soalan tudingan t5.doc

38
Johor Cemerlang 2009 1 . T 5

Upload: nooraziah-khalib

Post on 24-Sep-2015

301 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Johor Cemerlang 2009

BABTUDINGAN TEMA 10 NASIONALISME

[ BAB 1 & BAB 2 TINGKATAN 5 ]

SE

B1

B1Faktor Imperialisme / Perubahan Sistem Politik /Gerakan Nasinalisme di Asia Tenggara

B2B2

Nasionalisme Zaman Jepun / Akhbar / majalahGerakan Nasionalisme sehingga Perang Dunia Kedua / Persatuan Negeri

BAB 1 : KEMUNCULAN GERAKAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

SOALAN 1 , [ TEMA 10 BAB 1 - STRUKTUR]Keistimewaan rantau Asia Tenggara serta perkembangan yang berlaku di Eropah telah mendorong kuasa-kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka untuk menguasai ekonomi kawasan tersebut.

(a)Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ? ( Buku Teks ms. 3 )

F1Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya

F2Menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu

(b)Senaraikan dua keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong imperialis Barat menjalankan dasar imperialismenya di rantau tersebut. ( Buku Teks ms. 5 )

F1Kedudukannya strategik, laluan perdagangan laut antara China dengan India

F2Dekat dengan kawasan pasaran di India dan China

F3Tanah yang subur untuk pertanian dagang

F4Kaya dengan bahan mentah

(c)Mengapa perkara berikut mendorong perluasan imperialisme Barat di Asia Tenggara. (Buku Teks ms. 6)(i)Penggunaan kapal wap dan Pembukaan Terusan Suez

F1Muatan lebih banyak

F2Mempercepatkan perjalanan Timur-Barat

F3Memendekkan jarak perjalanan

F4Perjalanan lebih selamat

F5Menjimatkan kos

(ii)Penciptaan Telegraf

F1Arahan kepada pegawai di tanah jajahan dengan cepat

F2Ahli perniagaan dapat berhubung dengan wakil mereka di Timur

F3Urusan perdagangan lebih mudah

F4Perdagangan antarabangsa lebih pesat

(d)Nyatakan nilai-nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan persaingan antara mereka untuk menguasai negara-negara Asia Tenggara. ( Buku Teks ms. 6 )

F1Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan

F2Keluasan tanah jajahan melambangkan kekayaan dan kekuatan

F3Mereka lebih maju dan bertamadun

F4Beban Orang Putih / Bertanggungjawab memimpin orang Timur ke arah kesejahteraan.

F5Tugas menyebarkan tamadun / Tanggungjawab mentamadunkan orang Timur

F6Bertanggungjawab menyebarkan Kristian kepada penduduk tanah jajahan

SOALAN 2 [ TEMA 10 - BAB 1 STRUKTUR ]Tajuk:Perubahan Sistem PolitikBagi mengukuhkan cita-cita imperialisme untuk menguasai ekonomi di rantau ini, pihak imperialis telah melaksanakan perubahan dalam pentadbiran di Asia Tenggara.(a)Nyatakan tiga ciri umum sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan di Asia Tenggara. ( Buku Teks ms.8 )F1Penubuhan kerajaan pusatF2Perlantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir

F3Pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan)

F4Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua biro

F5Pengenalan undang-undang (b)Nyatakan perubahan yang diperkenalkan Belanda dalam sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia. (Buku Teks ms. 9)F1Pentadbiran dipecahkan kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan

F2Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral

F3Pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda

F4Penubuhan jabatan kerajaan

F5Penubuhan Dewan Tempatan(c)Nyatakan tugas Encomiendero di bawah Sistem Encomienda yang diperkenalkan Sepanyol di Filipina.

(Buku Teks ms. 9 )

F1Menjaga keamanan

F2Mengutip cukai

F3Mengkristiankan penduduk barangay

(d)Berikan tiga kesan penguasaan British terhadap Burma selepas Perang Inggeris - Burma III.

(Buku Teks ms. 10 - 11 )

F1Berakhirnya Dinasti Konbaung

F2Institusi raja tersingkir

F3Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat terhapus

F4Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah di Burma

F5Pentadbiran tradisional lenyap

F6Sistem undang-undang Barat diperkenalkan.

F7Majlis Perundangan diperkenalkan

F8Beberapa jabatan ditubuhkan

SOALAN 3 ; [TEMA 10 - BAB 1 ESEI ]Tajuk:Perubahan Sistem Politik

Huraikan sistem pemerintahan di Indo China sebelum dan selepas kedatangan Perancis ke negara tersebut. (Buku Teks ms.11 12)Nota Ringkas

Sebelum Kedatangan Perancis

Ditadbir oleh kerajaan pusat berkuasa mutlak. Memberi kuasa penuh kepada pembesar tempatan.Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.

Dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China. Dipilih melalui peperiksaan.

Selepas Kedatangan Perancis

Pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral. Gabenor Jeneral bertanggungjawab terus kepada Kementerian Tanah Jajahan di Paris.

Gabenor Jeneral dibantu Leftenan Gabenor yang menjadi pemerintah wilayah jajahan / naungan.

Gabenor Jeneral juga dibantu oleh Residen Jeneral dan Residen Wilayah

Menubuhkan kerajaan pusat dengan menubuhkan Union Indochinoise. Rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen Perancis.

Pentadbiran kerajaan tempatan tidak diganggu oleh kerajaan pusat. Kerajaan tempatan perlu membayar cukai dan kerahan tenaga

Apakah perubahan yang dilaksanakan oleh Mongkut dan Chulalongkorn untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand ( Buku Teks ms. 12 13 )

Pembaharuan Raja Mongkut

Melantik 80 orang penasihat Barat mengetuai pelbagai jabatan. Penasihat dari Britain menjadi penasihat kewangan dan pelabuhan.

Penasihat dari Amerika untuk jabatan kastam. Penasihat Perancis dalam jabatan ketenteraan.

Pembaharuan Raja Chulalongkorn

Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, Majlis Mesyuarat Tertinggi dan Kabinet Menteri.

Melantik juruaudit dari Britain berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

Kedudukan pentadbir dalam birokrasi berdasarkan tahap pendidikan. Sistem raja berperlembagaan menggantikan sistem raja berkuasa mutlak

Perubahan sistem politik di Tanah Melayu sebelum kedatangan Portugis dan British

Sebelum kedatangan Portugis, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan pemerintahan beraja. Dibantu dengan sistem pembesar empat lipatan.

Selepas kedatangan Portugis Institusi Beraja tersingkir. Pentadbiran diketuai oleh wizurai. Pentadbiran tempatan dikekalkan.

Selepas kedatangan British Tanah Melayu terbahagi kepada 3 jenis pentadbiran. Iaitu Negeri-negeri Selat , Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh Gabenor Negeri-negeri Selat. Terdiri negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Diperingkat negeri pentadbiran diketuai oleh Residen Kaunselor. Pentadbiran tempatan dikekalkan.

