apa itu sains sukan

Upload: joanne-cath

Post on 12-Jul-2015

267 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Apa itu Sains SukanSains sukan ialah aplikasi prinsip, idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan. IOa merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan jasmani dan aktiviti kokurikulum. Pengetahuan Sains Sukan boleh menjawab berbagai soalan yang sering dibangkitkan : Apakah sukan yang sesuai bagi diri saya Adakah berat tubuh dan ketinggian suatu faktor yang penting Bagaimanakah saya dapat mencapai kemajuan dalam teknik sukan saya Mengapakah pukulan lob badminton saya tidak sampai ke garis belakang Apakah kesan daya tertentu ke atas tubuh saya semasa saya bersukan Adakah saya mempunyai bakat dan kemanpuan fizikal untuk menjadi seorang juara Bolehkah saya mencapai kepantasan yang lebih baik Apakah bentuk latihan yang dapat membantu saya memperbaiki prestasi sukan saya Sains sukan akan dapat membantu anda mendalami pengetahuan anda sebagai peserta atau penonton sukan. Soalan-soalan seperti diatas akan dijawab, dan cara serta langkah-langkah untuk mengatasinya akan dibincangkan supaya pengetahuan dalam bidang sains sukan akan sekurang-kurangnya meningkat yang boleh membantu membuat keputusan yang bijaksana dalam bidang sukan. Bidang Sains Sukan Biomakanik Sains kajian pergerakan manusia mengkaji bagaimana anggota tubuh menghasilkan pergerakan dan bagaimana pergerakan manusia boleh diperbaiki dengan menggunakan berbagai teknik yang menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan imbangan yang paling optimum. Fisiologi Bidang yang mengkaji perubahan yang dialami oleh tubuh kita dari segi biokimia hasil dari senaman.

Psikologi sukan Menkaji faktor psikologi dan mental yang dialami oleh seseorang atlit dalam aktiviti sukan. Sosiologi sukan Bidang yang membincangkan pengaruh keadaan sosial ke atas prestasi sukan seseorang atlit. Perubatan sukan. Bidang yang dapat membantu seseorang atlit pulih daripada kecederaan yang dialami. Disamping itu bidang ini juga membicarakan langkah-langkah awal untuk mengelak daripada kecederaan dalam melakukan aktiviti bersukan. Pelaziman sukan Kaedah mempelajari teknik dan tektik dalam sukan dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip sains sukan. Berbagai kaedah latihan sukan dibincangkan dalam bidang ini.

Peranan Pengurus

DefinisiLloyd (1992) mendifinisikan peranan sebagai satu set/kumpulan tingkahlaku yang tersusun serta berkait rapat dengan tugas yang dikenal pasti. Manakala pengurus didefinisikan oleh Stoner (1992) sebagai perancang, penganjur, ketua dan pengawal dalam sesebuah organisasi. Mengikut Robbins (1998), peranan ialah satu set pola kelakuan jangkaan yang telah diperolehi oleh sesorang individu yang mempunyai kedudukan dalam sesuatu unit sosial. Manakala pengurus pula sebagai individu yang mencapai matlamat-matlamat melalui orang lain. Seorang pengurus akan membuat keputusan, mengagihkan sumber dan mengarah aktivitivi orang bawahannya supaya mencapai matlamat organisasi. Peranan pengurus dalam organisasi meliputi tindakan -tindakan tertentu yang diperlukan oleh pengurus melaksanakannya dan cara-cara di mana pengurus dikehendaki mengakur.(Fleet dan Peterson 1994) . Oleh itu, setiap pengurus memainkan banyak peranan supaya matlamat organisasi tercapai. Pengarang-pengarang buku pengurusan , Ivancevich, Donnely dan Gibson, (1989),Pierce dan Dunham (1990), Fleet & Peterson, (1994), Stoner, Freeman, dan Gilbert, (1995), Rue dan Byars, (1997) dan Jones, George, dan Hill, (1998) merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh Mintzberg (1973) tentang peranan seorang pengurus. Menurut Mintzberg terdapat 10 peranan yang berbeza tetapi mempunyai saling kaitan yang rapat. Mintzberg menggolongkan 10 peranan pengurus itu kepada tiga kategori utama iaitu: Peranan 'interpersonal'- menolong pengurus agar organisasi berjalan lancar. Peranan Maklumat- menyediakan saluran informasi yang betul dan bijak. Peranan Pembuat Keputusan- membolehkan pengurus membuat keputusan yang bijak dan tepat.. Peranan 'Interpersonal' Kategori ini mempunyai 3 peranan iaitu ketua, pemimpin dan 'liaison'. Ketiga-tiga peranan bercabang daripada kuasa pengurus yang formal dan berfokus kepada perhubungan 'interpersonal'. Dengan melaksanakan ketiga-tiga peranan ini akan membolehkan pengurus memainkan peranan

PENULISAN KERTAS KERJA PENDIDIKAN LUARoleh : En. Baharom Othman Pensyarah PL Jab. PJK Maktab Perguruan Kuala Terengganu

TAJUK KERTAS KERJA DAN ALAMAT

Tuliskan dengan penuh apakah projek yang hendak dibuat itu Kalau ada tarikh, masukkan sekaliNAMA PROJEK

Ini ditulis secara ringkas sahaja, tidak perlu memasukkan kesemuaperkara yang berkaitan.

