kbat dalam pppm

37
KBKK 11 September 2012, iaitu hampir setahun yang lalu dan di dewan ini juga, kita telah sama-sama menyaksikan Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Setahun adalah satu jangkamasa yang agak lama. Jika kita bertanam padi tentu sudah kita nikmati hasilnya, jika dahulu anak-anak pandai bertatih, kini sudah boleh melangkah gagah. Begitu juga halnya dalam kita merangka satu pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif, kementerian tidak bertindak tergesa-gesa malah kita mengambil pendekatan terbuka mendengar pelbagai pandangan daripada segenap lapisan masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendengar suara rakyat, baik di bandar, mahu pun di desa, hatta hingga nun jauh ke kawasan pedalaman, pandangan tulus daripada pelbagai persatuan, agensi kerajaan, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan, serta pakar-pakar pendidikan dalam dan luar negara. Tidak lengkap dengan itu, PPPM ini kita bentangkan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri serta ahli Jemaah Menteri yang memberi sokongan yang cukup padu kepada pembangunan pelan ini. Pelan ini juga telah saya sembah maklum kepada Majlis Raja-Raja. Dalam tempoh setahun setelah pelancaran laporan awal, KPM telah mengambil pertimbangan sewajarnya bagi setiap maklum balas yang diterima. Kami dengar, kami angkat suara hati rakyat dalam bentuk dokumen rasmi. Akhirnya pada hari ini, dengan segala data dan maklumat yang kami cerna sejak 2011 lahirlah PPPM 2013-2025. Pelan ini menjadi suatu dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara kerana ia merupakan suatu rangka pelan pendidikan yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat. Maka hari ini, KPM dengan rasa rendah hati "memulangkan" Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kepada rakyat dengan pelbagai rangka tindakan yang telah digalurkan sebagaimana yang diingini oleh rakyat untuk kepentingan rakyat seluruhnya. Pelan ini dilancarkan dengan harapan yang begitu tinggi daripada pihak 1

Upload: fywardaben

Post on 30-Jan-2016

278 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

KBAT pdp

TRANSCRIPT

Page 1: Kbat Dalam Pppm

KBKK

11 September 2012, iaitu hampir setahun yang lalu dan di dewan ini juga, kita telah sama-sama menyaksikan Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia. Setahun adalah satu jangkamasa yang agak lama. Jika kita bertanam padi tentu sudah kita nikmati hasilnya, jika dahulu anak-anak pandai bertatih, kini sudah boleh melangkah gagah.

Begitu juga halnya dalam kita merangka satu pelan pembangunan pendidikan yang komprehensif, kementerian tidak bertindak tergesa-gesa malah kita mengambil pendekatan terbuka mendengar pelbagai pandangan daripada segenap lapisan masyarakat. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendengar suara rakyat, baik di bandar, mahu pun di desa, hatta hingga nun jauh ke kawasan pedalaman, pandangan tulus daripada pelbagai persatuan, agensi kerajaan, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan, serta pakar-pakar pendidikan dalam dan luar negara. Tidak lengkap dengan itu, PPPM ini kita bentangkan dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri serta ahli Jemaah Menteri yang memberi sokongan yang cukup padu kepada pembangunan pelan ini. Pelan ini juga telah saya sembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.

Dalam tempoh setahun setelah pelancaran laporan awal, KPM telah mengambil pertimbangan sewajarnya bagi setiap maklum balas yang diterima. Kami dengar, kami angkat suara hati rakyat dalam bentuk dokumen rasmi. Akhirnya pada hari ini, dengan segala data dan maklumat yang kami cerna sejak 2011 lahirlah PPPM 2013-2025. Pelan ini menjadi suatu dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan negara kerana ia merupakan suatu rangka pelan pendidikan yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas, menyeluruh dan mencakupi semua lapisan masyarakat.

Maka hari ini, KPM dengan rasa rendah hati "memulangkan" Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 kepada rakyat dengan pelbagai rangka tindakan yang telah digalurkan sebagaimana yang diingini oleh rakyat untuk kepentingan rakyat seluruhnya. Pelan ini dilancarkan dengan harapan yang begitu tinggi daripada pihak kerajaan agar pendidikan menjadi tunjang kepada transformasi negara yang sedang diusahakan. Penghasilan pelan ini memulakan lembaran transformasi pendidikan tetapi juga menerajui transformasi perkhidmatan awam. Maka, tidak sempurna jika saya tidak mengungkapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan pelan pendidikan ini.

Kelainan dalam penghasilan PPPM

Bagi mencapai cita-cita besar untuk maju dalam pendidikan, KPM telah mencipta kelainan dan melangkaui semua kemungkinan dalam penghasilan PPPM. Suka saya nyatakan di sini, suatu kelainan dalam menyediakan PPPM

1

Page 2: Kbat Dalam Pppm

2013-2025 ini adalah dari segi penggunaan data dan dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian, universiti tempatan, UNESCO dan juga Bank Negara. Kementerian telah menganalisis semula laporan awal sebelum ini seperti Laporan Penyata Razak, Laporan Kabinet, Pelan Pembanguan Pendidikan 2000-2012 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk menilai pencapaian negara dalam pendidikan.

Kita tidak nafikan dalam usaha mengangkat kecemerlangan sistem pendidikan negara sejak merdeka, telah banyak perkara yang telah dicapai. Kita telah berjaya meningkatkan sebagai contoh kadar enrolmen pelajar sekolah rendah dan menengah hampir 97 peratus; peruntukan pendidikan yang signifikan dan mapan hampir 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, merapatkan jurang pencapaian bandar dan luar bandar dan kadar literasi yang semakin baik, hampir 100 peratus sudah pun tercapai.

Kejayaan ini memperlihatkan bahawa wujud amalan-amalan baik yang pernah dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang membawa kepada keberhasilan dan peningkatan prestasi dalam sistem pendidikan kita. Contoh amalan baik ini juga adalah antara elemen yang diambil dalam merangka strategi pelaksanaan inisiatif-inisiatif PPPM. Sebagai tambahan, kementerian juga meneliti amalan terbaik daripada negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan bertaraf dunia seperti Korea Selatan, Singapura dan Finland.

Dari sinilah kita memulakan perancangan untuk mengorak langkah bagi kembara yang panjang sehingga 2025. Ini bermakna, setiap perancangan pendidikan yang terkandung dalam PPPM ini, tidak dibuat secara sewenang-wenangnya malah berdasarkan kepada fakta dan data selain daripada menerima secara positif pendapat yang disuarakan oleh masyarakat keseluruhannya.

Tumpuan kepada keberhasilan murid

PPPM 2013-2025 memberi tumpuan kepada keberhasilan murid. Pelan ini direncanakan sebegitu komprehensif yang melibatkan semua laluan pendidikan merangkumi pendidikan teknik dan vokasional, pendidikan inklusif, pendidikan agama, pendidikan seni dan sukan di sekolah-sekolah kerajaan. Ia juga merangkumi semua peringkat persekolahan; daripada peringkat prasekolah hingga kepada peringkat lepasan menengah.

Kita telah berjaya meningkatkan sebagai contoh kadar enrolmen pelajar sekolah rendah dan menengah hampir 97 peratus; peruntukan pendidikan yang signifikan dan mapan hampir 16 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, merapatkan jurang pencapaian bandar dan luar bandar dan kadar literasi yang semakin baik, hampir 100 peratus sudah pun tercapai.

2

Page 3: Kbat Dalam Pppm

Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Dialog Nasional Pendidikan Negara, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin yang mengambil inisiatif turun ke seluruh negara dan berjumpa dengan sejumlah 17,000 rakyat yang mengemukakan pandangan yang pelbagai dan hasil itulah yang kita cerna dan masukkan dalam pelan ini.

