soalan fonetik ulangkaji pgsr dan jawapan

Upload: zuridah-idris

Post on 03-Apr-2018

270 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    1/18

    Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR dan jawapan.1.vokal sempit dan vokal lapang dibezakan oleh

    I. Lelangit lembut III. Bentuk bibir

    II. Pita suara IV.Bahagian lidah

    A. I dan IV C I,II dan III

    B. III dan IV D II,III dan IV

    2.Kesemua yang tersenarai di bawah merupakan daerah artikulasi kecuali,

    A.peti suara C.lelangit keras

    B.lelangit lembut D.bibir atas

    3. Huraian di atas menerangkan penghasilan:

    A konsonan sisian gusi

    B konsonan getaran gusi

    C konsonan geseran glottis

    D vokal depan sempit

    4. Perkataan berikut mengandungi vokal rangkap kecuali

    A daun B aurat C sertai D kuih Vokal depan sempit dihasilkan apabila...

    I. depan lidah diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut menyebabkan berlakunya

    sempitan.

    II. udara yang keluar melalui sempitan ini akan menghasilkan bunyi vokal.

    III. bibir berada dalam keadaan hampar atau leper.

    IV. belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan asal.

    5. Vokal depan sempit dihasilkan apabila...

    A. II dan III

    B. I dan IV

    C. I, II dan III

    D. I, II dan IV

    Jawapan betul: C

    6. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri vokal?

    I. Pita suara tidak bergetar semasa bunyi vokal dihasilkan.

    II. Bunyi vokal boleh dipanjangkan sebutannya tanpa sebarang halangan.

    III. Bunyi vokal tidak mengalami sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa ia dihasilkan.

    IV. Bunyi-bunyi vokal tidak perlu bercantum untuk membentuk suku kata dalam bahasa Melayu.

    A. I, II dan III

    B. I, II dan IV

    C. III dan IV

    D. II dan III

    Jawapan betul: D

    JAWAPAN soalan FONETIK 1

    1. Pengetahuan tentang peranan alat dan daerah artikulasi penting dalam memahami jenisjenis

    bunyi bahasa.Namakan mengikut turutan jenis bunyi bahasa yang sesuai dengan penyataan yang

    diberi di bawah.

    (a) Bunyi yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui

    rongga hidung.

    Jawapan vocal sengau

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    2/18

    (b) Bunyi yang dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal tetapi hanya mengandungi satu puncak

    sebutan.

    Jawapan -Diftong

    (c) Bunyi yang dihasilkan apabila berlakunya sekatan arus udara, sempitan, dan geseran sama ada di

    bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.

    Jawapan- Konsonan ( ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerimasekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.)

    (d) Bunyi bersuara yang dihasilkan tanpa apa-apa sekatan pada arus udara dan pita suara bergetar.

    Jawapan: Vokal

    JAWAPAN soalan FONETIK 1

    1. Pengetahuan tentang peranan alat dan daerah artikulasi penting dalam memahami jenisjenis

    bunyi bahasa.Namakan mengikut turutan jenis bunyi bahasa yang sesuai dengan penyataan yang

    diberi di bawah.

    (a) Bunyi yang dihasilkan apabila lelangit lembut diturunkan bagi membolehkan udara keluar melalui

    rongga hidung.

    Jawapan vocal sengau(b) Bunyi yang dihasilkan dengan geluncuran dua bunyi vokal tetapi hanya mengandungi satu puncak

    sebutan.

    Jawapan -Diftong

    (c) Bunyi yang dihasilkan apabila berlakunya sekatan arus udara, sempitan, dan geseran sama ada di

    bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.

    Jawapan- Konsonan ( ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima

    sekatan, sempitan, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.)

    (d) Bunyi bersuara yang dihasilkan tanpa apa-apa sekatan pada arus udara dan pita suara bergetar.

    Jawapan: Vokal

    2. Bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu terdiri daripada vokal hadapan, vokal tengah dan vokalbelakang.

    (a) Dengan bantuan rajah, tunjukkan kedudukannya.

    (b) Beri huraian tentang penghasilan TIGA bunyi vokal hadapan yang ditunjukkan dalam rajah anda (

    rujuk soalan (a)).

    a. Vokal Hadapan

    Vokal Hadapan Sempit [ i ]

    Untuk menghasilkan vokal ini hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras,

    lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya

    udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara.

    Contoh:

    Awal kata Tengah kata Akhir kata

    [ikan] [tipu] [bali]

    [ikut] [lihat] [topi]

    [pahit] [pili]

    [kira] [kuwali]

    [famili]

    Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]

    Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita cuba menyebutnya kita dapati lidahberada tidak tinggi atas seperti vokal [ i ] dan tidak di bawah seperti vokal [ a ], tetapi di tengah. Untuk

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    3/18

    menyebutnya hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i] sementara alat-alat

    lain serupa peranannya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara dirapatkan.