DIKEMUKAKAN KEPADA

Tuliskan nama / pangkat Ketua Jabatan atau kepada sesiapa sahajaYang ingin kita pohon sesuatu

PENGANJUR

Siapakah yang menganjurkan projek / program tersebut samadaKelab, persatuan atau unit tutorial. - Boleh tulis penuh nama kelab / persatuan berserta dengan alamatnya

TEMPAT

Tempat yang dicdangkan boleh ditulis satu atau dua tempat sebagai pilihan Setelah kertas kerja diluluskan, perubahan tempat boleh dicadangkansemula berdasarkan keadaan semasa

TARIKH CADANGAN

Tarikh cadangan juga boleh diletakkan satu atau dua dan boleh dipindasekiranya masa tidak mengizinkan untuk dilaksanakan

PESERTA / PENYERTAAN- Jumlah peserta adalah anggaran sahaja berdasarkan perancangan yang dibuat - Nyatakan jumlah semua, lelaki, perempuan, - Penyertaan daripada pensyarah juga boleh dimasukkan sebagai pensyarah pengiring / penasihat

RASIONAL- Nyatakan mengapa projek itu mahu dijalankan.Apakah kepentingannya kepada kelab / persatuan tersebut - Tuliskan dalam satu atau dua ayat sudah memadai.

PENGENALAN Nyatakan latar belakang kelab secara ringkas dan kaitannya dengan

projek yang hendak dijalankan. - Latar belakang projek juga boleh diterangkan supaya lebih jelas tentang keperluan untuk menjalankannya.

OBJEKTIF

Nyatakan apakah objektif yang hendak dicapai semerta Boleh dinyakan dalam beberapa ayat ringkas Pencapaian yang hendak dicapai boleh dinilai semasa atauselepas kursus itu

MATLAMAT

Nyatakan matlamat yang ingin dicapai dalam jangka masayang panjang iatu setelah mereka keluar maktab contohnya. - Penulisannya boleh dalam bentuk ayat-ayat ringkas atau dalam bentuk karangan panjang.

STRUKTUR ORGANISASI

Senarai AJK penuh perlu ditulis untuk menunjukkan bahawaKelab / persatuan atau unit kita adalah mantap

Kalau ada penaung , penasihat dan apa-apa sahaja yang dapat menguatkanpermohonan kita boleh dimasukkan. - Senaraikan Ahli Jawatankuasa yang ada dan siapakah yang ditugaskan.

PERANCANGAN

Senaraikan apa sahaja aktiviti yang dibuat untuk menjayakanprojek ini, termasuklah mengadakan mesyuarat I - melantik AJK

Seelok-eloknya kertas kerja ini dihantar tidak lewat daripada sebulan,(ini bergantung kepada besar mana projek yang hendak dijalankan)

Sertakan jadual aktiviti pada hari pelaksanaan projek itu (kalaumengadakan bengkel atau kursus)

KEWANGAN

Nyatakan sumber kewangan yang dimiliki oleh kelab / persatuan Daripada manakah kewangan itu diperolehi (daripada tabung atauyuran penyertaan atau sumbangan daripada pihak lain)

Nyatakan pula bagaimana kewangan itu akan diibelanjakan(boleh dibuat secara terperinci untuk menunjukkan kekemasan kerja)

PENUTUP

Nyatakan harapan anda kepada pihak yang akan meluluskanprojek anda

Nyatakan juga harapan kepada hasil projek yang akan dilaksanakanNota: Biasanya kertas kerja ini disediakan oleh Setiausaha dandan mengharap kerjasama daripada semua pihak.

Ditandatangani olehnya. Surat lampiran untuk memohon kebenaran pula ditandatangani oleh pengerusi

Pendidikan jasmani bentuk disiplin pelajarPEMBENTUKAN sahsiah dan disiplin pelajar boleh dilakukan melalui pendidikan jasmani di sekolah-sekolah. Menurut pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Norlena Salamuddin dan Mohd Taib Harun, pendidikan jasmani juga mampu merapatkan hubungan antara pelajar sama ada sesama kaum ataupun daripada kaum-kaum lain.

Menurut mereka, struktur serta perjalanan kelas pendidikan jasmani berbeza dengan kelas-kelas akademik kerana dalam kelas jasmani para pelajar lebih bebas bergerak dan bertindak. ``Hanya dalam kelas jasmani integrasi kaum bukan hanya melibatkan perbualan malah memperlihatkan aksi dan reaksi terhadap sesuatu situasi yang tidak dirancang,'' katanya. Bagi memastikan pendidikan jasmani menjurus kepada pembentukan sahsiah dan disiplin serta integrasi maka pendidikan kewarganegaraan harus disertakan dalam kurikulum itu. Berdasarkan kurikulum dalam pendidikan jasmani yang diguna pakai pada masa ini ia dilihat dari segi tujuan, struktur program, kandungan serta orientasi nilainya. Kurikulum pendidikan jasmani hari ini boleh dikategorikan kepada bidang pendidikan perkembangan, pendidikan pergerakan, pendidikan humanistik, pendidikan sukan, pembelajaran kinesiologikal dan pendidikan kesihatan. ``Bidang mana yang dipilih bagi mengajar pendidikan jasmani bergantung kepada keselesaan seseorang guru tersebut,'' kata mereka pada majlis Wacana Pemikiran dalam Pendidikan yang diadakan di UKM, Bangi, baru-baru ini. Namun apa yang penting menurut mereka, ialah mengutamakan objektif pendidikan kewarganegaraan sewaktu mengajar pendidikan jasmani. ``Pendidikan jasmani perlu diberi tempat dalam pembelajaran di sekolah kerana bidang sukan seperti kinesiologi dan biomekaniks boleh diaplikasikan di luar bidang sukan menjadikan subjek ini wajar diberikan pendedahan,'' kata mereka. Pendekatan tersebut mampu memastikan pembangunan sosio ekonomi negara yang setanding dengan negara maju. Menurut mereka, pendidikan jasmani terbukti mampu membentuk sahsiah pelajar sekiranya dilakukan secara teratur sebagaimana seorang guru mengajar pelajar membaca dan menulis. Aktiviti-aktiviti dalam kelas pendidikan jasmani mempunyai nilai etika dan estetika yang perlu dipupuk dengan betul kepada generasi muda.