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sultan terpaksa menerima seorang Residen. Residen berperanan memberi nasihat kepada Sultan dalam semua hal kecuali agama dan adat resam. Residen di keempat-empat negeri pula bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat.

Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sultan-sultan masih berkuasa walaupun menerima seorang Penasihat British. Peranan Penasihat British memberi nasihat kepada sultan jika diperlukan.

Jelaskan kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran di Asia Tenggara.

Raja kehilangan kuasa dalam pemerintahan.Fungsi raja sebagai penaung agama Buddha di Burma diambil alih oleh undang-undang barat.

Terhapusnya institusi raja , contohnya di Burma. Gabenor Jeneral / Pesuruhjaya Tinggi menggantikan raja sebagai pemerintah tertinggi.Penguasaan Pegawai Barat. Raja menerima nasihat daripada penasihat Barat dalam hal pentadbiran. Kemerosotan pengaruh pembesar tempatan. Penubuhan Kerajaan Pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah. Pembahagian pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pengenalan sistem undang-undang Barat

SOALAN 4 [ TEMA 10 - BAB 1 ESEI ]

Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara.Nota Ringkas

Faktor pertama , Dasar Penjajah. Rakyat tempatan tidak puas hati terhadap dasar penjajah. Penduduk tempatan tiada peluang dalam sistem birokrasi Barat.

Faktor kedua, Dasar Ekonomi penjajah. Dasar ekonomi penjajah bersifat menindas. Penjajah mewujudkan jurang sosial dalam masyarakat. Dasar kemasukan imigran menyebabkan ekonomi dikuasai oleh mereka.

Faktor ketiga, Pengaruh Agama. Agama menjadi alat penyatuan rakyat. Lahirnya gerakan Islah oleh persatuan-persatuan agama.

Faktor keempat, Karya Kesusasteraan. Karya membangkitkan kesedaran dan kecintaan kepada negara. Karya menyampaikan mesej kesengsaraan rakyat.

Faktor kelima, Pendidikan. Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam pendidikan. Kemudahan disediakan untuk sekolah yang menggunakan bahasa penjajah.

Pendidikan diberi kepada golongan elit sahaja. Lepasan sekolah vernakular sukar untuk mendapatkan pekerjaan.

Faktor keenam, Kemunculan Golongan Intelek. Golongan intelek yang terdedah kepada idea falsafah Barat dan Islam. memimpin gerakan nasionalisme menuntut membaiki taraf hidup dan membebaskan negara.

Faktor ketujuh, Pengaruh Media. Media seperti akhbar dan majalah menyemarkakkan semangat nasionalisme. Menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah.

Faktor kelapan, Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan. Sistem perhubungan memudahkan hubungan di kalangan nasionalis.. Jalan raya dan jalan kereta api menghubungkan kawasan yang sebelumnya terpisah.

Faktor kesembilan, Pengaruh Luar. Kejayaan Jepun menewaskan China dan Rusia membuka mata nasionalis. Perjuangan Mahatma Ghandi menjadi sumber inspirasi kepada nasionalis.

Jelaskan perbezaan antara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan gerakan nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.

Dari segi Sifat / bentuk gerakan.

Gerakan nasionalisme tahap pertama bersifat setempat. Manakala gerakan nasionalisme tahap kedua bersifat nasional.Dari segi Organisasi gerakan nasionalisme. Gerakan tahap pertama tiada organisasi. Tetapi gerakan tahap kedua mempunyai organisasi yang tersusun.

Matlamat perjuangan pula. Matlamat gerakan nasionalisme tahap pertama ialah mennuntut pembaharuan dalam bidang kebudayaan, agama dan hak peribumi. Gerakan tahap pertama tidak menuntut kemerdekaan segera.

Manakala gerakan tahap kedua mempunyai matlamat menuntut kemerdekaan. dan membentuk kerajaan sendiri.

Pemimpin perjuangan

Gerakan tahap pertama dipimpin golongan pertengahan yang mendapat pendidikan di Barat dan Timur Tengah

Tetapi gerakan tahap kedua dipimpin golongan berpendidikan tinggi yang berpengetahuan

Kaedah perjuangan

Gerakan tahap pertama bersifat sederhana. Menggunakan kaedah memberi kesedaran melalui karya kesusasteraan

Tetapi gerakan kedua menggunakan gerakan bersifat radikal. Melancarkan revolusi untuk mencapai matlamat.

Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan nasionalisme negara ain di Asia Tenggara ?Nota Ringkas

Nasionalisme Thailand tidak bersifat antipenjajah. Pada gerakan nasionalisme tahap pertama rakyat menentang penguasaan politik kerabat diraja.

Mereka mengadakan penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak. Tidak puas hati terhadap sikap raja yang boros. Revolusi dilancarkan untuk menggulingkan raja berkuasa mutlak.

Gerakan nasionalisme tahap kedua disebabkan oleh rasa tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.

Mengadakan pelbagai pembaharuan untuk menyekat penguasaan itu. Menggubal undang-undang menyekat monopoli ekonomi oleh orang Cina . Antaranya Membubarkan akhbar dan menutup sekolah Cina.

BAB 2 ; GERAKAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU SEHINGGA PERANG DUNIA KE DUASOALAN 5 [ TEMA 10 - BAB 2 ESEI]

Terangkan bagaimana pendudukan Jepun menjadi pemangkin gerakan nasionalisme di Tanah MelayuNota Ringkas

Dasar pemerintahan ketenteraan Jepun. Pemerintah Jepun menyekat kebebasan bersuara penduduk Tanah Melayu.

Jepun memberikan kebebasan kepada pertubuhan yang menyokongnya. Ahmad Boestamam menubuhkan Barisan Pemuda di PerakAkibat tekanan Jepun, gerakan bawah tanah menentang Jepun telah berlaku. PKM telah menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA menjalankan perang gerila terhadap JepunOrang Melayu menubuhkan Force 136 / Pasukan Wataniah. Anggotanya terdiri daripada guru/pegawai tadbir kerajaan/orang kampong. Bekerjasama dengan British menentang JepunKMM meminta Jepun memberikan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia. Untuk menubuhkan negara Melayu Raya/Indonesia Raya. KRIS ditubuhkan untuk melaksanakan tugas Kesengsaraan hidup zaman penjajah memberi pengajaran. membenci semua penjajah samada British ataupun Jepun. mereka menganggap semua penjajah adalah zalimKonsep Kesemakmuran Asia diperkenalkan Jepun. Ia menekankan kebebasan negara-negara Asia. Menentaukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan dikalangan negara

Sekiranya anda dilantik menjadi pemimpin Malaysia, bagaimanakah anda menanamkan semangat nasionalisme kepada rakyat jelata.

F1 Menanam semangat patriotisme dalam setiap tindakan yang dilakukan. F2 Menanam perasaan cinta dan sayangkan negara F3 Menjamin kedaulatan negara, tidak dijajah oleh kuasa asing. F4 Semangat mempertahankan negara dan bangsa. F5 Semangat bersaing dan berusaha untuk memajukan diri/bangsa/negara. F6 Menyemai perasaan menghargai perjuangan dan pengorbanan pejuang terdahulu.F7 Mendorong semangat berkorban demi bangsa dan negara. F8 Mana-mana yang munasabah

SOALAN 6 [ TEMA 10 - BAB 2 STRUKTUR]

Rajah di atas merujuk kepada perkembangan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke-20.

