soalan pjpk-akhir tahun tingkatan 1

Upload: nana-nini

Post on 06-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Soalan PJPK-Akhir Tahun Tingkatan 1

    1/6

    1

    Bahagian A : Pilih jawapan yang tepat bagi soalan-soalan yang berikut.

    1. Antara yang berikut, manakah tidak berkaitan dengan daya tahankardiovaskular?

    A Skiping C Tekan tubiB Berlari D Senamrobik

    2. Apakah yang dimaksudkan dengandaya tahan otot?

    A. Kemampuan otot melakukanaktiviti berulang kali atau dalamjangka masa yang lama.

    B. Kemampuan otot melakukan

    aktiviti untuk mengatasirintangan dengan menggunakandaya yang maksimum.

    C. Keupayaan otot, sendi, tendondan ligamen membenarkananggota badan bergerak pada julat pergerakan yangmaksimum.

    D. Kemampuan jantung, sistemsalur darah dan system pernafasan membekalkan

    oksigen kepada otot secaraberterusan.

    3. Antara aktiviti berikut, manakahbertujuan untuk membina daya tahanotot di bahagian kaki?

    A. Tekan tubiB. Bangkit tubiC. Angkat tumitD. Dekam lunjur

    4. Antara pernyataan berikut, manakahbukan faedah latihan kekuatan otot?

    A. Membentuk postur yang baik.B. Mencegah otot menjadi

    hipertopi.

    C. Mengurangkan risiko mendapatkecederaan.

    D. Menguatkan tulang dan

    mengurangkan risikoosteoporosis.

    5. Rajah 1 menunjukkan teknikmelakukan suatu aktiviti bagi pelajarlelaki.

    Rajah 1Aktiviti ini dapat membina kekuatanotot di bahagian______________.A. Kaki dan tanganB. Tangan dan bahu

    C. Tangan, bahu dan dadaD. Abdomen, tangan dan kaki

    6. Antara aktiviti yang berikut,manakah boleh membina kekuatanotot di bahagian abdomen?A Tekan tubiB Bangkit tubiC Angkat tumitD Berjalan pantas

    7. Antara otot-otot yang berikut,manakah tidak terlibat semasamelakukan lari pecut?A Otot di bahagian kakiB Otot di bahagian bahuC Otot di bahagian abdomenD Otot di bahagian punggung

  • 8/3/2019 Soalan PJPK-Akhir Tahun Tingkatan 1

    2/6

    1

    8. Tendangan bola boleh dilakukandengan menggunakan bahagianbadan yang berikut, kecuali

    A Paha

    B Kekura kakiC Bahagian dalam kakiD Bahagian dalam kekura kaki

    9. Berapakah orang pengadil akanmengadili dalam sesuatu perlawananbola sepak?A. Seorang pengadil dan dibantu

    oleh seorang penjaga garisan.B. Seorang pengadil dan dibantu

    oleh dua orang penjaga garisan.

    C. Dua orang pengadil dan dibantuoleh dua orang penjaga garisan.D. Seorang pengadil dan dibantu

    oleh empat orang penjagagarisan.

    10. Berikut ialah kemahiran dalampermainan bola jarring, kecuali?A Gerak kakiB MenendangC Menerima bolaD Melakukan hantaran

    11. Antara huruf pengenalan mengikut peranan dan posisi pemain yangberikut, manakah tidak betul?

    Hurufpengenalan

    Peranan danposisi pemain

    A C Pemain tengahB WA Penyerang

    sayap

    C GK PengadangD GS Penjaring gol

    12.

    Fasa yang manakah dinyatakan diatas?

    A Fasa pecutanB Fasa berlepasC Fasa penamatD Fasa permulaan

    13. Apakah kesan daripada malnutrisi?I. Boleh menyebabkan

    kematian.

    II. Merencatkan prosestumbesaran.III. Mengakibatkan penyakit

    yang serius.IV. Lebih menumpukan perhatian

    terhadap pelajaran.