Dalam usaha kita untuk mencapai cita-cita yang tinggi bagi tempoh 13 tahun lagi, PPPM 2013-2025 telah memberi tumpuan utama kepada pembelajaran dan keberhasilan murid. Sebagai contoh, Kementerian telah memperkukuhkan dasar bahasa dengan memberi tumpuan kepada dua bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Malahan dalam siri dialog yang kita adakan di seluruh negara sebahagian besar mengutarakan kepentingan tentang bahasa Inggeris diperkukuhkan dan ini kita ambil kira dalam pelan ini. Kita juga, memantapkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), ini penting untuk menentukan anak-anak kita bukan sahaja belajar dalam menghafal tapi faham dan tahu apa yang mereka belajar dan menggunakan akal fikiran pada tahap tinggi. Selain itu, kita memantapkan elemen etika dan kerohanian kerana elemen pembelajaran kita tidak hanya mahu menekankan aspek pembelajaran semata-mata, tetapi pembentukan sahsiah, menjadikan insan kamil dan roh pendidikan itu mesti disemai, ditanam dan diperkukuh dalam jiwa setiap anak-anak Malaysia dalam sistem persekolahan kita.

Dasar bahasa

Untuk memberikan pendidikan yang berkualiti kepada semua murid tanpa mengira peringkat dan jenis sekolah, saya berani mengatakan semua aspek untuk meningkatkan kualiti pendidikan telah dikaji dengan teliti dan dibincangkan secara mendalam. Dasar pendidikan sedia ada yang berasaskan kepada Akta Pendidikan masih dipertahankan dalam pelan ini.

Kementerian tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan yang wujud di negara ini, malah akan memastikan setiap murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan. Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan juga dijamin oleh Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) dan ingin saya nyatakan di sini bahawa kedudukan bahasa-bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah ini tidak pernah dinafikan sama sekali.

3

Page 4: Kbat Dalam Pppm

Kementerian juga akan terus memartabatkan Bahasa Malaysia demi menjunjung semangat perpaduan dan jati diri kebangsaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama untuk melahirkan generasi global, mata pelajaran Bahasa Inggeris turut diberikan perhatian utama dan seperti yang telah diumumkan awal tahun ini akan dijadikan mata pelajaran SPM wajib lulus menjelang tahun 2016. Dalam memastikan pelaksanaan hasrat ini, Kementerian sedang dalam usaha menambah masa ataupun 'contact hours' di dalam kelas agar pendedahan/immersion murid-murid yang lebih dalam Bahasa Inggeris dapat dilaksanakan.

Saya sedang meneliti kerana kita mempunyai sejumlah sekolah satu sesi dan masih ada 1,600 sekolah dua sesi yang akan dijadikan sekolah satu sesi, maka tempoh waktu persekolahan dilanjutkan umpamanya menambah waktu persekolah sejam atau dua jam dan itu boleh kita gunakan untuk menambah contact hours untuk bahasa Melayu, bahasa Inggeris atau bahasa lain di seluruh sekolah.

Bagi memperkukuh kedua-dua bahasa ini, PPPM menggariskan beberapa inisiatif. Antaranya ialah menambah baik Kurikulum Bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan. Bagi murid yang lemah, kelas pemulihan akan diadakan di luar waktu persekolahan dan ini tidak akan menjejaskan waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain.

Dalam usaha meningkatkan penguasaan murid dalam bahasa Inggeris pula, guru-guru Bahasa Inggeris telah diuji kemahiran mereka melalui Cambridge Placement Test (CPT). Ekoran itu, kohort pertama seramai 5,000 orang telah mengikut latihan lanjutan oleh British Council, manakala seramai 9,000 guru Bahasa Inggeris akan mengikuti latihan pada Oktober nanti.

Suka saya nyatakan di sini, walaupun Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris menjadi agenda utama kementerian, murid juga digalakkan untuk menguasai bahasa tambahan. Kementerian tidak menghalang pengajaran pembelajaran bahasa ibunda malah membuka ruang dan peluang kepada murid untuk mendapatkan pendidikan bahasa tambahan seperti bahasa Arab dan Kadazan Dusun.

Selain berusaha untuk meningkatkan penguasaan dwibahasa, kemahiran berfikir aras tinggi, atau Higher Order Thinking Skills, juga menjadi fokus dalam usaha Kementerian untuk melonjakkan sistem pendidikan negara dalam kelompok negara-negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik di dunia. Oleh itu, dalam pelan ini, dasar 60:40 yang mula diperkenalkan pada 1967 akan diperkukuhkan dengan meningkatkan kesedaran tentang Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kurikulum bersepadu berasaskan standard antarabangsa akan dihasilkan dan penambahbaikan kerangka pentaksiran dengan memasukkan elemen kemahiran berfikir akan dilakukan.

Pendidikan Islam

4

Page 5: Kbat Dalam Pppm

Kementerian juga beriltizam untuk melahirkan murid yang memiliki sahsiah terpuji serta mempunyai identiti nasional. Dengan itu kurikulum bagi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral akan dimantapkan. Kurikulum Kebangsaan di sekolah agama akan ditingkatkan dengan pengukuhan kurikulum Dini dan Tahfiz agar murid dapat dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk berjaya dalam pasaran kerja berasaskan nilai dan tasawur Islam yang kukuh. Soal ini sebenarnya banyak juga dibangkitkan oleh ibu bapa Islam yang mahu pendidikan Islam diperkukuh dan diperluas agar menjadi asas kukuh dalam sahsiah dan peribadi moral dan akhlak anak-anak kita.

Sistem pendidikan juga akan menyediakan laluan pendidikan yang bersesuai dengan dengan bakat, minat dan gaya pendidikan di samping akan disepadukan dengan keperluan pasaran buruh yang terarah kepada kerjaya pilihan mereka. Maka, kementerian turut mengambil kira pendidikan teknik dan vokasional, seni, dan sukan

Malahan saya telah melancarkan tahun lalu Program Transformasi Vokasional yang mana kita tahu dalam sistem di negara kita setakat ini, tumpuannya tidak begitu besar terhadap vokasional iaitu kurang 10 peratus. Sasaran kita meningkatkan sehingga 20 peratus.

Di negara maju sudah sampai 60 hingga 70 peratus daripada keseluruhan pelajar dalam sistem persekolahan yang mengambil bidang vokasional dan teknikal. Bermakna, Malaysia masih jauh. Apabila kita melancarkan dasar ini dan menyediakan tempat sebanyak 10,000, tahun ini sahaja terdapat 126,000 ibu bapa yang mendaftar anak-anak mereka untuk mengambil aliran vokasional. Alhamdulillah, sudah meningkat dengan begitu mendadak sekali. Sementara itu, kita juga tidak lupakan pendidikan khas yang lebih inklusif. Dalam blue print awal kita, mungkin kita tidak nyatakan dengan jelas tentang soal pendidikan khas. Jadi mereka yang terdiri daripada kepimpinan persatuan yang mewakili orang istimewa bertanya kenapa tidak ada makmal khas untuk mereka. Jadi, segala cadangan mereka kita masukkan sebagai inti pati penting dalam pelan pendidikan ini khusus untuk anak-anak kita yang kelainan dan keistimewaan ini.

Mengupaya pemimpin sekolah dan guru

Pembelajaran murid tidak akan berlaku jika tidak diiringi dengan perancangan rapi di peringkat pelaksana. Guru adalah tunggak utama dalam meningkatkan prestasi murid di sekolah. Menyedari perkara ini, PPPM telah memperkukuhkan Pejabat Pendidikan Daerah dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+. Mereka bukan sahaja dapat membimbing dari segi pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam aspek penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Harapan saya melalui bimbingan ini, guru-guru dan semua pengetua/guru besar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

5

Page 6: Kbat Dalam Pppm

Kementerian terus berusaha untuk memartabatkan profesionan keguruan dengan inisiatif meningkatkan syarat kemasukan guru iaitu 30 peratus daripada graduan terbaik memasuki profesion perguruan. Mereka ini digalakkan menjadi guru kerana kita mahu guru bukan sahaja dalam kalangan terdidik tetapi terpelajar, banyak ilmu dan ada kecemerlangan dalam pembelajaran mereka.