    Contoh:

    Awal kata Tengah kata Akhir kata

    [elo?] [laher] [kole ][esa] [merah]

    [e n ?] [lateh]

    [ela ?] [leka]

    [eka] [sepa?]

    Vokal Hadapan Separuh Luas [ e ]

    Hadapan lidah dinaikkan separuh luas (lebih rendah daripada cara membunyikan vokal [e] ) yang

    bergerak ke arah lelangit keras, iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit

    lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.Contoh:

    Contoh:

    Awal kata Tengah kata Akhir kata

    [elok] [belok] [leher]

    [teleng]

    Vokal Hadapan Luas [a]

    Vokal ini terletak jauh di bahagian bawah, seolah olah terhampar dan mulut kita di dalam keadaan

    terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit

    lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam

    bahasa Melayu.

    Contoh:

    Awal kata Tengah kata Akhir kata

    [ahli ] [m ka] [bola]

    [ambil] [nans] [m m ]

    [anjiN] [ ] [ laba ]

    [jaga? ] [ m la m ] [ di ya ]

    [ tapai ] [ supaya ]

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    4/18

    fonetik dan fonologi BM

    Soalan 1

    a)

    Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti selok-belok bunyi bahasa yang hanya

    dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan. Fonetik Artikulasi merujuk kepada proses

    yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi.

    Fonetik artikulasi merupakan cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian

    sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia menggunakan alat-alat pertuturan

    dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan artikulator yang melibabkan bahagian

    tubuh badan manusia seperti dada, tekak dan kepala. Menurut Indirawati Zahid Dan

    Mardian Shah Omar, fonetik artikulasi ialah satu bidang yang mengkaji mengenai cara

    kita menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk bertutur. Kajian ini turut

    mendeskripsikan cara-cara bunyi dilafazkan yang melibatkan daerah ataupun organ

    artikulasi masing-masing. Semuanya adalah berbeza dan setiap satunya menghasilkan

    perbezaan bunyi yang diucapkan.organ artikulasi merupakan organ yang digunakan

    bagi menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang

    menghasilkan sekatan bunyi. Mengikut Abdullah Hassan bunyi bahasa itu tidak

    mempunyai hubungan pasti dengan bentuk lambing itu. Sebagai contohnya bunyi [b]

    dalam bahasa Melayu diberi lambing bdalam tulisan rumi dan dalam tulisan jawi

    iaitu ada dua lambang yang berlainan bagi bunyi yang sama dan ini bermakna bunyi

    yang sama tidak semestinya mempunyai lambang yang sama.

    ( Rujukan daripada Buku Fonetik dan Fonologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran

    Bahasa Melayu)

    Rujukan daripada Buku Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran BahasaMelayu)

    b)

    Perkataan Transkripsi Fonetik Transkripsi Fonemik

    Emas [#?ms#] /#mas#/

    Naik [#ni?#] /#nai?#/

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    5/18

    Bau [#bawu#] /#bau#/

    Taufan #tau fan# /#taufan#/

    Taun [#ta?un#] /#taun#/

    c) Al-Quran ialah petunjuk kepada manusia yang sarat dengan ilmu

    pengetahuan bagi mengeluarkan manusia daripada kegelapan menuju kepada

    cahaya Ilahi, daripada kejahilan kepada ketinggian ilmu pengetahuan.

    Transkripsi Fonetik Transripsi Fonemik

    [#?alwquran ijalah pewtunwo? kpada

    mwnsija ja sarat dn ilwm

    ptawhuwan bagi mwluarkan

    mwnsija daripada kglapan

    mwnwu kpada ahaja ilahi //

    daripada kahilan kpada ktigijan

    ilwm ptawhuwan #]