    A. I, II dan III sahajaB. I, II dan IV sahajaC. I, III dan IV sahajaD. II, III dan IV sahaja

    14. Apakah punca penyakit skurvi?A. Kekurangan asid askorbikB. Kekurangan kalsium dan fosfatC. Kekurangan karbohidrat dan

    kaloriD. Kekurangan protein dan garam

    mineral

    Fasa ini bermula selepas 40meter pelari berlepas dari blokpermulaan.

  • 8/3/2019 Soalan PJPK-Akhir Tahun Tingkatan 1

    3/6

    1

    15. Anak Puan Anita telah lari darorumah. Antara yang berikut,manakah merupakan cara untukmengatasi masalah ini?

    I. Menghantar anak ke balai polis.II. Perbincangan antara ibu bapadan anak.

    III. Berbincang dengan kaunseling,keluarga, guru dan saudara-mara.

    IV. Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara ibu bapa dananak.

    A. I, II dan III sahajaB. I, II dan IV sahaja

    C. I, III dan IV sahajaD. II, III dan IV sahaja

    16. Apakah kumpulan makanan yangterdapat dalam piramid makanan aras2?

    A. Kumpulan susu dan hasil tenusu.B. Kumpulan minyak, lemak dan

    gula.C. Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan

    ubi.D. Kumpulan sayur-sayuran dan

    buah-buahan.17.

    Rajah 2

    Apakah fungsi kumpulan makananyang ditunjukkan di atas?A Membekalkan tenagaB Membantu pembinaan tulang

    C Membina otot dan tubuh yangsihatD Meningkatkan sistem pertahanan

    badan.

    18. Kumpulan makanan yang manakahberfungsi untuk membina tulang dangigi yang kuat?A. Kumpulan susu dan hasil tenusu.B. Kumpulan minyak, lemak dan

    gula.C. Kumpulan bijirin, hasil bijirin

    dan ubi.D. Kumpulan daging, ayam, telur,

    ikan dan kekacang.

    19. Antara yang berikut, manakahmungkin menyebabkan seseorang itumengalami stres?

    I. Konflik II. Badan yang nyaman

    III. Persekitaran yang tidak selesaIV. Pergaduhan dengan rakan

    sebaya

    A. I, II dan III sahajaB. I, III dan IV sahajaC. II, III dan IV sahajaD. I, II, III dan IV

    20. Apakah kesan negatif yang berpuncadaripada amalan merokok?

    I. DiabetesII. Barah paru-paru

    III. Penyakit jantungIV. Penyakit saluran pernafasan

    A. I, II dan III sahajaB. I, III dan IV sahajaC. II, III dan IV sahajaD. I, II, III dan IV

  • 8/3/2019 Soalan PJPK-Akhir Tahun Tingkatan 1

    4/6

    1

    Bahagian B1.Padankan pernyataan di bawah dengan aktiviti membina daya kekuatan otot yang sesuai.

    2. Nyatakan fasa-fasa dalam lari pecut mengikut rajah yang diberi.

    3. Tandakan () untuk pernyataan yang betul dan () untuk pernyataan yang salah.

    1. Merokok dan berpeleseran merupakan rekreasi pasif.

    2. Rekreasi aktif ialah aktiviti yang melibatkan diri secara aktif seperti berkhemah,

    3. Perkhemahan hanya boleh diadakan di hutan lipur dan kawasan pergunungan.

    4. Aktiviti perkhemahan dapat meningkatkan kemahiran bersosial pelajar denganorang lain.

    5. Berkhemah dapat melatih sikap berdikari dan membentuk konsep kendiri yangpositif.

    6. Khemah boleh dikelaskan mengikut saiz dan bentuk khemah.4. Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul.

    Membina kekuatan otot di bahagian kaki.

    Membina kekuatan otot di bahagian tangan, bahu dandada.

