skt latihan1

3
5 faktor berlaku banjir Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya banjir. Antara faktor-faktor tersebut adalah: 1. Hujan lebat yang berterusan Hujan lebat yang berterusan tanpa henti akan menyebabkan banjir berlaku terutama di kawasan rendah. Hal ini kerana air yang banyak tidak sempat dialirkan keluar ke sungai. 2. Pembangunan yang tidak terancang Menjadi factor kepada banjir kilat. Hal ini kerana apabila system perparitan tidak dirancang dengan sempurna semasa sesuatu kawasan hendak dibangunkan akan menyebabkan tidak ada system aliran air atau system aliran air yang sedia ada menjadi terhalang dan tidak dialirkan secara wajarnya. 3. Limpahan sungai Hal ini berlaku apabila sungai yang cetek atau sempit tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Akibatnya ia melimpah keluar dan menyebabkan banjir di kawasan sekitarnya. Biasanya sungai membawa air dari kawasan tinggi dan mengalirkannya ke laut. Apabila berlaku hujan lebat yang berterusan di kawasan tinggi, dengan keadaan sungai yang cetek atau sempit boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan yang rendah.

Upload: wong-wei-han

Post on 16-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hh

TRANSCRIPT

Page 1: SKT Latihan1

5 faktor berlaku banjirTerdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya banjir. Antara faktor-faktor tersebut adalah:

1. Hujan lebat yang berterusan

Hujan lebat yang berterusan tanpa henti akan menyebabkan banjir berlaku terutama di kawasan rendah. Hal ini kerana air yang banyak tidak sempat dialirkan keluar ke sungai.

2. Pembangunan yang tidak terancang

Menjadi factor kepada banjir kilat. Hal ini kerana apabila system perparitan tidak dirancang dengan sempurna semasa sesuatu kawasan hendak dibangunkan akan menyebabkan tidak ada system aliran air atau system aliran air yang sedia ada menjadi terhalang dan tidak dialirkan secara wajarnya.

3. Limpahan sungai

Hal ini berlaku apabila sungai yang cetek atau sempit tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Akibatnya ia melimpah keluar dan menyebabkan banjir di kawasan sekitarnya. Biasanya sungai membawa air dari kawasan tinggi dan mengalirkannya ke laut. Apabila berlaku hujan lebat yang berterusan di kawasan tinggi, dengan keadaan sungai yang cetek atau sempit boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan yang rendah. 

Page 2: SKT Latihan1

4. Longkang, parit dan sungai yang tersumbat

Apabila hujan lebat yang berterusan maka air pada peringkat awalnya perlu dialirkan ke longkang. Kemudian daripada longkang perlu dialirkan ke parit seterusnya ke sungai. Apabila longkang, parit atau sungai tersumbat maka ianya akan mengganggu aliran tersebut dan akan mengakibatkan air bertangkung dan menyebabkan banjir.

5. Air dari empangan yang dilepaskan secara mendadak

Bagi negeri-negeri yang mempunyai empangan selalunya akan menghadapi banjir teruk sekiranya air dari empangan dilepaskan secara mendadak. Ini disebabkan oleh tidak adanya perancangan awal dari pihak berkuasa. Air dari empangan sememangnya perlu dilepaskan apabila melebihi paras yang ditetapkan. Ini bagi mengelak empangan tersebut pecah. Sekiranya empangan tersebut pecah maka ini akan mengundang bahaya yang besar kepada penduduk. Air dari empangan tidak seharusnya dilepaskan secara mendadak sekiranya perancangan awal dan pemantauan sentiasa dilakukan di empangan tersebut.

Page 3: SKT Latihan1

Disedia oleh: Wong Wei Han N3

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran Malaysia

KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

Fakto

r b

erl

aku

b

an

jir

Hujan lebat yang berterusan

Pembangunan yang tidak terancang

Limpahan sungai

Longkang, parit dan sungai yang tersumbat

Air dari empangan yang dilepaskan

secara mendadak