soalan hbae 1403

Upload: xiao-ling-lo

Post on 03-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Soalan HBAE 1403

    1/7

    PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN________________________________________________________________________

    HBAE1403

    MENGGAMBAR

    MEI 2013

    ________________________________________________________________________

    ARAHAN KEPADA PELAJAR

    1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul

    bercetak kursus ini.

    2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

    3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan

    dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12

    Times New Roman dan langkau baris 1.5.

    4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.

    Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalinsoalan dan

    arahan tugasan dalam jawapan anda.

    5. (a) Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Andadinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

    6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.

    7. Tugasan anda hendaklah diserahkan pada 12hb-14hb Julai 2013 atau Tutorial 4 (TUTOR). Serahan

    selepas 14hb Julai 2013 atau Tutorial 4 TIDAKakan diterima.

    8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda

    juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE 1403

    2/7

    PENILAIAN

    Tugasan ini akan menyumbangkan 40 % markah kepada kursus tersebut dan akan dinilaiberdasarkan kepada Rubrik.

    Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

    PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH

    Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika

    plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

    Tugasan dengan pertindihan kandunganantara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah

    markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandunganantara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah

    markah yang diperoleh.

    Tugasan dengan pertindihan kandunganlebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE 1403

    3/7

    SOALAN TUGASAN

    Terdapat dua ungkapan mengenai apresiasi seni yang diutarakan oleh Herbert Read dalam

    teori perkembangan seni kanak-kanak iaitu;

    Art is creative self expression dan

    Works of art express and communicative universal values

    Huraikan kenyataan di atas dengan menunjukkan perkaitan antara peranan guru Pendidikan

    Seni Visual untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni kanak-kanak.

    Apresiasi seni perlu menyeluruh yang berkait dengan tema, bahan, teknik dan penilaian andaterhadap satu (1) hasilan seni kanak-kanak yang dipilih.

    Tugasan esei anda perlu diserahkan bersama dengan contoh karya seni kanak-kanak yang

    dipilih.

    (Kata kunci: apresiasi, proses artistik, guru Pendidikan Seni Visual, kreativiti, kaedah)

    [Jumlah: 40 markah]

    ____________________________________________________________________________

    MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGE

  • 7/28/2019 Soalan HBAE 1403

    4/7

  • 7/28/2019 Soalan HBAE 1403

    5/7

    RUBRIK TUGASAN

    KOD KURSUS : HBAE 1403

    KURSUS : MENGGAMBAR

    Kriteria Pemberatan Lemah

    1

    Menepati Sebahagian

    Piawai

    2

    Menepati Piawai

    3

    Melebihi Piawai

    4

    Markah

    Penuh

    Pengenalan 1 Pengenalan yang umum

    dan lemah tentang gurupendidikan seni.

    Pengenalan yang

    sederhana tentangperanan guru

    pendidikan seni di

    sekolah.

    Pengenalan yang baik

    tentang peranan gurupendidikan seni di

    sekolah (pengetahuan

    seni dan kreativiti

    kanak-kanak).

    Pengenalan yang

    menarik dan jelastentang peranan guru

    pendidikan seni di

    sekolah (pengetahuan seni

    dan kreativiti kanak-

    kanak).

    4

    Isi Kandungan-

    Perbincangan

    tentang proses

    artistic dengan

    menggunapakai

    kaedah apresiasi

    seni.

    5 Perbincangan secara

    ringkas serta umum

    tentang proses dan kaedah

    apresiasi seni.

    Perbincangan yang

    sederhana dan huraian

    secara umum tentang

    proses dan kaedah

    apresiasi seni.

    Membincangkan

    dengan baik tentang

    tentang proses dan

    kaedah apresiasi seni

    termasuk tema,

    bahan, teknik dan

    penilaian seni.

    Membincangkansecaraterperinci

    mengenai proses artistik

    dengan menggunakan

    kaedah apresiasi seni iaitu

    tema, bahan, teknik dan

    penilaian guru PSV.

    20

    Maklumat

    Sokongan(Sorotan Kajian)

    2 Karya seni kanak-kanak

    dihurai secara umum dantidak berfokus. Tiada

    rujukan karya seni.

    Karya seni kanak-

    kanak dikaitkandengan kreativiti.

    Dihurai secara umum

    dan sederhana.

    Karya seni kanak-

    kanak dikaitkandengan kreativiti.

    Dihurai dengan baik.

    Ada rujukan karya

    seni.

    Karya seni kanak-kanak

    dikaitkan dengankreativiti dan psikologi

    kanak-kanak. Dihurai

    dengan terperinci dan

    menarik. Ada rujukan

    karya seni

    8

  • 7/28/2019 Soalan HBAE 1403

    6/7

    Kesimpulan 1 Kesimpulan yang umum,

    tidak menjawab persoalan

    tugasan.

    Kesimpulan yang boleh

    diterima tetapi tidak

    menjawab persoalan

    tugasan dengan baik.

    Kesimpulan yang

    baik dan menjawab

    persoalan tugasan

    dengan baik.

    Kesimpulan yang kukuh

    dan menjawab persoalan

    tugasan dengan jelas dan

    menyeluruh.

    4

    Organisasi 1 Kebanyakan keterangan

    tidak disusun mengikut

    logik dan penulisan

    kurang bermakna .

    Beberapa keterangan

    disusun mengikut logik

    tetapi cara penulisan

    tidak menarik.

    Keterangan disusun

    mengikut logik dan

    ditulis dengan baik.

    Keterangan disusun

    mengikut logik dan

    ditulis secara berkesan

    dan amat menarik .

    4

    JUMLAH 40

    * Jumlah markah akan ditukar kepada 40 peratus.

    * Wajaran adalah berat sesuatu bahagian bergantung pada kepentingan maklumat yang diperlukan.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE 1403

    7/7

    Lampiran II: CONTOH PANDUAN PELAJAR 1

    Anda dinasihatkan:

    1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet

    yang boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi

    yang mempunyai reputasi yang baik) diperlukan untuk memahami konsep sebelumpelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.

    2. Buat pencarian di buku/internet berkaitan definisi dan kata kunci dalam proses untuk

    mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

    3. Membuat rujukan di perpustakaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan.

    4. Mewawancara tokoh kraf/ guru seni bagi mendapatkan bantuan yang diperlukan

    mengenai tugasan.

    5. Menggunakan gambar / foto / lakaran / ilustrasi untuk membantu menjelaskan jawapan

    tugasan anda.

    Lampiran III: CONTOH PANDUAN TUTOR

    1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan

    penulisan. Ada Pengenalan Isi Kandungan Kesimpulan Bibliografi - Lampiran

    2. Mencadangkan Format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

    3. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan

    memasukkan markah ke dalam OMES.

    4. Laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan dicetak serta

    lampirkan artikel bersama tugasan.

    5. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman

    web dengan betul. Guna gaya APA.

    LAIN-LAIN PANDUAN MENGIKUT KEPERLUAN KURSUS DAN KREATIVITI

    SME