    Membina kekuatan otot di bahagian tangan dan bahu.

    Membina kekuatan otot di bahagian abdomen.

    Tekan tubi

    Mendagu

    Bangkit tubi

    Naik turunbangku

  • 8/3/2019 Soalan PJPK-Akhir Tahun Tingkatan 1

    5/6

    1

    1. Kesihatan diri yang baik berkait rapat dengan pengambilan makanan yang

    __________________ dan mencukupi untuk _____________________ tubuh badan.

    2. Pengambilan ______________________ adalah penting untuk memastikan seseorangmendapat bekalan tenaga yang cukup.

    3. Kekurangan protein, karbohidrat, vitamin, garam mineral adalah punca penyakit

    _____________.

    4. Kesan daripada penyakit kwashiorkor ialah perkembangan _________________ terencat.

    5. Punca penyakit marasmus ialah kekurangan ___________________ dan

    ______________ dalam diet.6. Kemampuan bergerak pada malam akan dihadkan jika seseorang mempunyai masalah

    __________________.

    5. Padankan jenis penyakit dengan gejala yang betul.

    6.Gariskan jawapan yang betul.

    seimbang rabun malam beri-beri keperluan

    kwashiorkor sarapan pagi skurvi asid folik

    vitamin B-12 mental kalori

    protein osteomalasia

    Kwashiorkor

    Marasmus

    Beri-beri

    Anemia

    Skurvi

    Rabun malam

    Sukar melihat dalam gelap atau pada waktu malam.

    PENYAKIT GEJALA

    Cirit-birit, dehidrasi serta rambut dan kulit menjadi kering.

    Keletihan, anemia, gingivitis dan pendarahan pada lapisan kulit.

    Keletihan, pucat, kebas di bahagian kaki dan tangan serta tiadaselera makan.

    Kaki dan tangan mengecil serta perut buncit.

    Keletihan, hilang selera makan, rasa tidak selesa dan rasa sakitdi baha ian abdomen.

  • 8/3/2019 Soalan PJPK-Akhir Tahun Tingkatan 1

    6/6

    1

    1. Terdapat ( empat / lima ) aras dalam piramid makanan.

    2. Pengambilan makanan hendaklah berasaskan kepada ( piramid / jumlah ) makanan.

    3. Dalam piramid makanan, ( aras satu / aras dua ) terdiri daripada bahan bijirin, hasil bijirin

    dan ubi-ubian.4. Bagi aras dua piramid makanan, ia terdiri daripada ( lemak, minyak dan gula / buah-

    buahan dan sayur-sayuran).

    5. Dalam piramid makanan, lemak, minyak dan gula dikategorikan dalam aras ( ketiga /keempat ) dalam piramid makanan.

    6. Susu dan hasil tenusu dikelaskan dalam aras ( dua / tiga ) dalam piramid makanan.

    7.Gariskan jawapan yang betul.

    1. ( Konflik / Kecewa ) timbul apabila seseorang terpaksa berhadapan dengan masalah sukarmembuat pilihan.

    2. Perceraian ibu bapa menyebabkan anak sukar membuat ( pilihan / kiraan ) untuk tinggalbersama siapa.

    3. Perbezaan nilai dan budaya menyebabkan seseorang ( sukar / senang ) memilih nilai yangbaik untuk diamalkan.

    4. Stres mungkin berpunca daripada ( pergaduhan / perbualan ) dengan rakan sebaya.

    5. ( Kegagalan / Kejayaan ) mengawal konflik dan stres dengan berkesan boleh menbawakesan negatif.

    6. Penyalahgunaan bahan boleh menyebabkan seseorang hilang ( pertimbangan / suara ).

    7. Menyalahgunakan bahan bermaksud menggunakan bahan yang boleh menjadikan( ketagih / kesukaan ) secara berlebihan.

    8. Ubat dan dadah ialah bahan ( kimia / semulajadi ) yang dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mineral.