan aktiviti aerobik secara berterusan dalam jangka masa yang lama. Contohnya, pe-main mampu bermain secara konsisten sepanjang permainan berlangsung serta mampu memulihkan tenaganya dengan cepat.

    Komposisi Badan

    Merujuk kepada tahap kandungan dan berat lemak yang terdapat kepada pemain badminton. Formula yang digunakan adalah seperti beri-kut: Jumlah Berat Badan = Berat Badan Tanpa Lemak + Berat Lemak Lelaki 8 -12 % Perempuan 10-15 % Remaja 8 -12 %

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

    Fleksibiliti

    Kemampuan atlet menggerakkan sendi badan melalui julat perger-akan yang maksimum tanpa merasa sebarang tekanan atau sakit.Fleksi-biliti yang tinggi akan memberikan kelebihan kepada atlet untuk bergerak dengan efisien dan dapat mengelak daripada kecederaan.

    Kepantasan

    Keupayaan individu untuk menggerakkan seluruh tubuh badan atau bahagian anggota badan dengan cepat. Contohnya, pemain badmin-ton perlu melakukan pergerakan yang pantas ke hadapan semasa mel-akukan kemahiran net.

    Ketangkasan

    Keupayaan badan menukarkan arah pergerakan dengan cepat dan berkesan tanpa kecederaan. Ketangkasan boleh diperbaiki dengan Iatih tubi yang mempraktikkan ketangkasan. Contohnya, atlet perlu mempun-yai ketangkasan yang baik untuk menukar arah ke belakang.

    Koordinasi

    Keupayaan menyelaras anggota badan semasa membuat sesuatu pergerakan dengan sempurna dan selamat. Biasanya koordinasi meli-batkan deria seperti mata dan anggota badan yang terlibat. Contohnya,

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON22 23

    melompat sambil melakukan pukulan smesy. Kuasa

    Keupayaan untuk menghasilkan daya yang maksimum dalam tem-poh masa yang singkat. Contohnya, otot kuardrisep yang kuat akan mem-punyai kuasa tinggi melalui penguncupan yang pantas.

    Imbangan

    Keupayaan atlet untuk mengekalkan kestabilan kedudukan badan. Sebagai contoh komponen ini adalah penting semasa mendarat dengan selamat selepas melakukan smesy.

    Masa Tindak balas

    Keupayaan untuk bertindak secara spontan dalam jangka masa yang singkat untuk menghasilkan reaksi daripada rangsngan. Contohn-ya, pemain badminton yang mempunyai reaksi yang baik boleh mengawal permainan dengan baik.

    KAEDAH LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL

    Diklasifikasikan mengikut penggunaan atau keperluan sistem tenaga sep-erti: Kaedah Latihan Aerobik.

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

    Kaedah Latihan Anaerobik.

    Kaedah Latihan Aerobik

    Latihan aerobik melibatkan pengambilan, pengangkutan dan penggunaan oksigen dengan berkesan.

    Latihan Jarak Jauh Perlahan (LSD) Latihan ini adalah untuk dan meningkatkan daya tahan aerobik. Lebih lama ataujauh seseorang itu dapat berlari secara berterusan, maka kesannya adalah lebih baik terhadap sistem kardiovaskular.

    Latihan Fartlek Latihan fartlek adalah kaedah latihan yang mempelbagaikan kela-juan larian untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan daya ta-han otot. Keadaan permukaan tanah yang pelbagai rupa serta lokasi yang berbeza dapat menimbulkan keseronokan kepada atlet. Walau bagaimana-pun, aspek keselamatan perlu diberi perhatian untuk mengelakkan keced-eraan semasa latihan.

    Kaedah Latihan Anaerobik

    Kaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen.

    PERSEDIAAN RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON24 25

    Latihan Jeda Jarak Dekat

    Prosedur lakuan bagi latihan jeda jarak dekat dan jeda jarak seder-hana adalah tidak berbeza berbanding latihan jeda jarak jauh. Jika latihan jeda jarak jauh banyak memberi penekanan kepada peningkatan kuasa aerobik, latihan jeda jarak dekat dan jeda jarak sederhana pula memberi tumpuan kepada peningkatan kapasiti anaerobik. Contoh larian 100 me-ter rehat 2 minit ulangan 3 hingga 4 set .

    Latihan Jeda Jarak Sederhana

    Latihan jeda jarak sederhana memberi tumpuan kepada pening-katan sistem tenaga anaerobik laktik Selain daripada itu, latihan ini juga melatih otot untuk bekerja dengan lebih baik walaupun kandungan laktat darah adalah tinggi. Jadual di bawah menunjukkan garis panduan pelak-sanaan latihan jeda jarak sederhana. Contoh larian 400 meter rehat 3 minit ulangan 3 hingga 5 set.

    Latihan bebanan Latihan bebanan adalah program latihan yang berpusat kepada penggunaan bebanan seperti dumbel, barbel dan mesin multi-gym untuk kecergasan otot sama ada bagi meningkatkan kekuatan, kuasa atau daya tahan otot. Beban dan ulangan kerja bergantung kepada objektif latihan. Pada dasamya bebanan yang tinggi iaitu 80% hingga 90% beban maksi-mum yang boleh diangkat sekali sahaja atau 1 RM (Repetition Maximum) dengan ulangan yang sedikit meningkatkan kekuatan otot. Manakala be-

    banan yang rendah iaitu (

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON26 27

    Ri. Objektif Latihan

    Jurulatih hendaklah menyatakan objektif latihan dengan jelas. Biarlah objektif latihan itu dapat diukur. Objektif tingkah laku (Behavioural Objectives) adalah menepati dan mudah dikesan.

    Contoh: Kemahiran Hantaran

    a. Objektif Psikomotor

    Adalah diharapkan pelatih-pelatih dapat membantu hantaran dalam jarak 30m tepat pada sasaran dengan kadar 8/10 kali.

    harus menumpukan kepada meningkatkan kerja-kerja ulangan bagi otot tersebut.

    Fasa Persediaan Penekanan diberikan untuk membina daya tahan kardiovaskular. Persediaan fizikal terhadap beban kerja yang lebih berat. Memperbaiki sikap dan tang-gung jawab terhadap latihan.Memperbaiki kelema-han kemahiran am

    Fasa Pra- pertandingan

    Memberikan penekanan kepada teknik teknik yang khusus.Penekanan kepada kecergasan fizikal yang lebih baik.Penekanan kepada sistem tenaga yang dominan.

    Fasa Pertandin-gan

    Meningkatkan taraf kemahiran teknik dan memperk-enalkan strategi-strategi permainan. Mengekalkan tahap kecergasan yang sedia ada.

    Fasa Luar musim

    Deconditioning secara beransur-ansur. Rehat aktif bagi mengekalkan tahap kecergasan dengan melibat-kan pemain dalam permainan lain seperti ping pong, bola tampar dan sebagainya. Menilai program lepas dan merancang program baru.

    RANCANGAN LATIHAN

    AKTIVITI MEMANASKAN BADAN

    Latihan pemanasan badan amat penting sebelum melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berat. Latihan ini hendaklah melibatkan kes-eluruhan otot-otot utama dan sendi-sendi. Latihan ini bertujuan; 1.1. Meningkatkan suhu badan. 1.2. Meningkatkan kadar pengaliran darah dalam badan. 1.3. Menyediakan otot-otot sebelum melakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berat. 1.4.. Mengelakkan dari kecederaan. 1.5. Meningkatkan kadar nadi.

    Latihan memanaskan badan ini boleh dilakukan dengan membuat aktiviti renggangan seperti di bawah:-

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON28 29

    Memanaskan badan melibatkan dua fasa: mula dengan perlahan dan den-gan ansur maju meningkatkan intensiti secara ansur. Dua fasa tersebut adalah

    Fasa 1 : 1. Memanaskan Badan secara Am Fasa ini melakukan memanaskan badan tanpa menggunakan perala tan atau juga dengan peralatan. Tujuan fasa ini adalah:- - Pengaliran darah oksigen (meningkatkan kadar nadi jantung - Merengangkan otot-otot dan tendon ( memastikan semua bahagian tubuh badan di regangkan

    Fasa 2 :

    1. Mula dengan regangan pasif dan bergerak ke regangan dinamik. - Mobiliti sendi - berwaspada tentang pergerakan yang luar dari biasa yang akan mengakibatkan tekanan lebihan kepada sendi-sendi dan otot-otot. - Aktiviti regangan yang ringan.- 2. Memanaskan Badan secara spesif Fasa ini melibatkan - Aktiviti regangan sepsifik yang terus ke keseluruhan bahagian badan yang terlibat dengan permainan tersebut - Aktiviti mobiliti penekanan kepada pergerakan yang berkaitan

    RANCANGAN LATIHAN

    dengan permainan tersebut.

    AKTIVITI GERAK KENDUR.

    Sama seperti memanaskan badan dan fungsi utamanya adalah untuk mengembalikan tubuh badan ke tahap keadaan sebelum memulakan latihan atau mekanisma untuk membantu dalam pemulihan dan baik semula.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON30 31

    Durasi Menyejukkan badan mempunyai durasi atau tempoh antara 10 hingga 45 minit

    Tujuan Menyejukkan Badan

    Menyejukkan badan dilakukan kerana ia dapat: 1. Mengeluarkan laktid asid dari tubuh badan.(removal of poten tially harmful metabolites 2. Membekalkan nutrient yang ada ke otot-otot yang perlu. Mem bekal balik air dan bahan substrak ke tubuh badan 3. Mententeramkan sistem saraf keseluruhan badan

    5. KEMAHIRAN PERMAINAN BADMINTON

    5.1. Kemahiran asas Badminton 5.1.1. Genggaman/ Pegangan Asas (Basic Grips)

    Terdapat berlainan cara untuk memegang raket. Genggaman yang tidak baik akan menyebabkan kualiti dan kekuatan pukulan berkurangan. Pemain harus tahu untuk menukar cara genggaman bergantung kepada jenis pukulan yang ingin dilakukan.Sekiranya bulutangkis berada di seb-elah kanan raket, jadi genggaman sebelah kanan digunakan. Manakala jika di bahagian kiri raket, genggaman sebelah kiri digunakan. Ia bergantung kepada arah bulu tangkis.