Selain itu laluan kerjaya guru, cadangan untuk mengurangkan beban tugas guru, dan pelaksanaan program profesionalisme berterusan turut dilaksanakan. Bagi pengetua/guru besar, kriteria perlantikan iaitu yang tidak berdasarkan kepada jangka masa perkhidmatan akan dilaksanakan.

Tidak semestinya yang lebih senior menjadi pengetua atau memegang jawatan yang lebih penting. Berdasarkan merit dan keupayaan mereka, ini yang kita akan ambil kira dalam kenaikan pangkat mereka. Dalam masa lima tahun akan datang, 4,000 pengetua/guru besar akan menamatkan perkhidmatan dan ini membuka peluang kepada calon-calon pengetua/guru besar yang berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi kekosongan. Sudah ada peraturan ketika ini sesiapa yang ingin jadi pengetua dan guru besar mesti melalui satu proses dan latihan khusus dan jika mereka lulus baru kita meletakkan sebagai pengetua atau guru besar di sekolah berkenaan.

Kelainan dalam Pelaksanaan PPPM

Semua aspek perancangan digalurkan didalam pelan ini. Apa yang harus kita tumpukan sekarang ini adalah dari segi pelaksanaan. Saya akui PPPM yang dicadangkan ini luas dan kompleks. Bagi memastikan kejayaan pelan ini, strategi pelaksanaan secara berhemah mengikut fasa atau disebut sebagai gelombang, dirangka dengan memberi tumpuan kepada sokongan terhadap guru dalam gelombang pertama, sebelum memacu peningkatan sistem dalam gelombang kedua dan beranjak ke arah kecemerlangan pendidikan dalam gelombang ketiga. Penyusunan sebegini adalah penting kerana bagi memastikan pelan ini berjaya keutamaan perlu diberikan terhadap inisiatif yang penting khususnya yang membawa keberhasilan murid.

Penubuhan PADU

Untuk mengupayakan pelaksanaan Pelan ini juga, kementerian telah mewujudkan entiti khas yang dinamakan PADU iaitu Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan untuk memantau dan memastikan kejayaan inisiatif. PADU ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai yang berbakat dari dalam dan luar Kementerian kerana pelaksanaan pelan ini menuntut kesungguhan yang kental dan kemahiran pengurusan yang cekap lagi berwibawa. Jelasnya, penubuhan entiti khas ini tidak pernah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dalam melaksanakan mana-mana perancangan sebelum ini. Malah melalui PADU yang akan mengaplikasikan prinsip-prinsip pengurusan bersifat korporat, kementerian berhasrat untuk menyediakan laporan tahunan dan status pencapaian inisiatif sebagai maklumat kepada semua pihak.

6

Page 7: Kbat Dalam Pppm

Penglibatan pihak berkepentingan

Suatu lagi keunikan dalam pelaksanaan pelan ini ialah dengan pelibatan pihak berkepentingan. Kementerian tidak mahu Pelan ini menjadi satu dasar yang hanya difahami dan berlegar sekitar warga Kementerian sahaja.

Memandangkan pelan ini terhasil daripada aspirasi rakyat, maka kementerian berhasrat untuk merakyatkan pelaksanaannya. Inisiatif-inisiatif yang direncanakan dalam 11 anjakan yang telah diuar-uarkan, perlu melibatkan komitmen keseluruhan rakyat kerana daripada rakyatlah tercetusnya ilham untuk merangka inistiatif tersebut.

Di samping itu kita turut menekankan betapa pentingnya jaringan yang utuh antara PIBG, ibu bapa dan sekolah. Kita juga memberikan perhatian tentang sumbangan swasta dalam kita mahu meningkatkan PPPM ini.

Teach for Malaysia dan Sekolah Amanah dengan melibatkan pihak swasta. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Yayasan Amir dan Khazanah Malaysia. Secara kebetulan saya baru mengadakan lawatan ke sebuah Sekolah Amanah di Gelang Patah semalam dan menunjukkan hasil yang luar biasa.

Dengan pendekatan baharu yang digunakan sekolah ini saya melihat lonjakan yang berganda. Kalaulah kita ada peruntukan sebanyak itu, dibantu dan diberikan kepada kementerian, alangkah moleknya, semua sekolah kita laksanakan dalam bentuk sama, lonjakan berganda akan kita lihat dalam tempoh yang amat singkat.

Pelancaran ini memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan. Sempena majlis pelancaran ini kementerian menyediakan dokumen lengkap setebal 300 muka surat dan ringkasan eksekutif dalam bahasa Malaysia dan Inggeris selain brosur dalam empat bahasa. Mana yang rajin bacalah dokumen setebal 300 muka surat itu supaya tahu apa yang mahu kita laksanakan. Mana yang kurang rajin, mungkin baca brosur atau yang malas langsung kita akan sediakan video.

Pendekknya tidak ada sebab rakyat Malaysia tidak tahu mengenai pelan ini. Tidak ada sebab semua pihak tidak boleh terlibat sama mendokong dan menyokong pelan ini. Kalau ada suara-suara yang sumbang itu mungkinkerana bahasanya sumbing, sebab itu mereka tidak faham apa tujuan kita.

Sebab itu saya sebut, walaupun ada halilintar, ribut dan taufan, kita akan terus melaksanakan pelan ini, insya-Allah. Kita mengharapkan dengan sokongan semua pihak, maka akan tercerna satu sistem yang lebih baik dan berkualiti.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja bertungkus-lumus selama lebih dua tahun untuk menyediakan satu dokumen yang menjadi sejarah pada hari ini.

7

Page 8: Kbat Dalam Pppm

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130907/re_01/Gelombang-transformasi-pendidikan#ixzz3V8HtTy2t © Utusan Melayu (M) Bhd

Kejayaan era maklumat kini banyak bergantung kepada kemahiran berfikir aras tinggi seperti, kemahiran penyelesian masalah, kemahiran membuat penilaian secara kritis serta kemahiran berfikir secara kreatif. Oleh itu, pelajar perlu dilibatkan dengan aktiviti yang menjurus kepada tahap pemikiran yang lebih tinggi mengikut taksonomi bloom (menganalisis, menilai, mencipta).

Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar ini, menuntut para pelajar kita bukan hanya membina kapasiti dari aspek pengetahuan semata-mata tetapi juga membina pemikiran aras tinggi seperti pemikiran sistematik, penyelesaian masalah dan membuat keputusan berdasarkan analisis  situasi secara kritis. Pembangunan KBAT adalah amat penting untuk membolehkan pelajar membuat anjakan dari pengetahuan serta kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat. 

KBAT merupakan agenda utama dalam PPPM 2013-2025, maka adalah menjadi tanggungjawab warga IPG, pensyarah khususnya untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara terutama dalam memupuk KBAT dalam kalangan guru pelatih. Susulan itu adalah wajar guru pelatih mengamalkan kemahiran berfikir dan memahami secara mendalam tentang program i-THINK.

Program i-THINK merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di samping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi.

Abjad ‘i’ bermaksud inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran secara inovatif yang perlu ada pada semua murid inovatif.

8

Page 9: Kbat Dalam Pppm

KBKK DALAM PENGAJARAN TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG

PENGENALAN

Dalam pengajaran bahasa terutamanya pengajaran Bahasa Melayu, bidang tatabahasa

merupakan aspek penting yang perlu dititikberat serta diutamakan oleh guru-guru. Aspek

tatabahasa merangkumi beberapa perkara yang mengajar murid-murid mahir dalam

pembinaan ayat, penggunaan sesuatu perkataan yang sesuai dalam sesuatu ayat serta

mengenali pelbagai jenis ayat dan kata. Itu hanya beberapa perkara yang saya nyatakan

kerana dalam Bahasa Melayu sahaja ada pelbagai lagi aspek yang perlu diajar kepada murid

dan murid perlu menguasainya atau sekurang-kurangnya perlu mengetahui tentang aspek-

aspek tersebut. Pengajaran aspek tatabahasa secara amnya adalah mengikut sukatan pelajaran

yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Huraian Sukatan Pelajaran.

Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu akan mengajar tatabahasa secara

langsung dan ada juga secara tidak langsung. Namun, walau apa juga cara pengajarannya

samaada secara langsung atau tidak langsung, aspek tatabahasa perlu ada dalam setiap sesi

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ada pro dan kontranya pengajaran secara

langsung atau tidak langsung itu kerana apa juga pengajaran mata pelajaran itu akan

menghadapi masalah. Dari segi pronya, murid akan dapat menjana minda mereka secara

automatik jika guru mengajar secara langsung. Murid akan mengetahui dan menyedari

bahawa guru sedang mengajar tatabahasa contohnya membina ayat penyata atau ayat tanya.

Manakala dari segi kontra pula, murid akan menjadi malas untuk berfikir sendiri kerana guru

perlu menerangkan satu persatu. Berlainan pula jika pengajaran tatabahasa itu diajar secara

tidak langsung. Sudah tentulah kebaikannya, guru dan murid akan dapat mengaitkan

pembelajaran tersebut dengan situasi sebenar seperti contohnya, pembinaan ayat secara lisan

tanpa ditulis dan ini akan membantu murid-murid dalam meningkatkan Kemahiran Berfikir

secara Kritis dan Kreatif (KBKK) mereka. Ironinya, terpulanglah kepada guru-guru itu

melaksanakan pengajaran aspek tatabahasa ini secara langsung atau tidak langsung asalkan

prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa perlu digunapakai dalam menentukan keberkesanan

sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip

mendukung makna asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian atau

9

Page 10: Kbat Dalam Pppm

tindakan sesuatu teori. Maka dengan itu, sesuatu teori itu adalah penentu apakah prinsip yang

harus dipegang dalam pengajaran. Dengan berpegang serta mengaplikasikan prinsip-prinsip

pengajaran tatabahasa, maka sesi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa akan lebih

berkesan dan efektik dalam menyampaikan isi pelajaran serta mencapai objektif

pembelajaran yang ingin disasarkan oleh guru. Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa adalah

pelbagai dan terpulang kepada guru itu dalam mengaplikasikannya ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran tatabahasa. Apapun teknik dan kaedah yang digunakan oleh guru, yang

pasti prinsip-prinsip pengajaran perlu diutamakan agar penyampaian aspek tatabahasa dalam

pengajaran dapat mencapai objektif. Penting agar semua guru dapat menggunakan prinsip-

prinsip yang ada dalam pengajaran tatabahasa bagi membantu murid lebih memahami apa itu

tatabahasa kerana pembelajaran tatabahasa bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi murid

perlu mengetahui banyak perkara melalui tatabahasa seperti penggunaan tanda bacaan yang

betul dan tepat pada ayat selain dapat membantu murid membezakan jenis-jenis ayat.

Prinsip-prinsip pengajaran tatabahasa ini juga boleh diperoleh seterusnya digunapakai

berdasarkan teori-teori pembelajaran seperti Behavioris. Prinsip-prinsip pengajaran

tatabahasa ini penting sebagai garis panduan dalam pengajaran tatabahasa agar guru dapat

mencapai objektif dengan cemerlang. Selain berdasarkan teori-teori pembelajaran, prinsip-

prinsip pengajaran tatabahasa juga adalah daripada prinsip-prinsip umum pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU DI

PERINGKAT SEKOLAH

Pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu di peringkat sekolah mementingkan penguasaan murid

terhadap beberapa perkara asas seperti pembinaan ayat yang betul dari segi konteks dan

situasi. Selain itu, murid juga perlu didedahkan kepada beberapa jenis ayat, penggunaan

tanda bacaan, penanda wacana, simpulan bahasa, peribahasa dan sebagainya lagi serta murid

dapat menguasainya dengan baik. Pengajaran tatabahasa ini memerlukan beberapa prinsip

yang perlu dijadikan sebagai garis panduan agar guru dapat mengajar dan mencapai

objektifnya sementara murid dapat menguasai tatabahasa. Berikut adalah beberapa prinsip

umum dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu.

10

Page 11: Kbat Dalam Pppm

Prinsip pertama pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ialah, guru perlu membuat

perancangan yang rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan

pembelajaran dalam aspek tatabahasa yang ingin disampaikan kepada murid. Guru perlu

menyediakan satu Rancangan Pengajaran yang berkesan dan sesuai dalam pengajaran

tatabahasa. Melalui Rancangan Pengajaran ini guru dapat merancang beberapa aktiviti yang

dirasakan sesuai dengan aras murid-murid di dalam kelas yang berbeza-beza selain

memanfaatkan masa yang diberikan adalah mencukupi untuk setiap aktiviti yang dirancang

oleh guru itu. Contohnya Kuiz Membina Ayat atau perbincangan kum pulan membina ayat.

Lazimnya, dalam penyediaan Rancangan Pengajaran ini, guru perlu memfokuskan beberapa

perkara agar dapat mencapai target atau objektif pengajarannya sekurang-kurangnya tiga

daripada lima atau dua daripada tiga objektif yang ingin dicapai. Guru juga perlu sedar

bahawa perancangan yang rapi itu akan dapat menjamin keberkesanan penyampaian seorang

guru dengan lebih bermakna dan berkesan. Sesi pengajaran dan pembelajaran juga akan

menjadi lebih menarik dengan perkembangan idea oleh guru sebelum memulakan

pengajaran.

Prinsip yang kedua ialah, guru perlu memulakan proses pengajaran dan pembelajaran

tatabahasa daripada yang mudah kepada yang lebih susah atau lebih kompleks. Guru perlu

mengelakkan diri daripada mengajar atau mendedahkan murid kepada sesuatu yang

kompleks terlebih dahulu apatah lagi jika ianya berkaitan dengan tatabahasa. Pengajaran

secara berperingkat daripada senang kepada susah merupakan satu langkah yang bijak kerana

murid perlu memahami terlebih dahulu konsep tatabahasa yang diajar kemudian barulah

mereka dapat mengaplikasi dan memahaminya. Selain itu, prinsip ini turut bertujuan untuk

mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan kesukaran kepada murid dalam memahami

isi pelajaran tatabahasa yang disampaikan oleh sesorang guru itu. Tambahan lagi, di dalam

bilik darjah itu pula murid-muridnya adalah terdiri daripada pelbagai tahap atau aras

kecerdasan mereka, iaitu ada murid yang dapat memahami pelajaran tatabahasa dengan

mudah dan cepat manakala ada pula murid yang lambat (slow learner) dalam memahami atau

menguasai tatabahasa. Oleh sebab itu, adalah penting agar guru menyampaikan isi pelajaran

tatabahasa itu bermula dengan perkara-perkara asas dan yang mudah difahami oleh murid.

11

Page 12: Kbat Dalam Pppm

Prinsip ketiga pula ialah, persediaan oleh guru terhadap murid-murid dengan latih tubi dalam

jumlah yang memadai atau banyak. Melalui latih tubi ini, murid bukan sahaja dapat

memahami dan menguasai aspek tatabahasa dengan baik, malahan murid-murid dapat

membantu diri mereka dalam memperkayakan lagi kosa kata. Kosa kata pula merupakan

salah satu daripada aspek tatabahasa. Latih tubi ini boleh diberikan oleh guru samaada pada

penghujung sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun sebagai kerja

tambahan kepada murid ketika berada di rumah. Latihan latih tubi yang disediakan oleh guru

kepada murid-murid boleh dibuat sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan yang mampu

mengekalkan ingatan murid-murid terhadap aspek tatabahasa yang mereka pelajari dengan

lebih kukuh lagi. Bagi pihak guru pula, latihan latih tubi ini pula berfungsi sebagai alat yang

akan mengesan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid. Maka, dengan adanya

alat ini, bolehlah guru-guru membuat atau melakukan tindakan yang sewajarnya dalam

membantu murid-murid tersebut, yang sudah dikenalpasti mempunyai kelemahan untuk

dibantu agar dapat menguasai aspek tatabahasa dengan lebih baik lagi.

