soalan kbat kimia (objektif)

15
Arahan: Sila jawab kesemua soalan yang diberikan. Sila gunakan pensil untuk melengkapkan ujian ini. Sila hitamkan jawapan terbaik pilihan anda dan tandakan di dalam kertas objektif OMR yang disediakan. 1.Seorang saintis kimia ingin melihat proses resapan CuSO 4 di dalam air. Beliau memikirkan apakah pembolehubah yang boleh dikaitkan untuk mempercepat proses resapan? A) suhu air yang tinggi mempercepat proses resapan. B) suhu CUSO 4 yang rendah mempercepat proses resapan. C) suhu air yang rendah mempercepat proses resapan. D) semua jawapan di atas. 2. Darwisy sedang bermain dengan garam natrium klorida yang bewarna putih. Beliau cuba melihat keterlarutan garam natrium klorida di dalam air. Malangnya terdapat dua jenis bentuk garam halus dan ketulan.Apakah hipotesis yang boleh beliau buat berdasarkan jangka masa keterlarutan saiz garam natrium klorida di dalam air? A) semakin banyak garam natrium klorida, semakin cepat garam larut. B) semakin kecil saiz garam natrium klorida semakin cepat garam itu larut. C) semakin besar saiz garam natrium klorida semakin cepat garam itu larut. D) semua jawapan di atas 3. Dzakir tertarik dengan larutan berwarna biru di dalam kelalang volumetrik yang terdapat di dalam makmal. Beliau teruja kerana CuSO 4 menunjukkan warna biru apabila dilarutkan di dalam air suling. Terdapat dua jenis larutan yang terhasil iaitu biru gelap dan biru pudar yang mengandungi isipadu larutan yang sama. Beliau cuba mengkaji apakah pembolehubah yang mempengaruhi warna larutan biru tersebut? 1

Upload: cikgu-ummi

Post on 13-Apr-2017

1.981 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

Arahan:

Sila jawab kesemua soalan yang diberikan. Sila gunakan pensil untuk melengkapkan ujian ini. Sila hitamkan jawapan terbaik pilihan anda dan tandakan di dalam kertas objektif OMR yang disediakan.

1.Seorang saintis kimia ingin melihat proses resapan CuSO4 di dalam air. Beliau memikirkan apakah pembolehubah yang boleh dikaitkan untuk mempercepat proses resapan?

A) suhu air yang tinggi mempercepat proses resapan.

B) suhu CUSO4 yang rendah mempercepat proses resapan.

C) suhu air yang rendah mempercepat proses resapan.

D) semua jawapan di atas.

2. Darwisy sedang bermain dengan garam natrium klorida yang bewarna putih. Beliau cuba melihat keterlarutan garam natrium klorida di dalam air. Malangnya terdapat dua jenis bentuk garam halus dan ketulan.Apakah hipotesis yang boleh beliau buat berdasarkan jangka masa keterlarutan saiz garam natrium klorida di dalam air?

A) semakin banyak garam natrium klorida, semakin cepat garam larut.

B) semakin kecil saiz garam natrium klorida semakin cepat garam itu larut.

C) semakin besar saiz garam natrium klorida semakin cepat garam itu larut.

D) semua jawapan di atas

3. Dzakir tertarik dengan larutan berwarna biru di dalam kelalang volumetrik yang terdapat di dalam makmal. Beliau teruja kerana CuSO4 menunjukkan warna biru apabila dilarutkan di dalam air suling. Terdapat dua jenis larutan yang terhasil iaitu biru gelap dan biru pudar yang mengandungi isipadu larutan yang sama. Beliau cuba mengkaji apakah pembolehubah yang mempengaruhi warna larutan biru tersebut?

A) saiz CuSO4

B) kuantiti isipadu air suling.

C) kuantiti pepejal CuSO4.

D) kedua- dua jawapan B dan C.

1

Page 2: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

4. Damia Adelia ingin menjalankan eksperimen proses resapan kalium permanganat (VII) yang berwarna ungu. Beliau cuba mengimbas kembali prosedur untuk menjalankan eksperimen tersebut. Yang manakah prosedur yang betul untuk menjalankan eksperimen proses resapan?

I sukat 50cm3 air suling menggunakan silinder penyukat

II tuangkan air suling yang disukat ke dalam bikar

III masukkan satu spatula kalium manganat (VII) ke dalam larutan bikar

IV perhatikan apa-apa perubahan yang berlaku

A) IIIIIIIV.

B) IVIIIIII.