(a) Gerakan Islah ialah

Gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu membetulkan pandangan terhadap Islam.

(b)Namakan dua akhbar yang menjadi saluran Gerakan Islah menyebarkan idea perjuangan mereka?

i)al-Imam

ii)Neracha

iii)Idaran Zaman

iv)Pengasuh

(b)Sebutkan dua tokoh yang mempelopori gerakan Islah.

F1Sheikh Tahir Jalaluddin

F2Syed Sheikh al-Hadi

F3Dr. Burhanuddin al-Helmy

(c)Nyatakan idea-idea yang disampaikan melalui gerakan Islah oleh oleh Kaum Muda.

F1Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia

F2Gesaan memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu

F3Menyemai sikap mengkritik penjajah dalam fikiran orang Islam

F4Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan memajukan orang Melayu

(d)Berikan sebab-sebab gerakan Islah oleh Kaum Muda tidak dapat bergerak di Negeri-Negeri Melayu kecuali di Negeri-Negeri Selat sahaja.

F1Masyarakat sudah dipengaruhi oleh fahaman Kaum Tua

F2Undang-undang dikeluarkan di Negeri-negeri Melayu untuk menghalang pengaruh

Kaum Muda

F3Kegiatan dakwah tidak dibenarkan kecuali mendapat keizinan Sultan

F4Dilarang membawa masuk buku-buku dan risalah Kaum Muda ke negeri-negeri itu.

(e)Apakah sumbangan Kaum Muda dalam pendidikan

F1menubuhkan beberapa buah madrasah

F2memperkenalkan Sistem Pendidikan Islam

F3merangkumi pendidikan dunia dan akhirat

F4mata pelajaran terdiri fardhu ain , Ilmu Hisab dan Bahasa Inggeris

F5memebri peluang kepada pelajar perempuan

SOALAN 7 [ TEMA 10 - BAB 2 ESEI ]

Peranan yang dimainkan oleh akhbar, majalah dan novel dalam menggerakkan kesedaran kebangsaan orang Melayu pada tahun 1930-an adalah amat jelas .

Nyatakan isu yang dibangkitkan akhbar-akhbar Melayu tahun 1930-an Nota Ringkas

Sosial / Pendidikan

F1 Menggesa supaya memajukan pendidikan tinggi orang Melayu. F2 Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan. F3 Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap memilih kerja dan malas berusaha. F4 Mementingkan kemahiran pertukangan dan kerja tangan. F5 Mengutamakan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan diri. F6 Meminta sekolah Melayu diberikan nilai ekonomi.

F7 Memartabatkan bahasa Melayu dalam pentadbiran British. F8 Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam. F9 Menyeru supaya mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat MelayuEkonomi

F1 Menggalakkan syarikat kerjasama. F2Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang.

F3 Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu. F4 Melarang orang Melayu menjualkan tanah mereka.

F5 Menyeru orang Melayu berjimat cermat. F6 Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur

Politik

F1 Mengkritik British yang mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu. F2 Mengkritik raja dan pembesar yang tidak melaksanakan tanggungjawab sewajarnya untuk rakyat

F3 Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan. F4 Menuntut diadakan Malay Administrative Service (M.A.S) untuk melindungi orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan

F5 Menyeru orang Melayu bersatu di bawah satu pertubuhan kebangsaan. F6 Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

Jelaskan isu-isu berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada tahun 1930-an.

F1 Pendidikan untuk anak perempuan. F2 Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri.F3Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur.

F4 Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa. F5 Kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya.

F6Membuang pandangan negatif yang boleh menghalang kemajuan. F7 Perpaduan di kalangan guru-guru perempuan Melayu Johor

Berikan tema-tema semangat kebangsaan oleh Ishak Haji Muhammad melalui novel karangannya

F1 Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan. F2 Mencintai tanah air dan menjaga maruah bangsa

F3 Berasa bangga dengan kebolehan sendiri. F4 Menghargai warisan bangsa sendiri. F5Menolak kesenangan demi maruah bangsa.

SOALAN 8 [ TEMA 10 - BAB 2 STRUKTUR ]Kemunculan Persatuan-persatuan Negeri awal abad ke 20 membincangkan pelbagai persoalan bangsa Melayu berkaitan isu ekonomi, sosial dan politik bangsa.

(a)Tuliskan tiga tujuan perjuangan nasionalisme oleh persatuan-persatuan negeri Melayu.

F1Menjaga kepentingan sosio-ekonomi penduduk Melayu

F2Mendesak British menjaga kebajikan orang Melayu

F3Menggalakan ahli persatuan berkenal-kenal

F4Menggalakkan ahli persatuan bertukar-tukar pendapat

F5Memajukan diri dan bangsa Melayu

F6Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan Melayu

F7Membincangkan nasib Melayu dalam ekonomi / pendidikan / perkhidmatan kerajaan

(b)Nyatakan peranan Mohammad Eunos Abdullah melalui Kesatuan Melayu Singapura (KMS) F1Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran British

F2Menjadi wakil orang Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat

F3Melalui desakannya, kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British

F4Memperoleh sebuah kawasan petempatan khas bagi orang Melayu di Singapura

F5Mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang dan di Negeri-Negeri Melayu

(d)Apakah tujuan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ?F1Menggalakkan ahli berkenal-kenal

F2Menggalakkan ahli bertukar pendapat untuk memajukan diri dan bangsa

F3Menggalakkan perpaduan / persaudaraan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu

(e)Senaraikan tindakan-tindakan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bersifat politik.F1Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British dari Tanah Melayu

F2Menjadikan KMM sebagai badan propoganda Jepun

F3Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propoganda anti-British

F4Mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapatkan sokongan

F5Menubuhkan cawangan KMM di Maahad Ihya Assyarif

F6Menubuhkan tentera semut untuk menentang British

(f)Apakah hasil daripada kongres Melayu yang telah diadakan pada tahun 1939 dan 1940 ?F1Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi dan pendidikan dibincangkan

F2Layanan pilih kasih oleh British dalam pentadbiran kerajaan telah didedahkan

F3Perjuangan kesatuan mendapat sokongan golongan intelek Melayu dan akhbar-akhbar Melayu

F4Perpaduan Melayu untuk mengatasi permasalahan sosioekonomi dan politik dapat diwujudkan

F5Perasaan kenegerian di kalangan orang Melayu dapat diatasi

(g) Mengapakah kesedaran berpersatuan tidak menonjol di Sabah pada awal abad ke-20?