    /#alquran ialah ptunok? Kpada

    manusia ja sarat dan ilmu

    ptahuan bagi mluarkan

    manusia daripada kglapan mnuu

    kpada ahaja ilahi // daripada

    kahilan kpada ktigian ilmu

    ptahuan#/

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    6/18

    Soalan 2

    a)fonetik Akustik merupakan pengkajian yang dijalankan keatas sifat bunyi itu

    sendiri, iaitu, bagaimana gelombang udara daripada paru-paru mengalami

    perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi

    seperti pita suara, lidah, bibir, dan sebagainya. Menurut Nor Hashimah

    Jalaluddin, beliau menyatakan bahawa fonetik akustik ialah bidang yang

    mengkaji mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke

    telinga pendengar dengan menggunakan alat yang dikenali sebagaispetrogram. Alat ini digunakan untuk melihat kekerapan atau frekuensi dan

    luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu. Terdapat kajian yang

    dilakukan dengan menggunakan spektrogram yang mendapati bahawa bunyi

    vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi vokal hadapan

    dikatakan nadanya adalah lebih tinggi berbanding dengan bunyi vokal

    belakang. Contohnya, bunyi vokal [i] adalah lebih tinggi daripada bunyi

    vokal [u]. Menurut Indirawati Zahid dan Mandian Shah Omar fonologimerupakan subdisiplin yang mengkaji bunyi bahasa iaitu, tentang fungsi

    perlakuan dan organisasi bunyi sahaja. Bunyi suatu bahasa dan sifat-sifat

    semula jadi sistem tersebut turut dikaji. Fonologi juga melibatkan kajian

    tentang penelitian terhadap pola-pola intonasi yang akan menghasilkan

    sistem ejaan sesuatu bahasa. Abdullah Hassan mengatakan bahawa sifat-sifat

    bunyi dapat dirakam dengan alat-alat sensitif bunyi yang dapat menganalisis

    ukuran gelombang, kesengauan bunyi, daerah sebutan, dan sebagainya yangdapat dilihat dalam bentuk gambar-gambar akustik atau spektogram sesuatu

    bunyi yang direkod.

    (Rujukan daripada Buku Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

    dan Buku Fonetik dan Fonologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

    Melayu)

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    7/18

    b)

    lambang fonetik yang mewakili bunyi-bunyi berikut ialah:

    Bunyi Lambang Fonetik

    Vokal Depan Tinggi Hampar (i) Ikan [#?ikan #]

    Ipar [#?ipar#]

    Vokal Tengah () Emak [#?m?#

    Empat [#?mpat#

    Separuh Vokal Dua Bibir (w) au #wau #

    ang #wa#

    Vokal Belakang Separuh Tinggi (o) Oleh [#?oleh#]

    Otak [#?ota?#]

    Konsonan Letupan Dua Bibir

    Bersuara (b)

    Burung [#wbuwro#

    Lembab #lmbab#

    c)

    Gambar rajah dan 18 pola sistem keselarasan vokal.

    a

    e o

    i u

    Pola Keselarasan Vokal

    Gambar Rajah Kepintaran Asyraf

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    8/18

    Pola Sistem Keselarasan Vokal Contoh

    a a banyak, kawasan

    a i alih, kasih

    a u datuk, makhluk

    i a ingat, habitat

    i i pilih, sisip

    i u riuh, tidur

    u a kurang, kuat

    u i usik, upih

    u u untuk, suntuk

    a mas, slam

    i betik, pelik

    u tmpuh, pnuh

    e e leceh, selekeh

    e o slekoh, esok

    e a elak, dewan

    o e cloteh, boleh

    o o obor, pokok

    o a kotak, kilogram

    Soalan 3

    a)fonologi ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti sistem bunyi bahasa yang

    berasaskan fungsinya dalam sesuatu bahasa. Sistem bunyi sesuatu bahasa

    akan menentukan bunyi atau fonem sesuatu bahasa itu yang mana bunyinya

    distingtif yang membezakan makna atau tidak distingtif yang tidak

    membezakan makna. Menurut F. Parker fonologi ialah satu bidang yang

    mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan.

    Abdullah Hassan mendefinisikan fonologi sebagai bidang yang mengkaji

    bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Secara umumnya,

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    9/18

    fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa

    mengikut fungsi-fungsinya dalam Bahasa Melayu.

    b) Perbezaan antara Fonem Suprasegmental iaitu, Kepanjangan dengan

    Jeda ialah:

    Kepanjangan Jeda

    Merupakan ciri khusus yang terdapat

    pada perkataan dalam bahasa-bahasayang tertentu.

    Ciri kepanjangan atau panjang

    pendek boleh membezakan makna

    dalam bahasa-bahasa tertentu seperti

    bahasa inggeris dan arab tetapi tidak

    membezakan makna dalam bahasa

    melayu.Ditanda dengan titik yang dipanggil

    Mora. Jika tanda mora satu titik( .

    )kepanjangan bunyinya adalah

    setengah mora ; manakala bagi dua

    titik( : )kepanjanganya satu mora

    dan jika empat titik( ::

    )kepanjangannya ialah dua mora.Dalam bahasa inggeris perbezaan

    makna terjadi apabila kepanjangan

    ini digunakan.