Prinsip yang keempat dalam pengajaran tatabahasa Bahasa Melayu ini ialah, pengajaran

secara konkrit dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan bahan rangsangan lain

yang sesuai serta menarik dan berkesan. Penggunaan BBM dan bahan rangsangan lain yang

sesuai ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid agar lebih fokus terhadap isi pelajaran

mengenai tatabahasa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, sesi pengajaran dan

pembelajaran pula tidak akan membosankan dengan adanya BBM yang menarik utnuk

digunapakai sepanjang sesi berlangsung. Secara tidak langsung, murid akan lebih tertarik

serta menambah atau meningkatkan kefahaman mereka terhadap isi pelajaran mengenai

tatabahasa. Bagi guru pula, faedah penggunaan BBM ini bukan sahaja mampu menarik minat

murid untuk belajar tatabahasa tetapi juga bahan-bahan tersebut dapat membantu guru-guru

dalam proses penyampaian isi pelajaran kepada murid. Ia membantu guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah serta dapat membantu guru mencapai

objektif pengajaran pada hari tersebut.

Prinsip seterusnya ialah, guru perlu mahir tentang selok-belok aspek tatabahasa yang ingin

diajarkan. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru Bahasa Melayu yang ingin mengajar

12

Page 13: Kbat Dalam Pppm

tatabahasa itu supaya mengenalpasti struktur isi pelajaran dengan lebih jelas sebelum

memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Apa yang pentingnya mengenai prinsip ini

ialah, sebagai seorang guru, adalah amat penting agar guru dapat mengelakkan diri daripada

menyampaikan atau memberikan maklumat berkaitan hukum-hukum dan peraturan

tatabahasa yang disampaikan oleh guru itu adalah bersesuaian serta menepati kehendak

sukatan dan mengelakkan kekeliruan dalam pemahaman murid dalam sesi pembelajaran

tatabahasa. Sekiranya maklumat yang disampaikan itu bercanggah atau tidak menepati dan

tidak bersesuaian dengan kehendak Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, adalah menjadi

kesalahan kepada guru yang mengajar itu kerana setiap isi pelajaran adalah berasakan kepada

garispanduan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan itu sendiri. Murid bukan sahaja

keliru atau mendapat maklumat yang salah, malah guru tidak akan dapat mencapai objektif

pengajaran yang disasarkannya.

Prinsip keenam pula ialah berkaitan dengan rumus atau hukum bahasa yang terdapat di

dalam aspek tatabahasa. Seperti mata pelajaran Sains atau Matematik yang mempunyai

rumus atau hukum-hukum tertentu, tatabahasa Bahasa Melayu juga tidak terlepas daripada

rumus atau hukum bahasa. Jika Sains dan Matematik menggalakkan agar rumus atau

hukumnya perlu dihafal agar senang mengingatinya, berbeza dengan rumus dan hukum

bahasa yang tidak menggalakkan agar murid-murid untuk menghafal rumus dan hukum

tersebut. Sudah memadai sekiranya murid-murid hanya perlu memahami penggunaan

tatabahasa dalam bahasa dengan betul kerana sudah menjadi prinsip dalam pengajaran

tatabahasa yang turut menekankan aspek tatabahasa itu perlu diajar secara sistematik atau

terancang. Selain itu, pengajaran aspek tatabahasa ini juga diajar dan digunakan mengikut

kesesuaian atau dalam konteks situasi sebenar harian murid-murid. Sekiranya apa yang

diajarkan itu diaplikasikan oleh murid dalam situasi sebenar, maka lebih mudah dan

senanglah murid-murid memahami seterusnya dapat menguasai aspek tatabahasa dengan

baik.

Prinsip seterusnya pula ialah proses menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa itu

mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan. Lazimnya, sesi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu tidak akan lari daripada penggunaan petikan sebagai BBM.

13

Page 14: Kbat Dalam Pppm

Dengan penggunaan petikan ini maka guru perlu mementingkan makna serta aspek

tatabahasa yang terdapat di dalam petikan yang digunakan. Guru perlu mempastikan

penggunaan aspek tatabahasa mengikut konteks berdasarkan petikan yang digunakan itu.

Guru perlu tahu bahawa pemahaman dan penguasaan adalah sangat penting terhadap aspek

tatabahasa kerana ia terdiri daripada kepelbagaian hukum-hukum bahasa serta beberapa

peraturan atau undang-undangnya yang akan dapat membantu murid-murid menguasai aspek

tatabahasa itu dengan lebih baik lagi.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU BERKAITAN

PENGAJARAN TATABAHASA SECARA TIDAK LANGSUNG

Tarikh: 28. 06. 2013

Hari: Jumaat

Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Masa: 8.10 – 9.10 pagi (60 minit)

Kelas: Tahun 5

Bilangan pelajar: 29 orang

Tajuk: Pesan Nenek

Objektif Pembelajaran:

Pada akhir proses pembelajaran, murid akan dapat :

Melaksanakan sesuatu arahan dengan tindakan yang wajar

Membina ayat perintah dengan betul

Menjawab dengan betul empat daripada lima soalan kefahaman.

Pengetahuan Sedia Ada Murid :

Murid sudah pernah diarah melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti

Fokus Utama :

14

Page 15: Kbat Dalam Pppm

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara

Aras 3

Meneliti arahan dan pesanan untuk membuat tindakan wajar

Fokus Sampingan :

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk

Aras 1

Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayatSistem Bahasa :

Tatabahasa : Ayat Perintah

Pengisisan Kurikulum:

Ilmu : Pendidikan Moral

Nilai : Berani, Rajin, Patuh, Kerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir : Menjana idea, menganalisis

Kemahiran Belajar Cara Belajar : Membaca, perbincangan

Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal

Kontekstual : Menghubungkait pengalaman dengan pembelajaran

Bahan Bantu Mengajar (BBM):

Lembaran kerja, kad manila, kad situasi, pen marker, kad ayat

Langkah /

Masa

IsiPelajaran

AktivitiP & P

Catatan

Set induksi

(5 minit)

1.Permainan :- Menyampaikan maklumat

1. Guru meminta ketua kumpulan tampil ke depan untuk mencabut pesanan yang

Nilai:-Yakin

15

Page 16: Kbat Dalam Pppm

2. Sampul Rahsia

terdapat di dalam sampul rahsia.2. Ketua kumpulan diberi masa mengingati maklumat dan menyampaikan pesanan kepada setiap ahli kumpulan.3. Ahli kumpulan terakhir akan menyatakan maklumat yang diterima.4. Guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran pada hari ini.

Kemahiran Berfikir:-Menjana idea

BBM:-Kad ayat

Langkah 1(15 minit)

1.Permainan :- ‘Pesan Nenek’ – membuat simulasi berdasarkan situasi yang dipilih2. Simulasi

1. Guru meminta ketua kumpulan tampil ke depan untuk mencabut sampul rahsia yang mengandungi kad situasi.2. Berdasarkan situasi yang diberi, murid diminta membuat simulasi terhadap arahan yang tertera pada kad situasi.3. Guru membimbing perbincangan murid.

Kemahiran Berfikir:-Menjana idea-Menganalisis

Nilai:-BeraniBBM:-Kad situasi

Langkah 2(10 minit )

1.Tatabahasa :- Ayat Perintah

1. Berdasarkan simulasi yang dilakukan, murid diminta membina 2 ayat perintah yang mengandungi adegan simulasi2. Guru membimbing tugasan murid.

