koleksi soalan contoh geografi fizikal tema sistem geomorfologi

54
BAB 4: KONSEP GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI 1 a] Terangkan konsep “sistem geomorfologi ” -perkataan geomorfologi berasal daripada bahasa yunani. Geo bermaksud bumi, morphe Bermaksud bentuk dan logos bermaksud kajian.oleh itu, geomorfoogi bermaksud kajian bentuk muka bumi . -Walaupun bentuk muka bumi terhasil di permukaan dan di kerak bumi (di litosfera bumi)tetapi proses dan faktor yang mempengaruhi ju ga berkaitan dengan elemen2 fizikal di atmosfera ,hidrosfera dan biosfera. -Pengkajian geomorfologi juga berkaitan dengan bidang2 sains seperti meteorologi, fizik,kimia,biologi,dan pedeologi. 1 b] Huraikan taburan daratan dn taburan lautan di peringkat global. -Kepelbagaian muka bumi boleh ditinjau melalui skala mikro atau makro. Pada skala makro boleh dilihat dalam konteks taburan daratan dan taburan lautan. -Kira-kira 29 %terdiri daripada daratan dan 71% terdiri daripada lautan.Daripada kesemua daratan yang ada 39.4% terletak di hemisfera utara dan 18.6% terletak di hemisfera selatan. -Benua2 yang utama ialah seperti eurasia, benua afrika, benua amerika utara, amerika selatan, benua antartika, dan benua australia. Lautan utama ialah Atlantik, pasifik, hindi dan artik. -Ketinggian daratan dan kedalaman lautan adalah tidak seragam. Di permukaan daratan ketinggian daratan ketinggian maksimum adalah antara 6000-8848 meter sementara di lautan kedalaman maksimum adalah antara 8000-11516 meter. Jelas sekali lautan lebih dalam berbanding ketinggian daratan kerana di lautan terdiri daripada 10 jurang yang kedalamannya melebihi ketinggian 1 c] Huraikan kepelbagaian jenis pulau yang membentuk sebahagian komponen geomorfologi lautan. -Keanekan dalam taburan pulau2 di dunia boleh dibahagi kepada 3jenis; -pulau yang bersaiz besar dan terletak hampir dengan benua mempunyai struktur geologi yang sama dengan jisim benua tersebut. Contoh: kepulauan british yang terletak hampir dengan benua eropah. Kedua dua mempunyai struktur geologi yang sama.

Upload: cikgunikmie

Post on 15-Jun-2015

5.136 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Hasil kerja Nantene, Punitha M & Thamaraikanni 6AA KHS 2010

TRANSCRIPT

Page 1: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

BAB 4: KONSEP GEOMORFOLOGI DAN KONFIGURASI BENTUK MUKA BUMI

1 a] Terangkan konsep “sistem geomorfologi ”

-perkataan geomorfologi berasal daripada bahasa yunani. Geo bermaksud bumi, morphe Bermaksud

bentuk dan logos bermaksud kajian.oleh itu, geomorfoogi bermaksud ‘kajian bentuk muka bumi’.

-Walaupun bentuk muka bumi terhasil di permukaan dan di kerak bumi (di litosfera bumi)tetapi proses

dan faktor yang mempengaruhi ju ga berkaitan dengan elemen2 fizikal di atmosfera ,hidrosfera dan

biosfera.

-Pengkajian geomorfologi juga berkaitan dengan bidang2 sains seperti meteorologi,

fizik,kimia,biologi,dan pedeologi.

1 b] Huraikan taburan daratan dn taburan lautan di peringkat global.

-Kepelbagaian muka bumi boleh ditinjau melalui skala mikro atau makro. Pada skala makro boleh

dilihat dalam konteks taburan daratan dan taburan lautan.

-Kira-kira 29 %terdiri daripada daratan dan 71% terdiri daripada lautan.Daripada kesemua daratan

yang ada 39.4% terletak di hemisfera utara dan 18.6% terletak di hemisfera selatan.

-Benua2 yang utama ialah seperti eurasia, benua afrika, benua amerika utara, amerika selatan, benua

antartika, dan benua australia. Lautan utama ialah Atlantik, pasifik, hindi dan artik.

-Ketinggian daratan dan kedalaman lautan adalah tidak seragam. Di permukaan daratan ketinggian

daratan ketinggian maksimum adalah antara 6000-8848 meter sementara di lautan kedalaman

maksimum adalah antara 8000-11516 meter. Jelas sekali lautan lebih dalam berbanding ketinggian

daratan kerana di lautan terdiri daripada 10 jurang yang kedalamannya melebihi ketinggian

1 c] Huraikan kepelbagaian jenis pulau yang membentuk sebahagian komponen geomorfologi

lautan.

-Keanekan dalam taburan pulau2 di dunia boleh dibahagi kepada 3jenis;

-pulau yang bersaiz besar dan terletak hampir dengan benua mempunyai struktur geologi yang sama

dengan jisim benua tersebut. Contoh: kepulauan british yang terletak hampir dengan benua eropah.

Kedua dua mempunyai struktur geologi yang sama.

Page 2: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

-Gugusan pulau yang mempunyai saiz yang pelbagai dan berbeza antara satu sama lain. Contoh:

Kepulauan jepun .Walaupun tedengan kepulauan terletak dalam gugusan yang sama dengan kepulauan

Taiwan dan Hong kong tetapi ciri2 geologi antara kepulauan tersebut adalah berbeza.

-Bagi pulau2 yang terpencil di tengah lautan dan jauh dari daratan biasanya dibentuk oleh aktiviti

gunung berapi yang aktif. Kebanyakkan saiz pulau2 ini adalah kecil seperti di kepulauan Hawaii.

2 a] Nyatakan 3 jenis lapisan bumi

-Kerak bumi , lapisan mantel, lapisan tera bumi

2b]Bagi setiap jenis lapisan yang anda nyatakan di atas , huraikan sifat2 fizikal dan kimianya.

-Lapisan kerak bumi terletak paling luar dan menyelubungi mantel. Ia terbentuk daripada bahan

kurang tumpat terpisah dari mantel oleh ketakselanjaran Mohorovicics. Ketebalannya berubah

mengikut tempat iaitu kerak bumi di lautan lebih nipis, berusia muda, dan lebih tumpat berbanding

kerak bumi di daratan. Kerak bumi terdiri daripada lapisan atas [sial] dan lapisan bawah [sima]

-Lapisan mantel merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi .Lapisan ini lebih tumpat berbanding

kerak bumi dan mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran mohorovicic. Ketebalannya

2830km dan ketumpatan pula 3.0-3.37g/cm.

-Lapisan teras bumi merupakan lapisan bumi yang paling dalam dan dipisahkan dari mantel oleh

ketakselanjaran Gutenberg. Ia dikenali juga sebagai barisfera. Ketumpatan lapisan ini paling tinggi

berbanding kerak bumi dan mantel dan ketebalannya ialah 3470km. Lapisan ini kaya dengan mineral

seperti nikel dan besi. Lapisan ini terbahagi kepada lapisan teras luar dan lapisan teras dalam.

3] Terangkan 3 ciri utama lapisan mantel.

-Merupakan lapisan ke2 dalam struktur bumi. Ia meliputi 82% daripada isi padu bumi dan berasaskan

jisim pula mantel meliputi 68% daripada bumi. Lapisan ini lebih tumpat berbanding kerak bumi.

-Mantel dipisahkan dari kerak bumi oleh ketakselanjaran Mohorovicic dan dipisahkan dari lapisan

teras bumi oleh ketakselanjaran Gutenberg. Ketebalan lapisan mantel 2830km dan ketumpatan adalah

3.0-3.37g/cm

-Di bahagian lapisan mantel bumi terdapat zon batuan separa cair yang dikenali sebagai astenosfera.

Di sini berlaku arus2 perolakan panas yang menghasilkan tenaga haba yang tinggi untuk

menimbulkan proses tektonik berlaku.

Page 3: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

4 a] Bezakan proses endogenik dengan proses eksogenik.

-Perbezaan dari segi punca tenaga-T enaga endogenik berasal dari dalam bumi/kerak bumi manakala

tenaga eksogenik berasal dari luar bumi/tenaga matahari.

-Perbezaan contoh tenaga-Tenaga endogenik seperti tenaga seismik [gempa bumi], tenaga volkanik,

tenaga atomik seperti galian plutonium, uranium. Tenaga eksogenik adalah tenaga matahari yang

boleh bertukar menjadi tenaga keupayaan dan tenaga kinetik.

-Tenaga eksogenik/matahari amat penting untuk menggerakkan seluruh sistem bumi sama ada sistem

geomorfologi, sistem atmosfera, sistem hidrologi dan juga sistem ekologi. Manakala tenega endogenik

amat penting untuk menghidupkan sistem dalam bumi/ aktiviti igneus jalar dalam dan juga jalar luar.

4 b] Huraikan kepentingan tenaga eksogenik terhadap sistem2 bumi.

Tenaga eksogenik amat penting untuk menggerakkan seluruh operasi sistem2 bumi.

-Luluhawa berlaku-Kesemuanya memerlukan suhu yang tinggi dan tenaga haba yang cukup untuk

beroperasi. Misalnya luluhawa kimia memerlukan suhu asas 10 celcius untuk bertindakbalas

menguraikan batuan, manakala luluhawa fizikal memerlukan kepanasan yang terik untuk

mengembangkan mineral batuan.

-Proses hakisan dan pergerakan jisim-Misalnya dalam proses hakisan glasier, proses ini boleh berlaku

apabila mempunyai tenaga haba yang cukup untuk mencairkan salji. Bahang matahari akan

mencairkan salji. Apabila salji mencair barulah ia boleh menggerakkan segala bahan hakisan

menuruni lurah2.

-Proses sejat peluhan dalam sistem hidrologi. Sejatan dari permukaan air, sejatan dari lembapan tanih,

dan perpeluhan dari tumbuhan2t idak akan terjadi jika tidak mempunyai tenaga haba matahari yang

cukup. Oleh itu ia mempengaruhi turunya hujan.

-Membolehkan angin bertiup dalam sistem atmosfera. Angin akan bertiup dari tekanan tinggi ke

tekanan rendah untuk menghasilkan perbezaan tekanan ini, mestilah wujud perbezaan suhu dan haba

antara dua tempat.

-Membolehkan tumbuhan2 membuat makanan dalam sistem ekologi. Tenaga matahari yang cukup

membolehkan proses fotosintesis berlaku. Begitu juga organisma2 lain yang memerlukan tenaga

matahari untuk pelbagai proses seperti proses pepeluhan/respirasi, tumbesaran dan sebagainya.

Page 4: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

5] Jelaskan kesan2 terhadap sistem geomorfologi apabila bumi dikatakan menerima

lebihan tenaga eksogenik.

Sistem bumi menerima lebihan tenaga eksogenik disebabkan aktiviti manusia. Kesannya ialah rumah

hijau, penipisan lapisan ozon, antara kesan2nya ialah;

-Fenomena penggurunan ; Saiz kawasan gurun menjadi semakin besar akibat cuaca dan persekitaran

di kawasan gurun yang semakin kering-kontang dan tandus-gersang. Proses2 luluhawa fizikal serta

hakisan layang angin semakin dominan. Contoh, Gurun Sahel dan Kalahari di Afrika sedang

mengalami perluasan yang hebat.

-Pencairan ais di kawasan2 kutub. Misalnya litupan ais Antartika dan Greenland menyebabkan

kenaikan aras laut serta risiko yang rendah menjadi tenggelam.

-Menggiatkan proses hakisan glasier dan runtuhan salji di kawasan pergunungan tinggi kerana litupan

ais dan salji akan mengalami pencairan yang hebat.

