slide cerita malang tidak berbau

6
TEMA TEMA KESELAMATAN DI JALANRAYA KESELAMATAN DI JALANRAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA TANGGUNGJAWAB BERSAMA Tajuk : Tajuk : MALANG TIDAK BERBAU MALANG TIDAK BERBAU

Upload: mohd-faizal-abdul-rani

Post on 04-Aug-2015

678 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide cerita malang tidak berbau

TEMATEMA

KESELAMATAN DI JALANRAYA KESELAMATAN DI JALANRAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMATANGGUNGJAWAB BERSAMA

Tajuk :Tajuk :

MALANG TIDAK BERBAUMALANG TIDAK BERBAU

Page 2: Slide cerita malang tidak berbau

Kenali Peribahasa : Sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna

Rosman seorang murid tahun 5 . Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan . Jarak rumah Rosman dengan sekolahnya agak jauh iaitu hampir 3 kilometer . Oleh yang demikian , Rosman harus berbasikal untuk ke sekolahnya setiap hari . Dia akan ke sekolah bersama-sama kawan-kawannya , Lim dan Selva yang juga berbasikal untuk ke sekolah .

Di sekolah , Rosman adalah seorang murid yang pintar dan disenangi kawan-kawannya . Namun begitu , Rosman mempunyai satu tabiat buruk yang sukar dikikis iaitu dia suka menangguhkan kerja . Tidak kiralah kerja itu melibatkan kerja sekolah atau kerja-kerja di rumah . Jika disuruh membuat kerja tersebut , dia akan mencari alasan untuk menangguhkannya . Bagi Rosman , sikapnya tidak menyusahkan dirinya atau sesiapa pun .

Suatu hari iaitu selepas waktu persekolahan , seperti biasa Rosman dan rakan-rakannya akan menunggang basikal untuk pulang ke rumah . Malangnya , apabila hampir sampai di rumahnya , brek basikalnya telah terputus . Maklumlah , basikal Rosman adalah basikal yang lama . Mujur juga dia tidak mengayuh basikalnya dengan laju tadi . Rosman bercadang untuk membawa basikalnya ke kedai basikal untuk dibaiki petang nanti .

Page 3: Slide cerita malang tidak berbau

Kenali Peribahasa : Mencurah Air Ke Daun Keladi

Rosman telah memberitahu ibunya mengenai hasrat untuk membaiki brek basikalnya itu . Ibu Rosman telah memberikan wang yang secukupnya dan berpesan supaya Rosman segera menukarkan brek itu . Namun begitu pesanan ibunya ibarat mencurah air ke daun keladi . Rosman tetap ingin ke kedai basikal pada petang nanti . Dia ingin berehat dahulu kerana terlalu penat .

Pada petang itu , ibu Rosman sekali lagi mengingatkannya supaya segera ke kedai basikal bagi menukarkan brek yang telah rosak . Dia hanya menganggukkan sahaja tetapi tiada tindakan yang dibuat . Matanya asyik mengarah ke televisyen kerana ketika itu rancangan kegemarannya sedang ditayangkan . Semakin lama dia menonton rancangan itu , semakin leka jadinya . Akhirnya Rosman terus terlupa dengan niatnya menukar brek basikalnya itu . Ibu Rosman pula menyangkakan bahawa Rosman telah menukarkan brek basikal tersebut dan tidak bertanya lagi kepada anaknya itu .

Pada malam itu , Rosman baharu teringat bahawa dia mempunyai banyak latihan sekolah yang telah diberikan oleh guru-gurunya siang tadi . Dia merasa agak kesal kerana terleka menonton televisyen siang tadi . Namun , nasi sudah menjadi bubur , Rosman harus menyiapkan semua latihan pada malam ini juga . Dia tidak dapat membayangkan wajah Cikgu Tipah yang garang dan bengis itu memarahi kerana tidak menyiapkan latihan Bahasa Inggeris itu . Begitu juga riak Cikgu Fendi yang menyinga kerana muridnya yang tidak siap latihan Matematik . Maka , pada malam itu , Rosman terpaksa tidur lewat untuk menyiapkan semua latihannya . Tepat jam 1.30 pagi , barulah kerjanya selesai dan barulah Rosman boleh melelapkan mata . Dia berasa sangat mengantuk .