    RANCANGAN LATIHAN

    Gambar menunjukkan cara memegang raket.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON32 33

    Genggaman/ Pegangan Asas Pukulan Kilas (Backhand Grip)

    Pukulan asas kilas digunakan apabila bulutangkis berada dituju di baha-gian kiri gelanggang sekiranya tangan kanan yang memegang raket. Cara ini juga digunakan apabila ingin membuat ketukan (tapping) bulutangkis yang hampir dengan jaring.

    RANCANGAN LATIHAN

    Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan.

    Pegang raket terlalu ketat. Pegang terlalu jauh dengan hujung pemegang. Raket di pegang dengan kesemua jari rata dan menghala secara tegak / lurus ke permukaan raket. Raket dipegang dengan ibu jari secara rata atas pemegang dan kesemua jari menghala ke atas permukaan raket.(sila lihat gambar di atas) Raket dipegang dengan ibu jari dan jari yang lain dengan mengulung keseluruhan pemegang. (sila lihat gambar di atas)

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON34 35

    Terdapat dua servis asas dalam badminton iaitu servis tinggi dan servis rendah. Variasi dalam servis termasuk juga servis tinggi ke bela-kang, servis flik dan servis deras. Servis tinggi dan flik biasanya digunakan oleh pemain peseorangan.

    5.1.2.1. Servis Tinggi

    Servis tinggi menyebabkan bulu tangkis jatuh secara menegak di belakang gelanggang pihak lawan dan pihak lawan susah melakukan puku-lan agresif. Pertama, beliau terpaksa bergerak kebelakang. Kedua, beliau

    RANCANGAN LATIHAN

    perlu mengunakan lebih hayunan kebelakang dan lebih banyak pergera-kan bahagian tubuh badan untuk menghasilkan daya yang lebih tinggi. Ketiga, tali raket akan menyentuh bahagian bulu tangkis dahulu dari ga-bus. Ini akan mengakibatkan kuasa pukulan pihak lawan berkurangan

    Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan

    Berdiri terbuka iaitu berdiri terlalu selari dengan sisi garisan atau badan bedepan secara perpenjuru dengan jaring. Badan condong ke belakang dan tidak bawah ke depan. Ikut lajak di pendekkan atau diberhentikan secara cepat. Condong kedepan semasa membuat servis. Memegang bulu tangkis dekat dengan badan.

    RANCANGAN LATIHAN

    5.1.2. Servis

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON36 37

    Memegang bulu tangkis terlalu rendah dan cuba membuat melebihi paras pinggang.

    5.1.2.2. Servis Rendah

    Tujuan servis ini memastikan bulu tangkis melepasi hampir jaring dan memasuki petak servis pihak lawan. Ini akan menyebabkan pihak lawan sukar untuk membuat pukulan yang mematikan bulu tangkis di depan jaring. Servis rendah boleh dilakukan secara hadapan atau fore-hand atau kilas atau backhand untuk kedua acara peseorangan atau beregu.

    Servis Rendah Forehand atau Hadapan

    Kedudukan dan posisi hampir sama dengan servis tinggi. Gunakan genggaman hadapan atau forehand tetapi pegang tengah genggaman raket. Iaitu genggaman pendek Genggaman pendek memberi kawalan yang lebih baik. Kuncikan pergelanggan tangan dan buat hayunan yang kecil Pegang bulu tangkis pada paras pinggang. Mengawal bulu tangkis rendah melepasi dekat jaring secara aksi yang licin.

    RANCANGAN LATIHAN

    Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan

    Bulu tangkis dipegang terlalu jauh dari badan. Hayunan ke belakang terlalu panjang. Memukul bulu tangkis terlalu kuat. Menggunakan pergelanggan tangan terlalu banyak menyebabkan bulu tangkis naik tinggi. Berdiri terlalu dekat dengan kawasan ( T ) garisan servis rendah. Servis kilas

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON38 39

    Servis kilas kerapkali di gunakan oleh ramai pemain-pemian beregu. Berdiri dekat dengan garisan servis. Gunakan genggaman kilas. Pastikan kaki raket di depan. Pegang bulu tangkis di bulunya. Gunakan hayunan yang kecil dan pukul bulu tangkis luar dari tangan.

    RANCANGAN LATIHAN

    Servis Flik

    Servis ini terutamanya digunakan oleh pemain beregu untuk mengejutkan pihak lawan bertujuan untuk mengelirukan pihak lawan den-gan memikirkan pukulan tersebut adalah servis rendah. Servis flik mesti dilakukan hampir sama dengan pergerakan servis rendah sehingga sentu-han yang terakhir dimana flik pergelanggang tangan akan menyebabkan penerbangan bulu tangkis deras melepasi jangkauan raket pihak lawan. Ikut lajak raket adalah lebih tinggi berbanding dengan servis rendah. Jika digunakan tidak kerap ia merupakan satu tindakan yang mengejut kepada pihak lawan dan pada ketika itu jika pihak lawan sangat berminat bergerak ke depan jaring ia terpaksa berwaspada.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON40 41

    Kesalahan-Kesalahan Yang Biasa Dilakukan

    Bulu tangkis dan raket dipegang terlalu dekat dengan badan. Menggunakan perggelangan tangan terlalu banyak. Membawa hayunan ke belakang terlalu ke belakang. Siku tidak cukup tinggi. Kaki tanpa raket letak di depan.

    Kesilapan PembetulanMenghantar bulu tangkis ke jaring

    Sudut permukaan reket perlu sedikit ter-buka untuk mengarah servis yang tinggi.

    Melakukan servis yang terlalu tinggi melepasi jaring untuk servis ren-dah.

    Tutup permukaan reket anda untuk me-mukul penerbangan bulu tangkis yang mendatar.

    Melakukan servis terlalu panjang melepasi gelang-gang perseorangan.

    Bergerak kedudukan memulakan servis ke belakang sedikit supaya anda berada di tengah gelanggang.

    Penerima servis berdiri terlalu dekat dengan garisan servis rendahnya.

    Pelbagaikan servis dengan campuran servis tinggi dan lebar untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh dari garisan servis rendah.

    Penerima servis dapat bergerak ke depan dan mematikan servis anda.

    Pelbagaikan servis anda iaitu dengan pel-bagai jenis jenis servis atau dalam arah dan kedudukan servis.

    RANCANGAN LATIHAN

    Penerima servis berdiri terlalu dekat dengan garisan servis rendahnya.

    Pelbagaikan servis dengan campuran servis tinggi dan lebar untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh dari garisan servis rendah.

    Rasa terancam dan takut se-belum melakukan servis.

    Tumpukan kepada bulu tangkis selama yang anda dapat. Cuba melihat bulu tangkis menyentuh raket, dan jan-gan melihat pergerakan pihak lawan bergerak sebelum melakukan servis.

    Melakukan servis yang tidak konsisten, keletihan atau kurang yakin.

    Cuba berada dalam keadaan baik dan tumpuan tinggi. Keletihan sentiasa mengakibatkan tidak konsisten. Lati-han mental dan fizikal akan memberi anda ketekalan dan keyakinan.

    Membuat hayunan dan tidak kena sasaran bulu tangkis semasa servis.

    Anda boleh juga memendekkan hayu-nan anda, memendekkan gengaman raket atau jatuhkan bulu tangkis dari ketinggian yang rendah.

    Membalas servis tinggi terlalu dekat jaring atau dekat den-gan tengah gelanggang.

    Arahkan pukulan balas servis tinggi anda ke empat penjuru gelanggang pihak lawan.

    Melakukan pukulan balas servis rendah atau pukulan terus ke pihak lawan.

    Tolak atau membuat pukulan balas ke sisi garisan melepasi pihak lawan dekat dengan jaring.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON42 43

    5.1.2.3. Menerima Servis

    Apabila sedang menerima servis, pemain harus lebih bersedia bu-kan hanya dari segi mental tetapi juga bersedia dari segi fizikal. Adalah penting raket dipegang di posisi hadapan badan. Lutut dibengkokkan sedikit dengan kaki di hadapan, iaitu tangan yang bukan memegang raket. Penerima servis harus berada di posisi seperti ingin menyerang. Dalam keadaan ini, pemain harus tahu untuk bertindak dalam apa jua cara servis yang dilakukan oleh pihak lawan.

    Dalam permainan perseorangan, keluasan gelanggang bagi pe-main untuk membuat servis adalah luas. Oleh itu pemain harus berdiri di posisi tengah gelanggang di mana bersesuaian dan memudahkan semasa menerima servis.

    Dalam beregu pula, pemain harus berdiri berdekatan dengan garisan servis. Ini kerana pemain beregu perlu mengawal bahagian ha-dapan dan belakang gelanggang. Walaubagaimana pun, kawasan servis untuk beregu lebih kecil berbanding dengan perseorangan.

    Kesalahan Biasa

    Bulutangkis dicapai terlalu perlahan. Hanyunan yang terlalu kuat..

    RANCANGAN LATIHAN

    Raket berada di bawah dari badan. Masalah pergerakan kaki (Footwork) lambat bertindak Raket dipegang terlalu tinggi atau terlalu rendah.