BAB 5: Batuan atau Geologi

Soalan 1

a) Huraikan perkataan geologi? (10markah)b) Apakah konsep batuan? (10 markah)c) Nyatakan ciri-ciri batuan? (5 markah)

Jawapan

a) Geologi berasal dari perkataan Greek iaitu ``Geo`` bermaksud bumi dan ``logos`` bermaksud kajian. Ia mengenai sains bumi dan terdiri daripada cabang-cabang berikut:

Geologi struktur dan volcanologi Geologi ekonomi seperti perlombongan Geologi kejuruteraan Geokimia Geofizik Geologi marin Hidrologeologi Astrogeologi Geodetik Geokronologi

b) komponen semula jadi mineral seperti mika, kuartza, feldsfar, kalsium, dan karbonat yang terikat secara langsung menerusi proses pembekuan magma atau

Page 5: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

diikat oleh bahan peerikat yang seperti kaolin, kapur, oksida-oksida, menerusi proses simentansi atau penyimenan. Ia terdapat tiga jenis batuan iaitu:

batuan igneus batuan enapan(mendak) batuan metaformosis(jelmaan)

ketiga-tiga batuan tersebut sama dari segi warna, kandungan mineral, struktur dan tekstur, keasidan, kekerasan, dan ketahanan seta cara pembentukanya

c) Komposisi mineral, kestabilan mineral, darjah mobiliti mineral

Soalan 2

Ciri-ciri komposisi mineral merupakan salah satu ciri-ciri batuan

a) Huraikan ciri-ciri tersebut? (10 markah)

b) Bagaimanakah komposi mineral menentukkan sifat batuan? (10 markah)

c) Selain daripada komposisi mineral, huraikan 2 ciri yang lain? (5 markah)

Jawapan

a) Terdapat batuan yang mengandungi sejenis mineral sahaja seperti batu kapur yang hanya terdiri daripada mineral kalsit. Sifat fizikal kalsit ialah berhablur, berbutir, berwarna cerah dan mengandungi kapur.Sifat kimia ialah terdiri daripada kalsium karbonat yang mudah larut dalam asid lemah seperti asid karbonik.

b) Keras dan lembut mineral yang membentuk batu berkenaan. Mineral pembentuk batuan yang keras maka batuan tersebut tahan dan

stabil. Contohnya, batuan granit. Mineral pembentuk batuan yang lemhbut maka batuan tersebut lemah

dan mudah diluluhawakan. Contohnya, batu kapur.

Kestabilan mineral dan bahan perikat yang membentuk batuan.

Sesetengah batuan mendak dibentuk menerusi proses penyimenan. Kestabilan bahan perikat menjamin keteguhan batuan. Mineral seperti kuartza,feldsfar dan biotit diikat oleh bahan perikat yang

stabil. Mineral seperti olivin, augit, dan anotit diikat oleh mineral yang tidak

stabil.

Darjah mobilti atau pergerakan mineral apabila menerima kehadiran air dan asid lemah

Page 6: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Mineral yang paling cepat bergerak dan bertindak balas. Ia akan menyebabkan batuan tersebut menjadi lemah. Batuan lemah tersebut seperti mineral kalsium, natrium, magnesium,

dan kalium beerbanding mineral seperti kuartza, mika, ferum, dan aluminium yang lambat bertindak balas menyebabkan pembentukan batuan yang teguh

C) ciri-ciri tekstur batuan

Saiz dan bentuk hablur mineral yang membentuk batu. Sifat tekstur adalah kasar, halus dan licin bergantung kepada saiz hablur

atau butiran mineral di dalam sesebuah batuan. Contohnya, batun teknik bertekstur kasar, batuan riolit bertekstur halus

dan batuan obsidian bertekstur licin.

Ciri-ciri struktur batuan

Susunan hablur mineral dalam batuan Terdapat dua struktur iaitu struktur berhablur dan struktur serpih. Struktur hablur

Susunan padat Tidak terdapat ruang kosong Kesannya, batuan menjadi teguh dan jitu Contohnya batuan granit

Struktur serpih Susunan tidak teratur Terdapat ruang kosong Ruang kosong diisi oleh bahan perikat dan penyimen Contohnya, batuan mendak seperti batu konglomeret,dan

brekia

Ciri-ciri rekahan dan ira batuan

Rekahan merupakan sifat fizikal dan ira merupakan sifat kimia Batuan yang mempunyai banyak rekahan dan ira maka batuan

tersebut menjadi tidak teguh dan lemah. Rekahan merupakan garis kelemahan batuan.Contohnya, batu

kapur.

Soalan 3

a) Nyakan lima contoh batuan igneus? (5markah)b) Huraikan lima ciri utama batuan igneus. (10 markah)

Page 7: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

c) Bagaimanakah batuan igneus mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa muka fizikal di sesebuah kawasan? (10 markah)

Jawapan

a) Granit,gabro,basalt, obsidian, pumis

b) Ciri-ciri batuan igneus:

Jenis contoh warna

Kandungan mineral utama Tekstur Asid/ Bes

IGNEUS REJAHAN

Granit Cerah Feldspar, kuartza, dan mika Kasar Asid

Gabro Gelap Feldspar, piroksin dan Olivin Kasar Bes

IGNEUS TEROBOSAN

Basalt Gelap Piroksin, feldspar, dan olivine Halus Bes

Obsidian Gelap Feldspar Berkaca Asidpumis cerah feldspar Berkaca bes

c) bentuk muka bumi yang dipengaruhi

Jenis contoh Bentuk muka bumi

Contoh kawasan

IGNEUS REJAHAN

Granit Kubah,kelupusan, tanah tinggi, banjaran gunung

Banjaran titiwangsa, gunung ledang

Gabro Daik, lereng curam Gunung sematan, Sarawak

IGNEUS TEROBOSAN

Basalt Daik, lereng curam tawau, pulau jawa, pulau Hawaii

Obsidian Lereng curam Taman Negara, yellow stone, USA

Pumis Tanah tinggi Kawasan gunung berapi

Soalan 4

a) Nyatakan lima contoh batuan enapan. (5 markah)b) Jelaskan sifat-sifat fizikal dan kimia batuan enapan. (10 markah)c) Bincangkan bagaimana batuan enapan mempengaruhi pembentukan pelbagai rupa muka

fizikal di sesebuah kawasan? (10 markah)

Jawapan

a) Konglameret, batu pasir, syal, batu garam, batu gipsium, batu kapur dan batu arangb) Sifat-sifat batuan enapan:

Page 8: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Jenis batuan Contohnya Komposisi

Jenis klastikKonglemeret Kerakal,kelikir,batu tongkolBatu pasir PasirSyal Lempung

Jenis kimia Batu garam HalitBatu gipsium Gipsium

Jenis organik Batu kapur Kalsit dari sisa haiwan Batu arang Fosil tumbuhan

c) Rupa muka fizikal yang dipengaruhi:

Jenis batuan contohnyaBentuk muka bumi Kawasan

Jenis klastik

Konglemeret Permatang dan gunung

Pulau redang

Batu pasir Tebing tinggi dan dataran tinggi

Pulau langkawi

Syal Cerun landai, lembah dan tanah pamah

Pulau langkawi

Jenis kimiaBatu gipsium Habysyah, Africa dan

new mexicoBatu garam Tasik-tasik

cetekLaut mati

Jenis organicBatu kapur Landskap karst Lembah kinta, dan

sekitar ipoh,perakBatu arang Tanah pamah,

pinggir lautBatu arang, Selangor dan Pahang

Soalan 5

a) Huraikan proses pembentukan batuan igneus. 5markah)b) Bagaimanakah batu metamorfik terhasil? (5markah)c) Apakah ciri-ciri batuan metamorfosis? (8markah)d) Bagaimanakah batuan metamorfosis mempengaruhi bentuk muka bumi? (7 markah)

Jawapan

a) Batuan igneus ter bentuk melalui proses penyejukan dan pembekuan magma di lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi.

Magma yang membeku di dalam lapisan kerak bumi dinamakan sebagai igneus rejahan manakala magma yang membeku di permukaan bumi dinamakan sebagai igneus terobosan.

Page 9: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

b) Batu metamorfik terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh batu mendak dan juga batu igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi. Batu metamorfik lebih keras dan stabil berbanding batu igneus dan batu mendak.

c) Ciri-ciri batuan metamorfosis

Jenis tekstur Batuan asalSyis Sederhana

kasarSlat,basalt,granit

Gneisi Kasar GranitBatu marmar Kasar Batu kapurKaurzit Sederhana

kasarBatu pasir

Ciri seterusnya ialah, batu metamorfosis amat keras, bersinar-sinar, cantik, dan menarik. Batu dibahagikan dua jenis. Iaitu, batuan berjlur dan tidak berjalur. Batuan berjalur mempunyai susunan mineral berlapis-lapis secara selari.

d) Bentuk muka bumi yang mempengaruhi

jenis Bentuk muka bumi KawasanSyis Tanah tinggi dan

permatangRutland,vermond

Gneisi Tanah tinggi Carolina utara, usaBatu marmar Tanah pamah dan

bukitPulau langkawi

kaurzit Bukit sisa Utah tengah,usa

Soalan 6

a) Bagaimanakah batuan enapan dan mendak terbentuk? (5markah)b) Bezakan proses pembentukan batuan igneus, dan metamorfik? (10markah) c) Nyatakan contoh-contoh bahan enapan. (5markah) d) Bagaimanakah batu kapur hasil daripada batuan enapan? (5markah)

Jawapan

a) Batuan enapan dan batuan mendak adalah batuan yang terbentuk daripada bahan-bahan yang dimendapkan oleh air mengalir, ais dan angin. Bahan-bahan enapan terdiri daripada lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang sisa tumbuhan dan haiwan yang telah mati yang dikenali sebagai fosil.

b) Batuan igneus terbentuk melalui proses penyejukan dan pembekuan magma di lapisan kerak bumi atau di permukaan bumi. Magma yang membeku di dalam lapisan kerak

Page 10: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

bumi dinamakan sebagai igneus rejahan manakala magma yang membeku di permukaan bumi dinamakan sebagai igneus terobosan.

Manakala Batu metamorfik terhasil melalui perubahan tekanan dan suhu yang dialami oleh batu mendak dan juga batu igneus semasa gerakan tektonik di dalam bumi. Batu metamorfik lebih keras dan stabil berbanding batu igneus dan batu mendak.

c) Lumpur, pasir, kerikil, kulit-kulit kerang, sisa tumbuhan, haiwan mati(fosil)

d) Batuan enapan yang terbentuk di dasar laut mengandungi banyak kalsium karbonatyang kebanyakannya datang dari timbunan cengkerang dahn hidupan laut yang mati, mengeras dan seterusnya menghasilkan batu kapur.

Soalan 7

a) Hurahikan proses pemadatan dan penyimenan. (12markah)b) Hurikan tentang bahan-bahan perikat. (6markah)c) Bagaimanakah metamorfosisme atau penjelmaan berlaku? (7markah)

Jawapan

a) Proses pemadatan berlaku apabila bahan-bahan enapan terkumpul secara lapisan, selapis demi selapis. Apabila bahan enapan menjadi semakin tebal, lapisan bawh akan mengalami tekanan daripada lapisan atasnya. Lama-kelamaan bahan-bahan eanapan tersebut menjadi mampat dan melekat antara satu sama lain membentuk batuan

Penyimenan merupakan prose pelekatan antara mineral-mineral disebabkan adanya bahan perikat. Bahan enapan yang kasar tidak melekat antara satu sama lain seperti mana bahan enapan yang halus. Bahan-bahan enapan yang kasar hanya boleh terlekat antara satu sama lain apabila adanya bahan-bahan perikat atau bahan penyimenan.

b) Bahan-bahan perikat seperti lempung, kalsit,silica, yang memasuki ruang-ruang yang wujud antara mineral-mineral yang kasar. Tekanan dari lapisan atas menyebabkan air akan keluar,yang tinggal ialah bahan-bahan perikat yang akan terhablur dan bertindak mengikat mineral-mineral kasar, tersimen bersama-samanya sbg batuan enapan.

c) Metarfosisme atau penjelmaan akan berlaku apabila kedua-dua jenis batuan tersebut mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Kesannya, batuan tersebut berubah bentuk, warna, dan juga komposisi mineralnya menjadi bentuk baru. Misalnya batu pasir akan bertukar kepada kuartzit, batu kapur bertukar kepada batu marmar, batu granit bertukar kepada gneisi, batu syal bertukar kepada batu loh.

