soalan lepas hbml4303 dan jawapan koleksi tutor cik azah

10
Soalan lepas HBML4303 dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah TOPIK 1 PENGENALAN KONSEP 5P 1. Konsep 5P JULAI 2012 dan Mei 2012 Senaraikan EMPAT daripada keseluruhan elemen yang terkandung dalam konsep 5P. Elemen-elemen dalam Konsep 5P yang merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di peringkat sekolah-sekolah. Melalui Konsep 5P, bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu. Elemen-elemen dalam Konsep 5P yang mesti dijalankan secara bersepadu dan tidak secara berasingan terdiri daripada: a)Penggabungjalinan, b)Penyerapan, c)Penilaian, d)Program pengayaan, dan e)Pemulihan. 2. Penggabungjalinan Mei 2009 dan Mei 2011 Anda telah didedahkan dgn pktaan pgbungjalinan. Jelaskan apakah definisi pengbjalinan mengikut kefahaman anda. Penggabgjalinan adalah adaah satu proses p&p yg mencadangkan agar bidang2 kemahiran yang baerkait rapat /bahan2 yg baik tidak diajar secara berasingan tetapi digabungkan dlm satu pengajaran. Mei 2011 dan April 2013 Tujuan penggabungjalinan mengikut pendapat Juriah Long ialah 1. Kem berbahasa dapat dikuasai secara serentak 2. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan 3. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi 4. Dapat melibatkan ramai murid Mei 2009 dan Mei 2011 dan April 2013 Nyatakan Empat prinsip utama penggbungjalinan. (Juriah long,1992:23) Empat prinsip utama pgbgjalinan adalah : i. Mudah ubah serta bergantung kpd mlamt & objektif PdP yg hdk dicapai. ii. Guru mesti mengetahui apa dan berapa kemahiran yg hdk digbungjlnkan. iii. Guru hdklah merancang kemahiran focus dan sampingan dgn baik iv. Pgbngjlinan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar. Mei 2009 dan Dis 2012 Anda telah didedahkan dgn ketiga2 btk pgbjalinan.Secara ringkas,nyatakan 3 btk pgbgjlinan dlm strategi pgbgjlinan tersebut. 1. Penggabungjalinan kemahiran - lisan,bacaan,menulis: mp BM gabungan kemahiran lisan(bertutur dan mdengar),bacaan dan tulisan 2. Penggabungjalinan bahan - tumpuan kpd bahan2/tema p&p blh tdiri drpd bahan utama/bahan sokongan.Bahan yg dipilih sesuai dgn keperluan,pengalaman dan thp pencapaian.cth : rencana gambar ucapan ® ® laporan data ulasan ® ® 3. Penggabungjalinan aktiviti - dua/lbh akt. Mengikut keperluan dan kesesuaian.cth : ceramah mencatat isi ® Bercerita berbincang menulis ulasan ® ® Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan ® ® ® Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, guru perlu mengajar kemahiran mendengar dan bertutur, iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca

Upload: shuhaime-ishak

Post on 12-Jan-2016

81 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

HBML4303

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

Soalan lepas HBML4303 dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

TOPIK 1 – PENGENALAN KONSEP 5P

1.      Konsep 5P

JULAI 2012 dan Mei 2012

Senaraikan EMPAT daripada keseluruhan elemen yang terkandung dalam konsep 5P.Elemen-elemen dalam Konsep 5P yang merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di peringkat sekolah-sekolah. Melalui Konsep 5P, bidang-bidang kemahiran atau bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu.  Elemen-elemen dalam Konsep 5P yang mesti dijalankan secara bersepadu dan tidak secara berasingan terdiri daripada: a)Penggabungjalinan, b)Penyerapan, c)Penilaian, d)Program pengayaan, dan e)Pemulihan. 

2.      Penggabungjalinan

Mei 2009 dan Mei 2011

Anda telah didedahkan dgn pktaan pgbungjalinan. Jelaskan apakah definisi pengbjalinan mengikut kefahaman anda.

Penggabgjalinan adalah  adaah satu proses p&p yg mencadangkan agar bidang2 kemahiran yang baerkait rapat /bahan2 yg baik tidak diajar secara berasingan tetapi digabungkan dlm satu pengajaran.

