soalan perbincangan 1

2
SOALAN PERBINCANGAN : Jelaskan perbezaan antara pengujian,pengukuran,penilaian dan pentaksiran. JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN Pengujian bolehlah dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrument bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar atau individu. Menurut Cronbach(1970). Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Pengukuran didefinisikan sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik(melalui angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu atau proses menentukan sejauhmana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Kita menggunakan sesuatu pengukuran berbentuk angka, misalnya peratus ujian sains adalah untuk menggambarkan prestasi pelajar dalam subjek tersebut. Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses mendapatkan maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan tentang pelajar, kurikulum, program atau dasar. Pentaksiran ialah aktiviti pelengkap dalam sesuatu pengajaran. Ianya dilaksanakan secara formal atau tidak formal semasa pengajaran berjalan sama ada secara sedar atau tidak. Aktiviti pentaksiran bergerak seiring dengan aktiviti pengajaran serta mempunyai tujuan dan peranan yang tertentu seperti untuk tujuan formatif, sumatif, diagnostik atau penerokaan. Mentaksir kebolehan pelajar secara ujian merupakan satu kemestian dalam pengajaran. Ujian yang dilaksanakan terdiri dari pelbagai bentuk iaitu objektif dan subjektif. Menurut Stufflebeam(1971), penilaian sebagai proses menerangkan sesuatu secara terperinci melalui mencari dan memberi maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan. Menurut Gay(1985), penilaian

Upload: mohd-nizam-omar

Post on 04-Dec-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sce3111

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN PERBINCANGAN 1

SOALAN PERBINCANGAN : Jelaskan perbezaan antara pengujian,pengukuran,penilaian dan pentaksiran.

JAWAPAN SOALAN PERBINCANGAN

Pengujian bolehlah dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrument bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar atau individu. Menurut Cronbach(1970). Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.

Pengukuran didefinisikan sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik(melalui angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu atau proses menentukan sejauhmana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Kita menggunakan sesuatu pengukuran berbentuk angka, misalnya peratus ujian sains adalah untuk menggambarkan prestasi pelajar dalam subjek tersebut.

Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses mendapatkan maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan tentang pelajar, kurikulum, program atau dasar. Pentaksiran ialah aktiviti pelengkap dalam sesuatu pengajaran. Ianya dilaksanakan secara formal atau tidak formal semasa pengajaran berjalan sama ada secara sedar atau tidak. Aktiviti pentaksiran bergerak seiring dengan aktiviti pengajaran serta mempunyai tujuan dan peranan yang tertentu seperti untuk tujuan formatif, sumatif, diagnostik atau penerokaan. Mentaksir kebolehan pelajar secara ujian merupakan satu kemestian dalam pengajaran. Ujian yang dilaksanakan terdiri dari pelbagai bentuk iaitu objektif dan subjektif.

Menurut Stufflebeam(1971), penilaian sebagai proses menerangkan sesuatu secara terperinci melalui mencari dan memberi maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan. Menurut Gay(1985), penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil sesuatu program pengajian. Selain data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat melalui data berbentuk kualitatif misalnya melalui pemerhatian atau temubual.Secara ringkasnya penilaian merangkumi tiga proses utama iaitu, mengukur, menganalisis ukuran dan menginterpretasikan ukuran.