Page 11: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Soalan 8

a) Apakah maksud kitar batuan? (10markah)b) Bagaimanakah batuan mendak, dan metamorphosis, terdapat daripada kitar batuan?

(15markah)

Jawapan

a) Kitar batuan merupakan proses perubahan yang dialami oleh sesuatu jenis batun yang melibatkan sifat fizikal dan kimia batuan tersebut. Antara proses yang terlibat dalam kitar batuan ialah pembekuan,pencairan, tekanan dan haba yang tinggi, hakisan, luluhawa, mampatan dan simentansi. Ia akan menyebabkan batuan boleh berubah sama ada menjadi batu metamorfik, igneus,enapan dan sebaliknya.

b) Apabila permukaan bumi terluluhawa dan terhakis maka batuan akan dipecahkan menjadi serpihan atau partikal-partikel yang lebih kecil. Serpihan batuan atau partikal ini akan dibawa oleh agen pengankutan lalu dimendapkan di kawasan tanah rendah. Proses pemendapan dan timbun-tambah bahan mendak seterusnya menyebabkan serpihan batuan tadi tersimen dan termampat seterusnya bertukar menjadi batu mendak.

Batuan mendak pula terus tertimbus jauh ke dalam bumi akibat pemendapan yang berlajutan sehingga batuan mendak tadi mengalami tekanan dan suhu yang tinggi. Akibat tekanan dan suhu yang tinggi, maka batuan mendak bertukar menjadi batuan metarmorfosis.

Soalan 9

a) Huraikan bentuk-bentuk muka bumi yang menonjol dan melekuk. (10markah)

b) Huraikan secara ringkas tentang batu kapur dan kesannya. (15markah)

Jawapan

a) menonjol contohnya, banjaran gunung, bukit, tebing tinggi,dataran tinggi yang menunjukan bahawa batuan tersebut adalah keras, stabil dan amat tahan daripada operasi proses geomorfikdi kawasan berkenaan.

Melekuk

Page 12: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Contohnya lembah, lurah, lembangan dan tanah pamah yang mencerminkan batuan dasarnya mudah digondol, dihakis dan diluluh, serta tidak teguh dan tidak stabil.

b) Batu kapur merupakan sejenis batu mendak, lembut dan tidak stabil. Ia menghasilkan konfigurasi bentuk muka bumiyanb berbeza dengan batuan granit. Komponen utama ialah kalsium karbonat yang mudah mengalami pelarutan, pengkarbonan, dan hidrolis melalui luluhawa dalaman.

Kesannya, menghasilkan bentuk-bentuk lekukan yang besar, lurah dan tanah pamah. Proses-proses larutan dan pengkarbonan bertindak dengan maksimum.

Soalan 10

a) Bezakan batu granit dan batu kapur. (10markah)b) Huraikan bagaimanakah kegiatan manusia dipengaruhi oleh kepelbagaian jenis

batuan, (15markah)

Jawapan

a) Pertalian yang rapat antara sifat-sifat ketahanan geologi dengan proses-proses geomorfologi yang berlaku sehingga terhasil bentuk muka bumi. Konsep ketahanan batuan adalah tidak mutlak. Kedua-dua batuan tersebut tidak tahan kepada semua keadaan iklim. Batu kapur di kawasan gurun panas berdiri teguh seperti gunung dan permatang.

b) Batuan igneus Granit- membina jalan raya dan bahan pembinaan Basalt-membentuk tanih yang subur dan sesuai untuk pertanian. Riolit-tanah laterit yang subur untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Batuan enapan

Batu kapur-digunakan dalam perusahaan membuat semen dan konkrit -mengurangkan kadar keasidan tanih untuk pertanian

-kawasan ekopelancongan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan

Lempung-digunakan dalam perusahaan tembikar pasu bunga dan batu- bata untuk pembinaan banguna

Batuan metamorphosis-Batu marmar-sebagai lantai dan dinding bangunan dan perhiasan.Batu permata-perhiasan wanita seperti cincin,subang dan rantai.

Page 13: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

BAB 6 PROSES ENDOGENIK ATAU PROSES PERGERAKAN DALAM BUMI

SOALAN 1

a) Huraikan kewujudan tenaga endogenik. (5markah)b) Huraikan punca-punca tenaga endogenik (10 markah)c) Apakah kesan yang daripada tenaga endogenik (10 markah)

JAWAPAN

a) Berpunca dari kerak bumi. Wujud dalam lapisan mantel bumi yang menghasilkan berbagai fenomena seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipatan, gelinciran gerakan tektonik.

b) Tenaga gravity-mampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pembentukan planet. Tenaga radiogenik-atom yang didapati daripada pencerakinan nucleus atom yang wujud dalam sesetengah mineral radiogenik. Tenaga haba-wujud dalam lapisan atas mantel bumi yang amat panas dan batuannya bersifat separa cair kerana berada dalam keadaan tekanan, suhu dan mampatan yang tinggi.

c) Batuan yang separa cair mewujudkan arus-arus perolakkan yang panas yang boleh Mengerakan lapisan kerak bumi. Ia akan menghasilkan fenomena seperti lipatan dan gelinciran, gempa bumi, letusan gunung berapi. Perlanggaran antara kerak bumi boleh menghasilkan gelombang seismik yang menyebabkan kejadian gempa bumi.

Soalan2

a) Apakah andaian Wegener tentang hanyutan benua? (7 markah)b) Bagaimanakah benua-benua memisah? (3 markah)c) Apakah benua-benua dan lautan terlibat? (7markah)d) Huraikan tentang arah pergerakan benua. (8markah)

Jawapan

a) Benua-benua yang ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada satu benua yang besar sahaja dinamakan sebagai PANGEA( pan=all, gea=earth) dan apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak bumi pangea akan berpecah-pecah dan bertaburan seperti mana yang ada pada hari ini.

b) Putaran bumi membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat untuk memisah dan menghayutkan benua-benua tersebut.

c) Benua-benua: Amerika dan eropah Afrika dan Australia

Page 14: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Antartika serta afrika India

Lautan-lautan:

Lautan atlantik Lautan hindi

d) Dua arah Pergerakan ke barat-disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik yang

ada di dalam bumi Pergerakan ke arah kutub- akibat tekanan ke atas benua yang

seolah-olah terapung di atas lautan magma yang panas. Mempunyai daya mampatan dan daya tegangan

Soalan 3

a) Nyatakan dua daya yang boleh menggerakan lapisan kerak bumi. (2markah)b) Huraikan kedua-dua daya tersebut. (7markah)c) Huraikan perkataan astenosfera. (7markah)d) Apakah contoh kesan hanyutan tersebut? (9markah)

Jawapan

a) Daya mampatan dan tegangan.b) Kedua-dua wujud akibat arus perolakan yang panas. Batuan di dalam mantel bumi

mengalami suhu dan tekanan yang sangat tinggi sehingga batuan tersebut menjadi cair atau separa cair. Kepanasan dan kecairan tersebut mewujudkan satu arus perolakan yang sentiasa boleh menggerakan lapisan kerak bumi diatasnya.

c) Astenosfera merupakan sejenis lapisan mantel yang panas. Ia akan mengenakan daya mampatan dan tegangan ke atas lapisan kerak bumi di atasnya dan kesannya lapisan kerak bumi turut bergerak yang bererti benua-benua yang ada turut bergerak apabila arus perolakan tersebut bergerak.

d) India dipendekan setelah mengalami hanyutan ke arah utara melintasi lautan hindi yang ada pada masa kini. Banjaran lipatan Himalaya terbentuk apabila pertembungan tanah besar asia dengan india. Cara seperti ini menghasilkan banjaran-banjaran gunung pada zaman tersier seperti banjarab alps, andes, rocky. Lipatan yang rencam wujud daripada geseran menarik yang wujud semasa benua melintasi di atas lapisan kerak batuan basalt.

Soalan 4

a) Nyatakan bukti yang menyokong teori hanyutan benua. (5markah)

Page 15: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

b) Huraikan bukti-bukti tersebut. (10 Markah)c) Apakah yang dimaksudkan oleh teori hanyutan benua? (10markah)

Jawapan

a) Bukti-bukti: Keselanjaran benua Kesamaan geologi Kesamaan fosil Bukti paleomagnet Bukti oseanik

b) Bukti keselanjaran benua Garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan walaupun

kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh lautan yang luas.

Pinggir pantai barat afrika dan timur selatan, eropah barat dan amerika utara boleh dicantum.

Bukti geologi

Melalui teknik radiometrik geologi enapan awal yang berada di atlantik dan yang ditemui di benua amerika selatan dan afrika sama dari segi jenis dan usia walaupun berada pada benua-benua yang berlainan.

Bukti fosil

Fosil haiwan dan tumbuh-tumbuhan dijumpai di enua-benua berlainan adalah sama dari segi jenis dan usia.

Contohnya fosil dinousour dari zaman jurasik yang ditemui di benua amerika selatan, afrika,dan juga china.

Bukti paleomagnet

Bukti mengenai pindahan kutub Pengalihan dan putaran benua Pembalikan medan geomagnet

Bukti oseanik

Bahan mendak lautan yang paling tua ditemui di lautan atlantik dan lautan pasifik

Walaupun kedua-dua lautan ini paling jauh tetapi bahan mendak yang ditemui sama dari segi jenis dan usia.

Page 16: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

c) teori hanyutan benua menjelaskan bahawa benua-benua sentiasa megalami pergerakan antara satu sama lain kerana wujudnya arus perolakan yang panas di dalam mantel bumi. Arus perolakan mampu menggerakan lapisan kerak bumi yang dibahagikan kepada plat-plat tektonik.

Soalan 5

a) apakah yang dimaksudkan oleh teori plat tektonik? (10markah)b) nyatkan cara-cara plat tektonik bergerak. (3markah)c) huraikan gerakan pertembungan. (12markah)

Jawapan

a) plat dipecahkan kepada plat benua dan plat lautan.Plat benua:

Plat pasifik Plat amerika utara Plat amerika selatan Plat Eurasia Plat Africa Plat indo-australia Plat antartika

Plat lautan

Plat pasifik Plat antartika

Plat- Plat ini sentiasa bergerak. Pergerakan ini disebabkan wujud pergerakan arus perolakan magma yang panas di lapisan astenosfera.

b) Pertembungan, pencapahan dan perselisihanc) Pertembungan plat berlaku antara plat benua dengan plat benua, plat lautan dengan

plat lautan, plat benua dengan plat lautan. Apabila dua plat lautan bertembung:

Plat yang tumpat terjunam ke bawah. Zon plat terjunam membentukan jurang lautan yang sangat dalam. Plat yang terbenam mengalami pencairan dan peleburan akibat suhu dan

tekanan yang sangat tinggi. Plat yang cair membentuk magma. Magma membentuk barisan-barisan

gunung berapi di dasar laut. Barisan- barisan tersebut akan membentuk pulau dan rangkaan gunung

berapi.