 

Mei 2011 dan April 2013

            Tujuan penggabungjalinan mengikut pendapat Juriah Long ialah

1.      Kem berbahasa dapat dikuasai secara serentak

2.      Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan

3.      Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi

4.      Dapat melibatkan ramai murid

 

Mei 2009 dan Mei 2011 dan April 2013

Nyatakan Empat  prinsip utama penggbungjalinan. (Juriah long,1992:23) Empat prinsip utama pgbgjalinan adalah :

i.                  Mudah ubah serta bergantung kpd mlamt & objektif PdP  yg hdk dicapai.

ii.                Guru mesti mengetahui apa dan berapa kemahiran yg hdk digbungjlnkan.

iii.              Guru hdklah merancang kemahiran focus dan sampingan dgn baik

iv.               Pgbngjlinan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

           

Mei 2009 dan Dis 2012

Anda telah didedahkan dgn ketiga2 btk pgbjalinan.Secara ringkas,nyatakan 3 btk pgbgjlinan dlm strategi pgbgjlinan tersebut.

1.      Penggabungjalinan kemahiran - lisan,bacaan,menulis:  mp BM gabungan kemahiran lisan(bertutur dan mdengar),bacaan dan tulisan

2.      Penggabungjalinan bahan - tumpuan kpd bahan2/tema p&p – blh tdiri drpd bahan utama/bahan sokongan.Bahan yg dipilih sesuai dgn keperluan,pengalaman dan thp pencapaian.cth : rencana ® gambar ®ucapan

laporan®data®ulasan

3.      Penggabungjalinan aktiviti - dua/lbh akt. Mengikut keperluan dan kesesuaian.cth : ceramah ®mencatat isi

Page 2: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

Bercerita ® berbincang ®menulis ulasan

Membaca ®mengesan isi® mengulas®menulis ulasan

Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, guru perlu mengajar kemahiran mendengar dan bertutur, iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penggabungjalinan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ini ditunjukkan dalam rajah berikut. 

 

 

 

Penggabungjalinan kemahiran dalam mata pelajaran bahasa Malaysia

 

b)Penggabungjalinan AktivitiMenggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih juga boleh dilakukan mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan.

Contohnya, dalam aktiviti lisan berceramah misalnya, aktiviti penulisan, iaitu dengan mencatat isi-isi penting dapat digabungjalinkan. 

Mei 2009

Huraikan TIGA bentuk pengabungjalinan dan berikan contoh-contoh yang sesuai dalam pengajaran bahasa Melayu.

i.            Penggabungjalinan kemahiran- mendengar dan bertutur (lisan,bacaan,menulis, mendengar)

ii.          Penggabingjalinan bahan – member tumpuan kpd bahan2/tema p &p cth berita-ulasan, iklan-surat permohonan,temu duga,surat jawapan.

iii.        Penggabungjallinan aktiviti – mggabungkan sekurang2nya 2/lbh  aktiviti mengikut keperluan dan kesesuaian.merangkumi lisan,bacaan,kefahaman dan tulisan (cth ; berceramah-mencatat isi,bercerita-berbincang,menulis ulasan)

 

3.      Penyerapan

4.      Penilaian

Mei 2009

.      Nyatakan perbezaan penilaian  formatif dan sumatif.

 

Formatif Sumatif

Penaksiran yg sistematik yang dijlnkan sepanjang masa  P & P  bagi mengesan penguasaan kemahiran murid

Mengukur pencapaian thdp objektif  yg luas merangkumi semua tajuk  dan bidang yg diajar  dlm j/masa ttentu. (ujian penggal,UPSR,PMR dsb)

Dijlnkan selepas bebrapa kemahiran dlm satu topik diajar

Dijlnkan selepas mengajar beberapa topik pelajaran.

 

 

5.      Pengayaan

Dis 2012

Definisi pengayaan – sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada para pelajar mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti dan semangat kepimpinan.

Prinsip perancangan pengayaan

a)      Menggunakan daya usaha sendiri

Page 3: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

b)      Membuat kerja sendiri

c)      Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental

d)     Menggunakan kaedah dan kemudahan yang mudah ubah

e)      Melibatkan pembacaan luas

f)       Memberi peluang mengembangkan kepimpinan

 

Mei 2009

Nyatakan dengan jelas LIMA objektif program pengayaan yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran serta berikan TIGA contoh aktiviti pengayaan.

