soalan bengkel untuk sains sukan

3
SOALAN BENGKEL KUMPULAN 1 Ali merupakan ahli Kelab Bola Sepak di sekolahnya. Beliau ingin mengelolakan satu pertandingan antara kelas di sekolah itu. Dalam merancang pengelolaan tersebut, beliau telah membentuk satu jawatankuasa pengelolaan. a) Jelaskan bidang tugas mana-mana dua daripada ahli jawatankuada berikut: i. Pengerusi ii. Timbalan pengerusi iii. Setiausaha iv. Bendahari [ 4 markah ] b) Rancangkan pelan tindakan untuk mengelolakan pertandingan berdasarkan tindakan: i. Sebelum pertandingan ii. Semasa pertandingan iii. Selepas pertandingan [ 6 markah] …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… Rajah menunjukkan system endokrin

Upload: jaredteh

Post on 28-Dec-2015

96 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ulangkaji sains sukan SPM

TRANSCRIPT

Page 1: soalan bengkel untuk sains sukan

SOALAN BENGKEL

KUMPULAN 1

Ali merupakan ahli Kelab Bola Sepak di sekolahnya. Beliau ingin mengelolakan satu pertandingan antara kelas di sekolah itu. Dalam merancang pengelolaan tersebut, beliau telah membentuk satu jawatankuasa pengelolaan.

a) Jelaskan bidang tugas mana-mana dua daripada ahli jawatankuada berikut:i. Pengerusiii. Timbalan pengerusiiii. Setiausahaiv. Bendahari

[ 4 markah ]b) Rancangkan pelan tindakan untuk mengelolakan pertandingan berdasarkan tindakan:

i. Sebelum pertandinganii. Semasa pertandinganiii. Selepas pertandingan

[ 6 markah]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Rajah menunjukkan system endokrin

a) i. Nyatakan hormone yang dirembeskan oleh kelenjar yang bertanda P dan S [ 2 markah]ii. Nyatakan fungsi hormone berdasarkan jawapan di atas. [ 2 markah]

b) i. Terangkan bagaimana lebihan hormone kelenjar adrenal mempengaruhi tindak balas atlet.[ 3 markah ]

ii. Terangkan bagaimana lebihan hormone kelenjar tiroid mempengaruhi tahap kebimbangan atlet. [ 3 markah ]

Page 2: soalan bengkel untuk sains sukan

Rajah menunjukkan seorang atlet sedang melakukan satu aktiviti fizikal.

a) Terangkan dua proses fisiologi yang mungkin dialami oleh atlet itu sekiranya berlaku kehilangan cecair dan elektrolit badan. [ 4 markah ]

b) Huraikan satu peringkat risiko kecederaan yang mungkin dialami oleh atlet itu jika berlatih dalam tempoh masa yang panjang dan berintensiti tinggi. [ 4 markah ]

c) Rancangkan langkah-langkah keselamatan yang membantu mengelakkan atlet itu mengalami kecederaan yang dihuraikan di atas. [ 2 markah ]

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Rajah di bawah menunjukkan aksi-aksi seorang atlet melempar cakera.

a) Terangkan satu jenis daya yang wujud semasa fasa atlet itu membuat putaran. [2 markah]b) Terangkan bagaimana atlet itu dapat menghasilkan daya maksimum supaya lemparannya

menghasilkan jarak yang jauh. [ 8 markah]