Apabila plat lautan bertembung dengan plat benua:

Page 17: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Plat laut lebih tumpat. Plat benua terbenam ke bawah. Plat lautan mencair membentuk magma. Wujud jurang lautan Kerak bumi akan termampat dan menghasilkan gunung lipat.

Apabila plat benua bertembung plat dengan plat benua

Pinggir plat mampat dan lipat Ia kerana terdapat tolakan dari kedua-dua arah plat yang

bertembung. Kedua-dua plat benua mempunyai ketumpatan yang sama. Lapisan kerak bumi akan terlipat membentuk banjaran gunung

lipat.

Soalan 6

a) Huraikan gerakan perselisihan dan pencapahan. (10markah)b) Jelaskan gegaran yang wujud apabila gempa bumi berlaku. (10markah)c) Nyatakan 5 plat utama yang melibat dalam pergerakan kerak bumi.(5markah)

Jawapan

a) Perselisihan Berselisih sepanjang garis gelinciran. Garis sempadan berlakunya perselisihan ini dinamakan sebagai

sempadan neutral. Iaitu plat- plat yang tidak bertembung menjauhi antara satu sama lain

tetapi sekadar berselisih dan bergeseran sahaja. Fenomena yang sering terjadi ialah gempa bumi.

Pencapahan

Plat- plat terpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain Menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi. Kesannya, sempadan pencapahan yang akan merekah. Wujud garis kelemahan pada kerak bumi yang membolehkan magma

yang panas dari lapisan mantel mengalir keluar.

b) Gegaran berlaku pada tiga peringkat. Iaitu, gegaran awal, gegaran utama, dan gegaran penghujung. Kuat gegaran maka semakin besar gelombang seismic yang dikeluarkan dan fenomena gempa bumi akan menjadi semakin dahsyat. Geseran antara dua plat membolehkan tenaga terkumpul dalam teori kejadian gempa bumi. Tenaga ini tidak boleh dipendamkan dan terpaksa dilepaskan.

c) plat benua: Plat pasifik

Page 18: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Plat amerika utara Plat amerika selatan Plat Eurasia Plat Africa Plat indo-australia

Soalan 7

a) Kawasan manakah merupakan kawasan gunung berapi aktif dan lingkaran api pasif ? (12 markah)

b) Huraikan zon yang stabil dan tidak stabil. (13 markah)

Jawapan

a) Di kawasan Sempadan antara plat-plat berlakunya pertembungan dan pencapahan plat yang akan menghasilkan fenomena gunung berapi serta gempa bumi. Di kepulauan Indonesia juga menjadi sempadan antara plat asia dengan Australia. Kawasan ini merupakan kawasan gunung berapi aktif.

Plat Eurasia bersempadan dengan plat-plat pasifik di sepanjang siri jurang lautan yang dalam. Di sempadan plat ini aktiviti gunung berapi dan gempa bumi sangat aktif sehingga kawasan ini digelar sebagai ``lingkaran api pasifik``.

b) Zon stabil Plat Eurasia, plat indo-sinian, plat indo-australia, plat pasifik stabil

sebagai zon yang stabil. Contoh Negara ialah Malaysia, Thailand, Myanmar, Vietnam, laos dan kemboja. Negara-negara ini selamat daripada mengalami gempa bumi dan gunung berapi.

Zon tidak stabil.

Filipina dan Indonesia terletak di zon tidak stabil. Kepulauan Indonesia seringkali mengalami gempa bumi dan

mempunyai rangkaian gunung berapi yang aktif. Jurang lautan yang dalam dikenali sebagai jurang jawa yang terletak di

selatan pulau jawa.

Soalan 8

a) Nyatakan kedalaman laut dan lautan dunia pada masa kini.(6 markah)b) Di perebakan dasar laut,

i. Bagaimanakah sempadan pencapahan wujud? (6 markah)ii. Apakah berlaku di sempadan tersebut? (6 markah)

c) Apakah teori rebakan menyatakan? (7 markah)

Page 19: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Jawapan

a) Kedalaman laut dan lautan: Lautan pasifik(10924 m) Lautan atlantik(9219m) Laut india(7455m) Laut Caribbean(6946m) lautan artik (5625m) laut china selatan(5016m)

b) di perebakan dasar laut:i. apabila magma yang panas dari lapisan mantel bertolak naik

ke lapisan kerak bumi yang menjadi dasar lautan maka dasar lautan tersebut mengalami retakan. Tempat retakan ini dinamakan sebagai sempadan pencapahan.

ii. Magma akan terus tertolak keluar dan memenuhi retakan tersebut. Magma ini akan membeku seterusnya membentuk permatang di dasar laut. Dasar lautan yang lama akan bertolak ke sebelah bagi membolehkan dasar lautan yang baru terbentuk. Dasar lautan yang lama mengalami rebakan.

c) Mengkaji batuan di dasar laut.batuan yang terletak berhampiran dengan permatang lautan didapati lebih mudah beranding dengan batuan yang terletak lebih jauh dari permatang lautan. Batuan yang berhampiran permatang merupakan batuan yang baru terbentuk. Manakala batuan yang lebih jauh dari permatang merupakan batuan lama terbentuk.

BAB 7: PEMBENTUKAN BENTUK MUKA BUMI

1 a] Huraikan kepelbagaian jenis lipatan dan gelinciran.

Lipatan

-Antiklin mempunyai lengan yang condong ke arah bertentangan dan mempunyai geologi atau batuan

tua di bahagian tengah lengkungnya Sinklin pula bertentangan dengan antiklin dan ia dientuk oleh

geologi yang muda di bahagian tengah lengkunya.

-Terdapat beberapa bentuk bumi dikaitkan dengan antiklin dan sinklin iaitu rabung antiklin dan

rabung sinklin. Rabung antiklin merupakan bahagian yang menonjol daripada permukaan bumi akibat

gelending ke atas lapisan batuan. Rabung sinklin ialah gelendingan ke bawah yang bersifat keras dan

tahan hakisan. Gelendingan timbul ke permukaan bumi sebagai 1 dataran yang sempit.

Gelinciran

Page 20: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

-boleh dibahagikan kapada sesar biasa, sesar songsang, dan sesar rabak.

SESAR BIASA

-Berlaku apabila daya2 tegangan tarik kerak bumi dari bawah, dan akibatnya ada blok yang terangkat

atau terjatuh. Ini akan menghasilkan cerun sesar yang curam, lurus, dan ketinggian yang berbeza.

Tindakan ini menghasilkan geseran sesar pada permukaan blok batuan dan menyebabkan salah

satunya terangkat ke atas.

SESAR RABAK

-Berlaku apabila daya mampatan dan tegangan dikenakan ke atas lapisan kerak bumi dari kedua-dua

arah yang bertentangan dan hanya berlaku secara mendatar dan tidak melibatkan kenaikan dan

kejatuhan blok batuan. Kesannya ialah gempa bumi yang dahsyat.

1 b] Bincangkan empat kesan terhadap permukaan bumi akibat proses lipatan dan

gelinciran kerak bumi.

-Bentuk2 lipatan yang terjadi sebenarnya bergantung kepada kekuatan daya mampatan yang

dikenakan ke atas lapisan kerak bumi. Daya mampatan yang lemah mewujudkan permukaan bumi

yang beralun manakala daya mampatan yang kuat menghasilkan bentuk lipatan yang kompleks

sehingga membentuk banjaran2 gunung lipat yang berkilometer tingginya di atas permukaan bumi.

Pembentukan sistem gunung lipat sebenarnya berpunca daripada pertembungan plat2 tektonik yang

-Gelincirin atau sesar ialah retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada lapisan kerak bumi.

Daya dan tenaga endogenik dari dalam kerak bumi akibat tegangan dan mampatan akan bertindak

terhadap lapisan batuan dan menyebabkan lapisan batuan tersebut meretak atau merekah sehingga

lapisan batuan seolah-olah berbentuk blok yang disempadani oleh retakan.

-Proses tegangan dan mampatan yang berterusan membolehkan blok2 batuan (lapisan kerak bumi)

mengalami anjakan di sepanjang garis gelinciran.

2 a] Nyatakan perbezaan bentuk2 bumi igneus rejahan dan igneus terobosan.

Igneus rejahan Membeku di dalam lapisan2 kerak bumi maka ia akan menghasilkan pelbagai bentuk

bumi. Manakala igneus terobosan terhasil apabila cairan magma yang naik melepasi lapisan kerak

bumi, mengalir dan membeku di permukaan bumi dan ia akan menghasilkan bentuk bumi igneus

Page 21: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

terobosan.Contoh igneus rejahan ialah daik, sil, lopolit, lakolit, pakolit ,batolit, manakala contoh

igneus terobosan ialah kon lava asid, kon lava bes, kon abu, kon komposit dan sebagainya.

2 b] Huraikan proses2 pembentukan bentuk bumi igneus rejahan dan igneus terobosan.

Ignes rejahan berasal daripada cairan magma yang panas yang berada jauh ke dalam bumi. Apabila

cairan magma itu bergerak ke atas, mengalir dan membeku di dalam lapisan2 kerak bumi maka ia

akan bumi igneus rejahan meliputi daik, sil, lopolit, pakolit, lakolit, dan batolit. Daik terbentuk apabila

menegak di lapisan kerak bumi. Sil terbentuk apabila magma membeku secara mendatar di antara

lapisan2 batuan terutama bagi batuan mendak. Lakolit terbentuk apabila magma mengangkat lapisan

sebelah atasnya menjadi bentuk kubah yang juga membeku di lapisan kerak bumi. Lopolit mempunyai

bentuk yang bertentangan dengan lakaolit. Ia terjadi sekiranya magma membeku di dalam lapisan

kerak bumi mengikut lengkung kerak bumi tersebut. Batolit pula terbentuk hasil daripada sekumpulan

magma yang membeku secara besar2 di lapisan kerak bumi. Pakolit terbentuk apabila magma

membeku di bahagian puncak lintap mungkum (antiklin) atau sinklin. Bentuk pakolit dan lakolit

adalah sebuah kanta.

Igneus terobosan pula terjadi apabila magma dari lapisan mantel bumi mengalir keluar dan membeku

di permukaan bumi. Oleh itu bentuk ini banyak dicirikan oleh aktiviti gunung berapi yang meletus dan

memuntahkan lavanya. Di antara contoh bentuk bumi jalar luar ialah seperti kon gunung berapi, lava

bes, kon abu, kon komposit, penara basalt, krater dan kaldera.

3] Jelaskan perbezaan lava bes dengan lava asid.

-Tahap kecairan lava asid adalah sangat likat, pekat, melekit dan mengalir dengan perlahan sahaja.

Manakala tahap kecairan lava bes pula cair dan mengalir dengan laju.

-Tahap pembekuan lava asid ialah ia cepat membeku di permukaan bumi dan jarak alirannya adalah

dekat. Manakala lava bes pula tahap pembekuan adalah lambat dan dapat mengalir lebih jauh di

permukaan bumi.

-Kandungan mineral dalam lava asid ialah kaya dengan silika manakala lava bes pula kaya dengan

besi dan magnesium.

-Takat peleburan lava asid mempunyai takat lebur yang tinggi manakala lava bes mempunyai takat

lebur yang rendah sangat panas.

-Suhu lava asid ialah 800 celcius hingga 1000 celcius dan suhu lava bes pula 1100- 1200 celcius.

-Kadar letupan lava asid adalah menghasilkan letupan yang kuat kerana banyak mengandungi gas

yang berada di bawah pengaruh tekanan yang tinggi manakala lava bes menghasilkan letupan yang

kecil kerana gas2 berada di bawah tekanan tinggi dalam dalam lava ini adalah sedikit.