 

1.      Mgunakan kem.yg telah dikuasai dlm pelj biasa utk mpluaskan pengalaman dan pengetahuan mrk dlm pelajaran ttentu yg lain.

2.      Mlakukan kegiatan pbljran yg menarik  dan mcabar kblhan mrk

3.      Melahirkan daya cipta melalui pmikiran dan kegiatan  serta kblhan utk mnilai ssuatu hasil kerja sendiri

4.      Meninatai dan menguasai bacaan luas dgn mbuat rujukan thdp pelbg bahan dan sumber ptahuan

5.      Berminat utk belajar sendiri dan berdikari utk mblhkan mrk meneruskan  pbljran seumur hidup. 

6.      Pemulihan

 

 

 

TOPIK 2 – STRATEGI DAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.      Pengenalan

2.      Strategi

 

Mei 2009

Senaraikan empat strategi pengajaran yang digunakan  untuk pengajaran bahasa Melayu.

Strategi pengajaran : 

- mediatif

- direktif

- generatif

- kolaboratif

- koperatif

- kontekstual

 

 

Page 4: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

Sept 2011

Terangkan secara ringkas kebaikan pembelajaran konstruktivisme.

Pembelajaran Konstruktivisme tergolong dalam kemahiran bernilai tambah yang mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. 

Pembelajaran Konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan  murid lebih faham, lebih yakin, dan lebih seronok untuk belajar sepanjang hayat.

 

3.      Pendekatan

Mei 2011

Seseorang guru tidak digalakkan untuk melakukan beberapa perkara apabila menggunakan pendekatan pengajaran induktif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Berikan EMPAT daripada perkara tersebut.

Pendekatan induktif lebih terkenal sebagai pendekatan gramatikal yang mendahulukan sesuatu pengajaran dengan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan mengenainya dilakukan.Pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau discovery method yang melibatkan proses memperhatikan, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada data-data yang dipelajari.Oleh yang demikian, dalam pendekatan ini guru tidak digalakkan melakukan perkara-perkara berikut:

a)Memberi definisi, b)Menerangkan peraturan-peraturan, 

c)Menerangkan isi kandungan keseluruhan pelajaran yang hendak disampaikan, 

d)Memberitahu objektif pengajaran pada awal pengajaran.

 

Januari 2012

Senaraikan EMPAT konsep pendekatan deduktif.

Pendekatan deduktif memperlihatkan hukum-hukum atau sesuatu teori atau peraturan tertentu dan dari sini, pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisisa hukum-hukum tadi melalui contoh-contoh yang konkrit (Kamarudin Haji Husin, et al.1997:22-24). 

Konsep pendekatan deduktif secara lebih khusus dapat diperlihatkan seperti yang berikut: a)Mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum, b)Satu proses penaakulan yang tinggi seperti dalam pendekatan induktif, c)Satu produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum, 

d)Menganalisa fakta atau isi yang membentuk generalisasi, dan e)Membuat satu pencerakinan: daripada yang umum kepada yang spesifik.

 

Mei 2012

Nyatakan DUA pendekatan pengajaran bahasa Melayu yang kerap digunakan di sekolah.Pendekatan ialah proses pengendalian pengajaran secara keseluruhannya dalam bilik darjah. Pendekatan yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid agar suasana pembelajaran lebih sempurna, menarik dan berkesan.Selain pendekatan induktif dan pendekatan deduktif, guru juga boleh menggunakan: a)Pendekatan EklektikPendekatan elektif merupakan gabungan antara beberapa pendekatan yang sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan pencapaian. Pendekatan yang bersifat luwes dan mudah ubah ini terhasil daripada gabungan pendekatan induktif dan pendekatan deduktif.

b)Pendekatan KomunikatifPendekatan komunikatif berpusatkan kepada bentuk-bentuk komunikatif seperti meminta maaf, bercerita, melapor, menyampaikan maklumat dan lain-lain aktiviti berkomunikasi yang diperlukan dan berlaku dalam amalan masyarakat sehari-hari. Pendekatan ini menekankan kepada penyerapan bentuk-bentuk gramatikal, iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan sebagainya bagi tujuan berkomunikasi.