    5.1.3. Pukulan belakang gelanggang ( Lob )

    Lob adalah pukulan yang sangat penting dalam pukulan over-head. Ia digunakan dalam acara peseorangan untuk mengerakkan pihak lawan ke belakang gelanggang dan mewujudkan ruang di depan gelang-gang. Dengan mengunakan pukulan lob, seseorang pemain mempunyai masa dan dapat kembali ke kawasan tengah atau pusat operasi. Jika puku-lan lob dilakukan dengan mendatar dan laju maka ia dikenali sebagai pukulan lob serangan. Ini akan memaksa pihak lawan untuk bergerak cepat ke belakang gelanggang.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON44 45

    Kawasan sentuhan pukulan overhead

    Reket condong ke depan Sentuhan sudut tepat

    Reket condong belakang Reket condong ke depan : smash Sentuhan sudut tepat : lob serangan atau ofensif Reket condong belakang : lob defensive

    RANCANGAN LATIHAN

    Apabila bulu tangkis diberi pukulan yang tinggi, maka ia dikenali sebagai defensif lob. Pukulan ini dimainkan apabila pemain-pemain me-merlukan masa atau apabila mereka dalam keadaan bertahan atau defensif. Berdiri sisi dengan bahu tanpa raket berdepan dengan jaring. Pastikan siku dan bahagian lengan atas hampir selari dengan lantai dan kepala raket diatas kepala. (lihat gambar dibawah) Hayun raket ke bulu tangkis dan bawa siku rapat dan tinggi dengan kepala. Ketika itu juga pinggang raket kedepan Pastikan bulu tangkis disentuh pada ketinggian yang maksima. Ikut lajak dengan raket dan kaki raket.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON46 47

    Kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan

    Memukul bulu tangkis dengan bahagian atas badan selari dengan jaring. Membuat sentuhan bulu tangkis jauh dari sisi hadapan.Lengan tidak ektensi secara penuhnya. (bengkok di s)

    Kesilapan PembetulanPukulan overhead anda lemah.

    Tambahkan kelajuan reket anda dihayunan yang tertinggi. Pindahkan berat badan ke depan semasa membuat hayunan. Gunakan genggaman betul dan laksanakan pronasi dan supinasi hadapan.

    Tidak ada ektensi lengan Ramai pemain baru gagal untuk melakukan ektensi lengan sepenuhnya semasa mem-buat pukulan overhead. Cuba membuat balingan dengan reket seperti menyentuh bumbung. Jangan memendekkan pukulan hadapan dan kilas overhead.

    Titik sentuhan anda tidak konsisten

    Satu lagi masalah yang biasa dilakukan ada-lah membuat sentuhan bulu tangkis bukan di atas bahu raket tetapi memukul di sisi badan atau belakang badan. Bergerak cepat di belakang bulu tangkis dan reket sentiasa di atas.

    RANCANGAN LATIHAN

    Genggaman kilas yang salah

    Gunakan genggaman seperti berjabat tan-gan.

    5.1.4. Pukulan Lob kilas (backhand lob)

    Kebanyakkan pemain mempunyai masalah dalam membalas balik pukulan-pukulan dari bahagian backhand. Pemain-pemain selalunya di-nasihatkan oleh jurulatihnya menggunakan pukulan melepasi kepala atau around the head apabila membalaskan pukulan yang diarahkan ke ka-wasan backhand atau kilas pemain. Walau bagaimanapun, adalah mustahil untuk melakukannya jika bulu tangkis melepasi pemain. Oleh itu adalah lebih baik jika pemain-pe-main diajar bermain pukulan kilas. Membelakangkan gelanggang pihak lawan dengan berat badan dikaki raket. Sentiasa melihat bulu tangkis. Raket dipegang melintasi badan dengan genggaman kilas dan siku raket rendah sehingga bersedia untuk memukul; Sebelum memukul bulu tangkis, pemain akan menggerakkan reket melintangi badan dari rendah ke tinggi terhadap bulu tangkis. Pukul bulu tangkis dengan aksi whip. Ikut lajak adalah pendek. Cepat pusingkan badan balik ke arah tuju bulu tangkis.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON48 49

    5.1.5. Pukulan Junam (Drop)

    Tujuan diadakan pukulan junam adalah untuk membawa pihak la-wan bergerak dekat ke jaring dan membuka ruang di belakang dan tengah gelanggang. Persediaan untuk pukulan junam adalah sama seperti pukulan lob hanya beza adalah semasa sentuhan bulu tangkis. Sebelum membuat sentuhan bulu tangkis, kurangkan kuasa dengan me meriksa kelajuan raket dan memastikan raket digenggam dengan selesa. Titik sentuhan dengan bulu tangkis adalah lebih ke depan sedikit dari pukulan lob.

    RANCANGAN LATIHAN

    Kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan.

    Sepatutnya melakukan sentuhan sedikit atau slice dan bukan memukul. Secara sengaja memperlahankan terlalu awal sebelum membuat sentu han. Membuat sentuhan dengan permukaan rata raket Kedudukan badan yang lemah Penggunaan penggelangan tangan terlalu banyak. Sentuhan bulu tangkis terlalu rendah.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON50 51

    5.1.6. Pukulan Smesy

    Pukulan smesy kerapkali digunakan untuk mematikan satu rali atau mempercepatkan rentak permainan. Persediaan untuk pukulan smesy adalah sama seperti lob dan junam. Titik sentuhan bulu tangkis dengan raket dalam pukulan smesy adalah jauh ke atas dari badan dan sedikit depan bahu raket. Pemindahan berat badan ke atas bulu tangkis. Gunakan pinggang raket, rotasi hadapan dan genggaman yang ketat pada ketika menyentuh bulu tangkis menambahkan kuasa smesy. Hayunan ke depan raket yang laju dan eksplosif akan membantu dalam menghasilkan pukulan smesy yang lebih berkuasa Jika pukulan smesy diambil pada ketinggian yang maksima, sudut rejaman adalah lebih tajam dan ini akan menyebabkan pihak lawan sukar untuk balas balik pukulan tersebut.

    RANCANGAN LATIHAN

    Kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan Memukul bulu tangkis dengan lengan yang bengkok. Genggaman yang terlalu ketat. Tubuh badan tidak relaks Memukul bulu tangkis sedikit ke belakang tubuh badan. Badan selari dengan jaring.

    5.1.7. Pukulan di jaring (net)

    Pukulan di jaring boleh diambil pada kedudukan paras atas jaring atau bawah jaring. Sekiranya bulu tangkis di atas paras jaring, satu pukulan tajam boleh dilakukan. Manakala sekiranya bulu tangkis diambil betul-betul di paras jaring, pukulan boleh dibuat serapat yang mungkin dengan jaring dimana akan menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON52 53

    Perkara penting semasa bermain di jaring adalah dengan memastikan raket sentiasa berada pada kedudukan yang tinggi dan atas di hadapan badan.

    Perkara penting lain yang perlu diambil perhatian adalah:

    Pastikan kaki kanan dan tangan kanan yang memegang raket berada pada posisi hadapan dan siku dibengkokkan. Bulu tangkis disentuh seawal yang mungkin untuk mendapat lebih ban- yak peluang dalam membuat pukulan seterusnya. Raket dipegang longgar. Jari,,ibu jari dan pergelangan tangan memainkan peranan yang penting semasa membuat pukulan. Bulu tangkis disentuh seolah-olah ingin membuat pukulan. Gerakan seterusnya mesti diminimakan.

    RANCANGAN LATIHAN

    Kesalahan yang biasa dilakukan

    Pegangan raket terlalu ketat. Sentuhan bulu tangkis kuat. Pergerakan tidak lembut. Pengawalan raket yang tidak kemas. Hantaran tinggi dari jaring (Net lift) Ini adalah pukulan secara bertahan dimana bulu tangkis dipukul di bawah paras lengan dari hadapan ke belakang gelanggang sama ada menggunakan pukulan hadapan ataupun pukulan kilas.

    Gunakan cara genggaman hadapan untuk pukulan hadapan jaring dan gunakan genggaman kilas untuk pukulan kilas di bahagian hadapan gelanggang.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON54 55

    Berat badan dipindahkan dari kaki yang tidak memegang raket kepada kaki yang memegang raket apabila sudah membuat pukulan. Hayun raket dari siku apabila kaki yang memegang raket mendarat setelah membuat pukulan. Bulutangkis disentuh jauh sedikit dari kaki yang memegang raket. Ikut lajak pergerakan bulu tangkis.

    Kesalahan yang biasa dilakukan. Tidak menggunakan kekuatan pergelangan tangan Kaki yang tidak memegang raket mendahului ke hadapan jaring. Hayunan belakang dan hadapan tidak selari dengan pergerakan. Menggunakan lengan terlalu kerap. Tidak menggunakan pergerakan memukul bulu tangkis. Cara genggaman raket yang tidak betul. Semasa membuat pukulan, menggunakan hayunan lengan yang pan- jang.

    RANCANGAN LATIHAN

    5.1.8. Pukulan tengah gelanggang (mid court)

    Pukulan deras adalah pukulan secara menyerang. Biasanya jenis pukulan ini digunakan dalam permainan beregu. Tetapi ia juga boleh di-gunakan dalam perseorangan untuk membalas pukulan menjunam dari pihak lawan dengan menolak ke bahagian tepi gelanggang. Matlamat uta-ma pukulan ini adalah untuk menekan pihak lawan dan menghadkan pe-luang serta pilihan untuk membalas pukulan. Sekiranya bulutangkis dipukul jauh dari badan, pusing badan secara mengiring ke hadapan jaring. Kaki yang memegang raket dimajukan ke hadapan dan bulu tangkis dipukul selari apabila kaki mendarat. Bulu tangkis dipukul pada paras ketinggian jaring dengan hayunan yang laju dan rendah, sama ada menggunakan hayunan hadapan atau hayu- nan kilas. Badan tidak semestinya dipusing secara mengiring sekiranya bulu tang- kis berada tidak jauh dari badan,

    Pukulan Deras Hadapan (forehand drive)

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON56 57

    Pukulan Deras Kilas (backhand drive)

    RANCANGAN LATIHAN

    5.1.9. Pukulan Hadang (Block)

    Dalam permainan perseorangan, cara yang paling berkesan untuk membalas pukulan smesy adalah dengan menahan bulu tangkis serapat mungkin dengan jaring. Dengan cara ini, pihak lawan memerlukan lebih ruang dalam gelanggang untuk dikawal. Teknik secara bertahan ini juga boleh digunakan dalam permainan beregu tetapi ia harus dilakukan den-gan lebih berhati-hati kerana pihak lawan yang berada di hadapan gelang-gang sedang menanti pukulan. Corak secara bertahan ini memerlukan pengawalan bulutangkis yang lebih lembut. Oleh itu, cara pegangan raket adalah penting.