C) IIIIIIIV

D) IIIIVIII

5. Safa Hani ingin mengkaji kesan haba untuk membentuk hablur garam CuSO4 dalam proses penghabluran. Yang manakah cara yang terbaik untuk mendapatkan hablur garam CuSO4 yang cepat?

A) biarkan larutan CuSO4 pada suhu bilik

B) larutan CuSO4 dipanaskan sehingga tepu

C) larutan CuSO4 disejukkan di dalam peti ais

D) semua jawapan di atas

6. Lily ingin menyiasat sejenis gas yang menghasilkan bunyi ‘pop’ iaitu gas hidrogen. Beliau cuba untuk menguji gas tersebut. Susunkan langkah prosedur yang sepatutnya diambil oleh lily?

I masukkan kayu uji menyala ke dalam tabung uji yang mengandungi gas

II ambil kayu uji dan panaskan kayu uji sehingga menyala

III kumpulkan kuantiti gas yang terhasil dengan menggunakan tabung uji dan ditutup

IV perhatikan apa-apa yang berlaku

A) IIIIIIVI

B) IIIIIIIV

C) IIIIIIIV

D) IIIVIIII

2

Page 3: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

7. Akma ingin menyiasat sejenis gas yang menyalakan kayu uji berbara iaitu gas oksigen. Beliau cuba untuk menguji gas tersebut. Susunkan langkah prosedur yang sepatutnya diambil oleh Akma?

I masukkan kayu uji berbara ke dalam tabung uji yang mengandungi gas

II ambil kayu uji dan panaskan kayu uji sehingga berbara

III kumpulkan kuantiti gas yang terhasil dengan menggunakan tabung uji dan ditutup

IV perhatikan apa-apa yang berlaku

A) IIIIIIVI

B) IIIIIIIV

C) IIIIIIIV

D) IIIIIIIV

8. Syafiqah ingin menyiasat sejenis gas yang mengeruhkan air kapur iaitu gas karbon dioksida. Beliau cuba untuk menguji gas tersebut. Beliau mempunyai idea bahawa CaCO3

apabila bertindak balas dengan asid akan membebaskan gas karbon dioksida. Gas yang terhasil akan dilalukan ke dalam air kapur.Susunkan langkah prosedur yang sepatutnya diambil oleh Syafiqah.

I masukkan satu spatula kecil CaCO3 ke dalam tabung didih

II masukkan 10cm3 asid hidroklorik ke dalam tabung didih

III masukkan salur penghantar ke dalam air kapur

IV tutupkan gabus tabung didih yang disambungkan kepada salur penghantar dan perhatikan apa –apa yang berlaku

A) IIIIIIIV

B) IVIIIIII

C) IIIIVIII

D) IIIIIIIV

3

Page 4: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

Soalan 9-11

Sekumpulan Kelas 4 Jabar ingin mengkaji kesan natrium dan litium bertindak balas dengan air.Di dapati litium memberikan nyalaan yang kurang terang berbanding nyalaan natrium yang terang. Pengetahuan sedia ada mereka adalah semakin reaktif unsur yang bertindak balas dengan air ,semakin terang nyalaannya

9. Apakah hipotesis yang boleh dibuat oleh kumpulan pelajar ini?

A) semakin terang nyalaan unsur bertindak balas dengan air, semakin reaktif unsur tersebut.

B) semakin malap nyalaan unsur bertindak balas dengan air semakin reaktif unrur tersebut .

C) litium lebih reaktif berbanding dengan natrium apabila bertindak balas dengan air.

D) semua jawapan di atas.

10 Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam eksperimen ini.

A) unsur litium.

B) unsur natrium.

C) jawapan A dan B.

D) tiada jawapan di atas.

11. Nyatakan pemboleh ubah yang dimalarkan dalam eksperimen di atas.

A) isipadu air

B) saiz unsur litium

C) saiz unsur natrium

D) semua jawapan di atas

4

Page 5: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

Soalan 12-14

Hakimi mendapat satu idea yang menarik mengenai proses peleburan ais. Beliau berfikir semakin banyak haba yang dibekalkan kepada ais, semakin cepat ais itu melebur.

12. Bagaimana Hakimi ingin menguji hipotesis beliau?

A) membekalkan haba secara terus kepada ais melalui penunu bunsen.

B) membiarkan ais di bawah almari

C) meletakkan ais di dalam peti ais

D) semua jawapan di atas .

13. Nyatakan pemboleh ubah yang dimanipulasikan dalam eksperimen di atas.

A) haba daripada sinaran matahari.