Kelas pendidikan jasmani selain dari menyediakan peluang melakukan kemahiran sukan, ia merupakan satu-satunya kurikulum yang menyediakan pengalaman-pengalaman secara langsung sama ada secara teori atau amali. Selain itu, isi pengajaran pendidikan jasmani di sekolah menyediakan peluang untuk membentuk perlakuan sosial yang baik melalui permainan-permainan ko-operatif dengan menekankan kepada empat konsep. Konsep itu ialah kerjasama pelajar dalam satu kumpulan kecil atau besar, penerimaan pelajar sebagai anggota dalam satu kumpulan, penglibatan aktiviti pelajar secara langsung dan mewujudkan keseronokan. Namun begitu pendidikan jasmani perlu didefinisikan semula berdasarkan objektif utama pengajaran kelas pendidikan jasmani iaitu kompetitif, ko-operatif dan individu. Objektif kompetitif memfokus kepada keputusan satu-satu permainan atau pertandingan manakala objektif ko-operatif memfokuskan tanggungjawab antara satu sama lain. Objektif individu pula memberi fokus kepada diri individu sebagai yang terbaik. Menurut mereka, membentuk isi pengajaran pendidikan jasmani berasaskan nilai koperatif membolehkan pelajar memahami, menggunakan serta menyebatikan perlakuan-perlakuan beretika dalam kelas pendidikan jasmani.

Pendidikan jasmani asas melahirkan atlet negara

PERSATUAN Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan Kecergasan Malaysia (PPJSKM) menegaskan bahawa pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah adalah penting untuk melahirkan generasi pelapis atlet di masa hadapan, lapor Dallia Dunstan.

Anggota Suruhanjaya Pendidikan Profesional dan Akademik PPJSKM, Dr. Iskandar Abdullah berkata, pendidikan jasmani dan kesihatan memainkan peranan di mana ia menjadi pelantar untuk mencungkil bakat atlet daripada peringkat sekolah sebelum meneruskan karier mereka dalam bidang sukan. ``Dasar Sukan Negara juga menyebut sekolah mempunyai peranan untuk membantu melahirkan atlet-atlet muda dan ini sepatutnya dijadikan panduan kepada sekolah bahawa pendidikan jasmani itu adalah penting,'' katanya. Mata pelajaran ini adalah wajib di dalam sistem pendidikan di mana ia diajar dua kali seminggu di sekolah menengah dan tiga kali seminggu di sekolah rendah,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk `Pendidikan Jasmani di Sekolah, Kolej dan Universiti' pada Forum Umum dan Polisi Sukan Negara ke-6 di Kuala Lumpur semalam. Menurut Dr. Iskandar, PPJSKM amat bimbang mengenai ura-ura ada beberapa sekolah yang ingin mengurangkan waktu pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan daripada apa yang telah termaktub dalam sistem pendidikan negara. ``Sesetengah pihak turut menganggap mata pelajaran ini yang tidak diuji dalam sistem pendidikan Malaysia tidak penting dan boleh dipandang remeh. ``Jika ini berlaku bagaimana negara mahu melahirkan atlet yang berwibawa dan berjaya jika asasnya tiada di sekolah,'' katanya. Empat pembentang telah mempersembahkan kertas kerja masingmasing di mana objektifnya ialah untuk membincangkan `Asas Sukan di Malaysia' di mana ia memberi fokus kepada polisi sukan kebangsaan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1988.

ukan jejaskan prestasi akademik?Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Shukor Abdullah, berkata pandangan serong itu merupakan antara masalah dan halangan utama yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam membimbing para pelajar yang berpotensi di bidang sukan. ''Sehingga kini, masyarakat masih beranggapan bahawa jika seseorang atau sesebuah sekolah itu memberi penumpuan serius di bidang sukan, mereka terpaksa mengorbankan pencapaian akademik. ''Anggapan inilah yang menyebabkan banyak potensi yang dikenal pasti di kalangan pelajar tidak dapat diketengahkan kerana mendapat halangan daripada ibu bapa,'' katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Sukan Sekolah-Sekolah Sukan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Kursus empat hari bertujuan memberi pendedahan keilmuan itu disertai 33 guru sukan dan jasmani dari Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar. Menurut Dr. Abdul Shukor, sistem persekolahan yang terlalu mementingkan pencapaian akademik juga turut menjadi penyumbang menenggelamkan bakat-bakat sukan yang ada dalam diri pelajar. ''Ramai yang kurang sedar bahawa proses pendidikan bukan hanya melibatkan pencapaian cemerlang di bidang akademik, tetapi juga pembentukan personaliti seseorang murid.