    Pastikan pegangan raket dilonggarkan, seperti memegang dengan jari. Gerakan mengiring dilakukan menghala ke arah bulu tangkis untuk menangkis pukulan kencang tadi. (smesy) Permukaan raket memainkan peranan untuk menentukan ketinggian bulu tangkis yang melalui jaring. Blok Hadapan (forehand)

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON58 59

    Blok kilas (Back hand)

    5.1.10. Pergerakan Asaskaki (Footwork) Posisi bersedia (Ready Position)

    Posisi bersedia ini adalah selepas servis ataupun ketika dalam permainan. Bagi memastikan pengawalan gelanggang yang baik, pemain harus berada dalam keadaan bersedia. Ini untuk memudahkan pemain untuk mengawal gelanggang apabila pihak lawan mengatur bulu tangkis.

    RANCANGAN LATIHAN

    Dalam posisi ini, pemain harus:

    Pastikan raket berada di kedudukan hadapan dan selari dengan gelang gang. Pastikan kaki dijarakkan, anggaran jarak antara bahu.\ Kaki ke hadapan iaitu tangan yang memegang raket dimajukan sedikit ke hadapan. Badan dicondongkan sedikit ke hadapan. Lutut dibengkokkan (bent) sedikit . Tumit kaki tidak rapat di lantai gelanggang. Pergerakan dikekalkan untuk mengekalkan momentum supaya bergerak dengan lebih pantas.

    Posisi bersedia yang pertama menunjukkan bahawa pemain itu bermain secara bertahan. Manakala posisi bersedia yang kedua menun-jukkan pemain yang berada dalam situasi normal dan biasa.

    Gerakan Dalam Gelanggang (Footwork)

    Pergerakan yang baik adalah intipati kemahiran dalam permainan badminton. Pemain yang mempunyai kemahiran bermain yang baik tetapi tidak mempunyai pergerakan yang baik dan tangkas hanya akan bermain secara sederhana. Pergerakan dalam sukan badminton adalah spesifik dan melibatkan pergerakan seluruh badan. Apabila pukulan dihantar di setiap sudut gelanggang, dengan tahap kelajuan, ketinggian dan sudut yang ber-beza pasti memerlukan pergerakan yang berlainan.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON60 61

    Kemahiran pergerakan

    Pergerakan kaki pula melibatkan gerakan memulakan dan menghentikan langkah, membuat pusingan, menerkam, merenggang, berlari, berjalan, melompat, membengkok serta semua yang memerlukan pergerakan yang dapat membantu pemain untuk mencapai bulutangkis. Antara pergera-kan yang penting adalah :

    RANCANGAN LATIHAN

    5.2. Latihan kemahiran.

    Seorang jurulatih yang baik perlu menerangkan bagaimana ke-mahiran dan skil permainan dapat dilaksanakan, membetulkan kesala-han dan dapat memberi panduan dalam aspek permainan. Jika seorang jurulatih tidak dapat melaksanakan kemahiran atau membuat demostratsi yang baik maka jurulatih perlu mencari seseorang untuk menjadi penun-jukajar dalam kemahiran tersebut atau gunakan video untuk menunjukkan kemahiran-kemahiran untuk sesuatu situasi permainan .

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON62 63

    5.2.1. Latihtubi

    Latihtubi merupakan teknik atau cara mengekalkan atau membet-ulkan kemahiran-kemahiran spesifik. Seorang jurulatih mungkin tidak dapat melaksanakan satu kemahiran yang lengkap tetapi beliau perlu tahu teknik pukulan kemahiran tersebut dan juga membuat feeding dalam latihtubi.

    Dalam kaedah latih tubi teknikal, kemahiran-kemahiran diajar secara berasingan sebelum dikembangkan kepada latihan yang berkaitan dengan permainan. Pada mulanya penekanan adalah biomekanik asas, kemudian kemahiran-kemahiran pukulan dan pada akhirnya aplikasi kemahiran-kemahiran tersebut.

    Oleh itu perkembangan kemahiran adalah penting dan perlukan pratikal dan latih tubi teknik yang lengkap. Adalah penting untuk menge-nal pasti latihtubi yang sesuai untuk setiap atlit supaya aspek teknikal yang spesifik dapat diperkembang dan diperbetulkan. Pada akhirnya, pemain yang berkembang secara ansur maju, latihtubi perlu dilaksanakan dalam keadaan yang sebenarnya atau realistik dan perlu sesuai dengan aksi dan hasil dari analisis yang teliti dan terperinci. Di bawah disenaraikan beberapa contoh cadangan latih tubi yang sesuai untuk pemain badmin-ton yang baru.

    RANCANGAN LATIHAN

    1. Shadow master and copy catsMatlamat untuk membentuk pemain membiasa-kan diri dengan gelanggang serta pergerakannya. Latih tubi ini termasuklah pukulan, pergerakan kaki dan persediaan. Latih tubi ini akan mene-kankan cara pergerakan dari tengah gelanggang dan ketepatan adalah penting.

    Menggunakan jaring adalah satu pilihan. Garisan bagi. Shadow Masters di hujung gelanggang (A) dan garisan bagi Copycats di hujung yang lain. Shadow Master A1 dan Copy Cat B1 masuk ke gelanggang pada masa yang sama dan berada dalam posisi bersedia di tengah gelang-gang.

    B1 cuba untuk meniru pergerakan dan pukulan A1. Selepas tamat masa, Shadow Master dan Copycat yang lain masuk ke gelanggang.

    Semua pergerakan dimulakan dari tengah gel-anggang dan posisi bersedia.

    Kekalkan masa yang pendek :: 20 30 saatPeringatan : Ini adalah aktiviti yang lasak.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON64 65

    2. Serangan dan pertahanan asas.

    Prosedur : Matlamat latih tubi ini adalah untuk membentuk teknik serangan dan pertahanan pemain.

    A = Smesy dan pukulan lurus di jaring.

    B = Tahan dan lambung bulutangkis.

    Kekerapan untuk latihan ini adalah bergantung kepada ketahanan pe-main. Bermula dengan masa selama 2 minit dan tukar semula. Sekira-nya dibuat sebanyak 5 kali, pemain sudah membuat latih tubi ini selama 10 minit.

    RANCANGAN LATIHAN3. Serangan asas perseorangan

    Prosedur : Matlamat latih tubi ini adalah untuk menbentuk ketahanan pemain, pengawalan gelanggang serta pengalirannya.

    MF = Multi-Feeder (jurulatih)A = Serangan lurus dan Pukulan lurus di jaring.Mulakan secara perlahan. Perhatikan cara kelajuan penghantaran bulu tangkis . Kekerapan latihan bergantung kepada ketahanan pemain. Disebabkan ini adalah tertumpu kepada kelajuan, pastikan pengulangan adalah kurang. Contohnya, mulakan dengan 10 bulutangkis satu set.(ter-masuk serangan dan pukulan jaring) x 5 set. Tingkatkan pengulangan ke 15 bulutangkis dan kurangkan bilangan set.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON66 67

    4. Smash.Prosedur:i) F membuat pukulan servis tinggi ke A dan diikuti servis tinggi ke B.ii) S bergerak ke A, membuat pukulan smesy hadapan ke T2 dan kembali ke posisi asal. Bergerak semula ke B, membuat pukulan smasy hadapan ke T2 juga serta kembali ke posisi bersedia, Ulangi teknik ini semula ke A. iii) S bergerak dari posisi asal ke A, dan ke B untuk membuat pukulan smasy sebanyak 20 bulutangkis secara berturutan ke T2. iv) Setiap pukulan smesy haruslah tepat di T2. v) Latih tubi ini diulangi sebanyak 20 kali ke sasaran ke T1 dan 20 kali lagi ke T3.vi) F harus melakukan servis tinggi ke A dan kemudian ke B secara ber turutan.Dosej : 20 pukulan smesy ke T1, T2 dan T3.

    RANCANGAN LATIHAN

    5. Pukulan junam (Drop)Prosedur:i) F servis tinggi ke A, kemudian diikuti dengan servis tinggi ke B. Secara berturutan tanpa henti ke A dan B dengan kelajuan umpanan yang sama. ii) S bergerak ke A, buat pukulan drop secara menyilang ke T2 dan kem bali ke posisi asal. iii)S bergerak secara pantas dari posisi B, membuat pukulan drop meny ilang ke T1 dan kembali ke posisi asal dan ulangi latih tubi ini dengan 20 bulutangkis. Dosej : 20 bulutangkis / 20 pukulan drop menyilang ke gelanggang.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON68 69

    6. Variasi pukulan Prosedur :i) S servis tinggi ke 4.ii) P bergerak ke 4, lakukan pukulan serang dan kembali ke posisi asal. iii) S membuat pukulan deras ke 3.iv) P bergerak ke 3, balas dengan pukulan deras dan kembali ke posisi asal. v) S membuat pukulan drop ke 2.vi) P bergerak ke 2, kembali pukulan dan kembali ke posisi asal. vii) S bermain pukulan jaring ke 1.viii)P memajukan langkah hadapan ke 1, bermain pukulan bawah lengan ke C dan kembali ke posisi asal. ix) Latih tubi ini diulangi dengan S menghantar beberapa pukulan bulu tangkis ke 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, dan 8 dan P perlu bergerak ke tempat tersebut untuk membuat hantaran balik ke A, B, C, D, E, dan F dan balik semula ke posisi asal. x) Setiap pusingan mengandungi 25 bulu tangkis.Dosej : 25 bulu tangkis.