B) haba daripada penunu bunsen

C) jawapan A dan B

D) tiada jawapan di atas

14. Pemboleh ubah yang dikawal dalam eksperimen ini ialah

A) kualiti ais yang digunakan

B) kuantiti ais yang digunakan

C) masa ais dileburkan

D) tiada jawapan di atas

5

Page 6: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

Soalan 15-17

Fara Wahida tertanya tanya sebab pintu pagar rumahnya cepat berkarat. Kehadiran air dan udara akan mempercepat proses pengaratan. Beliau berfikir untuk melambatkan proses pengaratan pintu pagarnya, kaedah terbaik adalah dengan mengecat pintu pagar rumahnya.

15. Apakah hipotesis yang ingin diujinya?

A) Cat yang disadur mengakis proses pengaratan.

B) Cat yang disadur mencepat proses pengaratan.

C) Cat yang disadur mencegah pengaratan.

D) semua jawapan di atas

16. Apakah cara terbaik sebelum mengecat pintu pagar yang berkarat?

A) kikiskan kawasan yang berkarat dengan menggunakan kikir logam.

B) bersih dan kikiskan kawasan yang berkarat dengan menggunakan kertas pasir.

C) cucikan kawasan yang berkarat dengan air

D) tiada jawapan di atas.

17. Nyatakan operasi secara definisi melibatakn proses pengaratan

A) Pengaratan berlaku apabila kehadiran air dan udara menyebabkan permukaan besi yang

bersentuh akan terkakis

B) Pengaratan berlaku apabila kehadiran air sahaja meyebabkan permukaan besi yang

bersentuh akan terkakis

C) Pengaratan berlaku apabila kehadiran udara sahaja yang menyebabkan permukaan besi

Yang bersentuh akan terkakis.

D) Tiada jawapan di atas

6

Page 7: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

Soalan 18-20

Mei Ying sedang menggoreng udang di dalam kuali di dapurnya. Beliau pernah mendengar idea daripada rakannya, jika ingin memasak sesuatu dengan cepat lebih baik mengunakan periuk tekanan. Tekanan yang tinggi menyebabkan masa untuk memasak bahan lebih cepat.

18. Beliau tertanya tanya, kaedah yang boleh digunakan untuk menggoreng udang di dalam kuali dengan cepat jika tiada periuk tekanan dirumah.Apakah faktor yang boleh mengoreng udangnya di dalam kuali dengan cepat di rumah?

A) menggunakan suhu minyak yang tinggi

B) menggunakan kandungan minyak yang banyak

C) menggunakan kuali yang kecil

D) menggunakan kuali yang besar

19. Nyatakan hipotesis yang boleh diuji dalam eksperimen di atas.

A) semakin tinggi suhu minyak, semakin lambat ayam digoreng

B) semakin tinggi suhu minyak, semakin cepat ayam digoreng

C) semakin rendah suhu minyak, semakin cepat ayam digoreng

D) tiada jawapan di atas

20. Pada pendapat anda, mengapakah rakan Mei Ying mengatakan periuk tekanan mempercepat sesuatu masakan?

A) semakin tinggi tekanan di dalam periuk semakin lambat sesuatu masakan itu dimasak.

B) semakin rendah tekanan di dalam periuk semakin cepat sesuatu masakan itu dimasak.

C) semakin tinggi tekanan di dalam periuk, semakin cepat sesuatu masakan itu di masak

D) semua jawapan di atas.

7

Page 8: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

Soalan 21-23

Goh Sheng ingin menjalankan eksperimen kekonduksian elektrik dengan melihat nyalaan mentol yang menyala. Idea awal beliau menyatakan bahawa jika sesuatu bahan dalam keadaan larutan akues yang disambungkan kepada litar dan mentol menyala, maka larutan itu boleh mengkonduksi elektrik.

21. Bagaimanakah Goh Sheng mengukur kekonduksian arus elektrik sesuatu bahan?

A) memerhatikan mentol sama ada menyala atau tidak dalam 5 minit

B) mengukur masa nyalaan mentol dalam 5 minit.

C) mengukur suhu mentol dalam 5 minit.

D) semua jawapan di atas

22. Nyatakan hipotesis untuk eksperimen Gog Sheng.

A) Bahan yang boleh konduksi elektrik ialah bahan yang menyalakan mentol apabila litar

dipasang dengan lengkap.

B) Bahan yang boleh konduksi elektrik ialah bahan yang tidak menyalakan mentol apabila

litar dipasang dengan lengkap.

C) Bahan yang boleh konduksi elektrik ialah bahan yang haba mentol dikeluarkan

D) Semua jawapan di atas

23. Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen di atas.