''Pembentukan personaliti seseorang murid pula dapat dikembangkan melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum seperti penglibatkan di dalam aktiviti sukan dan sebagainya,'' kata Dr. Abdul Shukor. Tambahnya, persepsi bahawa sukan tidak berfaedah harus dikikis kerana ia merupakan satu bidang industri yang besar dan dapat mendatangkan keuntungan kepada diri sendiri dan negara. ''Aktiviti sukan bukan hanya satu kegiatan riadah yang dapat menanamkan rasa cinta terhadap sekolah serta penghubung silaturahim tetapi sebagai satu industri yang mempunyai potensi besar untuk dimajukan. ''Sekolah kini bukan sekadar untuk pendidikan jasmani tetapi sukan untuk melahirkan atlet-atlet yang dapat menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,'' kata Dr. Abdul Shukor. Untuk menggalakkan aktiviti sukan itu, kementerian telah memperkenalkan pertandingan Piala Premier kepada sekolah-sekolah perempuan untuk acara hoki dan bola jaring. ''Pertandingan yang bermula sejak Mac lalu akan berakhir pada bulan Ogos nanti untuk pertandingan peringkat akhir bagi merebut piala tersebut. ''Untuk menggalakkan aktiviti sukan di sekolah-sekolah, kementerian mewajibkan setiap sekolah mengadakan sukan tahunan yang memuatkan semua acara dan bukan sekadar pesta yang berbentuk sukaneka,'' katanya. Bagi mengatasi masalah bakat sukan para pelajar yang berpotensi tenggelam selepas tamat sekolah, kementerian telah mengadakan

kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan-persatuan sukan negeri untuk menyambung usaha membimbing mereka. ''MSN akan menghantar senarai nama-nama pelajar yang berbakat kepada persatuan sukan negeri agar para pelajar yang berpotensi akan terus mendapat bimbingan walaupun selepas tamat sekolah. ''Penglibatan di bidang sukan bukan hanya bagi membolehkan pelajar mendapat 10 markah bagi kemasukan ke universiti, tetapi juga memasuki universiti melalui saluran kedua,'' kata Dr. Abdul Shukor. Oleh: NOOR AZMAH IBRAHIM

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipinggirkan?PENDIDIKAN Jasmani dan Kesihatan (PJK) sering dianggap sebagai mata pelajaran sampingan.Lebih mengecewakan lagi ia sering dianggap sebagai mata pelajaran `main-main'. Oleh kerana mata pelajaran ini tidak dinilai dalam peperiksaanpeperiksaan kebangsaan, mata pelajaran ini dipandang sambil lewa sehingga akhirnya waktu mata pelajaran PJK digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran lain. Keadaan bertambah buruk lagi apabila guru yang terlibat secara langsung atau tidak terhadap mata pelajaran ini dipandang rendah oleh guru yang mengajar mata pelajaran penting dalam peperiksaan. Walaupun guru ini bekerja keras untuk melaksanakan pengajarannya dengan berlandaskan rancangan dan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh kementerian, semangat itu luntur akibat tekanantekanan yang diterima. Keadaan ini harus dibetulkan. Persepsi negatif ini perlu diketepikan.

Sebagai warga pendidik, kita perlu menyedari bahawa Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam hal ini, aktiviti fizikal yang banyak dikaitkan dengan mata pelajaran PJK sesungguhnya begitu banyak menyumbang ke arah kecergasan jasmani yang turut mempengaruhi aspek intelek dan emosi. Sebenarnya, salah satu matlamat mata pelajaran PJK ialah untuk menyediakan individu dengan pengetahuan fizikal serta penggunaan masa kesenggangan yang berfaedah. Sebuah tempat di Peranchis iaitu Vanvas telah memperkenalkan pendidikan fizikal harian (DPE) untuk kanak-kanak sekolah rendah. Program DPE ini meliputi sepertiga daripada masa persekolahan setiap hari sebagai satu usaha untuk meningkatkan perkembangan kanakkanak dalam aspek psikologi, fizikal, mental dan sosial. Program yang sama diadakan di Jepun, Kanada dan Australia. Hasil kajian mendapati kanak-kanak yang menjalani latihan fizikal ini menunjukkan tahap kecergasan yang baik. Konsep kendiri mereka juga didapati lebih positif, keputusan mata pelajaran lain turut memberangsangkan. Secara keseluruhannya, kegiatan dalam Pendidikan Jasmani tertumpu kepada perkembangan tubuh badan termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental.

Oleh itu mata pelajaran PJK perlulah dilaksanakan dengan perancangan teliti termasuk mengambil kira keperluan semasa dan kebolehan pelajar. Sekiranya matlamat dan objektif P&P PJK ini tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan cemerlang, dikhuatiri akan lahir generasi yang kurang aktif dalam membentuk diri ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan emosi. Justeru, usaha-usaha untuk melahirkan golongan pendidik yang benarbenar berwibawa dan serasi dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu dikembangkan, sama ada melalui kursus-kursus jangka pendek, mahupun jangka panjang. Jurusan PJK juga perlu diperluaskan sehingga ke peringkat ijazah dengan kuota yang lebih besar. Semoga dengan itu, semua guru PJK akan dididik dan dibekalkan ilmu perguruan yang sempurna dan mencukupi untuk berfungsi secara efektif demi merealisasikan kehendak FPN. Kiriman: Noryati Majid Universiti Malaysia Sabah (UMS), Cawangan Sandakan.

Pendidikan JasmaniPendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajarpelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Ringkasnya Pendidikan Jasmani ialah pendidikan dari dan melalui kegiatan fizikal.

Pendidikan Untuk JasmaniSejak 50 tahun lampau, kajian ke atas kesan latihan terhadap manusia mendapati hasil daripada latihan jasmani yang terancang ialah: melanjutkan usia mengawal berat badan keseimbangan psikologi kesihatan umum

Pendidikan Melalui JasmaniPendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani Clark W. Hetherington. Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis J.F Williams. Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan Delbert Oberteutter.

Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran social, intelektual, estetika dan kesihatan.Definisi:

Nutrien ialah segala jenis makanan yang digunakan oleh badan untuk pertumbuhan, kawalan dan pembaikian. Enam jenis kelas makanan ialah karbohidrat, lipid (lemak), protein, vitamin, garam galian dan air. Karbohidrat, lipid dan protein adalah kumpulan nutrien yang penting bagi penghasilan tenaga (ATP Adenosine Triphosphate) oleh sel-sel dalam badan. Nilai tenaga bagi setiap makanan diukur dalam unit kilokalori (kcal). Satu kilokalori ialah jumlah tenaga yang diperlukan bagi menaikkan suhu 1 kilogram air sebanyak 1 C (1.8 F). Karbohidrat Sumber nutrien karbohidrat adalah daripada tumbuh-tumbuhan. Ada 3 jenis karbohidrat: Monosaccharides glukos dan fruktos Oligosaccharides sukros, laktos dan maltos polysaccharides gula daripada kanji, fiber dan glikogen Gula (monosaccharides dan disaccharides) kebanyakkannya boleh diperolehi daripada buah-buahan, tebu, gula beets, madu dan susu. Kanji polysaccharide boleh didapati di dalam makanan bijiran, legumes dan akar-akar sayuran. Cellulose atau gentian fiber banyak terdapat dalam sayur-sayuran yang membantu proses penghadaman dan perkumuhan bahan-bahan buangan. Peranan karbohidrat dalam badan ialah sebagai Sumber tenaga Pengaruh simpanan protein Penggerak metabolisma lipid Sumber tenaga bagi sistem saraf pusat (CNS) Keperluan minimum karbohidrat bagi orang dewasa ialah 100 g. sehari. Individu 70 kg. yang mengamalkan gaya hidup yang sedentari memerlukan sekurang-kurangnya 300 g. karbohidrat sehari. Individu yang aktif dan terlibat dalam latihan sukan memerlukan 60% karbohidrat (400-600 g.) daripada keperluan kalorinya dalam sehari. Lipid Sumber utama diet bagi nutrien lipid ialah triglycerides. Binatang dan hasil-hasil binatang adalah sumber nutrien utama bagi lemak tepu Sumber nutrien bagi lemak tidak tepu kebanyakkannya adalah daripada sayursayuran dan hasil-hasilnya. Lipid boleh diklasifikasi kepada 3 kumpulan:

Lipid ringkas gliserol + 3 asid lemak Sebatian lipid phospolipids, glycolipids, dan lipoprotien Gabungan ringkas kolesterol dengan sebatian lipid Lemak dalam badan berfungsi sebagai: simpanan tenaga pengampu organ-organ badan penebat suhu badan pembawa bagi vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam air Nutrien lemak sepatutnya merangkumi 30% daripada kalori diet anda. 70% hingga 80% lemak ini perlulah dalam bentuk lemak tidak tepu kerana ia dapat mengurangkan penyakit korinari jantung. PROTEIN Protein berbeza sedikit daripada karbohidrat dan lipid kerana ia mengandungi nitrogen dan bahan-bahan lain seperti sulfur, fosforus dan besi. Protein terbentuk daripada asid amino. Ada 20 jenis asid amino. Lapan daripada asid amino ini perlu didapati daripada makanan kerana ia tidak boleh disintesis oleh badan. Protein boleh didapati daripada sel haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dapat membekalkan protein yang bermutu tinggi yang mengandungi 8 asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino adalah struktur utama binaan badan. Ia penting kerana ia mengawal perkembangan molekul dalam badan. Protein dalam badan berfungsi sebagai: Pengawal kepada fenomena 'all-or-none response' Sumber tenaga Penstabil nitrogen dalam badan Pengawal hormon badan Protein akan menjadi sumber tenaga sekiranya badan sudah kehabisan sumber karbohidrat dan lipid. Keseimbangan nitrogen dalam badan akan lebih stabil sekiranya peratus pembinaan protien sama dengan kehilangan protein dalam badan. Pengambilan 0.8 g protein per kilogram berat badan disyorkan bagi diet orang dewasa VITAMIN Vitamin adalah sebatian organik yang penting dalam kebanyakkan proses fungsi badan. Keperluan sehariannya adalah kecil. Vitamin boleh didapati daripada makanan dan 'dietary supplementation'

Ada 13 jenis vitamin yang boleh diklasifikasikan kepada: Vitamin yang larut dalam lipid A, D, E, K Vitamin yang larut dalam air C dan B Kompleks Vitamin A, D, dan E boleh disimpan di dalam tisu badan secara berlebihan. Vitamin C dan B kompleks yang larut dalam air tidak boleh disimpan dalam badan secara berlebihan (hanya tahan selama 8 14 jam). Lebihan vitamin akan dikumuh melalui pengencingan. Vitamin dalam badan berfungsi: Mengawal metabolisme badan Membantu pengeluaran tenaga Bantu pembinaan tulang Bantu sintesis tisu badan Bertindak sebagai coenzymes Kajian menunjukkan pengambilan lebihan vitamin tidak ada kaitan dalam peningkatan prestasi latihan. Pengambilan vitamin larut lrmak secara berlebihan dalam jangka panjang boleh memudaratkan kesihatan. Garam Galian Lebih kurang 4% daripada jisim badan terdiri daripada 22 elemen garam galian. Garam galian adalah sebahagian daripada elemen yang terdapat di dalam enzim, hormon dan vitamin. Ia boleh didapati otot, tisu penyambung dan air dalam badan. Garam galian dalam badan berfungsi: Sebahagian daripada binaan enzim bagi metabolisme badan Struktur binaan bagi tulang dan gigi Membantu sintesis makronutrien, glikogen, lipid dan protein Badan memerlukan pelbagai garam galian tetapi pada kadar yang sedikit sahaja. Pengambilan jumlah garam galian dan perkumuhannya penting bagi badan supaya tidak berlaku keracunan atau kelebihan garam galian dalam badan. Haiwan dan hasilnya, sayur-sayuran dan legum adalah makanan yang kaya dengan garam galian.