Nilai:-RajinKemahiran Berfikir:-Menganalisis

Langkah 3(15 minit)

1. Perrbincangan Kumpulan:- Membina 4 ayat majmuk yang mengandung kata perintah2. Pembentangan

1. Guru meminta ketua kumpulan tampil ke depan untuk mengambil kertas manila dan pen marker.2. Guru memberi arahan tajuk perbincangan3. Guru membimbing perbincangan murid4. Wakil setiap kumpulan akan membentang hasil perbincangan

Kemahiran Belajar Cara Belajar :-PerbincanganBBM:-Kad Manila-Pen markerKemahiran Berfikir:-Menjana ideaNilai:-Berani

16

Page 17: Kbat Dalam Pppm

Langkah 4(10 minit)

1.Soalan kefahaman

1. Murid dipilih secara rawak untuk mengedarkan lembaran kerja2. Guru meminta murid menjawab soalan kefahaman3. Guru membimbing tugasan murid-murid.

Nilai:-Rajin

BBM:-Lembaran kerjaKemahiran Berfikir:-Menjana idea

Penutup(5 minit)

1.Rumusan1. Guru merumuskan pelajaran pada hari tersebut

Nilai:-Patuh

REFLEKSI : PENILAIAN GURU TERHADAP MURID DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID SEMASA PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASPEK TATABAHASA

Proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa merupakan satu

proses yang berterusan dilakukan oleh guru sekiranya guru ingin

17

Page 18: Kbat Dalam Pppm

mempastikan murid-murid memahami dan dapat mengaplikasikan

tatabahasa dengan betul. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam

bilik darjah berlangsung, tugasan guru lebih mencabar kerana dia perlu

berkebolehan dalam mengaplikasikan teknik-teknik dan prinsip-prinsip

pengajaran tatabahasa agar murid dapat memahami tatabahasa dengan

lebih baik. Namun, tidak dinafikan bahawa, setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran itu pasti akan timbul beberapa masalah yang dihadapi oleh

guru ataupun murid. Berikut saya nyatakan, beberapa masalah yang

dihadapi oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran aspek

tatabahasa ini.

Masalah yang pertama ialah, kesalahan penggunaan imbuhan. Dalam

pengajaran aspek tatabahasa, elemen seperti imbuhan itu adalah sangat

penting untuk dikuasai oleh murid-murid agar mereka tidak terpengaruh

dengan bahasa pasar atau bahasa campuran yang tidak sesuai digunakan

ketika berada di dalam acara atau majlis formal. Dengan menguasai atau

memahami aspek imbuhan, murid akan dapat menambahkan lagi

pemahaman orang lain berkaitan ayat yang dituturkan atau yang

disampaikan oleh mereka. Kadangkala, masalah berkaitan imbuhan ini

bukanlah berpunca daripada pengajaran oleh guru itu tetapi lebih kepada

murid yang kurang atau tidak memahami konsep penggunaan imbuhan di

dalam ayat. Kita sedia maklum bahawa, dalam imbuhan itu wujudnya kata

dasar. Tujuan penambahan imbuhan terhadap kata dasar itu pula lebih

kepada membezakan maksud ayat yang menggunakan kata dasar itu.

Contohnya,penggunaan kata pakai. Jika kita meletakkan imbuhan di

hadapan kata tersebut, iaitu imbuhan awalan‘di-‘, maka kata pakaitadi

akan menjadi dipakai. Contoh penggunaannya dalam ayat ialah, kasut hitam

itudipakaioleh Liza. Contoh seterusnya meletakkan imbuhan pada belakang

kata dasar iaitu imbuhan akhiran‘-kan’dan menjadi pakaikan. Contoh

dalam penggunaan ayat ialah, ‘Pakaikandia baju itu’, kata ibu kepada

Amin.Manakala penggunaan imbuhan pada awalan dan akhiran kata dasar

18

Page 19: Kbat Dalam Pppm

pakaiialah imbuhan apitan‘di – kan’menjadi dipakaikan.Contoh

penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut, robot

itudipakaikandengan sut yang mewah.Ada dikalangan murid yang tidak

tahu membezakan penggunaan perkataan berimbuhan tersebut di dalam

ayat yang mereka bina. Lazimnya masalah ini hanya berlaku dikalangan

murid-murid yang lembab atau slow learnerdan juga murid di kelas

Pemulihan. Bagi kes seperti ini, guru perlu bijak menanganinya dengan

memberikan seberapa banyak latihan latih tubi berkaitan dengan imbuhan

agar murid tersebut dapat memahami konsep imbuhan dengan lebih baik

lagi. Selain memberikan latihan latih tubi yang berterusan, guru juga perlu

menggunakan kaedah secara lisan untuk melatih murid agar dapat

menguasai atau sekurang-kurangnya tahu menggunakan imbuhan dengan

baik.

Masalah yang kedua pula ialah, kesalahan penggunaan kata hubung. Murid-

murid akan berasa sukar untuk mengikis kebiasaan mereka menggunakan

kata hubung dalam pertuturan atau perbualan dalam situasi formal dengan

penggunaan ayat yang betul. Dalam kata hubung, konsep yang perlu

diketahui dan difahami oleh murid ialah, fungsi kata hubung itu iaitu sebagai

penghubung atau penyambung kepada dua atau lebih lebih sama ada

perkataan, frasa, klausa atau ayat untuk menjadi satu ayat sahaja. Namun,

kebanyakan murid lebih suka menggunakan kata hubung contohnya

yang.Ada murid lebih suka dan selesa menggunakan perkataan

yangdiletakkan pada permulaan ayat semasa bertutur ataupun ketika

menjawab soalan kefahaman. Oleh itu, untuk mengurangkan kebiasaan ini

seterusnya menghilangkannya sekaligus daripada keterbiasaan, guru perlu

bijak memainkan peranan sebagai pembimbing murid-murid untuk

menggunakan kata hubung dengan betul, sesuai dengan fungsinya sebagai

penghubung kepada dua ayat untuk dijadikan kepada satu ayat sahaja. Guru

perlu memperbanyakkan latih tubi berkaitan dengan kata hubung agar

murid dapat menguasai seterusnya mengaplikasikan penggunaan kata

19

Page 20: Kbat Dalam Pppm

hubung yang betul sama ada ketika bertutur mahupun menjawab soalan

kefahaman.

Masalah yang ketiga ialah, masalah yang berkaitan dengan kesalahan

penggunaan aspek frasa nama, frasa kerja dan frasa sendi nama. Apabila

murid mempelajari aspek tatabahasa yang berkaitan dengan kata nama

seperti tempat atau arah selain kata kerja atau adjektif, murid akan

mengalami kesukaran untuk menyesuaikan ayat dengan situasi atau sukar

membina ayat yang betul dan tepat jika terdapat elemen-elemen tersebut.

Contohnya, jika di dalam ayat itu ada menunjukkan arah atau tempat, maka

murid perlu menjarakkan kata imbuhannya. Contohnya di sini, di sana, di

dalam, ke Komplek Sukan, di Kedai Serbaneka.Begitu juga dengan dengan

ayat-ayat yang melibatkan penggunaan kata sendi. Murid juga mengalami

masalah untuk membina ayat dengan baik. Guru perlu menerangkan kepada

murid satu persatu mengenai maksud dan fungsi frasa-frasa tersebut kerana

dengan penerangan yang diberikan sebelum meminta murid membina ayat,

maka murid akan lebih mengetahui dan memahami konsep frasa-frasa

tersebut. Selain latih tubi yang berterusan sama ada ketika berlangsungnya

sesi pengajaran dan pembelajaran, guru juga perlu meminta murid untuk

membina ayat secara lisan sebagai latihan kepada mereka untuk

mengaplikasikan frasa-frasa tersebut serta tahu membezakannya mengikut

fungsinya.