Mei 2012

Terangkan DUA langkah yang perlu dilaksanakan guru ketika melaksanakan pendekatan induktif dalam pengajaran bahasa Melayu. Pendekatan induktif lebih terkenal sebagai pendekatan gramatikal yang mendahulukan sesuatu pengajaran dengan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari terlebih dahulu sebelum sesuatu kesimpulan mengenainya dilakukan. Pendekatan ini menggunakan kaedah pencarian atau discovery method yang melibatkan proses memperhatikan, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek bahasa itu pada awal pembelajaran dan kemudian dikaitkan dengan satu kesimpulan umum daripada data-

Page 5: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

data yang dipelajari.Prosedur pendekatan induktif melibatkan langkah-langkah yang telah dirancang untuk satu pengajaran yang berkesan. Secara kasar, dua prosedur pengajaran itu adalah seperti yang berikut: 1. Peringkat pendedahana)Pada peringkat ini, guru akan mendedahkan unsur-unsur bahasa yang hendak disampaikan kepada pelajar-pelajar secara tidak langsung,b)Guru menggunakan contoh yang melibatkan unsur-unsur bahasa,c)Peringkat pendedahan dilakukan pada peringkat set induksi, iaitu bahagian permulaan pengajaran,

d)Guru menggunakan teknik perbualan atau bersoal jawab bagi memulakan pengajaran tersebut. Pada peringkat ini, seboleh-bolehnya guru: jangan menerangkan objektif; jangan menerangkan peraturan, konsep-konsep, tajuk, idea keseluruhan; dan sebagainya pada permulaan pengajaran, e)Kaitkan dengan pengetahuan sedia ada (PSA). 

2. Peringkat pembentukan konsepa)Pembentukan konsep melalui contoh-contoh yang dikemukakan, b)Mendengar ayat yang dibina oleh murid, c)Mendengar ayat yang dibina oleh guru, d)Lakukan beberapa usaha untuk pelajar menguasai pelajaran, dan e)Guru memandu pelajar langkah demi langkah sehingga kesimpulan diperoleh.

 

4.      Pembelajaran Masteri

5.      Belajar Cara Belajar

 

 TOPIK 3 – KAEDAH TEKNIK PENGAJARAN DAN KEPELBAGAIAN SUMBER

1.        Pengenalan

2.        Kaedah Pengajaran Bahasa

Sept 2011

Kaedah pengajaran yang sesuai digunakan untuk pengajaran bahasa Malaysia ialah kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik dan kaedah audiolingual.

 

Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan konsep kaedah pengajaran.

Kaedah pengajaran merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

 

3.        Teknik

Mei 2011

Terangkan dengan ringkas tentang teknik penyelesaian masalah yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Teknik penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka teki, teka silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan.

Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah yang dikemukakan, mengingati semula pengalaman lalu yang berkaitan, memilih strategi yang sesuai dan menggunakan kemahiran mereka untuk menjalankan aktiviti penyelesaian (Juriah Long, et al. 1992:41)

Untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik penyelesaian masalah dengan berkesan, guru harus memahami dan mematuhi lima prinsip, iaitu:

a)      sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-murid memperoleh ilmu pengetahuan atau menguasai kemahiran yang berkaitan, 

b)      soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kebolehan dan pengetahuan lepas murid-murid serta sesuai dengan pengalaman mereka, 

c)      sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru perlu membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti

Page 6: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

masalah itu, 

d)     guru perlu berbincang dengan murid tentang pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah, dan 

e)      guru perlu mengelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk menyelesaikan masalah. 

 

Januari 2012

Berikan EMPAT ciri teknik sumbang saran.Teknik sumbang saran juga dikenali sebagai teknik percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Teknik ini mempunyai ciri-ciri tertentu, antaranya:a)Topik perbincangan perlulah sesuai dengan kebolehan dan minat murid,b)Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.c)Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan secara umum.d)Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.

 

Mei 2012

Tunjukkan SATU perbezaan fungsi antara kaedah dan teknik dalam pengajaran bahasa Melayu.Kaedah ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi, berkesinambungan, dan dituruti dengan saksama dapat memastikan pencapaian sesuatu objektif pengajaran. Kaedah nahu terjemahan, dan kaedah bacaan ialah antara contoh kaedah pengajaran dalam proses pengajaran bahasa Melayu.Manakala teknik pula adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah dan digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Contoh teknik pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu ialah teknik bersoal jawab, dan teknik main peranan.