F1Tidak tersebar ke kawasan pedalaman

F2Kesulitan perhubungan

F3Taraf pendidikan yang rendah

F4Kurang kesedaran penduduk

BABTUDINGAN TEMA 11 NEGARA BANGSA

[ BAB 4 , 5 , 6 , 7 DAN 8 ]

SE

B3Undang Tubuh Negeri Johor / Terengganu / Kelantan / Demokrasi di N.Sembilan

B4Persekutuan Tanah Melayu 1948

B5Pakatan Murni / Perjanjian Persekutuan 1957 /

B6Pembentukan Malaysia / Reaksi / Tindak balas

BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA

SOALAN 1 [ TEMA 11 - BAB 3 ESEI ]Konsep negara bangsa merujuk pembentukan negara bangsa moden di Eropah. [B/Teks m/s 67-69]

Huraikan usaha-usaha ke arah pembinaan negara bangsa moden di EropahNota Ringkas

Para nasionalis menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa.

Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prisip penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa.

Kekalahan Austria-Hungary dan Turki dalam Perang Dunia Pertama. Ia mengakibatkan empayarnya dibahagi-bahagikan menjadi negara-negara bangsa baru merdeka.

Count Camillo Benso menggunakan amalan realpolitik untuk menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Beliau bekerjasama dengan Napoleon III (pemerintah Perancis) menghalau Austria dari Itali.

Beliau mengadakan pungutan suara dan mendapat sokongan rakyat untuk menyatukan Itali.Beliau membantu Prussia menewaskan Austria menyebabkan wilayah Venetia dipulangkan kepada Itali.Pengunduran tentera Perancis dari Rom membolehkan Camillo menyatukan Itali dan Rom. Otto Eduard von Bismarck menggunakan realpolitik serta politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman.

Beliau menggunakan pelbagai taktik untuk mencetuskan peperangan bagi menyatukan Jerman.

Beliau juga menggunakan isu membenci kuasa asing untuk membangkitkan semangat rakyat Prusia dimedan tempur.

Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa di Eropah ?

Tiada kekerasan dalam pembentukan negara Islam di Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik atau politik darah dan besi.

Pembentukan negara secara penyatuan melalui prinsip Islam. Menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam.

Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui Piagam Madinah. Pembentukan kerajaan Islam berasaskan diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.

Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.

Jelaskan 4 ciri utama dalam proses pembinaan negara dan bangsa

Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk , sempadan dan pemerintahan berwibawa. Di Malaysia ia merujuk Persekutuan Tanah Melayu , Sabah Dan Sarawak.

Negara juga merujuk institusi pemerintahan yang tersusun, bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik, menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

Bangsa pula merujuk sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah. Juga mempunyai persamaan dari segi bahasa , adat resam dan kesenian serta pengalaman sejarah yang sama.

Kerajaan merujuk institusi pemerintahan yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara.

Kerajaan negara Malaysia merujuk 3 Badan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.

Perlembagaan ialah peraturan tertinggi samada bertulis atau tidak bertulis. Ia menjadi panduan dan rujukan bagi mentadbir sesebuah negara.

Di Malaysia perlembagaan merupakan peraturan tertinggi bertulis yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara.

SOALAN 2 [ TEMA 11 - BAB 3 ESEI ]Berikan dua persamaan kandungan antara UUT Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan UUT Negeri Terengganu pada tahun 1911 ?Nota Ringkas

Raja Berperlembagaan. Kedua-dua Undang-Undang Tubuh (UUT) mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan.

Sultan dibantu oleh Majlis Negeri / Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.Menteri Besar.

Persamaan lain kedua-dua UUT, Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri / Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Menteri Besar dilantik oleh Sultan.. Menteri Besar dibantu oleh Jemaah Menteri.

Jemaah Menteri.

Persamaan seterusnya, Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri Besar dengan perkenan Sultan.

Orang Melayu.

Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat negeri. Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu, Islam dan rakyat negeri. Menteri mesti mengangkat sumpah taat setia kepada Raja dan kerajaan

Pewaris Tahta.

Pewaris takhta mestilah beragama Islam, berbangsa Melayu, lelaki dan waris Sultan

Larangan.

Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain. Islam

Kedua-dua UUT menjadikan Islam sebagai agama negeri

Huraikan Sistem Pentadbiran Jemaah Menteri di Kelantan

Konsepnya pentadbiran bermula semasa Sultan Muhammad 1. Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya

Sultan Muhammad II membentuk Sistem Jemaah Menteri. Tujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan

Terdapat 8 Badan Jemaah Menteri ditubuhkan. setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar. Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing

Penyingkiran kerabat diraja Kelantan kerana terlibat dalam pertikaian merebut kuasa.

Urusan pentadbiran digantikan golongan pembesar yang bergelar Nik dan Wan. Golongan pembesar ini membantu mengukuhkan kewibawaan Sultan Muhammad II

Jemaah Menteri yang ditubuhkan seperti JM Penasihat Raja / JM Istana / JM Keadilan dan Kehaikman

JM Dalam Negeri / JM Luar / JM Perbendaharaan / JM Peperangan / JM Pentadbiran Dan Mengimarahkan Negeri

Terangkan Sistem pentadbiran dalam Persekutuan Negeri Sembilan dikatakan mempunyai unsur demokrasi.

Pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih. Mengikut adat perpatih Kedaulatan berada di tangan rakyatPerlantikan pemimpin dibuat dari peringkat paling bawah. Iaitu anak buah melantik buapak, buapak melantik lembaga, lembaga melantik Undang. Undang melantik Yang Dipertuan BesarYang Dipertuan Besar tidak berhak melantik pembesar. Walaupun YDB merupakan pemerintah tertinggi. Pembesar dilantik oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak BuahYang Dipertuan Besar tidak boleh membuat keputusan dalam pentadbiran. Sebaliknya keputusan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Besar adalah hasil perundingan dengan UndangPemerintahan tidak mengamalkan kuasa mutlak. Mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat.

Undang akan mengetuai daerah atau jajahan yang dipanggil Luak.

Lembaga pula bertanggungjawab terhadap suku masing-masing. Buapak pula akan menjadi rujukan anak buah bagi setiap masalahPermuafakatan antara suku dalam memilih pemimpin. Pemilihan seseorang ketua atau pemimpin juga mengambil kira suara mejoriti.

BAB 4 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

SOALAN 3 [ TEMA 11 - BAB 4 STRUKTUR ]Tajuk Malayan Union(a)Berikan dua situasi yang menyebabkan Raja-Raja Melayu menandatangani Perjanjian Malayan Union. (B/Teks ms. 98)

F1diugut akan diturunkan daripada takhta

F2masa yang singkat untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri

F3atas dasar setia kawan kepada British

(b)Nyatakan kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union. (B/Teks ms. 99)F1Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu

F2Hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu

F3Tiada sebarang kuasa

F4Hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu

F5Tida kuasa untuk memungut zakat fitrah

(c)Sebutkan kesan ke atas orang Melayu terhadap syarat kerakyatan malayan Union yang longgar. (B/Teks ms. 99)F1Mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi

F2Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil

F3Ekonomi orang Melayu menjadi mjundur

F4Ketinggalan dalam bidang pendidikan

(d)Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap gagasan Malayan Union. (B/Teks ms. 100 - 101)

F1Menyuarakan bantahan melaui akhbar-akhbar MelayuF2Mengadakan demonstrasi sedara damai

F3Menghidupkan semula persayuan-persayuan Melayu untuk menentang Malayan Union

F4Menghantar telegram / surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London

F5Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu

F6Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union

F7Mengadakan rapat umum

F8Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan

SOALAN 4 [ TEMA 11 - BAB 4 STRUKTUR ]Tajuk : Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada pegawai kanan British, pemimpin UMNO dan wakil Raja-Raja Melayu untuk mengadakan rundingan tentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948(a)Berikan tiga sebab UMNO dan Raja-Raja Melayu dipilih oleh British

F1mereka memilih rundingan untuk menolak Malayan Union

F2tidak menuntut kemerdekaan daripada British

F3Bersikap sederhana

F4bimbang orang Melayu dipengaruhi gerakan politik Indonesia(b)Senaraikan tuntutan orang Melayu dalam mesyuarat penggubalan Perjanjian Persektutan Tanah Melayu di Kings House, Kuala Lumpur.