    Cth:

    Sit bermaksud duduk

    Si:t bermaksud tempat duduk

    Ship bermaksud kapalShi:p bermaksud kambing biri-biri

    Jeda atau disebut juga persendian

    merujuk kepada ciri atau unsurhentian ( senyap) dalam ujaran

    sebagai tanda memisahkan unsur

    linguistik iaitu perkataan, ayat, atau

    rangkai kata. Tetapi dalam bahasa

    inggeris unsur jeda ini membezakan

    makna.

    Ditanda dengan tanda +.

    Cth (bahasa inggeris)

    I scream / ai + skri:m / saya menjerit

    Ice cream / ais + kri:m / aiskrim

    Cth( bahasa melayu)

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    10/18

    (Rujukan daripada Buku Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu)

    (c)

    Intonasi merujuk kepada keadaan turun naik naik nada suara dalampengucapan ayat atau frasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Terdapat

    pelbagai intonasi dan lagu pada ayat bahasa Melayu. Contohnya ayat berita

    mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat.

    Intonasi boleh membezakan makna melalui:

    Jenis Intonasi Huraian

    Intonasi Aada ayat Penyata

    Intonasi Pada Ayat Tanya

    Mempunyai pola intonasi 2-4-2-3.Contoh ayat:

    2Budak4

    i tu2 pen diam3

    Frasa subjek Budak itu ditandai dengan

    tingkat nada 2-4, manakala prasa predikat

    pendiam ditandai dengan tingkat 2-3.

    Pemisahan frasa subjek daripada predikat

    menjadi jelas disebabkan nada suara turundaripada tingkat 4 pada subjek Budak itu ke

    tingkat nada 2, iaitu nada permulaan bagi

    frasa predikat pendiam. Tingkat 3 pada suku

    kata akhir menandakan selesainya

    pengucapan frasa predikat pendiam.

    Mempunyai pola intonasi 2-4-3-4.Contoh ayat:

    2B ud ak4i tu p e n d i a

    3m ?

    4

    Tingkat nada 3 pada suku kata akhir ayat naik

    semula ke nada 4 sebagai tanda selesainya

    pengucapan ayat. Intonasi seperti ini

    digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada

    seseorang pendengar untuk dijawab olehpendengar berkenaan. Ayat tanya juga boleh

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    11/18

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    12/18

    Intonasi Pada Ayat Pasif

    berubah walaupun kedudukan predikat

    berubah ke hadapan ayat yang berubah ialah

    tingkat nada pada bahagian subjek yang

    menurun kepada tingkat 1. Ayat songsangjuga dapat disertakan dengan partikel kah

    dan lah yang menunjukkan terdapat

    penekanan terhadap ayat tesebut.

    Mempunyai pola intonasi 2-4-2-3

    Contoh ayat:

    (Ayat Aktif)

    2A4bang 2 belum mencuci kereta i tu

    3

    (Ayat Pasif)

    2Kereta4 i tu 2 belum dicuci oleh

    a bang 3

    Bahagian pertama yang mempunyai tingkat

    nada 2-4 merupakan subjek, manakalabahagian kedua yang mempunyai tingkat

    nada 2-3 pula merupakan bahagian predikat

    ayat.

    (Rujukan daripada buku Abdullah Hamid & Nurfarah Lo Abdullah)

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    13/18

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    14/18

    c)

    Perbezaan antara Konsep Pasangan Minimal dengan Istilah Saling

    Melengkapi ialah:

    Pasangan Minimal Saling Melengkapi

    Merupakan pasangan terkecil

    perkataan iaitu, pasangan perkataan

    yang hampir sama dari segi sebutan

    dan juga cara menghasilkan bunyi

    perkataan tersebut tetapi masih

    terdapat perbezaan kecil pada bunyi(fonem) tertentu yang membezakan

    makna antara perkataan tersebut.

    Contoh:

    Paku dengan BakuBawang dengan Bayang

    Garu dengan Guru

    Disebut juga sebagai distribusi

    komplementar yang merujuk kepada

    lingkungan atau tempat yang dihadiri

    oleh satu anggota bunyi daripada

    satu-satu fonem dan lingkungan atau

    tempat itu tidak boleh dihadiri olehanggota bunyi yang lain daripada

    fonem yang sama dalam perkataan.

    Bunyi tersebut mempunyai tempat

    tertentu yang boleh dihadiri atau

    dilengkapi.

    Contoh:Bunyi [ K ] dalam perkataan[#

    kaka?# ]. Bunyi [k] hanya boleh hadir

    pada awal suku (koda) kata manakala

    bunyi [ ? ] pula boleh hadir pada

    lingkungan akhir suku kata (onset)

    sahaja. Kehadiran bunyi [k] dan [?]

    dapat dilihat dalam perkataan [kana?-kana?, peka?, poko?, beko?, dan

    kaka?]

