soalan hbhe3203 kebersihan dan keselamatan persekitaran

Upload: janiceheuwaiyee

Post on 11-Oct-2015

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hihi

TRANSCRIPT

Soalan HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan PersekitaranBAHAGIAN A1. Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan untuk menyatupadukan dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.Bincangkan DUA peranan murid di dalam melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ini.2. Bagaimanakah ibu bapa dan masyarakat dapat memainkan peranan agar Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) mencapai matlamatnya.3. Bincangkan DUA langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah bagi memastikan suasana sekolah sentiasa bersih, indah dan ceria sepanjang masa.4. Huraikan DUA objektif khusus penubuhan program PROSTAR (Program Sihat Untuk Remaja).5. Pelajar yang jatuh sakit atau cedera perlu berehat sementara menunggu rawatan lanjut daripada pasukan perubatan di hospital. Oleh itu, bilik rawatan di sekolah umpama klinik mini disediakan untuk menempatkan pelajar berkenaan.Nyatakan kelengkapan asas yang perlu ada di bilik rawatan sesebuah sekolah.

1. Aspek penjagaan keselamatan di rumah tidak boleh dipandang ringan. Golongan dewasa juga memerlukan peralatan perlindungan keselamatan.(a) Bincangkan EMPAT langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko kemalangan di rumah.(b) Huraikan dengan jelas EMPAT panduan penggunaan peralatan perlindungan keselamatan yang perlu diutamakan semasa di rumah.2. Konsep SAFE telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1996 yang berkaitan dengan penjagaan keselamatan di sekolah.(a) Huraikan hubungan konsep SAFE dengan langkah-langkah keselamatan di padang sekolah.(b) Huraikan TIGA jenis risiko yang berpotensi mendatangkan kemudaratan kepada pengguna khasnya pelajar dan guru-guru berserta contoh yang sesuai.

3. Pencemaran air oleh aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan banyak punca air bersih mula tercemar. Pencemaran boleh membahayakan kesihatan manusia dan mengancam sumber alam dan ekosistem.(a) Huraikan hujah-hujah untuk menyokong pernyataan di atas iaitu aktiviti yang di lakukan oleh manusia boleh menyumbang kepada pencemaran.(b) Bincangkan TIGA faktor yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.(b) Bincangkan TIGA faktor yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air.

4. Terdapat beberapa Akta yang telah digubal untuk menjaga alam sekitar.(a) Bincangkan EMPAT akta yang bertanggungjawab untuk melaksanakan kawalan pencemaran alam sekitar ini.(b) Sanitasi persekitaran amatlah penting untuk menjamin sesebuah kawasan itu bebas daripada bahan cemar yang berpunca daripada air kubahan dari kawasan perumahan, perindustrian, penternakan dan sebagainya.Huraikan dengan terperinci kemudahan untuk sanitasi persekitaran.

5. Dewasa ini, terdapat banyak penyakit dan masalah kesihatan yang berlaku akibat daripada aspek perbandaran, migrasi dan perindustrian. Antaranya adalah wabak Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS), selsema burung, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta influenza A HINI. Wabak ini boleh tersebar dengan cepat. Oleh itu langkah pencegahan perlu diambil berat terlebih dahulu sebelum memikirkan aspek rawatan.(a) Terangkan konsep Diagnosis Awal dan Rawatan Awal dalam pencegahan pencemaran dalam sesebuah masyarakat.(b) Bincangkan konsep Promosi Kesihatan yang boleh memberikan kesedaran kepada orang ramai bagi melakukan langkah-langkah pencegahan terhadap sesuatu penyakit.

BAHAGIAN C1. Bincangkan bagaimana Human Immunodeficiency Virus (HIV) boleh berjangkit dan huraikan LIMA langkah pencegahan yang boleh diambil untuk menghindari virus ini.2. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mendefinisikan toksid sebagai bahan dan sediaan yang jika disedut atau dihadam atau menembusi kulit boleh mengakibatkan risiko kesihatan yang serius dan kematian.Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan DUA jenis penyakit yang dapat dikesan daripada jangkitan toksid dan cadangkan cara pengawalan bahan toksid ini.