Page 22: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

4 a] Terangkan saiz dan 4 faktor yang menghasilkan gunung berapi yang beranika

bentuk dan saiz.

-Jenis bahan yang yang diletuskan : Keanekan bahan yang diletuskan akan mempengaruhi

kepelbagaian rupa yang berapi. Misalnya lava bes akan membentuk gunung berapi perisai yang

bercerun landai dengan ukur lilitnya yang sangat besar kerana lava bes adalah cair dan dapat mengalir

jauh sebelum membeku. Sebaliknya, lava asid pula menghasilkan gunung berapi berkubah dengan

cerun yang curam, kerana lavanya sangat likat dan tidak mampu mengalir jauh.

-Sifat dan jenis letusan: Letusan yang senyap dan utama dan menyumbatkannya, maka lava terpaksa

mencari jalan keluar yang lain.Tekanan daripada dalam gunung berapi boleh mewujudkan lohong-

lohong cawangan yang baru yang membolehkan lava mengalir keluar lalu membentuk kon serba

ragam.

-Kuantiti lava dan bahan piroklas yang keluar: Saiz gunung berapi amat bergantung kepada kuantiti

lava yang dikeluarkan lebih banyak bahan yang dikeluarkan maka lebih besar gunung berapi akan

terbentuk. Namun begitu kekuatan letupan boleh mempengaruhi saiz gunung berapi. Apabila letusan

kuat berlaku kemungkinan besar boleh mengecilkan atau memusnahkan gunung berapi yang sedia ada.

4 b] Nyatakan jenis dan taburan gunung berapi

-gunung berapi boleh dibahagikan kepeda 3 jenis iaitu gunung berapi hidup, gunung berapi pendam,

dan gunung berapi mati.

-Gunung berapi hidup ialah gunung berapi yang selalu meletus dan sangat aktif. Terdapat kira2 500

gunung berapi yang masih aktif di dunia. Contohnya gunung etna,gunung pelee dan sebagainya.

-Gunung berapi mati ialah gunung berapi yang tidak aktif dan tidak akan meletus lagi walaupun ia

pernah meletus sebelumnya. Contohnya gunung berapi kilimanjaro afrika.

-Gunung berapi pendam ialah gunung berapi yang pernah meletus dan akan meletus lagi pada masa

hadapan. Gunung berapi jenis ini akan meletus sekali dalam jangka masa yang panjang. Contohnya

ialah berapi fujiyama di jepun dan gunung berapi vesuvius di itali.

5 a] Jelaskan jenis-jenis sesar

Sesar boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu sesar biasa, sesar songsang, dan sesar rabak. Sesar biasa

berlaku apabila adanya daya- daya tegangan yang menarik kerak bumi atau blok batuan yang menolak

kerak bumi dari bawah. Akibat tarikan dan tolakan ini ada blok yang terangkat atau terjatuh. Sesar

jenis ini mempunyai garis gelinciran yang berkeadaan curam atau hampir tegak.

Page 23: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Sesar songsang terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok

batuan dari dua arah yang bertentangan.Tindakan ini menghasilkan garisan sesar pada permukaan

blok batuan tersebut dan seterusnya menyebabkan salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat

atau terjulang ke atas.

Sesar rabak pula berlaku apabila daya mampatan dan tegangan yang dikenakan ke atas lapisan

kerak bumi pergerakan menjadi secara melintang pada blok-blok batuan tersebut dari dua arah yang

bertentangan. Pergerakan ini hanya berlaku secara mendatar dan tidak melibatkan sebarang kenaikan

atau kejatuhan ke atas blok batuan.

5 b] Jelasakan perbandingan antara kesan2 sesar biasa dan sesar rabak.

Kesan sesar biasa akan menghasilkan cerun sesar yang curamdan lurus dengan ketinggian

yang berbeza2 mengikut ketinggian anjakan blok yang telah berlaku. Selain itu terdapat banyak garis

gelinciran di satu tempat dan akan mengalami beberapa kali sesaran secara bersiri dan jenis sesar yang

terbentuk ialah sesar bertangga. Sekiranya terdapat dua atau lebih sesar biasa berkeadaan selari, maka

terdapat blok batuan yang mengalami kenaikan dan kejatuhan secara berselang-seli. Blok batuan yang

jatuh akan membentuk lurah yang dalam dikenali sebagai garben manakala blok yang terangkat akan

membentuk gunung bongkah yang dikenali sebagai horst.

Kesan sesar rabak ialah berlaku pergerakan secara melintang pada blok2 batuan dari kedua-

dua arah yang bertentangan. Pergerakan ini hanya berlaku secara mendatar dan tidak mewujudkan

cerun serta tidak terdapat ganguan di atas lapisan batuan yang dialami semasa sesar ini terjadi

menghasilkan gempa bumi yang dahsyat.

6 a] Huraikan tentang bahan-bahan yang dikeluarkan oleh letusan gunung berapi.

-Letusan gunung berapi akan mengeluarkan lava. Lava ialah magma yang mengalir di permukaan

bumi.Lava terbahagi kepada Lava asid dan lava bes.Kedua-dua jenis lava mempunyai ciri-ciri yang

berbeza antara satu sama lain. Ciri- ciri fizikal yang dikaitkan dengan sesuatu jenis lava ialah keadaan

suhu,kelikatan dan darjah keletupan.

-Letusan gunung berapi juga keluarkan bahan-bahan piroklas. Bahan- bahan ini terdiri

daripada serpihan batuan dan batu tongkol serta debu2 yang halus. Bahan2 ini dibahagikan

kepada ‘bom gunung berapi” , lapili, dan abu gunung berapi. Bom gunung berapi ialah

bongkah batuan pejal atau serpihan batuan yang berdiameter beberapa cm hingga 30cm

manakala lapili ialah partikal pejal yang lebih kecil dan berdiameter hingga 4-25mm. Abu

gunung berapi ialah partikal yang berdiameter kurang daripada 4mm. Partikal ini halus dan

ringan seperti debu dan habuk yang boleh diterbangkan oleh angin hingga berpuluhan2

kilometer jauhnya.

Page 24: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

BAB 8: PROSES PEMBENTUKAN LANSKAP DIKAWASAN TROPIKA LEMBAB

Soalan (1)

a) Nyatakan jenis-jenis luluhawa (3markah)

Antara jenis-jenis luluhawa ialah luluhawa kimia, luluhawa fizikal, dan luluhawa biologikal.

b) Huraikan konsep luluhawa (5markah)

Satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlak secara in-situ

akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa seperti air hujan,perubahan suhu, tindakan ibun,

mikro organisma keatas batuan sehingga batuan tersebut mengalami pemecahan kepada saiz

yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan batu seperti larutan,tanih regolit dan sebagainya.

Soalan (2)

a) Berikan definasi luluhawa kimia (5markah)

Proses pereputan atau penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindak balas

dengan air, asid, ion dan larutan-larutan sehingga mineral batuan tersebut bertukar dari

peringat primer kepada peringat sekunder.

b) Jelaskan proses-proses luluhawa kimia atau luluhawa dalaman (10markah)

Proses larutan(Solution)

Akibat tindakan air hujan atau air larian yang bertidak sebagai pelarut. Air berupaya

melarutkan mineral batuan yang mudah larut seperti gipsium dan kalsium karbonat menjadi

hasil larutan. Kuantiti hasil larutan bergantung kepada kuantiti air yang ada dan kadar

kelarutan setiap mineral yang membentuk batu. Contotnya kalsium dan natrium.

Proses pengarbonan

Tindak balas antara asid lemah (asid karbonik) dengan karbonat batu (kapur). Hujan yang

turun akan bersepadu dengan karbon dioksida di udara membentuk asid karbonik. Pesamaaan

tindak balas kimia ialah:

H2O + CO2 = H2CO3

Page 25: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Air Karbon dioksida Asid karbonik

Asid karbonik berupaya menguraikan batuan apabila ia bertindak balas dengan kalsium

karbonat (batu kapur) menghasilkan larutan kalsium bikarbonat.

Persamaan tindak balas kimianya ialah:

H2O3 + CaCO3 = Ca(HCO3)2

Asid karbonik kalsium karbonat Kalsium Bikarbonat

Oleh sebab itu batu kapur mudah mengalami luluhawa.

Proses penghidaratan

Penambahan air kepada mineral batuan sehingga menyebabkan mineral tersebut mengalami

tegasan dan pengembangan. Contohnya besi oksida menyerap air menjadi besi hidroksida.

Buktinya hematit merah telah menukar kepada limonit kuning dengan proses penghidratan

2FEO2 + 3O2 = 2FE2O2 3H2O

Hematit merah Oksigen Limonit kuning

Proses Pengksidaan (Oxidation)

Proses tindak balas antara oksigen dengan kandungan mineral batuan yang menyebabkan

mineral tersebut teroksida

4FE 3O2 = 2FEO3

Ferum + Oksigen Ferum oksida

Proses Chelasi

Proses pembendungan satu ion antara agen-agen chelasi yang dikeluarkan oleh tumbuhan

dengan ion mineral dalam batuan seperti ion ferum. Pembendungan ini menyebabkan batuan

mengembang. Agen-agen chelasi boleh dikeluarkan oleh tumbuhan yang hidup di permukaan

batuan seperti lumut dan kulampair. Semasa menyerap makanan dan zat galian menerusi akar

Page 26: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

higroskopinya tumbuhan tersebut akan mengeluarkan sejenis asid yang dikenali sebagai asid

chelasi. Asid ini berupaya bertindak balas dengan ion mineral tersebut mengalami penguraian.

Huraikan lima bentuk muka bumi yang terhasil akibat proses luluhawa kimia di

kawasan tropika lembab (10 markah).

Topografi

Rupa muka-rupa muka yang terdapat di kawasan karst ialah termasuk batu

kapur,stalaktit,stalagmit, tiang kalsit, sungai bawah tanah, lubang layang-layang dolina, uvalia

dan juga porje. Kewujudan ini menunjukkan keberkesanan poses larutan dan pengarbonan

dalam luluhawa dalaman. Kedua-dua tindak balas tersebut merurakan proses asas yang boleh

membentuk, mengukir, dan memperkembangkan rupa muka di kawasan karst. Pandangan ini

banyak terdapat di kepulauan Papua New Guinea, Kepulauan Indonesia, sekitar Pulau

Lngkawi.

Grike dan Clint

Terhasil akibat luluhawa dalaman di kawasan batu kapur.Batu kapur mempunyai banyak

rekahan. Air hujan akan meresap ke dalam batu kapur. Air hujan ini akan melarutkan kalsium

karbonat di sepanjang dinding rekahan tadi. Proses larutan yang berterusan akan

memperdalam dan memperlebarkan rekahan-rekahan berkenaan membentuk jurang dan lurah

yang dikenali sebagai grike manakala bongkah-bongkah yana dikelilingi oleh grike tadi

dinamai klint.

Tors dan Inselberg

Luluhawa kimia bertindak mereput dan menguraikan struktur batuan bukit yang kemudian

dihakis dan diangut oleh hakisan air meningalkan sisa-sisa yang keras, tahan serta tertonjol di

permukaan bumi.Manakala inselberg pula merupakan tonjolan- tonjolan batuan dari dalam

bumi setelah muka umi di sekitarnya diluluhawa, dihakis- angut dan direndahkan.

Kebanyakan proses yang bertindak merendahkan muka bumi sekitar sehingga tertonjolnya

batuan ialah proses hidrolisis, larutan dan juga hidrasi. Inselberg banyak terdapat di Afrika

Selatan, Ghana dan Nigeria.