 

Mei 2009

.      Teknik hafazan atau teknik latih tubi informan dibahgikan kepada 2 bahagian dalam nisbah 1:2.   Jelaskan tentang pembahagian tersebut.

Pengajaran dibahgikan kpd dua bahagian iaitu demonstrasi dan latih tubi. Nisbah 1 adalah demonstrasi dan  2 bhg latih tubi.

 

4.    Teknik Pengajaran Bahasa dan Penggunaan Bahan Elektronik

Mei 2009

Terangkan apakah yang dikatakan kaedah audiolingual.

Merupakan gabungan dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar(audio) dan bertutur (lingual).

 

.       Huraikan TIGA kegunaan internet untuk kegunaan pendidikan serta DUA untuk kegunaan am. (10 markah)

Internet adalah “internetwork” yg berfungsi sbg jaringan perantaraan – system komunikasi yg mblhkan  p’guna komputer berkomunikasi  secara global  dgn pguna2 lain.

Kegunaan internet :

 

 

Kegunaan am  

Urusan maklumat pdidikan ,penyelidikan,pembelajaran interaktif

Carian dan penerimaan maklumat

Menerbit hasil kajian, berkongsi dapat penyelidikan.

Menerbit dan membekal maklumat

Mengemukakan soalan, menjawab soal selidik Menulis dan menjawab

Pembelajaran koperatif,penyelesaian masalah Pertukaran maklumat secara kolaboratif

Page 7: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

pendidikan secara k/sama

 

 

5.    Pemilihan dan Kesesuaian Bahan

Mei 2009

Jelaskan LIMA ciri ukuran dalam pemilihan dan kesesuaian bahan bantu mengajar untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu memilih bhn2 yg sesuai digunakan bdasarkan jantina,peringkat umur,bidang,pencapaian serta budaya murid2nya (Faridah A. Manff,a990:30-31).

i.                    Jantina – sesuaikan menngikut jantina yang mana jika murid perempuan adalah tidak sesuai jika guru menyuruh murid perempuan membaca buku ttg bolasepak /ragbi/menayangkan filem yg lasak/perang.

ii.                  Peringkat umur- mrd2 sek rendah amat berminat thdp buku atu bahan elektronik berbtk animasi manakala mrd2 sek menengah lbh gemar kpd sesuatu yg mencabar minda  mrk spt filem aksi/buku bacaan yg lbh mantap

iii.                Bidang2 atau topik2 – sesuai dgn bidang sperti pgunaan majalah/buku/bahan elektronik yg sesuai dan bertepatan dgn bidang yg hdk diajar.

iv.                Pencapaian- pemilihan  ahan haruslah sesuai dgn pencapai murid spt lemah,sedrhana dan cemerlang. Mrd lemah memrlukan bahan yang mudah difahami.mrd yng cemerlang diberi bahan yg lebih mencabar.

v.                  Budaya murid – bahn2 yg dipilih tidak menyentuh sensitiviti  sesuatu kaum.

 

 

TOPIK 4 – KBSR dan KBSM

1.      Pengenalan

2.      Organisasi Kandungan KBSR dan KBSM

Mei 2009

.  Pilih TIGA dari kemahiran berikut dan terangkan dengan lengkap ketiga-tiga kemahiran tersebut.

(i)                 kemahiran mendengar  dan bertutur

 

Kemahiran mendengar dan bertutur merujuk kepada keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada dalam perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran mendengar dan bertutur sememangnya saling berkaitan. Sebenarnya, mendengar dan bertutur merupakan elemen penting dalam proses komunikasi yang berkesan antara manusia. Dalam komunikasi yang efektif, pelajar perlu menjadi pendengar yang baik. Pelajar perlu mendengar dengan teliti dan memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan. Selepas itu, pelajar juga harus mampu mengeluarkan pendapat atau pandangan terhadap sesuatu isi pelajaran yang dipelajari

 

(ii)               kemahiran membaca

Pelajar perlu menguasai kemahiran membaca untuk memperoleh infomasi , ilmu pengetahuan dan maklumat tentang sesuatu perkara. Membaca juga merupakan satu bentuk komunikasi iaitu komunikasi antara pembaca dan penulis.Terdapat 4 tahap kemahiran membaca iaitu:

a.            skimming -Skimming merupakan satu bentuk kemahiran membaca untuk mendapat gambaran keseluruhan atau idea utama dalam sesuatu bahan atau teks bacaan 

       b. ScanningScanning atau imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi yang lebih terperinci daripada bacaan skimming.