Page 4: Slide cerita malang tidak berbau

Kenali Peribahasa : Nasi Sudah Menjadi BuburKenali Peribahasa : Nasi Sudah Menjadi Bubur

Pagi yang berikutnya , Rosman bangun seperti biasa. Dia melihat jam loceng di mejanya . Alamak…..SUDAH PUKUL 8.00 PAGI !!!! Rosman menjadi sangat kelam-kabut.Dia mencapai tualanya dan mandi secepat mungkin ibarat mandi kerbau sahaja . Dia sudah terlewat untuk ke sekolahnya . Sesi persekolahan di sekolahnya bermula pada jam 7.45 pagi . Tanpa bersarapan dan bersalam dengan ibunya , Rosman terus mencapai basikalnya untuk ke sekolah .

Rosman mengayuh basikalnya sekuat hati. Dia ingin segera sampai ke sekolah kerana dia benar-benar sudah terlambat . Semakin lama , semakin laju dia mengayuh tanpa menyedari perbuatannya itu bakal membawa padah kepadanya . Pada suatu kawasan yang menuruni bukit , Rosman menekan brek basikalnya . Malang sungguh nasib Rosman kerana brek basikalnya tidak berfungsi kerana tidak diperbaiki lagi . Rosman mulai takut kerana basikal semakin laju menuruni bukit dan sukar dikawal lagi . Dan akhirnya……….

Rosman membuka matanya perlahan-lahan. Dia berasa amat sakit di bahagian kepala dan tangannya . Setelah dia membuka matanya , barulah Rosman sedar bahawa dia kini berada di hospital . Dia juga dapat melihat Lim , Selva dan rakan-rakan yang lain ada disisinya . Menurut ibunya , basikal Rosman telah rosak teruk kerana terlanggar pokok di tepi jalan . Kaki kanan Rosman pula patah dan harus di simen . Kepalanya pula mengalami kecederaan yang agak teruk kerana terhantuk pada batang pokok .

Page 5: Slide cerita malang tidak berbau

Kenali Peribahasa : Pandu Cermat Jiwa SelamatKenali Peribahasa : Pandu Cermat Jiwa Selamat

Rosman berasa sangat sedih atas kemalangan yang menimpa dirinya . Tambahan pula , kejadian ini berlaku adalah disebabkan sikapnya sendiri yang suka bertangguh melakukan sesuatu kerja . Namun begitu , sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna . Rosman berjanji akan mengubah tabiatnya itu . Kini , Rosman terpaksa bercuti selama 2 bulan untuk memastikan dirinya benar-benar telah sembuh .

- TAMAT -- TAMAT -

Page 6: Slide cerita malang tidak berbau

Pengajaran CeritaPengajaran Cerita

Jangan suka menangguh kerja kerana Jangan suka menangguh kerja kerana ia tanda sifat seorang yang pemalas .ia tanda sifat seorang yang pemalas .

Jangan tergopoh-gapah di dalam Jangan tergopoh-gapah di dalam perbuatan dan tindakan kerana ia perbuatan dan tindakan kerana ia boleh memudaratkan diri sendiri boleh memudaratkan diri sendiri akhirnya .akhirnya .

Periksa atau selenggara kenderaan Periksa atau selenggara kenderaan anda sebelum menggunakannya anda sebelum menggunakannya supaya tidak berlaku kemalangan supaya tidak berlaku kemalangan

Dengarlah nasihat ibu dan ayah selalu Dengarlah nasihat ibu dan ayah selalu ..