skrip main peranan

Upload: an-nisa

Post on 13-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Skrip Main Peranan

TRANSCRIPT

Situasi 2: Situasi Di Dalam KelasCikgu Jefri merupakan mata pelajaran Matematik 5 Waja. Semasa di dalam kelas, Cikgu Jefri akan menyuruh muridnya membuat kerja sendiri sementara beliau sibuk dengan urusan restorannya.

Murid: Semua berdiri! Selamat pagi Cikgu!Cikgu Jefri: Selamat pagi murid-murid. (Sambil menulis di papan putih). Baiklah kerja yang minggu lalu berikan sudah siap ke belum? Murid: Sudah cikgu.Cikgu Jefri: Bagus anak-anak murid cikgu. Hari ni cikgu kurang sihat sedikit. Kamu siapkan soalan bahagian b muka surat 23 boleh ?Murid: Boleh cikgu.Cikgu Jefri : (duduk di meja guru dan tidur disebabkan kepenatan menguruskan restorannya semalam).Tiba-tiba, telefon berdering dan Cikgu Jefri menyambut panggilan telefon tersebut. Cikgu Jefri: (menyambut telefon dan berurusan mengenai restorannya). Hello, ya Encik Abdul..Oww ya encik nasi beriyani ayam untuk 100 orang..okok encik.nant saya uruskan..Diskaun??sudah tentu ada diskaun untuk pelanggan tetap saya.Murid: Cikguyang ni macam mana buat? (sambil menunjukkan soalan Matematik). Tajuk ni cikgu x ajar lagi..Jadi saya x faham cikgu.Cikgu Jefri: Kamu pergi tanya dengan kawan kamu. Cikgu tengah sibuk ni. ( nada yang sedikit marah kerana menggaggu perbualannya dengan Encik Abdul iaitu pelanggan tetap di restorannya) Murid: (Dengan reaksi yang sedih kembali ke tempat duduknya dan tidur kerana tidak tahu menyiapkan tugasan yang diberikan.)Cikgu Jefri: (Tidak mengendahkan murid-muridnya dan sibuk dengan urusan dengan pelanggannya)Kringgggggggggggggggggggggg.Bunyi loceng menandakan waktu rehat dan murid-murid pun keluar untuk rehat. Cikgu Jefri masih berurusan dengan pelanggannya.

Situasi 6: Situasi Di dalam Bilik Guru BesarCikgu Jefri dipanggil oleh guru besar untuk berjumpanya di dalam pejabatnya. Guru besar telah mendapat banyak aduan berkaitan perlakuan Cikgu Jefri yang sambil lewa ketika di sekolah Cikgu Jefri: KnockknockGuru Besar: Whos There..Ya..MasukHaah Cikgu Jefri..Masuk ..Sila dudukCikgu Jefri: Terima kasih tuan..Cikgu Sharifah kata tuan nak berjumpa dengan saya.,Ada apa tuan?Guru Besar: Begini CikguSaya telah mendapat beberapa aduan berkaitan sikap Cikgu ..Cikgu selalu datang lewat ke sekolah..Prestasi murid-murid yang diajar oleh cikgu juga semakin merosot Boleh saya tahu apa masalah cikgu?Cikgu Jefri:Hmmmm..(Rasa bersalah)Guru Besar: Cikgu, saya dengar cikgu ada mengusahakan restoran..Hmm. begini Cikgu Jefri, saya bukannya hendak menghalang cikgu bekerja sambilan. Tetapi, cikgu kena pandai bijak membahagikan masa cikgu agar tanggungjawab cikgu sebagai seorang guru tidak terabaitetapi situasi sekarang ini menunjukkan cikgu lebih mementingkan perniagaan cikgu..Saya harap Cikgu Jefri dapat berubah selepas ini.Cikgu Jefri: (tunduk kerana rasa bersalah). Baiklah tuan..Saya sedar akan kesilapan saya ..kringgggg..kringgg.(telefon berdering)Guru Besar: Baiklah cikgu Jefri..Saya rasa itu sahaja yang ingin sampaikan..Kalau tiada apa-apa cikgu boleh sambung kerja cikguCikgu Jefri pun keluar dari bilik guru besar

Situasi 7: Situasi di dalam kelasSetelah sesi pertemuan dengan guru besar, Cikgu Jefri telah menyedari kesilapannya. Cikgu Jefri terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga mengabaikan anak-anak muridnya..Murid: Semua berdiri! Selamat pagi Cikgu!Cikgu Jefri: Selamat pagi murid-murid. (Sambil menulis di papan putih). Baiklah kerja yang minggu lalu berikan sudah siap ke belum? Murid: Sudah cikgu.Cikgu Jefri: Bagus anak-anak murid cikgu..Baiklah sekarang kita akan membincangkan jawapan itu bersama-sama bagi meningkatkan kefahaman kamu berkaitan topik tambah ini. Baiklah Chua, cuba kamu selesaikan soalan numbor satuMurid( Chua) : Boleh cikgu(Chua pergi ke depan dan menjawab soalan di papan tulis ..Chua menghadapi masalah menjawab soalan yang diberikan)Cikgu Jefri :Chua..cikgu rasa jawapan kamu kurang tepatSepatutnya begini..jadi, jawapannya adalah(Cikgu Jefri menerangkan jalan kerja yang betul kepada Chua)Murid(Chua) :Ohh..begituu..baiklah cikgu..Seterusnya soalan kedua, cikgu nak Shamini tunjukkan di depanok..bgus Shamini..Seterusnya, soalan ketiga..Ya Salmi, tunjukkan jalan kerja kamu di hadapan.Cikgu Jefri: Nampaknya, kamu semua telah berjaya menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Cikgu berasa sangat bangga dengan kamu semua..Baiklah sekarang kita akan beralih kepada topik yang seterusnya iaitu operasi darab(Cikgu Jefri menerangkan topik darab dengan begitu bersemangat)Kringgggggggggggggggggggggg.Bunyi loceng menandakan waktu rehat dan murid-murid pun keluar untuk rehat.