Regolit seperti Tanah laterit dan Tanah liat

Page 27: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Tanah liat dan tanah laterit di tropika lembah mempunyai lapisan yang tebal yang

menunjukkan batuan mengalami pereputan dan penguraian sepenuhnya. Pembentukkan tanah

liat berkait rapat dengan proses hidrolisis terhadap batuan feldsfar iaitu;

Orthoclase felsfar + Asid Karbonik + Air =

Kalium Karbonat + kaolin [Tanah Liat] +Kuartza [Pasir]

Tanah laterit pula berkait rapat dengan proses pengoksidaan. Kepentingan proses

pengoksidaan dalam kejadian tanah laterit boleh dilihat pada longokkan seskuioksida besi

yang terdapat pada lapisan A tanah laterit ini. Warna keperangan pada seskuioksida besi

membuktikan sebatian ini telah mengalami proses pengoksidaan yang begitu hebat.Pada

sesetengah tempat longokkan seskuiosida besi mencapai ketebalan 10 meter yang

menyebabkan sebahagian besar tanah laterit berwarna keperangan.

Soalan 3

a) Senaraikan proses-proses luluhawa kimia. (6markah)

I. Larutan

II. Penkarbonan

III. Hidrolisis

IV. Hidrasi

V. Pengoksidaan

VI. Celasi

b) Jelaskan faktor – faktor mempengaruhi luluhawa (10 markah)

Faktor iklim

Dua anasir iklim yang mempengaruhinya ialah hujan dan suhu. Luluhawa amat bergantung

kepada air sebagai agen pereput batuan. Proses luluhawa seperti larutan, hidrasi, pengarbonan

Page 28: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

dan hidrolisis bergantung kepada air sama ada dalam bentuk larutan, asid lemah atau ionik

sebagai agen-agen pengurai ikatan mineral batuan.

Kawasan tropika mendapat air yang banyak daripada air hujan, air sungai, air panah, dan wap-

wap air yang disumbangan oleh tumbuhan. Keadaan ini telah menjamin proses pembasahan

batuan secara berterusan dan membolehkan luluhawa berlaku dengan aktif tanpa tergendala.

Ini boleh dibuktikan lalui penebalan pofil regolit luluhawa yang terhasil mengikut zon iklim

yang berlainan.

Faktor suhu

Kawasan tropika lembab mempunyai purata suhu tahunan yang tinggi sepanjang tahun iaitu

antara 27-32 darjah celsius dan beza antara suhu harian yang kecil yang membolehkan operasi

kimia berlaku dengan kesan.

Faktor biotik

Dua elemen yang mempengaruhi ialah sifat tumbuhan dan mikro oraganisma.

Bekalan organik daripada reputan tumbuhan. Bekalan organik tersebut akan membekalkan

asid humik dan asid fulvik.

Asid ini merupakan agen pereput dan peluluh mineral yang berkesan apabila terkena batu.

Bekalan tersebut megeluarkan larutan –larutan tanah, koloid dan mineral seperti silika

mereput dan melarut dan mempercepatkan tindak balas kimia. Iaitu dengan larutan tersebut

bertemu dengan mineral batu.

Mikro oraganisma seperti bakteria mempercepatkan pembentukan humus dengan cara

mencampurkan sarap organik.

Faktor geologi

Ciri –ciri geologi yang mempengaruhi keberkesanan luluhawa di kawasan tropika lembab

dengan kestabilan mineral, struktur, dan tekstur, jenis batuan, rekahan serta sifat-sifat

porositinya.Jenis batuan yang lembutan seperti batu kapur mudah mengalami luluhawa .

Kepadatan rekahan berkeadaan menegak akan mengalami perluluhawan kerana

membenarkan asid, air dan larutan-larutan tanah menebusinya.

Faktor relief, aspek, dan masa.

Page 29: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Relief merujuk kepada keadaan cerun. Keadaan cerun yang landai dan bertanah pamah

mudah mengalami luluhawa. Ini kerana kawasan ini mengalakan kadar susupan dan simpanan

air tanah berbanding dengan kawasan cerun curam yang mengalakkan hakisan larian air

permukaan.

Soalan (4)

a) Apakah dimaksudkan dengan luluhawa fizikal. (4markah)

Proses pnyerpayaian atau pemecahan batuan.Akibat tindakbalas unsur-unsur iklim maka

batuan akan dipecahkan kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimia.

b) Huraikan proses-proses luluhawa fizikal. (8markah)

Luluhawa fizikal berlaku apabila tindakbalas unsur-unsur iklim maka batuan akan dipecahkan

kepada saiz yang lebih kecil tanpa menukarkan sifat-sifat kimia. Saiz batuan sahaja berubah.

Kehadiran ’daya tegasan yang secukupnya menyebabkan berlakunya pemecehan batuan.

Daya tegasan ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan diatas satu unit keluasan seperti

dinding-dinding rekahan sehingga dinding-dinding tersebut mengalami ketegangan dan

akhirnya penyapaian berlaku keatas rekahan batuan berkenaan. Proses-proses luluhawa

berlaku menerusi dengan pengembangan dan pengecutan akibat perubahan suhu yang ekstrem

pembasahan dan pengeringan batuan, tindakan ibun atau fros penghabluran garam dan

perlepasan tekanan. Pengembangan akan dialami oleh batuan sekiranya terdapat julat suhu

harian yang besar di kawasan seperti gurun panas.

c) Terangan bentuk-bentuk pemecahan batu dalam proses luluhawa fizikal. (8markah)

Penyepaian bongkah

Page 30: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Berlaku pada batuan yang bersendi atau mempunyai rekahhan bersegi empat. Pengembangan

dan pengecutan berlaku disepanjang sendi tersebut dan pentepaian terjadi mengikut sendi

berkenaan sehingga menjadi bongkah-bongkah segi empat.

Penyepaian berbutih

Berlaku pada batuan yang mempunyai mineral didalamnya. Contohnya batuan granit yang

mengandungi mineral kuartza. Mineral yang lebih cepat mengembang dan mengecut akan

lebih cepat tersingkir daripada jisim asal kepada seripihan batu.

Pengelupasan

Berlaku kepada struktur batuan yang berlapis –lapis. Kadar pengembangan dan pengecutan

mengalami adalah berbeza. Pada waktu siang,lapisan luar lebih cepat panas dan

mengembang ;sebalikya pada waktu malam lapisan luar cepat sejuk dan mengembang.Tetapi

lapisan dalamnya pada waktu alam tetap panas; keadaan ini membawa kepada pengelupusan

iaitu berlaku secara berlapis-lapis. Pemecahan ini menghasilkan kulit-kulit kelupasan dan

serpihan batu.

Soalan (5)

a) Nyatakan proses-proses gerakan jisim.(4markah)

Aliran lambat, aliran cepat, geluncuran, runtuhan

b) Apakah proses-proses yang terdapat dalam aliran lambat.(4markah)

Kesotan tanah-tanih kesotan talus, kesotan batuan, kesotan batu glasier, gelangsaran

c) Huraikan aliran lambat. (7markah)

Melibatkan pergerakan regolit dan tanah-tanih secara prlahan-lahan menuruni cerun dan juga

dikenali sebagai kesotan.tidak lihat dalam mata kasar tetapi boleh mengenali dengan kesan-

kasan yang wujud di atas permukaan cerun seperti tiang elektrik, tiang telefon.Pergerakan

regolit ini berlaku di atas permukaan cerun yang landai dan melibatkan kedalaman dari

beberapa sentimeter kebeberapa meter ke bawah muka cerun. Proses ini mengambil jangka

masa yang perlahan.Terdapat beberapa faktor mempengaruhi proses aliran lambat iaitu,cerun

yang landai, tidak terlalu curam,dan muka cerun tersebut tidak dilitupi oleh tumbuban yang

tebal yang digondolkan oleh manusia. Faktor cerun mempengarui peranan tarikan graviti dan

Page 31: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

cengkaman regolit dengan permukaan cerun.Selain itu, faktor hujan menambahkan berat jisim

di atas cerun apabila ruang-ruang udaranya dipenuhi air. Keadaan ini memyebabkan cerun

menjadi tidak stabil dan menambahkan kelicinan permukaan untuk memudahkan pergerakkan

regolit ke bawah cerun.

(d) Jelaskan lima langka untuk mengawal gerakkan jisim. (10markah)

Langkah perundangan

Menubuhkan unit cerun negara bagi melakasanakan kerja-kerja rondaan dan pemantauan

yang berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi \ bercerun

curam.Mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan EIA.

Mewartakan kawasan cerun bukit yang tidak boleh diusih untuk pembangunan dan dikekalkan

dalam keadaan semula jadi.

Langkah pengurusan

Menanam pokok-pokok perlindung yang kekal diatas permukaan cerun bukit agar proses

kestabilan cerun secara semula jadi terpelihara.Membina benteng serta tembok penahan di

kaki cerun yang tidak stabil dan berisiko untuk runtuh. Menggunakan sungkupan plastik di

atas permukaan cerun yang tidak stabil yang bersifat sementara. Memperbaiki sistem saliran

dan laluan air di permukaan cerun dengan menyediakan sistem perparitan, longkang , sistem

pembentungan air buangan di permukaan cerun. Memotong cerun mengikut spesifikasi yang

ditetapkan seperti tidak melebihi 45 darjah.

Langkah pendidikan

Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada semua lapisan

masyarakat.Peranan media cetak dan elektronik untuk menganjurkan kursus-kursus seminar.

Soalan 6

a) Nyatakan proses-proses aliran cepat dalam gerakkan.( 3markah)

Page 32: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Aliran tanah ,aliran lumpur, puin saji runtuh.

b) Jelaskan proses aliran cepat. (7 markah)

Melibatkan pergerakkan regolit, tanih ,dan lumpur pada kadar lebih cepat dan di atas cerun

yang lebih curam berbanding dengan aliran lambat. Jisim regolit memerlukan banyak air atau

berada dalam keadaan yang lembab untuk pergerakkan hujan memainkan peranan sebagai

agen penggangkut regolit seperti tanah lumpur. Cerun-curam menyebabkan regolit seperti

tanah dan lumpur bergerak cepat. Kegiatan manusia seperti pembalakan akan menyebabkan

berlakunya proses aliran cepat. Proses ini menyebabkan berlaku banjir dan tanah runtuh.

c) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses aliran cepat. (4markah)

Kecerunan

Cerun yang lebih curam menyebabkan berlakunya aliran tanah. Regolitnya mudah bergerak

di cerun yang lebih curam dengan tidak terhad dalam alurnya.

Tindakan manusia

Aktiviti manusia seperti pembalakkan meninggalkan kayu,dahan dan sampah sarap akan

terkumpul membentuk empangan sementara menakung air dengan cepat dan akhirnya, pecah

apabila takat tepunya diatasi oleh curahan yang lebat.

d) Jelaskan langkah-langkah kestrukutaran untuk mengawal gerakkan jisim.

(10markah)

Menanam pokok-pokok perlindung yang kekal diatas permukaan cerun bukit agar proses

kestabilan cerun secara semula jadi terpelihara.Tumbuhan seperti, rumput dan pokok buluh

boleh ditanah.

Membina benteng serta tembok penahan di kaki cerun yangtidak stabil dan berisiko untuk

runtuh. Kaki cerun yang dipotong ditarah mengelahkan runtuh.

Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun yang tidak stabil.Ia bersifat

bersementara.

Memperbaiki sistem saliran dan laluan air dipermukaan cerun. Ia menyediakan sistem

perparitan,longkang,sistem pembentungan air buangan di permukaan cerun. Boleh dibuat

Page 33: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

secara berteres dari bahagian cerun atas hingga ke bawah demi mengelahkan limpahan air

permukaan dan ketepuan tanih.