F1Raja-raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip Malayan Union

F2Menginginkan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu

F3menolak kerakyatan terbuka Malayan Union

F4Meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu

F5menuntut kuasa Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-negeri Melayu diakui(c)Apakah alasan yang diberikan oleh golongan radikal Melayu sebagai reaksi menentang perundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

F1Jawatankuasa Eksekutif tidak diwakili semua pihak

F2Tidak ada seorang pun perwakilan orang dagang

F3menuntut sebuah Republik

F4menuntut kemerdekaan penuh(d)Apakah bentuk tentangan yang digunakan oleh golongan ini

F1ceramah politik

F2demonstrasi

F3mogok

F4mencadangkan Perlembagaan Rakyat(e)Nyatakan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh golongan radikal Melayu melalui Perlembagaan Rakyat 1947.

F1Singapura disatukan dengan Tanah Melayu

F2Sebuah kerajaan pusat dan Majlis-majlis Negeri dipilih

F3Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada rakyat

F4Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan

F5Adat istiadat dan agama Islam dikembalikan

F6Kerakyatan yang sama rata

F7Merah dan putih menjadi warna bendera Tanah Melayu

F8Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi

F9Pertahanan menjadi tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu

F10Bangsa Tanah Melayu dikenali MelayuBAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

SOALAN 5 [ TEMA 11 - BAB 5 ESEI]Tajuk : Pakatan Murni Jelaskan usaha-usaha mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk penduduk di Tanah Melayu sebelum penubuhan Parti Perikatan.Nota Ringkas

Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (Communities Liaison Commitee CLC) yang dianggotai kaum Melayu dan Cina.

Pada bulan Ogos 1949 CLC turut disertai oleh kaum India. Bertujuan menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan yang akan dicapai.

Mengadakan rundingan antara UMNO dan CLC. Hasil rundingan bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).

i. memajukan masyarakat luar bandar.

ii. Mengadakan pilihan raya di semua peringkat pada masa yang sesuai.iii. Iaitu Peringkat perbandaran , negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.Hasil rundingan bersetuju Kerakyatan 1951. Kerakyatan diberikan kepada imigran yang lahir di Tanah Melayu. Bagaimanapun bersyarat ibu bapa telah menjadi rakyat Tanah Melayu.Membuka keahlian UMNO kepada kaum lain.

DatoOnn mencadangkan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu. Beliau dikecam hebat oleh masyarakat Melayu. Beliau meninggalkan UMNO.

Kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Dato Onn Jaafar menubuhkan yang membuka keahlian IMP kepada semua kaum.

Persidangan Kebangsaan

Sir Malcolm MacDonald menubuhkan Persidangan Kebangsaan untuk mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk.

Tunku Abdul Rahman mengadakan konvensyen kebangsaan bersama MCA untuk mewujudkan kerjasama dalam politik.

Sebab Parti Perikatan diterima semua kaum di Tanah Melayu

Pakatan Murni menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik antara kaum secara rundingan.

Perikatan telah menggabungkan tiga parti UMNO, MCA dan MIC dalam satu parti pelbagai kaum

Perikatan menggunakan manifesto pilihanrayanya untuk mencapai kemerdekaan. Seterusnya memperjuangkan pendidikan terutama masyarakat di luar bandar.Antara kandungan lain manifesto Perikatan menjadikan perkhidmatan awam bercorak tempatan. Jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam akan dipegang sendiri oleh penduduk tempatan.

Perikatan juga akan menjaga hak asasi manusia. Melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai raja berpelembagaan

Kerakyatan yang diberi kepada imigran yang lahir di Tanah Melayu telah longgar dengan syarat ibu bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu

SOALAN 6 [ Tema 11 - Bab 5 Esei]Tajuk : Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Peranan Suruhanjaya Reid

Peranan Suruhanjaya Reid merangka perlembagaan untuk Tanah Melayu yang akan merdeka.

Dalam merangka perlembagaan Tanah Melayu 1957, beberapa perkara diberi perhatian dan pertimbangan.

Antaranya mengenalpasti isu-isu yang dibangkitkan ke arah pembentukan perlembagaan.

Seterusnya memastikan wujud sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan berkesan.

Memastikan pemberian kuasa autonomi kepada kerajaan negeri dalam bidang tertentu.

Memberi perhatian kepada kedudukan Raja-Raja Melayu. Memberi perhatian kepada hak istimewa orang Melayu

Memastikan pembentukan sebuah bangsa Persekutuan T.Melayu. Menyelesaiakan isu kerakyatan / jus soli yang menjadi tuntutan orang dagang yang tidak diterima oleh orang Melayu.Terima dan kaji memorandum daripada semua pihak di T.Melayu . Menerbit dan mencadangkan deraf perlembagaan kepada kerajaan British untuk dikaji.

Nyatakan kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Antara kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

F1 Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan. F2 Pemisahan kuasa persekutuan dan kuasa negeri.

F3Melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. F4 Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan diperingkat negeri dan negara

F5 Tiga jenis kerakyatan Kuatkuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. F6 Prinsip Jus Soli diterima.

F7 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan. F8 Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

F9 Tanah Simpan Melayu dikekalkan. F10 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. F11 Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara. F12 Pentadbiran negara bersifat Demokrasi Berparlimen, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen

F13 Peringkat Negeri , Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran. F14 dibantu Dewan Undangan Negeri dan Exco.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Kepentingan pertama, Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dan Raja Berperlembagaan dibentuk.

Melahirkan perpaduan yang jitu antara kaum di Tanah Melayu. Seterusnya keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan darah

Perjanjian 1957 ini telah menjadikan Tanah Melayu sebuah negara yang bebas merdeka dan berdaulat

Perjanjian ini juga telah menjamin pemberian hak mutlak kepada penduduk tempatan mentadbir negara mengikut acuan sendiri

Setiap kaum berusaha melahirkan identiti masyarakat yang merdeka tanpa mengira warna kulit, budaya, bahasa dan agama.

Perljanjian ini juga telah menjamin kedudukan orang Melayu. Orang Melayu diperuntukan kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Orang bukan Melayu pula mendapat kerakyatan secara Jus Soli.

