slot 5 refleksi 84 - 92.doc

6
KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013 KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERANGKA KURSUS Tajuk PEDAGOGI YANG BERKESAN Topik Refleksi Masa Slot 5: 30 minit Personel Penceramah A. Objektif Pada akhir sesi peserta dapat: 1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran dan pengajararan. 2. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran. 3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan. 4. Membentuk sikap individu guru supaya menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional guru. B. Kandungan Pengajaran 1. Definisi Refleksi. 2. Contoh refleksi masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. 3. Refleksi pembelajaran daan pengajaran yang berkesan(sebelum, semasa dan selepas) C. Kaedah 1. Ceramah 2. Soal jawab D. Bahan Pengajaran 1. Power point 2. Edaran E. Alatan 84 |

Upload: ismail-yusoff

Post on 17-Jan-2016

44 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: slot 5 refleksi 84 - 92.doc

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Tajuk PEDAGOGI YANG BERKESAN

Topik Refleksi

Masa Slot 5: 30 minit

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat:

1. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran dan pengajararan.

2. Mengambil tindakan susulan untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran.

3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perguruan.

4. Membentuk sikap individu guru supaya menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional guru.

B. Kandungan Pengajaran

1. Definisi Refleksi.

2. Contoh refleksi masalah pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

3. Refleksi pembelajaran daan pengajaran yang berkesan(sebelum, semasa dan selepas)

C. Kaedah

1. Ceramah

2. Soal jawab

D. Bahan Pengajaran

1. Power point

2. Edaran

84 |

Page 2: slot 5 refleksi 84 - 92.doc

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013

E. Alatan

1. LCD Projekter

2. Laptop

3. papan putih

4. pen marker

F. Penilaian

1. Lisan-soal jawab

G. Rumusan/Refleksi

1. Peserta dapat mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran dan pengajaran.

2. Peserta dapat mengambil tindakan susulan untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pembelajaran.

3. Peserta dapat meningkatkan pengatuhuan dan kemahiran perguruan.

4. Peserta dapat menjadikan refleksi sebagai budaya kerja profesional keguruan.

85 |

Page 3: slot 5 refleksi 84 - 92.doc

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013

Nota / Panduan Pelaksanaan Kerangka Kursus Slot 5 – Topik 7

REFLEKSI PdP YANG BERKESAN

1.0 DEFINISI REFLEKSI

Refleksi ialah proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan

tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Refleksi juga

ditakrifkan sebagai proses mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan

yang telah difikir atau dialami, menganalisis serta menilai kesannya, memikirkan

cara memperbaiki dan merancang dengan pengubahsuaian untuk dapat dilakukan

pada masa depan dengan lebih berkesan lagi. Refleksi amat berkait rapat dengan

pengalaman sedia ada serta aspek-aspek pemikiran khasnya pemikiran kritis kreatif

yang sering digunakan sebagai pendekatan penyelesaian masalah (Wilson J. et al.

1993).

Walau bagaimanapun, Boud et. al. (1985) mengambil perspektif lain dan

mendefinisikan refleksi sebagai suatu istilah generik bagi aktiviti-aktiviti intelektual

dan berkesan. Seseorang individu meneroka pengalamannya untuk mendapat

pemahaman baru dan penghargaan. Mereka juga melihat refleksi daripada sudut

murid, iaitu hubungan antara proses refleksi dan pengalaman pembelajaran dengan

sesuatu perkara yang dapat dilakukan oleh murid. Bagi Reid (1993) pula, refleksi

didefinisikan sebagai suatu proses aktif dan bukan pasif. Menurut beliau; “Reflection

is a process of experience of paractice in order to describe, analyse, evaluate and so

inform learning abaout practice.” Oleh itu refleksi membolehkan pengamal

mentafsir. memahami dan belajar daripada pengalaman. Refleksi adalah suatu

proses peribadi yang membawa perubahan perspektif terhadap suatu situasi atau

menjana pembelajaran baru bagi seseorang individu.

Contoh Refleksi Masalah

Guru sedang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Terdapat segelintir murid-murid sedang berbual-bual di belakang. Apakah

punca murid-murid tersebut berbual?