    RANCANGAN LATIHAN

    7. Pukulan Lob Ofensif dan Defensif (Garisan tepi gelanggang)Prosedur:i) A servis tinggi ke Dii) B bergerak ke D dan membuat pukulan lob over head serangan atau lob over head defensif ke C.iii) A bergerak ke C dan membuat pukulan lob hadapan serangan balik ke D.Semua pengerakkan bermula dan akhir balik ke posisi bersedia asal.Dosej : 100-300 kali

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON70 71

    Nota : Semua pukulan lob perlu sampai ke D dan C setiap kali.

    8. Pukulan Junam (Drop) dan pukulan bawah lengan atasProsedur:i) A servis tinggi ke Dii) B bergerak ke D untuk membuat pukulan junam (drop) ke C.iii)A bergerak ke C untuk membuat pukulan bawah lengan ke atas ke belakang D dan balik semula ke pusat operasi asal.Semua pengerakkan bermula dan akhir balik ke posisi bersedia asal.

    RANCANGAN LATIHAN

    Dosej : 100-300 kaliNota: Pastikan bulu tangkis ditujukan dari D ke C dan balik ke D bertu-rut-turut.

    9. Servis tinggi dan pukulan junam (drop)Prosedur:i) A2 servis tinggi ke S1ii) B bergerak ke S1 dan membuat pukulan junam (drop) hadapan ke C dan balik ke pusat operasi.Semua pengerakkan bermula dan akhir balik ke posisi bersedia asal.Dosej : 100-300 kaliNota: Pastikan semua bulu tangkis ditujukan dan sampai ke C, D, E, dan F setiap kali.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON72 73

    10. Servis Tinggi dan Pukulan Junam (Drop) Silang Prosedur:i) A 2 servis tinggi ke S1ii) B bergerak ke S1 untuk membuat pukulan junam (drop) silang ke D dan balik semula ke pusat operasi.iii)A1 servis ke S2iv)B bergerak ke S2 untuk membuat pukulan junam (drop) silang ke C dan balik ke pusat operasi.v) Latihan ini perlu berturut-turut dengan B bergerak dari S1 dan S2.Dosej : 100-300 kali

    RANCANGAN LATIHAN

    11. Servis Rendah deras dan Pukulan Deras Prosedur:i) A1 membuat servis deras ke S2.ii) B2 bergerak melintang ke S2 dan membuat pukulan deras hadapan ke D.Dosej : 100-300 kaliNota: Pastikan bulu tangkis sampai ke kawasan C, dan D.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON74 75

    12. Servis tinggi dan Smasy MelintangProsedur :i) A 2 servis tinggi high ke S1.ii) B bergerak ke S1 dan membuat pukulan smasy ke D dan bergerak balik ke pusat operasi.iii)Latihan ini perlu sambung berturut-turut. Dosej : 50-100 kali

    13. Pukulan Junam (Drop), Jaring, Pukulan bawah lengan ke atas dan Lob Defensif.Prosedur:i) F servis tinggi ke Aii) P bergerak ke A, membuat pukulan junam (drop) ke B dan bergerak

    RANCANGAN LATIHAN

    balik ke pusat operasi.iii) F bergerak ke B, membuat pukulan jaring di C dan bergerak balik ke pusat operasi.iv) P bergerak ke C, membuat pukulan bawah lengan kilas ke belakang ke D dan bergerak balik ke pusat operasi.v) F bergerak ke D, membuat pukulan lob defensif ke A dan bergerak balik ke pusat operasi.vi) Latihan ini diulang banyak kali.Dosej : 15-20 minitNota: P membuat pukulan junam (drop) dan pukulan bawah lengan ke belakang, F membuat pukulan jaring dan lob defensif.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON76 77

    RANCANGAN LATIHAN RANCANGAN LATIHAN

    Teknik-Teknik Feeding Terdapatkan dua jenis teknik feeding:

    A. Multi-shuttle feeding- Satu atau lebih orang membuat feeding dalam cara berturutan dan berterusan kepada atlit yang akan pukul. B. Single-shuttle feeding- Satu atau lebih orang memukul satu bulu tang kis menurut perancangan jurulatih. Multi-shuttle feeding boleh dilaksanakan dengan tangan atau ra-ket. Feeding mengunakan tangan dicadangkan untuk pemain baru dan apabila ruang sempit. Feeding raket adalah lebih sukar Pada tahap ini fo-cus feeding tangan di galakkan. 1. Tossing bawah tangan : sangat berkesan untuk latihan kemahiran depan gelanggang.2. Tossing Atas Kepala : membantu dalam latihan kemahiran tengah gelanggang dan belakang gelanggang. (terutama footwork)

    Overhead Head Feeding

    Feeding Tangan

    A. Feeding Atas Pegang gabus bulu tangkis diantara ibujari dan jari tunjuk dan baling seperti dart ke arah yang hendak ditujui.

    b. Feeding Bawah tangan Pegang bulu tangkis dalam tangan yang dibuka dan dengan gabus ke target, arah balingan yang ditetapkan.

    Feeding Atas Kepala

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON78 79

    5.2.2. Taktik dan strategi permainan.

    Strategi ialah perancangan cara bermain keseluruhan game. Tak-tik pula ialah implementasi strategi. Satu strategi mengandungi beberapa taktik.

    Dalam usaha untuk membentuk strategi, seorang pemain mesti menitik beratkan tentang kekuatan dan kelemahan sendiri dan juga pihak lawan. Seorang pemain harus melakukan pukulan dengan menggunakan kelebihannya dan mengenalpasti kelemahan pihak lawan. Jangan sesekali takut untuk menukar strategi yang gagal dan juga jangan sesekali menukar strategi yang telah berjaya.

    Perancangan strategi dan taktik bergantung kepada- Kualiti kebolehen teknikal pemain Kebolehan fizikal pemain Keadaan mental pemain Kemampuan pemain membaca pihak lawan dan menentang (counter) Kebolehan dan cara permainan pihak lawan

    Strategi dan taktik asas

    Masukkan bulu tangkis dalam kawasan permainan. Peratusan bulu tang kis masuk mestilah tinggi Jauhkan bulu tangkis dari pihak lawan Jauhkan pihak lawan daripada pengkalan operasi (base of operation)

    RANCANGAN LATIHAN

    Bila ragu, letakkan bulu tangkis ke bahagian belakang pihak lawan dan harapkan pukulan balasan yang lemah Pukul ke bahagian backhand atau bahagian lain pihak lawan yang lemah Sentiasa berjaga di pengkalan operasi gelanggang (base of operation) Gunakan smash pada masa yang sesuai untuk menamatkan ralli

    Pukulan asas yang baik

    Strategi yang baik adalah sia-sia tanpa pukulan asas yang baik. Pukulan asas yang baik dalam badminton adalah seperti berikut- Pukul bulu tangkis pada titik (point) pukulan yang paling tinggi. Gerak dangan laju ke belakang bulu tangkis dan memukulnya pada titik yang paling tinggi Pergerakan penipuan (deception) adalah kunci permainan. Cuba buat pergerakan kesemua pukulan nampak sama selama yang mungkin.

    Strategi dan taktik permainan perseorangan

    Dalam permainan perseorangan adalah penting untuk memak-simakan kawasan gelanggang. Gelanggang perseorangan mempunyai kedalaman atau panjang yang lebih berbanding dengan lebar. Oleh yang demikian taktik asas permainan perseorangan ialah corak permainan lob dan drop untuk menggerakkan pihak lawan ke belakang dan depan dan membuka ruang kosong demi mematikan bulu tangkis.

    Taktik asas permainan perseorangan

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON80 81

    Jangan menunggu bulu tangkis datang tetapi harus bergerak pada ke arah bulu tangkis Pukul bulu tangkis pada titik (point) pukulan yang paling tinggi Bersabar dan sedia untuk bermain ralli yang panjang Letihkan pihak lawan dari segi fizikal dan mental Ambil kesempatan panjang dan lebar gelanggang Ambil initiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan Pandai menjimatkan tenaga sambil meletihkan pihak lawan Sentiasa berjaga di pengkalan operasi gelanggang (base of operation) Belajar pergerakan penipuan (deception) dalam pukulan kesemua strok Baca fikiran pihak lawan Paksa pihak lawan bermain corak permainan yang kami hendak

    Membalas servis permainan perseorangan

    Membalas servis tinggi- Pukulan menjunam ke bahagian depan pada kelajuan, arah dan sudut yang berbeza Pukulan menjunam ke arah badan pembuat servis Pukulan menjunam ke bahagian garisan tepi pada kelajuan, arah dan sudut yang berbeza Pukulan tinggi ke bahagian belakang gelanggang

    RANCANGAN LATIHAN

    Membalas servis rendah- Pukulan ke arah badan pembuat servis Bermain net yang ketat Pukulan ke arah 2 sudut belakang gelanggang

    Membalas servis flick- Bergerak laju untuk membuat pukulan menjunam Blok ke bahagian depan gelanggang Jika tertangkap, pukul tinggi ke bahagian belakang gelanggang

    Pelbagai taktik permainan perseorangan

    Taktik dari bahagian tengah gelanggang3 kemungkinan untuk menunggu bulu tangkis- Menjangka (anticipate) lebih pukulan depan Menjangka (anticipate) lebih pukulan belakang Menjangka (anticipate) lebih pukulan tepi

    Meletakkan pihak lawan di belakang gelanggang Membuka bahagian depan gelanggang Meletihkan pihak lawan.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON82 83

    Kawalan net Memaksa pihak lawan membuat kesilapan tanpa paksaan (unforced error) Memaksa pihak lawan membuat pukulan tinggi (lift)

    Bermain 4 penjuru Meletihkan pihak lawan Mengelakkan pihak lawan mengawal permainan Mengelakkan pihak lawan bermain serangan sepenuhnya (all out at tack)

    Bermain pukulan rendah Mengelakkan pihak lawan daripada menyerang

    Memilih jenis pukulan

    Pukulan boleh di bahagikan kepada mudah, sederhana dan sukar. Dalam berbagai keadaan, pemain kena memutuskan untuk memilih jenis pukulan supaya menguntungkan dirinya. Dalam keadaan tertekan pemain harus memilih jenis pukulan yang mudah manakala dalam kedaaan yang selesa pemain boleh memilih jenis pukulan yang sukar.