Manakala masalah yang keempat pula ialah, masalah penggunaan sendi

nama. Penggunaan kata sendi nama seperti di, ke, kepada, daripada, pada,

bagi, tentangjuga adakalanya mengelirukan murid. Masalah keliru dan tidak

tahu menggunakan kata sendi mana yang harus digunakan sering

membelenggu murid dalam menghasilkan ayat yang betul. Oleh itu,

penerangan daripada guru mengenai fungsi dan konsep penggunaannya

adalah sangat penting agar murid mengetahuinya serta dapat membantu

murid menguasai atau memahami penggunaan sendi nama di dalam ayat

yang mereka bina. Guru perlu memperbanyakkan latihan latih tubi

20

Page 21: Kbat Dalam Pppm

tatabahasa berkaitan sendi nama agar murid dapat membezakan fungsi dan

konsep antara pada, kepadadan daripadadan sebagainya lagi. Latihan lisan

juga penting agar murid dapat membiasakan diri menggunakan kata sendi

nama yang sesuai untuk digunakan dalam perbualan. Malah, murid juga

perlu digalakkan membina ayat setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat

dalam sehari sebagai latih tubi untuk mereka menguasai dan memahamai

aspek tatabahasa tersebut.

PENUTUP

Secara amnya, proses pengajaran aspek tatabahasa Bahasa Melayu adalah satu

proses yang berterusan, sama ada ia disampaikan atau diajarkan baik secara langsung

mahupun secara tidak langsung dan perlu mengikut prinsip-prinsip pengajarannya agar

apa yang disampaikan oleh guru itu dapat diterima oleh murid dengan lebih berkesan

lagi. Murid bukan sahaja dapat memahami malah dapat mengaplikasikan aspek

tatabahasa ini dengan baik sama ada dalam pertuturan secara lisan mahupun secara

bertulis. Perancangan lebih awal oleh guru adalah penting agar guru dapat memikirkan

langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menarik melalui

Rancangan Pengajaran Harian. Walaupun setiap proses pengajaran itu akan

berhadapan dengan masalah terutamanya berkaitan dengan murid, namun sebagai

seorang pendidik, guru perlu lebih kreatif dan terbuka dalam mengajar murid aspek

tatabahasa ini agar dapat mencapai objektif. Guru juga perlu memikirkan langkah-

langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dengan memikirkan cara

yang sesuai agar murid sekurang-kurangnya dapat memahami konsep sesuatu elemen

tatabahasa itu.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK DAN LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

1.0 Pengenalan

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza daripada individu yang lain. Di dalam sesebuah kelas, terdapat perbezaan individu antara setiap murid tersebut. Terdapat murid yang lemah, sederhana dan pandai. Menurut

21

Page 22: Kbat Dalam Pppm

Henson dan Eller (1999) di dalam bukunya Educational Psycholigy for Effective, kepelbagaian individu merujuk kepada ciri atau sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti optimistik, sentiasa berani mencuba ) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah ( contohnya seperti takut melakukan, takut bertanya).

Satu kajian telah dilakukan ke atas dua orang murid sekolah rendah yang berbeza pencapaian akademik. Kajian tersebut dilakukan melalui kaedah temu bual berdasarkan beberapa soalan. Seorang mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dan seorang lagi mempunyai pencapaian akademik yang lemah. Kedua orang murid tersebut adalah murid lelaki, berumur sembilan tahun, jantina yang sama dan berada di dalam kelas yang sama.

Hasil dapatan daripada sesi temu bual, terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi pencapaian akademik kedua orang murid tersebut. Antaranya, faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, kesihatan, jantina dan lokasi/tempat tinggal murid.

Justeru itu, beberapa langkah perlu diambil oleh guru untuk mengatasi masalah pencapaian akademik kedua orang murid tersebut. Pertama, kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

2.0 Kajian Literatur

Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Murid yang memilikki ciri-ciri ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan bersikap lebih terbuka mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik.

Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenalpasti gaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran.

Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik daripada kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca. Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta, teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik , contohnya dalam menyelesaikan tugasan geometri.

3.0 Faktor-faktor mempengaruhi

22

Page 23: Kbat Dalam Pppm

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid. Antaranya faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan lokasi atau tempat tinggal.

3.1 Personaliti

Setiap murid mempunyai personaliti yang tersendiri. Faktor personaliti memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar (Eysenck 1979). Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya.

Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Murid yang memiliki ciri-ciri ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan bersikap lebih terbuka mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik. Pelajar sekolah rendah didapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang (Elliot,1972;Anthony,1977 dan Riding 1979).

Murid yang peramah, suka bergaul dan ceria mudah mendapat ramai kawan. Ini dapat meningkatkan pencapaian akademik apabila mereka dapat belajar secara berkumpulan. Pada kebiasaannya, murid akan menjadi baik dan berjaya apabila mereka bersahabat dengan rakan yang baik dan rajin. Jika mereka bersahabat dengan rakan yang tidak bermoral maka mereka turut gagal mengekalkan kejayaan yang dicapai sebelumnya ( Sulaiman, 1996 ). Ini bermaksud seseorang murid yang mempunyai kecemerlangan dalam bidang akademik akan menjadi sebaliknya jika berkawan dengan rakan-rakan yang mempunyai sikap yang malas dan tidak suka kepada sesuatu kejayaan dalam bidang akademik. Hal ini kerana, seseorang rakan itu dapat mempengaruhi rakan yang lain untuk mengikuti jejaknya.

Faktor personaliti ini dapat disokong oleh Teori Sigmund Freud bahawa perkembangan personaliti manusia terbahagi kepada tiga iaitu ego, id, dan superego. Murid yang berkebolehan dan pintar cerdas kognitif dalam pencapaian akademik tergolong dalam personaliti ego. Ego ialah realiti komponen psikologi yang mengutamakan realiti dan pemikiran logik. Murid yang memiliki elemen ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan semasa.

Manakala, murid yang mempunyai personaliti id ialah murid yang mementingkan keseronokkan, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan. Murid superego pula lebih menyerupai hati nurani atau conscience seseorang individu. Murid ini mempunyai kedua-dua personaliti ego dan id.

23

Page 24: Kbat Dalam Pppm

3.2 Gaya belajar dan gaya kognitif

Gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi maklumat mengenai persekitarannya. Sementara, gaya belajar merujuk kepada pendekatan individu kepada cara belajar yang digemarinya.Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenalpasti gaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran.

Gayabelajar yang bersesuaian dengan diri seseorang murid adalah salah satu penentuan ke arah kecekapan dan kebolehan mengasimilasikan ilmu yang dipelajari dengan cemerlang dan berkesan. Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Ini kerana, cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik (Chambers, 1991).

Faktor ini turut disokong oleh Herman Witkin dan Gooddenough (1977) yang memperkenalkan gaya bebas medan dan bersandar medan. Antara ciri-ciri pelajar gaya bebas medan ialah , suka berinteraksi secara formal dengan guru, matlamat pembelajaran daripada punca dalaman dan suka merancang sendiri cara pembelajaran. Manakala,ciri-ciri pelajar bersandar medan ialah suka berinteraksi secara informal dengan guru, matlamat pembelajaran daripada punca luaran iaitu ibu, bapa atau guru dan suka pembelajaran terancang dan berstruktur. Oleh yang demikian, pelajar yang mempunyai ciri bersandar medan mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang berbanding pelajar bebas medan.

Pencapaian akademik murid yang berbeza turut merujuk kepada gaya kognitif impulsif dan reflektif. Menurut Slavin (1997) gaya impulsif merujuk seseorang yang gemar memberi respons secara tepat, yang biasanya tidak menitikberatkan ketepatan. Pelajar impulsif suka membuat kerja dengan cepat, tetapi membuat kesilapan kerana belajar mengikut gerak hati. Manakala, pelajar reflektif seseorang yang sentiasa menganalisis diri dan pemikiran sendiri. Pelajar reflektif lambat menyiapkan tugasan tetapi kurang membuat kesilpan. Mereka lebih mementingkan ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan daripada menepati masa yang ditetapkan. Perasaan kurang yakin diri ini menyebabkan mereka lambat menyiapkan tugasan.