86 |

Page 4: slot 5 refleksi 84 - 92.doc

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013

2.0 TUJUAN REFLEKSI

Dalam prosedur pengajaran, refleksi seharusnya berlaku sepanjang proses

perlaksanaan PdP iaitu pada peringkat merangka rancangan pengajaran harian,

semasa PdP, dan selepas PdP dilaksanakan. Bagi seseorang guru, refleksi

membantunya dalam perkara-perkara berikut;

Menilai amalan PdP untuk menambahbaik

Menilai kesesuaian perancangan yang digunakan dan tindakan yang diambil.

Menganalisis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan.

Refleksi dalam amalan PdP membolehkan seseorang guru menilai kekuatan

dan kelemahan sesuatu perancangan dan tindakan yang dilakukanya. Dengan

demikian guru boleh menganalisis kesesuaian tindakan dan mengenal pasti peluang

penambahbaikan pada PdP yang berikutnya.

3.0 PROSES REFLEKSI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Proses refleksi terdiri daripada tiga elemen iaitu mengulangi pengalaman,

mengaku perasaan dan emosi serta menilai semula pengalaman (perlaksanaan).

Mengulangi melibatkan usaha mengumpul peristiwa-peristiwa penting, mengkaji

semula pengalaman dalam minda atau berkongsi pengalaman dengan orang orang

lain. Dengan mengaku perasaan dan emosi, melakukan refleksi dapat menggunakan

perasaan positif (yakni menolak perasaan negatif). Tindakan membuat refleks

menghendaki guru menilai semula PdP dan mengubah tindakan kepada hasil baru

berdasarkan pengalaman lama (Boud et al., 1985).

Beliau menyatakan, refleksi boleh menjadikan seseorang sedar tentang;

Tingkah laku atau amalan pengajarannya

Makna atau pengertian tingkah laku atau amalan pengajarannya

Tabiat atau kebiasaannya, iaitu tabiat melihat sesuatu, tabiat berfikir atau

tabiat bertindak

Perasaannya bagaimana ia berfikir, membentuk tanggapan atau bertindak

Kecekapannya membuat tanggapan, membentuk makna atau memberi

pengertian, atau mengenal pasti sebab terhadap sesuatu isu

87 |

Page 5: slot 5 refleksi 84 - 92.doc

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013

Perhubungannya dengan pihak lain dalam sesuatu situasi

Penghakiman nilai (value judgement)

Memberi nilai atau label terhadap sesuatu

Mengatakan sesuatu sebagai positif atau negatif

Seseorang guru yang melalui proses perancangan, melaksanakan serta

membuat refleksi akan lebih berhati-hati dan sistematik sehingga dapat menjadikan

asas untuk pembelajaran tentang amalan dan perubahan yang telah berjaya

dilakukan. Akhirnya, proses refleksi membawa guru kepada beberapa tindakan

seperti menukar rancangan, mengubah pendekatan PdP serta, membentuk bahan

yang lebih bernilai dan seronok.

5.0 PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

5.1 Persediaan Guru dan Persediaan Mengajar

Seseorang guru perlu bijak memilih kaedah dan teknik yang sesuai.

Perancangan dan pemilihan kaedah perlu mengambil kira tajuk pelajaran, tahap

kebolehan murid dan situasi dalam bilik darjah. Guru perlu mempelbagaikan kaedah

kerana tahap keupayaan murid dan cara pembelajaran mereka berbeza. Oleh itu,

sebagai seorang guru perlu;

memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan

organisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya.

mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya serta

mempunyai kemahiran mengajar.

merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah.

memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk

muridnya, dan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

88 |

Page 6: slot 5 refleksi 84 - 92.doc

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013

menagadaptasikan aktiviti permainan dalam PdP supaya sesi pengajaran

menjadi lebih seronok dan berkesan.

Persediaan mengajar melibatkan tiga peringkat iaitu perancangan mengajar,

perancangan penyampaian pengajaran dan perancangan penilaian.

6.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG BERKESAN

6.1 Refleksi terhadap PdP

Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran.

Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam

pelajaran akan datang.

Perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan

penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.

Guru perlu membuat persediaan awal, merancang langkah-langkah

pengajaran untuk mencapai objektif PdP. Pengagihan masa dalam kelas juga perlu

dirancang dengan baik. Dengan membuat persediaan awal yang lebih rapi, guru

akan dapat menyampaikan semua kandungan pengajaran pada masa yang telah

ditetapkan dengan kadar yang maksima.

89 |