    Fasa permainan

    Dalam sesuatu permainan (game), pemain diletak dalam berbagai situasi taktik samada untuk menyerang, menahan atau rally.

    RANCANGAN LATIHAN

    Menyerang- mengeksploitasikan kelemahan pihak lawan dengan laju untuk mendapat mata

    Menahan- harus membuat pukulan demi membolehkannya pulih (recover)Ralli- memasukkan semua pukulan tetapi membezakan rhythm dan panjang-lebar rally sambil menunggu pihak lawan membuat kesi lapan

    Strategi dan taktik permainan beregu

    Permainan bergu adalah lebih kompleks berbanding dengan perse-orangan kerana ia memerlukan reaksi yang lebih pantas dan keperluan un-tuk menjangka (anticipate) apa pasangan kami dan lawan kami akan buat. Kerjasama di antara pasangan adalah penting di mana kedua-dua pasangan itu boleh memilih untuk bermain dalam posisi masing-masing yang lebih kuat. Satu pemain juga boleh cover pasangannya dalam posisi atau puku-lannya yang lemah. Satu pemain boleh set untuk pasangannya untuk me-nyerang. Secara amnya strategi permainan bergu adalah untuk menyerang dengan laju.

    Taktik asas permainan beregu

    Termasuk taktik asas permainan perseorangan seperti berikut- Jangan menunggu bulu tangkis datang tetapi harus bergerak pada

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON84 85

    ke arah bulu tangkis Pukul bulu tangkis pada titik (point) pukulan yang paling tinggi Ambil initiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan Belajar pergerakan penipuan (deception) dalam pukulan kesemua strok Baca fikiran pihak lawan Paksa pihak lawan bermain corak permainan yang kami hendak dan taktik asas lain seperti berikut- Komunikasi di antara pasangan Selalu menyerang Posisi dan jangkaan (anticipation) menunggu pukulan pihak lawan Sentiasa sampai ke net awal Beri perhatian kepada tiga pukulan pertama setiap ralli Serang bahagian tengah di antara 2 pemain Pemain di depan perlu set untuk pemain belakang menyerang Pemain di depan harus cuba intercept pukulan pihak lawan Cuba tukar permainan tahanan kepada serangan secepat mungkin

    Servis permainan beregu

    Servis rendah ke bahagian tengah / tepi depan gelanggang demi: Elakkan pihak lawan daripada membuat pukulan menyerang Mengawal bahagian depan gelanggang Memaksa pihak lawan menaikkan (lift) bulu tangkis dan menahan

    RANCANGAN LATIHAN

    Servis flick ke bahagian tengah / tepi belakang gelanggang demi: Paksa pihak lawan membuat pukulan balas yang lemah Paksa pihak lawan menjadi off balance Elakkan pihak lawan daripada bergerak cepat ke net untuk menerima servis

    Servis drive ke bahagian tengah belakang gelanggang demi: Elakkan pihak lawan daripada membuat pukulan menyerang Paksa pihak lawan menjadi off balance Elakkan pihak lawan daripada bergerak cepat ke net untuk menerima servis

    Servis asas dalam acara bergu ialah servis rendah. Bergu yang melakukan servis rendah yang berkualiti tinggi akan memaksa penerima servis melambung bulu tangkis tinggi ke bahagian belakang dan memberi-kan peluang kepada bergu yang membuat servis tadi untuk menyerang.

    Balasan servis permainan beregu

    Servis rendah harus dibalas dengan- Net jauh dari bahagian pembuat servis Tolak rata sepanjang garisan tepi gelanggang samada ke bahagian ten- gah atau belakang Tolak rata ke badan pembuat servis atau pasangannya Letak ke bahagian belakang pembuat servis

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON86 87

    Gambarajah menunjukkan target kawasan balasan servis permainan bergu. (Servis adalah dari kiri ke kanan gelanggang penerima)

    Posisi Pasangan Beregu

    Posisi pasangan apabila menyerang adalah seorang berada di bahagian depan gelanggang manakala yang seorang lagi adalah di belakang gel-anggang. Ini adalah dipanggil sistem depan-belakang (front-back). Posisi membuat servis adalah mengikut sistem ini. Faedah sistem ini adalah ter-dapat seorang pemain di hadapan yang dekat dengan net yang lebih ber-peluang untuk membuat pukulan memaksa pihak lawan untuk menaik-kan bulu tangkis untuk pasangannya menyerang. Pemain hadapan ini juga dalam posisi yang mudah untuk mematikan apa-apa pukulan tanggung di hadapan (loose returns).

    RANCANGAN LATIHAN

    Sistem Menyerang Depan-Belakang

    Apabila dalam keadaan menahan, pasangan bergu harus berada di posisi bersebelahan, iaitu seorang di kiri dan seorang lagi di kanan gelang-gang (side by side). Ini adalah dipanggil sistem bersebelahan (side by side). Sistem ini menyenangkan setiap pemain untuk bertahan. Kedua pemain adalah bertanggungjawab untuk bahagian setengah gelanggangnya. Apa-bila pasangan bertukar dari bertahan ke serangan, mereka boleh menukar dari sistem bersebelahan ke sistem depan-belakang dan begitu juga seba-liknya.

    Sistem Menahan Bersebelahan

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON88 89

    Pelbagai taktik permainan beregu Lebihkan pukulan rendah untuk memaksa pihak lawan menaikkan bulu tangkis untuk serangan Pemain depan harus sentiasa mencari peluang untuk mematikan puku lan balas yang lemah atau memintas (intercept) bulu tangkis yang boleh dicapai. Pemain depan harus meletakkan raket diatas bahunya supaya boleh me mintas (intercept) atau mencapai bulu tangkis seawal mungkin. Pemain belakang harus sentiasa menyerang Selalu buat serangan smash atau drop pada bahagian tengah gelanggang di antara 2 pemain Selalu serang pemain yang lebih lemah Pukulan silang (cross) gelanggang harus digunakan dalam permainan untuk memaksa pemain hadapan pihak lawan supaya tidak bersedia atau diluar posisi sedia Apabila bertahan selalu mengangkat bulu tangkis tinggi dan pastikan pemain lawan di bahagian depan tidak boleh mencapai bulu tangkis atau pukulan tersebut Pasangan yang bertahan boleh tukar ke serangan dengan mengarahkan bulu tangkis ke bahagian depan gelanggang atau membuat blok di depan gelanggang.

    Lain-lain prinsip dalam taktik Bermain dengan risiko tinggi hanya dalam keadaan advantage Selalu memakai senjata terbaik bila ada peluang Bermain mengikut kebolehan dan kemungkinan

    RANCANGAN LATIHAN

    Bersikap positif Buat keputusan kemudian buat pukulan / pergerakan, tiada fikiran kedua (second thoughts) Bermain bulu tangkis dan bukan pihak lawan Gabungkan kekuatan dan kawalan kekuatan mengurangkan masa reaksi pihak lawan kawalan pula meletihkan pihak lawan Pelbagaikan pukulan untuk membuka ruang kosong Gerakkan pihak lawan dengan mempelbagaikan arah, kepanjangan (depth) dan ketinggian Kuasai momentum dengan mengawal tempo Buat analisa semasa rehat antara ralli, antara set atau game untuk memutuskan samada terus bermain dengan strategi dan taktik yang sama atau ditukar

    BAB 6 : PROGRAM LATIHAN

    Setiap jurulatih SPTS perlu memberi perhatian serius terhadap merancang program latihan. Gagal merancang bererti merancang untuk gagal. Sudah tiba masa untuk para jurulatih SPTS mengubah sikap dan paradigma dalam melatih atlit sebagai usaha untuk mencapai kecermer-langan dan prestasi optimum dalam sesuatu pertandingan. Jurulatih tidak lagi boleh melakukan latihan secara ad-hoc seperti yang kerap kali ber-laku dalam masa-masa lepas. Masa dan tumpuan perlu diberikan untuk membuat perancangan harian, mingguan dan tahunan dengan mengambil kira aspek-aspek saintifik yang terlibat dalam sesuatu latihan. Latihan hari

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON90 91

    ini tidak lagi boleh bergantung kepada pengalaman semata-mata.

    6.1. Program Latihan Tahunan.

    Periodisasi latihan adalah satu proses pembahagian perancangan pelan atau program latihan kepada beberapa bahagian kecil yang dapat diurus-kan dengan mudah, lebih sistematik dan efektif. Bahagian-bahagian kecil ini adalah seperti berikut : Sesi latihan Kitaran mikro Kitaran makro, dan Fasa-fasa latihan

    Periodisasi atau perancangan latihan bertujuan :-

    1. Memudahkan penyediaan program latihan Perancangan ini akan memudahkan para jurulatih untuk menyediakan program latihan yang lebih sistematik kerana asas kepada latihan seperti intensiti dan isipadu latihan.