Memotong cerun mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti tidak melebihi 45’dan

membina teres-teres di permukaan cerun bukit agar halaju larian air permukaan boleh

diperlahankan.

Soalan 7

a) Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa biologi (markah)

Merujuk kepada tindakan tumbuhan,haiwan,mikroorganisma dan manusia sama ada secara

fizikal atau kimia yang dapat memecah dan menguraikan batuan.

b) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi luluhawa. (4markah)

Hujan, suhu, kelembapan udara, geologi, biotik, relief, dan manusia

c) Terangkan proses luluhawa biologi . (10markah).

Tindakan tumbuhan.

Akar-akar pokok kursusnya sistem akar tunjang boleh menjalar ke dalam tanah dan memasuki

rekaan batuan. Apabila akar membesar di dalam rekaan maka menekan dinding rekaan,

melebar dan memecahkannya. Rekaan yang dimasuki oleh akar tumbuhan mempercepatkan

kemasukkan air untuk luluhawa kimia beroperasi jauh ke dalam tanah.

Tindakan organisma.

Tindakan haiwan yang menggali lubang seperti tikus turut melemahkan struktuk kebatuan

untuk bertindak.Microorganisma seperti lumut yang terdapat di permukaan batu akan

mengeluarkan asid organik semasa menyerap zat-zat kalian dari dalam batu. Tindak balas asid

organik seperti asid chelasi dengan mineral batuan akan mempercepatkan penguraian batuan.

Tindakan manusia.

Aktiviti manusia mempercepatkan kadar luluhawa batuan dengan menerusi aktiviti

penyahutanan, pembinaan jalan raya dan perlombongan akan mendedahkan batuan di dalam

kepada agen-agen luluhawa kursusnya sinaran matahari dan air hujan. Oleh itu, batuan mudah

Page 34: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

dipecah dan dihuraikan. Aktiviti pertanian dan perindustrian pula membebaskan bahan-bahan

kimia seperti bajak,racun serangga.

Soalan 8

a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi gerakkan jisim. (5markah)

Kecerunan, jenis batuan hujan litupan tumbuh-tumbuhan, gegaran, tindakan manusia dan

haiwan

b) Apakah memaksudkan dengan gelencuran. (4markah)

Melibatkan pergerakkan tanah-tanih regolit dan bongkak batuan secara besar-besar di cerun-

cerun yang curam dan hampir tegak. Proses ini berlaku lebih cepat dan secara tiba-tiba

berbanding dengan proses dalaman aliran cepat

c) Jelaskan tentang proses gelencuran. (10markah)

Robohan ialah sejenis gelencuran yang melibatkan bongkak batuan di suatu cerun-curam yang

berbentuk cengkung seperti cerun-cerun gunung.Berlaku apabila lapisan batuan yang lebih

berat terletak di atas lapisan-lapisan batuan yang lebih lembut.Beban batuan berat di atasnya

menyebabkan lapisan batuan keras dan berat di atas turut bergerak menuruni cerun.

Gelencuran puin melibatkan pergerakkan serpihan batuan di suatu cerun-curam.Pergerakkan

ini mengangkut regolit yang kurang padat dan lebih kering.

Gelencuran batuan lebih aktif berlaku di lapisan batuan tersusun secara menyerong dengan

kecerunan kira-kira 20 darjah.

Faktor yang mempengaruhi ialah keadaan cerun yang sangat curam dan hampir tegak yang

menghasilkan perbezaan antara tenaga graviti dan kinetik dengan daya cengkaman yang lebih

besar sesuai dengan memerlukan gerakkan. Terdapat banyak bahan-bahan tanih yang

menyerap air daya ikatan yang lemah serta permukaan yang licin.

d) Jelaskan langkah langkah perundangan untuk mengawal gerakkan jisim.(6markah)

Page 35: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Menubuhkan unit cerun negara bagi melaksanakan kerja-kerja rondaan dan pemantawan yang

berterusan terhadap aktiviti pembangunan di kawasan tanah.

Mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang melanggar peraturan EIA . Tindakan

makama seperti atau kompaun. Mewartakan kawasan cerun bukit yang tidak boleh diusik

untuk pembangunan dan dikekalkan dalam keadaan semula jadi. Misalnya melalui akta hutan

simpan 1984.

Soalan 9

a) Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kadar gerakkan jisim. (4markah)

Jenis bahan,kecerunan cerun,kandungan air sebagai pelincir dan litupan tumbuhan. Manusia

b) Huraikan bagimanakah fenomena pergerakan jisim dipercepatkan oleh aktiviti

manusia. (11 markah)

Aktiviti pemotongan penerasan dan peratan cerun bukit untuk dibina petempatan dan jaringan

pengangkutan.

Aktiviti penimbusan tanah lembab seperti paya untuk dijadikan pelbagai jenis tapak bina,ini

menggalakkan tanah rendah.

Aktiviti penyahutanan seperti pembalakkan yang menyebabkan bukit tergondol dan muka

bumi hilang perlindungan.

Aktiviti penggorekkan dan penebukkan,pembinaan jalan raya dan perlombongan.

c) Huraikan langkah-langkah untuk megurangkan tanah runtuh di kawasan cerun

lebuh raya di Malaysia. (10markah)

Membina benteng serta tembok penahan di kaki cerun lebuh raya.Kaki cerun yang dipotong

dan ditarah perlu distabilkan dan diperkuatkan.

Menanam pokok sepanjang permukaan cerun berhampiran lebuh raya untuk menstabilkan

cerun supaya tidak runtuh. Menggunakan sungkupan plastik di atas permukaan cerun untuk

menstabilkan cerun untuk sementara daripada runtuh.

Page 36: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Memotong cerun mengikut spesifikasi yang diteapkan iaitu,tidak melebihi 45 darjah dan

membina teres-teres di permukaan cerun bukit.

Mengadakan kempen kesedaran tentang runtuhan tanah sepanjang lebuh raya.

BAB 9: GEOMORFOLOGI LEMBANGAN SALIRAN DAN PINGGIR PANTAI.

Soalan 1

1) a) Apakah dimaksudkan dengan hakisan (4markah)

Proses pengausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen-agen yang

bergerak seperti air mengalir angin dan ombak dan glasier.

b) Jelaskan proses hakisan (7markah)

Proses hakisan terjadi kerana adanya tenaga kinetik dan geseran semasa agen-agen hakisan

seperti air mengalir angin, ombak dan glesier bergerak menuruni permukaan bumi.

Terdapat dua konsep hakisan iaitu hakisan geologi dan hakisan tanih. Hakisan geologi –proses

hakisan yang berlaku di bawah keadaan semula jadi. Hakisan ini berlaku secara perlahan-

lahan dan mengambil masa yang lama dan melibatkan keseluruhan permykaan bumi.Hakisan

tanih –proses hakisan yang berpinca daripada manusia apabila manusia menganggu keadan

semula jadi alam sekitar. Ia berlaku di permukaan bumi terdedah akibat aktiviti-aktviti

manusia.

Agen –agen yang menyebabkan berlakunya hakisan di permukaan boleh dibahagikan kepada

empat jenis iaitu hakisan percikan air, kepingan, galir,galur.

c) Huraikan proses hakisan galir. (7 markah)

Hakisan di dalam alur-alur yang kekal dan mempunyai air semasa hujan lebat. Alur-alur ini

lebih besar daripada gegalur dan biasanya wujud lebih lama. Hakisan galir terhad di dalam

alur-alur kekal salja.Hakisan ini disamakan sebagai hakisan sungai. Di dalam alur –alur yang

besar dan kekal ini berlangsung pelbagai jenis mekanisme hakisan sungai seperti hakisan

larutan, hakisan hidraulik, hakisan lagaan serta hakisan kikisan.

Page 37: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

d) Huraikan proses hakisan galur (7markah)

Hakisan di kawasan permukaan cerun yang lebih meluas.Permukaan cerun terdiri daripada

alur-alur air yang kecil dikenali sebagai gegalur yang berlakunya proses hakisan permukaan

sama-sama dengan limpahan air yang meluas tadi.

Galur ialah satu unit alur yang paling kecil terbentuk di atas permukaan cerun dan bersifat

sementara galur yang dibentuk oleh satu hujan lebat sering tadi terhapus oleh hujan lebat

berikut. Kesan-kesan gegalur mudah dilihat di tebing-tebing cerun yang sudah dipotong atau

ditarah.

Soalan 2

2) a) Nyatakan jenis-jenis hakisan permukaan. (4markah)

Hakisan percikan air hujan hakisan galur,hakisan galir

b) Terangkan hakisan larian air permukaan (6markah)

Larian air permukaan dikenali juga larian Hortan. Hakisan ini dihasilkan daripada baki air

yang tertinggal di permukaan setelah ditolak dengan yang tersejat ke udara, yang meresap ke

dalam bumi dan yang digunakan oleh tumbuhan selepas kerpasan(hujan) berlaku.

Formula larian air permukaan seperti

Larian air permukaan=Jumlah hujan-(sejatan +susupan+yang diguna oleh tumbuhan)

Baki air yang tertinggal di permukaan ini mempunyai kuasa untuk mengakis ,menghaus,

memusnahkan partikel-partikel tanah di atas permukan cerundan menggangkutnya menuruni

cerun-cerun tersebut ke kawasan yang lebih rendah sebelum dimendapkan. Keupayaan larian

air permukaan untuk mengakis adalah disebabkan ia memilihki tenaga potensi dan tenaga

kinetik. Hakisan larian air permukan berlaku beberapa cara iaitu larian permukaan, larian sub

permukaan, larian tepu dan larian air dalam alur-alur kecil.

Page 38: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

c) Jelaskan factor-faktor yang mempengaruhi kadar hakisan larian air permukaan.

(10markah)

Kuantiti hujan dan bentuk hujan mengikut masa.

Semakin banyak hujan maka kadar hakisan larian air permukaan semakin tinggi. Ini kerana

bekalan air hujan yang banyak akan menambahkan lagi tenaga potensinya untuk mengakis.

Bagi larian jenis tepu dan aliran interak kuantiti air yang banyak tidak menambahkan kuasa

hakisannya, sebaliknya ia berkurang kerana larian air tersebut sudah mencapai peringkat tepu

maka penambahan hujan selanjutnya tidak mampu lagi mencampurkan bahan tanih dengan air

liang-liang pori tanih kesemuanya dipenuhi oleh air.

Geologi setempat

Ciri-ciri geologi akan mempengaruhi kadar susupan atau infiltrasi air hujan. Kepesatan

infiltrasi berkait rapat dengan ciri-ciri geologi seperti keporosan peratus liang pori struktur

dan kadar susupan dengan kadar larian air permukaan mempunyai hubungan song sang iaitu

kadar susupan tinggi larian air permukaan akan menjadi tinggi. Contohnya, batu pasir yang

bersaiz kasar mempunyai kadar susupan yang tinggi ekoran daripada peratus liang pori yang

dimiliki adalah banyak.

Kecerunan

Dirujukkan kepada dua elemen iaitu cerun curam dan cerun landai. Semakin curam sudut

cerun maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi kadar hakisanya. Keadaan

sebaliknya berlaku apabila cerun itu menjadi semakin landai. Bentuk cerun mempengaruhi

kadar larian air permukaan. Cerung cengkung biasanya mengalami kadar hakisan yang kuat

berbanding dengan cerun cenbung.Ini disebabkan sudut tuju larian air permukaan bagi cerun

cengkung adalah lebih tepat berbanding dengan cerun cembung

Tumbuhan

Jenis dan ketebalan tumbuhan berfungsi untuk menutupi dan melindungi cerun daripada

ditimpa air hujan dan dihakis hangkut oleh hakisan tersebut. Contohnya,

Page 39: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

hutan primer kanopinya tebal berlapis-lapis akan melakukan proses cegatan silara (pintasan)

yang baik menapis dan menempan air hujan daripada menimpa secara langsung keatas

permukaan cerun.

