soalan sistem penghadaman

Upload: anny-tang

Post on 14-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Soalan Sistem Penghadaman

    1/3

    Rajah 1

    Rajah 1 merupakan sistem penghadaman manusia.

    Soalan :

    Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Huraikan sistem

    penghadaman dan jelaskan perubahan berlaku kepada bahan makanan dan miunuman

    yang masuk ke dalam tubuh kita.

    CTH:

    Penghadaman ialah satu proses penghancuran atau pengisaran makanan

    secara fizikal, kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan

    molekul makanan yang kompleks menjadi molekul atau elemen yang lebih halus dan

    terasing bagi memudahkan proses penyerapan. Bahan yang tidak dapat dimanfaatkan

    atau dipecahkan akan dibuang menerusi proses seterusnya yang dikenali sebagai

    penyingkiran. Makanan merupakan komponen penting yang membekalkan tenaga

    untuk tubuh badan. Namun, makanan yang diambil tidak berada di dalam bentuk yangsesuai untuk digunakan sebagai tenaga oleh sel. Oleh itu, makanan tersebut perlu

    dicernakan agar ia sesuai digunakan oleh sel-sel tubuh.

    Penghadaman bermula apabila makanan memasuki tubuh menerusi mulut.

    Proses ini juga turut melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi

    hempedu dan pankreas. Penjagaan bermula dari makanan yang kita pilih.

  • 7/29/2019 Soalan Sistem Penghadaman

    2/3

    Kebiasaannya, rakyat Malaysia suka makanan berminyak, berlemak, pedas dan banyak

    perisa yang berkemungkian akan membawa kemudaratan jika pengambilannya tidak

    dikawal.

    Sistem penghadaman menjalankan tugas yang penting iaitu menyediakan

    bahan-bahan makanan untuk diserap supaya bahan-bahan ini dapat digunakan oleh

    sel-sel tubuh. Ia terdiri daripada satu saluran yang bermula di mulut dan berakhir di

    dubur.

    Pencernaan berlaku terhadap makanan dan minuman yang kita ambil. Empat

    peringkat perubahan berlaku kepada bahan makanan dan minuman yang masuk ke

    dalam tubuh kita.

    (i) Kunyahan dan telanan

    Makanan akan dihancurkan oleh mulut, gigi dan lidah apabila masuk ke dalam

    mulut. Tindakan ini dikenali sebagai tindakan mengunyah. Makanan yang dikunyah tadi

    akan bercampur dengan air liur dan menjadi lumat. Kemudian makanan yang telah

    lumat ditelan melalui farinks dan esofagus ke perut. Otot pencerut pada dinding farinks

    bertanggungjawab kepada tindakan menelan ini.

    (ii) Penghadaman

    Penghadaman bermula dari dalam mulut hinggalah ke dalam perut dan usus

    kecil. Usus kecil merupakan tempat di mana kebanyakan proses penghadaman berlaku.

    Dalam proses penghadaman bahan makanan diubah dari segi fizikal dan kimianya agar

    lebih mudah diserap.

    (iii) Penyerapan

    Penyerapan nutrient berlaku sebahagian besar pada usus kecil, tetapi ada juga

    nutrient yang boleh diserap di bahagian lain sistem penghadaman..

    (iv) Pembuangan bahan makanan yang tidak hadam

    Bahan buangan iaitu najis adalah hasil bahan-bahan yang tidak hadam.Pembuang bahan makanan tidak hadam dilakukan oleh usus besar.

  • 7/29/2019 Soalan Sistem Penghadaman

    3/3

    Bagaimana sistem penghadaman dan penyerapan bahan makanan boleh bergerak

    dengan lancar? Jelaskan proses penghadaman .

    Sistem penghadaman dan penyerapan bahan makanan boleh bergerak dengan lancar

    boleh melalui pemakanan contohnya makan makanan yang berfiber. Fiber merupakan

    sentian serabut yang terkandung dalam tumbuh-tumbuhan Gentian berkenaan

    merupakan salah satu gizi penting untuk mengekalkan kesihatan sungguhpun ia tidak

    dapat dicerna secara langsung oleh tubuh badan manusia. Fiber banyak terkandung

    dalam semua bijiran seperti beras, gandum, oats, buah-buahan, sayur-sayuran dan

    kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal pea, guava dan sebagainya.

    Pengambilan fiber yang mencukupi setiap hari dapat memperkuat bahagian usus

    secara berkesan. Fiber membantu merangsang sistem penghadaman dan

    mengelakkan sembelit. Selain itu, fiber turut membantu mengawal dan mengurangkan

    berat badan. Fiber berupaya memanjangkan waktu mengekalkan makanan dibahagian

    perut dan membuatkan anda merasa kenyang pada jangka masa yang lebih lama. Hal

    yang demikian dapat membantu anda mengurangkan pengambilan makanan dan kalori.

    Setiap orang memerlukan fiber setiap hari, terutamanya pesakit diabetes, orang yang

    berlebihan berat badan atau obesiti. Menurut cadangan pakar pemakanan jumlah

    pengambilan fiber dietary yang disyorkan bagi seseorong setiap hari adalah diantara 20

    ~ 30 gram. Adalah dicadangkan supaya kuantiti pengambilan fiber ditambah sedikit

    demi sedikit. Kuantiti air yang diambil setiap hari juga perlu ditambah apabila kuantiti

    faiber kian bertambah. Dicadangkan 8 gelas air diminum setiap hari.

    Fiber akan melancarkan proses penghadaman. Lendiran fiber berupaya melicinkan

    usus dan menyingkirkan bahan buangan lalu memelihara kesihatan bahagian usus.

    Selain itu,