    2. Garis panduan untuk menentukan pencapaian puncak (peak performance) Dengan adanya rancangan yang teratur, intensiti dan isipadu latihan yang bersesuaian, kaedah-kaedah latihan yang bersesuaian dengan objektif, maka prestasi puncak atlit dapat diramalkan dengan lebih tepat.

    RANCANGAN LATIHAN

    3. Mudah meramalkan hasil atau pencapaian matlamat. Periodisasi latihan membantu jurulatih untuk meramal keupayaan sebe- nar para atlit di bawah jagaannya. Oleh yang demikian beliau dapat me- netapkan objektif atau matlamat yang lebih realistik.

    4. Membantu jurulatih dan atlet menjalani latihan dengan lebih sistematik. Jurulatih lebih yakin ketika melatih dan menimbulkan rasa percaya dan yakin atlit terhadap kemampuan jurulatih. Kepercayaan dan keyakinan ini adalah kunci kepada hubungan baik jurulatih-atlit. 5. Memudahkan proses pemantauan dan penilaian Banyak latihan tidak menghasilkan kejayaan kerana tidak dinilai dengan teliti dan sukarnya proses pemantauan. Kegagalan dan kelemahan dalam latihan dapat di atasi segera kerana punca kegagalan atau kelemahan dalam latihan dapat dikenalpast idengan mudah dan penambahbaikan dapat dilakukan.

    6. Dokumen sah latihan Periodisasi atau perancangan latihan adalah satu dokumen yang dapat mengesahkan bahawa jurulatih telah sebenarnya melaksanakan tang- gungjawabnya dalam melatih atlit.

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON92 93

    RANCANGAN LATIHAN

    MINGGU SESI LATIHAN CATATAN1 1 Pergerakan asas "mid court" & "front

    court"2 Pergerakan asas "mid court" & "back

    court"3 Latihan fizikal

    2 1 Pergerakan asas "6 corner"2 Servis tinggi3 Latihan fizikal

    3 1 Pukulan Lob2 Latihan ulangan servis tinggi & Lob3 Latihan fizikal

    4 1 Drop statik2 Lob & Drop3 Latihan fizikal

    5 1 Lob & Drop silang2 "Match play"3 Latihan fizikal

    6 1 permainan jaring statik2 Permainan di jaring & "lift"3 Latihan fizikal

    RANCANGAN LATIHAN

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON94 95

    RANCANGAN LATIHAN RANCANGAN LATIHAN

    MINGGU SESI LATIHAN CATATAN13 1 Menyerang & bertahan

    perseorangan2 "Match play"3 Latihan fizikal

    14 1 Smesy "side to side mid line"2 Smesy "side to side mid

    court & tab"3 Latihan fizikal

    15 1 Menyerang & bertahan beregu2 "Match play"3 Latihan fizikal

    16 1 "Light skill"2 "Lob & drop 4 corner"3 Latihan fizikal

    17 1 "Court control"2 "Match play"3 Latihan fizikal

    18 1 Drop, permainan di jaring & "lift"

    2 Smesy "side to side back line"3 Latihan fizikal

    MINGGU SESI LATIHAN CATATAN7 1 Drop, permainan di jaring & "lift"

    2 "Match play"3 Latihan fizikal

    8 1 Smesy & permainan jaring statik2 Permainan di jaring & seterusnya

    smesy3 Latihan fizikal

    9 1 Permainan di jaring & seterusnya smesy silang (4 corner)

    2 "Match play"3 Latihan fizikal

    10 1 Pukulan "chop" statik2 Pukulan "chop" silang & permainan

    jaring3 Latihan fizikal

    11 1 "Court control"2 "Match play"3 Latihan fizikal

    12 1 Smesy "side to side back line"2 Smesy "side to side back line & drive"3 Latihan fizikal

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON96 97

    RANCANGAN LATIHAN RANCANGAN LATIHAN

    MINGGU SESI LATIHAN CATATAN19 1 Menyerang & bertahan beregu

    2 "Match play"3 Latihan fizikal

    20 1 Pukulan "chop" silang, permainan jaring & "net lift"

    2 "Block & tap"3 Latihan fizikal

    21 1 "Court control"2 "Match play"3 Latihan fizikal

    22 1 Lob,menyilang dengan drop empat penjuru.

    2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    23 1 Ulangan drop dan hantaran di jaring2 Ulangan lob, drop, servis rendah, flik

    dan hantaran di jaring 3 Latihan Fizikal

    24 1 Ujian kemahiran servis, lob, drop dan permainan di jaring.

    2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    MINGGU SESI LATIHAN CATATAN25 1 Latih tubi semua kemahiran secara

    bebas2 Latihan bayangan tumpuan kepada

    kelajuan3 Latihan Fizikal

    26 1 Latih tubi : servis, lob, drop dan per-mainan di jaring.

    2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    27 1 Latih tubi : servis, lob, drop dan per-mainan di jaring.

    2 Permainan, latihan dan pertandingan3 Latihan Fizikal

    28 1 "Net clear" bersama kemahiran drop

    2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    29 1 Latih tubi : "Net clear" bersama kemahiran drop

    2 Latih tubi : "Net clear" kilas bersama kemahiran drop

    3 Latihan Fizikal

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON98 99

    RANCANGAN LATIHAN RANCANGAN LATIHAN

    MINGGU SESI LATIHAN CATATAN30 1 Latih tubi semua kemahiran secara

    bebas2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    31 1 Kemahiran "smesy"2 Gabungan kemahiran smesy, drop

    dan lob3 Latihan Fizikal

    32 1 Latih tubi : Gabungan kemahiran smesy, drop, dan lob.

    2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    33 1 Kemahiran drive : drive silang2 Latih tubi : smesy dan drive ikut

    garisan3 Latihan Fizikal

    34 1 Latih tubi : smesy (ikut garisan dan hantaran balik)

    2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    MINGGU SESI LATIHAN CATATAN35 1 Latih tubi : servis rendah, hantaran

    balik dan tolak2 Latih tubi : servis tinggi, smesy, han-

    taran balik dan smesy.3 Latihan Fizikal

    36 1 Latih tubi : smesy, servis rendah, drop, net clear dan tolak

    2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    37 1 latihan bayangan : gerak cepat ke belakang, depan dan sisi

    2 Latih tubi : drive hadapan, kilas ikut garisan dan kilas silang.

    3 Latihan Fizikal 38 1 Latih tubi : Servis tinggi/lob, servis

    tinggi/drop dan silang.2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    39 1 Latih tubi : Servis tinggi/lob, servis tinggi/drop dan silang.

    2 Latih tubi : Servis tinggi/lob, servis tinggi/tolak dan smesy.

    3 Latihan Fizikal

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON100 101

    RANCANGAN LATIHAN

    MINGGU SESI LATIHAN CATATAN40 1 Latih tubi : Drive hadapan, kilas ikut

    garisan dan kilas silang.2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    41 1 Latih tubi : Servis tinggi/lob, servis tinggi/drop dan silang.

    2 Latih tubi : Servis tinggi/lob, servis tinggi/tolak dan smesy.

    3 Latihan Fizikal 42 1 "Court Control"

    2 "Match play"3 Latihan Fizikal

    PROGRAM LATIHAN MINGGUAN

    Sesi 1 1.Perhatian pegangan reket, pegangan pukulan ha dapan dan pukulan kilas.2. Cara dirian berhubung dengan aksi memukul.3. Latihan bayangan aksi memukul.4. Servis tinggi 4.1. Demontrasi. 4.2. Penerangan 4.3. Latihan bayangan Butir mengajar. 4.4. Latihan.

    Sesi 2 1. Perhatian pegangan reket.2. Latihan tubi servis tinggi.3. Pukul balas pada servis tinggi Lob tinggi.4.Latihan lob.

    Sesi 3 1. Perhatian pegangan reket.2. Latih tubi servis tinggi.3. Latih tubi lob.4. Permainan bersyarat bagi servis tinggi dan lob.

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON102 103

    PENILAIAN PENILAIAN

    PROGRAM LATIHAN HARIANBIL AKTIVITI MASA

    (MINIT)1 Memanaskan badan 10

    2 Mengkaji pelajaran lepas/latihan kemahiran asas

    30

    3 Demontrasi, penerangan dan latih tubi (kema-hiran/pelajaran baru).

    50

    4 Permainan kecil/perlawanan 15

    5 Suaian fizikal (kecergasan) 15

    6 Gerak kendur (warm down) 5

    7 Perbincangan & rumusan 5

    Jumlah

    130

    BAB 7 : PEMILIHAN ATLET

    Kemasukan atau pengambilan atlet/pelajar ke Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS) adalah berdasarkan :

    a. Program Mengenal Pasti Bakat (Talent Scouting)

    Program Talent Scouting (Talent Identification) dijalankan semasa Kejohanan peringkat MSSD berlangsung. Atlit / pelajar di daerah yang dikenal pasti oleh jurulatih Pusat Latihan Daerah (PLD) boleh ditawarkan untuk bersekolah atau menjalankan latihan di PLD.

    b. Program Uji Bakat (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat)

    Program Talent Identification (Program Uji Bakat) satu proses penapisan untuk Mengenal Pasti Atlit Berbakat dan atlit tersebut akan mengikut pembesaran dengan program yang terancang dan sistematik. TID merupakan satu rangka atau garis panduan yang lebih seragam dan standard kepada para guru dan jurulatih. Untuk memudahkan serta me-nyeragamkan pelaksanaan penilaian terhadap pelajar-pelajar yang berpo-tensi di peringkat sekolah, daerah/zon/bahagian atau negeri. Bagi sukan badminton Pemilihan atlit akan dijalankan melalui 3 bateri ujian iaitu Ujian Kecergasan Umum Ujian Kecergasan Spesifik Sukan Ujian Perlawanan

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON104 105

    c. Jenis Bateri Ujian Kecergasan Umum

    Ujian Bateri Ujian CatatanA. Ujian Anthropometrik

    i. Ketinggian berdiriii. Panjang depaiii. Ketinggian dudukiv. Berat badan

    B. Ujian Kecergasan

    1. Ujian lari pecut 40m2. Ujian duduk dan jangkau3. Ujian lari ulang alik 10m4. Ujian lompat jauh berdiri5. Ujian bleep6. Ujian baling bola kerajang7. Ujian lompat menegak

    d. Bateri Ujian Spesifik Badminton

    Ujian spesifik terdiri dari ujian pergerakan kaki dalam gelanggang dan ujian kemahiran asas

    Ujian Pergerakan Kaki Dalam Gelanggang (Footwork)

    UJIAN 1 : Larian Bentuk V

    1. Definisi : Keupayaan koordinasi badan dan pergerakan dalam gelanggang dengan tumpuan kepada bulutangkis.

    2. Rasional : Koordinasi merupakan elemen penting dalam sukan badminton untuk menghasilkan pergerakan yang efisyen dalam gelanggang.