MEROKOK

BAHAN-BAHAN KIMIA DALAM ROKOKTAR NICOTINE CARBON MONOXIDE (GAS RACUN) ACETONE (PENGHAPUS CAT) NAPHTHYLAMINE TOLUIDINE METHANOL (BAHAN PEMBAKAR ROKET) ARSENIC (RACUN TIKUS) AMMONIA TOLUENE (PELARUT INDUSTRI) DOBENZARCRIDINE HYDROGEN CYANIDE (GAS UNTUK HUKUMAN BUNUH) BUTANE (BAHAN BAKAR PEMETIK API) POLONIUM-210 POTASSIUM-40 CADMIUM (DIGUNA DALAM BATERI KERETA) BENZOPYRENE VINYL CHLORIDE NAPTHALENE (UBAT GEGAT) DIMETHINITROSAMINE D.D.T. (UBAT PEMBUNUH SERANGGA) URETHANE PYRENE

BAHAN-BAHAN YG. DIKENALPASTI PENYEBAB KANSER (KASINOGEN)TAR NAPHTHYLAMINE

TOULENE URETHANE PYRENE DIBENZACRIDINE POTASSIUM-40 CADMIUM BENZIPYRENE VINYL CHLORIDE NAPTHALENE POLONIUM-210

CARA-CARA BERHENTI MEROKOK1. BERHENTI TERUS (COLD TURKEY) 5 % KEJAYAAN MEMERLUKAN PENDORONG/MOTIVASI YANG KUAT 2. PENGGANTIAN NIKOTIN: NIKOTIN DIPEROLEHI MELALUI KULIT, LALUAN PERNAFASAN & PENGHADAMAN BERKESAN & SELAMAT DIGUNAKAN ATASI KETAGIHAN & KESAN KEKURANGAN NIKOTIN CTH: a) TRANSDERMAL NICOTINE PATCHES CTH: NICOTROL, HABITROL, PROSTEP, NICODERM

PATCHES + PROGRAM MODIFIKASI TINGKAHLAKU UNTUK 12 BULAN 12-25 % KEJAYAAN MUDAH DIGUNA BADAN MUDAH MENERIMANYA BEKALAN NIKOTIN STABIL & BERTERUSAN DITERIMA OLEH MASYARAKAT MENGURANGKAN BERAT BADAN KETAGIHAN ALAMI SIMTOM KEKURANGAN NIKOTIN KESAN SAMPINGAN: KULIT RADANG SETEMPAT SUKAR NAK TIDUR & GANGGUAN MIMPI

OVERDOSE JIKA PATCHES + MEROKOK BAHAYA STROKE @ SERANGAN SAKIT JANTUNG b) NICOTINE POLACRILEX CHEWING GUM BERKESAN KURANGKAN KETAGIHAN TETAPI TIDAK PRACTICAL RASA PAHIT BOLEH UPSET PERUT c) NICOTINE NASAL SPRAY BERKESAN KURANGKAN KETAGIHAN JIKA GUNA LEBIH 6 MINGGU 3. TERAPI TINGKAHLAKU KOGNITIF BERHENTI TERUS (COLD TURKEY) PENGGANTIAN NIKOTIN (NICOTINE PATCH, GUM, NASAL SPRAY) TERAPI TINGKAHLAKU KOGNITIF TEKNIK-TEKNIK TERAPI KOGNITIF CARA-CARA LAIN SEPERTI: HIPNOSIS AKUPUNTUR ROKOK GANTIAN UBAT & CAMPURANNYA APA-APA CARA YANG DAPAT MEMBERHENTIKAN ANDA MEROKOK

MENGAPA MEROKOK ?MENGHILANGKAN STRESS ?

TEKANAN RAKAN SEBAYA & PENERIMAAN ? SEJARAH KELUARGA & MODEL TINGKAHLAKU KELIHATAN MATANG, YAKIN & BEBAS ? INGIN CUBA ? DISEBABKAN IKLAN ? TIDAK BERKEMAMPUAN MENOLAK PELAWAAN ? MUDAH DIPEROLEHI ? BERPERSONALITI RISK TAKING ? INDIVIDU EXTROVERTED ?

PERTOLONGAN CEMASPengenalanBantumula atau pertolongan cemas adalah bantuan rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa yang mengalami kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit secara tiba-tiba. Setiap orang harus tahu cara memberi pertolongan cemas atau bantu mula. Bantuan yang diberikan mungkin melibatkan pengubahsuaian bahan-bahan yang ada pada masa itu.

Bagi kebanyakan kecederaan kecil, bantuan kecemasan yang diberikan mungkin sudah mencukupi. Kecederaan yang lebih serius pula memerlukan pemerhatian daripada orang yang lebih profesional dan rawatan lebih lanjut. Dengan adanya modul ini diharapkan dapat membantu peserta jika berlakunya sesuatu kemalangan dan kecederaan ketika pendidikan luar dijalankan.

Prinsip-prinsip Pertolongan CemasMatlamat Pertolongan Cemas menyelamat nyawa mengurangkan atau melegakan kesakitan mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk

Memberi Pertolongan Cemas dalam kemalangan

penilaian (assessment) bertenang dan bertindak untuk menyelamat jaga keselamatan diri dan mangsa hindarkan daripada keadaan yang membahayakan minta bantuan daripada orang yang berhampiran dianogsa atau pengenalan punca kesakitan (diagnosis)Rawatan (treatment) Menentukan mana-mana kecederaan yang lebih tenat atau serius, kemudian rawatan dengan cara yang betul.