A) jenis bahan pepejal

B) jenis bahan larutan

C) Jenis mentol

D) Jenis litar

8

Page 9: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

Soalan 24-26

Seorang penyelidik ingin mengkaji baja yang baru dipasarkan di pasaran. Beliau ingin menguji baja baru yang diperolehnya. Empat kawasan kecil dibahagikan dan diletakkan baja dengan kuantiti yang berbeza dan benih kailan ditanam. Idea awal yang diperolehnya , baja yang paling baik mengandungi peratus kandungan nitrogen yang tinggi di dalam tanah dan pokok tumbuh dengan subur.

24. Apakah hipotesis yang boleh diuji dalam eksperimen ini?

A) Semakin sikit baja nitrogen, semakin cepat pertumbuhan pertumbuhan kailan

B) Semakin banyak kuantiti baja nitrogen, semakin bantut pertumbuhan kailan

C) semakin banyak kuantiti baja nitrogen, semakin cepat pertumbuhan kailan

D) semua jawapan di atas

25. Nyatakan pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini.

A) kandungan kuantiti baja

B) kandungan benih kailan

C) pertumbuhan benih kailan

D) semua jawapan di atas

26. Nyatakan operasi secara definisi pertumbuhan dalam eksperimen ini

A) Pertumbuhan kailan yang subur melibatkan kandungan baja nitrogen yang rendah dalam

tanah

B) Pertumbuhan kailan yang subur melibatkan kandungan baja nitrogen yang sederhana

dalam tanah

C) Pertumbuhan kailan yang subur melibatkan kandungan baja nitrogen yang kurang dalam

tanah

D) Pertumbuhan kailan yang subur melibatkan kandungan baja nitrogen yang tinggi dalam

tanah

9

Page 10: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

27. Meirji sedang bermain omboh picagari. Beliau cuba mengaplikasikan faktor yang

mempengaruhi masa tindak balas di dalam gas. Rajah 27 menunjukkan gas P dan Q dalam picagari pada suhu bilik

Rajah 27

: [Gas P bertindak balas dengan gas Q mengikut persamaan berikut:

P(g) + Q(g) → R(g)

Prosedur manakah yang akan mencepatkan masa tindak balas di atas?

A Tarik omboh ke atas

B Tolak omboh ke bawah

C Rendam picagari itu dalam air pada suhu bilik

D Mengeluarkan sebahagian daripada campuran itu dari picagari

28. Vijan ingin meningkatkan kadar tindak balas eksperimen yang akan dijalankannya.

Masa yang diambil untuk tindak balas antara butiran zink dengan asid sulfurik boleh

dipendekkan dengan

A) menambahkan air suling

B) menambahkan asid sulfurik cair

C) memanaskan campuran tindak balas

D) meletakkan campuran tindak balas di dalam peti sejuk

10

Campuran Gas P dan Q

piston

Page 11: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

29. Sangkeeta cuba mengaplikasikan konsep faktor masa sesuatu tindak balas dalam

kehidupannya.

Pasangan manakah yang betul bagi menerangkan aplikasi kadar tindak balas?

Aplikasi PeneranganA Adalah lebih mudah menyalakan

api menggunakan ketulan besar arang.

Jumlah luas permukaan arang terdedah kepada udara adalah lebih besar.

B Ikan dan daging disimpan dalam pembeku sejuk.

Suhu yang rendah merendahkan kadar metabolisme bakteria.Makanan lambat rosak

C Makanan dimasak lebih cepat dalam periuk tekanan.

Tekanan yang tinggi mengurangkan bilangan molekul air yang bersentuh dengan makanan.

D Telur rebus cepat dimasak jika menggunkan api yang besar

Suhu yang tinggi melambatkan molekul telur untuk dimasak dengan cepat.

30. Bagaimanakah kita boleh membuat keputusan sama ada hipotesis bagi satu penyiasatan

saintifik itu benar atau tidak?

A Selepas kita menulis laporan

B Selepas kita menukar pemboleh ubah bagi penyiasatan

C Selepas kita merancang bagaimana untuk menguji hipotesis

D Selepas kita mentafsirkan data yang dikumpul

Jawapan:

1 A 11 D 21 A2 B 12 A 22 A3 C 13 C 23 B4 A 14 B 24 C5 B 15 C 25 C6 C 16 B 26 D7 D 17 A 27 B8 A 18 A 28 C9 A 19 B 29 B

10 C 20 C 30 D

11

Page 12: Soalan KBAT Kimia (Objektif)

12