c. Baca Laju

Page 8: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

Kemahiran bacaan laju merupakan kemahiran membaca secara cepat tetapi dalam masa yang sama memahami bahan yang dibaca. Dalam bacaan laju, tumpuan utama kepda idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan bacaan.

 d. Bacaan berat atau bacaan intensif 

  Bacaan berat atau bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan informasi secara terperinci. Bacaan intensif memerlukan fokus yang mendalam dan penelitian terhadap bahan atau teks yang dibaca.

 

 

(iii)             kemahiran menulis

 BCB tidak sahaja memerlukan pelajar itu menguasai kemahiran bertutur, mendengar dan membaca tetapi yang lebih penting ialah menguasai kemahiran menulis terutama kemahiran menulis nota dan menulis cepat.

 

3.      Pengisian Kurikulum Peringkat Rendah dan Menengah

Sept 2011

Senaraikan aspek-aspek penting yang perlu diambil kira semasa merancang sesuatu kurikulum pendidikan.Kurikulum ialah suatu perancangan yang merangkumi aktiviti akademik seperti mata pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab, persatuan, pergerakan beruniform dan permainan. 

Sesuatu kurikulum dirancang berdasarkan empat aspek, iaitu:

a)Objektif, 

b)Kandungan, 

c)Kaedah pelaksanaan, dan 

d)Penilaian.

 

Sept 2011 dan Mei 2011 dan Jan 2012

-            Nyatakan EMPAT komponen pengisian kurikulum di peringkat rendah dan menengah di Malaysia. (Sept. 2011)

-            Nyatakan EMPAT komponen pengisian kurikulum KBSR dan KBSM. (Mei 2011)

-            Tunjukkan EMPAT komponen pengisian kurikulum dalam pengajaran bahasa Melayu. (Jan. 2012)

 

Pengisian kurikulum peringkat rendah dan menengah bermaksud ciri-ciri yang menjadi acuan utama kepada pembentukan sesuatu kurikulum yang bersesuaian dengan tahap, latar belakang, budaya dan kemahiran murid-murid. Dalam konteks negara kita Malaysia, kurikulum yang dibentuk perlulah mengandungi ciri-ciri yang dapat menggambarkan budaya, nilai, pemikiran dan kepercayaan kaum-kaumnya. Kelima-lima komponen yang mendasari kurikulum di peringkat rendah dan menengah di negara kita ialah:

a.       Ilmu

b.      Kewarganegaraan, 

c.       Nilai

d.      Peraturan sosiobudaya

e.       Kemahiran bernilai tambah.

 

Page 9: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

Mei 2009

Apakah LIMA komponen yang mempengaruhi pengisian kurikulum peringkat sekolah rendah dan menengah?

Pengisian kurikulum bermaksud ciri2 yg mjadi acuan utama kpd pembtukan kurikulum yg bssuaian dgn tahap ,latar belakang,budaya dan kemahiran mrd.

Lima kompenan pengisian kurikuluim adalah :

                                i.            Ilmu  - pelbagai ilmu diserapkan dlm p&p ssuatu mata pelajaran dlm KBSR dan KBSM. Penerapan ilmu merujuk kpd proses menyatukan isi/kandungan drpd bbrapa mata pelajaran.

                              ii.            Kewarganegaraan – unsure patriotism dan kwarganegaraan yang diserapkan dlm p&p mengutamakan  pmupukan semangat cintakan dan taat akan tanah air. Bertujuan utk melahirkan wganegara yg baik dan meningkatkan komitmen individu thdp bangsa dan Negara. Merujuk kpd kehendak masyarakat thadp ind yang bakal dilahirkan drpd system pendidikan Negara kita.   

                            iii.            Nilai  - penerapan nilai murni dlm p&p btujuan malhirkan insane yg baik serta memiliki akhlak mulia : membtk generasi muda yg berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Niali2 murni bersifat global dan selaras dgn agama budaya dan norma m’kat yg berteraskan kerohanian,kmanusiaan dan kewarganegaraan.

                            iv.            Peraturan sosiobudaya-  Sistem pendidikan seolah terikat dgn peraturan serta amalan iaitu peraturan sosiobudaya yg perlu dipatuhi olh mrd2.