KeutamaanBila terdapat lebih daripada seorang yang tercedera atau banyak luka pada seseorang, maka pertolongan cemas mestilah segera diambil yang mana keadaan diutamakan semasa memberi rawatan.

Perhatian

Jangan biarkan mangsa dikerumuni oleh orang ramai kerana akan menyebabkan mangsa menjadi rimas, risau, bimbang dan pengedaran udara akan berkurangan. Tanggal atau longgarkan pakaian yang perlu sahaja. Elakkan daripada memberi mangsa minum air jika.

mangsa tidak sedarkan diri disyaki mangsa mengalami kecederaan dalaman jika memerlukan pembedahanDapatkan bantuan

telefon ambulan - 994 berikan keterangan tentang tempat kemalangan.

Asfiksia (terhenti pernafasan)Asfiksia adalah satu keadaan di mana sistem pernafasan terhenti disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tisu-tisu badan tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. Punca-punca asfiksia.

lemas keracunan gas dan asap yang merbahaya tersekat saluran udara - tergantung dan tercekik oleh makanan atau benda benda asing lain. tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke dalam ketika tidak sedarkan diri. disambar petir atau kilat terhimpit dada - runtuhan tanah serangan penyakit

termakan racunTanda-tanda

pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susah bernafas dan akhirnyaterhenti

bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan. kebanyakannya menyebabkan tidak sedarkan diri.Peraturan Am Memulihkan asfiksia:

A - Airways (saluran Pernafasan) terbuka atau tersekat keluarkan bendasing seperti gigi palsu, rumput, tanah, bahan mentahdaripada mulut jika ada.

B - Breathings (pernafasan) Boleh bernafas atau tidak jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.

C - Circulation (peredaran darah) pastikan adakah denyutan nadi atau tidak jika tiada, lakukan pemulihan CPR (Cardio-pulmonary Resuscitation)(pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar) Jenis-jenis Pemulihan Pernafasan

Pemulihan pernafasan mulut ke mulut Pemulihan pernafasan Holgen Nielson Pemulihan pernafasan mulut ke hidung Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada (External cardiaccompression)

Pemulihan kardio-palmonari (Cardio-Pulmonary Risuscitation) - CPR

Lemas di dalam air

Tindakan untuk menyelamat:

jaga keselamatan diri usahakan menarik mangsa ke darat dengan tali / kayu lemparkan sesuatu objek yang boleh terapung seperti pelampung kepadamangsa yang masih sedarkan diri, kemudian tarikh mangsa ke darat dengan menggunakan tali yang terikat kepada objek itu. perenang yang baik.

anda boleh juga menyelamat dengan berenang sekiranya anda seorangRawatan

keluarkan air daripada perut atau paru-paru bersihkan mulut mangsa daripada benda-benda yang mungkin menghalangpernafasan

mulakan bantuan pernafasan periksa pernafasan dan denyutan nadi jaga suhu badan mangsa supaya tidak mengalami hipotermiaapabila bernafas semula, baringkan mangsa ke kedudukan pemulihan, pastikan ia dapat terus bernafas dengan sempurna. Hantar ke rumah sakit secepat mungkin jika keadaannya tidak memuaskan.

PendarahanKeluar darah daripada saluran darah yang tercedera. Ia boleh berlaku di bahagian luar atau dalam tubuh. Jenis-jenis Pendarahan. Pendarahan boleh dikatakan berpunca daripada arteri, vena kapilari. Arteri memancut merah terang kapilari menitis merah

vena meleleh perlahan merah tua Tanda-tanda dan gejala-gejala Apabila seseorang kehilangan darah yang banyak sama ada di bahagian luar atau dalam tubuh, ada beberapa tanda atau gejala dapat dikesan: denyutan kulit

nadi bertambah cepat serta lemah

sejuk, lembab, pucat dan berpeluh dan bibir kelihatan pucat cepat, pendek dan tercungap-cungap berasa pening, pitam dan pengsan mungkin merasa dahaga banyak dan mungkin menyebabkan rejatan

muka

pernafasan mangsa mangsa berasa

resah dan gelisah

pendarahan

Peraturan am bagi merawat luka yang banyak berdarah angkat

tinggi bahagian yang berdarah untuk melambatkan pengaliran darah dan menolong mengurangkan darah mengalir keluar daripada tubuhnya. Cara-cara menghentikan pendarahan Hentikan Pendarahan Secara Langsung (direct pressure)

Bahagian ibu jari / jari-jari tekan dengan kuat di bahagian yang cedera ke atas pelapek atau kain kasa (gauze) selama 10 minit.Kemudian tutuplah pelapik dengan lapisan kapas dan ikat dengan pembalut yang ketat. Ia biasanya akan menahan darah itu daripada mengalir keluar. Jika pendarahan berjalan terus, jangan cabut pelapik tetapi letakkan pelapik tambahan dan balut sekali lagi.

Hentikan Pendarahan Secara Tidak Langsung (Indirect Pressure) Jika pendarahan tidak dapat dikawal dengan tekanan secara langsung ke atas luka atau dalam keadaan di mana tekanan secara langsung tidak boleh digunakan, anda boleh gunakan tekanan secara tidak langsung pada titik tekanan (pressure point). Titik tekanan adalah satu tempat di mana saluran darah artei boleh ditekan ke tulang dengan rapat untuk menghalang pengaliran darah di kawasan itu.