Perjanjian juga akan menjaga hak-hak dan keutamaan Raja-raja Melayu. Perjanjian ini telah melahirkan sebuah Perlembagaan Persekutuan yang menjadi panduan sehingga ke hari ini

Perjanjian ini juga telah menamatan kuasa Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-negeri Selat.

Mana-mana yang munasabah.

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIASOALAN 7 [ Tema 11 - Bab 6 Struktur]

Tajuk:Pembentukan Malaysia

Idea pembentukan Malaysia yang mula dikemukakan pada awal abad ke-19 dibangkitkan semula oleh beberapa orang tokoh disebabkan oleh beberapa faktor yang merujuk kepada masalah keselamatan, ekonomi dan sosial.

(a)Apakah cadangan-cadangan yang dikemukakan tentang pembentukan Malayasia. ( B/Teks 137 13 8)

(i) Lord Brassey

Menggabungkan Sarawak dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.

(ii) Sir Malcolm MacDonald dan Dato Onn

Mencadangkan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.

(iii) Lee

Menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu sahaja.

(b)Nyatakan dua perkara yang disebut oleh Tunku Abdul Rahman dalam sidang akhbar di Singapura ( Buku Teks ms. 138 )

F1 Menyetujui gagasan Malaysia

F2Berharap Malaysia menjadi negara yang disegani di rantau ini.

F3Kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.

F4Memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat tempatan.(c)Berikan dua sebab Lee Kuan Yew begitu berminat menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. ( B / Teks 139 - 140)

F1Barisan Sosialis memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura.

F2Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis melemahkan Parti Tindakan Rakyat pada masa depan

F3Barisan Sosialis boleh menggugat rancangan British memberi kemerdekaan kepada Singapura.

F4Ancaman komunis.

F5Mengharapkan pertolongan Persekutuan Tanah Melayu membanteras pengaruh komunis.

(d)Apakah faedah-faedah yang diperolehi sekiranya Sarawak, Sabah dan Brunei menganggotai Malaysia ? (B / Teks ms. 139 - 140)F1Mempercepatkan kemerdekaan negeri tersebut.

F2Mewujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.

F3Menghalang penyebaran pengaruh komunis di wilayah Borneo.

F4Mewujudkan pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan perkembangan industri pertanian.

F5Dapat memanfaatkan sumber yang ada di negeri-negeri itu.

F6Mengimbangkan jumlah kaum di kalangan negeri anggotaSOALAN 8 [ Tema 11 - Bab 6 Esei ]

Tajuk:Reaksi Terhadap Pembentukan MalaysiaJelaskan reaksi Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia.Nota Ringkas

Indonesia

Membantah pembentukan Malaysia. Berpendapat pembentukan Malaysia adalah satu bentuk neokolonialisme. Boleh mengancam Indonesia

Presiden Soekarno mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. Slogan Ganyang Malaysia diumumkan pada 20 Januari 1963. Menyerang kapal-kapal nelayan Malaysia.

Pasukan Tentera Udaranya menceroboh ruang udara Malaysia. Kemudian melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.

Indonesia juga memburukkan Malaysia di negara Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga

Filipina

Membuat pengumuman rasmi menuntut hak ke atas Sabah. Mendakwa Sabah sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu.

Mengemukakan perjanjian antara Sultan Sulu dengan Baron von Overback sebagai asas tuntutan.

Huraikan tindakan yang dilakukan oleh Malaysia dalam menghadapi penentangan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia.

Mengambil sikap berdiam diri terhadap serangan kapal nelayan dan pencerobohan ruang udara.

Bertindak balas dengan bantuan tentera komanwel terhadap serangan bersenjata Indonesia .

Menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pencerobohan itu.

Perwakilan Malaysia yang diketuai oleh Dato Abdul Razak Husein mengadakan lawatan ke negara Dunia Ketiga dan Afro-Asia.

Memberi penjelasan kepada negara-negara tersebut tentang masalah hubungan antara Malaysia dengan Indonesia.

Membaiki hubungan diplomatik kedua-dua negara melalui MAPHILINDO.

BABTUDINGAN TEMA 12 HUBUNGAN LUAR[ BAB 9 SAHAJA )

SE

B9

B9

Perang Dunia 1 / Kesan Perang /

Komanwel , Negara-negara Selatan , NAM , OIC, Globalisasi , k-Masyarakat ,

SOALAN 1 [ TEMA 12 - BAB 9 ESEI]Tajuk : Perang Dunia PertamaJelaskan faktor-faktor yang membawa berlakunya Perang Dunia Pertama (1914-1918)

Berlaku disebabkan kemunculan nasionalisme di Eropah.Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk sebuah negara bangsa lebih besar.

Kuasa-kuasa besar ini berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan. Nasionalisme yang kuat menyebabkan kuasa besar ini sanggup berperang untuk membuktikan kekuasaan masing-masing.

Wujudnya pakatan negara-negara Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.

Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya telah dibunuh oleh pengganas Serbia.

Austria yang mendapat sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia. Jerman yang menyerang Perancis melalui negara berkecuali Belgium menimbulkan kemarahan Britain.

Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman. Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat menyebabkan Amerika turut terlibat dalam perang itu.

Apakah kesan-kesan akibat Perang Dunia Pertama ?

Tamatnya pemerintahan beraja di Eropah.Termerainya Perjanjian Versailles.

Terbentuk beberapa buah negara baru di Eropah Pembentukan Liga Bangsa. Inflasi dan pengangguran

Tanggungan hutang yang banyak akibat perbelanjaan perang. Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Kehilangan nyawa yang banyak

SOALAN 2 [ TEMA 12 - BAB 9 ESEI]

Tajuk : Perang Dunia Kedua

Nyatakan sebab berlakunya Perang Dunia Kedua

Jerman dan Itali tidak puashati dengan syarat Perjanjian Versailles. Jerman dilarang memiliki kapal selam dan tentera udara.

Kemunculan kerajaan totalitarian di Jerman dan Itali telah melanggar perjanjian Versailles. Itali dan Jerman menyerang Negara-negara sekitar Eropah.

Keadaan ekonomi yang meleset dan pengangguran tinggi. Menyebabkan rakyat sokong dasar perluasan kuasa Itali dan Jerman.

Kebangkitan tentera Jepun serta dasar perluasan kuasa mereka ditentang oleh British, Belanda dan Amerika

Serangan Jerman dan USSR ke atas Poland menyebabkan Britian dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman.

Jelaskan kesan Perang Dunia Kedua ke atas masyarakat antarabangsa

Amerika dan Rusia muncul sebagai kuasa besar di dunia. Perang Dingin antara USA dan Rusia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan . Berlakunya kebijajahan dunia dan muncul negar-negara berdaulat.

17 juta tentera dan 13 juta awam terkorban dalam perang. Bom Atom mula mengancam keamanan dunia.

Kos peperangan dianggarakn sebanyak US 500 billon. Negara Jerman terbahagi kepada Jerman Barat dan Jerman Timur. Runtuhnya sistem imperialisme Barat

Nyatakan perkara-perkara dalam Perjanjian Versailles yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin Jerman.