                              v.            Kemahiran bernilai tambah- mengutamakan pengalaman di blk darjah  sesuai dgn situasi khidupn dunia sebenar mrd2 serta senario dunia yg global.

 

Mei 2009

Terdapat LAPAN kecerdasan pelbagai. Huraikan kesemua kecerdasan tersebut.

Pelbagai kecerdasan ialah kecerdasan2 yg ada pd setiap kita yg normal & waras. Bgmanapun, tahap2 kecerdasan ini adalah berbeza2 antara seorang dgn seorang yg lain. Jika tahap2 kecerdasan yg kita ada adalah tinggi, kita bolehlah dikatakan 'hebat' atau bagus. Jenis2 kecerdasan yg disebutkan itu ialah:1. Kecerdasan linguistik2. kecerdasan kinestetik3. kecerdasan naturalis4. kecerdasan matematikal logikal5. kecerdasan visual & ruang6. kecerdasan muzikal7. kecerdasan interpersonal8. kecerdasan intrapersonal

 

Kecerdasan Visual & Ruang

Kebolehan membuat gambaran secara visual. Pelajar yg mempunyai kecerdasan ini cenderung utk berfikir secara visual & perlu membina gambaran imej utk mengekalkan maklumat. Mereka seronok melihat peta, carta, gambar, video & filem.

Kemahiran mereka termasuk: Menyelesaikan 'puzzle', membaca, menulis, memahami carta & graf, mudah mencari arah, melakar, mengecat & mewarna, membina metafora visual & analogi, memanipulasikan imej, membina, memasang & merekabentuk objek, dan mentafsir imej visual.

Kerjaya/bidang yg mgkin diminati: Pelayar, artis visual, perekacipta, arkitek, pereka dalaman, mekanik & jurutera.

 

Kecerdasan Verbal & Linguistik

Kebolehan menggunakan perkataan & bahasa. Individu yg mempunyai kecerdasan ini mempunyai kemahiran yg tinggi dlm mendengar & biasanya ahli syarahan/berucap yg baik. Mereka berfikir dlm perkataan & bukannya gambaran.

Kemahiran mereka termasuklah : Mendengar, berucap, menulis, bercerita, menerangkan, mengajar, berjenaka, memahami kesilapan & maksud perkataan, mengingati maklumat, menyakinkan orang lain melalui pandangannya, menganalisa penggunaan bahasa dsb.

Kerjaya yg mgkin diminati: Penyajak,wartawan, guru, peguam, politik, penterjemah dsb.

Kecerdasan Lojikal/ Matematikal 

Kebolehan menggunakan sebab, lojik & nombor. Individu yg mempunyai kecerdasan ini berfikir secara konseptual & corak numerikal serta membuat perkaitan antara maklumat2 yg ada. Dia sentiasa ingin tahu ttg keadaan persekitaran, banyak soalan & suka melakukan eksperimen.

Kemahiran mereka termasuk : Menyelesaikan masalah, mengelas & mengkategorikan maklumat, memahami konsep abstrak &

Page 10: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

mengaitkannya dgn konsep2 lain, mampu mengendalikan sebab musabab yg banyak/panjang utk mendptkan kemajuan, melakukan eksperimen yg terkawal, suka menyoal, ingin tahu lebih dlm ttg kejadian2 semulajadi di persekitaran, boleh menyelesaikan pengiraan matematik yg komplex dsb.

Kerjaya yg boleh diceburi : Saintis, jurtera, pengaturcara komputer, pengkaji, akauntan, ahli matematik dsb.

 

Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan mengawal pergerakan tubuh badan serta mengendalikan objek dgn baik. Individu ini boleh 'menyatakan' atau menyerlah diri melalui pergerakan. Mereka mempunyai keseimbangan serta koordinasi mata-tangan yg baik. Mereka mampu mengingati & memproses maklumat melalui interaksi dgn ruang di sekeliling.

Kemabhiran mereka termasuk : Menari, koordinasi fizikal, bersukan, ekxperimen, menggunakan bahasa isyarat, membuat kraf, berlakon, 'miming', menggunakan tangan utk mencipta atau membina, menyatakan perasaan melalui tubuh badan, dsb.