3.3 Kesihatan

Murid yang sihat sentiasa riang, cerdas, suka bertanya dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan baik. Manakala, murid yang tidak sihat kelihatan lemah, kurang bertenaga, tidak menumpukan perhatian di dalam kelas dan tidak mempunyai ramai kawan. Selain itu, murid lemah kerana menghadapi masalah kesihatan seperti asthma, talassemia, hepatitis B dan sebagainya.

24

Page 25: Kbat Dalam Pppm

Penjagaan kesihatan merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada murid. Kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental akan membolehkan murid mengikuti pelajaran dengan baik dan sempurna. Pemakanan yang tidak mencukupi sama ada dari segi kuantiti ataupun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan pemakanan yang seimbang boleh menggangu pola-pola pertumbuhan kerana kurangnya pengambilan vitamin, mineral dan protein.

Dengan pengabaian tersebut, keupayaan fizikal dan mental murid-murid tersebut agak terbatas dan lemah menyebabkan tumpuan mereka terhadap pembelajaran adalah lemah. Keadaan ini menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.

Faktor ini turut disokong dengan adanya Teori Hirarki Keperluan Maslow. Keperluan Fisiologi merupakan peringkat keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal.

Oleh itu, dalam konteks pendidikan murid-murid yang kurang mendapat makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan murid terganggu atau terjejas.

4.0 Jantina

Pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang individu. Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian akademik (Campbell dan Clewell 1999).

Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) pelajar perempuan lebih baik daripada kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca. Sementara, pelajar lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta, teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Pelajar lelaki turut mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata pelajaran matematik , contohnya dalam menyelesaikan tugasan geometri.

Faktor ini turut disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Pencapaian akademik murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki kerana murid perempuan mempunyai kecerdasan verbal linguistik. Menurut Howard Gardner’s, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan

25

Page 26: Kbat Dalam Pppm

verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih

Oleh itu, murid perempuan dikatakan memiliki kecerdasan verbal linguistik kerana cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Murid perempuan sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa, meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial dan suka membaca bacaan yang luas serta membaca dengan pantas.

5.0 Lokasi atau tempat tinggal

Murid yang tinggal dan membesar di kawasan persekitaran yang sihat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Menurut Papalia (2001) persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu. Ini dapat dilihat melalui asuhan dan interaksi dengan kedua orang ibu bapanya, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer.

Menurut Baumrind ( di dalam Santrock, 2001), terdapat empat bentuk asuhan keluarga iaitu authoritarian, autoritatif, mengabaikan dan indulgent. Ibu bapa yang mengamalkan bentuk asuhan keluarga autoritatif dapat membantu pencapaian akademik murid-murid di sekolah. Ini kerana, ibu bapa autoritatif adalah ibu bapa yang memberikan kebebasan yang terbatas kepada anak mereka. Antara ciri ibu bapa autoritatif ialah menggalakkan anak-anak berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka dan anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibu bapa yang bersifat menyokong dan membantu perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang demikian, anak-anak yang dibesarkan dengan cara asuhan autoritatif ini menunjukkan tingkah laku bersosial yang baik.

Faktor ini turut disokong dengan Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner. Mengikut Urie Bronfenbrenner (1917) terdapat lima sistem yang mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono. Sistem mikro adalah seting di mana seseorang individu menghabiskan masa bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah atau berada di kawasan setaman atau sekampung. Di dalam sistem ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Justeru itu, murid yang tinggal di dalam ekologi sistem mikro dapat membesar dengan sihat dan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademiknya. Ini kerana kawasan persekitarannya telah membantu menjadikannya murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

5.0 Langkah-langkah mengatasi

26

Page 27: Kbat Dalam Pppm

Antara langkah-langkah mengatasi yang boleh diambil ialah mengadakan kaedah kumpulan, pembelajaran, peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

5.1 Kaedah kumpulan

Di dalam sesebuah kelas terdapat beberapa orang murid yang mempunyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid. Ini dapat memudahkan guru menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.

Guru boleh mengasingkan murid yang lemah, sederhana dan pandai dalam kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, guru dapat memantau prestasi setiap kumpulan berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan murid-murid tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak membebankan murid kerana guru menggunakan aras yang berbeza untuk setiap kumpulan.Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap murid-muridnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian murid perlu dicatat dari masa ke masa.

5.2 Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran ini, murid cerdas dikehendaki membantu murid lemah. Murid yang cerdas akan bersungguh-sungguh membantu murid yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat memupuk semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain.

Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea “perancah” (scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid cerdas akan membimbing pelajar lemah di dalam zon perkembangan proksimal. Ini kerana, ada kalanya pengajaran rakan sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh pelajar yang cerdas ini.

5.3 Peneguhan positif dan negative

Semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Murid-murid akan berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat peneguhan positif dengan mengatakan “bagus”apabila murid dapat memberi jawapan yang betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Peneguhan positif juga boleh diberikan

27

Page 28: Kbat Dalam Pppm

dengan memberikan simbol bintang pada buku latihan murid kerana dapat menyiapkan kerja dengan tulisan yang kemas dan cantik.

Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang yang tidak disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya membuat bising akan mengatakan bahawa, “Saya akan membenarkan murid yang telah menyiapkan kerja keluar rehat lebih awal”. Oleh itu, murid akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk keluar rehat lebih awal.

Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau “grandmother’s rule, iaitu dengan menyatakan , “ Murid yang membuat kerja dengan tulisan yang cantik dan kemas akan dibenarkan membaca komik “Naruto”. Ini bermakna murid akan membuat latihan yang diberikan dengan teliti untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya.

5.4 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran

Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz, perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan.

Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap pencapaian dan kebolehan muridnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set induksi menggunakan tayangan video, bercerita, bernasyid dan sebagainya. Secara langsung dapat menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar.

3.5 Mempelbagaikan bahan Bantu mengajar

Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik.

Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam surat khabar tersebut.

Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah hingga susah. Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan mengikut tahap keupayaan masing-masing. Pembelajaran berbantukan komputer amat menarik

28

Page 29: Kbat Dalam Pppm

digunakan kerana mengandungi elemen-elemen visual grafik yang dapat menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.

6.0 Kesimpulan

Pencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan dan faktor lokasi. Ini kerana setiap murid mempunyai perbezaan individu tersendiri.

Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan murid di dalam kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keupayaan seseorang murid itu. Langkah-langkah mengatasi yang boleh di ambil oleh guru ialah mengaplikasikan kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar.

Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang berlaku pada murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang mengalami masalah perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu hari nanti. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan bahawa modal insan yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah memainkan peranan amat penting iaitu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang berguna, cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan.

7.0 Rujukan

Agnes, P. W. , Kellerman, A.S., & Meyer, J. (1996). Multimedia in the classroom. Boston: Allyn & Bacon.

Alsagoff. S (1992). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

http://images.dehewaraspak.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RvGX@AoKCtMAAFNiRgc1/hubungan%20sosioekon%20dgn%20pcapaaan.pdf?key=dehewaraspak:journal:23&nmid=58573556

http://www.personalitypage.com/info.html

Ismail.M, (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Husin.K(1993).Pedagogi 3. Penggunaan psikologi dalam bilik darjah.Petaling Jaya : Longman Malaysia.

Mohamed.M. (1990). Pengantar psikologi satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia, Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

29

Page 30: Kbat Dalam Pppm

Nor.S & Ramli. D (1998). Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK): Longman.

Wan Zah Wan Ali (2000) Memahami pembelajaran.Kuala Lumpur: Utusan Publications

30