F1Kehilangan tanah jajahan

F2Pampasan perang yang tinggi

F3Diarah mengurangkan saiz angkatan tenteranya

(

SOALAN 3 [ TEMA 12 - BAB 9 ESEI]

Tajuk : Blok Dunia / Perang DinginApakah maksud blok dunia ?

F1Merujuk kepada negara-negara yang sehaluan bersatu dan bertindak bersama untuk

menjaga kepentingan ahli.

F2Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk sama ada berdasarkan aspek politik, ekonomi dan geografi.

Berikan sebab berlakunya Perang Dingin.

Berlaku hubungan yang tegang antara USA dan Rusia. .Kudua-dua kuasa cuba kukuhkan kemajuan melalui pengintipan, propaganda dan kegiatan subversif.

Ideologi dan fahaman politik yang berbeza. Persaingan antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika dengan blok komunis yang diketuai oleh Siviet Union.

Mahu membuktikan kekuatan masing-masing tanpa konflik senjata. Berusaha menyebarkan pengaruh masing-masing di Eropah dan Asia.Tiada berlaku konfrontasi secara langsung antara mereka. Punca berlakunya Perang Dingin kerana perbezaan fahaman politik dan sosio ekonomi.

USA menjadi jaguh demokrasi sementara Rusia jaguh komunis. USA berpegangkan kpd system kapitalis dan Rusia pemiliknegarakan semua harta benda.

Masing masing cuba menyekatkan perluasan pengaruh. USA meluaskan pengaruh ke Barat dan Rusia ke Timur.

USA wujudkan Pakatan NATO dan Rusia WARSAW. Semasa Perang Korea USA sokong Korea Selatan dan Rusia pula Korea Utara.

Seato diwujudkan bagi menghalang perluasan kuasa komunis di Asia Tenggara.

USA paksa Rusia menarik balik senjata nuclear yang dibekalkan kpd Cuba Perang Dingin ini tamat 1980an

Jelaskan perbezaan antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis

Blok kapitalis

Dari segi politik, Negara Demokratik. Pemilihan kerajaan melalui pilihanraya.

Dari segi ekonomi, Peluang perniagaan dan pemilikan persendirian.

Dari segi sosial, Kebebasan individu sepenuhnya

Blok KomunisDari segi politik , Pemerintahan oleh dictator. Parti Komunis sahaja diiktiraf.

Dari segi ekonomi, Perniagaan dimilikan dan diuruskan oleh kerajaan sahaja.

Dari segi sosial, Kebebasan individu dilindungi dan dikawal

SOALAN 4 [ TEMA 12 - BAB 9 ESEI ]Tajuk : Dasar Luar Malaysia

Faktor-faktor asas yang menentukan corak dan arah dasar luar negara Malaysia.Nota Ringkas

Faktor Sejarah,

Kelangsungan hubungan perdagangan yang terjalin antara Kesultanan Melayu Melaka dengan China , India dan kepulauan Melayu.

Selepas merdeka , Malaysia meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain. Kemudian menyertai Komanwel.

Ancaman komunis semenjak sebelum merdeka mendorong Malysia mengamalkan dasar luar yang pro barat.

Faktor Ekonomi.

Mengamalkan pasaran bebas. Menjalin hubungan baik dengan semua negara seperti British dan Amerika . Negara tersebut menjadi pasaran utama.

Bagi menggalakan kemasukan pelabur , teknologi dan budaya kerja Jepun dan Korea, Malaysia memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur.

Faktor Politik.

Dasar luar Malaysia menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain.Malaysia menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.

Faktor Geografi

Kedudukan Malaysia berhampiran dengan kebanyakan negara di rantau ini. Mendorong hubungan baik dengan Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei.

Faktor Demografi.

Kerana mejoriti penduduk beragama Islam, makan Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara Islam.

Perkembangan dasar luar tersebut dapat dibahagikan kepada tiga tahap seperti yang berikut :

Tahap Pertama-Tunku Abdul Rahman(1957 1970), Tahap Kedua-Tun Abdul Razak (1976 1976)

Tahap Ketiga-Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (1981 2003)

Tahap pertama,

Malaysia mengamalkan dasar pro barat. Ia disebabkan faktor ancaman komunis. Malaysia memerlukan bantuan ketenteraan dari negara Komanwel seperti British, Australia dan New Zealand.

Malaysia mengadakan perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA).British akan memberi bantuan kepada Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara.

Ekoran konfrantasi dan putus hubungan dengan Filipina , Malaysia menyertai Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) DAN MAPHILINDO.

Dari segi ekonomi Malaysia masih bergantung dengan Britain. Malaysia menjadi anggota Blok Sterling. Malaysia menjual bijih timah dan getah. Pelabur Britain juga merupakan pelabur terbesar di Malaysia.

Faktor Kedua,

Malaysia berubah dari dasar pro barat kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.

Malaysia mengistiharkan konsep ZOPFAN. Malaysia juga menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.

Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vietnam. Masalah pelarian Vietnam dapat diatasi.

Faktor Ketiga,

Malaysia mengekalkan dasar-dasar pada tahap ke dua. Tetapi penekanan diberikan kepada kepentingan ekonomi.

1982 Dasar Pandang ke Timur telah diperkenalkan. Bertujuan mengambil dan menerima nilai-nilai yang baik daripada Jepun dan Korea.

Dr Mahathir mempertingkatkan hubungan 2 hala dengan mengadakan lawatan ke negara Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.

SOALAN 5 [ TEMA 12 - BAB 9 STRUKTUR ]

Tajuk : Dasar Luar Malaysia

(a)Nyatakan faktor-faktor yang menjadi asas dasar luar Malaysia pada tahap pertama.

F1Ancaman komunis di Asia Tenggara dan dalam negara

F2Bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel

F3Konfrontasi dengan Indonesia

F4Terputusnya hubungan dengan Filipina

F5Keluarnya Singapura daripada Malaysia

F6Pergantungan Malaysia kepada Britain dalam ekonomi

F7Malaysia adalah blok sterling

F8Mengharapkan permintaan Britain terhadap bijih timah dan getah

F9Pelabur Britain menguasai ekonomi Malaysia

(b)Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia ke arah memupuk hubungan luar dengan negara jiran pada tahun 1960-an ?

F1Menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) bersama-sama Thailand dan Filipina pada tahun 1961.

F2Menubuhkan MAPHILINDO bersama-sama Filipina dan Indonesia pada tahun 1962.

F3Menubuhkan ASEAN bersama-sama Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

(c) Berikan sebab-sebab Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik

dengan semua negara menjelang tahun 1970-an.

F1Kurangnya peranan AMDA (Perjanjian Pertahanan Inggeris Tanah Melayu)

F2Kurangnya pengaruh Britain di Timur

F3Pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan Amerika Syarikat dengan China

(d)Berikan usaha yang dilakukan untuk memantapkan ekonomi negara melalui dasar luar Malaysia pada tahap ketiga.

F1Mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara ASEAN

F2Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur

F3Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan.

F4Membawa misi perdagangan dalam setiap lawatan Perdana Menteri.