Kemungkinan kerjaya : Atlit, guru pendidikan jasmani, penari, pelakon, bomba, artis, dsb

Kebolehan menghasilkan & menghargai musik melalui bunyi, ritma & corak. Mereka dgn segera akan memberi reaksi sama ada menghargai atau mengkritik apa yg mereka dengar. Kebanyakan mereka adalah sangat sensitif terhdp bunyi2 persekitaran (spt loceng, cengkerik, titisan air dsb).

Kemahiran termasuklah - menyanyi, bersiul, bermain alat muzik, mengenali corak tone, menggubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur & ritama muzik.

Kemungkinan kerjaya spt ahli muzik, disc jockey, penyanyi, penggubah, dsb.

 

Kebolehan berhubung & memahami orang lain. Individu ini boleh melihat perkara2 melalui pandangan orang lain dlm usaha utk memahami bgmana mereka befikir & rasa. Mereka kadang2 mampu utk merasai perasaan, niat & memberikan motivasi kpd orang lain. Mereka adalah baik dlm mengorganisasi, walaupun kadang2 mereka memanipulasi orang lain. Secara umum, mereka mampu utk mengekalkan keamanan & keharmonian dlm kumpulan serta menggalakkan kerjasama. Mereka menggunakan verbal (bercakap) & bukan verbal (bahasa badan, hubungan mata) utk memulakan komunikasi dgn orang lain.

kemahiran mereka termasuk - melihat perkara dr perspektif berbeza, mendengar, menggunakan empati, memahami mood & perasaan orang lain, kaunseling, bekerjasama dlm kumpulan, bermotivasi, mampu berkomunikasi secara verbal & bukan verbal, mewujudkan kepercayaan, menyelesaikan konflik secara aman, mewujudkan perhubungan yg postitif dgn orang lain.

Kemungkinan kerjaya - kaunselor, jurujual, ahli politik, peniaga.

 

Berikan ENAM tafsiran bagi ‘kecerdasan Intrapersonal’.

Kecerdasan IntrapersonalKebolehan merefleksi diri & menyedari ttg keadaan dlm orang lain. Individu ini mampu memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dgn org lain, kekuatan & kelemahan diri.Kemahiran termasuk - mengenalpasti kekuatan & kelemahan diri, merefleksi & menganalisa diri, menyedari perasaan dalaman, keinginan & impian, menilai corak pemikiran, memahami peranan dlm perhubungan dgn orang lain, dsb.Kemungkinan kerjaya - pengkaji, ahli teori, ahli falsafah, dsb.

 

Cadangkan EMPAT jenis kerjaya yang sesuai dengan seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik.

Kerjaya yg mgkin diminati: Penyajak,wartawan, guru, peguam, politik, penterjemah dsb.

 

 

 

4.      Huraian Sukatan Pelajaran

Mei 2012

Nyatakan takrif huraian sukatan pelajaran (HSP) dan hasil pembelajaran (HP) dalam perkaedahan pengajaran bahasa Melayu.Huraian hasil pembelajaran (HSP) ialah pernyataan tentang aras kemahiran secara jelas dan perlu dicapai oleh murid-murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2 atau Aras 3. Aras 1 ialah aras paling asas yang harus dicapai oleh semua murid. Aras 2 pula ialah aras bagi murid yang berpencapaian sederhana, manakala Aras 3 ialah aras paling tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang (Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 1 Bahasa Melayu, 2003:12) .Manakala hasil pembelajaran (HP) pula ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum sesuatu mata pelajaran bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 1 Bahasa Melayu, 2003:4).

Page 11: Soalan Lepas HBML4303 Dan Jawapan Koleksi Tutor Cik Azah

 

Mei 2009

Bagaimanakah hasil pembelajaran membantu guru ketika merancang pengajaran dan pembelajaran? Berikan LIMA fakta.

Hasil pembelajaran membantu guru memilih kandungan,kaedah,sumber dan prosedur pembelajaran serta memberi  petunjuk ttg kem yg perlu dikuasai olh mrd2, membantu guru menjlnkan pengukuran dan penilaian pencapaian mrd. Hasil pbelajrn ini dpt dicapai dgn mgbungjalinkan kem bahasa,system bahasa dan pengisisn kurikulum.

 

 

5.      Kesesuaian Kandungan Sukatan Pelajaran dengan Tahap Pelajar