    Oleh sebab tempat yang boleh diisi

    oleh [k] dan [?] adalah tempat

    tertentu sahaja maka bunyi [k] dan

    [?] adalah dikatakan saling

    melengkapi.

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    15/18

    d)

    Perbezaan antara Fonem Vokal Rangkap dengan Fonem Konsonan Rangkap

    ialah:

    Fonem Vokal Rangkap Fonem Konsonan Rangkap

    Merupakan fonem yang hadir

    berturut-turut dalam satu-satu

    perkataan. Vokal rangkap ialah vokal

    penuh yang diucapkan dengan penuh

    tiap-tiap satu dalam perkataan.

    Contoh:

    Dia

    BauJauh

    Merupakan dua konsonan yang hadir

    berturut-turut dalam satu perkataan.

    Konsonan rangkap tidak terdapat

    dalam Bahasa Melayu kecuali dalam

    kata-kata pinjaman dalam bahasa

    Jawa dan bahasa Inggeris. Konsonanrangkap yang terdapat dalam

    perkataan-perkataan pinjaman yang

    dipinjam daripada bahasa Jawa dan

    bahasa Inggeris ialah:

    Contoh:

    Trampil

    PrihatinDraf

    Soalan 5

    a)

    Fonetik Auditori merujuk kepada kajian yang berkaitan dengan pendengaran

    terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapatdiperturunkan kedalam lambang-lambang yang tetap. Fungsi cabang fonetik

    ini adalah meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa

    yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi apabila seseorang itu menerima

    bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi

    itu didengar sebagai persepsi bahasa. Selain itu, penerimaan bunyi yang

    berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi juga turut dikaji dengan teliti.

    Abdul Hamid dan Nur Farah Lo Abdullah menjelaskan bahawa fonetikauditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    16/18

    bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya dapat diperturunkan kedalam lambang-

    lambang yang tepat. Fonetik Auditori juga melibatkan kajian bunyi melalui

    pendengaran iaitu, membuat deskripsi bunyi yang didengar untuk

    membezakan bunyi-bunyi bahasa pendengaran bunyi seperti kasar, garau,halus, nyaring, lantang, dan lunak.

    (Rujukan daripada Buku Lingustik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran

    Bahasa Melayu)

    b).Pebbezaan antara istilah Pembibiran dengan Penyengauan ialah:

    Pembibiran Penyengauan

    Dikenali sebagai labialisasi ialah

    artikulator tambahan yang berlaku

    semasa hendak menyebut bunyi

    vokal belakang.

    Ditanda dengan lambang [w]

    Semasa kita hendak menyebut bunyi

    huruf [k] dalam perkataan [wkuni

    telah berlaku sedikit pembundaran

    bibir , iaitu pengaruh daripadahendak menyebut vokal belakang [u].

    Melibatkan vokal belakang iaitu, [u,

    o, , .

    Contohnya:

    [#wkuni#

    [#wtula#

    [#

    w

    do

    w

    dol#]

    Dikenali sebagai nasalisasi yang

    merupakan artikulasi tambahan yang

    berlaku pengaruh daripada proses

    penyebutan bunyi perkataan yangmengandungi konsonan sengau yang

    diikuti vokal.

    Ditanda dengan lambang []

    Semasa menyebut bunyi sengau,

    pengaruh bunyi sengau merebak

    dalam bunyi vokal kerana rongga

    hidung tidak sempat ditutupsepenuhnya semasa menyebut bunyi

    vokal dalam sesuatu perkataan.

    Melibatkan konsonan m, n,, .

    Contohnya:

    [#mti#]

    [nsi#]

    #mnis#

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    17/18

    c)Contoh gambar rajah dan Pola Sistem Kekecualian Vokal dalam bahasa

    Melayu ialah:

    a

    eo

    i u

    Pola Sistem Kekecualian Vokal Contoh

    a e aneh, awet

    a o calon, atom

    e gmbleng

    o jmpol, gabnor

    i e parlimen, simen

    i o pilon, difting

  • 7/28/2019 Soalan Fonetik Ulangkaji PGSR Dan Jawapan

    18/18

    u e tulen, subjek

    u o kupon, konduktor

    a pakm, teatr

    e i hipotesis, objektif

    e u petroleum, spectrum

    ppt, dmdm

    i film, artikl

    o i fosil, hipokrit

    o u bonus, forum

    u lumr, skutr

    (Rujukan daripada Buku Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2: Teks dan Rujukan

    Lengkap)