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negaranegara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60 an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70 an telah memberi kesan yang mendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia (NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996). Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang

berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. boleh memperbaiki kualiti pengajaran, boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:

Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, antaranya :spreadsheet, multimedia dan internet.

Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.

Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa :-semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini, sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.

Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.

Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya: E mail (Mel Eletronik) Laman Web (WWW) Internet Relay Chat (IRC) Telnet Kumpulan Diskusi dan Berita File Transfer Protocal (FTP)

Mel Elektronik (E-mail)

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):

Berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar, dan pihak jabatan serta kementerian. Mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal. Berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran ; teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah: -Berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain. -Berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latar belakang negara mengenai berbagai isu semasa. -Mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara. Memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996): Pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia Pelajar dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer Pelajar berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan , dan

Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi Laman Web ( World Wide Web)

Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai halaman web (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran , dan lain-lain bahan pengajaran pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar , pendidikan keibu-bapaan, dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam maklumat lain yang boleh diperolehi dengan mudah dan cepat.Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah:

Projek

Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru berasaskan kepada Internet. Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari.

Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam kelas :

Kenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai di dalam kelas. Fikirkan cara Internet boleh digunakan dengan berkesan. Cari bahan yang sesuai dan Rancangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut.

Bahan maklumat yang menarik dan terkini

Sesetengah aktiviti Internet cuma memerlukan sebuah dua komputer di dalam bilik darjah. Manakala yang lainnya memerlukan setiap pelajar duduk di depan komputer semasa berinteraksi dengan bahan dari Internet. Oleh itu, guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara Internet dapat digunakan semasa mengajar. Antara cara Internet telah dan dapat digunakan ialah: mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan yang terdapat di dalam Internet. Bahan-bahan ini seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang puting beliung, fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit yang susah diperolehi dari sumber biasa. Tambahan pula, maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber lain. Guru juga dapat mengatur supaya pelajar membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan tempat-tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam Internet, khususnya World Wide Web. Gambar dan maklumat tentang tempat-tempat ini dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.

Bahan bacaan dan kemahiran berbahasa

Di dalam Internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal. Begitu juga dengan surat khabar. Pelajar boleh diminta untuk mendapatkan berita tentang sesuatu perkara melalui akhbar dari seluruh dunia, dan bandingkan cara penyampaian berita di lain-lain negara. Cara ini mungkin sesuai bagi pelajar-pelajar peringkat menengah atas. Anda boleh mengunakan kemudahan search engine untuk mendapatkan akhbar , majalah atau bahan-bahan bacaan tertentu dengan menulis tajuk yang diingini. Untuk membaca beberapa akhbar dari seluruh dunia, sila ke: http://www.ipl.org Guru juga dapat menggunakan Internet untuk mempertingatkan kemahiran menulis. Mel elektronik

merupakan aplikasi utama di sini. Terdapat beberapa tapak web seperti Kidlink ( http://www.kidlink.org/ ) yang menyediakan aktiviti forum untuk disertai pelajar dari umur 10 tahun hingga 14 tahun untuk berhubung antara satu sama lain dengan membincangkan topik yang telah ditetapkan. Semasa menyertai forum sebegini melalui mel elektronik, pelajar biasanya lebih prihatin dan teliti dalam menulis. Mereka akan memastikan ejaan dan nahu betul dan apa yang dibangkitkan memberi imej yang positif bukan sahaja mereka sendiri tetapi sekolah, masyarakat dan negara.

Pengawalan bahan negatif

Antara isu yang sering diperkatakan berhubung dengan penggunaan internet ialah berkenaan dengan bahan-bahan negatif yang terdapat di dalamnya. Terdapat ramai di kalangan ibubapa dan guru-guru yang merasa takut dan bimbang sehinggakan mereka sanggup mengenepikan kepentingan dan manfaat yang sangat besar daripada internet. Memang tidak dinafikan, bahawa dalam internet terdapat pelbagai bahan berunsur negatif, seperti dadah, alkohol, keganasan, seks dan sebagainya. Manakala sejak akhir-akhir ini, terdapat berita-berita palsu dan khabar angin yang berunsur fitnah telah disebarkan kepada pengguna melalui internet. Walau bagaimanapun ianya tidak harus dianggap sebagai satu penghalang yang besar, sehingga kita lupa dan meninggalkan segala kebaikan yang ada. Siapa yang akan rugi ? Kita dan keluarga kita.! Ingatlah !! " Kalau kita tidak suka satu perkara, jangan tinggal semua perkara ". " Tepuk dada, tanyalah iman "

Sebagai pengguna yang bijak dan berakhlaq, kita seharusnya berikhtiar mencari jalan untuk menyekat dan menghalang unsur-unsur negatif tersebut , walaupun tidak seratus peratus. Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh para guru dan ibubapa untuk mengawal bahan-bahan negatif tersebut ialah:

Merahsiakan kata laluan ( password ) Mengubah kata laluan

Sentiasa membuat pengawasan dan pemerhatian

Letakkan komputer di tempat terbuka

Sediakan bahan alternatif

Gunakan penapis

Gunakan perekod data ( eg. Unmozify )

Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

Contoh yang baik daripada ibubapa/guru

Latihan dan tarbiyah yang berterusan

Penutup

Jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Terpulang kepada guru untuk dapat membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk mengguna internet terdapat di-mana-mana; di rumah, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain.

Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, self paced , dan self directed, dan seterusnya akan menjayakan matlamat pelaksanaan sekolah bestari, untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlaq mulia.

" Pendidikan hari ini untuk kehidupan masa hadapan "