    3. Objektif : Untuk menilai keupayaan koordinasi dalam melakukan pergerakan di dalam gelanggang.

    4. Peralatan: Jam randik dan 2 unit kon Masking Tape Wisel 6 biji bulu tangkis5. Prosedur : a) P akan bergerak ke depan dan menjangkau untuk mengambil bulu tangkis di No 1 dan balik semula di tempat permulaan serta letakkan bulutangkis di tempat yang ditandakan.b) Ulangi pergerakan di atas diikuti dengan no 2 3 4 5 dan 6.c) Setelah tamat P akan mengambil bulutangkis di X dan menyusun semula bulutangkis mengikut urutan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 dengan melakukan pergerakan seperti a dan b. d) Proses ini akan tamat apabila kesemua bulu tangkis habis dikutip. e) Masa akan diambil selepas bulutangkis yang terakhir diletak di tempat yang ditandakan.* Susun bulutangkis 30 cm dari garisan tengah jaring

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON106 107

    serta rapat dengan garisan tepi perseorangan seperti rajah.* Jarak antara bulutangkis ialah 30 cm.

    6. Pemarkahan : Catatan masa diambil apabila mula dan setelah pelajar selesai mengutip dan menyusun kembali semua bulutangkis. Dua (2) percubaan akan diberi dan masa terbaik akan diambil kira.

    1. Definisi : Dayatahan otot kaki semasa bergerak ke hadapan dan ke belakang dari base operasi.

    2. Rasional : Daya tahan otot kaki merupakan elemen penting dalam sukan badminton.

    3. Objektif : Untuk mengukur tahap dayatahan otot kaki terhadap beban yang diberikan.

    4. Peralatan : Jam randik /2 unit kon Masking Tape/6 biji bulu tangkis dan Wisel5. Prosedur : a). P bersedia di X dan membuat larian melalui base operasi dan kutip bulutangkis di no 1 kembali ke X dan letak bulu tangkis. b). Ulang pergerakan dan seterusnya kutip bulu tangkis di no 2,3,4,5 dan 6. c). Masa akan diambil selepas pemain selesai mengutip dan letak bulu tangkis dan kembali semula kebase operasi

    * Susun bulutangkis 30 cm dari garisan tengah jaring dan disusun rapat dengan garisan tepi perseorangan. Jarak antara 1,2,3,4,5 dan 6 ialah 30 cm* Tandakan base operasi 120 cm dari garisan servis pendek yang bertanda Y.

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON108 109

    UJIAN 3 : LARIAN SISI

    1.Definisi : Keupayaan dan ketangkasan murid bergerak secara sisi untukmencapai sasaran dengan pantas.

    2. Rasional : Kepantasan menukar arah dengan pantas serta koordinasi merupakan elemen penting dalam sukan badminton untuk menghasil kan pergerakan yang efisien

    P

    6. Pemarkahan : Catatan masa diambil setelah pelajar selesai mengutip dan menyusun semua bulutangkis.

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON110 111

    3. Objektif : Untuk bergerak ke sisi dengan pantas dan efisien.

    4. Peralatan : Jam randik pita pelekat Wisel 14 biji bulu tangkis 5. Prosedur : a) Murid berada di tapak permulaan. Apabila isyarat MULA diberi. murid akan bergerak ke sisi untuk menjangkau dan menguis bulu tangkis yang terletak di garisan tepi.b) Ulangi pergerakan di atas sehingga semua bulu tangkis telah dikuis. c) Setelah tamat murid akan balik ke tapak permulaan.e) Masa pencapaiannya akan dicatat.

    6. Pemarkahan : a) Catatan masa diambil apabila murid mula bergerak ke sisi dan setelah murid selesai menguis dan balik ke tapak permulaan.b) Dua (2) percubaan akan diberi dan masa terbaik akan diambil kira. Susun 14 biji bulu tangkis (7 kiri & 7 kanan). Lokasi bulu tangkis ditandakan. Jaraknya adalah dispesifikkan. Jarak antara bulu tangkis ialah 10 cm.

    1. Definisi : Dayatahan otot kaki semasa bergerak ke hadapan dan ke belakang dari base operasi.

    2. Rasional : Daya tahan otot kaki merupakan elemen penting dalam sukan badminton.

    3. Objektif : Untuk mengukur tahap dayatahan otot kaki terhadap beban yang diberikan.

    4. Peralatan : Jam randik /2 unit kon Masking Tape/6 biji bulu tangkis dan Wisel5. Prosedur : a). P bersedia di X dan membuat larian melalui base operasi dan kutip bulutangkis di no 1 kembali ke X dan letak bulu tangkis. b). Ulang pergerakan dan seterusnya kutip bulu tangkis di no 2,3,4,5 dan 6. c). Masa akan diambil selepas pemain selesai mengutip dan letak bulu tangkis dan kembali semula kebase operasi

    * Susun bulutangkis 30 cm dari garisan tengah jaring dan disusun rapat dengan garisan tepi perseorangan. Jarak antara 1,2,3,4,5 dan 6 ialah 30 cm* Tandakan base operasi 120 cm dari garisan servis pendek yang bertanda Y.

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON112 113

    UJIAN 4 : LARIAN 4 PENJURU

    1. Definisi : Keupayaan dan ketangkasan murid bergerak secara bersudut untuk mencapai sasaran dengan pantas.

    2. Rasional : Kepantasan menukar arah dengan pantas serta koordinasi merupakan elemen penting dalam sukan badminton untuk menghasilkan pergerakan yang efisien dalam gelanggang.

    3. Objektif : Untuk bergerak ke empat penjuru dengan pantas dan

    efisien.

    4. Peralatan : Jam randik pita pelekat Wisel 12 biji bulu tangkis

    5. Prosedur : a) Murid berada di tapak permulaan. Apabila isyarat MULA diberi. Murid akan bergerak ke empat penjuru untuk menjangkau dan menguis bulu tangkis yang terletak pada 4 sudut gelanggang.b) Ulangi pergerakan di atas sehingga semua bulu tangkis telah dikuis. c) Setelah tamat, murid akan balik ke tapak permulaan.e) Masa pencapaiannya akan dicatat setelah murid kembali ke tapak permulaan.

    6. Pemarkahan : a) Catatan masa diambil apabila murid mula bergerak dan masa akan dihentikan apabila murid selesai menguis dan balik ke tapak permulaan.b) Dua (2) percubaan akan diberi dan masa terbaik akan diambil kira. Susun 20 biji bulu tangkis (5 bulu tangkis setiap sudut). Lokasi bulu tangkis ditandakan. Jaraknya adalah dispesifikkan. Jarak antara bulu tangkis ialah 10 cm.

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON114 115

    UJIAN KEMAHIRAN ASAS KEMAHIRAN 1: SERVIS TINGGI

    1. Definisi : Melakukan kemahiran servis yang menuju sasaran di base line

    2. Rasional : Servis tinggi yang baik diperlukan untuk memulakan rally dan merancang strategi permainan.

    3. Objektif : Untuk mengenalpasti servis mempunyai kawalan yang baik, ikut lajak, hayunan reket dan titik sentuhan serta menuju sasaran yang ditetapkan.

    4. Peralatan : Raket, 20 biji bulutangkis dan Masking Tape

    5. Prosedur : a. Pelajar diberi 20 biji bulutangkis.b. Pelajar berdiri di P1 dan membuat servis tinggi 10 kali .c. Kemudian pelajar berdiri di P2 dan membuat servis tinggi 10 kali

    6. Pemarkahan : Berdasarkan ketepatan sasaran

    Kaedah Servis Tinggi

  • BADMINTONSPTS

    Modul Latihan SPTS Untuk JurulatihSukan Prestasi Tinggi Sekolah - BADMINTON116 117

    UJIAN KEMAHIRAN ASAS KEMAHIRAN 2 : SERVIS RENDAH

    1.1. Definisi : Perlakuan kemahiran servis yang menuju sasaran di garisan hadapan atas paras ketinggian jaring.

    2.Rasional : Servis rendah yang baik diperlukan untuk memulakan permainan dan merancang strategi.

    3.Objektif : Untuk mengenalpasti servis mempunyai kawalan yang baik, hayunan reket dan titik sentuhan serta menuju sasaran yang ditetapkan.

    4.Peralatan : - Reket - 20 biji bulutangkis - Masking Tape 5.Prosedur : a. Pelajar diberi 20 biji bulutangkis.b. Pelajar dikehendaki berada di P1 dan membuat 10 kali servis.c. Selepas itu pelajar akan membuat 10 kali servis di P2.

    6. Pemarkahan : Berdasarkan ketepatan sasaran

    Kaedah Servis Rendah