Soalan 3

(a) Nyatakan Faktor yang mempercepatkan proses hakisan. (5markah)

Penyang hutanan( pembalakan pertanian dan pnternakan)

Aktiviti pertanian

Pembinaan bangunan

Aktiviti mengubah, melurus dan mendalamkan lurah alur sungai

(b) Huraikan penjanaan hakisan tanih. (10markah)

Boleh berlaku secara semulajadi tetapi kadarnya kini ipercepat oleh aktiviti manusia terdapat

pelbagai jenis ktiviti manusia yang mempercepatkan kadar hakisan tanih antaranya seperti

aktiviti penyah utanan yang dilakukan untuk pelbagai tujuan melibatkan pemushaan hutan

secara besar-besaran kesanya kadar hakisan oleh percikan air hujan dan larian air permukaan

menjadi tinggi.

Ativiti pertanian dikawasan cerun cepatkan kadar hakisan cerun sebagai contohnya

pembajakan dan perakaan cerun. Amalan pertanian tanpa teras tanpa tanama tutup bumi dan

tanpa membina sistem berparitan akan memudahkan pergerakan larian ai permukaan secara

meluas untk menghakis permukaan cerun secara besar-besaran. Lapisan tanih yang subur

akan diangkut oleh larian air permukaan dimendapkan dikawasan tanah rendah. Kesannya

kesubura tanih semakin merosot dan menjadi tidak stabil.

Cerun-cerun bukit dikawasan tanah tinggi dipotong ditrah dan diratakan akan membawa

kepada peninkatan kadar hakisan, Cerun-cerun bukit berkenaan tidak lagi mempunyai

tumbuhan pelindung, stuktur tahihnya longgar, kaki cerun menjadi tidak stabil dan

menyebabkan hakisan galur berlaku serta larian air permukan bertindak untuk menghakis

mengankut dan menipiskan lapisan tanih di permukaan cerun

Page 40: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Aktiviti mengubah melurus dan memperdalamkan lurah serta alur-alur sungai akan

meningkatkan kadar hakisan sungai. Apabila dilurus maka halaju harus akan menambahkan

tenaga kinetik ungai tersebut menghakis tebing-tebing dan pelebaran tebing akan berlaku dan

seterusnya tebing-tebing sungai akan runtuh.

(c) Jelaskan langkah-langkah pengawalan hakisan. (10markah)

Langkah perundangan

Meliputi langkah penguatkusaan undang-undang pemantauan dan pelaksnaan hukuman

seperti denda, membatalkan lesan, penjara terhadap pihak melanggar peraturan pengunan

tanah pengunaan tanah.

Langkah pengurusan

Langkah agronomi – menanam tumbuh tumbuhan pelindung terhadap permukaan cerun

digoldolkan manusia. Menanam tanaman tutup bumi-bersifat sementara tujuan untuk

memuihara tanih dan mengawal hakisan. Melaksanaan keadah tanaman berteras- tujuanya

untuk memperlahankan pergerakan larian air permukaan. Membina sungupan-yang bersifat

sementara dan sungkupan dibuat dengan sisa-sisa tanaman atau sungkupan plastik.

Langkah pendidikan

Kempen kesedaraan dan pendidikan alam sekitar yang boleh dilaksanakan menerusi pelbagai

media elektronik dan projek kemasyarakatan.

Soalan 4

(a) Apakah dimaksudkan dengan pengangkutan sungai. ( 3markah)

Proses pemindahan yang membawa bahan-bahan yang ada di dalam alur sungai atau muatan

sungai akan dipindahkan dari hulu ke hilirnya serentak dengan aliran sungai tersebut.

(b) Nyatakan cara-cara pengangkutan sungai. (4markah)

Golekan, seratan, saltasi, ampaian dan larutan

Page 41: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

(c) Jelaskan mekanisma pengangkutan sungai. (8markah)

Proses pengankutan memindahkan bahan-bahan sepertibatu tongkal, kerikil, pasir,

tanah,bahan-bahan ampaian seperti daun-daun pokok-pokok ataubahan kimia hasil buangan

manusia yang ada di dalam alir sungai atau muatan sungai dari hulu ke hilir serentak dengan

aliran. Proses dipengaruhi oleh tenaga kinetik arus sungai. Sungai memperolehi beban

daripada hakisan di bahagian tebing dan dasar alur sungai tetapi bahan-bahan yang diangkut

oleh air sungai yang daripada luluhawa cerun, hakisan larian air permukaan dan gerakkan

jisim yang berlaku di bahagian cerun atau sungai.

Mengangkut bahan-bahan loeh air sungai dengan melerusi dengan cara bolehkan saltasi,

ampaian dan larutan bergantung kepada jenis dan sifat bahan-bahan tersebut.Bagi beban

sedikit demi sedikit di dasar alur sungai. Bagi beban yang ringan yang mempunyai daya

apungan seperti daun yang diangkur dalam ampaian.Bahan-bahan yang bersifat kimia terlarut

akan dibawa oleh air sungai dalam bentuk larutan. Halaju arus sungai adalah sama seperti

halaju bahan larutan yang dibawa itu.

(d) Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi pengangkutan. (10markah)

Gradian (kecerunan)dasar alur sungai yang curam membolehkan air sungai mengalir dasar

dan meninggikan kadar hakisan iaitu hakisan lelasan dan lagaan yang berlaku dengan pesat

jika halaju arus sungai adalah tinggi.

Isi padu air sungai mempengaruhi keberkesanan proses larutan dan hidrolik kerana semakin

banyak air sungai semakin tinggi tenaga potensi dan kelarutan air sungai.

Kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh air sungai dengan keras-lembut batuan tebing

dan dasar alur sngai.Proses perlanggaran dan geselan mempengaruhinya bahan yang dibawa

bersifat keras berbanding dengan batuan tebing dan dasar alur sungai maka batuan tebing dan

dasar sungai mengalami pengausan melalui proses geselan

Geometri boleh dilihat daripada dua sudut iaitu alur yang lurus dan alur yang berliku. Bentuk

alur yang lurus mengalami kadar hakisan kerana taburan tenaga bagi geometri alur adalah

sama dan seimbang. Iaitu kiri atau kanan adalah mengalami hakisan pada kadar yang sama.

Page 42: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Ciri-ciri geologi dasar dan tebing alur dibentuk oleh geologi yang lembut seperti batu kapur

mudah mengalami hakisan melalui proses larutan mempunyai struktur , tekstur dan ikatan

mineral yang longgar.

Soalan 5

a) Nyatakan bentuk-bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai. (4markah)

Dataran banjir tetambak, tasik ladam dan liku terpenggal.

(b) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi jumlah pemendapan

Keberkesanan kegiatan geomorfologi , halaju air sungai, kecerunan dasar alur, kewujudan

halangan

(c) Huraikan faktor-fartor yang mempengaruhi proses pengamngkutan di dalam alur

sungai. (10markah).

Bentuk dan saiz beban kerana memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk

diangkut.Bentuk beban tersebut apabila ia berada di dalam air ia larut terapung atau tertinggal

pepejat. Saiz beban merujuk kepada jisim dan ketumpatan yang mempengaruhi besar atau

kecil beban berkenaan.

Beban ampaian terdiri daripada kumin-kumin yang lebih halus dan ringan serta mempunyai

daya graviti yang rendah berbanding dengan air. Mempunyai ketumpatan yang rendah

berbanding dengan ketumpatan air sungai. Oleh itu, beban ini boleh terhapung di permukaan

air sungai seperti sampah sarap dan daun -daun kayu-kayu yang gugur di dalam air sungai.

Perbezaan halaju arus sungai menentukan cara jenis sungai diangkut. Halaju yang

diperlukan untuk mengangkut beban dasar secara golekkandan beban ampaian secara

apungan adalah lebih besar berbanding dengan laju yang diperlukan untuk mengangkut beban

pasir bersaiz sederhana secara saltasi.

Proses pengangkutan dipengaruhi oleh jenis aliran sungai yang terbahagi kepada dua jenis

iaitu aliran laminar yang merupakan aliran yang berlembut, berlapis-lapis mengalir di

bahagian alur yang lurus dan mempunyai halaju yang rendah. Aliran turbulens pula berbentuk

Page 43: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

oleh aliran yang deras,berpusar yang wujud pada musim banjir atau hujan lebat dan berhalaju

tinggi berpusar mengangkut semua jenis beban.

Soalan 6

(a) Nyatakan faktor yang mempengaruhi pemendapan . (5markah)

Isi padu air, halaju air, bentuk alur , jenis batuan ,bahan muatan sungai dan halangan.

(b) Huraikan kesan aktiviti pembangunan ke atas pinggir pantai. (10markah)

Peningkatan kadar hakisan pinggir pantai

Kegiatan manusia membangunkan tanpa melaksanakan proses pemeliharaan dan

pemuliharaan yang sistematik menyebabkan keseimbangan proses geomorfologi tergugat.

Pantai semakin terhakis dan sempit.

Kepesatan pembangunan pelancongan. Mendedahkan zon pinggir pantai kepada agen-agen

geomorfologi secara berterusan.

Pemusnahan hutan bakau.Hutan bakau berfungsi sebagai zon penampan yang berkesan untuk

menahan segala bentu hakisan disebabkan oleh pergerakan air, ombak. Jika hutan bakau

dimusnahkan maka fungsi ini tidak dikembalikan.

Tahap kesimbangan zon pinggir pantai tergugat melalui aktiviti manusia seperti aktiviti

pergorekan pasir.ntuk mengimbangkan agen-agen seperti ombak akan bertindak menghakis

mengaut pasi dan mengankut pasir –pasir untuk metimbunkan kembali di bahagian muara

sungai. Akhirnya garis pantai akan terhakisdan semakin mengundur daratan.

(c) Jelaskan langkah-langkah mengatasi bagi megurangkan kadar hakisan di zon

pinggir pantai. (10 markah)

Pembangunan lestari satu idea pembangunan yang dilaksanakan bagi tujuan mengekalkan

keadaan asal sesuatu sumber dibawah sesebuah kawasan agar dapat nenikmati oleh genarasi

akan datang. Aktiviti pembangunana harus mengunakkan usaha pemuliharaan dan

pemeliharaan.

Page 44: Koleksi Soalan contoh Geografi Fizikal Tema Sistem Geomorfologi

Langkah perundangan yang melibatkan pelaksanaan akta-akta seperti Akta Perhutanan

Negara 1984. Melalui undang-undang hutan bakau,tumbuhan hutan pantai

Kaedah kawalan Amalan pengurusan sumber yang cekap seperti menguruskan secara

sistem memilih ini akan menyebabkan tumbesaran

Menggunakan kaedah kawalan hakisan pantai iaitu kaedah penyuburan pantai dan kaedah

kawalan struktur.kaedah penyuburan pantai melibatkan usaha-usaha penanaman tumbuhan

seperti pokok-pokok rhu. Kaedah kawalan struktur melibatkan aspek kejuruteraan pantai

seperti pembinaan benteng seperti groin. Groin ialah strktur yang pendak dibuat daripada

konkrit atau atu yang dibina menganjur ke laut dalam keadaan sudut tepat dengan garis pantai

dan tujuan membinany ialah memerangkap enapan pasir yang dibawah oleh ombak dan arus

persisiran air

Langkah pengurusan yang seperti kempen kesedaran, program usaha sama, pendidikan alam

sekitar melalui media eletronik.