skrip majlis perasmian bulan kemerdekaan

7
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 22 JULAI 2013 (ISNIN, JAM 7.30 PAGI) 1. PENGUMUMKAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Musa Bin Abdullah, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. 2. NYANYIAN LAGU (Lagu , apabila selesai hadirin dipersilakan duduk) 3. BACAAN DOA Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Dengan Limpah Kurnianya Marilah kita semua, Selaku insan kerdil sifat dan upaya, Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, Menghimpunkan segala harapan dan hasrat, Dengan bait-bait doa serta munajat 1

Upload: muhammad-thaqif

Post on 08-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

skrip bulan merdekanya

TRANSCRIPT

MAJLIS PERASMIAN

MAJLIS PELANCARANBULAN KEMERDEKAANPERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR22 JULAI 2013 (ISNIN, JAM 7.30 PAGI)1.PENGUMUMKAN KETIBAANMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tn Hj Musa Bin Abdullah,

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.2.NYANYIAN LAGU

(Lagu , apabila selesai hadirin dipersilakan duduk)3.BACAAN DOABismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dengan Limpah Kurnianya

Marilah kita semua,

Selaku insan kerdil sifat dan upaya,

Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih,

Menghimpunkan segala harapan dan hasrat,

Dengan bait-bait doa serta munajat

Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan

Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Raja MelewarMajlis mempersilakan Saudara Muhd Amirul Arif Bin Agus Salem untuk tampil seketika memimpin pembacaan doa. Dipersilakan. (APABILA SELESAI DOA)Terima kasih diucapkan kepada . Saudara Muhd Amirul Arif Bin Agus Salem atas bacaan doa sebentar tadi.4.KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS- Yang berbahagia Tn Hj Musa Bin Abdullah,

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar- Yang Berusaha Dr Mahender Singh A/L Nahar Singh,

Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar- Yang Berusaha En.Ahmad Badarudin Bin Shekh OsmanKetua Penyelaras Sambutan Bulan KemerdekaanKetua-ketua Jabatan, Pensyarah kanan, Pensyarah Cemerlang, Para Pensyarah, Barisan Kepimpinan Perwakilan Pelajar seterusnya Siswa Pendidik Sekalian. Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Sirih pinang di dalam puan,Buat santapan putera idaman,Sebagai hidangan puteri rupawan,Buat cicipan dagang nan maulan;Selamat datang kami ucapkan,Buat tuan puan budiman,Ke sidang majlis penuh taakulan,Bersama merapat ukhwah dan taulan.Hadirin yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin-Nya dapat kita mengadakan Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Raja MelewarSaya bagi pihak Jawatankuasa Majlis mengalu-alukan kehadiran Yang berbahagia Tn Hj Musa Bin Abdullah Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman semua sambutan bulan kemerdekaan ini diadakan bertujuan sebagai pendorong kepada siswa pendidik untuk menggerakkan Negara Malaysia lebih maju ke hadapan selain memberi inisiatif kepada warga kampus untuk menjana transformasi kearah melahirkan masyarakat yang maju dan bersatu padu antara semua kaum.5.UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGARAHHadirin yang dihormati,

Segala bicara sama dinanti,

Rintihan hati sama diselami,

Bisikan nurani sama difahami,

Luahan azimat sama didengari.

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan perasmian dan Gimik Pelancaran, Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Raja MelewarMajlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Musa Bin Abdullah, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. (Selesai Ucapan dan Gimik, Majlis Mengucapkan Terima Kasih)6.NYANYIAN LAGU RASMI Majlis Diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagi rasmi iaitu lagu

1.____________________________

2.____________________________

3.____________________________

Oleh itu, hadirin dipohon berdiri.

(Selesai Hadirin dipersilakan duduk)7PENUTUP Tuan-tuan dan puan-puan,Maka sempurnalah sudah Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar bagi tahin 2013 . Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan majlis ini amat dihargai . Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang berbahagia Tuan Haji Musa Bin Abdullah Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.Banyak kelok ke penarik,

Kelok tumbuh pohon kuini;

Nan elok bawalah balik,

Nan buruk tinggalkan di sini.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Mengumumkan Perarakan Keluar Yang Berbahagia Tuan Haji Musa Bin Abdullah Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar . PAGE 5