F5Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua belah pihak

F6Menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan semua negara.

Soalan 6 [ TEMA 12 - BAB 9 ESEI ]Tajuk : Pertubuhan Dunia

Terangkan faedah-faedah yang diperoleh Malaysia sebagai anggota Komanwel.Nota Ringkas

Membina semangat setiakawan dikalangan negara anggota. mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Memeliharan keamanan dan kedaulatan negara. Membantu menyekat pengaruh Parti Komunis Malaya. Perjanjian Pertahanan. Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand

Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel. Ketika Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.

Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel. Mesyuarat CHOGM ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.

Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.

Memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar aparteid. Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.

Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan. Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Senaraikan peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC);

Terlibat dalam bantuan pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan.

Memberi bantuan kewangan kepada negara Islam kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad.

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia menyediakan peluang pendidikan. Malaysia mengesyorkan penggunaan dinar emas.

Malaysia menjadi perantara Iran-Iraq. F6 Menyelesaikan isu Palestin.

Menjadi tuan rumah Persidangan Luar Biasa Menteri Luar OIC berkenaan takrif keganasan global

Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1974 dan 2003.

Nyatakan apakah yang anda tahu tentang pertubuhan Negara-negara Selatan

Juga dikenali Negara-negara Dunia Ketiga. Mempunyai banyak persamaan latar belakang ekonominya dan pernah dijajah

Masih bergantung lepada negara maju dalam memasarkan bahan mentah. Tidak mempunyai kepakaran dan modal memproses bahan mentah untuk dijadikan barang siap.

Pergantungan kepada negara maju membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil.

Matlamat pertubuhan ini untuk mengatasi harga eksport bahan mentah. Juga untuk kerjasama ekonomi dan teknikal.

Dato Seri Dr Mahathir mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan 1987. Strateginya menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 1989

Sidang kemuncak G 15 yang pertama di Kuala Lumpur 1990. Projek yang dirancang Pusat Pertukaran Data Pelaburan , Teknologi Selatan

Projek lain Sistem Keistimewaan Perdagangan Global. Juga Kemudahan Kredit untuk pembiayaan perdagangan

Apakah yang anda tahu mengenai pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)

Ditubuhkan 1961 semasa kemuncaknya Perang Dingin. Matlamat utama untuk mengekalkan keamanan dunia

Tidak menyokong blok Barat atau blok Komnis. Malaysia menyertai NAM 1970 setelah perubahan dasar luar

Daripada pro-Barat dan anti Komunis kepada dasar berbaik-baik kepada semua negara.

Prinsip NAM mengelak campurtangan asing dan menghormati kedaulatan sesebuah negara.

Juga menyelesaikan pertelingkahan melalui rundingan dan menhormati hak asasi manusia

Peranan dan sumbangan Malaysia antaranya ; Dalam Sidang Kemuncak Ke-7 di New Delhi, Malaysia membuat usul isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Antartika

Sidang Kemuncak Ke-8 di Harare, Malaysia mencadangan menghapuskan dasar apartied.

Dalam

Sidang Kemuncak di Belgrade, Malaysia dipilih sebagai Naib Presiden. Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan ke-13 yang membincangkan isu Palestin, isu Iraq dan usaha menghidupkan kembali peranan NAM

Soalan 7 [ TEMA 12 - BAB 9 STRUKTUR ]

Tajuk : Globalisasi Apakah yang anda faham tentang konsep di bawah(a)Globalisasi

F1bermaksud kepesatan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia tanpa sempadan

F2segala aspek ekonomi dan sosial dapat menyeberangi sempadan dunia dengan singkat

F3Contohnya berkaitan modal , tenaga manusia , kemahiran dan nilai

F4terdapat 2 pandangan berkaitan globalisasi

F5Pandangan pertama , ia berfaedah kepada pembangunan ekonomi dunia

F6Pandangan kedua, ia akan meningkatkan jurang ekonomi antara penduduk bandar dengan

penduduk luar bandar atau antara negara maju dengan negara membangun.

(b)- Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)

F1- memerlukan Peralatan Tekonologi

F2- ICT merujuk satu kaedah serta peralatan yang membolehkan proses komunikasi

berlaku dengan pantas, mudah dan berkesan.

F3- peralatan komputer , internet dan telefon mudah alih

F4- Faktor pemangkin perkembangan ICT

F5- perkembangan teknologi komunikasi

F6- Kos pengangkutan murah

F7- membina prasarana ICT dengan melancarkan Koridor Raya Multimedia

F8- Projek Koridor Raya Multimedia

F9- melalui ini kerajaan memulakan e-pendidikan , e-dagang , pemasaran tanpa sempadan dan

penyiaran digital

(c)K-masyarakat.

F1- iaitu Knowledge Society ( K-masyarakat )

F2- merujuk masyarakat yang sentiasa berusaha membaiki dan memperkayakan diri

dengan pengetahuan.

F3- konsep pembelajaran sepanjang hayat

F4- K-masyarakat dibangunkan melalui bidang pendidikan

F5- usaha dilakukan untuk menyusun semula sistem pendidikan

F6- menubuhkan sekolah wawasan

F7- Tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan daya saing

F8- menubuhkan sekolah Bestari

F9- Tujuan memupuk rasa cinta dengan Information technology (IT)

F10- Kurikulum juga diubah suai

F11- melahirkan pelajar yang kreatif , dinamis , berfikiran kritis dan analisis.

F12- melahirkan kumpulan tenaga kerja berpendidikan tnggi , bermotivasi tinggi dan

berkemahiran tinggi

F13- matlamat untuk ke arah masyarakat yang maju dan saintifik selari wawasan 2020.Soalan 7 [ TEMA 12 - BAB 9 ESEI ]

Tajuk : Teknologi Maklumat

(a) Apakah X ?

F1Koridor Raya Multimedia/Multimedia Super Corridor (MSC

(b) Nyatakan dua tujuan penubuhan X.F1Untuk memanfaatkan sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat.

F2Melahirkan masyarakat bermaklumat

F3Mengalakkan penggunaan ICT di kalangan pelajar sekolah

F4Dapat membangunkan ekonomi Negara berasaskan pengetahuan K- ekonomi (c)Berikan empat kawasan yang sudah diwartakan oleh kerajaan sebagai program

awal rancangan bertanda x.

F1Putrajaya

F2Cyberjaya

F3Taman Teknologi Malaysia

F4KLIA (d)Nyatakan tiga contoh usaha yang telah dilaksanakan melalui K masyarakat

F1Sekolah Wawasan untuk memupuk perpaduan

F2Sekolah Bestari untuk memupuk rasa cinta pada IT

F3Kurikulum diubahsuai supaya pelajar kreatif, dinamis serta berfikiran kritis dan analitis.

F4Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

F5Menyediakan peruntukan yang besar untuk R&D untuk mengalakkan penciptaan baru

.

Persatuan-persatuan Melayu

Gerakan

Islah

Kesatuan Melayu Muda

K ekonomi

Penyiaran digital

K masyarakat

Projek X

T5

PAGE 4